Klik banner ke blog Nabila Biela
Catatan Kecil Untuk Nabila
Saya hanya pemula yang lelah dalam blogging ini. Lelah bagaimana untuk membina laman yang dapat memberi manfaat berguna kepada orang lain. Lelah bagaimana untuk menjadikan ia dikenali dan dikunjungi. Jika tak siapa tahu kehadiran blog ini, ia hanya akan tinggal kaku dan tak bererti.
Apa yang terhidang tak terjamah sesiapa. Apa lagi blog ini tertuju khusus kepada mereka yang sedang mengejar impian menduduki SPM dan STPM.
Apa yang saya pilih pula adalah subjek yang semakin mengecil jumlah calon mengambilnya, Kesusasteraan Melayu. Lelah itulah membuat saya bergerak dari blog ke blog mencari kekuatan dan ruang bagaimana menjadikan blog ini tertemukan sasarannya. Bagaimana apa yang saya mahu kongsikan berada dalam tatapan mereka yang memerlukan.
Apabila bloggers Nabila Biela memilih blog ini untuk direviu, keharuan melintas di kalbu. Blog yang saya dirikan tak sampai 6 bulan ini menarik perhatian admin untuk direviu. Keharuan yang menumbuhkan keyakinan bahawa melalui masa dan jalan panjang ia akan sampai ke pangkuan pengujungnya. Saya seperti tak percaya dalam banyak teman yang menawarkan Nabila memilih lima orang teman termasuk Mimbar Kata
Apa lagi yang dapat saya catat di sini, selain berkali menyatakan terima kasih atas reviu yang begitu bermakna dan berguna untuk nafas blog ini. Saya berdoa Nabila Bela akan terus maju jaya dalam dunia blogging ini.
Menutup catatan kecil ini, biarlah saya katakan sekali lagi :
Terima kasih Nabila
dan saya tinggalkan catatan ini dengan pantun kecil untuk Nabila :
dari sedeli membawa belanga
angin segar cerah matahari
jasa dan budi manis berbunga
kekal mekar dalam sanubari
Salam Mimbar kata... kata2 di atas menyebabkab sy ingin berkata.. hanya mampu mengucapkan selamat berjaya.. semuga hasrat murni tuan hamba tercapai.. teruskan berada antara pejuang kesusasteraan melayu agar ianya tidak hilang ditelan zaman..bukan sahaja untuk dipelajari oleh pelajar sebagai exam.. tetapi untuk dihayati spjg hayat agar ada kesinambungannya untuk masa depan..
ReplyDeletetime ksih^^..hehe
ReplyDelete