Bahasa, sastera, dunia cetak dan budaya membaca
Hassan Mohd. Noor
27 Oktober 2014
TAHNIAH kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang berjaya menghimpunkan penulis-penulis seluruh negara di Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM). Begitu juga sokongan yang diberikan Bina Darulaman Berhad (BDB), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM). SKPM bermula Jumaat dan berakhir semalam menghimpunkan penulis-penulis tersohor negara.
Banyak yang diperkatakan sepanjang SKPM termasuk isu-isu berkaitan nasib penulis, masa depan penulisan/penerbitan, isu-isu bahasa, perpaduan, memartabatkan sastera dan macam-macam lagi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula mengumumkan penubuhan Yayasan Penulis Malaysia semasa merasmikan SKPM itu. Banyak perkara yang dibincangkan sepanjang sidang itu. Sudah tentu fokus tidak dapat lari daripada kebimbangan tentang masa depan bahasa dan sastera.
Adakah masyarakat akan terus menerima sastera atau sastera akan terhakis dalam ledakan teknologi maklumat pada hari ini. Tidak ada ertinya kita mempunyai penulis tetapi tidak ada pembaca. Begitu juga sebaliknya pembaca ada penulis tiada. Harus diberi perhatian, calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat SPM dan STPM semakin berkurangan. Maka timbul resolusi supaya mata pelajaran Kesusasteraan ini diwajibkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Dalam soal bahasa, Sasterawan Negara, Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) membangkitkan tentang semangat setiakawan dan silaturahim bagi mendokong misi dan visi juga aspirasi kesusasteraan nasional dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Harapannya ketepikan perbezaan aliran dan ideologi politik.
Selepas lima dekad, bahasa dan budaya Melayu seolah-olah belum diterima dan dihayati oleh rakyat. Bangsa Malaysia yang utuh masih dalam imaginasi pemimpin dan budayawan dan sasterawan. Perlembagaan Persekutuan yang mengaktakan kedudukan bahasa Melayu masih terumbang-ambing. Maka isu ini menjadi agenda parti politik tahun demi tahun.
Kemala mengulangi kenyataannya yang pernah dibuat sebelum ini mengenai tindakan mengangkat bahasa Inggeris bagi melihat Malaysia menjadi negara maju. Beliau bertanya: Adakah selama ini Jepun, Korea, China, Perancis, Jerman, Rusia mengorbankan bahasa ibunya kerana semata-mata mahu menjadi negara maju? Tidak, bukan? Mereka hadir dengan bahasa ibunda atau bahasa nasionalnya plus bahasa Inggeris. Kata Kemala, semua orang berkata “Kami tidak anti kepada bahasa Inggeris! Tapi kita mesti mendukung Perlembagaan kita. Kita dukung amanat Kongres Persuratan Johor Bahru 1956; daulatkan dan martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional kita. Di situlah letaknya maruah diri, sahsiah, dan jati diri kita. Lidah ibu kami janganlah digunting,”
Isunya adakah generasi hari ini tahu apa itu Perlembagaan Negara. Adakah mereka sedar kedudukan bahasa dan agama Islam seperti termaktub di dalam Perlembagaan? Mungkinkah mereka juga sudah dikelirukan dengan pelbagai kenyataan dan tindakan terutama oleh segelintir umat Melayu yang beragama Islam itu sendiri? Melalui bahan yang diperoleh melalui media sosial, ada ketikanya maklumat berkaitan Perlembagaan Negara mengelirukan sehingga pembaca terpedaya tanpa merujuk kepada sumber lain yang lebih diyakini.
Bak kata orang belajar tanpa berguru. Disebabkan lebih ramai generasi hari ini lebih berminat dengan maklumat di hujung jari ini, maka mereka malas membaca buku-buku ilmiah yang lebih bermaklumat dan tepat. Walaupun ada juga bahan berkaitan dalam web tertentu tetapi minat membaca bahan-bahan seumpama ini makin berkurangan kecuali keperluan bagi mereka yang sedang menuntut ilmu. Akhirnya maklumat ringkas yang tidak tepat menjadi pilihan yang tersebar melalui medium seperti Facebook, Twitter, YouTube, WhatsApp dan sebagainya. Kemunculan media baharu seumpama ini memburukkan lagi keadaan kerana selama ini tabiat membaca belum lagi menjadi budaya dalam kalangan semua peringkat lapisan masyarakat. Apakah inisiatif yang boleh dilakukan untuk membudayakan tabiat membaca?
Prof. Dr. Ibrahim Bajunid dalam kertas kerjanya di SKPM antara lain berkata, tabiat membaca sepanjang hayat boleh dipupuk melalui senantiasa membawa buku, sediakan senarai buku, kurangkan menonton televisyen dan melayari internet, membaca buku kepada anak-anak dan menjadikan masa membaca masa kegemaran/kesukaan.
Mampukah kita melakukannya? Anwar Ridhwan dalam kertas bertajuk ‘Pengarang dengan dunia sekitarnya’ berkata: Kini lihatlah Generasi Y kita. Adakah mereka menggunakan jari untuk menyelak lembaran buku, akhbar atau majalah? Atau mereka menggunakan jari untuk menyelak halaman-halaman skrin peranti elektronik moden mereka? Generasi Y ini secara anakronisme dibawa ke masa lampau untuk memasuki budaya cetak hanya dalam situasi yang formal, umpamanya membaca buku teks sekolah atau situasi kurang formal umpamanya membaca novel-novel remaja kegemaran mereka.
Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa sekarang ini kita terbiasa melihat ibu bapa menyediakan iPad untuk anak-anak mereka. Di restoran sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, anak-anak ini leka menggerak-gerakkan jari di atas skrin iPad. Mereka leka akan permainan, bukan membaca. Ertinya mereka tidak lagi berada dalam tradisi budaya cetak. Benarlah dunia teks semakin mengecil berbanding dunia visual yang semakin membesar.
Keazaman politik diperlukan. Lihat sama ada kita kekurangan buku untuk dibaca, kekurangan penulis menghasilkan karya bermutu, buku kita terlalu mahal atau elit atau memang minat membaca dalam kalangan masyarakat sudah tidak ada.
Akhirnya sekali lagi tahniah kepada peneraju-peneraju institusi yang menganjurkan SKPM ini terutama Mohd Khair Ngadiron (ITBM), Izham Yusoff (BDB), Mohamad Saleeh Rahamad (Pena) dan Pengarah IWM, Mohd Yusof Din.
utusanonline
Hassan Mohd. Noor
27 Oktober 2014
Gaya Kemala semasa mendeklamasi sajak pada Malam Bacaan Puisi Wasatiyyah sempena Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014 di Bandar Darul Aman Jitra, Kedah, malam kelmarin. – UtUSAN/ismail kamadin

Comments
Post a Comment