bertinta sastera berdakwat bahasa

Blogroll

10 Nov 2014

jawapan esok hari


jawapan esok hari

kau bertanya
untuk apa esok hari?
bukankah untuk mengulangkan
segenap yang sukar hari ini

kita tidak pernah tahu
akan bagaimana  wajah langit esok hari
akan bagaimana cahaya melemparkan warna
akan bagaimana  terisi peristiwa 
tapi kita harus menyakini
bahawa kita masih memiliki upaya
menjalani esok hari
kerana waktu tak pernah undur
berjanjilah untuk lebih berani
memperbetulkan khilaf hari ini
esok adalah pembaharuaan
mengatur kembali perjalanan

jangan kau anggap esok seperti hari ini
tetapi lebih baik dari apa yang pernah
kau ada


Share:

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.

teruji warna

 

STATUS

Search This Blog

Blog Archive

DAUN

tanjung 2

tanjung

Blog Archive