begitu aku denganmu

begitu aku denganmu

kukan dengar
meski selama mana kau ungkap
atau dalam diam
aku memerhati bahasa gerakmu
begitu aku denganmu

kukan nanti
meski selama mana kau pergi
atau dalam utus
bahasa yang kutulis
aku memahami dan sangat mengerti
begitu aku denganmu

kukan simpan
segala apa yang kauberikan
atau apa yang kaulekatkan 
pada laku dan tingkahmu
bahasa dan ayat-ayatmu
aku tak pernah jemu menghargai pemberian itu
kerana tak ada siapa lagi
berbuat begitu 
selain kamu
begitu aku denganmu 


Comments