ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

24 Jan 2014

Semakin dingin

New updated post

Suhu sejuk dijangka berlarutan sehingga awal minggu depan
Aizat Sharif

KUALA LUMPUR: Suhu sejuk yang melanda beberapa tempat di Pantai Timur dan Kedah kini telah mulai meningkat sedikit demi sedikit.

Pengarah Ramalan Kaji Cuaca Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata suhu rendah yang dicatatkan di beberapa tempat seperti Kuala Krai, Besut, Alor Star dan Kangar telah mulai naik antara satu hingga dua darjah celcius.

“Antara malam hingga pagi tadi, suhu di Kuala Krai yang sebelum ini mencatatkan cuaca terendah iaitu 17.5 darjah celcius telah mulai meningkat ke 19 darjah celcius,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Suhu rendah normal yang sering dicatatkan di Kuala Krai adalah sekitar 21.7 darjah celcius.

Beliau menambah, kenaikan suhu ini disebabkan adalah perubahan arah angin dari Timur Laut ke Barat Laut dimana sebelum ini, angin kering dari China telah bertiup dan membawa ke hawa sejuk di beberapa bahagian Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan beberapa tempat di Kedah dan Perlis.

“Suhu sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan dan ianya tidak merebak ke negeri-negeri lain di Malaysia dan keadaan dijangka kembali normal sekitar minggu hadapan ,” katanya lagi.

Purata suhu rendah normal pada bulan Januari di Malaysia adalah sekitar 22 hingga 23 darjah celcius.

Pada Rabu, suhu cuaca terendah telah direkodkan di Kuala Krai dimana ianya telah jatuh sehingga 17.2 darjah celcius dan menyebabkan penduduk di Kuala Krai terpaksa menggunakan baju sejuk, jaket dan juga selimut untuk keluar rumah di waktu pagi.

Penurunan drastik suhu juga direkodkan di tempat-tempat seperti di Besut, Alor Star dan Kangar.


astro awani


Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah
SITI FATIHAH AWANG & RAHAYU MUSTAFA



KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.

“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.

“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.

Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.

Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.

“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.

Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.

Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.

“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya.
Suhu di Besut

19 darjah Celsius

Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.

Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.

Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.

Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.

Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang.

sinar harian


Beberapa Bandar Dan Daerah Alami Cuaca Sejuk
Oleh T.AVINESHWARAN

PETALING JAYA: Banyak bandar dan daerah di Malaysia mengalami cuaca sejuk ekoran angin sejuk monsun Timur Laut.

Bandar-bandar seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Bharu, Kuantan dan Petaling Jaya mengalami suhu di bawah 25°C, menyamai Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Suhu minimum dicatatkan sejak Tahun Baru dan ia dijangka berterusan untuk beberapa minggu akan datang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaporkan pada hari Khamis bahawa dari 1 hingga 22 Januari, suhu yang paling rendah dicatatkan di Kuantan iaitu 21.0°C, Kota Kinabalu 22.1°C, Petaling Jaya 23.6°C, Kota Bharu 23°C, Kuching 22.0°C manakala daerah di utara seperti Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis masing-masing mencatatkan suhu 22.4°C dan 23.3°C.

"Berdasarkan maklumat kami, dalam semua bulan, Januari akan sentiasa mencatatkan suhu yang paling rendah setiap tahun."

Menurut JMM, penurunan suhu adalah disebabkan oleh angin sejuk dari monsun Timur Laut dan ini bukan kali pertama fenomena ini telah berlaku.

"Suhu turun naik dari semasa ke semasa dan semasa monsun Timur Laut, rekod minimum seperti itu adalah biasa dan telah berlaku banyak kali sepanjang musim ini."

"Suhu dingin biasanya direkodkan di Pantai Timur dan kawasan utara Semenanjung Malaysia kerana angin monsun Timur Laut yang cukup kuat.

"Angin bertiup dari Tanah Besar China, yang sedang mengalami salji sekarang.

"Selain itu, cuaca yang baik dan tidak mendung di Malaysia minggu ini telah membantu mengurangkan suhu di awal pagi dan waktu malam.

"Atmosfera tanpa awan adalah sama dengan keadaan di mana tidak ada selimut untuk membuatkan kita berasa panas. Selimut adalah awan dan badan kita adalah bumi," kata JMM.

JMM juga menafikan khabar angin bahawa salji turun di Indonesia kerana adalah mustahil untuk sebuah negara tropika mengalami fenomena itu.

mstar online

Suhu sejuk di pantai timur Johor cecah 17 °C


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Beberapa buah kawasan di negeri pantai timur dan Johor dilanda cuaca sejuk apabila mencatatkan suhu purata serendah 17 darjah celsius.

Pengarah Pusat Ramalan Jabatan Meteorologi, Muhamad Helmi Abdullah berkata, keadaan yang dijangka berlanjutan sehingga minggu depan itu berlaku ekoran perubahan aliran udara sejuk dan tiupan angin yang berlaku di Laut China Selatan.

Katanya, suhu berkenaan antara yang paling rendah pernah dicatatkan rekod Stesen Meteorologi sejak lebih 20 tahun lalu.

“Kita pernah catat suhu yang sama sebelum ini di beberapa kawasan di negeri pantai timur dan kali ini berlaku di Kuala Krai, Kelantan apabila suhu dicatat sekitar 17 darjah celsius.

“Bagaimanapun, ini adalah fenomena biasa yang berlaku pada musim monsun dan keadaan cuaca negara kita dipengaruhi oleh aliran sejuk dari China dan Siberia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, terdapat beberapa sumber di internet yang memaklumkan beberapa kawasan dilanda cuaca sejuk luar biasa antaranya Gua Musang, Kelantan yang mencatatkan suhu purata 19 hingga 21 darjah celsius menyamai suhu di Cameron Highlands sedangkan kebiasaannya adalah 30 hingga 35 darjah celsius.

Selain itu, laman perkongsian video, YouTube turut menggemparkan orang ramai apabila memaparkan rakaman sebuah daerah di Indonesia dilanda salji, bagaimanapun belum ada pihak mengesahkan kejadian itu sehingga kini.

utusan online

22 Jan 2014

Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh


Muhammad bin Haji Salleh – Sasterawan Negara Ke-6 (1991)


MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi. Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Bila kembali ke tanah air puisi-puisi beliau mendapat perhatian para pengkritik.

Beliau mula menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun 1963. Oleh sebab latar belakang persekolahannya yang hampir pada bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu. Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh T.S. Eliot dan W.H. Auden yang diminatinya pada waktu itu.

Muhammad dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973. Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat. Muhammad Haji Salleh pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu dan pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia 36 tahun. Pada tahun 1977 – 1978, Muhammad menjadi Profesor Pelawat, di North Carolina State University, Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat; menjadi “Asian Scholar in Residence” di University Michigan. Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley, dan seterusnya menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands, dari tahun 1993-1994.

Ketokohan Muhammad dalam dunia penulisan puisi Melayu moden begitu dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya, terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya Sastera tanah air bahkan setelah beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta. Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan kemudiannya dalam tahun 1977, Muhammad menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II.


Bagi Muhammad, puisi adalah suatu bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa dan kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Sebuah puisi atau pantun adalah susunan muzik bahasa yang mengindahkan bahasa itu serta juga pembacaan oleh pendengaran. Beliau bersetuju dengan definisi Robert Frost, seorang penyair Amerika, bahawa puisi ialah sesuatu yang setelah kita membacanya kita menjadi lebih bijaksana. Para penyair menolong menyedarkan kita kepada masalah kita bersama malah mendefinisikan masalah penting supaya kita benar-benar dapat menyelesaikannya.

Amat jelas bahawa tema puisi Muhammad pada umumnya lebih banyak memaparkan masalah-masalah bersama, masalah eksistensi individu yang berhadapan dengan kehidupan kekotaan. Bangunan-bangunan tinggi, teknologi moden, motokar, lampu neon bukan menjadi teman tetapi merupakan objek yang ditentang dan diperhitungkan melalui sesuatu moral-judgement (kemelayuan atau kemanusiaan sejagat). Kehidupan kekotaan yang bobrok dan persekitaran yang seperti ini ditentang oleh otak, akal dan pegangan. Demikian puisi-puisi beliau lebih menekankan pemikiran daripada perasaan. Sikap dan fikiran beliau tercermin kepada bentuk puisi yang padat dan kata-kata yang kurang mengandungi emosi.

Beliau secara sedar berusaha menggunakan bahasa yang tidak biasa dipakai oleh penyair lain. Kerana itu terdapat pembentukan ungkapan-ungkapan baru untuk memberikan ketepatan dan ketajaman makna dalam puisi-puisi beliau. Namun dalam ungkapan yang baru dan asli itu, kadang-kadang terasa terlalu asing pula pengucapannya, dan hal ini mungkin juga akibat pengaruh kesusasteraan dunia yang pernah menjadi kajian dan pengalaman beliau selama ini.

Muhammad Haji Salleh meminati penyair-penyair Chairil, Subagio Sastrowardojo (Indonesia) dan pada satu ketika juga meminati T.S. Eliot dan Pablo Neruda. Beliau meminati sastera dari Barat bukan sahaja kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera sudah menjadi sebahagian daripada ilmu tentang manusia dengan falsafah, psikologi dan sebagainya. Yang lebih menarik minat beliau ialah sastera Barat itu mengandungi eksperimen-eksperimen yang pelbagai yang cuba mencari stail yang sempurna untuk ekspresi yang tepat. Itulah antara unsur-unsur Barat yang diperhatikannya.

Muhammad telah menerbitkan lapan buah kumpulan puisi perseorangan di samping puisi yang terbit dalam kumpulan bersama. Kumpulan puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang bukan saja sejumlah puisi yang dicipta sewaktu beliau mengembara di luar tanah air malah ia merupakan satu kumpulan puisi yang kukuh, berbeza daripada puisi-puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Panel Hakim Karya Sastera telah memilih Buku Perjalanan Si Tenggang II sebagai kumpulan puisi Muhammad yang terbaik bagi tahun 1975. Kumpulan ini dikatakan dengan jelas memperlihatkan bukan saja stail dan peribadi penyair, bahkan konsep puisi yang secara tegas mengelak daripada ungkapan romantik dengan menggunakan kata-kata secara tepat, fungsional dan berkesan.


Sebagai penyair yang menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Muhammad mempunyai kekuatan bahasa yang dapat dan mampu menterjemahkan puisi-puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Beliau adalah salah seorang penterjemah kesusasteraan yang penting yang telah banyak menterjemah puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Malah beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1982. Dan kerana kegiatan kreatif dan ilmunya dalam kajian kesusasteraan, beliau pernah menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

Demikianlah Muhammad Haji Salleh sebagai sasterawan yang juga ahli akademik yang dihormati telah memainkan peranan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam banyak pertemuan penulis yang dihadirinya dan kertas-kertas kerja yang dibentangkannya, Muhammad banyak sekali memberikan perhatian tentang teori-teori sastera dalam hubungannya dengan kesusasteraan Melayu.

Bercakap tentang puisi-puisi yang dihasilkannya, puisi-puisinya selalu dihubungkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius. Muhammad melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan pemikir. Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak menghasilkan puisi yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu. Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.

Muhammad telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997.




KARYA

Puisi :
Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.
Sajak-sajak Pendatang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 62 hlm.
Buku Perjalanan Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1975, 74 hlm.
Ini Juga Duniaku, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 83 hlm.
Times and Its people, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 80 hlm.
The Travel Journals of Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 72 hlm.
 Pilihan Puisi Baru Malaysia – Indonesia (Peny.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.
Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.
Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1981, 88 hlm.
Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.
Dari Seberang Diri, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982, 70 hlm.
Antologi Puisi ASEAN (antologi bersama), Denpasar: Yayasan Sanggar Seniman Muda Bali, 1983, 85 hlm.
Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.
Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.;
100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur. Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.
Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaia, 1988, 167 hlm.
Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.
Suara Rasa (Voice From Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.
Beyond the Archipelago, Athens: Center of International Studies, Ohio University, 1995, 243 hlm.
Rupa Kata (antologi bersama), Ipoh: Yayasan Kesenian Perak, 1996, 122 hlm.
Sebuah Unggun di Tepi Danau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 259 hlm.

Kajian 
Tradition and Change in Contemporary Malay-Indonesian Poetry, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977, 190 hlm.
Selection from Contemporary Malaysian Poetry(Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1978, 118 hlm.
Pengalaman Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 85 hlm.
An Anthology of Contemporary Malaysian Literature, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.
 The Mind of The Malay Author, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 178 hlm.
Syair Tentang Singapura Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 127 hlm.
Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Yayasan Karya Agung, 1997, 338 hlm.

Esei/Kritikan 
Kritikan Sastera di Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm.
Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm.
Kesarjanaan Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977, 368 hlm.
Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.
Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 87 hlm
Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 208 hlm.





Terjemahan 

Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan/Terry Eagleton, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 264 hlm.
Salju Musim Bunga Yukio Mishima, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1990, 624 hlm.

 Klik web dbp



Pameran Khas Kenali Susur Galur Kehidupan Sasterawan

PULAU PINANG, 24 April 2012 – Bersempena ulang tahun kelahiran Sasterawan Negara merangkap tokoh akademia terkenal, Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh yang ke-70, satu pameran khas berkenaan susur galur kehidupan beliau kini dipamerkan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM) sehingga 2 Mei depan.

Pameran yang berkonsepkan autobiografi itu dianjurkan secara bersama oleh PHS, Pusat Kajian Dasar dan Penyelidikan Antarabangsa (CenPRIS) serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof. Asma Ismail hadir bagi merasmikan pameran yang dikenali sebagai Muhammad Haji Salleh: Pengembara Sastera Dan Ilmu dan berkongsi kemeriahan dengan menyampaikan baris sajak dalam bahasa Sepanyol dalam majlis tersebut.

Beliau dalam ucapannya berkata, jasa dan sumbangan Muhammad Haji Salleh tidak terhitung dan sehingga kini beliau telah menerbitkan lebih dari 12 koleksi puisi dan lebih 40 buah buku mengenai kritikan Sastera, penterjemahan dan analogi.

Katanya, antara karya besar beliau adalah seperti Perjalanan Si Tenggang 11, Sajak-sajak Sejarah Melayu, Cermin Diri, Menyeberang Sejarah, Sebuah Unggun di Tepi Danau, Salju Shibuya dan Meraih Ruang.

``Beliau juga banyak menterjemah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan vice-versa puisi, prosa dan kerja-kerja penyelidikan dan atas usaha kerasnya itu juga beliau terus disanjung dan diiktiraf dengan pelbagai anugerah berprestij,’’ jelas beliau.

Asma berkata, antara anugerah yang diperoleh beliau adalah Geran Yayasan Volkswagen untuk Penyelidikan Teori Sastera Melayu, Hadiah Penyelidikan dan Lawatan British Council, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Akademik Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan pelbagai lagi.

Muhammad Haji Salleh pula dalam ucapannya berkata, beliau sangat terharu dengan penganjuran pameran khas tersebut dan menyifatkannya sebagai hadiah hari lahir yang tidak ternilai dan tidak terbanding dengan wang ringgit.

Saya amat terharu dengan hadiah yang tidak ternilai ini dan berdoa supaya terus dipanjangkan umur dan terus berkarya bagi memartabatkan pengajian sastera dan budaya keilmuan,’’ ujar beliau.

Program tersebut juga dianjurkan bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai susur galur kehidupan seorang sasterawan serta memupuk jalinan kerjasama di antara penggiat dan pencinta sastera.

Selain menjadi bingkisan istimewa buat insan yang banyak mengerah keringat dan berjasa dalam bidang kesusasteraan itu, pameran itu turut bertujuan mengetengahkan pandangan alam dan budaya fikir cendekiawan, sasterawan, budayawan dan institusi keilmuan serta hubungannya dengan Nusantara.

Antara pengisian program tersebut adalah pelancaran buku ‘Earlier Story of Penang’, deklamasi sajak karya Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh dan program bual bicara bersama Sasterawan itu berkenaan tajuk : Pengembara Sastera dan Ilmu.

Universiti Sains Malaysia


Dunia Penyair Muhammad Haji Salleh

Pada Zaman Pasca-Kolonial : Apakah Malaysia Masih Dijajah Bahasa dan Budayanya?
oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

(Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP, di Dewan Bahasa dan Pustaka, 16 Disember 2009)


Simpang pada sejarah bahasa kebangsaan, kita bertemu dan berpecah di depan mata dan kehadiran kita. Bahasa yang sudah berkembang sejak zaman sebelum Sriwijaya dan dihaluskan serta dicanggihkan di seluruh Nusantara sebagai lingua franca oleh berbagai-bagai masyarakat dan bangsa kita meluntur di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang bemasib baik, kita bukan saja diamanahkan ilmu untuk dicari, disimpan dan dikembangkan, tetapi juga diserahkan nasib bahasa yang tua lagi indah ini yang kita warisi daripada leluhur kita.

Arahan memberhentikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu menutup pintu bahasa besar ini, dan sudah pun melesukannya serta akan mengakibatkan kematiannya. Oleh kerana dunia dan disiplin besar lagi dinamik tidak lagi menjadi padang kewujudan dan perkembangannya.

Sebagai sarjana, pentadbir, dan pelajar, kita bertanggungjawab mencari jalan supaya bahasa ini akan terus kekal sebagai bahasa yang canggih dan digunakan untuk semua bidang kehidupan di Malaysia. Inilah tanggungjawab batiniah dan naluriah kita.

Saya merasakan bahawa inilah masanya kita menyatakan keyakinan penuh terhadap bahasa kebangsaan ini dan bergerak bagi mengaturkan segala cara supaya ia terus subur dan menjadi alat fikiran dan hidup kita.

Pada pandangan saya, sastera khususnya adalah tapak sebahagian besar daripada jati diri kita, malah lebih 70% daripadanya adalah gagasan dan wawasan sastera untuk kita belajar menjadi rakyat Malaysia. Dari sana juga dapat dikutip pengetahuan sejarah kita, daripada Sulalat al-Salatin, daripada Tuhfat al-Nafis, Hikayat Pahang, Hikayat Kedah dan lain-lain cerita asal usul dalam bahasa Murut, Kadazan dan juga Iban dan Penan. Jalinan pengisahannya membuahkan konsep manusia unggul, sila lihat Hikayat Hang Tuah misalnya, atau Sejarah Melayu (iaitu Sulalat al-Salatin), misalnya. Harap jangan dibaca bahagian pertama Hikayat Hang Tuah sahaja, kerana pada bahagian kedua kita menemukan manusia matang dan bijaksana yang menjadi duta sebuah negara kosmopolitan yang percaya diri.

Sastera memang memberikan hiburan, meluangkan detik luas tafakur, detik renung dan detik di mana manusia diajak berfikir atau membuat keputusan yang bijaksana.

Dalam sastera Perancis, Victor Hugo, Balzac, Camus dan Sartre dianggap pemikir dalam persoalan mutakhir bangsanya. Di Negara Inggeris, Chaucer, John Milton dan Shakespeare menjadi kebanggaan bangsa kerana mereka adalah pemikir dan penemu jiwa manusia. Di Jepun, Yasunari Kawabata dan Kenzaburo Oe berkata-kata dalam bahasa jiwa bangsanya. Di Indonesia pula, Amir Hamzah dan Chairil Anwar menangkap estetika bahasa di tengah tradisi lama atau di tengah bingit kota metropolitan. Mereka merubah cara bangsa melihat keadaan dan situasi. Semua pengarang ini menayangkan nasib negaranya di atas kertas yang lutsinar.

Semua sasterawan, sejarawan, budayawan pemikir membawa naratif negara dalam bahasa, palitan warna dan ukiran yang baik, bersih dan segar, kerana gagasan besar dan lukisan indah hanya dapat dilukis sebaiknya dengan berus yang bersih atau baharu.

Cukup menarik adalah hakikat di negara kita yang cukup makmur ini, tetapi orang yang mengenali karya besar negara kita sangat kecil sekali. Kita akan membaca karya picisan dari timur dan barat, tetapi dengan tekun dan teratur mengelak genius kita. Sangat sedikit yang pernah membaca tiga puncak genius sastera Malaysia - pantun, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan dalam persekolahan, kita tidak menemukan genius kita, tetapi pernah belajar Sonnet Shakespeare atau karya Keats.

Dalam keadaan inilah kita mencipta manusia yang dapat mengatakan dalam bahasa Inggeris ”I have nothing to be proud of as a Malay, except that I am a Muslim” kerana dia sudah lupakan bahasa Melayunya. Sangat baik bahawa dia seorang Muslim, tetapi semua Muslim berbangsa dan berbudaya serta berikrar kepada peradabannya. Sangat tragis bahawa dia telah melupakan peradaban itu. Dia sedang hanyut dalam tsunami globalisasi, kerana dia bukan gunung atau bukit yang dapat bertahan, tetapi hanya apungan di atas arus tsunami yang melanda.

Sastera dan kebudayaan itu teras bangsa Malaysia, terutama untuk orang Melayu, Iban, Mahmeri dan Semelai kerana sejarah, pemikiran, nilai dan adat-istiadatnya dikumandangkan dalam suara merdunya atau ditulis dalam aksara yang sudah menjadi huruf kehadirannya dalam sejarah. Tiada sastera bermakna tiada bangsa - tiada teras bangsa Malaysia. Mengikut Prof. Henk Maier, sastera kita adalah antara yang terbesar di dunia - hanya kita yang tidak tahu bahawa kita lebih selesa menjadi kecil dan peminjam kata-kata serta bahasa orang lain. Beberapa waktu yang lalu orang berlumba mengkaji sastera dan budaya kita, tetapi insya-Allah kerana kita sangat tekun menyampingkannya. Setelah menurunkan taraf dan maruah bahasa kita, maka hampir tidak ada pengkaji baru dari dunia luar yang menulis tentang kita lagi. Dalam peta budaya Malaysia sangat samar, dan mungkin hilang dakwatnya dalam dua tiga dekad lagi.

Mungkin di Malaysialah anak negerinya ramai yang tidak pandai berbahasa kebangsaannya, dan ramai juga yang malu menggunakannya atau merasa darjat sosialnya sudah jatuh tertiarap di lantai apabila dia bercakap dalam bahasa ini. Jikalau kita tidak percaya pada bahasa kita, orang lain di dunia pun tidak mendapatkan sebab bagi mengkajinya. Sekarang ini kebanyakan kursus sastera dan bahasa Melayu di Eropah, Australia dan Amerika sudah ditutup, sementara kajian China, Vietnam, India dan malah Cambodia sedang berkembang.

Di depan mata kita bahasa Melayu bertumbangan, sakit dan sebahagiannya sudah mati untuk selama-lamanya sekiranya kita tidak berbuat apa-apa dan terparah adalah antara yang terpelajar, yang tertinggi ijazahnya dan tertinggi pangkatnya. Orang kampung tidak membunuh bahasa ibundanya. Kitalah yang dianugerahi berbagai-bagai kemudahan, upaya dan kecerdasan - dan kitalah yang membunuhnya.

Gerakan Dunia pasca kolonialisme bergelora di banyak buah negara di dunia, termasuk India, Indonesia, Nigeria dan Kenya, Uzhbekistan, Filipina, Vietnam dan Algeria serta Chile dan Argentina. Ada semacam landaan fikiran dan amalan di negara-negara ini, sebagai tindak balas daripada rasa bahawa mereka sudah dimangsakan, dihina dan juga dirampas bahasa dan budayanya. Sejarah penjajahan di negara-negara ini juga ada padanannya di negara kita. Namun kita tidak melawan, tidak banyak merungkai penjajahan ini dan dalam banyak keadaan kita meneruskannya dalam bentuk-bentuk atau cara yang yang sedikit berlainan, sementara pemimpin kita yang melanjutkan pemikiran dan cara kolonial ini adalah anak negeri pula.

Malaysia sudah merdeka selama 52 tabun. Bekas-bekas kolonial masih kukuh didakap sampai mati, kata Amarhum Usman Awang. Bangunan yang tersergam dan selalu ditunjukkan kepada pengunjung serta pelawatnya adalah tinggalan arkitek Inggeris, Cebisan isi buku-buku dan kurikulum zaman pramerdeka subur di halaman buku kita. Sementara itu, budaya tempatan dihakis oleh suatu psiko yang ingin mempamer diri sebagai moden dan seterusnya takut sekiranya dianggap tidak moden sekiranya didapati bangga dengan budaya dan bahasa sendiri.

Kini konsep budaya kita juga tidak sedikit ditentukan oleh selera pelancong atau media massa dan bukan oleh etos pemikiran atau gaya atau cita rasa tradisional. Kita sebenarnya tidak mengenali budaya kita kerana kita tidak pemah diperkenalkan kepadanya secara mendalam dan penuh rasa bangga di sekolah atau pengajian tinggi. Banyak maklumat yang diberikan hanyalah untuk diulang di dalam peperiksaan dan tidak untuk dihayati dalam jiwa dan kebanggaan mereka. Oleh yang demikian, konsepsi budaya kita masih diarahkan oleh nilai-nilai zaman kolonial.

Saya mungkin lebih mendekati sastera dan oleh itu, ingin memberikan fokus kepada bahasa dan kesusasteraan. Inilah garis waktu yang kita dapati:

1957 - dimaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
10 - tahun kita berlengah
1967 - baru diperingatkan dan diimplementasikan dasar bahasa
199.. bahasa dirungkaikan oleh pentadbiran Mahathir dan dijadikan bahasa kedua pentingnya atau dalam kehidupan di Malaysia bahasa ke-3.

Sains dan matematik dianggap penting, maka pelajar-pelajar terbaik dan pintar diberi peluang yang meluas ke universiti terbaik, ke luar negara atau biasiswa. Manakala, pelajar kurang tinggi markahnya diminta mengambil sastera dan bahasa dan sejarah. Tetapi, seperti yang kita faham inilah bidang di mana jati diri dilukis dan ekspresi bangsa disampaikan. Bagi menjadi warganegara Malaysia semua pelajar harus mendalaminya - kerana itulah tanda kemalaysiaannya.

Kini, di depan mata kita bahasa Melayu sedang baru baik daripada sakit jiwa dan sebahagiannya telah pun mati untuk selama-lamanya dibunuh oleh kealapaan dan dasar yang mementingkan bahasa penjajah dan antarabangsa, dengan tidak memikirkan imbangan ilmu dan pengalaman yang sihat dan yang menyebabkannya mati sebelah ini, antaranya adalah yang terpelajar, yang tertinggi ijazahnya, tertinggi pangkatnya, tertinggi rasa kolonial atau globalnya. Orang kampung tidak membunuh bahasanya. Tugas itu diambil dengan sukarela oleh mereka seperti yang saya susunkan golongannya di atas tadi.

Mereka yang dianugerahi berbagai-bagai kemudahan, upaya dan kecerdasanlah yang mengangkat dan merejamkan ”lembing” ke dada bahasa ibundanya sendiri.

Semalam di Kuala Lumpur yang bercakap Melayu dengan saya adalah seorang orang Algeria yang menyambut tetamu di sebuah hotel yang merindu bercakap dalam bahasa ini, kerana tidak ramai orang Malaysia yang mahu melayan orang aneh ini! Orang Melayu suka mencampurkan bahasa ­ini tandanya sindrom penyakit kolonialismetitis. Mereka berfikir seperti manusia yang sempurna dijajah, seperti banyak orang India, Filipina dan Okinawa, yang malu membanggakan bahasa mereka yang bersih kerana mungkin dituduh tidak moden atau antarabangsa. Namun, jikalau diminta bercakap bahasa Inggeris yang baik, mereka juga tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak menguasainya. Beberapa tahun ini, saya memerhatikan bagaimana bahasa Melayu yang digunakan semakin bercampur dengan Inggeris dan penguasaan dasarnya sudah pun mula menipis. Brosur yang ditulis dalam iklan dan surat khabar - beberapa daripadanya menggunakan bahasa yang agak kasar dan tidak sedarkan keindahan bahasa itu. Peribahasa, idiom dan metafora sudah tidak muncul lagi - bahasanya adalah bahasa dasar dan banyak kesalahan nahu serta sama sekali tidak canggih. Kita berjaya kembali ke peringkat purba.

lni adalah tanda-tanda kematian - bahasa yang kurus dan lusuh dan tidak maju atau dinamik. Ini semua berlaku pada tahun 2009. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti kita maklum, bidang-bidang sains dan matematik sudah tidak menggunakan bahasa Melayu sedikit pun, maka pintu untuk masa depan yang canggih dan antarabangsa pun ditutup rapat dan hanya orang kelas kedua dan ketiga - seperti yang meneliti bidang sastera agama sejarah dan bahasa diizinkan menggunakan bahasa yang sudah dinyahkan ini. Jikalau bahasa Melayu dibunuh dan mati, maka semua nama kita, sasterawan, seniman, menteri, profesor dan pentadbir (dan jangan lupa ahli politik) - akan dicatat dalam sejarah sebagai pemusnahnya.

Sekiranya saya merintihkan keadaan pada zaman ini, maka saya berasa ngeri berhadapan dengan masa akan datang. Dahulunya, kita diberitahu bahawa salah satu sebab mengapa bahasa Inggeris dipilih adalah kerana dianggap buku, istilah dan pengajaran tidak lengkap dalam bahasa Melayu. Sekiranya inilah yang menjadi sebab pemindahan ke bahasa Inggeris - maka saya ingin bertanyakan kepada Dewan Bahasa dan Kementerian Pelajaran soalan yang sama - apakah buku, istilah dan gurunya sudah disiapkan dan gurunya dilatih untuk 2011 ini? Walaupun ada desas-desus perbincangan setelah bahasa Melayu dikembalikan kepada tampuk maruahnya, tetapi dalam sedikit masa soal ini dilupakan dan masalah politik mendapat ruang besar dan sensasional seperti biasa. Apakah perancangan untuk menulis buku sekolah rendah yang baru dan sesuai dengan zamannya? Yang menarik dan membuat pembacanya teruja? Buku bacaan umum yang membuat anak-anak ghariah membaca dalam bahasa kebangsaannya? Buku sekolah menengah dalam semua bidang? Buku umum yang akan menyambung minat pembaca Malaysia? Terjemahan yang lengkap dari ilmu khazanah dan pemikiran dunia? Kerjasama dengan Indonesia dan Brunei dalam hal penulisan buku? Apakah sudah diberikan kursus kepada bakal penulis dan penterjemah?

APAKAH PERANCANGAN 10–20 TAHUN BAHASA DAN SASTERA MELAYU?

Saya belum mendengar rancangan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia kepada bahasa Melayu - jikalau sudah ada, hebahkan supaya kita tidak lupa dan juga dapat membantu. Mengapa tidak digemblengkan tenaga yang ada bagi memikirkan perancangannya. Saya pernah menawarkan diri memberikan pendapat tentang sastera tetapi sehingga kini tidak pernah dipanggil. Mungkin saya hanya sebaik pegawai DBP, tetapi jemputlah yang lebih berpengalaman daripada saya. Yang saya dengar kini, betulkan sekiranya maklumat itu salah - bahawa keutamaan DBP ialah ”menjimatkan wang. Saya kira tugas DBP adalah mengembangkan bahasa dan sastera - terutama dalam keadaan sewaktu bahasa dan sastera sedang mengalami krisis. Pengalaman saya juga tidak begitu menyenangkan dengan institusi ini. Surat tidak berjawab selama sebulan, misalnya apabila saya mengirimkan manuskrip Falsafah Melayu daripada sumber sastera. Surat dijawab setelah pembantu saya menelefon pegawai yang bertanggungjawab dan jawapan itu kasar dan menganggap bahawa kita hanya pengganggunya. Kerja selalu lambat dan dibuat pada saat terakhir. Pegawai yang tidak mendalami bidangnya atau yang sesuai dinaikkan menjadi ketua.

DBP tidak boleh terlibat dalam permainan yang lain daripada profesionalisme. Dari atas hinggalah ke bawah. Tanpa profesionalisme, kita akan hanya menjadi institusi kampung dan stitusi kampung tidak mungkin dapat menangani masalah besar seperti yang kita hadapi sekarang.

lni peluang kedua untuk kita membuktikan bahasa kita boleh menampung dunia baru dan canggih. Peluang ketiga tidak akan diberikan lagi. Jikalau bahasa Melayu mati atau tidak diteruskan, semua nama kita (pensyarah dan pentadbir dan jangan lupa ahli politik) akan tercatat dalam sejarah sebagai pembunuhnya. Di atas sekali adalah nama Dewan Bahasa dan Kementerian Pelajaran.

Buktikanlah, dengan segera bahawa semua ini adalah mimpi ngeri saya dan ribuan manusia Malaysia. Rancangkanlah sebelum dirancang supaya bahasa Inggeris menjadi bahasa sekolah dan bahasa Melayu sekali lagi dinyahkan ke parit zaman.

Kita tidak ada waktu untuk berlengah atau bergerak dengan rentak peragu, orang yang tidak profesional, yang terlupa akan tugas DBP atau bahasa kita. Kita tidak ada tempat untuk mereka dalam krisis ini. Tempat mereka harus digantikan dengan orang yang berwawasan, berilmu dalam bidang bahasa dan sastera, cekap merancang dan maklum akan tugas besar mereka.

(Sumber: Laman Institut Peradaban Melayu, UPSI, Tg.Malim)



Puii-Puisi Muhammad Haji Salleh

Sajak Pengait Tua

Seorang wanita usang
hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar

Dengan benang putih
dijalinkan
masa sudahnya
dan dengan benang hitam
dia mengikat
pucuk, ranting dan kelopak
bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi-rindu malam hari
cucu yang tak tiba
waktu dicita
seharian dia di bangku kecil hijau
dai mengait dunianya.

Muhammad Haji Salleh


si tenggang’s homecoming

i

the physical journey that i traverse
is a journey of the soul,
transport of the self from a fatherland
to a country collected by sight and mind,
the knowledge that sweats from it
is a stranger’s knowledge,
from one who has learnt to see, think
and choose between
the changing realities.

ii

it’s true i have growled at my mother and grandmother
but only after having told of my predicament
that they have never brought to reason.
the wife that i begun to love in my loneliness,
in the country that alienated me
they took to their predecisions
i have not entirely returned, i know,
having been changed by time and place,
coarsened by problems
estranged by absence.

iii

but look,
i have brought myself home,
seasoned by confidence,
broadened by land and languages,
i am no longer afraid of the oceans
or the differences between people,
not easily fooled
by words or ideas.

the journey was a loyal teacher
who was never tardy
in explaining cultures or variousness
look, i am just like you,
still malay,
sensitive to what i believe is good,
and more ready to understand
than my brothers.
the contents of these boats are yours too
because i have returned.

iv

travels made me
a seeker who does not take
what is given without sincerity
or that which demands payments from beliefs.
the years at sea and coastal states
have taught me to choose,
to accept only those tested by comparison,
or that which matches the words of my ancestors,
which returns me to my village
and its perfection.

v

i’ve learnt
the ways of the rude
to hold reality in a new logic,
debate with hard and loud facts.
but i too am humble, respecting,
man and life.

vi

i am not a new man,
not very different
from you;
the people and cities
of coastal ports
taught me not to brood
over a foreign world,
suffer difficulties
or fear possibilities.

i am you,
freed from the village,
its soils and ways,
independent, because
i have found myself.

Muhammad Hj Salleh



Rain

suddenly they came, the mid-year padi rains,
falling slanted among the dried lalang
and into the branch-drains of the brown canals;
the big regular drops falling at their own rhythm
became the overwhelming sound of an insistent tempo.

it woke up the child in the sarong cradle
and the old resting father.
water has come. he looked out into the sheet of rain
descending along the atap eaves.
the rivulets carried the flattened straw
and the dust of the drought,
in their dark grey flowing threads
slithering to the depressions in the ground.

thin dry ducks quacked
splashed by the strange rain
and chickens ran from under the trees.

it was the beginning of an answer,
pak usin’s dark skinned muscles quivered.
rain slapped the leaves and bent the young coconuts,
shook the drought of its death-dust
and swept the remains of harvest rubbish.

for this season they collected hopes again,
carried them under cover from the heat to this day,
the rain fell and wetted their praying throats.

Muhammad Haji Salleh


Seeds

these seeds in the hope-bowl of my palms
i wet with the new water of the new season.
in my grip i feel their skins burst and slap my hands,
their yellow shoots creeping into my blood stream.
now as I let them drop singly into the warm earth
they are already plants in me,
growing and feeding on my blood and my sweat-salt.
and as i patiently wait for them to emerge
from the night of the earth-womb,
i feel the youth of my blood return to my limbs
and i re-live this seasonal love affair:
the evenings and the mornings quench me,
and i grow with them,
inevitably aging, bearing fruit
and jumping back into life,
the repeat the life-cycle of my blood.

Muhammad Haji Salleh


Visions of Courtly Life Translated into Contemporary Meditations:
Muhammad Haji Salleh’s Sajak-Sajak Sejarah Melayu
by Nin Harris

Poetry is the act of giving voice to words and may be cautiously described as an active form of textual expression. The intimacy that is part and parcel of this art-form may be discerned in the Malay sajak. Although the traditional forms of Malay poetry (puisi) are the pantun, the gurindam, the syair as well as the seloka, the sajak became a popular form of poetic expression in the twentieth century. It was first introduced in print during the 1930s, due to the efforts of the renowned Malay man of letters, editor and writer extraordinaire, Abdullah Munsyi. The sajak is generally spare, in free verse and very often conversational. Although the earlier poems still retained some of the conventions of the pantun, more contemporary sajak have grown freer in form, although there are still elements of introspection, Islamism as well as public sentiment.

The first kinds of sajak a Malaysian student would learn are those with either patriotic or public (‘rakyat’) sentiments. But there are also different kinds of sajak which are quieter, more poetic, but no less direct and intimate. Some of the best poets of this form are Usman Awang, Mohammad Haji Salleh, Salleh Ben Joned and Baha Zain. An interesting point to note is that the sajak form is no longer restricted to Malay. While most of Muhammad Haji Salleh’s output consists of translations of his Malay poems, his English sajak stand as poems in their own right. His poetic reworkings of the Malay mythic and historical epic Sejarah Melayu (The Malay Annals) is well-known in Malaysia. What he brought to this dense, prose historical epic was a discerning, modern and hybrid eye capable of bringing the quietest nuances out from description and visuals. The relative freedom of the sajak form allowed Muhammad Haji Salleh to capture these nuances and to evoke well-known images out of history within a contemporary context, imbued with more hybrid sensibilities.

The term for reciting the sajak in Malay is known as “deklamasi”; the savvy will have realised that this is a borrowed word. Declaiming is a very active kind of verb; one would consider it more suited to speech. The sajak is often speech-like in quality; it may be recited in an oratory manner, with grand, rolling sentences or hand-gestures. It is as though the poet is an orator, inciting the masses to join his or her cause. Muhammad Haji Salleh, however, turns the form to suit his quieter, more meditative style, evoking imagery that is lush, complex, yet still imbued with the directness of speech and sentiment that can be associated with the sajak.

The Sejarah Melayu

Revered prime minister, tun mamat
Write us our history,
Of the Malays and all their islands,
Take us back to soaring siguntang,
To samudera, across the waters,
To the Javanese in the southeast, the
Buginese on the sea’s belly,
To the people in the fields, forests and sands.
(Muhammad Haji Salleh 83)

Part historical narrative, part mythic romance, the account of the history of Malays linked to the Malaccan Sultanate was compiled in its present form by Tun Sri Lanang, a courtier of the Johor Sultanate, formed after Malacca fell to the Portuguese. The court in exile in Johor most probably desired a historical link to the golden age of their forefathers. It would have been a matter of both self-preservation and pride to create a comprehensive textual testimony to their identity as Malays.

V. F. Braginsky classifies epics such as the Sejarah Melayu as “a combination of genealogical elements and stories about individual events [...] which could be read as complete in themselves, having but weak logical connections with one another” (25). I think anyone who has read and loved the Annals would realise that the different stories do add up to a rich, layered tapestry that tells a bigger story about the Sultanate. Braginsky later notes that “the second half of the Sejarah Melayu resembles an intricate wicker of motley branches woven in and out of sight like a series of dotted lines” (26). In my opinion, this connection between intricacy and simplicity adds to the power of the Annals. The stories of the Sejarah Melayu weave together the origins, golden age and eventual decline of the Malaccan Sultanate. The different cultural influences that create the rich brew we associate with Malay culture, storytelling and art may be discerned in this epic compilation. One of the more fascinating examples of this is Alexander the Great’s march through Asia (Iskandar Zulkarnain) and his descent into an underwater kingdom in an elevator-like contraption made out of glass. The connection between Alexander the Great and his descendents to the formation of the Malaccan Sultanate makes for some of the more intriguing chapters in these Annals.

The Annals also relate the intricacies of the Malaccan Sultanate’s relationship with China, sealed with the marriage of one of the Sultans to the Princess Hang Li Po. Stories of China’s majesty underscore the feeling of threat the Sultanate must have experienced, wedged in between two great civilisations. Far from being merely a historical romance, the Malay Annals also provide a subtle political commentary about statecraft, the disparity between the riches at the palace with the poverty experienced by subjects. There are also many elements that are obviously appropriated from other histories in order to add to the mystique associated with the rulers of the Malaccan Sultanate.


Muhammad Haji Salleh’s poems in Sajak-Sajak Sejarah Melayu are not straightforward adaptations, but are rather poetic interpretations of different stories within the epic. The poems were originally written in Malay, but Muhammad Haji Salleh wrote English translations for selected poems from the anthology. They may be found in Beyond The Archipelago, a collection of poems from Salleh’s various anthologies. In these poems, Muhammad Haji Salleh creates a sparse and lyrical counterpoint that unpacks the denseness contained in the often tight-lipped commentary of the Sejarah Melayu. I have found this juxtaposition between the emotional restraint in the text of the Annals with the lavishness and denseness of description enthralling. It leaves so much to the imagination and is so ripe for interpretation. The poems remain true to the spirit of the Annals, although the contemporary eyes of the poet create an effect that is more lush, evocative and meditative.

An example of this may be discerned in the first time the two young maidens, Wan Empuk and Wan Malini meet the three brothers whom, according to legend, were descended from Alexander the Great. The account in the Sejarah Melayu, while full of metaphor was a traditional retelling of events, but Muhammad Haji Salleh gives us a more sensitive, contemporary look at the events on Siguntang Hill.

night has filled the universe
two maidens leant against the twilight
waiting for their padi seeds to swell.
waiting loosened time’s rhythm.
at the moment between day and night,
the yard seems to widen at the edges,
the sky’s clouds are sad as flowing water (89).

Here, Muhammad Haji Salleh foreshadows the events of the hill coming to light as three princes on white cows descended from a mythical otherworld known as “Kayangan”. The events of the night caused the formation of the state of Palembang, and the founder of Malacca, Parameswara is said to be descended from one of these three princes.

Muhammad Haji Salleh, in a style that is both minimalistic and lavish, focuses on the rice paddies, and the effect of gold upon the blossoming grain. The sensuousness of the rice is juxtaposed against the youth of the two sisters. I often return to this poem because it pretty much defines the entire anthology for me.

from siguntang’s peak
a bud of fire glints yellow,
trembling in the air, its flame fine-leaved,
for a moment shining forth as the morning star,
empuk holds malini’s hand,
wonder is suffused with fear (89).

This is the most ambiguous and almost abstract poem of Muhammad Haji Salleh’s Sajak-Sajak Sejarah Melayu – and yet it is the one that best captures that feeling of confronting the supernatural and the uncanny.

Another example of how a historical event is given the epic Malay treatment (in a manner that is curiously both terse and ornate), is the story of Hang Li Po’s marriage to one of Malacca’s most successful rulers, the Sultan Mansur Shah. Muhammad Haji Salleh starts the poem decorously enough, with a description of the princess’s various charms which would satisfy any epic storyteller:

her eyes almond, like the deer,
but widened by the black mascara
as dark as her long hair
falling straight from her shoulders
now knotted for marriage (117).

The first verse sets the reader up for understanding the deeper implications behind the politics of conquest and treaties, the sensuousness of the marriage bed ironically underscoring the requirements of the state. Most of these matters are discreetly referenced in the Sejarah Melayu which is full of these fascinating princesses who are used to broker agreements.

The poignancy of their fates is underscored by the impact of their beauty. However, Salleh romanticises this union in passages that are subtly erotic as well as meditative.

he embraces her heat and cold,
inhaling the fragrance at the edge of the bed
and both of them dissolve to become sea at this edge of the beach
roaring, churned by the winds into the bay.
from afar to descend and climb mountains of water
following time’s flow (119).

In the epic, the events were embroidered with mythic symbolism. There would be lavish detail of outfits and court regalia. The thoughtful, sometimes almost intimately meditative elements within Muhammad Haji Salleh’s sajak would not be contained within those lines, as this would have been unthinkable. This was a culture so ornate that a wedding procession could not proceed before a war of poetry (using the pantun) was not won by the groom’s representatives. Time, hybridity and the shifting forces which create the dynamic society of Malaysia also changed the ethos, the patterns of speech for all of the main cultural proponents of Malaysia. The direct, open sensuality of Muhammad Haji Salleh’s bold recreation of the royal marriage bed speaks of this dynamic and more contemporary pattern of speech. Even so, a more delicate and introspective sensibility can be discerned in his words. His concern is not with the prurient aspects, but into what else such a union may bestow upon a married couple. Instead of focusing on power and conquest, on the reality that Hang Li Po would have been the Sultan’s fifth wife, he gives us this haunting final line that lets us understand that these poems are not only about the events of Sejarah Melayu, but about the realities of the human condition.

sleep completes a marriage (119).

Muhammad Haji Salleh challenges the conventions which define the consummation of marriage. In doing so, he allows the hidden humanism of the Sejarah Melayu to come to the surface. Although the Sejarah Melayu may seem to be an epic which extols the exploits of rulers and conquerors, there has been discussion which suggests that the level of irony within the epic is high, and the public-spirited message of the text speaks not just about the glory of the Malaccan Sultanate, but also about the factors that led to its downfall. This includes a growing lack of accountability towards the needs of the ‘rakyat’, excessive taxation and laws to benefit the rich but not the poor.

One of the most telling of the legends and fables contained within the Sejarah Melayu is that of the Princess of Mount Ophir. The legend of this mythical and powerful princess outlines clearly what happens when a ruler is so drunk on power and lust that he forgets the things that really matters. In order to win the love of this mythical princess, the Sultan was willing to take all of the jewellery of his subjects and was almost willing to kill his own son. Fortunately for his son, the Princess appeared to him in a supernatural form, literally wigging out to appear and reappear in the guise of many women within a single moment. She chides him for his greed and tells him that because of his cruelty he could never win her for a bride. This was one of the many instances where the corruption of the state was subtly criticised by the authors of the Sejarah Melayu.

Muhammad Haji Salleh captures this spirit of subtle censure in the following lines.

the author tells of Melaka
swallowed by its sins,
the laws of the young
are written on dreams and passion,
pouring forth from original freedom
there are no binds that are not loosened
when desire flooded a country
dreams are streamed into distractions. (131)

In this manner, the sajak allows the poet to be more direct about his or her intentions, but it still draws from the wealth of past forms of narration and storytelling in the Malay Archipelago (Nusantara).


Bridging the Past and the Present

Is the sajak different from the free verse associated with poems by the twentieth century modernist poets of Britain and the United States? On the surface, there may not seem to be that much of a difference, but if you pull aside the layers which seem familiar, you may find yourself in deeply unfamiliar territory. Even with poets who have travelled and lived abroad, like Muhammad Haji Salleh, an ethos that fits within the rhythm of Malay speech fills the lines of their sajak. Spare, subtle, full of irony, Muhammad Haji Salleh’s sajak are some of the best examples of this medium, which grew in the 1930s from the first few published sajak in a teacher’s periodical, and evolved along with the rapidly modernising culture within the hybrid, polyglot racial composition of Malaysia. There are other sajak which are not so subtle, which are meant to be proclaimed loudly, as protest poetry or paeans to patriotism.

Therefore, in an answer to that question of what makes a sajak different, a sajak is different because it contains the nuances we associate with the rhythms of speech in Malaysia, whether it is the language of the Malays, or the Malaysianised English which draws from the Malay language, Tamil and various Chinese dialects. The rich intermingling between different languages contributes towards the evolution of the patterns of both speech and interaction in Malaysia. This allows for that fluidity which can be both ornate and minimalist. Poetry, in every culture and language is a communication that is both direct and indirect, which contains both the nuances and rhythm of music and speech. Although the sajak is perhaps more direct than most other forms, there is still a subtlety that reminds us of its roots - the ancient epics and the older forms of Malay poetry such as the pantun and the syair.

Works Cited

Braginsky, V. I. The System of Classical Malay Literature. Leiden: KITLV Press, 1993.

Salleh, Muhammad Haji. Beyond The Archipelago: Selected Poems by Muhammad Haji Salleh. Ohio: Center for International Studies Monograph Series, 1995.

---. Sajak-sajak Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.

Iskandar, Yusoff and Abdul Rahman Kaeh (trans.) Sejarah Melayu (Edisi Shellabear). Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978.

Further Reading

Unesco’s Memory of The World Entry for The Malay Annals

Sejarah Melayu: A History of the Malay Peninsula

Sabri Zain’s write-up on the Sejarah Melayu

Encyclopedia Britannica’s entry for Sejarah Melayu

National Library of Australia’s Library record for Sejarah Melayu; or, Malay Annals; an annotated translation by C. C. Brown, with a new introd. by R. Roolvink

National Library of Singapore’s record for a translation by John Leyden.

R. Roolvik’s The Variant Versions of the Malay Annals(pdf file)

Amir Muhammad’s Sejarah Melayu Reloaded

Nin Harris is a South East Asian poet, writer of literary and mythic gothic fantasy fiction, visual artist and PhD student in postcolonial gothic literature. She believes in exploring the potential and gaps that lie between different storytelling forms. Her novel in progress, Watermaidens, is a partially secondary-world mythic fantasy set on the ornate island Yraveri, which has been central to a hypertextual storytelling project by Nin since 1997. She has been published in Jabberwocky 3 and The Harrow.

Stone Telling



Menggali Dimensi Baharu Dalam Pemikiran Muhammad Haji Salleh
Oleh: Faezah Muhayat

Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh yang diadakan pada 9 hingga 10 November 2010 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat telah berjaya menghimpunkan sebahagian besar tokoh ilmuwan sastera, ahli akademik, penggiat sastera dan peminat sastera untuk sama-sama menelusuri pemikiran Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam penghasilan puisi, kritikan dan teori Nusantara. Malah, bidang kajian Muhammad Haji Salleh yang luas mencakupi Sastera Nusantara, Sastera Asia Tenggara, Sastera Inggeris dan Sastera Eropah, membayangkan minat dan keintelektualannya yang cukup istimewa.

Fokus penganjuran seminar ini adalah untuk menggali pemikiran kreatif dan proses kreatif Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh sewaktu beliau menghasilkan karya-karya besar di samping mencari dimensi baharu dalam pemikiran Sasterawan Muhammad Haji Salleh untuk dimanfaatkan dalam penghasilan karya kreatif, teori dan kritikan pada masa kini dan akan datang. Siri seminar tahunan anjuran Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera (dahulunya Bahagian Teori dan Kritikan Sastera), Dewan Bahasa dan Pustaka ini juga merupakan salah satu usaha DBP untuk melestarikan misi memperkasa karyawan dan ilmuwan sastera, memperluas khalayak sastera dan meningkatkan kuantiti serta kualiti sastera demi memartabatkan sastera kebangsaan.

Seminar dua hari yang mengetengahkan 17 orang pembentang kertas kerja termasuk penyampaian ucap utama oleh Prof. Dato’ Dr. Md. Salleh Yaapar dan beberapa tokoh pembentang seperti Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana), Dr. Wong Soak Koon, Prof. Dr. Ding Choo Ming, Prof. Madya Dr. Arbaie Sujud, Prof. Madya Arbak Othman, Encik Shamsuddin Othman dan Dr. Norhayati Abdul Rahman telah berjaya membongkar dimensi baharu pemikiran Muhammad Haji Salleh dalam dunia penulisan kreatif dan esei kritikan. Muhammad Haji Salleh yang cukup prolifik dari segi pengalaman menulis puisi dan kekuatan daya inteleknya dalam mengetengahkan idea atau pernyataan turut berkongsi pengalaman hidupnya dalam sesi perkongsian minda pada hari kedua seminar. Menurut beliau, seorang penyair ialah seorang seniman yang mencipta karya dan secara langsung atau tidak langsung membincangkan kehidupan. Temanya diambil dan diolah daripada hidup seharian, tetapi dipersembahkan kepada pembaca atau pendengar dengan sudut pandangan yang agak luar biasa dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca atau pendengarnya. Beliau turut menegaskan bahawa pujangga yang baik selalu cuba menilai, merenung dan mencari jawapan untuk masalah masyarakatnya. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman hidupnya yang luas sebagai perantau dan pengembara bersama para peserta seminar.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz yang membicarakan permasalahan alam sekitar dari lensa bahasa Muhammad Haji Salleh telah membincangkan permasalahan alam sekitar dengan membandingkan sajak yang dihasilkan oleh Muhammad Haji Salleh dan sajak Usman Awang dengan menggunakan kaedah kritikan eko. Pengkritik sastera yang terkenal dengan Teori Rasa Fenomenologi dan Teori Kritikan Fitrah ini turut menyentuh aspek kajian hijau dalam konteks kesusasteraan yang memfokus kepada penelitian hubungan antara budaya iaitu manusia dengan persekitarannya.

Sesungguhnya penyair dan alam sekitar mempunyai pertautan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan. Berpunca daripada alam semesta ciptaan Tuhan, tercetuslah rangkuman ilham, cetusan rasa hati dan luahan perasaan yang membentuk pemikiran seseorang penyair terhadap apa yang difikirkannya untuk dikongsi bersama khalayak. Begitu juga dengan Muhammad Haji Salleh. Jiwanya amat sebati dan rapat dengan alam semesta. Puisi beliau banyak menyentuh tentang kepentingan memelihara alam semesta termasuklah Antologi Puisi Sebutir Zamrud di Deru Selat yang menghimpunkan 79 buah sajak yang dibina mengikut bulan. Isu Alam sekitar ini turut dikupas oleh Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man, rakan seperjuangan Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man yang telah mengenali Muhammad Haji Salleh selama lebih 26 tahun telah mengupas dengan mendalam Antologi Puisi Sebutir Zamrud di Deru Selat. Antara puisi Muhammad Haji Salleh yang membicarakan tentang unsur alam termasuklah “semarak api”, “gerimis tahun”, “pucuk kecil berlipat malu”, berguru pada pohon”, “sehelai daun tua”, sebiji benih ditanam” dan “tualang”.

Sementara itu, pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Write Award) tahun 2004, Dr. Zurinah Hassan menyifatkan bahawa sajak-sajak Muhammad Haji Salleh adalah sebahagian daripada hasil sastera Melayu yang terbina daripada kemesraannya terhadap alam dan memaparkan identiti sastera Melayu yang perlu dijadikan rujukan oleh generasi akan datang. Beliau turut menambah bahawa sumbangan Muhammad Haji Salleh dalam memperkaya puisi Melayu dan tradisi kemelayuan ternyata cukup besar walaupun beliau telah jauh mengembara dan bergelumang dengan karya-karya asing.

Pemikiran Muhammad Haji Salleh yang mencetuskan Teori Puitika Sastera Melayu turut dikupas dengan mendalam oleh Hazami Jahari, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedang melanjutkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia. Beliau mengupas pemikiran Puitika Sastera Melayu Muhammad Haji Salleh dengan melihat wajah Melayu dari cerminan peradaban sendiri. Menurut beliau, setelah mengharungi perjalanan sastera yang panjang, mengembara dan mendewasakan diri dengan sastera Inggeris di Amerika Syarikat dan Eropah, Muhammad Haji Salleh akhirnya kembali ke akar sastera bangsanya sendiri. Tambahnya lagi, sebagai seorang pengkaji, pengajar dan sekaligus penyair, Muhammad Haji Salleh mula bertanya tentang sastera bangsanya sendiri yang dirasakan juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan sastera tamadun yang lain. Justeru, pertanyaan dan runtunan untuk kembali serta mencari jejak akar sastera sendiri itu akhirnya menemukan Muhammad Haji Salleh pada estetika sastera Melayu yang terbenam dalam karya-karya agung tradisional, puisi dan hikayat yang sebahagiannya tersimpan di perpustakaan milik bekas penjajah termasuk di England dan Belanda.


Antara pembentang kertas kerja. Dari kiri, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Encik Jaafar Hamdan (Pengerusi Sesi), Dr. Zurinah Hassan dan Encik Mohamed Ghozali Abdul Rashid (Malim Ghozali PK).

Selain kajian dan pembentangan yang membicarakan tentang aspek alam sekitar dan teori Puitika Sastera Melayu, kajian daripada aspek yang berlainan berlandaskan karya-karya Muhammad Haji Salleh turut diperkatakan oleh para pemakalah yang lain. Misalnya Dr. Norhayati Abdul Rahman dan Dr. Wong Soak Koon yang melihat Sajak-sajak Pendatang dari perspektif identiti, Prof. Madya Dr. Arbaie Sujud dan Prof. Madya Arbak Othman yang melihat dari aspek bahasa dan semiotik, dan Malim Ghozali PK dan Ariff Mohamad yang melihat dari aspek pencarian kendiri dan simbiosis jati diri.

Seminar yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ini turut dihadiri oleh tokoh-tokoh sasterawan tersohor antaranya Dato’ Baha Zain, Dato’ Kemala, SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dan SN Dato’ Dr. Anwar Rethwan.

Buletinjiwa



Dimensi baru pemikiran SN
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
(24.11.2010)


SEMINAR Pemikiran Sasterawan Negara (SN), Muhammad Haji Salleh, di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, menggali pemikiran kreatif dan proses kreatif tokoh terbabit sepanjang bergelumang dalam dunia kesusasteraan Melayu.

Program anjuran Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, bertema Pemikiran Muhammad Haji Salleh Citra Intelektualisme Melayu itu turut membongkar dimensi baru pemikiran tokoh terbabit untuk dimanfaatkan dalam penghasilan karya kreatif, teori dan kritikan pada masa kini dan akan datang.

Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Arba'ie Sujud, menyifatkan karya SN itu memperlihatkan kekuatan daya intelektual dalam mengetengahkan idea atau pernyataan.

“Muhammad Salleh antara penyair di Malaysia yang matang dan sarat dari segi pengalaman berpuisi, di samping keintelektualan menanggapi fenomena yang dilihat dan dialami. Beliau menggunakan sajak sebagai alat untuk berbicara mengenai dirinya, masyarakat dan isu kesejagatan.

“Dalam Kumpulan Puisi Perjalanan Si Tanggang II umpamanya, dapat dikesan kepekaan penyair dalam menilai jalur perjalanan yang diperoleh melalui likuan budayanya atau kebudayaan masyarakat yang ditemui.

“Sajaknya mencakup pelbagai persoalan mengenai dirinya sebagai individu yang memiliki tanggungjawab terhadap alam, persekitaran dengan melunaskan tuntutan nilai kemanusiaan sejagat secara berprinsip tanpa mengira asal usul,” katanya
ketika membicarakan Gaya Intelektual Muhammad Haji Salleh dalam Wacana Kreatif.

Ketokohannya sebagai penyair dan pemikir, dapat dikesan dalam penulisan beliau yang membuktikan bahawa penyair memainkan tanggungjawab penting dalam memanfaatkan keupayaan dan kebolehan kreativiti untuk merangsang dan menimbulkan kesedaran kepada pembaca berdasarkan isu dan persoalan yang diketengahkan.


“Penelitian terhadap sajak beliau, memperlihatkan bahawa pemilihan kata dan struktur bahasanya merangsang untuk pembaca berfikir dan memikirkan secara sedar apa yang diungkapkan. Gaya penulisannya yang tersendiri dalam menyampaikan fikiran dengan landasan bahasa berhemah turut memberi kesan mendalam kepada pembaca,” katanya.

Pemenang Anugerah Penulisan Asia Tengara (SEA) Sea 2004, Dr Zurinah Hassan, menyifatkan sajak Muhammad Salleh sebagai sebahagian daripada hasil sastera yang memaparkan identiti sastera Melayu dan perlu dijadikan rujukan kepada generasi akan datang.

“Meskipun Muhammad Salleh pernah jauh mengembara dan bergelumang dengan karya asing, identitinya sebagai anak Melayu yang memaparkan pemikiran baru terserlah dalam setiap karyanya. Hal ini dapat dilihat melalui Sajak Pencerita yang menyingkap proses kreatif penyair Melayu dan pandangannya mengenai ilham dan pertumbuhan sesebuah karya.

“Melalui sajak itu, beliau menunjukkan bahawa pertumbuhan ilham dan percambahan proses kreatif berlaku secara alamiah, penuh dengan keajaiban dan berkait dengan unsur misteri. Secara dasarnya, Muhammad Salleh ingin menyampaikan bahawa pengarang perlu memanfaatkan ilmu mengarang dan mengandungi makna dan tujuan yang baik,” katanya yang merincikan Pencerita dan Proses Kreatif Penyair Melayu.

Menurutnya, seperti ciptaan Allah SWT yang lain, karya sastera juga mesti mempunyai tujuan jelas kerana Islam tidak mengizinkan penciptaan yang tidak menentu arahnya dan perlu menepati kejadian alam seperti maksud firman Allah SWT dalam Surah al-Qamar, ayat 49.

“Hal seperti inilah yang dapat dilihat dalam karya Muhammad Salleh yang melihat setiap kejadian alam daripada benih yang melata dan ilham untuk menghasilkan karya selaras dengan ayat Al-Quran yang meminta manusia berfikir dan merenung kejadian alam.

“Misalnya dalam puisi beliau, Maafkan Aku Laut dan Apakah Yang Kau Katakan Padaku Lautan, ditemui manusia yang sentiasa mahu mencari ilmu kerana pengetahuan tidak memiliki sempadan. Keseluruhannya adalah pandangan yang positif dan memberangsangkan minda pembaca yang perlu ada pada karya sastera masa kini,” katanya.

Pengkritik sastera yang terkenal dengan Teori Teksdealismenya, Prof Dr Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana), berkata intelektualiti Muhammad Haji Salleh dapat dikesan melalui gagasan dan idealisme penulisan beliau yang memperlihatkan kepercayaan, pegangan dan kecenderungannya berkarya serta pembinaan jati diri Melayu secara tidak langsung.

“Muhammad Salleh memberi contoh yang tegas terhadap kecintaannya kepada apa juga yang bersifat tradisional bagi klasikal Melayu. Teori sasteranya berakar pada sastera Melayu tradisional dan teks yang menjadi pencirian teorinya juga adalah teks sastera klasik seperti Hikayat Isma Yatim.

“Selain itu, kajiannya terhadap Sejarah Melayu dan pemeriannya terhadap Hikayat Tuah menunjukkan minatnya yang besar terhadap sastera, meskipun kehadirannya dicemburui. Dalam dunia pasca moden terkini, benteng pemisah kedua-duanya sudah pecah sehingga menyaksikan kajian puisi moden dan kritikannya patut menjadi bidang utama agak tercicir,” katanya.

berita harian

21 Jan 2014

Perginya Sang Penyair

Kembalinya penyair surrealis
Oleh A. WAHAB HAMZAH


BAHAWA hidup dan mati tidak punya batasan, sebaliknya hidup dan mati wujud dalam suatu alam yang berterusan. Dan adapun kematian merupakan tujuan sebenar kepada kehidupan. Dan fungsi bagi kehidupan adalah untuk menyucikan diri, lahir dan batin".

Demikian tanggapan Suhaimi Haji Muhammad apabila memperkatakan tentang falsafah dan kehidupan yang melingkari karyanya, Wujud. Kumpulan Puisi Wujud yang diterbitkan pada tahun 1997 ditulis selama 15 tahun dari 1980 hingga 1995 mengandungi 206 puisi dianggap puncak dan mahakarya Suhaimi.

Dalam Wujud, Suhaimi tidak lagi membicarakan hal-hal kebendaan, tetapi membicarakan hal-hal keagamaan dan ketuhanan yang lebih luas. Puisi-puisi dalam kumpulan ini membicarakan tentang falsafah hidup, mati dan cinta yang dilalui dengan ketenangan dan kedamaian. Cinta dalam puisi ini adalah cinta pada tahap tertinggi, cinta manusia terhadap al-Khalik, penciptanya.


Puisi-puisi Suhaimi berada dalam aliran yang menyimpang daripada puisi-puisi sezaman dengannya. Dia tidak lagi terpesona dengan puisi realis tetapi dengan keyakinannya Suhaimi membawa kelainan dalam karya-karyanya. Mana Sikana pernah menganggap Suhaimi sebagai pelopor yang bertanggungjawab membawakan aliran surrealism khususnya dalam puisi Melayu yang dikatakan mendahului Latiff Mohidin.

Manakala pengkritik sastera Dr. Ramli Isin, menganggap Suhaimi sebagai reformis dalam perkembangan teknik perpuisian Melayu di Malaysia. Begitu juga Dr. Anuar Nor Arai ketika menganalisis kumpulan puisi Tulang (1986) bukan sahaja menganggap Suhaimi sebagai surrealis, tetapi juga “ahli sihir" dalam kesusasteraan Melayu Moden kerana karya-karya surrealismenya sukar dimengerti oleh khalayak pembacanya.

Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan pernah mengatakan bahawa bahasa puisi Suhaimi lembut dan bersahaja sangat menikam perasaan, diserati dengan perbandingan-perbandingan yang menarik dan indah, kerana itu puisi -puisi Suhaimi itu membawakan bentuk baru dalam dunia kepenyairan Melayu.

Puisi-puisi Suhaimi memang diketahui sukar untuk difahami. Seringnya Suhaimi menggunakan banyak perlambangan yang amat peribadi sifatnya. Hal ini dapat dilihat dalam karya-karyanya seperti Lilin Seinci, Wujud, Simfoni Perjalanan, At- Tariq, Tulang, Siluet dan Menganyam Bulan.

Bagi teman-teman yang mengenalinya, Suhaimi adalah antara penyair yang mempunyai cinta dan jiwa yang paling kental dalam dunia kepenyairan. Dia adalah penyair yang amat dedikasi dengan kerja-kerja sasteranya. Kerana itu pengkritik sastera Mohamed Daud Mohamed meletakkan Suhaimi sebagai seorang penyair besar dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden.

Sebagai penyair, Suhaimi paling prolifik dalam menghasilkan dan dia menerbitkan tidak kurang daripada 26 buah kumpulan puisinya. Buku puisinya yang pertama ialah Jalan Ke Kotaku (1959), diikuti Tulisan di Kamar Tidur (1960). Kemudian dia menghasilkan 20 buah kumpulan puisi lagi sehingga tahun 2000 apabila terbitnya kumpulan At-Tariq.

Biarpun ramai pengkritik meletakkan Kumpulan Puisi Wujud sebagai mahakarya Suhaimi tetapi dia sendiri memilih dua kumpulan puisinya sebagai puncak “kreatif atas kreatif" iaitu Denyutkan Jantung (2010) dan Puisi-Puisi Terakhir Seorang Penyair (2011).

Suhaimi dilahirkan pada 8 Februari 1934 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Kangsar mulai tahun 1940 hingga pendudukan Jepun dan selepas Jepun kalah, dia belajar di Sekolah Inggeris Clifford Kuala Kangsar, Perak dalam tahun 1945 hingga darjah IV. Kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Chandan hingga tamat darjah VI pada tahun 1949. Suhaimi melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris hingga tahun 1954.

Selepas tamat di MPSI Suhaimi mengajar di beberapa buah sekolah di negeri perak, antaranya Sekolah kebangsaan Padang Ampang, Kuala Kangsar; Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Parit Buntar, Sekolah Menengah Inggeris Menglembu dan Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh. Suhaimi meletakkan jawatan guru dan berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Sewaktu di DBP beliau pernah menjadi anggota redaksi majalah Dewan Sastera dan Dewan Bahasa sebelum dipindahkan ke Bahagian Penyelidikan Sastera, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP.

Zaman Suhaimi bertugas di DBP adalah zaman kegemilangan DBP dengan berkumpulnya tokoh-tokoh penulis dan sasterawan yang berwibawa yang turut bertugas di situ. Di situlah bertugasnya Dr. Hassan Ahmad, Keris Mas, Noor Azam, Baha Zain, Usman Awang, Kemala, Anwar Ridhwan, Hamzah Hamdani, Ajikik, Ali Majod, AM Thani, Zakaria Ariffin, Johan Jaffar, Jaafar HS, Sutung Umar RS, Othman Zainuddin, Jaaffar Abd. Rahim, A. Rahim Abdullah, Shamsuddin Jaaffar dan ramai lagi.

Bukan sahaja tokoh yang bertugas, tetapi DBP ketika itu adalah juga tempat tumpuan penulis, sasterawan dan budayawan. Hubungan dan interaksi dengan mereka ini turut membentuk dunia kepengarangan Suhaimi. Suhaimi sebenarnya tidak sahaja menulis puisi tetapi turut menulis cerpen, drama dan esei/kritikan.

Selain pengalamannya yang panjang dalam dunia penulisan, hubungannya yang rapat dengan teman-teman penulis di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, Suhaimi juga sering menganggap Imam Al Ghazali, Jalaluddin Rumi, Iqbal, Ibn Arabi dan Haji Maaruf Yaakub sebagai gurunya dalam berkarya. Bagi Suhaimi, mereka ini telah memimpinnya ke jalan kerohanian terutama dalam penulisannya.

Minat dan cinta Suhaimi terhadap puisi amat kuat sekali. Bukan perkara yang luar biasa jika Suhaimi sanggup mempertahankan keyakinannya terhadap puisi-puisi yang ditulis atau aliran surrealis pegangannya. Atas sebab itu Suhaimi juga dikatakan mempunyai pegangan yang keras dan egoistik. Secara peribadi Suhaimi seorang yang lembut, mudah mesra, hormat dan cukup menarik melayan perbualan dengannya. Apabila Suhaimi telah menghasilkan sesebuah buku karyanya maka dia akan meminta kawan-kawan membaca dan memberi pandangan terhadap karyanya.

Saya sendiri pernah mempunyai pengalaman yang indah dengan Suhaimi. Dia pernah meminta saya mengadaptasi kumpulan buku puisinya ke pentas selepas saya mengadaptasi puisi Al-Amin tulisan Sasterawan Negara A. Samad Said ke pentas pada tahun 2001. Tetapi entah kenapa usaha adaptasi itu tidak terhasil meskipun saya amat menyenangi dan mengagumi karya-karya Suhaimi.

Suhaimi memenangi Hadiah Karya Sastera (sekarang Hadiah Sastera Perdana Malaysia) pada 1971 melalui puisinya Bumi Hijau dan selepas itu memenangi lagi buat beberapa kali HSPM. Pada tahun 1981, Kumpulan puisinya Di Malam Gelita Ini memenangi hadiah ketiga Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam. Suhaimi juga sebenarnya penulis drama yang berbakat apabila karyanya Bulan Jingga mendapat hadiah penghargaan dalam peraduan yang sama.

Pada tahun 1987 Suhaimi dikurniakan Anugerah Penulis Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada tahun 1995, Suhaimi dianugerahkan S.E.A. Write Award sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam penulisan puisi. Pada tahun 1998, Suhaimi sekali lagi dikurniai Anugerah Yayasan Kesenian Perak oleh Kerajaan Negeri Perak kerana jasanya dalam bidang seni sastera.

Jumaat lalu, 3 Januari pada usia 80 tahun, Suhaimi kembali menemui penciptanya. Benarlah katanya, “adapun kematian merupakan tujuan sebenar kepada kehidupan". Sastera Melayu kehilangan seorang tokoh sasteranya, penyair besar yang sangat menyintai dunia puisinya, yang menulis puisi dengan jiwanya. Maka pergilah seorang penyair Malaysia yang dianggap cukup prolifik, kontroversial, tetapi konsisten dan keras dengan keyakinan dan konsep dalam penulisan puisinya.

utusan malaysia online

Main Puteri

Main Puteri, atau disebut juga Main Teri, Main Peteri merupakan seni tradisi Melayu yang sering dikaitkan dengan perubatan Melayu.

Beberapa catatan di bawah menjelaskan tentang seni main puteri. 


Main teri diancam kepupusan
Oleh RAHIMIDIN ZAHARI


Main Teri merupakan salah satu perubatan tradisi yang amat popular dan diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak beberapa abad yang lampau.

Di kalangan Tok Teri (Ketua kepada kumpulan Main Teri) sendiri terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai sejarah dan asal-usul Main Teri.

Ada yang menganggap Main Teri telah bermula sejak zaman cucunda Nabi, iaitu Hassan dan Hussein dan perkataan 'Teri' itu dirujuk kepada puteri nabi, Siti Fatimah.

Terdapat juga Tok Teri yang menghubungkan Main Puteri dengan Puteri Saadong, seorang tokoh legenda dalam tradisi lisan rakyat Kelantan.

Pandangan yang lain pula merujuk kepada kuih puteri mandi, kerana kuih itu disediakan sebelum upacara Main Teri dilangsungkan.

Manakala pendapat yang lain lagi menghubungkan Main Teri dengan hubungan jiwa dan rosak, iaitu tradisi perubatan untuk mematerikan iaitu menyatukan roh dan jiwa yang sakit.

Dalam perubatan tradisi Main Teri terdapat gabungan antara unsur Islam dengan unsur magis dan ritual.

Selepas sahaja upacara 'baca kenduri' yang sebutan bacaannya bercampur antara ayat-ayat al-Quran dengan jampi dan mantera, Tok Teri akan tampil di depan para pemuzik dan pesakit yang akan diubati.


Khalayak akan menyaksikan upacara menurun yang benar-benar terjadi di hadapan mereka. Pesakit akan diseru dan dibangkitkan angin dari dalam dirinya dan angin sakit itu akan dipindahkan ke dalam diri Tok Teri yang bertindak sebagai pengantara.

Tok Teri akan bersoal jawab dengan Tok Minduk. Melalui soal jawab antara Tok Teri dengan Tok Minduk inilah rahsia penyakit yang dideritai oleh pesakit akan diketahui.

Semasa proses perubatan ini Tok Teri akan berubah-rubah perwatakannya, seperti menjadi orang cacat, bercakap sengau, menjadi bengis dan garang, menjadi budak terencat akal, menjadi orang tua nyanyuk dan pelbagai watak lain untuk menceritakan kekusutan jiwa pesakit.

Pada bahagian ini khalayak dapat menyaksikan bagaimana aspek lakonan terbentuk semasa Main Teri dan karakter-karakter ini pasti mencuit hati sehingga mencetuskan gelak-ketawa.

Tok Teri akan meminta pemuzik yang mengiring memainkan pelbagai lagu mengikut jiwa pesakit.

Elemen muzik dan unsur nyanyian ini menuntut keupayaan Tok Teri bagi mengalunkan pelbagai lagu dan rentak.

Lagu-lagu itu seperti lagu paluan bertabuh dalam wayang kulit, kemudian beralih kepada lagu dalam makyung sekiranya pesakit ada kaitan penyakitnya dengan angin Dewa Muda.

Pada masa dulu dikatakan lebih 50 buah lagu dalam Main Teri, namun hari ini, tidak sampai 10 buah lagu 'gerak teri' yang masih dimainkan. Antara lagu-lagu yang lazim dinyanyikan adalah Kijang Mas, Lagu Mengulit, Lagu Pendekar, Lagu Cik Muda, Lagu Menora, Lagu Cik Kojo dan Lagu Abe.

Semasa proses perubatan dengan bacaan jampi dan mantera, bertih iaitu padi yang dibakar atau goreng, dan beras kunyit akan ditaburkan kepada sekeliling bangsal tempat persembahan.

Tok Teri akan menjadi lupa melalui proses 'menurun' yang dilakukan dengan iringan muzik oleh awak-awak atau disebut juga sebagai panjak. Gelengan kepala Tok Teri akan semakin kuat pusingannya mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh para panjak.

Ketika inilah pesakit yang sedang berlunjur atau terbaring itu akan bangun menari mengikut paluan muzik oleh panjak-panjak.

Sekiranya pesakit mempunyai angin pendekar, dia akan bersilat dengan Tok Teri. Sekiranya dia memiliki angin bertumbuk (tomoi) dia akan mengajak untuk bertomoi dengan Tok Teri. Tok Teri kebiasaan akan melayan pesakit mengikut angin pesakit.

Dalam Main Teri, alat muzik yang digunakan seperti rebab, serunai, tetawak, gendang, geduk, canang dan juga kesi. Alat-alat muzik ini akan berada di hadapan Tok Teri yang berdepan dengan Tok Minduk.

Tok Minduk pula akan berada pada satu tempat secara statik dengan alatan muzik di sebelah kanannya. Sekiranya Tok Minduk memiliki kemahiran sebagai pemuzik, kebiasaannya dia akan bercakap sambil menggesek rebabnya.

Baru-baru ini Teater Elit dengan kerjasama DBP telah membawa Abang Mat Tok Teri atau nama asalnya Che Mohd. Zailani Che Moh untuk membuatkan pertunjukkan Main Teri.

Abang Mat yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, merupakan antara beberapa orang Tok Teri yang masih ada dan mengamalkan tradisi tersebut tatkala ia diancam kepupusan.

Dia memilik pengalaman sebagai Tok Teri lebih 15 tahun dan tidak dinafikan mempunyai kekuatan dan bakat sebagai pemain utama Main Teri.

Tok Teri ini pernah mengubat pesakit di seluruh Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan ke selatan Thailand.

Main Teri dikaitkan dengan unsur angin yang akan dibangkitkan oleh Tok Teri atau dalam bahasa Main Teri disebutkan sebagai 'isih'. Nama-nama 'isih' atau angin tersebut termasuklah Raja Dua Belas tersebut dikenali sebagai Sulung, Bimbaran Empat, Pahlawan Empat, Sertan Empat, Megat Empat, Cik Siti Putih Nahkoda Anjung, Mamud Kuning Hayun Manis Hitam Ayun Baka, Anak dewa Di Gunung, Awang Pengasuh, Mahat Gemala Gajah, Awang Kasim Gila, Anak Dewa Tujuh, Anak Kumbang Tujuh, Hala tujuh, Bidang Tujuh dan Hitam Perlima Laut.


Tok Teri akan mengucapkan:

Sulung kecik
Penganjur raja nakding
Penganjur dewa
Sayang pengasuh sifat
Gading permata hitam
Negeri kota tahkit
Kebayat bunga
Seniur raja
Tanah isi alam
Bendang kabar
Telat gading
Gere kecik
Dulang saksa
Gedung manik
Ganti pura….

Main Teri, walaupun satu kaedah perubatan tradisional, tetapi yang menariknya di dalam persembahan perubatan Main Teri terdapat unsur-unsur teater moden yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian, mimos dan muzik.

Sebab itu juga Main Teri dianggap teras asal kepada segala bentuk persembahan tradisi Kelantan-Pattani seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, bageh dan beberapa bentuk permainan tradisi yang lain.

Bagaimanapun di Kota Bharu sendiri umpamanya, amat sukar untuk mencari seorang Tok Teri yang masih meneruskan tradisi tersebut. Kumpulan Main Teri yang masih bertahan berjumlah tidak lebih daripada tiga kumpulan iaitu di Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah (kumpulan Abang Mat sendiri).

Main Teri juga menghadapi cabaran 'pengharaman' kerana unsur-unsur bacaan jampi mantera banyak bertentangan dengan anutan akidah Islam.

Masa depan Main Teri sebenarnya sedang menuju ke hujungnya yang runcing. Hampir tidak ada generasi muda yang berminat untuk meneruskan tradisi ini sebagai mata pencarian.

Sebagai sebuah persembahan perubatan yang berkait rapat dengan teater tradisi, langkah yang diambil oleh Teater Elit untuk memperkenalkan Main Teri kepala khalayak seni di Kuala Lumpur adalah wajar diteruskan atau dihidupkan.

Ia perlu dilihat di luar daripada lingkungan perubatan atau pengubatan, sebaliknya sebagai seni persembahan yang merangkumi pelbagai unsur seni persembahan dalam satu rangkuman.

utusan malaysia


Seni Main Puteri perlu dipelihara
Wartawan Sinar Harian

BACHOK - Kesenian main puteri semakin pupus ditelan zaman berikutan ia tidak lagi menjadi medium perubatan dalam masyarakat.

Penyelaras program demonstrasi main puteri di pentas santai kesenian Kampung Tempoyak, Mohd Idris Ibrahim atau Abe Jali berkata, demonstrasi main puteri itu diadakan bagi memperkenalkannya kepada generasi muda.

Menurutnya, demonstrasi itu dikendalikan kumpulan Abe Mat Jedok, Tanah Merah bermula dari jam 10 malam.

“Ini adalah salah satu kesenian tradisi yang semakin dilupakan dan mungkin masih ramai anak muda kita yang tak tahu apa itu main puteri.

“Suatu ketika dahulu ia menjadi dipersembahkan untuk mengubati pesakit angin atau spiritual.

"Kini ia tidak lagi dijadikan suatu kelaziman dan sebab itu kami anjurkan demonstrasi ini untuk memperkenalkannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Kumpulan Abe Mat Jedok ini turut dibantu kumpulan Seri Bemban dari Pasir Mas yang menarik perhatian kira-kira 300 penduduk berdekatan.

Bagi sesetengah kelompok penduduk suatu ketika dahulu, ramai yang sembuh dari penyakitnya setelah menganjurkan main puteri.

Katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan kebudayaan dan kesenian, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha untuk memartabatkan kesenian Kelantan.

Sinar Harian



Main Puteri for Healing Illness


Traditional Malay Medicine encompasses various kinds of ritual ceremonies intended to communicate with the world of spirit to determine whether the nature of an illness is physical or psychological. In such ceremonies, the aim is to summon and exorcise the spirits causing the illness. A ritualist serves as a medium, and a small ensemble often provides the musical component. Known by different names, healing rituals appear in different forms. The main saba (a curing ceremony, incorporating dance around a saba tree) and main lukah (a fishermen’s curing ritual performed in Pahang) are regional types using song, dance and drumming. The main puteri (peteri), another form that extensively uses music, is found in Kelantan and Terengganu.

In the main puteri, a medium (tok puteri, tok teri, bomoh) becomes possessed by the spirit causing an illness. The performance of vocal and instrumental pieces helps him enter a state of trance. A trance-dance (tarian lupa) is a prominent feature of the ceremony. An assistant, the tok minduk, plays the rebab as he converses and sings in dialogue with the medium. The orchestra used in Kelantan is larger, perhaps because of the occasional performance of the main puteri with the mak yong (resulting in a hybrid form, main puteri-mak yong). The contemporary main puteri orchestra of Kelantan includes the core mak yong orchestra (a rebab, a pair of gendang, and a pair of tetawak), plus or more canang, a pair of kesi and sometimes an oboe.

The dialogue between the tok minduk and the tok puteri is sung in a slow tempo. With long gong units, long rhythmic patterns in the drum part, and vocal line featuring a basically syllabic style of singing. The rebab accompanies the vocal lines of both singers by either playing heterophonically with the voice or reiterating short melodic phrases as ostinatos. The trance-dance sections feature the repetition of brief going units and short drummed rhythms, a fast tempo, and the reiteration and emphasis of the running beat by the small gongs and the hand held cymbals.
Main Puteri for Healing Illness

the malay medicine

Persembahan Main Puteri

Sebelum majlis dimulakan, ia dimulai dengan bacaan doa selamat yang menampilkan Tok Puteri mempersiapkan diri sambil membaca doa tertentu manakala Tok Minduk yang dibantu oleh anggota oleh 10 atau 11 orang anggota akan mengiring main puteri dengan iringan tiupan serunai dan pukulan rebab, gendang ibu, gendang anak, gedombak ibu, gedombak anak, tetawak dan canang, sebelum bertih dan beras kunyit ditabur di ke empat penjuru ruang. Kebiasaannya rawatan diadakan pada sebelah malam, ada kalanya dalam tempoh dua atau tiga jam, malah berlarutan hingga pagi.

Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.

Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi.) Main Puteri diiringi oleh peralatan muzik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat muzik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.

Ritual Main Puteri

STATUS

Search This Blog

DAUN