11 Sep 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

prolog
bukan mudah untuk berada pada blog ben ashaari
sehingga beliau membuka pintu untuk segmen
masih ada ruang yang sedikit
masa yang menghambat
saya mencuba untuk bersama...

i.
Mimbar Kata 
adalah blog yang saya bina
bertujuan untuk memberi ruang pada dunia dunia bahasa dan sastera.
Melihat ke dalam dunia yang semakin terpinggir dan dibiarkan.
Saya barangkali tak mampu untuk mengajak semua kembali pada sastera,
puisi, drama, novel, kritikan serta segala aspek seni
yang berkait dengan bahasa dan sastera.
Tapi memulakan ini adalah sebahagian dari
mengisi alam kosong itu.

Berjaya atau tidak
tak tahu pasti....

ii.
Kelebihan 
Mimbar Kata adalah pada bahasa dan imbas inti tentang sastera dan bahasa
Saya berpegang kepada ungkap
Bertinta Sastera Berdakwat Bahasa
inilah kanvas yang menjadi pilihan dalam segala coretan
ingin saya kembalikan keindahan bahasa dan sastera
dalam setiap baris dan ungkap bicara

barangkali ia diterima atau tidak
saya menyusuri benua maya dengan harap dan ingin
kecintaan ke alam bahasa dan sastera akan kembali terjalin
akan tergaris bibit rindu dan kasih mendalam
pada rimbunan kata indah dan segar

manusia ingin pada keindahan
indah bahasa dan kata sebahagian dari segala inti
kehidupan

iii.
 Impian yang ada hanyalah
cebisan kecil harap
agar kemanisan sastera dan bahasa masih dipeduli
diberi tumpu dan tatap
walau dalam masa teknologi begitu mendewa
dan gegar pembaharuan membadai zaman

sastera dan bahasa pernah berada pada sisi terbaik
dalam sejarah negara
ia mungkin tak bisa saya kembalikan
tetapi meneruskan dengan usaha kecil ini
agar masih ada pesona jiwa
dan ingin kalbu
untuk membaca bahasa terindah
kata-kata yang bersulam manis
agar seni tulis itu
tak beredar dan pergi

tapi apalah upaya
seorang yang sekecil saya......

epilog
hanya menumpang keriuhan
di tepi segala kehebatan

ikhlas Mimbar Kata

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena