digital classroom

Digital Classroom: Mula jadi sebutan guru dan pelajar
Wartawan Sinar Harian
17 Oktober 2017


MENJADI kebiasaan bagi warga pendidik untuk menulis nota di papan hitam atau papan putih apabila bermulanya proses pembelajaran.

Guru menulis dan pelajar akan menyalin nota dalam buku masing-masing.

Masa yang diambil untuk guru menulis nota, mungkin dalam 15 minit atau menganjak ke setengah jam.
Advertisement
Powered By YuMe

Jika banyak yang perlu disalin, lagi banyaklah masa yang diperlukan oleh seorang guru tersebut.
Advertisement

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom, Abd Rahman Ali Bashah berkata, sebenarnya ada cara yang lebih mudah dalam membantu guru menjimatkan masa ketika menulis nota di depan kelas.

"Sekarang zaman dunia teknologi digital. Ada banyak aplikasi berbentuk pendidikan yang boleh digunakan oleh guru.

"Rugi jika kita tidak menggunakannya ke arah masa depan pelajar," katanya.

Menurut Abd Rahman, aplikasi seperti Digital Ink boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

"Untuk menggunakan Digital Ink, guru boleh install One Note, Notability, Xodopdf, Drawboard PDF dalam telefon bimbit, tablet atau komputer riba.

"Semua aplikasi ini adalah percuma dan guru bebas untuk muat turun seberapa banyak yang mungkin," katanya.

Penggunaan Digital Ink ini bukanlah untuk menggantikan guru cuma ia memudahkan tugas guru sahaja.

"Guru boleh simpan seberapa banyak maklumat dalam gajet masing-masing. Bila tiba waktu mengajar, hanya klik pada link yang diperlukan dan pancarkan menggunakan LCD projektor.

"Pelajar pula boleh salin atau baca nota yang cikgu tunjukkan. Begitu juga ketika buat latihan, guru boleh klik folder latihan dan minta pelajar buat," katanya.

Menurut beliau, dengan cara itu bukan sahaja menjimatkan masa guru tetapi boleh menjimatkan kos membeli kapur atau 'marker pen' untuk menulis di papan hitam atau papan putih," jelasnya.


Aplikasi Digital Ink adalah salah satu aplikasi yang terdapat dalam Digital Classroom (DC).

Terdapat beratus-ratus aplikasi yang boleh digunakan oleh guru di negara ini sepanjang berlangsungnya PdPc.


Antaranya, aplikasi Kahoot, Quizizz, Goformative, Quizlet, Camscanner, Plickers, Office lens, Google classroom, Padlet, Zappar, Google hangout, QR code, EDpuzzle, Quiver dan banyak lagi.

Cikgu Rahman yang pakar dalam aplikasi Digital Ink berkata, DC ditubuhkan oleh 16 individu daripada latar belakang berbeza dari seluruh negara.

Antaranya adalah, Saripah Ahmad (SM Sains Muzaffar Syah, Melaka); Kamarulzamri Bakar (SM Sains Tuanku Jaafar) dan Mohd Huzaidy Hamdan (Smk Tun Sardon).

Selain itu, termasuk juga Norhisham Omar (Unit ICT, JPNS); Mohd Khiza Sulaiman (SMA Tengku Ampuan Fatimah. Pahang) dan Nur Hayati Jamil (Kolej Vokasional Kuala Kangsar, Perak).

Begitu juga dengan Mohd Fadzli Sobri (SK Bandar Baru Perda Pulau Pinang); Salwayuza Ismail (SMK St Mark, Butterworth, Penang); Saifulnizan Che Ismail (SK Raja Bahar Kota Bharu Kelantan) dan ramai lagi.

Tujuan penubuhan DC untuk membantu guru mengintegrasikan teknologi PdPc dalam kelas.

"Penggunaan digital untuk mudahkan tugas pendidik.

"Contoh pada zaman dulu, jika guru mahu menanda kertas peperiksaan, kaedah tradisional tertentu perlu digunakan untuk semakan.

"Sekarang, kaedah itu tidak perlu digunakan lagi kerana kita sudah ada aplikasi Zipgrade. Caranya mudah sahaja, kita boleh scan kertas menggunakan Zipgrade yang dimuat tarik dalam telefon dan automatik, guru akan dapat markah," katanya.

Sepanjang setahun DC berlangsung, sudah banyak sekolah seluruh negara menggunakan konsep DC ini.

"Tak semua guru yang berminat untuk menggunakan DC ini. Hanya cikgu tertentu saja yang sedar akan kepentingan DC ini.

"Mereka perlu ada projektor, telefon bimbit, tablet dan komputer riba sahaja jika mahu menjalankan DC di sekolah. Kiranya, ini satu pelaburan kecil guru dalam memastikan anak didik berjaya," katanya.

Beliau mengakui pendidik lebih gemar menggunakan aplikasi Digital Ink kerana tidak memerlukan internet dan guru boleh menggunakannya dalam kelas.

Sehubungan itu, Cikgu Rahman berharap supaya ilmu DC dapat dikongsi dan dikembang ke seluruh negara supaya guru dapat mengintergrasikan pdpc dlm kelas secara digital.

sinar harian

Comments