31 Jul 2013
30 Jul 2013
Hikayat Seri Kelantan
Sinopsis
Seorang raja bernama Encik Siti yang memerintah negeri kelantan ataupun namanya ketika itu ialah Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Beliau merupakan seorang perempuan yang mampu memerintah sebuah negeri yang sangat besar kerajaannya dengan adil dan bijaksana. Namun, Encik Siti ini tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai suami. Encik Siti telah mendengar kabar berita bahawa ada seorang anak raja Jembal yang sangat baik rupanya dan baginda berhajat mahu mengambil anak tersebut daripada Raja Jembal sebagai anak angkat kerana baginda sangat menginginkan seorang anak disebabkan baginda tidak mempunyai anak. Oleh itu Raja Jembal telah menyerahkan anaknya ynag bernama Puteri Sa’dung kepada Encik Siti. Encik Siti sangat menyayangi Puteri Sa’dung dan apabila puteri itu membesar, beliau mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan menjadi dambaan para lelaki. Namun, En Siti telah mengambil langkah menjodohkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah iaitu anak Raja Jembal. Niat En Siti adalah mahu mencari seseorang bagi menggantikan tempatnya sebagai raja sekiranya baginda meninggal dunia. Majlis perkahwinan Puteri Sa’dung dan Raja Abdullah dijalankan selama empat puluh hari empat puluh malam.
Setelah berkahwin En Siti menyerahkan takhta negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kepada Sultan Abdullah dan En Siti juga berpindah dari istana tersebut dan membina kerajaan baru. Namun, ada sebuah kerajaan di Siam yang rajanya sangat suka dan berahi kepada Puteri Sa’dung kerana beliau mendengar cerita tentang kecantikan yang dimiliki oleh Puteri Sa’dung. Raja kerajaan negeri Siam telah mengarahkan beberapa orang suruhannya termasuk seorang ahli nujumnya yang bernama Tuk Cha untuk datang ke kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung bagi mengambil Puteri Sa’dung kerana raja Siam sudah tidak mampu menahan nafsunya terhadap Puteri Sa’dung lagi.
Setelah sampai di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga, seorang orang suruhan dari Siam datang untuk bertemu dengan Sultan Abdullah untuk menyatakan hasrat mereka datang kemari dan mengambil Puteri Saadong untuk dibawa kepada Raja Siam. Oleh kerana mendengar kata-kata orang suruhan kerajaan Siam itu, Sultan Abdullah sangat marah dan menghalau orang suruhan tersebut dari istana dan orang suruhan Siam kembali ke kapal dengan perasaan sangat malu. Esoknya, orang Siam telah meyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga bagi mengambil Puteri Sa’dung. Namun, dengan kuasa yang ada negeri Tanah Serendah Kebun Bunga berjaya berpindah dari kawasan sebenar ke tengah hutan. Akibatnya, orang Siam tidak dapat mencari negeri tersebut namun dengan bantuan Tuk Cha beliau berupaya menjumpai semula negeri itu. Sekali lagi negeri itu diserang.
Sultan Abdullah yang tidak mampu menahan serangan itu akhirnya mengambil tindakan pergi bertemu dengan Tuk Cha dan bertanyakan apa sebabnya mereka tidak habis-habis menyerang negeri itu dan setelah diberitahu oleh Tuk Cha, Sultan Abdullah pulang dengan perasaan yang sedih kerana menurut Tuk Cha, mereka mahu mengambil isteri Sultan Abdullah iaitu Puteri Sa’dung untuk dibawa kepada raja mereka. Setelah mendapati suaminya sudah pulang dari kapal Siam, Puteri Sa’dung bertanyakan kepada suaminya apa sebabnya dan Sultan Abdullah menyatakan bahawa tentera Siam mahu mengambil Puteri Sa’dung untuk dibawa ke Siam. Atas rasa bertanggungjawab terhadap rakyat dan mendengar titah suaminya Puteri Sa’dung terpaksa bersetuju untuk dibawa ke Siam.
Setelah sampai di Siam, Raja Siam telah cuba untuk meniduri Puteri Sa’dung namun belum sempat raja Siam mendekati Puteri Saadong, beliau sempat meludahi di bahagian dada raja Siam. Akibatnya, raja Siam terkena penyakit kayap yang tidak dapat diubati. Setelah mendengar perkabaran daripada Tuk Cha bahawa penyakit kayap raja Siam akan sembuh apabila raja Siam berjauhan dengan Puteri Sa’dung lalu raja Siam mengambil tindakan menghantar semula puteri itu ke negaranya. Setelah Puteri Sa’dung dihantar semula penyakit yang menimpa raja Siam kembali sembuh.
Setelah sampai di negaranya Puteri Sa’dung mendapat tahu bahawa Sultan Abdullah telah berkahwin lain selepas pemergiannya ke negeri Siam. Akibatnya, Sultan Abdullah tidak mahu menerima Puteri Sa’dung semula lalu berlaku pergaduhan antara mereka yang mengakibatkan kepala Puteri Sa’dung dipenggal oleh Sultan Abdullah dan meninggal dunia. Oleh kerana rasa bertanggungjawab inang-inang telah membawa Puteri Sa’dung dan mengubatinya dengan menggunakan air renjisan mawar yang berada dalam sanggul Puteri Sa’dung. Selepas itu, Puteri Sa’dung hidup semula dan beliau sangat marah dengan Sultan Abdullah dan akhirnya Puteri Sa’dung berjaya membunuh Sultan Abdullah. Setelah itu Puteri Sa’dung meninggalkan istana kota Jelasin dan mencari kawasan baru untuk membina sebuah negeri. Setelah itu, Puteri Sa’dung menyerahkan takhta negeri itu kepada adik iparnya Raja Ibrahim. Namun pemerintahan negeri itu mula bergolak kerana rajanya sangat zalim terhadap rakyat dan ada juga rajanya yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keamanan negara. Oleh itu, raja negerinya mula bertukar ganti sehingga berlaku pertempuran dan saudara di Kelantan.
Hikayat Seri Kelantan bertemakan asal-usul atau susur galur keturunan raja-raja/sultan/pemerintah awal negeri Kelantan yang sering bertukar ganti pada peringkat awal. Misalnya bermula dengan Encik Siti, kemudian diikuti oleh Sultan Abdullah, Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Ibrahim ( Keturunan Raja Jembal ), Datu, Tuk Raja Udang, Raja Tuan Long Pandak dan Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh ( Lenggeh ).
Persoalan
Persoalan mementingkan keturunan pada masa hadapan, misalnya Encik Siti yang tidak mempunyai anak telah mengambil Tuan Puteri Sa'dung/Raja Abdullah anak raja Jembal dan mengahwinkan mereka berdua.
Persoalan pemerintahan yang adil terhadap negeri dan rakyat, misalnya Encik Siti/Sultan Abdullah/Tuan Puteri Sa'dung/Raja Tuan Long Pandak telah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan rakyat dengan adil sehingga disukai oleh rakyat jelata.
Persoalan pemerintahan yang kejam terhadap negeri dan rakyat, contoh Sultan Ibrahim yang menggantikan Sultan Abdullah sebagai pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung yang berpusat di Kota Teras, Jembal memerintah negeri dan rakyat dengan zalim.
Persoalan amalan pengambilan dan pemeliharaan anak angkat dalam masyarakat. Contohnya, Encik Siti yang tidak mempunyai anak telah mengambil Tuan Puteri Sa'dung/Raja Abdullah anak raja Jembal sebagai anak angkatnya.
Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Sultan Abdullah sangat sayang kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung/Long Sulaiman sangat sayang kepada kakaknya Tuan Puteri Kembang Bunga/dll.
Persoalan penggunaan unsur kesaktian/jampi mentera dalam amalan kehidupan seharian, misalnya Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan/mengangkat istana Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama Mahligai/Tuan Puteri Sa'dung bertindak menyembur dada Raja Siam sehingga naik penyakit kayap yang amat sakit.
Persoalan amalan hidup masyarakat yang mempercayai telahan ahli nujum, misalnya Raja Siam percaya kepada Tuk Ca seorang ahli nujum yang mengatakan untuk menyembuh penyakit kayap di dada ialah dengan menghantar balik Tuan Puteri Sa'dung kepada Sultan Abdullah di Mahligai/Kelantan/Raja Pattani ( Nang Cayang ) percaya kepada ahli nujum yang mengatakan baginda jatuh sakit kerana memelihara Long Yunus di dalam istananya.
Persoalan pencerobohan/merampas hak orang lain tanpa perikemanusiaan/zalim, misalnya Raja Siam menyerang negeri Kelantan dan merampas/membawa lari Tuan Puteri Sa'dung ke benua Siam untuk dijadikan isterinya.
Persoalan keberanian mempertahanakan hak dan tanah air, misalnya Sultan Abdullah bersama para pembesar dan rakyatnya berani menentang angkatan Raja Siam yang menyerang negeri Kelantan/tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung untuk merampas Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
Persoalan muafakat dalam melakuka tindakan, misalnya Sultan Abdullah bermuafakat dengan para pembesar dan rakyatnya untuk menentang angkatan Raja Siam yang menyerang negeri Kelantan.
Persoalan tolong-menolong/bantu-membantu terhadap orang yang memerlukan pertolongan/bantuan, misalnya Long Yunus telah menolong Long Jaafar menemukan dengan Raja Tuan Long Pandak di istana Kota Kubang Labu.
Persoalan bersimpati/belas kasihan terhadap seseorang yang susah, misalnya Long Yunus merasa belas kasihan kepada Long Jaafar yang dihalau oleh ayahandanya dari negeri Reman.
Persoalan membunuh diri kerana tekanan perasaan, misalnya Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam wangkang di Kuala Nama kerana tekanan perasaan disebabkan ramai anak raja/orang muda di negeri Pattani yang meminati dirinya.
Persoalan bertindak terburu-buru/membuat keputusan tanpa menyiasat terlebih dahulu, misalnya Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu telah menikam/membunuh isterinya berpunca dari kain cukin kepunyaan Long Jaafar yang tersangkut di atas kil dalam istananya.
Persoalan kekejaman atau zalim terhadap orang lain, misalnya Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu bertindak kejam dengan menikam/membunuh isterinya.
Persoalan membalas dendam terhadap seseorang, misalnya Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh bersama dengan para pembesar dan rakyatnya telah menyerang dan membunuh Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu sebagai balas dendam kerana telah menikam/membunuh adiknya/Tuan Puteri Sa'dung memancung/membunuh Sultan Abdullah sebagai balas dendam kerana membunuhnya.
Persoalan tidak mengambil berat dan leka dalam permainan, misalnya Raja Tuan Long Pandak sedang leka/asyik bermain catur sewaktu istananya di serang oleh Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh sehingga baginda terbunuh.
Persoalan mengamalkan adat-istiadat raja-raja, misalnya Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan para pembesar dan rakyatnya mengebumikan jenazah Sultan Abdullah di Tasik Padang Layang secara adat raja-raja mati/Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh memerintahkan rakyatnya dan rakyat di Kota Kubang Labu mengebumikan jenazah/mayat Raja Tuan Long Pandak secara adat raja-raja mati di kubur Kota Kubang Labu.
Persoalan peperangan di antara negeri Kelantan dengan Siam, misalnya Siam telah menyerang negeri Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah/Tuan Puteri Sa'dung.
Persoalan beriman kepada Allah/berusaha menegakkan agama Islam, misalnya Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu tujuh orang Siam kafir menghantarnya balik semula ke pangkuan Sultan Abdullah di Mahligai/Kelantan, tetapi baginda mahukan tujuh orang Islam yang menghantarnya
Encik Siti
Encik Siti merupakan raja perempuan yang memerintah negeri Kelantan yang dikenali sebagai Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Keadaan ini telah menyebabkan Encik Siti mengambil anak angkat iaitu anak kepada Raja Jembal yang akhirnya digelar Puteri Sa’dung.
Seorang yang adil
Encik Siti merupakan seorang pemerintah yang bersikap adil dan negeri itu sentiasa dalam keadaan yang aman damai. Rakyat amat suka terhadap sikap Encik Siti yang adil.
Seorang yang penyayang
Walaupun Puteri Sa’dung hanyalah anak angkat kepadanya namun Encik Siti tetap memberi layanan yang baik terhadap Puteri Sa’dung.
Tuan Puteri Sa'dung
Watak utama/protagonis
Anak raja Jembal dan merupakan anak angkat Encik Siti. Di samping itu, Puteri Sa’dung juga digambarkan sebagai seorang yang memiliki rupa paras yang cantik yang tiada tandinganya pada masa itu. Puteri Sa’dung akhirnya berkahwin dengan anak raja Jembal iaitu Raja Abdullah yang akhirnya menjadi Sultan Abdullah.
Dibawa lari oleh Tuk Ca ke benua Siam. Hampir-hampir diperkosa oleh Raja Siam Baginda menjadi sultan di Bukit Marak. Baginda menghilangkan diri di Bukit Marak
Puteri Sa’dung mati dibunuh oleh Sultan Abdullah. Baginda dihidupkan semula oleh inang busu dan inang tua
Seorang yang mempunyai kuasa kesaktian, contoh Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan istana Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( Mahligai )
Seorang yang penyayang, contoh Tuan Puteri Sa'dung sangat sayang kepada suaminya Sultan Abdullah.
Seorang yang pendendam, contoh Tuan Puteri Sa'dung membalas dendam dengan membunuh balik suaminya Sultan Abdullah yang membunuhnya.
Seorang yang setia, contoh Tuan Puteri Sa'dung patuh/taat kepada suaminya Sultan Abdullah yang menyuruh ikut Tuk Ca/orang Siam pergi ke benua Siam.
Seorang yang tegas pendirian, contoh Tuan Puteri Sa'dung menolak dengan tegas permintaan Raja Siam yang mahu menjadikannya sebagai isteri/memperkosanya.
Seorang yang baik hati, contoh Tuan Puteri Sa'dung memenuhi permintaan Raja Ibrahim untuk menjadi sultan memerintah negeri Tanah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan menggantikan arwah abangnya Sultan Abdullah.
Seorang yang beriman kepada Allah/kuat pegangan agama Islam, contoh Tuan Puteri Sa'dung menolak permintaan Raja Siam yang hendak menjadikannya sebagai isteri kerana Raja Siam seorang kafir/bukan Islam/Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu dihantar ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di negeri Kelantan/Mahligai oleh tujuh orang kafir Siam, tetapi mahu dihantar oleh tujuh orang Siam beragama Islam.
Seorang yang kuat mengamalkan adat-istiadat raja-raja, contoh Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan para pembesar dan rakyatnya mengebumikan jenazah Sultan Abdullah secara adat raja-raja mati di Tasik Padang Layang.
Seorang yang bertanggungjawab/mengambil berat terhadap nasib rakyat yang malang/dizalimi, contoh Tuan Puteri Sa'dung mengambil berat terhadap aduan rakyat di Kota Teras yang mengatakan Sultan Ibrahim memerintah negeri dan rakyat dengan zalim.
Seorang yang adil. Hal ini dapat dilihat apabila Raja Ibrahim bertanyakan tentang pemerintah yang akan menggantikan abangnya yang telah meninggal dunia iaitu Sultan Abdullah. Atas rasa keadilan Puteri Sa’dung akhirnya melantik Raja Ibrahim menjadi pemerintah untuk menggantikan kakandanya Sultan Abdullah walaupun sultan Abdullah tidak berlaku adil kepada dirinya.
Raja/Sultan Abdullah
Watak pembantu/antagonis
Anak keturunan raja Jembal. Baginda menjadi anak angkat Encik Siti. Berkahwin dengan Tuan Puteri Sa'dung. Dilantik menjadi sultan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung oleh Encik Siti dengan gelaran Sultan Abdullah, dan pemerintahannya berpusat di Kota Jelasin dan di Mahligai.
Beristeri muda. Mati dipancung/dibunuh balas oleh Tuan Puteri Sa'dung isterinya. Mayat dikuburkan di Tasik Padang Layang.
Seorang yang penyayang, contoh Sultan Abdullah sangat sayang kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung.
Seorang yang berani mempertahankan tanah air/negeri, contoh Sultan Abdullah berani berperang menentang orang-orang Siam yang menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan untuk merampas Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
Seorang yang tidak menepati janji/mungkir janji, contoh Sultan Abdullah berkahwin lain selepas Tuan Puteri Sa'dung isterinya di bawa lari oleh orang-orang Siam ke benua Siam.
Seorang yang degil, contoh Sultan Abdullah berdegil tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama isteri mudanya walau pun disuruh oleh Tuan Puteri Sa'dung isteri pertamanya.
Seorang yang zalim atau tidak berperikemanusiaan, contoh Sultan Abdullah telah memancung/membunuh isterinya Tuan Puteri Sa'dung dengan kejam.
Seorang yang suka bermuafakat, contoh Sultan Abdullah telah bermuafakat dengan para pembesar dan rakyatnya cara untuk mengatasi serangan Siam.
Seorang yang patuh/taat/setia, contoh Sultan Abdullah patuh/taat kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung yang menyuruhnya pergi berunding dengan Tuk Ca Siam.
Seorang yang mementingkan diri. Raja Abdullah sanggup menghantar Puteri Sa’dung kepada Raja Siam demi untuk keamanan pemerintahanya tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi oleh Puteri Sa’dung.
Raja Siam
Raja siam merupakan pemerintah di negeri Siam. Beliau telah jatuh cinta dengan Puteri Sa’dung dan mengarahkan pengawalnya untuk mengambil Puteri Sa’dung dari Raja Abdullah. Raja Siam juga telah terkena penyakit kayap akibat diludah oleh Puteri Sa’dung.
Seorang pemerintah yang kuat dan berkuasa. Raja Siam merupakan seorang pemerintah yang kuat dan berkuasa. Hal ini terbukti apabila banyak negara dan kuasa raja takluk dibawah kekuasaanya.
Seorang yang degil. Sikap degil Raja Siam ini jelass terbukti apabila dia enggan mendengar alasan Puteri Sa’dung supaya tidak berkahwin dengannya kerana puteri Sa’dung merupakan isteri kepada Raja Abdullah. Akibat daripada sikap degil itu Raja Siam akhirnya terkena penyakit kayap.
Raja Ibrahim
Raja Ibrahim merupakan adik kepada Sultan Abdullah. Beliau akhirnya dilantik oleh Puteri Sa’dung menjadi penganti kepada Sultan Abdullah yang telah meninggal dunia.
Seorang yang menghormati pemerintah. Raja Ibrahim berjumpa dengan Puteri Sa’dung untuk bertanyakan hal berkaitan dengan kawasan yang sebelumnya di bawah pemerintahan Sultan Abdullah yang kini tidak mempunyai pemerintah.
Seorang pemerintah yang zalim Raja Ibrahim merupakan seorang pemerintah yang zalim. Keadaan ini telah menyebabkan ramai rakyatnya menjadi mangsa dan tidak berpuas hati atas sikapnya.
Permulaan
Memperkenalkan pemerintah negeri Kelantan iaitu seorang perempuan yang digelar sebagai Encik Siti. Encik Siti tidak pernah berkahwin. Nama asal negeri Kelantan pada masa tersebut ialah Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Setelah lama memerintah, Encik Siti teringin mempunyai anak lalu mengambil anak Raja Jembal iaitu Tuan Puteri Sa’dung untuk dijadikan sebagai anak angkat.
Perkembangan
Tuan Puteri Sa’dung akhirnya membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan digilai oleh pemuda-pemuda. Encik Siti terfikir untuk mencari pasangan hidup Puteri Sa’dung dan akhirnya mengahwinkan Puteri Sa’dung dengan Raja Abdullah yang juga merupakan anak Raja Jembal. Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung tinggal bersama di negeri Tidak lama kemudian, Encik Siti menyuruh Sultan Abdullah membina kota lain. Kota tersebut diberi nama sebagai Kota Jelasin. Encik Siti pula berpindah tinggal di Gunung Ayam. Sultan Abdullah menjadi pemerintah negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Raja Siam berkenaan dengan Puteri Sa’dung lalu memerintah menteri, hulubalang-hulubalangnya serta Tuk Ca iaitu seorang bomoh untuk menyerang negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung untuk mengambil Puteri Sa’dung. Orang-orang suruhan Raja Siam menyampaikan tujuan kedatangan mereka adalah untuk mengambil Puteri Sa’dung tetapi dimarahi oleh Sultan Abdullah. Hal ini menyebabkan orang-orang suruhan Raja Siam menyerang Kota Jelasin tetapi tidak berjaya mengalahkan askar-askar negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Namun begitu, penduduk negeri itu telah ditimpa kelaparan menyebabkan keadaan menjadi kucar-kacir. Kesempatan itu digunakan oleh orang-orang suruhan Raja Siam untuk mengepung Kota Jelasin. Puteri Sa’dung menggunakan kesaktiannya supaya kota dan mahligai istana ghaib daripada pandangan orang-orang suruhan Siam. Kota dan mahligai istana tersebut terangkat dan jatuh di dalam hutan dan tempat tersebut diberi nama Mahligai.
Apabila orang-orang suruhan Raja Siam melihat kota dan mahligai istana Sulatan Abdullah dan Puteri Sa’dung ghaib, mereka memberitahu perkara tersebut kepada Tuk Ca yang merupakan seorang bomoh. Melalui kepandaian Tuk Ca, mereka akhirnya dapat mengesan tempat Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah bersembunyi lantas mengepung kawasan tersebut. Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung berbincang dan Sultan Abdullah pergi mendapatkan Tuk Ca untuk bertanyakan tujuan mereka yang sebenarnya.
Tuk Ca menyatakan tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan Puteri Sa’dung untuk diberikan kepada Raja Siam. Sultan Abdullah menyuruh Puteri Sa’dung mengikut permintaan Raja Siam untuk menjamin keselamatan negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Puteri Sa’dung akhirnya akur dan mengikut orang-orang suruhan Raja Siam kembali ke Siam.
Sultan Abdullah pula berkahwin lagi dengan anak Raja Jembal. Raja Siam mahu mengahwini Puteri Sa’dung tapi Puteri Sa’dung tidak mahu kerana dia masih isteri Sultan Abdullah. Walau bagaimanapun, Raja Siam berkelakuan tidak senonoh dengan Puteri Sa’dung. Puteri Sa’dung lantas meludah dada Raja Siam.
Tidak berapa lama kemudian dada Raja Siam terkena penyakit kayap dan tidak dapat disembuhkan malah bertambah teruk walaupun sudah banyak taib, bomoh dan nujum yang merawatnya. Raja Siam bertanyakan masalah tersebut kepada Tuk Ca dan Tuk Ca menyuruh Raja Siam melepaskan Puteri Sa’dung kerana hanya itulah penyembuh kepada penyakitnya itu. Puteri Sa’dung akhirnya dilepaskan dengan diiringi oleh tujuh orang lelaki yang beragama Islam dengan sebuah perahu.
Raja Siam akhirnya sembuh daripada penyakitnya selepas melepaskan Puteri Sa’dung. Sepanjang perjalanan ke negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, pengiring-pengiring Puteri Sa’dung meninggal dunia seorang demi seorang sehinggalah tinggal tiga orang sahaja yang mengiringinya sampai ke tempat Sultan Abdullah. Ketiga-tiga orang Siam yang beragama Islam itu pulang ke Siam untuk menceritakan yang Puteri Sa’dung sudah selamat sampai di negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Klimaks
Kedatangan Puteri Sa’dung memeranjatkan Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung juga tidak setuju dengan perbuatan Sultan Abdullah yang berkahwin lain dan menyuruh Sultan Abdullah meninggalkan istana mahligai kepunyaannya. Namun, Sultan Abdullah tidak mahu berpindah. Hal ini menyebabkan kedua-duanya bergaduh. Sultan Abdullah memancung leher Puteri Sa’dung sehingga putus dua menyebabkan Puteri Sa’dung mati.
Seorang inang pengasuh Puteri Sa’dung teringat kata-kata Puteri Sa’dung iaitu sekiranya dia mati berdarah, jembul di dalam sanggulnya yang berisi air mawar akan menghidupkannya kembali. Lantas inang pengasuh itupun mengambil air mawar dalam jembul Puteri Sa’dung dan mencelupkan kapas di bahagian leher yang cedera. Tidak lama kemudian Puteri Sa’dung hidup kembali. Puteri Sa’dung menuntut bela dan membunuh Sultan Abdullah.
Peleraian
Puteri Sa’dung menyerahkan istana mahligai negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kepada isteri Sultan Abdullah. Puteri Sa’dung bersama-sama dengan inang-inang pengasuh dan rakyatnya berpindah ke Bukit Marak. Adik Sultan Abdullah iaitu Raja Ibrahim berjumpa Puteri Sa’dung menanyakan siapa yang menjadi raja di negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana negeri itu tidak beraja dan huru-hara. Puteri Sa’dung melantik Raja Ibrahim menjadi pemerintah di negeri tersebut dan membuat satu kota bernama Kota Teras.
Sultan Ibrahim memerintah dengan zalim sehingga rakyatnya mengadu hal tersebut kepada Puteri Sa’dung. Puteri Sa’dung membuat sumpahan dan menghilangkan diri menyebabkan Raja-raja Jembal jatuh miskin dan negeri tersebut tidak lagi beraja. Selepas itu muncul pula beberapa raja seperti Datu yang tinggal di Pekalan Datu, Raja Udang yang tinggal di Kelucar dan Tuan Long Pandak.
Di negeri Kebayat Nenggara pula menceritakan kemusnahan negeri itu yang diserang oleh China. Raja negeri tersebut mempunyai dua orang anak iaitu Tuan Kembang Bunga dan Long Sulaiman. Tuan Puteri Kembang Bunga dan adiknya Long Sulaiman melarikan diri bersama-sama dengan inang pengasuh lalu sampai di negeri Pattani dan menjadi anak angkat orang besar negeri tersebut.
Setelah besar, Long Sulaiman dikahwinkan dengan anak perempuan orang besar negeri itu. Tuan Puteri Kembang Bunga pula menjadi kegilaan anak-anak raja negeri tersebut menyebabkan puteri itu membunuh diri. Long Sulaiman pula merantau meninggalkan negeri Pattani kerana sedih dengan pemergian kakaknya dan meninggalkan anaknya Long Junus dan isterinya. Raja negeri Pattani iaitu Nang Cayang mengambil Long Junus menjadi anak angkat namun apabila raja tersebut sakit, seorang ahli nujum telah menyatakan bahawa Long Junus membawa nasib buruk kepada raja tersebut.
Long Junus akhirnya dihalau keluar daripada negeri Pattani lalu dia merantau dan sampai di negeri Kelantan. Long Junus menjadi anak angkat Raja Kubang Labu. Di negeri Reman pula, Raja Reman menghalau anaknya iaitu Long Jaafar. Long Jaafar akhirnya sampai di negeri Kelantan dan menjadi anak angkat kepada Raja Kubang Labu.
Long Jaafar telah mengeluarkan kain yang dibawanya dan isteri raja terlihat kain tersebut dan mahu mengambilnya sebagai contoh untuk menenun kain namun apabila Raja Kubang Labu terlihat kain tersebut, baginda terus menikan isterinya tanpa menyiasat perkara yang sebenar. Mayat isterinya dihantar kembali kepada Raja Pasir Emas Legeh iaitu abang kepada isteri Raja Kubang Labu. Raja Pasir Emas Legeh sangat murka dan menyerang negeri Kubang Labu dan membunuh Raja Kubang Labu yang begitu asyik bermain catur.
Dialog
“Adakah tiada Encik Siti itu masa ia tinggal itu beri satu kesaktian kepada Tuan Puteri Sa’dung itu kerana Tuan Puteri Sa’dung itu anak angkat Encik Siti”?
(m/s 128)
Pemerian
Pengarang menceritakan secara terperinci kematian pengiring-pengiring Puteri Sa’dung, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut.
“Tersebut, kisah Tuan Puteri Sa’dung itu sampai di Kuala Kemayang itu. Maka orang tujuh itu pun matilah, seorang...”(hal 126-127)
Saspens
Berlaku pertengkaran antara Sultan Abdullah dengan Puteri Sa’dung yang menyebabkan Puteri Sa’dung mati dipancung oleh Sultan Abdullah. Pembaca tertanya-tanya sama ada Puteri Sa’dung akan hidup kembali ataupun tidak. (hal 128-129).
Kejutan
Antara contoh unsur kejutan dalam Hikayat Seri Kelantan ialah Puteri Sa’dung tiba-tiba hidup kembali setelah disapukan dengan air mawar. Puteri Sa’dung juga menuntut bela dengan membunuh Sultan Abdullah. (hal 129-131)
Konflik
Pengarang juga telah memasukkan unsur konflik dalam Hikayat Seri Kelantan. Antara contoh penggunaan unsur konflik ialah konflik antara Sultan Abdullah dengan Puteri Sa’dung yang membawa kepada pertengkaran dan menyebabkan Sultan Abdullah membunuh Puteri Sa’dung. (hal. 127-128)
Monolog dalaman
Penggunaan teknik monolog dalaman dapat dilihat dalam watak Puteri Sa’dung yang mendapat idea untuk menyuruh suaminya Sultan Abdullah untuk berjumpa dengan Tuk Ca bagi mengetahui tujuan sebenar mereka menyerang dan memburu Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah. (hal.122)
Latar Tempat
negeri Kelantan iaitu terdapat seorang perempuan yang bernama Encik Siti. Encik Sitilah yang menjadi raja di situ dan memerintah kerajaan yang besar.
Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ialah nama negeri di mana Encik Siti menjadi raja sangat lama di situ, menjadi pemerintah yang adil dan mempunyai rakyat yang ramai.
Negeri Jembal. Di negeri Jembal merupakan tempat kelahiran Tuan Puteri Sa’dung iaitu anak raja Jembal yang telah menjadi anak angkat kepada Encik Siti kerana baginda tidak berkahwin.
Kota Jelasin. Kota Jelasin merupakan tempat Sultan Abdullah menjadi raja serta tempat baginda dan Tuan Puteri Sa’dung tinggal setelah berpindah dari negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Negeri Gunung Ayam. Negeri Gunung Ayam merupakan tempat tinggal Encik Siti setelah berpindah dari negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung bersama dengan rakyatnya. Baginda telah menjadi raja di negeri Gunung Ayam.
Negeri Siam. Di negeri Siam terdapat seorang raja yang ingin kepada Tuan Puteri Sa’dung. Baginda memerintahkan kepada rakyatnya supaya pergi berperang di Kota Jelasin dan membawa Tuan Puteri Sa’dung kepadanya walaupun tahu Tuan Puteri Sa’dung sudah bersuami.
Cerang Bahana. Cerang Bahana merupakan hutan yang besar yang telah dihuni oleh Tuan Puteri Sa’dung, Sultan Abdullah dan semua rakyatnya dengan menggunakan kesaktian yang ada pada Tuan Puteri Sa’dung.
Negeri Mahligai. Negeri Mahligai merupakan tempat tinggal Tuan Puteri Sa’dung, suaminya serta rakyatnya di dalam hutan iaitu di Cerang Bahana. Baginda telah menyuruh rakyatnya mendirikan sebuah negeri di situ.
Kuala Kemayang. Kuala Kemayang ialah tempat yang dilalui oleh Tuan Puteri Sa’dung bersama dengan orang Islam dari Siam yang menghantarnya pulang ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana dekat dengan istananya.
Tanjung Jerin. Tanjung Jerin merupakan tempat perkuburan seorang Islam dari Siam yang telah meninggal dunia dan dikuburkan di situ lalu digelar orang sebagai Syeikh Tanjung Jerin.
Pekalang Gaung. Di Pekalang Gaung juga terdapat seorang Islam dari Siam yang telah meninggal dunia dan dikuburkan di situ lalu digelar orang dengan nama panggilan Datuk Padang Duri sehingga sekarang.
Bukit Marak. Bukit Marak merupakan tempat tinggal Tuan Puteri Sa’dung selama tujuh hari dan seorang Islam dari Siam yang menghantar baginda telah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Bukit Marak telah menjadi tempat tinggal Tuan Puteri Sa’dung bersama dengan rakyatnya setelah berpindah dari istana baginda.
Tambak. Tambak merupakan tempat orang Islam dari Siam telah dikuburkan dan digelar orang dengan panggilan Datuk Tambak sehingga sekarang.
Tasik Padang Layang. Tasik Padang Layang merupakan tempat di mana Sultan Abdullah dikebumikan setelah baginda telah dipenggal lehernya oleh Tuan Puteri Sa’dung yang telah membalas dendam di atas perbuatan Sultan Abdullah yang telah memancung lahernya dengan pedang setelah berlaku pertelingkahan antara mereka.
Kota Teras iaitu kota yang telah dibina oleh rakyat Sultan Ibrahim mengikut perintah baginda.
Pengkalan Datu. Pengkalan Datu telah diperintahkan oleh seorang Datu yang hanya memerintah negeri tersebut selama tiga tahun kemudian jatuh sakit dan dikebumikan di situ.
Kelucar iaitu negeri di mana Raja Udang telah dikebumikan lalu digelar orang sebagai Tuk Raja Udang.
Negeri Lenggeh iaitu terdapat seorang raja yang bernama Tuan Long Pandak yang merupakan ipar kepada Raja Pasir Emas Seberang Tuk Deh.
Kubang Labu. Kubang Labu ialah kota yang telah dibina oleh Tuan Long Pandak.
Kok Keranji pula ialah tempat di mana Raja Muda kepada Tuan Long Pandak tinggal.
Kebayat Nenggara iaitu negeri yang telah diserang oleh negeri China.
Negeri China iaitu raja China yang mempunyai ramai tentera yang telah berjaya menakluk negeri Kebayat Nenggara.
Negeri Pattani iaitu tempat di mana Tuan Puteri Kembang Bunga telah sampai dengan menaiki jong kecil bersama pengikutnya.
Kuala Lama iaitu tempat perlabuhan Tuan Puteri Kembang Bunga di negeri Pattani.
Kuala Nama iaitu tempat di mana Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam jong kecil kerana berasa susah hati apabila ramai anak raja yang suka kepadanya. Negeri Reman iaitu raja negeri Reman telah menghalau putera baginda yang bernama Long Jaafar dalam negeri itu kerana tidak bagi Long Jaafar tinggal dengan baginda.
Pada zaman dahulu terdapat seorang raja perempuan yang memerintah negeri Kelantan yang terlalu besar kerajaannya iaitu Encik Siti.
Masa empat puluh hari empat puluh malam iaitu tarikh yang ditetapkan oleh Encik Siti untuk mengahwinkan Raja Abdullah dengan Tuan Puteri Sa’dung.
Hari esok iaitu utusan dari negeri Siam bermuafakat untuk menyerang Kota Jelasin pada hari esok setelah dihalau oleh Sultan Abdullah kerana raja Siam ingin mengambil Tuan Puteri Sa’dung.
Waktuu malam iaitu sewaktu Kota Parit, istana dan rakyat Tuan Puteri Sa’dung telah ghaib ke dalam hutan iaitu Cerang Bahana pada waktu malam.
Beberapa hari yang lalu iaitu setelah Tuan Puteri Sa’dung menyembur serampah sirih ke dada raja Siam beberapa hari yang lalu ianya telah menyebabkan raja Siam mendapat penyakit kayap yang teramat sakit.
Tujuh hari iaitu semasa Tuan Puteri Sa’dung sampai ke Bukit Marak, baginda tinggal di sana selama tujuh hari lalu seorang Islam dari negeri Siam yang menghantar baginda pulang ke Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung telah jatuh sakit dan meninggal dunia di situ. Selain itu, latar masa yang berikutnya ialah pada satu hari iaitu raja negeri Reman sangat marah kepada putera baginda lalu menghalau putera baginda yang bernama Long Jaafar keluar dari negeri Reman kerana tidak mahu tinggal bersamanya.
Latar Masyarakat
Masyarakat istana. Encik Siti merupakan masyarakat istana dan baginda merupakan pemerintah bagi negeri Kelantan. Di samping itu juga, Tuan Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah juga merupakan masyarakat dalam golongan istana di Kota Jelasin yang memerintah di negeri tersebut.
Masyarakat yang bekerjasama. Sultan Abdullah berbincang dengan para pengikutnya untuk membina sebuah istana yang lain apabila sudah berkahwin dengan Tuan Puteri Sa’dung atas perintah Encik Siti. Rakyat telah bekerjasama dalam mendirikan istana untuk diduduki oleh Tuan Puteri Sa’dung bersama dengan Sultan Abdullah lalu diberi nama sebagai Kota Jelasin.
Masyarakat yang setia. Tuan Puteri Sa’dung. Walaupun baginda telah dibawa ke negeri Siam kerana raja Siam sangat menginginkan baginda, namun baginda tetap setia terhadap Sultan Abdullah kerana baginda gagal ditiduri oleh raja Siam malah telah mengakibatkan raja Siam mendapat penyakit kayap yang sangat teruk setelah disembur serampah sirih ke dada baginda oleh Tuan Puteri Sa’dung.
Masyarakat yang penyayang. Encik Siti tidak pernah berkahwin dan baginda telah mengambil anak angkat dari negeri Jembal yang merupakan anak raja di situ. Nama anak raja itu ialah Tuan Puteri Sa’dung. Baginda telah memelihara Tuan Puteri Sa’dung dengan sepenuh kasih sayang sehingga Tuan Puteri Sa’dung meningkat dewasa.
Masyarakat yang kejam dan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Sultan Abdullah yang telah terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara iaitu baginda telah memancung leher Tuan Puteri Sa’dung ketika berlaku pertelingkahan antara mereka kerana baginda tidak mahu berpindah ke tempat lain bersama dengan isteri kedua baginda.
Masyarakat pendendam. Tuan Puteri Sa’dung berdendam dengan Sultan Abdullah kerana baginda telah memancung leher Tuan Puteri Sa’dung. Apabila Tuan Puteri Sa’dung telah kembali pulih seperti sedia kala atas bantuan pengikutnya, baginda telah bersemuka dengan Sultan Abdullah untuk membalas dendam atas perbuatannya terhadap baginda. Tuan Puteri Sa’dung telah memenggal leher Sultan Abdullah.
Masyarakat yang percaya kepada ramalan ahli nujum. Contohnya, Raja Siam yang mempercayai ramalan ahli nujum dan menyuruhnya mencari Tuan Puteri Sa’dung yang telah ghaib bersama dengan istana dan rakyatnya.
Gaya bahasa asing iaitu Bahasa Arab. Bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang adalah bagi menggambarkan masyarakat tersebut mengamalkan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya
Bismillahirrahmanirrahim wabihi nasta ‘inu billahi Taala. (Halaman 115)
Inversi merujuk kepada gaya bahasa yang menyimpang daripada kebiasaan atau dengan kata lain gaya bahasa yang terbalik. Buktinya dapat dilihat pada
“Esok harilah kita langgar Kota Jelasin itu kerana hari pun sudah malam.” (Halaman 119)
Kata ganda.
Maka tatkala cukuplah hari, sampai ketika yang baik itu, maka dikahwinlah Raja Abdullah itu dengan Tuan Puteri Sa’dung itu, betapa adat raja-raja yang besar-besar pada masa itu. (Halaman 117)
Pengulangan. Contohnya :
Maka dipelihara berapa lama, makin sehari makin pula elok parasnya, tiada dibandingkan pada masa itu lagi. (Halaman 117)
Ayat pendek. Contoh penggunaan ayat pendek yang terdapat dalam hikayat ini ialah
Maka malam pun cerah. (Halaman 120)
Maka berfikirlah pula. (Halaman 123)
Simpulan bahasa.
Maka lalu Sultan Abdullah pun berkatalah kepada isterinya itu, ”Ya adindaku tuan, buah hati cahaya mata kakanda, baiklah adinda pergi dahulu menurut kehendak raja Siam itu, kerana jikalau kita bertahan sebagaimana pun tiadalah tahan. (Hal 122)
Metafora.
Jikalau ditolong oleh Tuhan kita, nescaya lepas surat kejahatan di atas tubuh adinda ini.”(Halaman 123)
Anafora.
Maka Tuan Puteri Sa’dung itu tiada mahu. Maka tiada pakai oleh raja Siam. Maka raja Siam pun hendak penggang lagi, lalu disembur oleh Tuan Puteri Sa’dung dengan serampah pinangnya, lalu kenalah dada raja Siam itu. (Hal 124)
Simile
Maka di dalam berkata-kata itu muka Tuan Puteri Sa’dung merah seperti bunga raya kerana sangatlah marahnya seperti ular mengeluarkan bisanya, sambil dipegang hulu pedang. (Hal. 130)
Bahasa perlambangan.
Maka di dalam berkata-kata itu muka Tuan Puteri Sa’dung merah seperti bunga raya kerana sangatlah marahnya seperti ular mengeluarkan bisanya, sambil dipegang hulu pedang. (Halaman 130)
Penggunaan perkatan ’bunga raya’ melambangkan perasaan yang sedang marah.
Personifikasi. Contohnya :
Maka gajah kenaikan Tuan Puteri Sa’dung langsung naik ke atas Bukit Marak itu selalu dan gajah inang yang busu itu naik ditambat di pinggang Bukit Marak itu. (Halaman 132)
Dialek Kelantan.
Maka lalu orang pun beroyat. (hal 139)
Kasih sayang. Nilai kasih sayang ini diterapkan melalui watak Puteri Sa’dung dan Raja Abdullah yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Nilai kasih sayang ini juga dilihat melalui watak Raja Abdullah yang begitu menyayangi isterinya.
Maka sultan Abdullah pun sangatlah marahnya kerana Tuan Puteri Sa’dung itu isterinya. Maka lalu Sultan Abdullah pun berkata, “ Aku tiada maun beri kepada rajamu itu kerana Tuan Puteri Sa’dung itu isteri aku”.
Ketaatan. Sikap ayah dan ibu kandung yang sanggup memberikan anaknya iaitu Puteri Sa’dung untuk dijadikan anak angkat oleh Encik Siti yang merupakan pemerintah di tempat tersebut.
Maka ayahanda dan bonda pun tiada daya upayalah “ Tidak hendak diberipun kerana ia raja besar lagi pula memerintah negeri tiada patut kita tiada beri kepadanya.”
Kerjasama. Rakyat dibawah permerintahan Raja Abdullah yang sentiasa berkerjasama membantu raja Abdullah dan Puteri Sa’dung untuk menghalang serangan musuh daripada Siam terhadap tempat mereka. Nilai kerjasama ini dapat kita lihat melalui ungkapan berikut,
“Maka berjumpalah antara kedua belah pihak itu,.maka berperanglah keduanya itu masing-masing ketumbukan”
Keadilan. Puteri Sa’dung yang berlaku adil terhadap Raja Ibrahim dengan memberikan kuasa pemerintahan terhadap Kota Jasin yang sebelumnya diperintah oleh Sultan Abdullah.
Kebijaksanaan. Tuan Puteri Kembang Bunga yang membuat keputusan untuk melarikan diri bagi mengelakkan dirinya ditangkap oleh Orang Cina Kafir.
Bertanggungjawab. Tanggungjawab Inang Busu dan Inang Tua menghidupkan kembali Puteri Sa’dung yang telah mati dipancung oleh Sultan Abdullah dengan menggunakan jembul yang berisi air Mawar di dalam sanggul Puteri tersebut.
Maka sekalian inang dayang pengasuh itu takut mendengar sabda Sultan Abdullah lalu inang pengasuh yang ramai-ramai duduk bermesyuarat sekalian.” (hal 128)
Kita tidak seharusnya bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir baik buruknya. Misalnya melalui watak Raja Siam, akibat tindakan yang terlalu mengikut perasaan Raja Siam sanggup berperang dengan menyerang Kota Jasin untuk mendapatkan Puteri Sa’dung yang merupakan isteri kepada Sultan Abdullah.
Kita hendaklah sentiasa bersikap adil dalam membuat sesuatu keputusan. Puteri Sa’dung dalam membuat keputusan ketika Raja Ibrahim bertanyakan tentang Kota Jelasin yang tidak mempunyai raja setelah Sultan Abdullah mangkat. Atas rasa keadilan Puteri Sa’dung akhirnya melantik Raja Ibrahim sebagai penganti kakandanya Sultan Abdullah menjadi pemerintah di kawasan tersebut.
Kita janganlah mengambil hak orang lain. Raja Siam yang cuba merampas Puteri Sa’dung menjadi hak miliknya walhal dalam masa yang sama Puteri Sa’dung merupakan isteri kepada Sultan Abdullah.
Hendaklah sentiasa tolong-menolong antara satu dengan yang lain dalam melaksanakan sesuatu perkerjaan. Inang Busu dan Inang Tua yang sangat bertanggungjawab terhadap Puteri Sa’dung. Mereka berusaha untuk menghidupkan kembali Puteri Sa’dung yang telah dipenggal oleh Sultan Abdullah dengan menggunakan air mawar yang terdapat di dalam sanggul tuan puteri
Kita juga hendaklah sentiasa berkerjasama antara satu dengan yang lain. Sikap kerjasama ini juga dapat kita lihat melalui rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung, mereka saling berkerjasama membantu Sultan Abdullah terutamanya ketika serangan Siam untuk mendapatkan Puteri Sa’dung atas perintah Raja Siam..
Ada watak/tokoh sejarah, contoh: Encik Siti/Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah/Sultan Ibrahim/dll.
Ada peristiwa bersejarah, contoh: Siam menyerang negeri Kelantan/Sultan Abdullah membunuh Tuan Puteri Sa'dung/Tuan Puteri Sa'dung membunuh Sultan Abdullah/Raja Siam membawa lari Tuan Puteri Sa'dung/Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh menyerang dan membunuh Tuan Long Pandak ( Raja Kubang Labu ) di Kota Kubang Labu/dll.
Latar masa/zaman bersejarah, contoh: Zaman pemerintahan Encik Siti/Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah/Sultan Ibrahim/Tuan Long Pandak di negeri Kelantan/dll.
Latar tempat bersejarah, contoh: Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Mahligai/Kota Kubang Labu/Kota Jelasin/Bukit Marak/dll.
Sistem pemerintahan beraja/fuedal, contoh: Sultan Abdullah memerintah negeri Kelantan ( Kota Jelasin)/Sultan Ibrahim memerintah negeri Kelantan ( Di Jembal/Kota Teras ).
Ada jawatan pembesar, contoh: Raja Muda Kok Keranji/Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh/Orang Besar Datuk Long Yunus/mendahari/menteri/pegawai/hulubalang/pahlawan dll.
Ada adat-istiadat bersejarah, contoh: Encik Siti mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah secara adat raja-raja besar/Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan rakyat Kelantan mengebumikan jenazah Sultan Abdullah secara adat kebesaran raja-raja di Tasik Padang Layang.
Ada peralatan sejarah, contoh: perahu/gajah kenaikan Tuan Puteri Sa'dung/Keris/istana Kota Jelasin/kain kuning/kain cukin/jembul berisi air mawar/dll.
Orang Siam tewas/kalah berperang dengan rakyat negeri Kelantan/Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana kesaktian Tuan Puteri Sa'dung.
Jampi Tuan Puteri Sa'dung menyebabkan Kota Jelasin dan rakyat ghaib dan jatuh ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama Mahligai.
Raja Siam naik penyakit kayap di dada yang terlalu sakit kerana terkena semburan serampah pinang oleh Tuan Puteri Sa'dung.
Penyakit kayap di dada Raja Siam sembuh semula selepas Tuan Puteri Sa'dung dikeluarkan dari istana dan dihantar balik ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai/negeri Kelantan.
Air mawar dalam jembul di sanggul Tuan Puteri Sa'dung yang disapu oleh inang busu ke mata luka di leher dan seluruh tubuh menyebabkan Tuan Puteri Sa'dung yang telah mati dapat hidup seperti sediakala.
Tuan Puteri Sa'dung mengaibkan/menghilang diri di gua Bukit Marak.
Keturunan Sultan Ibrahim dari raja Jembal jatuh dan tidak naik lagi sebagai pemerintah/sultan di negeri Kelantan kerana terkena sumpah/kemurkaan Tuan Puteri Sa'dung.
Wangkang di Kuala Nama tenggelam selepas Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalamnya.
Raja Nang Cayang ( Raja negeri Pattani ) jatuh sakit teruk kerana memelihara Long Yunus ( anak angkat ) di dalam istananya.
Peristiwa Penting Hikayat Seri Kelantan
( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Encik Siti yang tiada anak sudah sekian lama memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ).
Encik Siti mengambil dan memelihara anak seorang raja Jembal bernama Tuan Puteri Sa'dung sebagai anak angkatnya.
Encik Siti mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah iaitu anak seorang raja Jembal yang juga anak angkatnya secara adat raja-raja besar.
Encik Siti melantik Raja Abdullah sebagai Sultan Abdullah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ).
Encik Siti membina Kota Jelasin sebagai pusat pemerintahan Sultan Abdullah bersama Tuan Puteri Sa'dung di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ).
Encik Siti berpindah dan menjadi raja di Gunung Ayam.
Sepanjang Sultan Abdullah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung yang berpusat di Kota Jelasin negeri dan rakyat sangat aman dan makmur.
Seorang raja Siam sangat tertarik hati kepada Tuan Puteri Sa'dung, iaitu isteri kepada Sultan Abdullah.
Raja Siam telah menghantar utusan dan angkatan perangnya ke Kota Jelasin/Kelantan untuk mengambil Tuan Puteri Sa'dung daripada Sultan Abdullah.
Sultan Abdullah bersama dengan rakyatnya telah menentang angkatan Raja Siam tersebut dan mereka tewas kerana kesaktian Tuan Puteri Sa'dung.
Negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ) ditimpa bala oleh Allah SWT menyebabkan rakyatnya berpecah-belah.
Tentera Siam sekali lagi mengepung Kota Jelasin untuk mengambil Tuan Puteri Sa'dung.
Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( hutan rimba besar ) yang kemudian dinamakan Mahligai tempat tersebut.
Tentera/orang Siam menggunakan khidmat nujum Tuk Ca untuk mengesan tempat persembunyian Tuan Puteri Sa'dung bersama dengan Sultan Abdullah ( suaminya ) dan rakyat baginda.
Dengan bantuan nujum Tuk Ca, orang Siam dapat mengesan kedudukan Tuan Puteri Sa'dung bersama Sultan Abdullah berada di tengah cerang besar.
Tentera Siam sekali lagi mengepung mahligai Tuan Puteri Sa'dung dan Sultan Abdullah.
Sultan Abdullah berbincang dengan Tuan Puteri Sa'dung mengenai tindakan orang Siam yang mengepung istana.
Sultan Abdullah berjumpa dengan Tuk Ca Siam untuk mengetahui tujuan sebenar kedatangan orang Siam yang mengepung istana/mahligainya.
Tuk Ca memberitahu kepada Sultan Abdullah yang Raja Siam mahu mengambil Tuan Puteri Sa'dung untuk dijadikan isterinya.
Sultan Abdullah bersetuju menyerahkan Tuan Puteri Sa'dung kepada orang/Raja Siam selepas berbincang dengan Tuan Puteri Sa'dung semata-mata untuk menyelamatkan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ) daripada serangan Siam.
Tuan Puteri Sa'dung dibawa oleh Tuk Ca dan orang Siam ke benua Siam.
Sepanjang ketiadaan Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Abdullah berkahwin lain dengan yang juga anak raja Jembal.
Tuan Puteri Sa'dung yang dibawa oleh Tuk Ca dan orang Siam diserahkan kepada Raja Siam.
Raja Siam hendak menjadikan Tuan Puteri Sa'dung sebagai isterinya dan hendak memperkosanya.
Tuan Puteri Sa'dung tidak bersetuju dengan permintaan Raja Siam tersebut lalu menyemburkan serampah pinang ke dada Raja Siam.
Raja Siam naik penyakit kayap di dada dan menderita kerana terlalu sakit.
Raja Siam merujuk kepada Tuk Ca mengenai penyakit kayap di dadanya yang terlalu sakit.
Tuk Ca memaklumkan kepada Raja Siam ubat untuk menyembuhkan penyakit kayap di dadanya ialah dengan mengeluarkan Tuan Puteri Sa'dung dari dalam istananya.
Raja Siam menyuruh tujuh orang Siam menghantar balik Tuan Puteri Sa'dung kepada suaminya Sultan Abdullah di Mahligai, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu tujuh orang kafir Siam menghantarnya dan meminta supaya dihantar oleh tujuh orang Siam beragama Islam.
Dalam perjalanan dari benua Siam ke Mahligai, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ), Tuan Puteri Sa'dung sempat singgah di Pantai Kuala Kemayang, di Tanjung Jering dan di Pengkalan Gaung.
Akhirnya Tuan Puteri Sa'dung tiba di Bukit Marak dan seterusnya sampai di Mahligai istana asalnya.
Tuan Puteri Sa'dung berjumpa semula dengan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai.
Tuan Puteri Sa'dung menyuruh suaminya Sultan Abdullah keluar dari Mahligai bersama dengan isteri mudanya.
Sultan Abdullah tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama dengan isteri mudanya.
Sultan Abdullah bergaduh dengan Tuan Puteri Sa'dung.
Sultan Abdullah telah memancung dan membunuh Tuan Puteri Sa'dung.
Tuan Puteri Sa'dung mati kerana dipancung dengan pedang oleh suaminya Sultan Abdullah.
Inang busu dan inang tua menghidupkan semula Tuan Puteri Sa'dung dengan menyapu di tempat luka air mawar yang diambil dari jembul yang terdapat dalam sanggul Tuan Puteri Sa'dung.
Tuan Puteri Sa'dung kembali hidup semula dan mencari Sultan Abdullah yang membunuhnya.
Tuan Puteri Sa'dung membunuh Sultan Abdullah dengan memancung lehernya dengan pedang.
Tuan Puteri Sa'dung menyuruh rakyatnya menguburkan jenazah Sultan Abdullah seperti adat raja-raja mati di Tasik Padang Layang.
Tuan Puteri Sa'dung menyerahkan istana Mahligai kepada bekas isteri muda arwah Sultan Abdullah.
Tuan Puteri Sa'dung berpindah ke Bukit Marak dan menjadi raja yang memerintah rakyat di situ.
Raja Ibrahim ( Adik arwah Sultan Abdullah ) pergi mengadap Tuan Puteri Sa'dung di Bukit Marak untuk memohon menjadi pemerintah di negeri Tanah Sekebun Bunga Cerangtegayung ( Mahligai ).
Tuan Puteri Sa'dung bersetuju dengan permintaan Raja Ibrahim lalu melantik baginda sebagai Sultan Ibrahim yang memerintah negeri tersebut.
Sultan Ibrahim berpindah dari Mahligai ke Kota Teras, Jembal sebagai pusat pemerintahannya.
Sultan Ibrahim memerintah rakyat dan negeri dengan zalim.
Rakyat negeri dan Kota Teras, Jembal mengadu kepada Tuan Puteri Sa'dung di Bukit Marak mengenai kezaliman pemerintahan Sultan Ibrahim terhadap rakyat dan negeri.
Tuan Puteri Sa'dung memberi amaran kepada Sultan Ibrahim sama ada hendak keturunan atau kepapaan.
Kerana susah hati dan merasakan tidak terlepas dari tanggungjawabnya, Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya menghilangkan diri dari Bukit Marak.
Tidak lama kemudian pemerintahan Sultan Ibrahim dan keturunannya dari raja Jembal jatuh dan menjadi kepapaan sehingga negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ketiadaan raja untuk beberapa ketika.
Selepas Sultan Ibrahim, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung diperintah oleh Datu yang berpusat di Pekalan Datu selama lebih kurang tiga tahun.
Selepas Datu, diperintah pula oleh Tuk Raja Udang yang berpusat di Kelucar yang sekarang dipanggil Langgar.
Selepas Tuk Raja Udang, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, diperintah pula oleh Tuan Long Pandak yang berpusat di Kota Kubang Labu. Tuan Long Pandak dibantu oleh dua orang raja muda, iaitu Raja Muda di Kok Keranji dan Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh ( Abang ipar Tuan Long Pandak ).
Rakyat dan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berada dalam keadaan aman dan makmur sepanjang di bawah pemerintahan Tuan Long Pandak yang berpusat di Kota Kubang Labu.
Raja Negeri Kebayat Nenggara lari entah ke mana kerana tewas diserang oleh Raja Negeri China.
Semasa melarikan diri, Raja Negeri Kebayat Nenggara meninggalkan dua orang anak iaitu Tuan Puteri Kembang Bunga ( Perempuan/kakak ) dan Long Sulaiman ( Lelaki/adik ) di dalam negerinya.
Tuan Puteri Kembang Bunga bersama dengan adiknya Long Sulaiman melarikan diri ke negeri Pattani kerana takut ditangkap oleh orang-orang Cina kafir.
Orang Besar Pattani ( Datuk Long Yunus ) mengambil Tuan Puteri Kembang Bunga dan Long Sulaiman sebagai anak angkatnya.
Orang Besar Pattani ( Datuk Long Yunus ) telah mengahwinkan Long Sulaiman dengan anak perempuannya.
Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam wangkang ( jong kecil ) di Kuala Nama kerana susah hati/risau/bimbang disebabkan ramai orang muda dan anak-anak raja yang meminatinya.
Long Sulaiman mengebumikan jenazah arwah kakaknya Tuan Puteri Kembang Bunga di Kuala Nama dengan sempurnanya.
Wangkang/jong kecil di Kuala Nama pun tenggelam sehinggalah ke hari ini.
Isteri Long Sulaiman melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Long Yunus.
Long Sulaiman melarikan diri dari negeri Pattani entah ke mana meninggalkan anak dan isteri kerana susah hati memikirkan kakaknya Tuan Puteri Kembang Bunga yang membunuh diri di dalam wangkang.
Long Yunus yang ditinggalkan di negeri Pattani dipelihara dan dibesarkan oleh ibu dan neneknya Orang Besar Pattani ( Datuk Long Yunus ).
Raja negeri Pattani ( Nang Cayang ) mengambil Long Yunus daripada Datuk Long Yunus sebagai anak angkat baginda.
Raja negeri Pattani ( Nang Cayang ) jatuh sakit sejak memelihara Long Yunus sebagai anak angkatnya di istana.
Ahli nujum memberitahu kepada Raja Nang Cayang ubat untuk menyembuh penyakit baginda ialah tidak boleh memelihara Long Yunus di dalam istana.
Raja Nang Cayang marah dan menghalau keluar Long Yunus dari istana dan negeri Pattani.
Long Yunus keluar dari istana Raja Nang Cayang dan negeri Pettani merantau membawa diri sehingga tiba di Kota Kubang Labu, negeri Kelantan dan mengadap Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu.
Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu mengambil dan memelihara Long Yunus di istananya dan seterusnya melantik beliau sebagai mendahari istana.
Raja negeri Reman telah memarahi dan menghalau keluar anak lelakinya yang bernama Long Jaafar dari negeri Reman.
Long Jaafar keluar dari negeri Reman dengan membawa seekor ayam jantan dan sehelai kain cukin pakaiannya.
Long Jaafar yang berjalan keluar dari negeri Reman tiba di Kota Kubang Labu, negeri Kelantan.
Long Jaafar bertemu dengan Long Yunus di luar pintu istana Kota Kubang Labu.
Long Yunus yang merasa belas kasihan kepada Long Jaafar telah membawa bertemu dengan Raja Tuan Long Pandak ( Raja Kubang Labu ) di istananya.
Raja Tuan Long Pandak membenarkan Long Jaafar tinggal bersama-sama dengan Long Yunus di istana Kota Kubang Labu.
Isteri Raja Tuan Long Pandak, Kota Kubang Labu tertarik hati melihat kain cukin yang dipakai oleh Long Jaafar.
Isteri Raja Tuan Long Pandak menyuruh hambanya pergi meminjam kain cukin kepunyaan Long Jaafar.
Isteri Raja Tuan Long Pandak menyangkut kain cukin tersebut di atas rak kil untuk melihat sebagai panduan contoh tenunan.
Raja Tuan Long Pandak terpandang kain cukin yang tersangkut di atas rak kil tersebut ialah kain cukin kepunyaan Long jaafar
Raja Tuan Long Pandak terlalu marah kepada isterinya dan tanpa menyiasat dengan panjang lebar terus menikam isterinya dengan keris sehingga mati.
Raja Tuan Long Pandak memerintahkan para pembesarnya menghantar mayat/jenazah isterinya kepada Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh ( Abang iparnya ) dengan menggunakan gajah.
Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh terkejut melihat mayat adiknya yang mati ditikam oleh Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu ( Suami arwah adiknya ).
Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh bermuafakat dengan para pembesar, menteri, pegawai, hulubalang, pahlawan dan rakyatnya untuk menyerang Raja Tuan Long
Pandak, Kubang Labu kerana telah memalukannya.
Raja Tuan Long Pandak di Kota Kubang Labu dan berjaya menikamnya/membunuhnya ketika baginda sedang asyik/leka bermain catur.
Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh memerintahkan rakyatnya bersama dengan rakyat arwah Raja Kubang Labu mengebumikan mayat/jenazah Raja Tuan Long Pandak secara adat raja-raja di kubur Kota Kubang Labu.
Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh kembali ke Pasir Mas Seberang Tuk Deh dan memerintah negeri Lenggeh dengan aman dan damai kerana negeri Kelantan pada ketika itu sudah ketiadaan raja/pemerintah/sultan lagi.
29 Jul 2013
Jangan Katakan Tidak ....
Jangan katakan tidak....
Masih ada yang berani dan tabah menaruh kesanggupan
Mencuba apa yang tak pernah terfikir
atau terjarak dari batas mampu
Tak pernah ada kata tidak baginya
Kita harus belajar menjadi berani
dan menguatkan keazaman
demikian, kesungguhan mengejar mimpi
keberanian, kesungguhan mendepani segalanya
Wampler's Ascent Trailer
Heroism takes many forms, has many faces.
Wampler's Ascent is a story of Steve Wampler's legendary climb up
the biggest rock face in the world, El Capitan in Yosemite.
This valiant effort took 20,000 pull-ups climbing
for 6 days and sleeping on the side of the mountain for 5 nights.
Wampler is a husband, father... and has a severe
form of Cerebral Palsy. In a story sure to rouse
compassion, this athlete, who has the complete use
of one limb, his right arm, and uses an electric
wheelchair to get around, overcomes panic and
terror using his steel will, guts and grit to show the
power of the human force. This is a story of
tenderness, warmth and the love of family that has
the toughest among us encouraged by the expanse
of human measure and reach. This is a feel-good
story, which elicits delight and angst, dread and strength of character.
It will leave the viewer moved, encouraged and optimistic,
28 Jul 2013
Eid Mubarak : Imbauan
The Journey - Bernas (2012)
anak-anak tanpa keluarga menempuh aidilfitri
kepahitan yang berladung dalam bingkai perasaan mengenang ibunda
sahabat dan persahabatan
maafkan kami, kami anak yatim
kata-kata yang menghiris sukma
tapi cinta kepada ibu segalanya
ia bukan untuk menghukum jiwa
tapi menginsankan dan menginsafkan kita ...
ia bukan untuk menghukum jiwa
tapi menginsankan dan menginsafkan kita ...
Maxis (2010)
hubungan cinta dan kasih sayang
menjadi kuntum mekar dalam hias keluarga
tiada batas waktu tiada jeda masa
hanya hayat dikandung badan
begitu kekeluargaan membelai ikatan
Petronas (2004)
<
seorang ayah memiliki harapan seluas lautan
dan seorang anak prihatin terhadap nasib orang tua
kehadiran anak muda ini menguatkan harapan
sang ayah bertemu anak tercinta
jauh di sudut hati segalanya berbingkai pahit
tiba-tiba orang asing begitu dekat
dan memberi harap
Perodua (2010)
>
tak ada pemisah pada relung hati
begitu ikat kalbu
tak terpisah oleh jarak dan waktu
Semoga imbauan lebih manis
ada dalam memori anda
Beradalahlah Antara Sepi
![]() |
shared by mikael svensson |
beradalah antara sepi
aduhai awan rendah
agar dapat kutatap garis dan warna yang kaubawa
agar dapat kubaca gelap dan terang yang kauukir
pastinya darimu aku bisa belajar
mengisi sunyi memujuk rajuk
mengendali segenap yang tiba dan pergi
menjerat harap mengintai janji
bertahan dalam tabuh payah atau gendang sulit
yakini aku melayari segenap pintal sepi
semuanya adalah kehidupan yang perlu kupertahan
dengan jemari
dan perlu digalas
dengan bahuku
![]() |
shared by tony ellis |
agar bisa kutatap pelangi
atau bagaimana ribut mengumpul hujan
membanting angin ke lurah bukit dan hijau padang
memang tak ada keriangan dari segala itu
tak pula berladung nestapa darinya
dari segala yang berarak dan berputar di depan mata
aku bisa belajar jadi penyabar
kukuh dengan tekad kejap dengan azam
tak terpatah dalam langkah atau terjatuh dalam pintas
jalan yang penuh liku
mengajar kita jadi berani dan mengerti
begitu dari langitmu
siang atau malam
awanmu mengingatkan
awanmu ada menemani
![]() |
shared by ypille mia |
Asmaul Husna
Asmaul Husna - Sharifah Khasif
ALLAHU Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR RAHMAANU Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya di dunia.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR RAHIIMU Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
AL MALIKU Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
AL QUDDUUSU Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.
AS SALAAMU Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA: Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
AL MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA: Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.
AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL KHAALIQU Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
AL BAARI-U Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
AL MUSHAWWIRU Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL GHAFFAARU Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
AL QAHHAARU Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR RAZZAQU Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.
AL FATTAHU Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
AL QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.
AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.
AL KHAAFIDHU Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA: Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
AR RAAFI'U Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL MU'IZZU Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.
AL MUDZILLU Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.
AS SAMII'U Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
AL BASHIIRU Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL HAKAMU Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
AL'ADLU Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.
AL LATHIIFU Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL KHABIIRU Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA: Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL HALIIMU Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA: Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA: Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA: Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
AL MUQI ITU Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA: Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA: Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
AL KARIIMU Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
AR RAQIIBU Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
AL WAASI'U Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL HAKIIMU Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
AL MAJIIDU Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY SYAHIIDU Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL WAKIILU Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA: Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
AL MU'IIDU Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL MUHYI Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL QAYYUUM Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.
AL WAAHIDU Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA: Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
AL QAADIRU Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL MUQTADIRU Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA: Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL MUQADDIMU Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA: Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.
AL MUAKHHIRU Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL AWWALU Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
AZH ZHAHIIRU Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA: Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.
AL BAATHINU Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA: Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA: Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.
AL MUTA'AALII Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA: Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
AT TAWWAABU Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
AL MUNTAQIMU Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA: Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL 'AFUWWU Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA: Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.
AL MAALIKUL MULKI Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA: Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
DZUL JALAALI wal IKRAAMI Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
AL MUQSITHU Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA: Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.
AL JAAMI'U Ertinya Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.
AL GHANIYYU Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA: Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
AL MUGHNII Ertinya Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
AL MAANI ' U Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA: Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.
ADH DHAARU Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
AN NAAFI ' U Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN NUURU Ertinya Yang menerangi.
KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.
AL BADII ' U Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA: Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
AL BAAQII Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA: Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.
AL WAARITSU Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA: Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.
AR RASYIIDU Ertinya Yang Memberi Petunjuk.
KHASIATNYA: Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
AS SABUURU Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.
Asmaul Husna - Munif Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)