ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

27 Jul 2013

Betapa Beruntungnya Kami (Ya Hanana)



يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Syair Nasihat Kepada Anak


Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Masihat kebajikan ayahanda beri.

Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.

Mengerjakan pemerintah janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Jika anakanda menjadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyaklah orang menaruh gusar.

Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Kemaluan orang anakanda fikirkan.

Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.

Nasehat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
Orang jahat anakanda jauhkan.

Setelah orang besar fikir yang karu,
Tidak mengikut pengajaran guru,
Tutur dan kata haru-biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.

Tingkah dan laku tidak kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.

Itulah orang akalnya kurang,
Menyangka diri pandai seorang,
Takbur tidak membilan orang,
Dengan manusia selalu berperang.

Anakanda jauhkan kelakukan ini,
Sebab kebencian Tuhan Rahmani,
Jiwa dibawa ke sana sini,
Tiada laku suatu dewani.

Setengah yang kurang akal dan bahasa,
Sangatlah gopoh hendak berjasa,
Syarak dan adat kurang periksa,
Seperti harimau mengejar rusa.

Ke sana ke mari langgar dan rampuh,
Apa yang terkena habislah roboh,
Apa yang berjumpa lantas dipelupuh,
Inilah perbuatan sangat ceroboh.

Patut juga mencari jasa,
Kepada raja yang itu masa,
Tetapi dengan budi dan bahasa,
Supaya negeri ramai temasya.

Apabila perintah lemah dan lembut,
Semua orang suka mengikut,
Serta dengan malu dan takut,
Apa-apa kehendak tidak tersangkut.

Jika mamerintah dengan cemeti,
Ditambah dengan perkataan mesti,
Orang menerimanya sakit hati,
Barangkali datang fikir hendak mati.

Inilah nasihat ayahanda tuan,
Kepada anakanda muda bangsawan,
Nafsu yang jahat anakanda lawan,
Supaya kita jangan tertawan.

Habislah nasehat habislah kalam,
Ayahanda memberi tabik dan salam,
Kepada Orang Masihi dan Islam,
Mana-mana yang ada bekerja di dalam.

(Raja Ali Haji)


Wahai Purnama (Ya Badrotim)


WAHAI PURNAMA

Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi....dia alam tinggi....
Terangi kegelapan dan kebatilan...

Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan....bergemerlapan...
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan

Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya....
Siang dan malam jua.....siang dan malam jua

Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu....
Mereka yang istimewa dan amat sempurna....

Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata






26 Jul 2013

Pemikiran Raja Ali Haji


RAJA ALI HAJI ISLAM ASAS PEMIKIRAN

Beliau muncul sebagai pujangga dan pemikir Melayu dari golongan istana Kesultanan Riau yang ulung pada abad ke-19. Beliau sebaris dengan pendahulu-pendahulunya seperti Tun Seri Lanang (Johor), Raja Chulan (Perak) dan Sultan Mahmud Badaruddin (Palembang).

Raja Ali Haji, mempunyai beberapa kelebihan tersendiri terutama dari aspek pengkaryaan dengan menghasilkan sekitar 14 karya, bidang penulisan, pemikir dan konsep Islamisme dalam penulisan.

Paling ketara, elemen utama yang mewarnai dunia kepengarangannya tidak dapat dipisahkan dari konsep dan landasan Islam yang begitu kukuh. Pemikiran ini banyak ditemukan dalam karya agungnya, Tuhfat al-Nafis.

Menurut Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Abu Hassan Sham, landasan keislaman ini banyak dipengaruhi oleh latar belakang keluarga dan sistem pendidikan yang diterimanya.

Dalam hal ini, jelasnya, pendidikan Islam tradisional yang diterima dari beberapa guru dan ulama di Riau serta pendidikan informal dari keluarganya merupakan landasan penting kepada proses berfikir Raja Ali Haji.

''Ayahnya Raja Ahmad atau digelar juga Engku Haji Tua memang seorang yang alim. Sudah tentu pada masa kecilnya, beliau belajar dengan bapanya terlebih dahulu terutama bacaan al-Quran dan ilmu-ilmu fardu ain.

Kamudian baru diserahkan kepada guru-guru lain.

''Salah seorang dari mereka ialah Haji Abdul Wahab yang berasal dari Minangkabau dan merupakan imam di Masjid Penyengat. Beliau juga mengajarkan kitab fikah Mir'at-Tullab karya Syeikh Abdul Rauf dari Acheh,'' katanya.

Di samping itu, dunia keislaman yang mempengaruhi kepengarangan Raja Ali Haji juga banyak ditimba dari pendidikan agama oleh guru-guru yang sering mengunjungi Penyengat seperti Syeikh Ahmad Jibrati dan Habib Syeikh Syakaf.

Menurut Prof. Abu Hassan, kedudukan latar pendidikan ini menjadikan Raja Ali Haji seorang tokoh alim dan guru agama terkenal di Penyengat, sekali gus guru agama kepada keluarga Yang DiPertuan Muda Riau.

Malah, beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai pujangga yang berjaya mengetengahkan beberapa karya agung serta membantu membentuk peradaban di dunia Melayu.

Dengan kata lain, latar pendidikannya serta kehidupannya telah memberi ruang untuk Raja Ali Haji menghasilkan beberapa karya dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, puisi, tatabahasa, salsilah Raja-raja Bugis, Fikah, Tasauf, pentadbiran dan lain-lain.

Namun, dalam memperkatakan tentang kedudukan tokoh ini dalam membina korpus ilmu Melayu, Prof. Abu Hassan melihat Raja Ali Haji beruntung oleh sikap toleransi pemerintah Belanda di kepulauan Indonesia pada era tersebut.

Belanda memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada penganut Islam untuk mengamalkan ibadah termasuk menunaikan fardu haji serta aktiviti sosial seperti perkahwinan dan adat.

Ruang yang terbuka ini digunakan sepenuhnya oleh Raja Ali Haji untuk berkarya dan mengetengahkan aspek-aspek pemikirannya terutama tasawuf yang diperlihatkan dalam Gurindam Dua Belas, Syair Siti Sianah dan Thamarat al-Muhimmmah.

Tidak ketinggalan 'pemahamannya' yang mendalam terhadap organisasi tarekat. Beliau adalah pengikut Tarekat Naqsyabandiah yang diterima dari Syeikh Ismail al-Minangkabawi.

Beliau juga merupakan seorang pengembang pemikiran fikah yang dibawa oleh Syeikh Daud ke Penyengat sehingga karya-karya ulama tersebut menjadi sumber rujukan terpenting.

''Raja Ali Haji menyebarkan ajaran fikah ini dengan cara yang lebih menarik iaitu melalui bentuk puisi.

''Penyebaran ini kurang menjemukan dan lebih lama terlekat di fikiran pendengar,'' ujar Prof. Abu Hassan.

Pemikiran yang paling ketara ialah mengenai pemerintahan dan ketatanegaraan. Pandangan-pandangan tentang aspek ini diketengahkan menerusi kitab Muqaddimah fi Intizam dan Thamarat al-Muhimmah yang begitu berpengaruh di Riau dan negeri-negeri naungannya.

Kitab-kitab ini memuatkan pemikirannya pelantikan raja, kriteria-kriteria seseorang bakal sultan penggantinya, corak pemerintahan, taat setia rakyat, putera mahkota dan sebagainya.

Paling menarik, meskipun mempunyai hubungan yang dekat dengan pegawai-pegawai Belanda di Penyengat, beliau tidak pernah memuji Barat secara berlebihan seperti Abdullah Munsyi. Raja Ali Haji tetap memandang tradisi Melayu dan Islam adalah yang terbaik.

Utusan Malaysia



RAJA ALI HAJI, ULIL ALBAB DI PERSIMPANGAN ZAMAN
Oleh Abdul Hadi W. M.

Raja Ali Haji sebenarnya bukan nama asing dalam sejarah kesusastraan Melayu Nusantara. Karyanya Gurindam 12 dahulu begitu dikenal oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Indonesia dan Malaysia. Baru dua tiga dekade terakhir namanya mulai menghilang dari buku pelajaran sastra. Sudah sepatutnya kepengarangan tokoh Ini diapresiasikan kembali kepada generasi muda bangsa Indonesia, mengingat jasanya yang sangat besar bukan saja bagi perkembangan sastra dan bahasa Indonesia, tetapi juga terhadap pemikiran keagamaan dan tradisi intelektual Melayu. Seperti banyak cendekiawan Melayu sebelumnya, misalnya Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkili, Arsyad al-Banjari dan Abdul Samad al-Falimbangi; Raja Ali Haji adalah seorang cendekiawan yg sekaligus juga sastrawan, ulama dan ahli tasawuf terkemuka pada zamannya. Kecuali itu Raja Ali Haji juga seorang pakar bahasa, sejarawan dan ahli dalam bidang politik dan pemerintahan. Dalam tradisi Islam tokoh sepertinya dapat disebut sebagai Ulil Albab, yaitu seorang ilmuwan dan cendekiawan yang menguasai berbagai bidang keilmuan yang diperlukan pada zamannya dan memiliki wawasan luas di bidang keagamaan, intelektual, seni, dan kebudayaan.

Ciri seorang ulil albab ialah corak pemikirannya yang kosmopolitan. Sekalipun demikian apa yang disampaikan dalam karya-karyanya berpijak pada kenyataan yang ada dalam masyarakat dan sejarah budaya masyarakatnya. Di Dunia Melayu Nusantara, ciri kosmopolitan dari pemikiran seorang ulil albab itu, ikut dibentuk oleh sejarah perkembangan agama Islam. Pusat-pusat kebudayaan dan peradaban Islam di dunia Melayu sejak abad ke-13 M tumbuh dari kota-kota dagang yang pelabuhannya ramai dikunjungi kapal-kapal asing karena letak kota-kota itu sangat strategis, yaitu di Selat Melaka, yang merupakan tempat persinggahan dan laluan utama pelayaran internasonal yang menghubungkan Timur Tengah, Afrika, Eropa, Persia dan India denganAsia Tenggara dan Timur Jauh, khususnya Indocina dan Cina. Samudra Pasai, Malaka, Aceh Darussalam dan Palembang, yang merupakan pendahulu Johor dan Riau, adalah pusat-pusat kebudayaan dan peradaban Islam awal yang semuanya terletak di Selat Malaka.

Penduduk kota-kota di pesisir Sumatra dan Semenanjung Malaya ini tidak hanya berinteraksi dengan para pedagang dan pelaut asing, tetapi juga dengan cendikiawan, ulama, tabib, sastrawan, penyebar agama, guru tariqat dan musafir dari mancanegara yang datang dengan bermacam tujuan mengikuti pelayaran kapal-kapal dagang itu. Semua itu memungkinkan tumbuhnya tradisi pemikiran yang bercorak kosmopolitan. Ini tampak sekali dalam pemikiran dan karya-karya Raja Ali Haji. Apa relevansi dan arti sumbangan Raja Ali Haji melalui pemikiran dan karya-karyanya bagi kita sekarang? Apa hikmah dan pelajaran yang dapat kita teladani dari kecendikiawannya?


Pengarang dan Zamannya

Raja Ali Haji (1808-1873 M) bukan sekadar produk dari zamannya. Sebagai seorang ulil albab ia adalah hati nurani dari dan suri tauladan dalam zamannya. Karya-karyanya ditulis sebagai tanggapan dan jawaban yang kreaif dari seorang cendikiawan yang sangat prihatin terhadap kehidupan bangsanya dan krisis yang mulai melanda kebudayaannya.

Sejak permulaan abad ke-19 M masyarakat Melayu di Riau menyaksikan berbagai perubahan sosial politik dan ekonomi yang menggerogoti kebudayaannya. Setidak-tidaknya ada tiga hal yang memberi pertanda mengenai hal ini. Pertama, cengkraman dan campur tangan kolonial Eropa (Belanda dan Inggris) semakin kuat dalam kehidupan sosial politik dan ekonomi bangsa-bangsa Nusantara, demikian juga dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Hal ini diikuti dengan kian intensifnya interaksi kebudayaan tradisional Melayu dengan kebudayaan Barat. Kedua, peristiwa ini diikuti dengan munculnya gerakan pembaharuan Islam yang mulai menampakkan pengaruhnya pada pertengahan abad ke-19 M.di Indonesia, merupakan tanah jajahan Belanda, bahasa Melayu mulai digunakan lagi secara intensif sebagai lingua franca untuk keperluan perdagangan. Pemerintah kolonial juga menggunakan bahasa ini sebagai bahasa rasmi pemerintahan.

Tanda-tanda kemorosotan mutu bahasa Melayu mulai nampak dan ini sudah barang tentu sangat memprihatinkan masyarakat asli pendukung bahasa Melayu. Usaha yang dilakukan oleh pemimpin Melayu Riau, khususnya keturunan Bugis, untuk memulihkan martabat bahasa Melayu dan menggalakkan kegiatan penulisan sastra Melayu, harus dilihat dalam lingkupkait (konteks) ini. Bukankah “Bahasa itu menunjukkan bangsa”, kaa Raja Ali Aji?

Kuatnya cengkraman kolonial atas kedaulatan bangsa Melayu sebenarnya telah ditunjukkan pada abad ke-18, tetapi pertikaian internal antara pemimpin Melayu yang bermula pada awal abad ke-18 berhasil dimanfaatkan oleh pemerintah kolonial untuk memenangkan politik divide et empire-nya. Pada tahun 1816, Inggris yang baru memperoleh kedaulatan atas Singapura setelah menukar wilayah Bengkulu di Sumatra yang dikuasainya, m,embangun kota pulau itu menjadi pusat pemerintahan dan sekaligus pusat perdagangan internasional. Kota itu cepat maju dan berkembang. Di kota inilah pola hidup kebarat-baratan dan kebudayaan Eropa menancapkan akar dalam arti sebenarnya untuk kelak mempengaruhi kehidupan orang-orang Melayu.

Cengkaman kolonial semakin dimantapkan dengan ditandatanganinya Perjanjian London 1824 oleh Inggris dan Belanda. Di bawah perjanjian itu kedaulatan bangsa Melayu atas kerajaan Johor dan Riau runtuh seketika. Pada mulanya Johor dan Riau merupakan sebuah kerajaan yang berdaulata dan melalui perjanjian itu kini dipecah dua. Kesultanan Johor berada di bawah kekuasaan Inggris dan Riau didaulat oleh Belanda. Pecahnya Johor dan Riau berakar lama. Ia bermula dari pertikaian internal antara pemimpin Melayu pada awal abad ke-18. Dalam pertikaian itu Sultan terbunuh dan dinasti baru memerintah kerajaan Johor-Riau. Serbuan Minangkabau yang memporak-porandakan kesultanan ini, mendorong Sultan minta bantuan pada pelaut-pelaut Bugis yang tangguh dalam peperangan di laut maupun di darat. Setelah itu orang-orang Bugis memperoleh jabatan Yang Dipertuan Muda (pembantu sultan), yang untuk selanjutnya dijabat secara turun temurun. Baik Sultan maupun Yang Dipertuan Muda didukung oleh pegawai-pegawai pemerintahan tersendiri yang diangkat oleh masing-masing. Ini menyebabkan pemerintahan dijalankan secara dualistis.

Bangsawan-bangsawan Melayu tidak puas, karena merasa bahwa orang-orang keturunan Bugis semakin berkuasa. Sejak itu pertikaian tidak henti-hentinya terjadi. Akibatnya kehidupan kerajaan ini di lingkungan kesultanan Johor Riau selalu goncang. Orang-orang Melayu selalu berusaha menjatuhkan kekuasaan raja-raja Melayu keturunan Bugis di Riau. Pertikaian meruncing pada tahun 1812 ketika kelompok Bugis dan kelompok Melayu bersengketa tentang raja yang harus dinaikkan tahta di kesultanan Linggi. Puncak pertikaian terjadi ketika pada tahunm 1819 ketika Raffles menempatkan seorang sultan dari Singapura di kerajaan Lingga. Belanda bereaksi dengan menempatkan orang lain sebagai sultan. Itulah awal mula pecah belahnya kerajaan Melayu terpenting di Selat Malaka pada abad ke-19 itu.

Semua itu merupakan mimpi buruk yang semestinya telah dibayangkan oleh paa pemimpin Melayu. Ketika itu Raja Ali Haji baru berusia 15 tahun. Kehidupan sosial ekonomi orang-orang Melayu di Riau ketika itu semakin buruk dan tiada pemulihan sedikit pun setelah berada di bawah payung kekuasaan Belanda. Sementara itu di seberangnya, Singapura tumbuh menjadi kota metropolitan yang dari ke hari semakin berjaya dengan kemakmuran ekonomi dan lembaga-lembaga pendidikannya yang mentereng. Dengan bangganya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi menulis, “Dunia lama telah hancur, dunia baru tercipta dan sekeliling kita segalanya telah berubah” (Virginia Matheson 1984).

Kendati demikian para pemimpin dan cendikiawan Melayu keturunan Bugis di Riau patut mendapat pujian. Mereka seakan tidak terpengaruh oleh kesibukan yang berlangsung di Singapura. Mereka juga tidak merasa perlu terkecoh dengan pola hidup dan silaunya budaya Eropa yang mulai merasuki kehidupan orang-orang Melayu di Singapura dan Semenanjung. Istiadat Melayu Islam dengan gigihnya dipertahankan, dipelihara dan tetak dikembangkan di lingkungan kerajaan Riau. Negeri itu seakan-akan menjelma menjadi benteng terakhir kebudayaan Melayu Islam, yang walaupun terpuruk pada pertengahan abad ke-20, tetapi menjanjikan kebangkitannya kembali menjelang Alaf ke-3 tarikh Masehi.

Pada pertengahan abad ke-19 M, pemikiran cendikiawan Melayu Riau mendapatkan suntikan baru dengan tersebarnya pengaruh pemikiran pembaruan Islam yang diperkenalkan oleh Jamaluddin al-Afghani, serta Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha dari Mesir. Pengaruh dari gerakan pembaruan Islam itu semakin terasa pada akhir abad ke-19, membuat kebudayaan Melayu kembali berkilauan. Semangat rasional Islam yang menjadi jantung perkembangan kebudayaan Melayu lama, kini hidup kembali dalam pemikiran orang-orang Melayu. Jasa dan peranan Raja Ali Haji sebagai ulil albab atau cendikiawan terkmuka pada zamannya dapat dilihat dalam kaitannya dengan hal-hal yang telah dikemukakan. Seperti telah saya kemukakan dalam tulisan saya “Iqbal dan Renaisan Asia” (2001), gerakan kebangsaan pada awal ke-20 yang bermunculan di berbagai dunia Islam tidak hanya diilhami oleh peristiwa seperti kalahnya Rusia dalam perangnya melawan Jepang pada tahun 1905. Tetapi juga ikut diresapi oleh pemikiran yang dicetuskan oleh para pembaru Islam abad ke-19 M. Gerakan pembaru Islam muncul di Mesir, India dan sejumlah negeri Arab, sebagai penyangga bagi gerakan-gerakan anti-kolonial. Pada abad ke-19 agama Islam yang diamalkan oleh orang Islam mulai tercemar oleh berbagai khurafat dan bentuk ketakhyulan. Taklid berkembang dan muncul pengertian yang sempit terhadap agama. Di antaranya yang menganggap bahwa Islam adalah agama ritual formal, yang tidak mempunyai sangkut paut dengan kehidupan sosial, ekonomi dan politik.

Snouck Hurgronje, orientalis yang pikiran-pikirannya sangat berpengaruh bagi kebi jakan pemerintah Belanda dalam menangani masalah-masalah berkenaan dengan perlawanan anti-kolonial di kalangan orang Islam, memandang bahwa Islam ritual dan Islam Pribadi (yang memandang agama sebagai urusan pribadi) merupakan Islam sejati. Sedangkan Islam politik bukan Islam sejati. Islam ritual dan Islam Pribadi inilah yang dipelihara oleh pemerintah kolonial untuk melunturkan élan Islam yang sebenarnya. Iqbal mengatakan bahwa Islam yang demikian percaya bahwa penjajahan telah merupakan takdir yang tidak bisa diubah lagi.
Gerakan pembaruan Islam muncul untuk mengatakan bahwa Islam yang dipiara oleh kolonial sebagai kuda tunggang penjajahannya itulah Islam yang keliru. Islam yang benar ialah yang meniscayakan bukan saja keimanan kepada Allah s.w.t., tetapi juga meniscayakan ikhtiar dan pemikiran untuk mengatasi persoalan-persoalan zaman. Penjajahan adalah bentuk perbudakan yang bertentangan dengan ajaran dan arena itu harus dilawan. Untuk itu orang Islam harus ambil bagian dalam kehidupan ekonomi, politik dan kebudayaan, tidak berpangku tangan dan menyerahkan kepada orang lain. Di antara manifestasi utama gerakan pembaruan Islam ialah dalam bentuk gerakan budaya, seperti terlihat dalam kebangkitan kembali sastra Arab, Parsi, Urdu, Turki dan Melayu.

Di Nusantara pada abad ke-19 M kebangkitan seperti itu, yang di dalamnya bertunas benih-benih nasionalisme, bisa terjadi hanya di beberapa kantong kebudayaan Melayu yang masih hidup. Tempat itu tidak lain adalah Riau Lingga, khususnya Pulau Penyengat, tempat Raja Ahmad dan putranya Raja Ali Haji mengerahkan tenaga untuk memelihara dan mengembangkan kembali bahasa, sastra dan kebudayaan Melayu. Tetapi berbeda dengan kecenderungan umum dari gerakan pembaruan abad ke-20 yang cenderung anti tariqat dan tasawuf, gerakan pembaruan yang dihidupkan Raja Ali Haji di Riau tidak mengenyampingkan peranan tasawuf dan tariqat, khususnya Tariqat Naqsabandiyah yang telah lama berkembang di Nusantara dan mengalami pembaruan pada akhir abad ke-18, misalnya seperti tampak pada Tariqat Naqsabandiyah yang dikembangkan oleh Burhanudin Ulakan di Minangkabau. Di Riau sendiri guru Tariqat Naqsabandiyah yang mencetuskan pembaruan ialah Syekh Abdul Gafur al-Madura (Tuhfath. 316).

Dengan cara demikian gerakan pembaruan yang dimunculkan Raja Ali Haji dan rekan-rekannya di Riau tidak terputus dari akar budaya bangsanya. Ini dapat dipahami karena dalam sejarahnya istiadat kecendikiawanan Melayu justru berkembang dan mekar, serta memperoleh dinamikanya karena diresapi pemikiran para sufi seperti Hamzah Fansuri, Syamsudin Sumatrani dan Bukhari al-Jauhari.Tidak mengherankan apabila Raja Ali Haji menggali kembali pemikiran Imam al-Ghazali, khususnya melalui kitabnya Ihya Ulumuddin(“Membangkitkan Kembali Ilmu-ilmu Islam). Berbeda dengan pemahaman sejumlah pembaru yang mengira Imam al-Ghazali anti-falsafah dan pemikiran rasional dalam memecahkan masalah kemanusiaan dan keagamaan, Raja Ali Haji justru melihat tidak demikian. Imam al-Ghazali tidak anti pemikiran rasional dan falsafah, bahkan karya-karyanya dengan jelasnya menggunakan logika dan pemikiran yang mendalam. Yang dikecam ialah kecendrungan sekular dalam falsafah Aristotelian yang dianut sejumlah pemikir Muslim pada zamannya. Misalnya anggapan bahwa sebelum Tuhan mencipta alam semesta dan makhluq-makhluq, materi sudah ada.

Relevansi ajaran Imam al-Ghazali ialah sang Hujatul Islam menekankan pentingnya moral untuk menopang keimanan dan perilaku manusia dalam kehidupan sosialnya. Peristiwa-peristiwa kemanusiaan dan keruntuhan suatu masyarakat, menurut Imam al-Ghazali, tidak semata-mata disebabkan oleh mundurnya pemikiran, tetapi juga oleh keruntuhan moral yang melanda para pemimpinnya. Ini terbukti dalam sejarah bangsa Melayu dan Raja Ali Haji melukiskan itu semua khususnya dalam Tuhfat al-Nafis, yang merupakan karya magnum opus-nya.

Jika tasawuf dibersihkan dari unsur-unsur yang melemahkan daya hidupnya dan mengikis aspek intelektualnya, pasti ia merupakan ajaran yang relevan. Tasawuf sebagai ilmu kerohanian mengajarkan bahwa jalan mencapai kebenaran atau Tauhid ialah dengan memperbaiki aqidah dan akhlaq melalui penyucian diri dan kalbu. Hanya melalui jalan itu seorang yang beriman mendapat pencerahan dan tidak mudah tergoda oleh kesenangan dunia yang dapat menyesatkan.

Jansen dalam bukunya Islam Militan (1983:41) dengan baiknya menggambarkan sebagai berikut: “Tetapi sesudah kemenangan militer dicapai (pada Perang Salib tahun 1187), kepercayaan kaum Sunni ortodoks dikembalikan dan kaum Syiah memperoleh kedudukan minoritas di beberapa daerah di luar negeri Arab…Keberhasilan ini cenderung menjadikan Islam Sunni menjadi kaku, dogmatis dan terpisah dari rakyat. Oleh karena itu perlu dimasukkan ke dalam agama ini unsur-unsur kesalehan, doa dan wirid untuk penyelamatan diri, bahkan sejenis mistisisme, agar penganut Islam dapat melakukan hubungan langsung dengan Tuhan secara khusyuk. Adalah suatu keuntungan besar bagi Islam bahwa sebuah sintesa, sebagai kesepakatan untuk memulihkan kekuatannya, telah disusun oleh pemikir besar sekaligus ahli ilmu-lmu agama Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111). Dasar-dasar dari Islam Sunni yang telah dihidupkan kembali diletakkan pada tempatnya yang tepat oleh Imam al-Ghazali.”

Penempatan yang tepat dari dasar-dasar Islam Sunni ini, yang merupakan fundasi utama kebudayaan Melayu, tampak dalam tiga hal. Pertama, dengan memasukkan tasawuf sebagai inti peradaban dan kebudayaan, maka Islam menjadi lebih merakyat karena para sufi menolak doktrin yang kaku dan bersedia menggunakan tradisi lokal sebagai unsur pengembangan kebudayaan dengan cara mengislamkannya.

Kedua, penekanan ajaran tasawuf pada kesalehan dan perbaikan moral, serta pentingnya penyelamatan diri, membuat umat Islam tangguh dalam menghadapi berbagai perubahan dan pergolakan yang timbul serta berkemungkinan merusak perkembangannya. Ketiga,sampai abad ke-19 M, hanya ulama sufi yang mampu memelihara istiadat kecendikiawanan Islam meliputi bidang-bidang seperti metafisika, seni, sejarah, epistemologi, adab dan estetika

Keterkaitan Raja Ali Haji dengan tasawuf, khususnya ajaran Imam al-Ghazali, bukan hanya nampak dalam Tuhfat al-Nafis. Tetapi juga dalam Gurindam 12, Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Bustan al-Katibin (Taman Para Pengarang) adalah kitab tatabahasa Melayu baru yang disusun oleh Raja Ali Haji berdasarkan nahu Arab aliran Sibawaih dan diterbitkan pada tahun 1875. Tatabahasa yang dirumuskan Raja Ali Haji adalah upaya untuk menjaga kemurnian bahasa Melayu, keindahan dan kesantunannya dalam penuturan, yang dengan demikian terbentengi dari proses perusakan dan vulgarisasi yang mulai terjadi sebagai akibat pemakaiannya yang semau gue. Buku ini digunakan sebagai buku pelajaran di sekolah Johor dan Singapura, serta di berbagai madrasah dan pesantren di Sumatra. Bahasa Indonesia yang digunakan penulis seperti Marah Rusli, Abdul Muis dan Hamka dapat dinisbahkan pada bahasa Melayu Riau yang tatabahasa dan balaghahnya dibangun oleh Raja Ali Haji.

Kitab Pengetahuan Bahasa, walaupun tidak selesai, merupakan semacam kamus bahasa Melayu yang isinya mencakup pengetahuan bahasa dan makna kosa kata (semantik) dan istilah-istilah Melayu yang penting khususnya berkenaan dengan agama, kebudayaan dan adab. Melalui bukunya itu jelas Raja Ali Haji ingin membantu masyarakat Melayu yang menginginkan kehidupan yag saleh danm berperilaku baik sesuai istiadat Melayu Islam (Matheson 1984). Ajaran tasawuf lebih jelas lagi tampak dalam karyanya yang bercorak undang-undang dan politik seperti Tsamrat al-Muhimmah (Aturan Tentang Tugas Kewajiban Keagamaan) dan Intizam Wasa`il al-Malik.

Dua buku tersebut mengingatkan kita pada dua karya Melayu masyhur abad ke-17 yang ditulis di Aceh, aitu Taj al-Salatin (Mahkota Raja-raja, 1602) karya Bukhari al-Jauhari dan Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja, 1647) karya Nuruddin al-Raniri. Setelah munculnya dua buku ini, tidak banyak karya sejenis dalam bobot yang memadai ditulis dalam bahasa Melayu. Baru pada abad ke-19 M dengan munculnya Raja Ali Haji kitab serupa ditulis dalam bahasa yang indah dan kandungan yang mendalam.

Demikian melalui karya-karyanya itu Raja Ali Haji melakukan perlawanan intelektual dan budaya menghadapi kehadiran yang direncanakan dari kebudayaan sekular Barat yang dibawa oleh pemerintah kolonial Belanda dan Inggris bersama kaum orientalis dan misionaris yang menjadi tulang punggung mereka. Sementara di tempat lain di Nusantara para pemimpin tariqat, gerakan pemurnian agama (Padri) dan tokoh-tokoh adat sibuk mengangkat senjata menentang kolonialisme, Raja Ali Haji dan pemimpin Riau tidak merasakan itu hal seperti itu cukup. Raja Ali Haji dan kawan-kawannya di Riau melengkapi diri dengan melalukan perlawanan melalui saluran intelektual dan kebudayaan. Seperti dikatakan Virginia Matheson, Raja Ali Haji termasuk orang yang tidak berpangku tangan menghadapi kehadiran budaya Barat yang membawa banyak aspek negatif di samping unsur positif. Dia juga memikirkan masalah modernisasi, tetapi tanggapannya berbeda dari Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Dia merasakan sekali betapa hadirnya kebudayaan Barat dan interaksinya yang intensif dengan budaya Melayu menimbulkan cabaran yang pelik. Dia percaya bahwa setiap perubahan pasti menimbulkan banyak akibat yang tidak diinginkan, karena kebudayaan Barat dalam banyak hal bertentangan dengan kebudayaan Melayu Islam. Nilai-nilai luhur dan agung dari kebudayaan Melayu bisa terkikis disebabkan fitnah yang bertubi-tubi dilancarkan Barat, khususnya melalui propaganda kaum oirientalisnya yang memburuk-burukkan hamper semua aspek kebudayaan Asia, khususnya Melayu Islam.

Kerosakan kebudayaan Melayu akibat perjumpaannya dengan kebudayaan Barat sangat jelas nampak melalui rusaknya bahasa Melayu, yang dilakukan demi pembaruan atau modernisasi. Kata Virginia Matheson, “Raja Ali Haji menganggap bahwa perhatian yang sungguh-sungguh terhadap tatabahasa adalah penting untuk memperoleh ucapan yang tepat dan ungkapan yang halus. Imam al-Ghazali untuk menulis bukunyaKitab Ilmu merasa perlu mendalami keahlian dalam bidang ilmu bahasa, sebagai disiplin pelengkap, sebagai cara untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendekatkan diri kepada Tuhan…”. Pandangan Imam al-Ghazali inilah yang mengilhami Raja Ali Haji dalam menulis buku-bukunya, sebab kerusakan dalam bidang bahasanya merupakan pertanda kemerosotan tata nilai dalam kehidupan dan kemunduran pemikiran suatu bangsa.




Karya Agung Tuhfat al-Nafis.

Tidak disangsikan karya terbesar Raja Ali Haji ialah Tuhfat al-Nafis (Anugerah Berharga). Walaupun yang memulai penulisan kitab ini ialah ayahandanya Raja Ahmad, namun yang merombak, menyelesaikan dan bertanggungjawab atas seluruh penulisannya sudah pasti Raja Ali Haji. Kitab ini dapat digolongkan sebagai karya sejarah bercorak adab, yaitu walaupun yang dipaparkan adalah fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa sejarah, namun yang jauh lebih penting lagi yang ingin ditekankan penulisnya ialah persoalan adab. Fakta dan peristiwa sejarah, yang melibatkan manusia sebagai pelaku utama – khususnya raja, pemimpin politik, tokoh sosial keagamaan dan pejabat pemerintahan – dilihat oleh pengarangnya dari sudut pandang tasawuf. Kemudian dipaparkan seolah-olah sebagai cermin agar pembaca melihat betapa keimanan, moral, ikhtiar dan akal budi memainkan peranan penting dalam menentukan nasib dan martabat sebuah kaum, bangsa atau masyarakat manusia.

Raja Ali Haji yakin bahwa Islam dan prinsip keislaman yang selama ini dijadikan pedoman bangsa Melayu merupakan pegangan yang benar, tetapi sayang dalam pelaksanaannya sering dialahkan oleh sikap egosentris dan lalai disebabkan kecintaan berlebihan dari para pemimpin Melayu sendiri terhadap kesenangan dan kekuasaan duniawi. Melalui karyanya ini Raja Ali Haji mengingatkan kepada pembacanya dua ancaman yang langgeng dalam sejarah bangsa Melayu dan Nusantara. Yang satu ancaman dari dalam berupa pertikaian antar kaum atau etnik, serta kelalaian menjalankan perintah agama dan memelihara kebudayaan yang sudah mantap sebagai sumber identitas dan ilham pembaruan. Ancaman dari dalam ini disaksikan kembali oleh bangsa Indonesia pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 yang menyebabkan bangsa ini kian terpuruk. Pemimpin masyarakat kita sering lupa bahwa walaupun bangsa ini terdiri dari aneka etnik dan ragam budaya lokal, namun sebenarnya saling tergantung secara ekonomi dan politik, serta dipertalikan ikatan tradisi besar, yaitu budaya Islam Nusantara. Yang kedua, ancaman dari luar, derasnya budaya asing yang masuk ke dalam hampir semua aspek kehidupan. Sayangnya budaya asing yang masuk itu, khususnya budaya Barat, yang diambil hanya aspek-aspek dan unsur-unsurnya yang negatif.

Buku ini dimulai dengan puji-pujian kepada Allah swt dan salawat kepada Nabi Muhammad saw. Sesudah itu memaparkan maksud penulisan karyanya. Yaitu menguraikan peristiwa-peristiwa penting yang dialami raja-raja Melayu dan Bugis selama lebih dua kurun sejak pertengahan abad ke-17 hingga awal abad ke-19. Peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dijadikan cermin untuk menyampaikan gagasan dan falsafah hidup pengarang, khususnya mengenai pentingnya akhlaq, keimanan, budaya kreatif, adat istiadat dan ilmu pengetahuan. Semua itu adalah penting untuk memelihara negara dan masyarakat . Kemerosotan negeri-negeri Melayu dan krisis politik yang dialami pada abad ke-18 dan 19 M bersumber dari kriris moral dan lunturnya keimanan raja-raja Melayu dan kelalaian memelihara serta menegakkan kebudayaan bangsanya secara mandiri. Krisis ini pada akhirnya mengandung campur tangan kolonial Inggris dan Belanda yang berhasil memecah kerajaan Melayu besar terakhir Johor-Riau menjadi kerajaan Johor dan kerajaan Riau Lingga.

Dalam buku ini pengarang mengingatkan raja-raja yang gemar mengumbar hawa nafsu dan mementingkan diri seperti Sultan Mahmud dari Johor, yang mengakibatnya timbulnya bencana yang merugikan negara dan rakyat. Sebagai seorang sultan dia lebih suka menghabiskan waktunya untuk bermain-main dan berfoya-foya, khususnya ke Singapura dan tidak menghiraukan keadaan negeri dan rakyat yang diperintahnya. Dia membangun istana megah bergaya Eropa sementara rakyat hidup sengsara dilanda kemiskinan. Pembangunan istana megah gaya Eropa juga mencerminkan betapa sultan ini tidak mempedulikan kebudayaan bangsanya.

Sultan Mahmud juga digambarkan orang yang lemah dalam menggunakan ikhtiar dan akal budi. Hal ini digambarkan misalnya oleh Raja Ali Haji melalui peristiwa ketika Residen Riau meminta pendapat Sultan Mahmud tentang pengganti Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman yang sudah wafat. Sultan Mahmud baru dapat memberi jawaban beberapa hari kemudian. Tiadanya jawaban yang jelas dari Sultan Mahmud menumbuhkan krisis yang merugikan jalannya pemerintahan di lingkungan kerajaan Riau Lingga. Dengan bahasa yang elok Raja Ali Haji melukiskan sebagai berikut:

“Syahdan adapun Sultan Mahmud itu apabila sudah mangkatlah Yang Dpertuan Muda itu maka datanglah pintanya wakil gubermen, yaitu Residen Riau siapa-siapa akan gantinya almarhum itu. Maka Sultan Mahmud pun bertangguhlah hendak berfikir serta hendak musyawarah dengan segala anak raja-raja yang di Pulau Penyengat. Maka tiadalah dapat berbetulan ijtihad Sultan Mahmud itu dengan fikiran segala anak raja-raja dan orang besar-besar di Pulau Penyengat itu. Maka di dalam itu maka Residen Riau pun selalu juga minta tentukan siapa-siapa akan gantinya. Kemudian daripada itu maka Sultan Mahmud pun memberi wakil tiga orang menantikan ketentuan yang akan jadi Yang Dipertuan Muda. Pertama saudara Yang Dipertuan al-Marhum yang bernama Raja Ali, kedua saudaranya yang bernama Raja Haji Abdullah, ketiga anak marhum yang bernama Raja Idris. Maka apabila selesai ia meletakkan wakil itu, maka Sultan Mahmud pun berlayarlah ke Singapura.” (Matheson 1982:337-338)

Raja Melayu lain yang perangainya buruk dan membawa bencana bagi negeri dan rakyat, dicontohkan oleh Raja Ali Haji ialah Raja Keciik Siak dan Raja Kecik Trengganu. Raja Kecik Siak digambarkan sebagai tokoh yang gemar memperlihatkan kekuasaan dengan segala tipu muslihat tanpa mampu mengukur kekuatan dirinya. Dia ingin merebut kekuasaan dari tangan Raja Abdul Jalil karena merasa bahwa dialah satu-satunya anak almarhum Sultan Mahmud. Siasat yang dilakukan ialah menakut-nakuti dan memecah belah rakyat. Karena rakyat takut akan tulah almarhum Sultan Mahmud, maka maka banyaklah orang membelot kepadanya dan dengan mudah Sultan Abdul Jalil mudah dikalahkan. Raja Kecik juga dilukiskan sebagai orang bengis dan kasar, serta tega mencemarkan nama baik keluarga.

Adapun Raja Kecik Trengganu adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Trengganu, putra Sultan Zainal Abidin Syah dari Trengganu. Dia adalah ketua dari suku-suku Melayu yang anti keturunan Bugis di Riau. Banyak fitnah disebarkan dan upaya dilakukan untuk melenyapkan Melayu keturunan Bugis di Riau. Dia juga menghasut Belanda untuk membantu Melayu Riau menghalau orang Bugis dengan alasan bahwa itulah yang dikehendaki Sultan Sulaiman, ayah mertuanya. Sultan Sulaiman menanggung malu karena hasutan itu menyebabkan Raja Haji dari Riau harus berperang melawan Belanda dan harus menanggung pula hutang kepada Gubernur Melaka. Yang melunasi pembayaran hutang itu ialah orang-orang Melayu keturunan Bugis. Secara umum Raja Ali Haji melukiskan dalam Tuhfat al-Nafis keunggulan orang Melayu (keturunan Bugis) yang memiliki ethos kerja yang terpuji dan lebih mengutamakan ikhtiar serta akal budi dalam mengatasi berbagai persoalan. Kedaya-upayaan mereka dalam bidang ekonomi berkaitan dengan ketangguhan mereka berpegang pada identitas budaya dan memelihara istiadat kecendikiawanan.

Lebih dari itu Raja Ali Haji menggambarkan dengan cermat dalam bukunya itu betapa dahsyatnya proses demoralisasi yang melanda kehidupan raja-raja dan bangsawan Melayu selama Inggris dan Belanda menancapkan taring kekuasaannya di kepulauan Melayu. Hanya melalui proses demoralisasi itu mereka menguasai Nusantara. Hal itu ditambah lagi dengan pertikaian dan perpecahan yang sering terjadi di kalangan pemimpin Melayu sendiri. Perpecahan semakin parah karena kelobaan dan saling mendengki antara para pemimpin dari masing-masing kaum dalam masyarakat Melayu.

Sebagai karya adab, Tuhfat al-Nafis juga mempebicarakan masalah raja yang baik dan yang buruk, yang adil dan yang zalim. Raja yang buruk biasanya congkak, serakah, jahat, iri hati, pendengki dan sok benar sendiri, serta gemar menghambur-hamburkan uang, tidak acuh pada masalah administrasi, tidak suka humor dan menghambat kemajuan berpikir. Kaum ulama, cendikiawan dan budayawan dipinggirkan dalam menyelenggarakan kehidupan bernegara dan berbangsa. Perbedaan Tuhfat dengan karya sejarah yang lebih awal, ialah dalam Tuhfat unsure legenda dan mitos dihilangkan. Tarikh peristiwa-peristiwa juga dinyatakan dengan jelas. Kedaulatan seorang raja, menurut penulis buku ini, tidak dapat diukur hanya berdasarkan garis keturunan. Seorang raja memiliki kedaulatan apabila ia memiliki kemampuan memimpin dan pengetahuan yang luas dalam bidang yang diperlukan seperti hukum, politik, agama, sejarah, bahasa dan kebudayaan.

Raja Ali Haji memang percaya bahwa takdir menentukan kehidupan manusia, khususnya manusianya, namun yang lebih menentukan lagi runtuhnya suatu kaum ialah kelalaian kaum itu sendiri dan pembangkangannya terhadap hukum Tuhan. Pembangkangan terhadap ajaran agama dan moral merupakan sebab utama dari berbagai konflik dan malapetaka yang menimpa masyarakat. Dia memberi contoh betapa stabilitas Riau dan kesejahteraan masyarakatnya menjadi rusak akibat kegagalan kaum Melayu Riau menaati ajaran agama dan menguasai dirnya sendiri. Daya-daya tersembunyi yang merusak kehidupan masyarakat bukan takdir, tetapi hasrat manusia yang gemar mengikuti hawa nafsunya. Orang yang gemar mengikuti hawa nafsunya cenderung sombong, keras kepala dan egois, serta gemar kasak-kusuk dan menyebar fitnah.

Keistimewaan karya ini telah banyak dikemukakan para peneliti seperti Tengku Iskandar (1996), Barbara Watson (1982), Ali Ahmad (1987), Virginia Matheson (1999) dan lain-lain. Baik Ali Ahmad maupun Virginia Matheson memandang bahwa Tuhfat al-Nafismerupakan karya bercorak sejarah dalam bahasa Melayu yang gaya bahasanya paling elok setelah Sejarah Melayu (abad ke-17M). Sebagai karya besar kitab ini juga mudah dibaca karena keluwesan bahasanya. Bahkan Virginia Matheson memandang bahwa Tuhfatmerupakan karya sejarah Melayu paling canggih dan kompleks yang ditulis pengarang Melayu hingga akhir abad ke-19.

Kecanggihan iu tampak pertama-tama dalam konsepsi sejarah atau landasan historiografi yang digunakan dalam penulisan kitab ini. Konsep sejarah yang digunakan Raja Ali Haji sangat mendalam dan luas. Rentang waktu di mana peristiwa-peristiwa yang digambarkan begitu luasnya, meliputi peristiwa-peristiwa abad ke-17 dan 19, disertai gambaran ringkas latar belakang sejarah sebelumnya hingga zaman Sriwiyaja pada abad ke-7 dan 8 M. Wilayah yang diceritakan juga sangat luas, belum pernah ada karya sejarah seperti itu dalam sastra Melayu sebelumnya. Wilayah yang diceritakan mencakup Semenanjung Malaya, Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan (asal-usul bangsawan Melayu keturunan Bugis) dan beberapa peristiwa di Betawi. Dilihat dari sudut pandang ini Raja Ali Haji telah merintis penulisan sejarah Melayu yang bersifat nasional dan regional dalam erti yang sebenarnya.


Akhir Kalam

Melalui apa yang telah dipaparkan dapat disimpulkan bahwa setidak-tidaknya ada tiga hal yang relevan untuk dijadikan pelajaran bagi kita. Pertama, Raja Ali Haji menegaskan bahwa kerusakan bahasa merupakan pertanda rusaknya kebudayaan. Menghadapi kerusakan ini adalah tugas dan kewajiban para sastrawan dan cendikiawan untuk mencegahnya. Para umara dan pemimpin masyarakat juga harus merasa terpanggil dengan memperbaiki mutu pengajaran bahasa dan pelajaran karang mengarang. Kesusastraan Melayu dan kesusastraan Nusantara lain yang utama perlu diajarkan dengan baik di sekolah menengah. Apabila Raja Ali Haji masih hidup sekarang tentu dia lebih sedih lagi melihat perkembangan bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia mengalami kerancuan disebabkan banyaknya kata-kata dan istilah-istilah dari bahasa Inggris yang diambil begitu tanpa diindonesiakan dengan sepatutnya. Begitu pula dengan penggunaan banyak akronim. Bahasa Indonesia yang dipakai sekarang ini tidak mencerminkan bahwa pemakainya memiliki kepribadian, tingkat budi pekerti dan intelektual yang memadai.

Kedua, Raja Ali Haji juga mengingatkan bahwa faktor-faktor yang menyebabkan suatu kaum atau bangsa hancur ialah pertikaian antar-etnik, perpecahan kalangan pemimpin, pembangkangan terhadap agama dan kebudayaan, serta proses demoralisasi yang dirancang oleh bangsa lain untuk menguasai ekonomi, politik dan alam pikiran bangsa kita.

Ketiga, merosotnya suatu kaum juga bermula dari ketakpedulian para umara terhadap kesejahteraan rakyat, keamanan negara dan mutu pendidikan. Raja Ali Haji dan karib kerabatnya di Pulau Penyengat Riau pada abad ke-19 M telah memberikan suri tauladan yang terpuji, bukan hanya bagi masyarakat Melayu di Riau, tetapi juga kepada bangsa Indonesia secara seseluruhan. Bangsa Indonesia berhutang budi terutama karena jasanya dalam memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa intelektual dan budaya, yang melaluinya Bahasa Indonesia yang baik bisa dijelmakan dan dikembangkan di dunia modern.

Jakarta 5 April 2004

Sumber : Ruang Sastra

Talibun


Talibun ketika meredah hutan belantara dalam Hikayat Indera Bayu

Langkah disusun satu persatu
Meredah belantara menyusur belukar
Keringat menitis membasahi baju
Terus dilalui walaupun sukar
Air sungai, lembah dan paya
Menjadi minuman penghilang dahaga
Buah-buahan hutan turut dirasa
Di samping bekalan yang sedia ada
Bertemu lurah terus dituruni
Sungai lebar terpaksa direnangi
Duduk sebentar melunjur kaki
Terlena hingga terbenam matahari.

(Hikayat Indera Bayu)

Talibun rakyat menyahut panggilan daripada istana dalam Hikayat Malim Deman :

Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta penghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh.

(Hikayat Malim Deman)

Menjunjung duli:

Mengangkat kadam kepak yang indah
Kuncup seperti sulur bakung
Sayap seperti susun sirih
Tertanggam paruh yang keemasan
Tertimpuh kaki yang kiri
Terdiri kaki yang kanan
Sembah bergelar lela sembah
Tiga tapak mara ke hadapan
Dua tapak undur ke belakang.

(Hikayat Malim Dewa)


Pertabalan menjadi raja:

Seluar intan dikarang
Karangan Hassan dengan Hussain
Jikalau ditiup angin selatan
Menghabis tahun berbalik musim
Maka dikenakan pula
Baju baldu ain-ul banat
Kain kembung kampuh pelangi
Kain kelambu Rasulullah
Berikat pinggang kain cindai
Panjang tengah tiga puluh
Tiga puluh dengan rambutnya
Keris bersepuh emas sepuluh
Hulunya manikam sembilan warna
Keris bernama jalak jantan
Berkerawang pamur di pangkalnya
Pedang jenawi lantai balai
Selebar daun padi
Solek belah mumbang di ulunya
Tengkolok bernama tengkolok alang
Tepi bertelepok kalimah Arab
Sekalian hikmat pelas peperangan
Dipandang musuh tak dapat ditentang.

(Hikayat Malim Dewa)

Tepung Tawar

Pertama alat Tepung Tawar.
Daun setawar penawar biasa,
Bisa dilaut bias dibumi,
Bisa terbang di buat orang,
Bisa racun dengan santau.

Daun sedinding penyejuk hati.
Kalau marah mulai marak,
Dapat teduh isinya,
Dapat membuang hati dengki,
Dapat membuang umpat puji,
Dapat menyabar-menyabar hati.

Daun ati-ati tanda bijak.
Bijak bercakap bijak berunding,
Bijak mengambil kata putus,
Bijak duduk di orang ramai.

Daun gandarusa daun penangkal.
Menengkai musuh dari luar,
Menangkal musuh dari dalam,
Menagkal sihir dengan serapah.

Menagkal tuju dengan tinggam.
Yang dibawa jin lalu,
Yang dibawa hantu peleit,
Yang dibawa puaka jembalang.

Bedak limau pencuci hati,
Mencuci dengki dengan iri,
Mencuci dengki dengan khianat,
Mencuci dendam berkepanjangan,
Mencuci salah dengan silih,
Mencuci penyakit nan menahun.

Air percung tanda ikhlas.
Ikhlas dalam bergaul,
Ikhkas dalam bergaul,
Ikhlas dalam bercakap,
Ikhlas beri-memberi,
Ikhlas tolong- menolong

Beras kunyit beras basuh.
Tiga dengan beras bertih,
Itulah tanda rezeki dating,
Rezeki tiba dari langit,
Rezaki tumbuh dari bumi,
Rezeki timbul dari laut,
Rezeki keluar dari hutan,
Yang dating tidak berpintu,
Yang tibanya tidak berketika.


Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi nampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung, Merak mengigal
Fajar sidik menyinsing naik
Kicak-kicau bunyi Murai
Taktibau melambung tinggi
Berkuku balam dihujung bendul
Terdengar puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang
(Hikayat Malim Deman)


TALIBUN 
Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri. Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun atau `pantun setalibun; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima. Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap.

Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun atau sesomba sebagai puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara (cerita kaba) dalam kalangan masyarakat Minangkabau.

Untaian Talibun atau sesomba memiliki ciri-ciri seperti :  Ia tidak mempunyai  bentuk atau struktur tertentu.Ia tidak semestinya  beragkap, jika ia  berangkap ia tidak memiliki jumlah  baris tertentu dalam ragkap. Ia juga tidak mempunyai sistem rima tertentu. Talibun merupakan sisipan  dalam cerita terutama penglipur lara. Ia mengandungi ungkapan-ungkapan pemerian kepada cerita yang disampaikan.

Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu.

Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia.

Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinson menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini. Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi dalam bentuk seperti pengulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi yang lain.

Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda.

Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.


Penakik pisau siraut
ambil galah batang lintabung
selodang ambilan nyiru
setitik jadikan laut
sekepal jadikan gunung
alam terkembang jadikan guru

25 Jul 2013

Nuzul Quran


salam nuzul quran
semoga ramadan ini
lebih membawa keberkatan




24 Jul 2013

Lebih Jauh Kau Tinggalkan


pada ketika-ketikanya
kauperlu pergi lebih jauh
meninggalkan apa yang seringkali kautemui
belajar untuk melupakan dan menjauhkan apa yang terbiasa
mencari keasingan dan menjadi baru dengan persekitaran dan alam
ketika kau pergi dan meninggalkan
barangkali ada yang merasa kehilangan


bukan sengaja kautinggalkan kekosongan
di pintu hati mereka
atau menjauhkan dari segenap yang berharap
membiarkan mereka meratap dalam rindu
kau harus berada pada jarak dan waktu
yang berbeza dari dulu


bukanlah semua itu menghukum dirimu
atau menghukum hati-hati yang kautinggalkan
tidak sama sekali menyusun getir
pada mereka yang berharap
tapi sebenarnya kau pergi menguji dirimu
sekuat manakah kaumampu bertahan
dalam detik dan ruang baru
dan bagaimana dapat kau bangunkan keyakinan
bahawa kau memiliki kekuatan itu


dari sudut biasa kita  kehilangan  makna dan pengertian
bagaimana indahnya cinta
sehingga kau pergi dan meninggalkan
baru kau sedari bahawa
kau sudah memiliki sebuah bahtera cinta
dari sudut yang jauh 
segalanya begitu indah
dan kaupun mengerti
bahawa kau masih memiliki apa yang terbaik itu




Awan Menjelitakanmu



awan bukan menutup wajah
tetapi berada di depanmu
semakin membuatmu ayu
dan jelita di langit malam
begitu jilbab bagi sang wanita
bukan menutup ayumu
tapi menjelitakan

biarkan awan menghias wajahmu
menjelitakanmu
semakin indah sinar matamu
bening kemanjaan cerah kesantunan
manis di celah kegelapan
begitu kerudung di kepalamu
bersaksi lembar jelita
barangkali aku menatap sepasang kejora
bersinar dari matamu

awan menjelitakanmu
aduhai purnama
aduhai manisku yang ayu




23 Jul 2013

Soal Jawab KME

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1 Zahir peruntungan yang telah sejati,
 Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
(Dipetik daripada Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan)

(a) Apakah maksud rima? (1 markah)
(b) Nyatakan rima bagi rangkap di atas. (1 markah)
(c) Jelaskan maksud:
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati. (2 markah)

2. … “Wah, anakku tuan baik-baiklah berhambakan diri kepada Indera Nata dan tau-taulah engkau merendah diri kerana Indera Nata itu terlalu bijaksana dan budiman lagi arif dan dermawan lagi hartawan dan sukarlah engkau beroleh suami yang demikian itu dan jikalau engkau mencari yang lain tiadalah dapat….” (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata

Indera Nata merupakan watak protagonis yang mempunyai banyak keistimewaan.
Nyatakan dua keistimewaan yang ada pada Indera Nata. (4 markah)

3. Maka baginda itu pun telah berputera dua orang; dan yang tua itu lelaki bernama Maharaja Johan Syah, terlalu baik parasnya dan budi pekertinya pada segala raja-raja dan menteri hulubalang serta rakyat sekalian. Maka adalah dengan murahnya maka sekaliannya itu pun jadi kasih sayang kepadanya (Dipetik daripada Hikayat Nakhoda Muda)

Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas (4 markah)

4. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya:
Umur merampas kemudaanmu
menaburkan putih di kepala
bagai awan pasti yang mengambang ke laut
demikian aku melihatnya
menggugurkan rintik-rintik hujan
ke bumi
(Petikan sajak Ayah, karya Baha Zain)

Nyatakan empat ciri petikan sajak di atas (4 markah)

5. PUTERI : Maaf! Saya puteri , seperti Putera, bukan anak raja. Cucu nenek Kebayan ni. Saya pun macam Putera juga. Mendapat hasil kerja tangan. Di sini banyak masalah.
Kalau masalah gangguan orang-orang yang tidak suka kepada kita memang sudah
biasa. Saya tidak takut dan biasanya saya akan melawan. Kita hanya mahu mencari
rezeki halal. Saya tidak diculik secara keras, dibawa ke istana.
(Petikan drama Dongeng Sang Puteri oleh Wan Ahmad Ismail)

Nyatakan dua pengajaran yang boleh diambil daripada petikan di atas. (4 markah)

6. Norhayati: (Sebak) Abang, kerana abang suami Yati, ayah kepada anak
Yati.... dan jujur memberitahu apa yang sudah berlaku. Yati maafkan
abang. Yati faham semuanya itu bukan kehendak abang, tapi sudah takd
(Dipetik daripada Drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir)

Nyatakan dua perwatakan Norhayati dalam petikan di atas.(4 markah)

7. Warga kota tetap sibuk seperti tadi. Seperti selalunya. Malahan setiap detik dan ketika. Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah tangan dengan tin tuanya. Mencari nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan kehidupan. Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cuma menadah tangan. (Dipetik daripada cerpen Gersang, karya Masniah Kalyubi

Nyatakan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )

8. Pagi cerah. Suria mula menampakkan wajahnya dari celahan bambu. Sedikit demi sedikit kabus menghilangkan diri. Alam tersenyum. Aku tidak lagi mendengar suara ayah seperti awal tadi. Ayah sudah jauh pergi meninggalkan aku keseorangan. Ibu tiada. Aku bergegas keluar dari kamar hidup.
(Dipetik daripada cerpen Benar Kata Ayah karya Ria Asmira )

Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )

9. Adakalanya dia mundar mandir melihat anak- anak remaja bergembira bermain di taman air dan segala kemudahan yang disediakan. Kehidupannya kini diabadikan sepenuhnya di tanah kelahirannya.
( Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh )

a. Nyatakan latar tempat dalam petikan tersebut. (2 markah)
b. Di manakah tanah kelahirannya seperti tergambar dalam petikan di atas? (2 markah)

10. “Jalil meraba-raba di dalam begnya.Wang tunai berjumlah sepuluh ribu itu digenggamnya kemas.”Nampaknya usaha gigihnya dalam tempoh itu tidak akan mendatangkan hasil.
(Dipetik dari novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh)

a. Apakah tujuan Jalil mengumpul wang sejumlah sepuluh ribu ringgit itu ? (2 markah)
b. Mengapakah usaha gigihnya itu tidak mendatangkan hasil ? (2 markah)


Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya;

Pantun Empat Kerat – Cindai

Naik bukit membeli inai,
Inai tidak berbunga lagi;
Kain songket bertepi cindai,
Cindai tidak berguna lagi.

Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Tuan laksana cindai yang halus,
Sama padan maka dipakai.

Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Sudah jumpa songket yang bagus,
Kalah membeli menang memakai.

Dari Makasar pergi Palembang,
Lalu di Ambon ke Majapahit;
Sungguh kasar kainnya jarang,
Kalau ditenun menjadi baik.

Orang belayar ke Majapahit,
Sayang sekoci kapal Melayu;
Kalau sudah kain tak baik,
Sebab sehelai rosak sekayu.

Buah pinang kulit bergabus,
Bawa ke pantai berbilang ratus;
Kalau terkenang songket yang bagus,
Masuk gadai rasa nak tebus.

a. Huraikan tema dan satu persoalan dalam puisi ini. (6 markah)
b. Nyatakan tiga ciri bentuk puisi ini. (6 markah)
c. Jelaskan empat nasihat pengarang dalam puisi ini. (8 markah)

2. Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan;
a. Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita ini. (8 markah)
b. Ceritakan peristiwa-peristiwa yang membawa raja Siam dan tenteranya mendapatkan Tuan Puteri Sa’dung. (12 markah)

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MADU ILMU
Sepantun ilmu
setitik madu
rumusan zat alam
dari lembah gunungan
kuntum kembangan
kita yang asyik
adalah penghirup madu ilmu
pada piala akal
dari penerokaan ilmuan
peradaban temurun
terhimpun berkurun.

Madu ilmu
minuman ajaib
tiap tegukan menyalakan dahaga
bergandaan
tiap penemuan merasakan kehilangan
asyik pun berulangan
ketidakpuasan meneruskan penerokaan
demikian ialah pengangkat insan
di tengah jadian
paksi alam
khalifah Tuhan.

Madu ilmu
minuman asyik
nikmat yang kita kecapi
titis lautan tak bertepi
ditimba berulang bertambah gandaan
kita yang tergiring ke pantainya
kecil di pergigian
tunduk kekaguman
pengakuan dengan kealiman
melonjak diri pada kekosongan
kerana kita selamanya tidak tahu
cuma pengasyik madu ilmu.
Shafie Abu Bakar

a. Jelaskan nada sajak di atas. (4 markah)
b. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini. (6 markah)
c. Analisis lima unsur bahasa sajak ini. (10 markah)

4 Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Hussain

a. Huraikan lima perwatakan Bendahara Tepok (10 markah)
b. Bincangkan tiga kelemahan masyarakat yang menyebabkan kejatuhan Melaka (6 markah)
c. Jelaskan dua nilai murni dalam drama (4 markah)


Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof, jawab soalan-soalan berikutnya.

Malah, apa yang telah diberitakan kepada Jahara semua persiapan sudah selesai, hasil gotong-royong jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Tugas-tugas begitu memang tidak dipertanggungjawabkan kepada sesiapa. Setiap yang datang bukan saja menghulurkan derma sebagai simpati, malah mereka sama-sama menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.
Sebagai jiran, inilah masanya untuk membalas budi serta menunjuk kasih sayang terhadap jasa-jasa Datuk.
( Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin, karya Rahman Haji Yusof)

a. Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. (8 markah)
b. Berikan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. (8 markah)
c. Huraikan dua latar tempat cerpen tersebut. (4 markah)

6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid,

a. Huraikan lima aspek binaan novel ini. (10 markah)
b. Jelaskan lima unsur Islam yang terdapat dalam novel Jeriji Kasih. (10 markah)


KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

Soalan 1
a. Maksud rima ialah bunyi akhir dalam setiap baris puisi.
b. Rima bagi rangkap di atas ialah a,a,a,a./sama
c. Maksudnya ialah kelebihan mempunyai saudara dan sahabat sejati yang sentiasa
berbuat baik dan menunjukkan sifat setia serta amanah.
                                                                                          Mak: 4 markah

Soalan 2
Keistimewaan Indera Nata:
i. Seorang yang Bijaksana
ii. Seorang yang Budiman
iii. Seorang yang kaya/berharta
iv. Seorang yang Dermawan/pemurah                                   Mak : 4 markah

Soalan 3
Dua nilai murni:
i. Berbudi pekerti – Maharaja Johan Syah seorang berbudi pekerti.
ii. Murah hati – Maharaja Johan Syah seorang pemurah dan disayangi ramai.
iii. Kasih sayang – Semua orang menyayangi Maharaja Johan Syah.
                                                                                           Mak : 4 markah

Soalan 4
Empat ciri sajak
i. Terdiri daripada satu rangkap
ii. Mempunyai 6 baris
iii. Mempunyai dua hingga tujh baris dalam satu rangkap
iv. Rima akhir bebas/ abcdef
                                                                                          Mak : 4 markah

Soalan 5
Dua Pengajaran:
i. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran/mempertahankan hak.
ii. Kita perlulah mencari rezeki yang halal.
iii. Kita hendaklah mempunyai sifat merendah diri
                                                                                           Mak : 4 markah                

Soalan 6
Perwatakan:
i. Seorang yang pemaaf, contohnya Norhayati memaafkan suaminya.
ii. seorang yang reda, contohnya Norhayati reda dengan takdir yang berlaku ke atas suaminya.
iii. seorang yang Menghormati suami, contoh, Abang, kerana abang suami Yati
                                                                                           Mak : 4 markah

Soalan 7
Dua gambaran masyarakat.
i. Masyarakat kota
ii. Masyarakat yang sentiasa sibuk.
iii. Masyarakat yang hidup miskin/ dalam penderitaan
iv. Masyarakat peminta sedekah
                                                                                          Mak : 4 markah

8. Dua gaya bahasa.
i. Ayat pendek cth: pagi cerah / Ibu tiada.
ii. Personifikasi cth:Suria mula menampakkan wajahnya dari celahan bambu /Sedikit demi sedikit kabus menghilangkan diri/ Alam tersenyum.
iii. Metafora cth: kamar hidup
iv. Repitasi/pengulangan kata cth: Sedikit demi sedikit
                                                                                           Mak : 4 markah


Soalan 9
a. i. Taman air / Taman Tema Nibung Park.
ii. Tanah kelahiran
b.Kampung Bukit Nibung.
                                                                                             Mak : 4 markah

Soalan 10
a. Untuk membeli semula tanah pusaka arwah ayahnya yang telah dijual oleh ibunya.
b. Sebab usahanya gigihnya tidak mendatangkan hasil
i. Pak Amat tidak patuh pada janji
ii. Pak Mat menaikkan harga tanah tersebut kepada Rm 10,000 seterusnya, RM 50,000
                                                                                               Mak : 4 markah



Bahagian 2

Soalan 1
a. Tema dan persoalan:
Tema: Menghargai sesuatu yang bermutu/indah/bernilai
huraian: Pantun ini menyebut mutu/maruah diri perlu dijaga agar terus dipandang mulia dan berharga umpama cindai

Persoalan: sesuatu barang yang elok dan bernilai akan tetap dicari serta dibeli walaupun harganya mahal
contoh: sudah jumpa songket yang bagus
kalah membeli menang memakai Mak:6m
b. Tiga ciri bentuk puisi:

i. Mempunyai enam rangkap

ii. Mempunyai empat baris serangkap

iii. Rimanya abab

iv. Jumlah perkataan 4 hingga 5 perkataan sebaris

v. Jumlah suku kata antara 9 hingga 11 suku kata sebaris

vi. Terdapat pembayang dan maksud iaitu 2 baris pertama pembayang manakala 2 baris akhir ialah
maksud

vii. Berbentuk terikat

viii. Ada jeda ditengah baris
Mak:6m

c. Empat nasihat pengarang ialah:
i. Kita hendaklah meletakkan sesuatu yang baik atau bernilai pada tempat yang sesuai agar keindahannya lebih terserlah.

ii. Kita seharusnya menjaga penampilan diri dan berbudi bahasa agar disanjung oleh orang ramai.

iii. Kita haruslah membaiki ketrampilan diri agar menjadi manusia yang semakin baik dan berguna.

iv. Kita perlulah mempunyai peribadi yang baik kerana orang yang baik akan menjadi rebutan dan disukai oleh orang ramai.

v. Kita janganlah berbuat jahat kerana perbuatan itu akan terpalit pada orang dekat dengan kita
Mak : 8 Markah

Soalan 2
a. Empat Gambaran Masyarakat
i. Masyarakat yang berketurunan raja/masyarakat istana – Raja Abdullah/Puteri Sa’dung

ii. Masyarakat yang berbilang bangsa – Melayu dan Siam

iii. Masyarakat yang sanggup berperang untuk mendapatkan sesuatu – raja Siam menyerang Kota Jelasin untuk mendapatkan Tuan Puteri Sa’dung.

iv. Masyarakat yang percayakan ahli nujum – raja Siam percaya kepada Tuk Ca selaku ahli nujum.

v. Masyarakat yang mementingkan keselamatan negeri – Tuan Puteri Sa’dung/Sultan
Abdullah sanggup melepaskan isterinya ke Siam untuk elakkan negeri diserang oleh Siam

vi. Masyarakat pendendam. Tuan Puteri Sa’dung dendam dengan Sultan Abdullah/Raja
Pasir Emas bunuh Raja Kubang Labu yang bunuh adiknya.
Mak:8m

b. Peristiwa-peristiwa yang membawa Raja Siam mendapatkan Puteri Saadung
i. Raja Siam memanggil semua raja, menteri dan tentera di bawah pemerintahannya.

ii. Memberitahu mereka bahawa baginda terlalu inginkan Tuan Puteri Sa’dung.

iii. Memerintahkan tenteranya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga dan membawa balik Tuan Puteri Sa’dung ke Siam.

iv. Tentera menyediakan kelengkapan perang untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga.

v. Membawa seorang Tuk Ca yang tahu ilmu menujum.

vi. Utusan Siam mengadap Sultan Abdullah untuk meminta Tuan Puteri Sa’dung tetapi dihalau oleh Sultan Abdullah.

vii. Tentera Siam menyerang Kota Jelasin tempat tinggal Tuan Puteri Sa’dung tetapi tewas.

viii. Tentera Siam terus mengepung Kota Jelasin.

ix. Tuk Ca dapat mengesan Kota Jelasin yang dighaibkan oleh Tuan Puteri Sa’dung.

x. Tentera Siam mengepung mahligai Tuan Puteri Sa’dung di tengah-tengah hutan.

xi. Sultan Abdullah diberitahu oleh Tuk Ca tentang tujuan kedatangan mereka iaitu untuk mengambil Tuan Puteri Sa’dung sahaja atas arahan raja mereka.

xii. Tuan Puteri Sa’dung bersetuju menyerah kepada raja Siam untuk menyelamatkan negeri.

xiii. Tuan Puteri Sa’dung menyerah diri kepada Tuk Ca.

xiv. Tuk Ca mengarahkan kepungan ke atas mahligai Tuan Puteri Sa’dung dihentikan.

xv. Tentera Siam belayar balik ke benua Siam bersama-sama Tuan Puteri Sa’dung.

xvi. Raja Siam memujuk Tuan Puteri Sa’dung untuk mengahwininya tetapi ditolak.
Mak: 12 markah

Soalan 3

a. Nada patriotik
Contoh: tiap tegukan menyalakan dahaga/ketidakpuasan meneruskan penerokaan
Mak: 4 markah

b. Tiga Persoalan:
i. Sumber ilmu
Contoh: rumusan zat alam
dari lembah gunungan

ii. Kepentingan mencari ilmu
Contoh: kita yang asyik
adalah penghirup madu ilmu

iii. Ilmu telah berkembang sejak lama dahulu
Contoh: peradaban temurun
terhimpun berkurun

iv. Pencarian ilmu tiada penghujung/penyudah
Contoh: tiap penemuan merasakan kehilangan/ketidakpuasan meneruskan penerokaan

v. .Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang insan/manusia
Contoh: demikian ialah pengangkat insan
di tengah jadian
paksi alam

vi. Nikmat orang yang berilmu
Contoh: nikmat yang kita kecapi
Titis lautan tak bertepi

vii. Orang yang berilmu sentiasa merendah diri
Contoh: kecil di pergigian
tunduk kekaguman
pengakuan dengan kealiman
Mak : 6 markah

c. Lima unsur bahasa
i. Asonansi
Contoh: pada piala akal ( Pengulangan vokal a ) dan lain-lain

ii. Aliterasi
Contoh:titis lautan tak bertepi ( Pengulangan konsonan t ) dan lain-lain

iii. Sinkof
Contoh: ku/tak

iv. Metafora
Contoh: madu ilmu/piala akal/mimuman ajaib/kuntum kembangan dan lain-lain

v. Hiperbola
Contoh: tiap tegukan menyalakan dahaga

vi. Pengulangan perkataan
Contoh: madu ilmu/tiap/kita/asyik dan lain-lain

vii. Paradoks
Contoh: tiap penemuan merasakan kehilangan

viii. Diksi asing/bahasa Arab
Contoh: khalifah/nikmat

ix. Perbandingan langsung
Contoh: adalah penghirup madu ilmu/demikian ialah pengangkat insan
x. Diksi yang tepat/menarik/berkesan
Contoh: minuman ajaib/paksi alam/kecil di pergigian
xi. Inversi
Contoh: cuma pengasyik madu ilmu
Mak: 10 markah

Soalan 4

a. Lima perwatakan Bendahara Tepok :

i. Merupakan Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud

ii. Nama “Tepok” diperoleh kerana Datuk Bendahara menghidap penyakit tepok atau sakit lumpuh.

iii. Cintakan tanah air
Bendahara Tepok mahu Selamat Gagah membawanya kembali ke Melaka untuk melawan Feringgi

iv. Seorang yang berani berjuang
Bendahara Tepok merasa marah dengan tindakan orang muda yang meninggalkan

v. Mempunyai semangat juang yang tinggi
Bendahara Tepok tidak mahu meninggalkan Melaka kerana mahu berjuang untuk mempertahankan Melaka.

vi. Seorang yang prihatin/bertanggungjawab
Sentiasa bertanya khabar keadaan sultan/ para pejuang di Melaka
Mak: 10 markah

b. Tiga kelemahan masyarakat :
i. Masyarakat yang tidak adil/kejam
Contoh: Sultan Mahmud kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu
pemerintahannya.

ii. Masyarakat mementingkan diri sendiri
Contoh:Sultan Mahmud telah membunuh ramai orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri antaranya Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.

iii. Masyarakat tidak bersatu padu/ berpecah belah
Contoh: Seri Nara kesal dengan ketewasan Melaka akibat perpecahan masyarakat

iv. Masyarakat tidak bersemangat dalam mempertahankan negara
Contoh: Ramai orang/orang muda yang mengambil tindakan berundur dari Melaka/ Ramai pejuang berundur dari Melaka untuk berjuang di Bentayan dan Pagoh

v. Masyarakat kurang kelengkapan perang
Contoh: Orang-orang Melaka berjuang menggunakan lembing dan keris manakala Feringgi menggunakan meriam dan senjata api.
Mak: 6 markah

c. Dua nilai murni dalam drama :
i. Bertanggungjawab
Contoh: Bendahara Tepok yang tidak mahu Melaka runtuh dan jatuh ke tangan musuh.

ii. Keberanian
Contoh: Bendahara Tepok berani menentang musuh.

iii. Kesetiaan
Contoh: Seri Nara dan Hang Kadim setia kepada Bendahara Tepok
Mak: 4 markah

Soalan 5

a. Empat pengajaran
i. Kita hendaklah bekerjasama/ bergotong-royong dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
Contoh: Malah, apa yang telah diberitakan kepada Jahara semua persiapan sudah selesai, hasil gotong-royong jiran tetangga

ii. Kita hendaklah mengamalkan amalan suka bersedekah
Contoh: Setiap yang datang bukan saja menghulurkan derma sebagai simpati.

iii. Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang berada dalam kesusahan/kesedihan
Contoh: Setiap yang datang bukan saja menghulurkan derma sebagai simpati.

iv. Kita hendakalah menyegerakan urusan pengkebumian jenazah
Contoh: Malah mereka sama-sama menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.

v. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang.
Contoh: Sebagai jiran, inilah masanya untuk membalas budi serta kasih-sayang terhadap jasa- jasa Datuk

vi. Kita hendaklah saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Cth: Sebagai jiran, inilah masanya untuk membalas budi serta kasih-sayang terhadap jasa-jasa Datuk

vii. Kita hendaklah mengamalkan semangat kejiranan
Contoh: Malah, apa yang telah diberitakan kepada Jahara semua persiapan sudah selesai, hasil gotong-royong jiran tetangga
 Mak :  8 markah

b. Empat persoalan
i. Persoalan kasih sayang sesama manusia.
Contoh: Kematian Datuk ditangisi oleh isteri, anak-anak dan jiran-jirannya.

ii. Persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah.
Contoh: Datin menghubungi isteri/bekas isteri dan anak-anak Datuk seperti yang pernah diimpikan oleh Datuk setelah Datuk mati.

iii. Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang.
Contoh: Datok yang mengamalkan poligami, telah menyebabkan hubungannya dengan isteri dan anak-anak renggang.

iv. Persoalan tolong-menolong dalam masyarakat.
Contoh: Jenazah Datuk diuruskan oleh jiran-jiran dan keluarga.

v. Persoalan keinsafan daripada kesilapan.
Contoh: Datin insaf atas kesilapanya yang menjadikan hubungan Datuk dan anak-anak renggang.

vi. Persoalan jasa kepada masyarakat.
Contoh: Datuk banyak berjasa di kawasan perumahannya kerana telah berjaya menyatukan semua bangsa.
 Mak:  8 markah

c. Latar tempat
i. Rumah Datuk/Datin.
Contoh: Tempat tinggal Datuk, Datin dan anak-anaknya.

ii. Ruang tamu rumah Siti Halijah.
Contoh: Siti Halijah mengangkat gagang telefon menerima berita kematian Datuk.

iii. KLIA.
Contoh: Tempat ketibaan anak-anak Datuk untuk melawat. menziarahi jenazah Datuk.
Mak: 4 markah

Soalan 6

a. Lima aspek binaan novel:
i. Tema – kepentingan kasih sayang dalam sebuah keluarga yang mampu
menyelesaikan permasalahan dan mendorong kepada kejayaan dalam kehidupan.

ii. Persoalan - Ketabahan mengharungi cabaran-cabaran dalam kehidupan.

iii. Plot . Plot berbentuk kronologi / Binaan plot terdiri daripada pendedahan atau permulaan cerita, perkembangan dan peleraian.

iv. Watak , contoh Anuariza,

v. Latar ,masa - pagi, tempat-rumah soleha dan masyarakat kampung.

vi. Gaya bahasa, contoh penggunaan metafora/personifikasi dll

vii. Pengajaran, contoh kita jangan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak

viii. Nilai, rajin bekerja

ix. Sudut pandangan, sudut pandangan orang ketiga serba tahu
Mak: 10 markah

b. Lima unsur Islam
i. Mendirikan Solat/sembahyang berjemaah
Contoh: Anuariza menunaikan solat walaupun ketika berada di dalam
hutan paya mencari buah Kelubi/ Keluarga Syed Mustafa dan Anuariza melakukan ibadat sembahyang berjemaah.

ii. Perkahwinan mengikut Islam
Contoh: Perkahwinan Syed Mustafa dan Solehah demi kebahagian anak-anak mereka

iii. Majlis kenduri kesyukuran
Contoh:Majlis kenduri kesyukuran diadakan oleh Syed Mustafa dan Nek Siah selepas majlis perkahwinan Syed Mustapa dengan Solehah

iv. Berdoa kepada Tuhan
ontoh:Nek Siah berdoa kepada Allah agar cucu-cucunya dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik

v. Konsep memberi salam
Contoh: Solehah sentiasa member salam setiap kali berkunjung ke rumah Nek Siah

vi. Gelaran dlm Islam, haji contoh Hj Lokman

vii. Nama berunsur Islam, contoh Solehah

viii. Tempat ibadat, contoh masjid/Syed Faris hantar pinggan mangkuk selepas selesai kenduri
Mak: 10 markah

STATUS

Search This Blog

DAUN