bertinta sastera berdakwat bahasa

Blogroll

7 Oct 2015

aku ingin senyum


aku ingin senyum

sesekali biarlah aku begini
senyum dengan caraku
barangkali aku bisa memujuk
seribu yang lain untuk tersenyum

bukan mudah tersenyum
apa lagi dalam runtun nestapa
atau bingit kepayahan
tapi aku sudah lama begitu
kotor dan miskin
terbiar dan dilupakan

biarlah aku senyum
kerana esok
belum pasti aku begitu



Share:

2 comments:

  1. senyumlah..
    kerana tak semua orang mampu untuk tersenyum

    ReplyDelete
  2. dalam...menyentuh jiwa jiwa yang pernah merasa umpaya bernafas dan tersenyum di dalam lumpur..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.

teruji warna

 

STATUS

Search This Blog

Blog Archive

DAUN

tanjung 2

tanjung

Blog Archive