Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan akhirnya bakal menemui para pelajar Kesusasteraan Melayu Elektif (KME) bermula pada 2015. Novel ini menjadi teks kajian bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran KME bermula di tingkatan 4 tahun depan.
Dalam kata pendahuluan novel ini dijelaskan bahawa novel ini disediakan bagi memenuhi dan menepati keperluan murid dalam pembelajaran mata pelajaran KME Tingkatan 4 dan 5. Ia diharapkan dapat memenuhi matlamat pendidikan iaitu membolehkan murid menjiwai nilai murni dari segi kerohanian, kemanuisaan, kemasyatakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan.
Penulis novel Anwar Ridhwan
Novel ini telah diubahsuai dari naskah asal agar ia lebih sesuai dengan keperluan murid. Naskah Naratif Ogonshoto Edisi Murid ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Harapan besar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah melalui naskah ini murid dapat menimba pengetahuan dan maklumat yang diperlukan murid dari segi pembangunan diri dan pembentukan minda.
Naskah ini diharapkan dapat memupuk budaya minat membaca serta membuka ruang apresiasi yang lebih luas kepada murid. Akan lahir minat dan kecenderungan untuk menikmati novel tanahair yang dianggap bermutu dan berkualiti dari sudut isi, bentuk, tema dan persoalannya.
Biarlah ia bermula dari sini, untuk membentuk minat kreatif terutama dalam bidang penulisan kreatif
Hidangan Naratif Ogonshoto adalah yang terbaik untuk murid-murid di tingkatan 4 dan 5
Mereka sedang menuju dewasa.
Biarlah kedewasaan itu bermula dari novel ini
Banyak yang dapat membuka minda dan sikap mereka nantinya
Tahniah Kementerian Pendidikan Malaysia
Naskah Asal Naratif Ogonshoto
buku ni banyak bab..perlu banyak membaca kalau nak faham citer ni...
ReplyDeletekarya naratif ogoshonto asalnya merupakan sebuah cerpen yang telah dibukukan. setiap bab merupakan cerpen yang berlainan. bukan seperti novel, dimana setiap bab akan saling berkait. oleh itu memang tiada sinopsis untuk keseluruhan novel dan pelajar perlu rajin membuat sinopsis sendiri daripada setiap bab
ReplyDeleteboleh beritahu tak nilai dan pengajaran dalam bab 1 kolonial saya cuma nak tiga nilai dan pengajaran
ReplyDelete