1 Aug 2020

catatan yang sangat indah (Bahagian 4)

CATATAN YANG SANGAT INDAH (Bahagian 4)

sirih yang bergagang emas
pinang bersusun belah empat
kapur berlecet dengan air mawar

Sirih yang sudah dikapurkan oleh Tuan Puteri Terus Mata diberikan kepada Tuangku Malim Deman sambil berpesan

"Ayuhai kekand, silalah ambil sirih in. Jika kekanda menempuh lautan api, kaakanda santaplah sekapur, nescaya padalmalh api itu.dan apabila kakanda menempuh lautan sejuk , kakanda santaplah sekapur, nescaya hilanglah sejuk itu, dan apabila kakanda menempuh lautan kuning, kakanda santaplah sekapur, nescaya hilanglah kuning itu, dan apabila kakanda menempuh lautan hijau, kakanda santaplah sekapur, nescaya hilanglah lautan hijau itu dan apabila kakanda menemnpuh lautan masin, kakanda santaplah sekapur nescaya hilaglah masin itu dan apabila kakanda menempuh lautan bisa, kakanda santaplah sekapur, nescaya hilagnlah bisa itu"

Demikianlah keadaan Tuanku Malim Deman sebelum meneruskan perjalanan ke kayangan untuk menemui anak dan isterinya. Sirih tujuh kapur itu bgitu bermakna buat baginda dalam perjalanan. Sebelum itu Tuan Puteri Terus Mata telah memanggil burung borak dan dijamu borak itu dengan makan nasi sekawah dan kambing seekor. Dititahkan kepada burung borak itu membawa Tuanku Malim Deman ke kayangan dan kemudian balik semula ke dunia.

Sebelum berangkat pergi Tuanku Malim Deman bertemu Si Raja Jin. Si Raja Jin telah menghadiahkan Tuanku Malim Feman kemenyan mendung jati dan berpesan jika dalam keadaan payah atau sukar untuk kembali semula ke dunia dan bercita-citalah nama si Raja Jin maka akan menjelma burung borak di pintu kayangan.

Tuanku Malim Deman memohon berangkat pergi dengan segala bantuan dan pertolongan Si Raja Jin dan Tuan Puteri Terus Mata.

Begitulah adat hidup manusia yang susah dibantu yang payah ditolongi. Demikian indahnya teladan disaran dalam hikayat dan cerita. Semoga menjadi pedoman berguna.


0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena