Visit Malaysia 2014

 

All set for Visit Malaysia 2014
by loshana k shagar


KUALA LUMPUR: A group of Asean celebrities, media and tour agents are set for a week-long exploration of Malaysia's tourism activities, in the run up to Visit Malaysia 2014.

A total of 107 participants will enjoy city tours, experience rail tourism, witness cultural shows and join traditional activities through the Asean Explore Quest Malaysia 2013, happening until Nov 17.

During a press conference for the event Monday, Tourism Malaysia director general Datuk Mirza Mohammad Taiyab said of the 28 million tourist arrivals expected next year, 20.6 million are expected to be from Asean countries.

"Through this event, we hope to showcase the best of Malaysia to participants so they can promote tourism here with more confidence.

"Participants will be taken from Kuala Lumpur to Perak by train, where they will visit Kellie's Castle and later experience homestay in Bukit Gantang, before going by bus to Langkawi," he said.

Among the Asean celebrities involved are Vietnamese singer and supermodel Phan Le Ai Phuong, Filipino television host and choreographer Sheenalyn Vera Cruz and Myanmarese actress Chaw Chaw Yu Mon Kyaw Tint.

Mirza also said Perak was chosen because participants could experience the fruit season while at Bukit Gantang, while Langkawi has been featured prominently as an attraction.

The Star and Star Radio Group are the official media partners for the event, while Malaysia Airlines is the official airline, and AirAsia is the official low cost carrier.

the star




Lights, laser, action, to usher in Visit Malaysia Year 2014
by s.s. yoga



A spectacular show to kickstart Visit Malaysia Year 2014 will be happening in Langkawi. Be prepared for some stunning displays and stunts.

HAVE you been impressed by some of the stunts that you have seen in the movies? Did you always wonder how it would be to see them live?

Do you recall the stunts in the blockbusters, Mission Impossible 2 and the James Bond thriller Quantum Of Solace? Well, come Dec 19, you will see the work of water-based stunt specialists H2O Events who had worked with the stunt directors of both these movies.

And the place you will get to enjoy this once-in-a-lifetime event is Kuah, Langkawi!

That’s not all. The renowned laser specialist Oracle Attractions, which put together the laser show at the closing ceremony of the 2010 Commonwealth Games in New Delhi, has also been roped in for a “light fantastic” show.

The organisers say that they pulled no punches for the Langkawi Naturally Magikal, Kedah 2013 that will run until Jan 5 next year.


“We have decided that this event should be on the world tourism map. And to do that, we had to bring together the finest talents in the world,” adds Naturally Magical Sdn Bhd CEO Inba Shekaran.

They are working together with Malaysia-based Big Think Attractions, whose CEO/managing director Sam Lee notes that these two outfits are among the best at what they do.

The production will showcase the works of award-winning laser artist Glenn Turner (Oracle Attractions) and water-show director Jack Ellison (H20 Events).

The night show utilises the latest special effects technology to manage and orchestrate the main components of the show – lasers, water-jet fountains, water-skiing and fireworks display.


The nightly spectacle will feature special effects using eight high-power lasers, six water-jet fountains and two vertical jet fountains (almost 40m high), creating a stunning 183m wide display on Pantai Lagenda beach.

The show will feature specially created components, including the extensive use of wireless technology for lasers, water-jet fountains, sound and lighting hardware – all housed on a 67m barge anchored 150m from shore and controlled wirelessly from the beach.

“It is challenging for the show producers that the stage is on open water, especially since they have to deal with the elements – the wind and tide.


“It’s also exciting as the open water allows us to manage and perform shows across the Pantai Lagenda shorefront and fill it with different layers of special effects and high-impact performances,” points out Inba.

It certainly looks like a spectacular start to the treats awaiting tourists for Visit Malaysia Year 2014.

the star



Tahun Melawat Malaysia 2014 misi nasional, kata Najib


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tahun Melawat Malaysia 2014 perlu dijadikan sebagai misi nasional yang membabitkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kedatangan 28 juta pelancong pada tahun depan.

Perdana Menteri berkata, projek yang didokong oleh kerajaan bukan sahaja terletak di bahu Kementerian Pelancongan tetapi juga setiap kementerian dan agensi serta kerajaan negeri untuk memastikan program itu mencapai kejayaan sepenuhnya.

"Kita semua ada peranan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Daripada pintu masuk Malaysia, pegawai Imigresen, pegawai Kastam, pemandu teksi, penyambut tetamu di hotel, peniaga, pengusaha pelancong, dan rakyat Malaysia.

"Kita semua mesti menunjukkan sikap mesra pelancong. Kita mesti beri mereka satu perasaan iaitu jika melawat Malaysia, mereka akan diterima dengan layanan yang cukup mesra dan sopan," katanya ketika melancarkan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, di sini, malam ini.

Najib berkata kemudahan infrastruktur sahaja bukan cukup tetapi kemesraan, keceriaan, kesopanan serta sikap ingin membantu pelancong dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelawat dari luar negara.


Najib berkata Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak terdapat di negara lain, antaranya fauna dan flora serta ekosistem yang antara terbaik di dunia, bandar raya kosmopolitan, lokasi keempat terbaik di dunia untuk membeli-belah dan sebagainya.

"Nak tengok budaya orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli, dan lain-lain, semua ini boleh dikecapi dan dilihat di Malaysia. Inilah
'selling-point' (pelaris) Malaysia yang tidak boleh ditandingi oleh negara lain.

"Ditambah lagi dengan keamanan, kestabilan yang menjadikan negara kita cukup menarik sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memberi galakan kepada industri pelancongan negara yang mensasarkan untuk menerima 36 juta pelancong menjelang 2020. - Bernama

Sinar Harian 


Tahun Melawat Malaysia 2014 akan tarik lebih pelancong UK

Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 akan menyaksikan peningkatan 5.6% atau 475,000 pelancong dari United Kingdom, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini.

Kementerian itu akan menyertai Pasaran Pengembaraan Dunia di Docklands, London, mulai hari ini sehingga Khamis untuk merancakkan kempen promosinya untuk TMM 2014.


Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) akan merasmikan Pavilion Malaysia pada acara itu dan menyeliakan pelancaran bas dua tingkat bagi menandakan permulaan kempen berkenaan. Ia adalah sebahagian daripada kempen "Come Get the Malaysian experience".

"Bas-bas dua tingkat ini akan mengetengahkan ciri-ciri TMM 2014 selain daripada gambar maskot iaitu spesies monyet 'proboscis' berserta dengan tagline kempen itu.

Bas-bas berkenaan akan berulang-alik di laluan utama London sehingga akhir bulan," kata Mohamed Nazri dalam satu kenyataan.


Acara perdagangan selama empat hari di London itu dijangka dapat merancakkan kedatangan pelancong dari United Kingdom, sekali gus menyediakan platform kepada pembeli dan penjual berhubungan sesama sendiri dan menggalakkan kerjasama dan pembentukan lebih banyak produk pelancongan dan pakej lawatan, terutamanya untuk TMM 2014.

Pameran Pasaran Pengembaraan Dunia, acara terkemuka dunia untuk industri pelancongan dijangka menjana lebih £2 bilion (RM6.27 bilion) untuk industri pengembaraan global tahun ini. – Bernama, 4 November, 2013.

Malaysian Insider



Sambut tetamu Tahun Melawat Malaysia 2014
Jeniri Amir


Ketika memasuki atau keluar dari sesebuah negara sebagai pelancong, satu daripada detik yang mendebarkan adalah apabila melalui pemeriksaan imigresen. Di pintu imigresen pelbagai perkara boleh berlaku.

Sesudah melancong ke banyak negara dalam tempoh 20 tahun lalu, antara pengalaman duka ialah pegawai imigresen atau pegawai keselamatan meminta wang. Pegawai keselamatan di pintu keluar di sebuah lapangan terbang Filipina pernah menahan saya gara-gara membawa balik baki peso, yang sebenarnya hanya bernilai sekitar RM2,000. Pegawai itu mengancam untuk menyerahkan saya kepada pegawai atasan kerana didakwa melanggar peraturan, sedangkan tujuan sebenarnya ialah meminta 3,000 peso.


Ketika hendak masuk ke London menaiki kereta api Eurostar dari Paris awal tahun ini, saya ditanya pelbagai soalan oleh pegawai imigresen Britain, manakala seorang pelancong dari China di depan saya ditanya sekurang-kurangnya 15 soalan bertubi-tubi. Berbaris panjang sesudah berada 10 atau 15 jam di udara adalah sesuatu yang tidak disukai pelancong.


Pikat 28 juta pelancong asing


Kita bakal menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014. Sasaran kita adalah untuk menarik 28 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM76 bilion, berbanding 24.7 juta pada 2011 dengan hasil RM58.3 bilion. Kita bukan hanya mahu pelancong dari ASEAN berkunjung ke sini, tetapi dari Eropah, China, Amerika Syarikat dan seumpamanya.

Pada 2012, Malaysia menerima 25.03 juta pelancong dengan pendapatan RM60.6 bilion. Lebih ramai pelancong bermakna lebih banyak hasil pendapatan kerana pelancongan sudah menjadi pertukaran asing ketiga terbesar kepada Malaysia selepas sektor pembuatan dan sawit.
Apakah yang anda harapkan ketika melancong di luar negara? Selain mahu pergi dan balik dengan selamat, tanpa sebarang kejadian tidak diingini, terutama terbabit dalam kemalangan atau menjadi mangsa jenayah. Anda tentu mahu seronok melihat budaya, sejarah, keindahan alam dan membeli-belah agar perbelanjaan untuk tiket pesawat, hotel dan seumpamanya, berbaloi.

Jika kita sebagai pelancong mahu pengalaman indah untuk dikenang, maka sebagai hos pelancong luar pada tahun depan, kita perlu membetulkan perangai buruk segelintir rakyat Malaysia. Dua minggu lalu, ketika di sebuah lapangan terbang di negara ini, saya menyaksikan bagaimana seorang anggota polis yang menjaga pintu masuk hampir bertumbuk dengan seorang pelancong asing.

Pegawai polis itu membuka pakaian seragam dan tali pinggangnya, bersedia untuk bertumbuk, sambil disaksikan oleh orang ramai. Kalaupun pelancong asing itu bersalah, itu tentu bukan sikap profesional seorang kakitangan di pintu keluar atau masuk kerana kejadian sedemikian tentu mencalar imej dan reputasi Malaysia.


Kempen amal sikap berhemah

Kerajaan sudah membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa untuk mempromosikan negara di luar. Jangan kerana ‘seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit’. Tetapi apakah usaha di dalam negara untuk mendidik rakyat kita? Mungkin pelbagai program perlu diadakan, termasuk kempen melalui media massa agar mereka mengamalkan sikap betul. Kita masih ada sekitar 40 hari lagi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Tahun Melawat Malaysia 2014 perlu dijadikan sebagai misi nasional yang membabitkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kedatangan pelancong. Semua pihak, dari pegawai di lapangan terbang, pemandu pelancong, penyambut tetamu hotel, peniaga, pemandu teksi hingga seluruh rakyat, perlu memainkan peranan penting.

Apabila pelancong berasa selamat dan diterima di negara ini, jangan hairan mereka akan kembali lagi pada masa depan dan menyebarkan berita itu kepada saudara mara dan rakan taulan di negara mereka. Secara tidak langsung mereka dapat menjadi duta penting. Bukankah ini menguntungkan pada jangka panjang?


Bagaimana pula dengan kebersihan tandas awam kita? Hanya 350 tandas awam kita diberi taraf lima bintang, manakala lebih 60 peratus dalam keadaan yang tidak memuaskan, tentu tidak baik dari segi pelancongan.

Malaysia diletakkan di tangga kesembilan paling dilawati di dunia oleh Pertubuhan Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2012. CNN Travel pula menamakan Kuala Lumpur sebagai bandar raya beli-belah keempat terbaik dunia pada 2012 selepas New York, London dan Tokyo.

DinarStandard pula memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik dalam kalangan pelancong Islam. Tahun lalu, Forbes Online memilih Malaysia sebagai negara ke-10 paling mesra di dunia.

Justeru, kita perlu terus memperkukuhkan imej dan kedudukan kita bagi mencapai sasaran menarik 36 juta pelancong pada 2020 dengan jangkaan pendapatan RM168 bilion.

Penulis ialah pensyarah Universiti Malaysia Sarawak
Berita Harian




Tourism Malaysia Penang has organised a Visit Malaysia Year 2014 Countdown Carnival at Queensbay Mall starting 28th December 2013. There will be many exciting activities and shows such as the domestic travel fair, flute performance, kids colouring contest, face painting and more. There will also be performances by Reno, One Nation Emcees, Aliff Aziz and more for performing artists and lots of amazing prizes to be won.

Do come and drop by at Queensbay Mall on the 28th and 29th Dec to join the carnival and let's support and be good host's for Visit Malaysia Year 2014. See y'all there!

Venue: Queensbay Mall, Bayan Lepas
Date: 28-29 December 2013




Comments