Remy Azizi




Remy Azizi, Panglima Kayu Pusing


Berpengkalan di Melaka, seorang ‘otai’ atau pakar gasing yang digelar Panglima Kayu Pusing, Remy Azizi Abdul Karim sedang mempergiatkan usahanya dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan jangka hayat dan kesinambungan permainan gasing ini kekal sepanjang zaman.Remy Azizi, Panglima Kayu Pusing



Berpengkalan di Melaka, seorang ‘otai’ atau pakar gasing yang digelar Panglima Kayu Pusing, Remy Azizi Abdul Karim sedang mempergiatkan usahanya dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan jangka hayat dan kesinambungan permainan gasing ini kekal sepanjang zaman.

Berumur 33 tahun, Remy adalah salah seorang penggiat gasing termuda dalam generasinya. Dengan harapan untuk meramaikan lagi peminat sukan tradisional ini, ada kalanya Remy akan libatkan si pendekar cilik, Adam dan anaknya yang berusia 6 tahun, Nor Umairah. Dengan kemahiran anaknya bermain gasing dan sifat santai beliau berinteraksi dengan penonton, persembahannya kerap menarik perhatian peminat-peminat muda.



Bakat dan minat gasing memang mengalir di dalam darah Rimy, moyang beliau juga merupakan seorang pendekar gasing. Remy membesar dengan melihat ayahnya, Encik Abdul Karim menghiburkan pengunjung-pengunjung di pameran dan di pertandingan. Setelah mempelajari teknik asas pembuatan gasing, Remy telah menjelajah Malaysia untuk menimba ilmu dari pelbagai pakar gasing. Walaupun pada ketika itu berumur 17 tahun, beliau telah berjaya menarik perhatian sekurang-kurangnya 8 guru terkenal di Kelantan dan Johor, yang juga telah menjadikannya anak murid mereka.




Sejak 2007, Remy telah beroperasi dalam perniagaan pembuatan gasing dari Kampung Cheng, sebuah kampung terpencil yang terletak 15km daripada bandar Melaka. Gasing Lagenda Enterprise bekerjasama erat dengan Kraftangan Malaysia dalam penghasilan gasing sebagai hadiah atau ole-ole serta kegunaan pertandingan. Selain itu, Remy juga menjalankan kelas pembuatan gasing dan juga demonstrasi gasing untuk tatapan umum.


 negaraku

Comments