sebuah kenangan

SEBUAH KENANGAN


sebuah kenangan bukanlah cerita besar
tiada lampu-lampu bernyala, tiada muizk dan suara
ia berbingkai besar dalam peta sukma
menjerat kembali segala rindu dan intai masa
berjalan dari pintu detik lalu ke sungai masa kini
berhamparan dan menguntum haru panjang
betapa di dalamnya tertulis sabar yang kau pegang
kesungguhan mencari cinta dan memberi kekuatan
pengorbanan dan sengsara kau galas
demi kerana menyempurnakan cinta

dan aku tidak selalu melihat itu
setelah segalanya jauh dan semakin kecil
terasa bahawa tiada siapa sebandingmu
dalam menjerat segala sakit dan pahit
bersama


ada airmata mengalir
mungkin tidak terlewat
untuk kusebutkan
kau kekasih terbaik



Comments