secebis

Blog Mimbar Kata

bahasa dalam puisi

blog mimbar kata

menatap kepayahan dalam denu

blog mimbar kata

kau ada

blog mimbar kata

27 Jun 2015

menepis gelita



menepis gelita


menepis gelita ini
kau harus bersama dalam hayun langkah
tak lagi tenggelam dalam selesa kepalsuan
kau harus bersama dalam imbang fikir
tak lagi terbenam dalam dangkal kefahaman
ini perjuangan menyalakan obor yang padam
menyisih segala yang merobek harap
menjahit luka dari sejarah garing masa lalu


bukan untuk hanyut dalam alpa dan terbiar prasangka
kita harus meniti dengan kerajinan berbeza
meletak kembali peta dan memperbetulkan tanda
perjuangan bukan sehiris pedih yang harus disingkiri
segalanya adalah melakar kota kejayaan dan menara kebangkitan
segalanya adalah membakar sarap angkuh dan kebohongan dongeng
merebut kembali dari gelombang yang membadai tinggi
meraih kembali dari apungan luka yang menusuk sengsara


kita harus pergi dengan bakar semangat dan tinggi hasrat
buka kembali segenap pintu dan jendela yang tertutup rapi
kita harus mengisi ruang ini dengan cahaya dan warna
yanng kau ambil dari langit dari bintang-bintang
tanganmu akan gigil dan kakimu akan kaku
berdiri dan berlari dalam perjalanan ini
usah sebutkan segala sakit dan ngilu
inilah keberanian yang harus kau pasangkan di tiang-tiang mimpimu
mencabut duri ragu
menyemai benih gigih
menepis gelita





26 Jun 2015

Bahasa Sulalatus Salatin

*Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatin
Arba’ie Sujud
Mohd Yusoff Shamsuddin
Universiti Putra Malaysia

Abstrak
Gaya bahasa sastera mempunyai ciri tertentu yang membezakannya dengan gaya bahasa bukan sastera. Dalam karya sastera bahasa digunakan sebagai sarana untuk menyampaikan pemikiran dan pesanan, membangkitkan perasaan secara berseni dan kreatif. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan gaya bahasa antaranya metáfora, simile, hiperbola, dan personifikasi. Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai fungsi dan tujuan tertentu. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan gaya berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam konteks ini, beberapa peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin akan diteliti menggunakan mekanisma metafora.


Pendahuluan

Bahasa merupakan wahana atau alat berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Bahasa juga menjadi wahana atau saluran akal iaitu alat untuk berfikir, melahirkan idea, fikiran dan perasaan. Di samping itu, bahasa juga sebagai wadah untuk manusia berkongsi maklumat dan menyampaikan maksud sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Berasaskan keupayaan berbahasa yang dimiliki oleh seseorang, membolehkan wujudnya jalinan komunikatif yang akrab dan intim untuk menghasilkan perkongsian maklumat. Melalui penggunaan bahasa sesuatu maksud dapat disampaikan secara langsung atau tidak berdasarkan tujuan penggunaannya.

Dalam konteks kehidupan dan interaksi seharian, penggunaan bahasa berkait rapat dengan pemikiran masyarakat yang menggunakannya. Dalam masyarakat Melayu misalnya, penggunaan bahasa disesuaikan mengikut aturan dan susun lapis masyarakat. Justeru itu, dapat ditemukan dalam masyarakat Melayu istilah dan penggunaan bahasa halus dan bahasa kasar. Penggunaan bahasa halus atau bahasa kasar berkait rapat dengan makna dan tujuan penggunaan. Hal ini demikian kerana, sesuatu ujaran atau interaksi akan diakhiri dengan rangkuman makna yang diperoleh melalui pentafsiran terhadap penggunaan kata atau ayat yang digunakan (Asiah Abdul Rahman:2013). Justeru setiap unit bahasa yang hendak diinterpretasikan perlu mengambil kira konteksnya. Penyesuaian dengan konteks ini bermakna dimensi hubungan kata itu tidak dapat dipisahkan sama sekali dengan situasi dan budaya (Che Ibrahim Salleh:2009).

Dalam hubungan ini, penggunaan gaya bahasa yang pelbagai akan mencerminkan kekayaan bahasa Melayu di samping turut memperlihatkan sikap masyarakat Melayu yang memiliki ciri-ciri kesantunan dan kehalusan. Dalam menyindir dan menegur misalnya, bahasa kiasan digunakan. Hal ini bertujuan untuk menjaga perasaan masyarakat atau individu yang terlibat dengan teguran tersebut, dapat menerimanya tanpa direndahi martabat dan nilai keperibadiannya. Umpama, tariklah rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak. Bagaimana kata-kata demikian ini, dapat menimbulkan kesan estetik bukan sahaja melalui pemilihan kata, frasa atau ayat namun kepada keseluruhan wacana.

Dalam konteks karya sastera, bahasa adalah medium utama. Bahasa dalam karya sastera berperanan untuk mengetengahkan mesej-mesej penulis atau pengarang. Diksi, frasa, ayat yang digunakan oleh pengarang adalah perantara kepada pembaca atau khalayak dalam memberikan tafsiran atau memahami sesuatu yang ditafsirkan. Dalam konteks ini, akan wujud pelbagai tafsiran, pertembungan makna penulis dan pembaca, perbezaan menginterpretasikan. Hal ini demikian kerana bahasa sastera yang digunakan dalam sesuatu teks sastera memiliki keluasan makna, kepelbagaian tafsiran dan mengungkapkan pemerian makna selapis dan berlapis.

Dalam karya sastera yang bersifat kreatif imaginatif umpamanya, kedudukan dan fungsi bahasa sangat penting untuk membangkitkan kesan kepada pembaca atau khalayak sasarnya. Hal ini demikian kerana bahasa sastera terikat kukuh dengan mekanisme emosinya yang menjadi penunjang keistimewaan genre sastera. Bahasa emosi dalam konteks ini merujuk kepada tindak balas dan kesan penerapan bahasa oleh pencipta yang mampu menerbitkan pelbagai perasaan kepada khalayak. Antaranya, perasaan suka, duka, sayang, benci atau marah. Bagi pembaca yang benar-benar menghayati sesebuah teks sastera, runtunan emosi akan hadir kesan daripada olahan bahasa yang digunakan oleh penulisnya.

Justeru, dalam menyampaikan maklumat, penulis mempelbagaikan cara dan pendekatan tertentu agar pembaca dapat memahami maksud yang disampaikan. Pemahaman pembaca terhadap sesebuah karya sama ada berbentuk prosa mahupun puisi dipengaruhi oleh penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengungkapan bagi seseorang pengarang. Pembaca akan mentafsir lambang-lambang bahasa, penanda dan petanda bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam mengungkapkan pemikiran mereka. Lambang atau sistem tanda yang digunakan itu mempunyai makna sebagai mewakili atau saluran pengucapan pengarang.

Penerapan unsur bahasa seperti perlambangan, personifikasi, metafora, dan simile yang menjadi input keindahan berbahasa dalam sastera, tidak seharusnya dipilih atau digunakan secara sewenang-wenang tetapi penggunaannya mempunyai tujuan tertentu. Dalam hal ini sekurang-kurangnya dua tujuan dapat dikesan sebagaimana dijelaskan oleh Kemala (2012). Pertama, tujuan estetik atau untuk menimbulkan keindahan pengungkapan atau penyampaian yang meninggalkan kesan emotif kepada khalayak yang disasarkan. Tujuan kedua sebagai gaya kepengarangan seseorang dalam menyampaikan idea untuk dikongsi oleh khalayaknya.

Bagi seseorang pengarang, bahasa ialah senjata ampuh bagi mereka untuk mengetengahkan nilai rasa dan pekerti berdasarkan imaginasi dan keupayaan menzahirkan maklumat secara berhemah. Melalui bahasa, maklumat dapat disampaikan walaupun ada kemungkinan sesuatu yang diungkapkan dalam bentuk bahasa mempunyai tafsiran yang berbeza-beza dan tidak sebagaimana yang dimaksudkan. Hal ini demikian kerana dalam melakukan pentafsiran banyak kemungkinan tentang makna boleh terhasil. Justeru, dalam proses pemaknaan banyak faktor yang mempengaruhi sesuatu makna. Sesebuah teks sastera yang mengesankan pembaca, dipengaruhi oleh penggunaan bahasa oleh penulisnya.

Bagi maksud ini Asiah Abdul Rahman (2013), menjelaskan bahawa sebuah karya kreatif terhasil melalui keupayaan kreativiti pengarangnya yang mengadunkan unsur-unsur realiti dan imaginasi secara berpadu dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Seseorang pengarang mempunyai kebebasan untuk melakukan pengolahan terhadap kerja-kerja seninya. Hal ini selaras dengan pandangan A.Wahab Ali (2009) yang menjelaskan bahawa kebebasan berkarya dan sifat kejatidirian yang mereka miliki telah menjadikan mereka wujud dalam dunia kreativiti yang tidak terbatas. Justeru, karya mereka terdedah dengan kepelbagaian kemungkinan dan pentafsiran yang menuntut pemahaman lebih daripada yang sepatutnya.

Merujuk kepada kajian terhadap Sulalatus Salatin, kewujudan cerita yang terungkap di dalamnya bukan semata-mata imaginasi pengarang, tetapi merupakan suatu realiti yang mengagumkan. Pembaca dapat mengesani maksud yang disampaikan berdasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa tertentu. Namun, tidak semestinya makna kata yang terakam membawa pengertian makna seperti yang dilihat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil pula meningkatkan martabat dan nilai karya itu sendiri. Hal ini demikian kerana setiap naskhah teks klasik mempunyai doktrin atau falsafahnya yang tertentu. Merujuk kepada Sulalatus Salatin (1983), dalam peristiwa meminang Puteri Gunung Ledang, telah ditetapkan hantaran sekiranya Raja Melaka berkehendakan Puteri Gunung Ledang seperti dalam petikan berikut:

“...Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang; hati kuman tujuh dulang; air mata setempayan; air pinang muda setempayan; darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk...”

Hati nyamuk, air mata dan darah merupakan simbolisme yang memerlukan penafsiran imejan untuk ditanggapi akan maksudnya. Dalam sastera juga terungkapnya unsur akaliah, yang tersisipnya ilmu atau pemikiran.

Bagi Muhammad Haji Salleh (1986), sesebuah karya Melayu klasik biasanya dipenuhi dengan kesantunan sastera. Karya-karya ini selain membawa ilmu praktikal yang dapat digunakan setiap hari, membawa juga pelajaran yang lebih mujarad tentang keadilan, keamanan, persahabatan antara manusia dan negeri, bentuk takdir yang harus dilalui manusia dalam hidupnya, balasan untuk sesuatu perbuatan, perlakuan kita dan sebagainya. Sesuatu hasil sastera merupakan perutusan, amanat, serta lontaran idea penulis yang disampaikan melalui kreativiti berbahasa untuk terhasil atau terciptanya sesebuah karya kreatif imaginatif.


Metafora Sebagai Seni Berbahasa

Seni berbahasa adalah adalah pemakaian bahasa secara istimewa yang memiliki nilai estetik dan berseni untuk mencapai sesuatu maksud tertentu antaranya untuk menjaga perasaan, menegur secara berhemah dan bijaksana, mengkritik, dan memahami sesuatu yang abstrak. Hal ini dapat digambarkan melalui penggunaan gaya bahasa dan ragam bahasa. Dalam konteks ini, terdapat beberapa peringatan yang disampaikan dalam bentuk ungkapan yang memperlihatkan keperluan menggunakan bahasa secara berhemah dan bijaksana. Antaranya, “Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa”. “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Dalam hubungan ini, metafora sebagai seni berbahasa mempunyai pelbagai pengertian. Berdasarkan Kamus Dewan (2007: 1027), metafora difahami sebagai pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan). Sementara IA Richard (1936:96-97) dalam the philosophy of rhetoric, menjelaskan bahawa metafora mempunyai dua bahagian iaitu tenor (target) dan vehicle (sumber). Contoh, dalam ayat: Dunia adalah sebuah panggung . Dunia adalah tenor manakala sebuah panggung merupakan vehicle. Kedua-duanya boleh digunakan untuk membuat perbandingan.

Dalam hal ini, Kridalaksana (1983:106) telah mengemukakan pendapatnya bahawa metafora ialah pemakaian kata atau ungkapan lain atau objek atau konsep lain berdasarkan kias atau persamaan. Manakala Asmah Haji Omar (1996:7) pula berpendapat bahawa metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu. Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Hal ini bermakna bahawa metafora tidak sekadar dirujuk untuk membawa makna di luar dalam lingkungan yang difahami secara tersurat, namun membawa pengertian secara tersirat di luar daripada lingkungan.

Sementara Andrew Goatly dalam “the language of metaphors (2011:172) menghuraikan bahawa metafora adalah sesuatu yangg terjadi ketika satu unit wacana digunakan untuk merujuk pada sebuah objek, konsep, proses secara tidak konvensional. Sementara Gorys Keraf, (2007:139) dalam Diksi dan Gaya Bahasa , mengatakan metafora adalah semacam analogi yang membandingkan dua hal secara langsung, tetapi dalam bentuk yang singkat seperti bunga bangsa, buaya darat, buah hati dan sebagainya. Bagi Keris Mas pula (1990:150) metafora ialah gaya kiasan atau bandingan – perumpamaan yang tidak terikat kepada makna dua lapis.

Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana berhubung motafora dapat dirumuskan bahawa metafora dirujuk sebagai satu cara untuk menyatakan sesuatu dengan menggunakan perkara yang lain. Walaupun demikian, metafora juga boleh ditafsirkan sebagai seni memindahkan makna yang dihasilkan melalui penggunaan bahasa yang kreatif. Hal ini merujuk kepada etimologi metafora itu sendiri. Kata metafora berasal dari kata Yunani atau Greek: “metapherein”. (rujuk:John Protevi,(1994:6), P V Zima (2002:41) dan John T Lysaker (2002:21). Kata “meta” adalah prefiks (prefix) iaitu kata depan yang membawa maksud "atas", “ke atas”, “mengatasi”, “melepasi”, “melampaui”, “melangkaui”, “melebihi”. Kata “meta” boleh didapati pada perkataan metakognitif, metafizik, metadata dan sebagainya. Manakala kata “pherein” adalah sufiks (suffix) yang membawa maksud "angkat”, “membawa”, “pindah".

Oleh itu, “metapherein” mempunyai mekanisma yang membawa maksud pindah (transfer) ke atas, membawa ke atas, membawa perubahan, melepasi batas, melepasi siling, melampaui sempadan yang ada, transportasi, atau “transpose”. Frasa “membawa ke atas”, “pindah ke atas” atau “melampaui batas” sering dipandang ringan oleh pengkaji metafora. Mereka mengabaikan proses pembentukan metafora. Hal ini demikian kerana mereka menganggap perkara ini berlaku secara semulajadi atau spontan sahaja. Pada hal, kita sering membaca ungkapan sesuatu itu wujud bukan dalam vakum. Metafora bermula apabila manusia sudah pandai dan mampu membuat perbandingan antara dua benda sama ada dari segi bentuk, bunyi, gerakan dan fungsi

Dalam konteks kajian ini, metafora dan gaya bahasa yang lain telah memberikan beberapa mekanisma yang boleh dimanfaatkan. Dalam hal ini, mekanisme bermaksud cara bekerja atau kelakuan tertentu yang ditunjukkan oleh sesuatu yang dipanggil alat yang memberikan daya bergerak sebagaimana dijelaskan oleh Joseph Edward Shigley, et.al (1981:3-5) dan Neil Sclater (2011:1-2). Contoh, spring adalah gegelung logam yang mempunyai mekanisme tertentu iaitu apabila ditekan atau ditarik akan kembali kepada bentuk asal apabila dilepaskan. Spring digunakan untuk memberi ketegangan yang berterusan atau menyerap pergerakan. Mekanisme ini digunakan pada ‘ballpen”. Dalam batang pena ada spring yang bertugas untuk menekan mata pena. Merujuk kepada gaya bahasa, mekanisma ini terpendam pada metafora, simile, personifikasi, metonimi, hiperbola, sinekdoke dan sebagainya.

Pernyataan ini ada kaitannya dengan perkembangan dalam bidang psikologi kognitif. Perkembangan yang pesat di dalam bidang psikologi kognitif seperti gestalt, kreativiti, sains kognitif, sainsneuro (neuroscience), kepintaran buatan dan sebagainya telah mempengaruhi perkembangan dalam disipilin ilmu yang lain. Bidang kesusasteraan juga telah menerima tempias daripada perkembangan ini. Dalam hubungan ini metafora sebagai gaya bahasa telah diangkat naik atau ditambah nilai bukan sahaja sebagai pengindah pengucapan dan pengindah pemikiran tetapi juga sebagai gaya berfikir kreatif.

Dari satu sisi metafora difahami sebagai wahana atau cara untuk memahami sesuatu dengan sesuatu yang “lain”. Dari satu sisi yang lain, metafora yang diperkenalkan oleh Aristotle telah dianggap mempunyai bibit-bibit kreativiti. Hal ini selaras dengan konsep kreativiti dalam pemikiran lateral ciptaan Edward de Bono. Menurut de Bono (1970:47), dalam bukunya Lateral Thinking, pemikiran lateral ialah cara “lain” dalam melihat sesuatu. Kata de bono, “The most basic principle of lateral thinking is that any particular way of looking at things is only one from among many other possible ways”. Lateral thinking is concerned with exploring these other way”. Perkataan “lain” yang terdapat dalam pengertian metafora Aristotle membawa maksud yang sama dengan kata “lain” yang terdapat dalam pemikiran lateral.

Dalam budaya Melayu pula, perkataan metafora dan perkataan lateral itu tidak ada tetapi cara dan proses berfikir kreatif itu sudah lama ada. Za’ba menyebutnya sebagai bahasa kiasan dan Hassan Ahmad (2003:2-6) dalam monografnya Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistomologinya telah menerima bahasa kiasan seperti simpulan bahasa, peribahasa dan yang sewaktu dengannya sebagai metafora.

Pandangan yang diketengahkan oleh Za’ba selari dengan pendapat yang diketengahkan oleh Aristotle yang menganggap bahawa orang yang pandai berkias dan bermetafora itu adalah orang yang bijak, pintar dan genius. Ini terbayang pada kata-kata yang diucapkan dalam karya-karya mereka. Kevin Brophy, (2009:161) dalam Patterns of Creativity: Investigations Into the Sources and Methods of Creativity mengulang apa yang dikatakan Aristotle iaitu “… the greatest thing by far is to be a master of metaphor. It is the one thing that cannot be learnt from others; and it is also a sign of genius, …”. (Aristotle, Poetics: I459a5)

Pernyataan ini selaras dengan cadangan Za’ba yang mengatakan peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Hassan Ahmad (2006:55) cukup senang dengan pandangan Za’ba berkenaan kebijakan dalam pantun dan peribahasa Melayu. Metafora sebagai gaya berfikir kreatif sebenarnya sudah lama diamalkan secara rahsia dan implisit oleh pakar strategi, saintis dan perekacipta dalam mana-mana zaman dan masyarakat. Leonardo Da Vinci dan Sun Tzu pernah menggunakannya dalam merekacipta dan sebagai strategi berperang. Ia bersifat universal. Oleh itu jelaslah bahawa metafora sangat berharga untuk diketepikan begitu sahaja. Mekanisma metafora mempunyai pelbagai fungsi. Salah satu daripada fungsinya ialah dalam menyelesaikan masalah secara kreatif.


Analisis Metafora Sebagai Gaya Berfikir Kreatif

Dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa masalah yang dapat diselesaikan secara kreatif dengan menggunakan mekanisma metafora. Kertas kerja ini akan membincangkan tiga masalah yang dikenal pasti berdasarkan peristiwa tertentu daripadanya iaitu :
1. Kejayaan Raja China menghadapi ancaman serangan daripada tentera Raja Suran
2. Kejayaan Tun Perpatih Putih melihat wajah Raja China dan
3. Kejayaan Bendahara Melaka dalam menyelesaikan masalah surat salam menjadi surat sembah.

1. Peristiwa Raja Suran ingin menyerang negeri China
Maka kedengaranlah pula khabamya ke benua China, mengatakan, "Raja Suran datang hendak menyerang kita, mem¬bawa rakyat tiada terpermanai banyaknya; sekarang sudah sampai ke Temasik." Maka raja China pun terlalu hebat men¬dengar khabar itu; maka titah raja China pada segala menteri dan segala pegawainya, "Apa bicara kamu sekalian pada me-nolakkan bala ini; jikalau sampai raja benua Keling itu ke mari, nescaya binasalah benua China ini." Maka sembah seorang menteri yang tua, "Jikalau sampai raja daripada yang banyak, ya tuanku syah alam, yang diperHambalah membicarakan dia." Maka titah raja China, "Bicarakanlah olehmu." Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang Serii, lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilihnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya, di¬suruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.
Setelah datang ke Temasik, maka dipersembahkan orang¬lah kepada Raja Suran, "Ada sebuah perahu datang dari benua China." Maka titah Raja Suran pada orangnya, "Pergilah eng¬kau tanya pada China itu, berapa lagi jauhnya negeri China dari sini?" Maka orang itu pun pergilah bertanya pada orang pilau itu. Maka sahut China itu, "Tatkala kami keluar dari benua China, sekalian kami-kami ini sedang muda-muda be¬laka, baharu dua belas tahun umur kami, dan segala buah-buah¬an ini bijinya kami tanam, kami pun tualah, gigi kami semua pun habis tanggal; segala buah-buahan yang kami tanam itu berbuahlah, baharulah kami sampai ke mari," Maka diambil¬nya jarum ada beberapa bilah itu, ditunjukkannya pada Ke¬ling itu, katanya, "Besi ini kami bawa ke mari dari benua China seperti lengan besamya, sekarang inilah tinggalnya habis haus; demikianlah peri lamanya kami di jalan, tiadalah kami tahu akan bilangan tahunnya."

Setelah Keling itu mendengar kata China itu, maka ia pun segera kembali memberi tahu Raja Suran; maka segala kata China yang didengamya itu semuanya dipersembahkannya kepada Raja Suran. Setelah Raja Suran mendengar sembah orang itu, maka titah Raja Suran, "]ikalau seperti kata China itu, terlalulah jauhnya benua China itu; manakalakah kita sampai ke sana? Baik kita kembali." Maka sembah segala hulubalang, "Benarlah seperti titah Seri Maharaja itu."

(Sulalatus Salatin, 1983:12-13)

Dalam petikan tersebut digambarkan peristiwa Raja Suran ingin menyerang negeri China. Dalam peristiwa tersebut Raja China mempunyai maklumat bahawa tentera Raja Suran, tentera yang hebat iaitu sudah banyak negeri yang ditewaskannya. Banyak kemusnahan harta benda yang berlaku dan banyak nyawa yang melayang. Raja China tidak mengambil ringan dan sambil lewa akan ancaman Raja Suran itu. Bukti tersebut dikesan dalam Sulalatus Salatin halaman (11) seperti petikan di bawah :
Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kuda¬nya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang ber¬lembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang ber¬tetakan pedangnya. Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat Senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu ber¬perang itu. Mana yang mengamuk di amuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tum pall mengalir ke bumi seperti air sebak.

(Sulalatus Salatin, 1983:11)

Berdasarkan petikan daripada peristiwa tersebut, Raja China mempunyai beberapa pilihan. Pertama, menentang tentera Raja Suran, kedua berunding dengan Raja Suran, ketiga menyerah kalah atau keempat mencari jalan atau mencari helah mengelakkan peperangan dengan Raja Suran. Raja China memilih pilihan keempat.

Pilihan 1, 2 dan 3 tidak menjadi pilihan kerana ia bukan hasil berfikir yang kreatif. Tindakan yang dibuat oleh Raja China itu adalah tindakan yang tepat kerana sesuai dengan pandangan Sun Tzu (1971:63) dalam bukunya The Art of War yang menegaskan bahawa peperangan adalah suatu perkara yang sangat penting. Ia adalah soal hidup atau mati. Oleh itu tindakan untuk berperang perlu difikirkan semasak-masaknya.

Oleh itu Raja China bertindak bijak, baginda ingin mengelak daripada berperang dengan Raja Suran kerana banyak harta benda akan musnah, kegiatan pertanian akan terganggu, dan banyak nyawa akan terkorban. Raja China meminta perdana menterinya mencari jalan untuk mengatasi ancaman serangan tentera Raja Suran itu. Tindakan Raja China ini ada kaitannya dengan pendapat de Bono dalam bukunya Lateral Thinking (42-43) “The first type of problem can be solved by vertical thinking. The second and third type of problem require lateral thinking for their solution”
Perdana Menteri China mengambil amanah itu dengan meminta Raja China menyediakan sebuah kapal yang besar dan di atas kapal itu diletakkan jarum berkarat, pohon kesmak yang tinggal ranting dan beberapa orang tua yang tidak bergigi. Apabila semuanya sudah berlengkap kapal itu diminta belayar ke Temasik. Dari sudut strategi berperang tindakan Perdana Menteri China itu, bukanlah menyediakan alat peperangan seperti yang disebut oleh pepatah Latin: Si vis pacem, para bellum (maksudnya jika anda mahukan keamanan, bersedialah untuk berperang). Menurut Luttwak (1987:3) dalam bukunya Strategy: The Logic of war and Peace, peperangan untuk menamatkan peperangan tidak akan menamatkan perang. Dengan semangat inilah Perdana Menteri China menggunakan kepintarannnya (merujuk idealisme Aristotle) untuk mengalahkan Raja Suran tanpa menggunakan senjata.

Dalam hubungan ini, beberapa persoalan diajukan untuk membuka ruang perbincangan selanjutnya.
1. Bagaimanakah Perdana Menteri itu mendapat idea berkenaan rancangan tersebut?.
2. Apakah proses kognitif yang berlaku di minda Perdana Menteri itu?
Dalam konteks kertas kerja ini, pernyataan Aristotle yang mengatakan bahawa “seseorang yang boleh bermetafora adalah menandakan yang orang itu cerdik, pintar dan bijak (genius) dijadikan asas rujukan. Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, metafora adalah kebolehan otak atau minda yang mampu membuat “pemindahan”. Makna atau konsep yang ada pada sesuatu entiti dapat dipindahkan kepada entiti lain atau kepada keadaan yang lain melalui “pinjaman” “penyamaran” dan “perubahan bentuk” (transformasi). Mekanisma metafora ini dapat dilihat pada contoh-contoh berikut.
Ali kancil
Dalam ungkapan ini, Ali tidak dirujuk sebagai Ali yang binatang tetapi Ali yang cerdik macam kancil. Kecerdikan kancil dipinjamkan kepada Ali demi menggerakkan daya imaginasi khalayak kepada kecerdikan Ali.
Aminah mawar desa

Sementara itu, dalam ungkapan, “Aminah mawar desa”, Aminah bukanlah dirujuk sebagai sekuntum bunga tetapi membawa citra seorang gadis desa yang masih suci.
Dia durian, kita mentimun
Dalam pernyataan, “dia durian kita mentimun” , “dia” bukanlah orang yang dirujuk sebagai buah” dan “kita” bukanlah orang yang dirujuk sebagai sayur tetapi merujuk kepada citra kekuasaan pemerintah kepada rakyatnya dan juga merujuk kepada betapa lemahnya rakyat berbanding kegagahan seorang raja atau pemerintah.

Ungkapan-ungkapan yang dijadikan contoh itu, selain daripada menunjukkan keindahan berbahasa, ungkapan-ungkapan itu juga merujuk kepada keindahan pemikiran dan kepintaran orang yang mencipta ungkapan itu. Walaupun demikian menurut (Asiah Abdul Rahman:2013), dalam memahami sesuatu teks sastera, akan wujud pertembungan makna antara teks pembaca dan teks penulis. Situasi ini wujud kesan daripada penggunaan bahasa dalam teks tersebut sama ada bahasa yang agak natural atau bahasa yang mencabar proses pembacaan yang memungkinkan pembaca berusaha memperoleh makna dalam pelbagai kemungkinan yang ada sebagaimana dijelaskan oleh Thornborrow & Wareing (1998). Hal ini memperlihatkan bahawa, dalam sesebuah teks sastera dikesan tentang wujudnya makna pembaca dan makna penulis yang disejajarkan melalui penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk kata mahupun ayat (Mohammad Fadzeli Jaafar:2009).

Merujuk kepada peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin, Mekanisma yang sama telah digunakan oleh Perdana Menteri China seperti yang telah dibincangkan. Ketibaan kapal besar dari negeri China itu dengan segala muatannya berada dalam pengetahuan Raja Suran. Inferens yang dibina oleh Raja Suran berdasarkan maklumat itu mendorong Raja Suran membatalkan rancangannya hendak menyerang China.

Umpan yang disediakan oleh Perdana Menteri itu mempunyai daya pukau sehingga mendorong Raja Suran membuat kesimpulan bahawa negeri China itu sangat jauh. Perjalananan ke negeri China akan mengambil masa yang sangat lama dan sangat meletihkan. Dari segi logistik, ia tidak memberi kelebihan kepada tenteranya. Pedang yang hendak digunakan tidak boleh dipakai lagi kerana sudah berkarat. Tentera-tenteranya tidak lagi mampu berperang kerana sudah sangat tua.
Perdana Menteri China berjaya dengan ideanya kerana menggunakan mekanisma metafora yang telah lama terpendam di dalam mindanya dalam bentuk paradigma, skema, korpus, prinsip, formula dan sebagainya. Antara proses berfikir yang dijangkakan dilakukan oleh Perdana Menteri China itu adalah seperti berikut.

Selepas menerima perintah dari rajanya, Perdana Menteri China sibuk berfikir tentang berperang dan peperangan dengan menggunakan mekanisma sinekdoke jenis totem pro parte. Pada peringkat ini, Perdana Menteri China berfikir secara keseluruhan (makro) tentang peperangan dan akhirnya berhenti pada aspek kecil (mikro) dalam peperangan iaitu aspek masa, manusia dan peralatan sebagaimana ditegaskan oleh Sun Tzu (1971:88).

Pada peringkat seterusnya, Perdana Menteri menggunakan mekanisma metonimi untuk melihat unsur atau aspek yang “melekat” pada aspek masa, manusia, dan peralatan. Dalam peperangan faktor masa adalah penting. Kepantasan dan ketepatan waktu adalah kunci kepada tindakan yang membawa kemenangan segera dalam peperangan. John David Lewis (2010:184-185) dalam Nothing Less than Victory: Decisive Wars and the Lessons of History, ada membicarakan soal kepantasan serangan tentera Jerman ke atas Poland. Tentera Jerman menamakan serangan jenis ini sebagai “Blitzkrieg”. Begitu juga, John C. Davenport (2009:33) dalam The Attack on Pearl Harbour yang mengisahkan serangat mengejut tentera Jepun ke atas pangkalan tentera Amerika di Pearl Harbour pada pagi 7 Disember, 1941.

Ketidak patuhan kepada jadual akan mengakibatkan perkara yang buruk (fatal) akan berlaku kepada mana-mana pasukan tentera. Strategi yang ampuh dan penuh rancangan tidak akan berjaya apabila disiplin masa tidak dipatuhi. Tentera yang perkasa dan gagah berani juga amat diperlukan dalam mana-mana pasukan tentera. Peralatan tentera yang canggih juga akan menentukan kemenangan. Tentera yang lemah fizikal dan dengan senjata yang rosak akan menyebabkan mana-mana pasukan tentera akan tewas dengan mudah dalam sebarang pertempuran.

Segala hal yang dihuraikan tadi sudah lama berada dalam fikiran Perdana Menteri China. Sebagai ahli strategi, Perdana Menteri China memang tahu akan selok belok dalam dunia peperangan. Oleh itu faktor masa digunakan oleh Perdana Menteri China sebagai senjata propaganda untuk menghadapi tentera Raja Suran. Dia perlu meyakinkan Raja Suran bahawa negeri China itu sangat jauh dan menggunakan masa yang lama untuk sampai ke sana. Untuk itu, Perdana Menteri China menggunakan mekanisma hiperbola dan mekanisma analogi untuk menggambarkan betapa jauhnya perjalanan ke negeri China itu.

Oleh itu, beberapa orang tua yang tiada gigi telah dipilih untuk menjadi muatan kapal itu. “Berjalan lambat macam orang tua” atau “berjalan lambat macam kura-kura” adalah simile (analogi) tetapi kesannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan ungkapan hiperbola “berjalan lambat macam orang tua tiada gigi”. Ramainya orang tua yang tidak bergigi di atas kapal itu adalah straregi hiperbola yang digunakan oleh Perdana Menteri China untuk meyakinkan Raja Suran betapa jauhnya perjalanan dari China ke Temasik.

Selain itu, Perdana Menteri China menggunakan pedang berkarat sebagai analogi yang dihiperbolakan untuk menggambarkan betapa lamanya pedang itu tidak digunakan dan betapa tiada gunanya pedang itu untuk dijadikan senjata dalam berperang. Strategi Perdana Menteri China berhasil, apabila Raja Suran membuat keputusan untuk membatalkan rancangannya untuk menyerang negeri China. Berdasarkan huraian tersebut, menunjukkan bahawa metafora yang selama ini digunakan sebagai gaya bahasa yang bertujuan untuk mengindahkan pengucapan dan pesanan dapat juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.


Peristiwa Kedua : Hendak Melihat Wajah Raja China
Maka gagak berkawan itu sekaliannya mengembangkan sayapnya, menaungi sekalian mereka itu. Maka berbunyilah guruh, petir dan kilat sabung-menyabung. Maka raja China pun keluar; berbayang-bayang rupanya kelihatan dari dalam mungkur kaca dalam mulut naga. Demi melihat raja China, maka sekalian mereka itu pun semuanya menundukkan kepala ke bumi menyembah raja China, tiada mengangkat muka lagi. Maka surat dari Melaka itu pun dibaca oranglah. Setelah di¬ketahuinyalah ertinya, maka terlalulah sukacita raja China mendengar dia, dan sagu pun dibawa oranglah, ke hadapan raja.

(Sulalatus Salatin, 1983:124)


Maka titah raja China kepada Tun Perpatih Putih, "Apa kegemaran orang Melaka?" Maka sembah Tun Perpatih Putih, "Sayur kangkung tuanku, jangan dikerat-kerat, belah panjang-panjang, iaitulah kegemaran kami semua orang Melaka makan, tuanku." Maka disuruh oleh raja China sayurkan kangkung, seperti yang di¬katakan oleh Tun Perpatih Putih itu. Setelah sudah masak, di-hantarkan di hadapan Tun PerpatihPutih; dan orang Melaka sekaliannya pun membibit hujung sayur kangkung itu, serta menengadah, mengangakan mulutnya. Maka kelihatanlah raja China duduk di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kaeanya. Maka barulah dapat dipandang dengan nyata oleh orang Melaka raja China itu, Setelah sekalian China melihat orang Melaka makan sayur kangkung itu maka diturutnya. Sebab itulah orang China tahu makan sayur kangkung datang sekarang,
(Sulalatus Salatin, 1983:125)

Berdasarkan petikan di atas, pada mulanya rombongan Tun Perpatih yang menghantar sagu rendang ke benua China dapat melihat wajah Raja China berbayang-bayang sahaja. Hal ini demikian kerana Raja China duduk di dalam mongkor kaca (Sulalatus Salatin Melayu,1983:124) yang berada di dalam mulut naga. Jika kita dalam kedudukan Tun Perpatih Putih, sudah pasti kita juga ingin melihat wajah Raja China sejelas-jelasnya. Adalah tidak lengkap dan sempurna, apabila rombongan atau individu yang datang dari jauh tidak dapat melihat wajah tuan rumah atau pihak yang ingin ditemui. Dalam konteks Sulalatus Salatin, sudah tentulah pelbagai usaha dan ikhtiar akan dilakukan sama ada dengan mencari jalan atau helah untuk melihat wajah Raja China itu.

Peluang keemasan tiba-tiba muncul apabila Tun Perpatih Putih dan rombongannya ditanya akan makanan kegemaran orang Melaka. Jawapan segera daripada Tun Perpatih Putih ialah sayur kangkung yang tidak dikerat tetapi dibelah-belah sahaja.
Ketika waktu makan, rombongan Melaka mengangkat tinggi-tinggi sayur kangkung itu sehingga mereka berpeluang melihat wajah Raja China yang sebenarnya. Pada masa yang sama mereka membibit sayur kangkung pada hujungnya.
Apakah yang mendorong Tun Perpatih Putih memilih kangkung bukannya sayur lain seperti bayam, sawi, taugeh dan lain-lain sayur sebagai jawapan kepada masalah rombongan Melaka yang ingin melihat wajah Raja China itu?.

Kepantasan berfikir Tun Perpatih Putih menjawab pertanyaan Raja China menggambarkan Tun Perpatih Putih seorang yang bijak dan kreatif kerana mampu menggunakan mekanisma kias atau metafora pada bila-bila masa. Perkataan kias (metafora) walaupun terdiri daripada empat huruf, dapat membayangkan bahawa metafora boleh berlaku dengan begitu pantas dan mempunyai kesan segera. Dalam nanosaat atau secepat kilat sahaja, otak dapat membuat “twist”, pusingan U, perubahan, kelainan, kalihan, dan kilasan. Unsur tiba-tiba atau kepantasan Tun Perpatih Putih itu dapat dikaitkan dengan istilah celik akal (insight), “aha” experience” atau rasa eureka. Konsep celik akal dikemukakan oleh ahli psikologi kognitif yang juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt iaitu Wolfgang Kohler (1925). Kohler dalam kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah menemui pembelajaran secara celik akal. Celik akal bermaksud penyelesaian masalah boleh berlaku secara mendadak atau tiba-tiba lengkap. E. Bruce Goldstein ( 2008: 306-308 ), Cognitive Psychology: Connecting Mind, Research and Everyday Experience, menjelaskan bahawa “The Gestalt psychologists also introduced the idea that restructuring is associated with insight—a sudden realization of a problem’s solution. Gestalt psychologists’ emphasis on insight is reflected in the types of problems they posed. The solution to most of their problems involves discovering a crucial element that leads to solution of the problem”.

Dari sudut psikologi kognitif, skema pengetahuan tentang jenis-jenis sayur (kategori sayur) yang sesuai dengan masalah yang dihadapi memang ada di fikiran Tun Perpatih Putih. Skema yang wujud dalam benak Tun Perpatih Putih boleh dikaitkan dengan kajian Piaget yang menjelaskan “a schema is an organized system of actions or a mental representation that people use to understand and interact with the world (Jeffrey S. Nevid (2013:356). Dia hanya perlu mengaitkan dengan perbuatan yang akan dilakukan. Perbuatan yang dipilih adalah perbuatan mendongak. Perbuatan mendongak melibatkan pergerakan dari bawah ke atas, ia itu berkait dengan mekanisma metafora yang membawa maksud “pemindahan” atau “peralihan”. Perkataan pemindahan di sini bukan bermaksud tersurat, tetapi ia membawa maksud tersirat.

Justeru, metafora sebagai seni berbahasa menawarkan pilihan dalam penyelesaian masalah. Dalam mekanisma metafora, sebarang tindakan mengubah, menukar atau mengalih dilakukan secara rahsia. Gerak ini disebut gerak muslihat, “smokescreen”. “maneuver atau penyamaran (camouflage= ada tapi macam tidak ada). Hal ini terdapat dalam ungkapan seperti Ali kancil (Ali menyamar menjadi kancil), dalam ungkapan Aminah mawar desa (Aminah menyamar menjadi bunga) dan ungkapan dia durian kita mentimun (pemerintah, raja atau sultan menyamar menjadi durian dan rakyat jelata, hamba, buruh, kuli, marhaen menyamar menjadi mentimun). Begitu juga dalam peribahasa dan simpulan bahasa ada gerak muslihat itu, iaitu pada ungkapan: sambil menyelam minum air, berkayuh sambil bertimba; berkayuh sambil ke hilir; sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar; dan sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau. Makna yang sama juga terdapat dalam peribahasa Inggeris, iaitu killing two birds with one stone. Peribahasa ini menggambarkan perbuatan atau pekerjaan yang diakukan secara serentak dapat mencapai dua atau tiga matlamat sekali gus.
Mekanisma Simile pula digunakan untuk mencari sayur yang sesuai dengan perbuatan mendongak yang akan dilakukan oleh rombongan Melaka. Sayur kacang panjang tidak sesuai dengan perbuatan itu kerana tidak cukup panjang dan bukan amalan yang sesuai memakan kacang panjang secara mendongak. Hal ini berkaitan dengan aspek pengkategorian yang juga diselidiki oleh Aristotle (Pamela Michelle Hood (2004:5-6). Dengan itu, kacang panjang ditolak dari senarai pemilihan.
Mekanisma Metonimi pula membenarkan pilihan sayur kangkung itu kerana kata-kata seperti panjang, membibit dan mendongak itu sesuai dengan masalah yang dihadapi. Fasa yang seterusnya adalah fasa membuat tindakan. Kangkung dijadikan batu loncatan oleh rombongan Melaka untuk melihat wajah Raja China. Peristiwa ini membuktikan bahawa mekanisma metafora yang terlepas pandang selama ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.

Peristiwa Ketiga : Surat Salam dikatakan Surat Sembah
Hatta maka Sultan Mahmud Syah hendak menyuruh ke Pasai, bertanyakan masalah perkataan antara Ulama Mawara'l Hartar, dan Ulama Khurasan, dan Ulama benua Irak. Maka baginda hendak menyuruhlah; serta baginda mesyuarat dengan Benda¬hara dan segala Orang Besar-besar, "Bagaimana kita menyuruh ke Pasai itu? Jikalau bersurat, tiada dapat tiada tewas kita; kerana orang Pasai jikalau bersurat, 'salam ' dibacakannya 'sembah' juga. Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Jika demikian, kita menyuruh janganlah bersurat; sudah kita surat, suruh hafazkan pada utusan itu." Maka titah Sultan Mahmud, "Benarlah itu, jika demikian Orang Kaya Tun Muhammadlah baikkita titahkan." Maka sembah Orang Kaya Tun Muhammad, "Baiklah, tuanku." Maka surat pun diaraklah ke perahu, bingkisannya golok perbuatan Pahang sebilah, bertatahkan emas berpermata; kakatua putih seekor; kakatua ungu seekor. Maka Orang Kaya Tun Muhammad pun pergilah; maka surat itu dihafazkannya selama di laut itu.

Berapa lamanya di laut maka sampailah ke Pasai, Maka dipersembahkan orang kepada raja Pasai, "Tuanku, utusan dari Melaka datang." Maka disuruh jemput oleh raja Pasai pada segala Orang Besar-besar dengan gendang, serunai, nafiri, nagara; setelah datang kepada Orang Kaya Tun Muhammad, maka kata orang yang menjemput surat itu, "Manatah surat, marilah arak." Maka kata Orang Kaya Tun Muhammad, "Hambalah surat, araklah Hamba." Maka dinaikkan oranglah Orang Kaya Tun Muhammad ke atas gajah, lalu diarak. Setelah datang ke balai, maka Orang Kaya Tun Muhammad pun turun¬lah dari atas gajah, maka berdiri ia pada tempat orang mem¬baca surat, maka dibacanyalah surat pada mulutnya itu, demikian bunyinya: "Salam doa paduka kakanda, Seri Sultan Mahmud Syah yang empunya takhta kerajaan dalam negeri Melaka Daru'l Azim, datang kepada paduka adinda Seri Sultan al mu 'azam maliku'l-mukarram zilu'llahu fi'l-'alam, yang di atas perhiasan kerajaan dalam negeri Pasai Daru'l Salam.

(Sulalatus Salatin, 1983:233)

Berdasarkan petikan di atas, memperlihatkan bahawa pada zaman dahulu kedatangan berita atau perkhabaran dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan dalam formasi surat adalah dialu-alukan. Surat dan pembawa surat yang datang itu membawa sekali imej dan maruah negara yang berkenaan. Pembawa surat akan dinaikkan atas gajah dalam upacara menerima ketibaan surat. Surat akan dibaca dihadapan raja oleh pegawai yang dilantik. Permulaan surat biasanya dimulakan dengan ucapan salam atau sembah. Ucapan salam terkandung dalam surat jika taraf kedua-dua negara atau kerajaan adalah sama. Ucapan sembah jika digunakan apabila taraf antara kedua-dua kerajaan itu tidak sama.
Masalah berlaku apabila ucapan salam dibacakan sebagai ucapan sembah. Dengan begitu, maruah sesebuah negara itu jatuh serta merta di hadapan khalayak yang hadir. Hal ini membawa kemarahan kepada pembawa surat. Sebagai wakil negara, dia akan membantah ucapan itu. Jika bantahan-bantahan tidak diendahkan, wakil negara akan bertindak membunuh pembaca surat. Dalam Sulalatus Salatin (1983:164), Raja Pahlawan dari kerajaan Haru telah membunuh pembaca surat kerajaan Pasai kerana melakukan pertukaran surat salam menjadi surat sembah. Akibatnya berlakulah peperangan antara kedua negara.

Peristiwa ini menjadi pengetahuan kepada Sultan Mahmud dan menjadi masalah kepada baginda apabila ingin menghantar utusan pembawa surat ke Pasai. Hal ini telah dibincangkan dengan Bendahara kerana Sultan Mahmud ingin bertanyakan masalah perkataan antara Ulama Mawaran-nahar dengan Ulama Khurasan, dan Ulama benua Irak (rujuk petikan yang disertakan).
Untuk mengatasi masalah itu, Bendahara sebagai pakar strategi kerajaan Melaka telah mencadangkan supaya surat yang hendak dihantar itu hendaklah dihafal sahaja oleh pembawa surat. Jawapan yang Bendahara berikan kepada Sultan Mahmud merupakan hasil pelaksanaan mekanisma metafora dan pemikiran lateral. Mekanisma ini seperti yang dihuraikan sebelumnya, menggerakkan Bendahara supaya melakukan perubahan, pemindahan atau pertukaran makna kepada surat. Kalau dulu, surat disampaikan secara tangan, biarlah kali ini, surat disampaikan secara lisan. Cadangan Bendahara itu diterima oleh Sultan Mahmud dan baginda memerintahkan Orang Kaya Tun Muhammad menghafal surat itu. Dengan tugas baru itu, Tun Muhammad sudah menjadi surat dan keadaan ini samalah dengan ungkapan Ali yang menjadi kancil dan Aminah yang menjadi bunga.

Proses yang berlaku ini bukanlah kerana berlakunya perubahan DNA tetapi dibenarkan oleh metafora. Dengan itu, berlakulah proses depersonifikasi. Jika mekanisma personifikasi memberi sifat-sifat manusia kepada benda seperti pohon nyiur melambai-lambai dan siang merangkak senja maka mekanisma dipersonifikasi menjadikan manusia sebagai benda (objek).
Dalam konteks ini, penggunaaan seni berbahasa yang dicermainkan melalui mekanisme metafora berdasarkan ‘pemindahan fungsi’ iaitu dengan Tun Muhammad sudah menjadi surat, maka masalah Sultan Mahmud dalam surat salam menjadi surat sembah telah dianggap selesai.


Kesimpulan

Proses simpang-siur menggunakan pelbagai mekanisma gaya bahasa dalam tiga masalah di atas adalah proses biasa dalam dunia kreatif. Sebagaimana penyair atau penulis yang bebas berkarya, ahli strategi seperti seorang jeneral di medan perang, seorang jurulatih bolasepak, seorang ahli perniagaan atau seorang ahli politik juga bebas menggunakan mekanisma-mekanisma ini. Ia samalah seperti seorang penyerang di hadapan pintu gol. Penyerang boleh memilih untuk menjaringkan gol dengan cara menanduk, atau menyepak bola ke dalam jaring.

Walaupun tiga masalah yang dipilih dari Sulalatus Salalatin (1983) nampak mudah diselesaikan tetapi prosesnya agak kompleks bagi individu yang tidak mempunyai fikiran kreatif dan tidak menguasai mekanisma metafora atau pemikiran lateral. Gaya bahasa metafora boleh digunakan sebagai alat penyelesai masalah secara kreatif jika kita tahu dan kenal akan mekanismanya. Mekanisma metafora bukanlah sesuatu yang misteri tetapi ia perlu dicari. Ternyata Sulatus Salatin sebuah karya agung yang kaya dengan maklumat dalam menawarkan korpus kajian berkaitan dengan seni berbahasa. Justeru kajian tentang seni berbahasa dalam Sulalatus Salatin dengan mekanismanya yang terpendam dan terselindung dapat menyumbangkan kepada penyelesaian masalah secara kreatif.



Bibliografi
Arbak Othman. 2009. Semiotik. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise.

Arba’ie Sujud. 2008. Apresiasi Bahasa - Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

Abdul Samad Ahmad. (1983). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andrew Goatly. (1997). The Language Of Metaphors. London: Routledge.
Asiah Abdul Rahman.(2013). “Transformasi Makna Ayat Perintah dalam Novel S.Othman Kelantan”. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Asmah Hj Omar. (1996). “Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief”, dlm Jurnal Bahasa Jendela Alam. Jilid 1. Persatuan Bahasa Moden.

E. Bruce Goldstein. (2008). Cognitive Psychology: Connecting Mind, Research and Everyday Experience. Belmont, USA: Wadsworth.

Edward de Bono. (1970). Lateral Thinking. London: Penguin Book.
Gorys Keraf. (2007). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia.

Hassan Ahmad .(2003). Metafora Melayu:Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistomologinya. Bangi: Akademi Kajian Ketamadunan.

Hassan Ahmad. (2006:55). Ke arah Kelahiran Melayu Glokal. Kuala Lumpur: Alaf 21.

I. A. Richard .(1936). The Philosophy Of Rhetoric. Routledge: Chapman & Hall.
Jeffrey S. Nevid. (2013). Psychology: Concepts and Applications, 4th ed. Belmont, USA: Wadsworth.

John C. Davenport. (2009). The Attack on Pearl Harbour. New York: Infobase Publishing.

John David Lewis. (2010). Nothing Less than Victory: Decisive Wars and the Lessons of History. Princeton: University Press.

John Protevi. (1994). Time and Exteriority: Aristotle, Heidegger. Derida: Associated University Press

John T Lysaker. (2002). You Must Change You Life: Poetry, Philosophy and The Birth of Sense. Pennsylvania: University Press.

Joseph Edward Shigley, et.al. (1981). Theory Of Machines And Mechanism
Keris Mas. (1990) . Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. KualaLumpur: DBP.

Kevin Brophy. (2009). Patterns of Creativity: Investigations Into the Sources and Methods of Creativity. Amsterdam : Rodopi.

Kridalasana, Harimurti. (1983). Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia.

Luttwak, E.N (1987) (terjemahan). Strategy: The Logic of war and Peace. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka.

Neil Sclater. (2011). Mechanisms And Mechanical Devices Sourcebook.
Maslida Yusof (1999). Makna Bukan Literal: Kes Metafora dan Hiperbola. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 35. Bil. 12. Hal 4-9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar.(2009). “Writerly Text: Analisis Leksikal Teks Melayu Moden dari Sudut Stilistik” dlm. Nor Hashimah Jalaluddin et.al. Linguistik Teori dan Aplikasi.Bangi: Penerbit UKM.

Muhammad Haji Salleh.(1986). Cermin diri Esei Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Muhammad Haji Salleh. (2008). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pamela Michelle Hood. (2004). Aristotle on the Category of Relation. USA: University Press of America.

P V Zjma. (2002). Deconstruction and Critical Theory. New York: Continuumbooks.

Sun Tzu. (1971). (Terjemahan oleh Griffith S.B). The Art of War. London: OUP.

Thornborrow,J & Shan Wareing. (1998). Patterns in Language: An Introduction to Language and Literary Style. London : Routledge.

Za’ba .(2002). Ilmu Mengarang Melayu. Edisi Ejaan Rumi Baharu Za’ba. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

*Artikel ini merupakan Kertas Kerja Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin
28- 30 Oktober 2013
Dewan Datuk Hassan Ahmad Tingkat 2 Menara DBP Kuala Lumpur

setiap senja pergi







setiap senja pergi
tertanda jingga dan merah
kuning dan tembaga mentari
awan yang gelap bergalur redup
rangkak pergi setiap gartis cahaya
rangkak tiba garis-garis gelap
warna terakhir sebelum usai cahaya

begitu terjadi semesta berkalam warna
kita hanya tahu menatap
dengan lurah jiwa
dengan bentur rasa
apakah ini maksudnya?

25 Jun 2015

ketika langit berbisik






ketika langit berbisik
hanya terbawa awan dan cahaya
berbingkai ukir warna
bergaris terang di ufuk
ia cerita semesta
nyanyi alam dan lagu cakerwala
mendekatmu

dengan apakah semua itu
kau ambil sebagai pedoman
atau hanya membiarkan
sehabis awan berlalu
langit bertukar lagi
hanya
mainan angin dan cahaya

langit berbisik
bahasanya tumpah di nurani


gadis dan ayat-ayat suci




Merdunya suara adik Maghfirah M. Hussein mengalunkan ayat suci Al-Quran.


Maghfirah M. Husain, Qariah Aceh Pengguncang Dunia Maya

11 May 2015  - DREAM

GADIS belia berhijab itu tampak menarik napas sejenak. Tubuhnya tegak berdiri. Di depannya, sebuah mik ukuran besar tergelar.

Mengenakan hijab warna kuning dan kemeja hitam langan panjang, dia juga menggunakan penutup kuping. Kepalanya tertunduk. Sorot matanya fokus. Menatap sebuah Alquran kecil terbuka yang dia letakkan di kedua tangannya.

Lalu dia pun mulai mengaji. Gadis itu melantunkan surat Surat Al-Imran ayat 190-194. Luar biasa. Suaranya begitu merdu dan menggetarkan hati.

Dalam video di Youtube berjudul “Inilah Suara Merdu Bacaan Quran Gadis Aceh Indonesia yang Mengguncang Dunia Maya,” gadis itu membacakan beberapa surat Alquran. Video berdurasi 11 menit yang baru diunggah tiga bulan lalu, hingga kemarin sudah ditonton hampir setengah juta pemirsa!

Gadis berhijab itu adalah Maghfirah M Husain. Ia seorang gadis asal Aceh. Ia merupakan pembaca Alquran atau yang dikenal dengan istilah qariah.

Dalam kumpulan video unggahan Ystudio Recording milik sang kakak, Yacob Samalanga tersebut, perempuan kelahiran Simpang Mamplam, Samalanga, Bireuen, pada 31 Desember 1996, memang terbukti memiliki suara merdu dan indah. Tak heran, videonya itu menyedot perhatian netizen dan menguncang dunia maya.


***

Ketika dihubungi Dream.co.id, Kamis 7 Mei 2015 lalu, Maghfirah baru saja selesai kuliah. Kepada Dream.co.id, ia menceritakan awal mula mempelajari Alquran dan cara membacanya dengan indah.

Dia mengaku mempelajari Alquran sejak kecil, pada usia sekitar 6 tahun.

Tidak seperti anak lainnya yang mempelajari Alquran di Madrasah, Maghfirah mengaku beruntung bisa mempelajarinya langsung dari ayahnya yang juga merupakan seorang qari.

“Ayah juga qari. Biasanya kita membaca Al Quran itu setelah shalat subuh hingga jam 6.30 pagi. Kalau untuk iramanya, saya pelajari sendiri dari kaset. Saya sering mendengarkan kaset-kaset qari dan qariah,” ungkapnya.

Lahir di dalam keluarga yang taat beragama, Maghfirah tentu mendapatkan dukungan besar untuk mengasah kemampuannya melantunkan ayat-ayat suci Al Quran dengan irama indah ini.

Sayangnya, dukungan tersebut tidak didapatnya ketika dia ingin menyalurkan hobi menyanyinya.

Anak kedelapan dari 9 bersaudara pasangan M. Hussein Ahmad dan Nurjannah ini sempat berkeinginan mengikuti audisi Indonesian Idol. Sayangnya, niat tersebut tidak kesampaian karena ayahnya melarang. Begitu juga ketika dia ingin mengikuti audisi Talent Aceh setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya juga tidak mengizinkan.

Namun, Allah memberikan jalan lain bagi Maghfirah untuk menyalurkan suara emasnya, yaitu dengan melantunkan bacaan Alquran. Melalui Ystudio milik sang kakak, rekamannya saat membaca ayat-ayat suci Alquran diunggah ke Youtube. Ia pun langsung mendapat sorotan dari netizen. Juga media massa.

Kini, gagal sebagai penyanyi Indonesia Idol, Maghfirah bisa dikatakan artis Youtube dan mendapatkan ketenaran setara. Puluhan wartawan bergantian mewawancarainya setelah video mengajinya populer di Youtube.

“Awalnya shok juga karena belum terbiasa menghadapi media yang wawancara, tetapi sekarang biasa. Ya Alhamdulillah, ada berkahnya,” ujar Maghfirah menanggapi ketenarannya saat ini.

Berbagai komentar positif pun datang dari para netizen yang menonton video Maghfirah membaca Al Quran dengan irama yang menyejukkan hati. Penontonnya tidak hanya dari Indonesia, tetapi juga dari berbagai negara.

Seperti komentar dari akun Nur Aenah Yadi Jaelani ini. “Subhanallah suaranya merdu banget… semoga Allah selalu memuliakan hamba-hamba – Nya yang mengutamakan sholat dan membaca Alqur’an…”

Begitu pun komentar dari akun Hendra Susanto, “Apakah dengan mendengar bacaan Alquran bisa meneteskan air mata ?? Jawabanya YA. Dan Maghrifah M Hussein telah meneteskan air mataku , setelah mendengar suaranya. Subhanaallah .. Semoga anak anak di Indonesia bisa seperti dia . Salam dari Frankfurt, Jerman.”.

***

Maghfirah saat ini kuliah di Perguruan Tinggi Islam Aceh Yayasan Teungku Chik Pante Kulu semester kedua. Ia mengambil Jurusan Tarbiyah Pendidikan Agama Islam. Maghfirah mengaku memendam cita-cita ingin menjadi seorang guru, mengikuti jejak kedua kakaknya.

Hal inilah yang membuat Maghfirah mengurungkan mimpinya sementara untuk menjadi qariah di dunia internasional. Dia mengaku tengah fokus menyelesaikan kuliahnya, sembari belajar terus-menerus untuk mengasah kemampuannya melantunkan ayat-ayat Alquran.

Padahal, Maghfirah mengaku ada beberapa tawaran untuk tampil di acara tingkat internasional, salah satunya tawaran dari Arab Saudi.

“Insya Allah bisa jadi qariah ternama, tapi masih dalam proses. Sekarang fokus kuliah dulu. Tetapi belajar terus, baik sendiri, maupun dengan orang-orang yang berpengalaman. Kalau sekarang masih harus belajar, belum siap untuk go international,” ungkapnya.

Untuk saat ini, lanjut Maghfirah, di bidang qariah, dirinya tengah mempersiapkan album murrottal Alquran. Selain itu, dirinya juga tengah disibukkan mengisi acara-acara lokal.

“Undangan banyak sekali, tetapi masih di sekitar Banda Aceh. Belum ada undangan ke Jakarta bertemu Pak Jokowi (Presiden RI),” ujar Maghfirah.

Apa yang dilakukan Maghfirah memberikan umat muslim inspirasi dalam berdakwah. Potensi suara indahnya, dia salurkan untuk menyampaikan firman Allah kepada seluruh masyarakat. Harapannya bisa go international, bertujuan untuk menyiarkan agama ke seluruh pelosok di dunia.

Allah pun telah menjanjikan balasan bagi mereka yang mau membaca Al Quran apalagi menyebarkan ajarannya kepada manusia di dunia. Dalam Al Quran disampaikan bahwa orang yang membaca Al Quran sudah ada jaminan keberuntungan di dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (QS Al Fathir: 29-30).”

Usia Maghfirah memang baru 19 tahun. Namun jalannya sebagai qariah tenar telah terbuka lebar. Setelah tak direstui orang tua dan gagal menjadi penyanyi Indonesia Idol, Tuhan memberi jalan lain. Lewat suara emasnya di Youtube, dunia ikut terguncang. Oleh Tuhan, ia tetap diberi popularitas, dengan cara yang indah.

sumber : portalsatu

24 Jun 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF




23 Jun 2015

menatap semesta






menatap semesta bangkit
melonjakkan banjaran dan  pegunungan 
gumpal awan dan berbalam kejauhan
hijau dan biru warna
sejuk udara dan dingin air
adalah pertemuan indah
pengalaman bermakna peta kehidupan
tidak semua berkesempatan
berhadapan dengan bangkit semesta
di depan mata

terhidang dari piala alam
keindahan dan kesentosaan
kesenyapan dan ketenteraman
berdoalah untuk kesempatan
berdiri di menatap semesta berbeza
alam bersuara
dengan warna udara dan imbas cahaya
kebesaran yang Esa 
tertulis tanda


22 Jun 2015

ayah di hati mukhriz

DAULAT SEORANG AYAH - DS MUKHRIZ
 21 June 2015




Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa:

“Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari.

Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah.

Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam.

Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah.

Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya?

Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya.

Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan.

Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI.

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.


Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

mukhirzmahathir


Doktor Muda

Iqbal El-Assaad doktor termuda di dunia
NORHANA FARIZA HARUN
27 Januari 2015



PADA usia 20 tahun, Iqbal El-Assaad kini bergelar doktor termuda di dunia selepas berjaya menamatkan pengajiannya dari Kolej Perubatan Weill Cornell (WCMC-Q) di Qatar.

Ketika berusia 12 tahun, beliau lulus dengan cemerlang dari sekolah tinggi dan berada di kedudukan teratas di dalam kelas. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menguasai subjek biokimia dan matematik yang merupakan antara pelajaran penting untuk ke sekolah perubatan.

Melangkah ke usia 13 tahun, Iqbal bukan hanya belajar memandu, malah kebijaksanaannya telah menarik perhatian Menteri Pelajaran Lubnan yang membantu beliau mendapatkan biasiswa perubatan di Qatar.

Baginya, kekurangan penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Palestin adalah antara faktor utama beliau ingin menjadi seorang doktor.

Kehidupan peribadi

Iqbal dibesarkan di Bar Elias, iaitu sebuah perkampungan kecil di Lembah Beeka, selepas ibu bapanya tiba di Lubnan. Di sana, beliau berpeluang melawat saudara maranya yang tinggal di kem pelarian dan kemiskinan yang membelenggu pelarian di situ benar-benar menyentuh hatinya walaupun ketika itu beliau masih seorang kanak-kanak.

“Saya adalah paling muda dalam keluarga dan bapa mula perasan minat saya untuk belajar dengan abang ketika masih berusia dua setengah tahun. Bagi bapa, pendidikan adalah paling penting terutamanya bagi anak perempuan.

“Katanya, lelaki akan keluar mencari kerja tetapi pendidikan adalah senjata bagi wanita di masa hadapan. Kami dibesarkan dengan diajar betapa pentingnya pelajaran dan ibu bapa saya sentiasa membantu anak-anak mereka belajar,” katanya.

Pendidikan awal

Iqbal bersekolah di sebuah sekolah swasta di Lubnan yang berdasarkan kurikulum di negara itu. Selepas dua tahun, pihak sekolah memberinya biasiswa penuh. Beliau juga kerap melangkau gred dan selalu menjadi pelajar paling muda dalam kelas.

Selepas habis sekolah tinggi, Menteri Pelajaran Lubnan ketika itu, Khaled Qabbani mengiktirafnya sebagai pelajar termuda yang pernah menamatkan sekolah tinggi.

Iqbal memberitahu Khaled tentang cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Khaled berjanji untuk mendapatkannya biasiswa dan kemudian bertemu Pengerusi Yayasan Qatar Sheikha Mozah bint Nasser Al Missned.

Nyata, rezeki berpihak kepada Iqbal apabila Qatar menawarkan beliau biasiswa penuh di (WCMC-Q), sebahagian daripada kumpulan cawangan kampus elit Amerika di Bandar Pendidikan.

Iqbal memulakan pengajian dalam bidang yang diminatinya itu dikelilingi mereka yang kebanyakan berusia sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripadanya.

Cabaran jadi pelajar termuda


Menjadi pelajar paling muda di sesebuah tempat pengajian bukan perkara mudah. Bagi Iqbal, waktu paling sukar dihadapi adalah ketika mula-mula tiba di Qatar.

Biasiswa penuh diterima dari Qatar Foundation dirasakan menambahkan lagi tekanan, kerana baginya dia perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa amanah yang diberikan kepadanya tidak akan sesekali disia-siakan.

“Saya membesar dengan pelajar lebih tua daripada saya, jadi saya sudah biasa berurusan dengan mereka yang lebih berusia dan saya juga cukup matang untuk bekerja dengan mereka. Interaksi antara dua golongan berbeza umur turut membantu meningkatkan cara saya berfikir,” katanya.

Selepas menghabiskan pengajian, Iqbal akan kembali ke Timur Tengah dan bekerja di antara Qatar dan Lubnan sebagai membalas jasa kerana telah menaja pengajiannya selama enam tahun.

Selain itu, beliau juga ingin kembali ke Lubnan untuk membantu rakyat Palestin kerana mereka sebenarnya adalah inspirasi utama beliau menjadi doktor selain mahu memenuhi impian zaman kanak-kanaknya yang ingin membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat di wilayah bergolak itu.

Inspirasi sebagai doktor

Menurut Iqbal, beliau membuat keputusan untuk menjadi doktor ketika berusia 12 tahun. Membesar sebagai seorang Palestin yang tinggal di Lubnan, beliau melihat banyak penderitaan dalam kalangan Palestin Lubnan memandangkan mereka tidak mempunyai insurans
kesihatan.

“Lawatan ke kem pelarian menyedarkan saya ramai ibu bapa di sana yang melihat anak-anak mereka menderita tetapi mereka tidak dapat membantu kerana tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian," katanya.

Kini, Iqbal berkhidmat di bahagian pediatrik di Hospital Kanak-kanak di Cleveland, Amerika Syarikat selama tiga tahun dan bakal menyambung pengajian dalam bidang kardiologi pediatrik selepas tamat tempoh tiga tahun tersebut.

sinar harian



The youngest Arab doctor
Mohammed Yahia

Published online 16 May 2013

Graduating from Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), 20-year-old Iqbal El-Assaad is possibly the youngest Arab doctor ever.


Iqbal El-Assaad during her graduation from WCMC-Q. Iqbal El-Assaad during her graduation from WCMC-Q.© WCMC-Q

Iqbal El-Assaad is the youngest medical doctor to graduate from Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q) in its ten-year history. When Iqbal was a toddler, she learnt algebra by watching her older siblings study. Before El-Assaad's fifth birthday, her favourite pastimes were reading books and solving mathematical problems.

Following her graduation, Nature Middle East spoke to Iqbal about what it's like to be a 20-year old medical doctor and hear what she plans for the future.

Who or what inspired you to pursue a career in medicine?

I made the decision to be a doctor myself when I was 12 years old. Growing up as a Palestinian living in Lebanon, I saw much suffering among my people since the Palestinians in Lebanon did not have health insurance.

My family and I visited the camps and saw how harsh the conditions there were. I saw many parents who see their children suffering but they can't help them because they don't have the money to do that. These visits to the camps made me feel that it is my responsibility to study medicine and try to help these people. Many of them cannot even afford the medication they need.

What role did your family play in your decision to pursue medical school?

I am the youngest among my siblings and my father first noticed when I was two-and-a-half years old that I was keen to learn when he was teaching my brothers. For my dad, education is always number one – especially for a girl. He always said that the boys will eventually find work but education is a girl's weapon in the future. We grew up on this idea and my dad always encouraged me that if I have a dream I want to pursue, my parents would always help me.

I went to a private school in Lebanon that was based on the Lebanese curriculum, not an American school. After paying my tuition for the first two years, the principal of the school gave me a full scholarship. I used to skip grades and I was always the youngest person in my class.

I graduated from high school when I was 12 and Khaled Abany, who was then the education minister in Lebanon, honoured me as the youngest student to ever finish high school. I told him that I dreamt of being a doctor and he promised to try to secure a scholarship for me. The next day he contacted Sheikha Mozah [the Chairperson of the Qatar Foundation for Education, Science and Community Development] and she promised me a full scholarship to study at WCMC-Q.

Was it challenging being the youngest student in college?

The toughest time was when I first arrived in Qatar. I felt a lot of pressure because Qatar Foundation had given me the full scholarship without any tests. So I wanted to prove myself and prove that I was up to the trust people put in me.

The Lebanese education system prepares you very well for college so in terms of science and maths I found I was very well prepared.

I grew up with students who were always older than me so I am used to dealing with older people and I am mature enough to work with them. I always liked to study with friends in school and that carried on in college. This interaction has helped improve my way of thinking so that eventually people don't even notice there is an age difference.

What is your next step now after graduation?

I am leaving soon for a three-year residency at the Children's Hospital in Cleveland, Ohio. After that I want to apply for a fellowship in paediatric cardiology, which will take three more years. I then want to come back to the Middle East and work between Qatar and Lebanon – to pay Qatar back. They have been sponsoring me for the past six years. I also want to go back to Lebanon to help my Palestinian people because they are the main inspiration for me to be a doctor and I would like to fulfil my childhood dream to make a difference to their lives.

Why paediatrics?

I can't say exactly why, but I just love it. In our third year in college I found I was really happy to be able to help little kids. I also see the hardship of Palestinian children living in camps in Lebanon and that is part of the reason why I want to pursue paediatrics

Are you interested in doing any research?

I definitely want to pursue research. I did research during the summer of my second year and I fell in love with it. I even published at that time and was involved in two other studies. I really like the idea of discovering something new.

I hope in the future I can join an academic health centre where I can treat patients and also work in research.

What advice would you have to young people who would pursue medicine?

The only advice I would have is for students to study hard and make use of the opportunities in Qatar. Having world-class universities here in the Middle East is beyond imagination. This is the most important stage in their lives and they have to work for it.

For premed students, enjoy your lives now! It is a good time especially if you have good friends and it is not really too hard so you can get the best of both worlds.

nature middleeast

STATUS

Search This Blog

DAUN