ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

8 Jul 2017

Yusof Gajah




Yusof Gajah, Pelukis Buku Kanak-kanak Tersohor

Wira Negaraku – Yusof Gajah merupakan seorang pelukis Malaysia yang tersohor dalam genre seni “naive art”. Membesar di Johol, Negeri Sembilan.

Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang seni di Sekolah Seni Rupa di Yogjakarta, Indonesia. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1975 dan memulakan kerjayanya sebagai pelukis sepenuh masa.



Sejak daripada itu, Yusof telah membina reputasi yang hebat di dalam dunia seni dan hasil lukisan beliau diiktiraf secara meluas di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Selain hasil lukisan beliau, Yusof juga telah menulis dan mengilustrasi beberapa buku bergambar kanak-kanak.



Beliau telah menerima beberapa anugerah termasuk Buku Cerita Ilustrasi Terbaik daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Anugerah Noma Concours Grand Prix (ACCU) di Tokyo, Jepun untuk bukunya yang bertajuk, “ Gajah Sebenar “. Beliau juga turut mengendalikan bengkel seni khususnya untuk kanak-kanak.



Isterinya, Zakiah merupakan penyokong setia beliau dan juga merupakan seorang yang senantiasa berada di sisinya.



#Negaraku #CeritaNegaraku





Dato' Faridah Merican





Dato’ Faridah Merican, Ikon Teater Tanah Air

Dikenali sebagai ‘First Lady’ untuk industri teater di Malaysia. Dato’ Faridah Merican telah banyak melakonkan watak dalam naskah antaranya bertajuk Lela Mayang, Tok Perak, Uda dan Dara dan Alang Retak Seribu yang telah mencorakkan arena teater pada zaman 60-an dan 70-an, dan telah menentukan hala tuju teater selama beberapa dekad selepas itu.

Beliau memulakan kariernya di Radio dan TV Malaysia, dan juga terlibat secara tidak langsung dengan agensi periklanan. Beliau kini adalah salah seorang ahli lembaga pengarah di Ogilvy & Mather dan turut menjadi ahli lembaga pengarah dalam beberapa institusi yang lain.



Pada tahun 1989, Faridah telah mengasaskan The Actors Studio bersama dengan suaminya Joe Hasham. Malang tak berbau, pada June 2003, banjir kilat telah memusnahkan kompleks The Actors Studio di Plaza Putra, Dataran Merdeka. Tetapi kejadian itu tidak mematahkan semangat beliau, dan berkat kerja kerasnya, tertubuhlah sebuah lokasi ikonik baru; The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), hasil kerjasama antara YTL Group, Yayasan Budi Penyayang dan The Actors Studio.

Kini, KLPAC telah berjaya menjadi ikon seni dan kebudayaan, mercu tanda sejarah dan juga reka bentuk seni bina yang mengagumkan di bawah pengawasan beliau.

#Negaraku #CeritaNegaraku

negaraku 




Pak Mazin





Pak Mazin,
Pewaris Sulung Seni Pembuatan Keris Tradisional

Abdul Mazin Abdul Jamil adalah seorang ‘Pandai Besi’ yang masih menggunakan cara tradisional untuk membuat keris. Beliau berasal dari keturunan pembuat keris turun-temurun. Banyak bilah keris yang telah dicipta oleh Pak Mazin, antaranya adalah untuk ahli politik, golongan diraja, dan juga peminat-peminat keris dari seluruh pelusuk dunia.



Seni penghasilan keris dengan menggunakan cara tradisional jarang sekali dapat dilihat. Industri pengeluaran secara besar-besaran telah membuatkan seni pembuatan senjata yang unik hampir pupus. Pak Mazin dan keluarganya akan terus mengekalkan tradisi pembuatan keris secara tradisional seperti generasi-generasi sebelumnya.



Pak Mazin bukan hanya seorang pandai besi, beliau turut mengajar seni dan sejarah keris untuk sesiapa yang berminat menimba ilmu. Beliau juga memenuhi permintaan untuk membuat istiadat keris untuk sesiapa sahaja yang menkehendakinya. Itulah yang membuat dia begitu unik. Bukan sahaja dia gemar seni pembuatan keris, malahan masih menempa keris secara tradisional dengan tegar. Tidak lupa juga sifat pemurah beliau,sedia untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesiapa sahaja yang meminati seni pembuatan keris.




negaraku


Datuk Norman Hakim



Datuk Norman Halim, Presiden KRU Studios

Datuk Norman Abdul Halim telah didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 20-an lagi, selepas beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Diploma Perakaunan. Menerusi sifat kebijaksanaan dan kepimpinan beliau, telah menjadi pencetus kepada kejayaan holistik KRU.

Dengan mempunyai visi keusahawanan yang tinggi pula, beliau telah memperoleh sebuah Anugerah Usahawan Cemerlang pada tahun 2007 daripada Anugerah Usahawan Asia Pasifik dan Asia – Anugerah Hak Cipta Pendidik Pasifik (A.C.E.).



Pada hari ini, setelah lebih daripada dua puluh tahun di dalam industri, beliau telah berjaya membawa nama KRU ke persada dunia dan domestik dalam dunia media dan hiburan.

Tenaga pakar seperti Datuk Norman ini merupakan skill yang julung kali ada dalam organisasi yang lain, dan dengan itu, beliau telah menadaptasikan kepakaran beliau ke dalam pelbagai persatuan; Presiden Penerbit Filem Malaysia dan Pengerusi IFPI (Persekutuan Industri Fonografi Antarabangsa) Lembaga Serantau Asia Pasifik.


negaraku


Datuk Yusof Haslam

 

Datuk Yusof Haslam, Pengarah & Penerbit

Datuk Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh adik-beradik dan telah menerima pendidikan di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.



Pada pendapat bapa Datuk Yusof, bidang hiburan tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Oleh kerana itu, dia telah melarang Datuk Yusof untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya dan mula berlakon pada tahun 1970 dengan memainkan watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi sebagai pengawal Menteri Fasola. Sejak daripada itu, tawaran untuk beliau berlakon mula mencurah-curah.

Dari segi pengarahan filem pula, beliau telah mula mengarah pada tahun 1991; filem Bayangan Maut, sebuah filem aksi misteri dibintangi oleh penyanyi rock terkenal Ella. Seterusnya, kerjaya pengarahan beliau diteruskan dengan filem Pemburu Bayang pada tahun 1992, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster pecah panggung, Maria Mariana pada tahun 1996 seterusnya sambungannya dua tahun kemudian.



Selain filem dan televisyen, beliau juga adalah seorang Pengarah Urusan syarikat produksi, Skop Productions yang mempunyai empat anak syarikat – Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (penerbitan cetak) dan ME Communications (komunikasi dan penjenamaan).

Beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara pada tahun 1993 dan Panglima Jasa Negara pada tahun 2001 yang membawa gelaran Datuk, atas sumbangan beliau kepada industri perfileman Malaysia.



#Negaraku #CeritaNegaraku




negaraku

7 Jul 2017

bangku kosong


bangku kosong

diam terbiar
habis pergi kisah dan peristiwa
barangkali ada janji
barangkali ada mimpi
mungkin  ada cerita cinta
di bangku kosong ini
sebelum ia begitu sepi
begitu sendiri

hidup adalah lorong panjang
tali waktu menjadi pencerita setia
segala sabda dan nasib peristiwa
yang pernah meriah riang
kini terbiar sepi dan pilu
yang pernah duka sengsara dan sakit
kini semakin berbalut bahagia
tali waktu menjadi pencerita setia
saat bangku mulai sepi
saat retak berganti-ganti

mungkinkah semua akan kembali
usah disebut lagi
bagi waktu ini
bagaimana menghadapi redup ini
tak pasti


sebentar dalam waktu

sebentar dalam waktu


sebentar dalam waktu
mencari untuk berpijak dan bertahan
sebentar saja
sama ada aku kukuh bertahan
atau rapuh melepaskan
terbawa arus
terbongkar buih 
terjatuh

sebentar dalam waktu
mencari untuk bersabar dan tabah menghadapi
sebentar saja
ledak dan gegar amarah 
meruntuh bumi melambung lahar
segala yang terindah' terbakar
atau kukuh bertahan
menghadap 
sukar

sebentar dalam waktu
menyaksi kita menjadi siapa
api yang membakar
arus yang merempuh
atau bertahan
dengan 
segala 
inti manusia

sholat tahajud



Tata cara Sholat Tahajud itu sangat mudah dan ringkas. Mulai dari niat Sholat Tahajud, jumlah rakaatnya, bacaannya, hingga doa Sholat Tahajud. Semuanya mudah dan ringkas.


Apa itu Sholat Tahajud?

Sholat Tahajud adalah salah satu sholat sunnah yang dilakukan pada waktu malam, dimulai dari setelah Sholat Isya hingga akhir malam sebelum masuk waktu Sholat Fajar (Sholat Subuh). Sholat Tahajud dilakukan setelah bangun dari tidur. Inilah di antara ciri-ciri  khas yang membezakan Sholat Tahajud dengan sholat sunnah lainnya,  orang yang ingin mengerjakan Sholat Tahajud tidur terlebih dahulu, kemudian bangun untuk menunaikannya.

Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا . الإسراء/79

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah Sholat Tahajud, sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’: 79)

Beliau menjelaskan bahawa kata التهجد (at-tahajjud) pada ayat di atas berasal dari kata الهجود (al-hujuud), iaitu  kata yang memiliki dua makna yang berlawanan. Kata “هجد” (hajada)  bermakna “نام” (naama) yang ertinya “tidur”, dan juga bermakna “سهر” (sahiro)  ertinya “terjaga pada malam hari” atau “begadang”.

Jadi, kata “tahajjud” erat kaitannya dengan dua makna ini, yaitu “tidur” dan “terjaga” di malam hari.
Apa zeda Sholat Tahajud dengan Qiyamul Lail?

Qiyamul Lail adalah ketika seseorang menghidupkan waktu malam dengan melaksanakan ibadah apa saja yang disyariatkan dan dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ibadah Qiyamul Lain tersebut tidak hanya Sholat Malam. Ia melibatkan membaca Al-Quran, berzikir, dan ibadah-ibadah lainnya. Untuk melaksanakan Qiyamul Lail tidak mesti harus tidur terlebih dahulu, namun seseorang  langsung melaksanakan Qiyamul Lail setelah Sholat Isya, misalnya dengan membaca al-Quran, berzikir, atau belajar ilmu agama. Demikian juga, seseorang itu melakukan Qiyamul Lail setelah dia bangun dari tidur. Qiyamul Lail tidak disyaratkan dikerjakan dalam waktu tertentu yang lama. Seseorang yang hanya membaca al-Quran sebentar pun sudah terhitung Qiyamul Lail.

Dengan demikian, makna Qiyamul Lail lebih umum dibandingkan Sholat Tahajud. Jika seseorang melakukan Sholat Tahajud beerti dia juga melakukan Qiyamul Lail kerana dia sudah menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah dan ketaatan kepada Allah.

Apa Beza Sholat Malam dengan Sholat Tahajud?

Sholat Malam adalah sholat yang dilakukan pada waktu malam, mulai dari waktu Isya hingga akhir malam sebelum masuk waktu Sholat Subuh. Dan Sholat Malam ini tentu saja adalah bahagian dari Qiyamul Lail. Sholat Malam  dilakukan tanpa didahului tidur terlebih dahulu, seperti Sholat Tarawih yang dilakukan langsung setelah Sholat Isya (khusus pada bulan Ramadhan), atau Sholat Malam juga dilakukan setelah bangun dari tidur malam, seperti Sholat Tahajud dan Sholat Witir.

Jadi, Sholat Tahajud merupakan bahagian dari Sholat Malam. Dan Sholat Malam merupakan bagian dari Qiyamul Lail.

Apa Sholat Tahajud Sama dengan Sholat Tarawih? Sholat Tarawih Apakah Termasuk Sholat Tahajud?

Ustadz Ammi Nur Baits, pengasuh KonsultasiSyariah.com, ketika beliau ditanya apakah Sholat Tarawih dengan Sholat Tahajud itu sama, sehingga jika seseorang sudah melaksanakan Sholat Tarawih tidak perlu melakukan Sholat Tahajud lagi.

Beliau menjawab dengan mengambil referensi dari al-Fatawa al-Mukhtarah Thariqul Islam, yaitu ada keterangan dari Syaikh Hamid bin Abdillah al-Ali bahwa Sholat Tahajud dan Sholat Tarawih merupakan bagian dari Qiyamul Lail. Pada zaman Nabi dan para Sahabat, keduanya dinamakan Qiyamul Lail. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terkadang mengerjakan Qiyamul Lail di awal malam, terkadang di tengah malam, atau terkadang di akhir malam. Dan al-Quran menyebut keduanya dengan menggunakan ungkapan “Qiyamul Lail” dan “Tahajjud”. Tidak ada beza di antara dua istilah tersebut dalam al-Quran.

Kemudian pada masa berikutnya, setelah generasi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kaum muslimin melaksanakan Sholat Malam pada 20 hari pertama di bulan Ramadhan di awal waktu malam (sehabis Sholat Isya), karena waktu ini yang mudah bagi mereka. Dan mereka menyebut Sholat Malam di awal waktu malam bulan Ramadhan ini dengan nama “Sholat Tarawih”. Pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan, mereka mengerjakan Sholat Malam di penghujung malam (sepertiga malam yang terakhir menjelang waktu Subuh) dalam rangka mencari Lailatul Qodar, dan mereka menamakan Sholat Malam pada waktu akhir malam ini dengan nama “Sholat Tahajud”.



Keutamaan Sholat Tahajud

Keutamaan Sholat Tahajud yang Pertama:
Rajin mengerjakan Sholat Tahajud adalah salah satu kebiasaan penghuni syurga ketika mereka dulunya di dunia.

Allah Ta’ala menceritakan kepada kita tentang kebiasaan Sholat Tahajud ini di dalam al-Quran surat adz-Dzaariyaat ayat 15 – 18:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

INNAL MUTTAQIINA FII JANNATIW-WA-‘UYUUN

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-taman (surga) dan mata air-mata air,”

آَخِذِينَ مَا آَتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ

AAKHIDZIINA-MAA-AATAAHUM-ROBBUHUM INNAHUM KAANUU QOBLA DZAALIKA MUHSINIIN

“mereka menerima segala pemberian Rabb mereka. Sungguh mereka itu sebelumnya di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik.”


كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

KAANUU QOLIILAM-MINAL-LAILI MAA YAHJA-‘UUN

“Mereka (penduduk surga) itu (dulunya ketika di dunia) sedikit tidur di waktu malam.”


وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

WA-BIL-ASHAARI-HUM-YASTAGHFIRUUN

“Pada waktu akhir malam (waktu sahur), mereka memohon ampun kepada Allah.”

Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan, “Tak ada satu pun malam yang terlewat oleh mereka melainkan mereka melakukan sholat walaupun hanya beberapa rakaat saja.” (Tafsiir ath-Thabari XIII/197 sebagaimana yang dinukil dari buku Panduan Lengkap Shalat Tahajjud, Syaikh Muhammad bin Su’ud al-Arifi)

Keutamaan Sholat Tahajud yang Kedua:

Sholat Tahajud adalah sholat sunnah yang istimewa, di antaranya kerana Allah secara khusus memerintahkan kita untuk mengerjakannya.

Allah Ta’ala secara khusus memberikan perintah dan mendorong Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melaksanakan Sholat Tahajud, sebagaimana termaktub di dalam al-Quran surat al-Isra ayat 79:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا . الإسراء/97

“Dan pada sebagian malam, lakukanlah Sholat Tahajud, sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’: 79)

Pada Surat al-Insan ayat 26, Allah Ta’ala memerintah kita:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

“Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah (kamu) kepada Allah dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.”

Keutamaan Sholat Tahajud yang Ketiga:

Allah secara khusus memuji orang yang mengerjakan Shalat Tahajud. Orang yang mengerjakan Sholat Tahajud termasuk orang-orang yang bertakwa, taat, dan beruntung.

Di antaranya adalah pada Al-Quran surat As-Sajdah ayat 16:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Lambung mereka jauh dari tempat tidur dan mereka selalu berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut dan harap, mereka juga menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Imam Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini, beliau menyatakan bahwa تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ (lambung mereka jauh dari tempat tidur) yaitu dikarenakan mereka melakukan Qiyamul Lail dan meninggalkan tidur dan berbaring di atas kasur yang empuk. (Tafsir Ibni Katsir VI/363)

Selain ayat di atas, masih banyak lagi pujian Allah di dalam al-Quran kepada orang-orang yang melaksanakan Sholat Tahajud dan Qiyamul Lail:

Surat az-Zumar ayat 9:

أَمْ مَنْ هُوَ قَانِتٌ آَنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآَخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

“(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut terhadap (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ”

Surat Ali Imraan ayat 17:

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ

“(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.”

Keutamaan Sholat Tahajud yang Keempat:

Sholat Tahajud merupakan sholat sunnah terbaik.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ….

“Sholat yang paling utama setelah sholat-sholat wajib adalah sholat malam.” (HR. Muslim, kitab ash-Shiyaam, bab Fadhli Shoumi Muharram, no 1163)

Keutamaan Sholat Tahajud yang Kelima:

Orang yang melakukan Sholat Malam (termasuk di antaranya adalah Sholat Tahajud) dan dia juga membangunkan kekasihnya (suami/isteri) untuk Sholat Tahajud, termasuk orang-orang yang dirahmati Allah.

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari, lalu dia Sholat Tahajud, dan kemudian dia membangunkan isterinya untuk ikut sholat. Jika isterinya tidak mahu bangun maka dia pun memercikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun di tengah malam lalu dia Shalat Tahajud, kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan untuk bangun maka dia pun memercikkan air ke wajah suaminya.” (HR Abu Dawud dalam kitab ash-Sholaah, bab Qiyaamul Lail, no. 1308)

Keutamaan Sholat Tahajud yang Keenam:

Mengerjakan Sholat Malam merupakan kebiasaan orang-orang yang sholeh. Membuat lebih dekat dengan Allah, dapat menghapus kejelekan, dan dapat mencegah perbuatan dosa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ ، فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ ، وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ ، وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ ، وَمَنْهَاةٌ لِلإِثْمِ . رواه الترمذي 3549

“Sebaiknya kalian mengerjakan Qiyamul Lail (Sholat Malam) karena Shalat Malam adalah kebiasaan orang sholeh sebelum kalian, membuat kalian menjadi lebih dekat dengan Allah, dan menghapus kejelekan, serta dapat mencegah perbuatan dosa.” (HR. Tirmidzi no. 3549)

Keutamaan Sholat Tahajud yang Ketujuh:

Sholat Tahajud merupakan salah satu ibadah yang dapat memasukkan pelakunya ke dalam syurga.

Rajin mengerjakan Sholat Tahajud adalah salah satu kebiasaan penghuni surga, sebagaimana yang saya jelaskan pada keutamaan Sholat Tahajud yang pertama di atas. Dari sini dapat kita ambil hikmah bahwa jika kita ingin menjadi penghuni syurga maka merutinkan Sholat Tahajud menjadi suatu niscaya bagi kita selama kita hidup di dunia. Ini adalah peluang langka dan sangat terbatas bagi kita. Jangan sampai kita sia-siakan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda dengan ungkapan yang sangat indah tentang ini. Temukan keindahannya pada pada bahasa aslinya, yaitu bahasa arab, di bawah ini.

Dari Abdullah bin Salam radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Yang pertama kali aku dengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sabda beliau:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

YA AYYUHAN-NAAS, AFSYUS-SALAAM
“Wahai manusia, tebarkanlah salam.”

WA ATH-‘IMUTH-THO’AAM
“Berilah makan (kepada orang yang membutuhkan)”

WASHILUL-ARHAAM
“Sambunglah tali silaturahim.”

WA SHOLLU BILLAILI WANNAASU NIYAAM
“Sholatlah kalian di waktu malam tatkala orang-orang sedang tidur.”

TADKHULUL JANNATA BISALAAM
“Niscaya kalian akan masuk ke dalam surga dengan selamat (tanpa disiksa terlebih dahulu di neraka).”

(HR. Tirmidzi dalam kitab Shifatil Qiyaamah, bab Minhu…, no. 2485)

Ada sangat banyak ayat al-Quran dan Hadis Nabi yang menyebutkan tentang keutamaan Sholat Tahajud. Begitupun pula dengan atsar para Sahabat dan para Salafus Sholeh terdahulu. Hal ini menunjukkan Sholat Tahajud ini memiliki keutamaan yang sangat banyak. Saya kira cukuplah 7 keutamaan Sholat Tahajud di atas sebagai motivasi untuk kita mengamalkannya.
Apa Hukum Sholat Malam?

Sholat Tahajud termasuk diantara Sholat Malam. Mayoritas ulama mengatakan bahwa hukum Sholat Malam adalah Sunnah Muakkadah, yaitu suatu ibadah sunnah yang sangat dianjurkan. Diantara dalilnya adalah:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ….

“Sholat yang paling utama setelah sholat-sholat wajib adalah Sholat Malam.” (HR. Muslim, kitab ash-Shiyaam, bab Fadhli Shoumi Muharram, no 1163)

Dan dalil-dalil lainnya yang disebutkan di atas, semuanya menunjukkan tentang keutamaan Sholat Malam dan sangat dianjurkannya untuk dikerjakan oleh kaum muslimin.

TATA CARA SHOLAT TAHAJUD

Cara Sholat Tahajud itu sangat mudah. Tidak sesulit yang dibayangkan oleh sebagian orang. Berikut ini saya jelaskan cara mengerjakan Sholat Tahajud secara ringkas:
Sholat Tahajud Bagusnya Jam Berapa?

Waktu Sholat Tahajud dimulai sejak masuknya waktu Isya hingga akhir malam, sebelum masuknya waktu Subuh. Sholat Tahajud dilakukan setelah selesai melaksanakan Sholat Isya, lalu Anda tidur terlebih dahulu, kemudian bangun untuk mengerjakannya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إن الله زادكم صلاة فصلوها بين العشاء والفجر

“Sesungguhnya Allah telah memberikan kalian tambahan sholat (yaitu Sholat Witir), maka Sholat Witirlah kalian antara waktu Isya dan Fajar (Subuh)” (HR. Ahmad)

Hadis di atas dijadikan salah satu dalil tentang waktu Sholat Tahajud dikarenakan Sholat Witir merupakan bagian dari Sholat Malam, dan bahkan Sholat itu adalah penutup Sholat Malam. Sedangkan Sholat Tahajud merupakan Sholat Malam (sebagaimana yang saya jelaskan di atas). Jika Anda mengerjakan Sholat Tahajud maka penutup dari Sholat Tahajud Anda adalah Sholat Witir.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

“Jadikanlah Sholat Witir sebagai penutup Sholat Malam kalian.” (HR. al-Bukhari no. 998 dan Muslim no. 751)

Jadi, sebaiknya kita melaksanakan Sholat Tahajud jam berapa?
Anda boleh mengerjakan Sholat Tahajud pada awal malam, pertengahan malam, atau akhir malam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan bahwa Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Sholat Witir pada awal malam, pertengahan, dan akhir malam.” (HR. Ahmad dalam Musnadnya, dengan sanad hasan, no. 16623)

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau berkata, “Setiap malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Sholat Witir, sejak awal malam, pertengahan, dan akhir malam, dan Sholat Witir ini berakhir hingga waktu sahur.” (HR. al-Bukhari dalam kitab al-Witr, bab Saa’aatil Witr, no. 996)

Jadi, bagusnya Sholat Tahajud jam berapa?
Jika Anda ingin melaksanakan Sholat Tahajud pada waktu yang terbaik maka kerjakanlah Sholat Tahajud pada akhir malam. Dan waktu ini direkomendasikan untuk Anda yang mampu dan yakin bisa bangun pada akhir malam. Hal ini berdasarkan Hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini:

من خاف أن لا يقوم آخر الليل ، فليوتر أوله، ومن طمع أن يقوم آخره فليوتر آخر الليل، فإن صلاة آخر الليل مشهودة ، وذلك أفضل

“Siapa yang khawatir tidak bisa bangun pada akhir malam, maka sebaiknya dia melakukan Sholat Witir pada awal malam. Dan siapa yang sangat berkeinginan untuk bangun pada akhir malam, maka hendaknya dia mengerjakan Sholat Witir pada akhir malam, karena Sholat Witir pada akhir malam itu disaksikan (oleh para malaikat), dan (Sholat Witir pada akhir malam) itu lebih baik.” (HR. Muslim dalam kitab Sholaatil Musaafiriin, bab Man Khoofa an Laa Yaquuma min Aakhiril Laili fal Yuutir Awwalahu, no. 755)
Niat Sholat Tahajud

Apa niat Sholat Tahajud? Niat adalah amalan hati. Bagian yang sangat penting dalam setiap ibadah. Setiap ibadah itu tergantung dari niatnya. Dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya.

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه ) رواه البخاري ومسلم في صحيحهما .

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh Umar bin Khaththab radhiallahu ’anhu, beliau berkata, “Saya mendengar Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ’Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya. Dan setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya tersebut menuju Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu hanya tertuju pada apa yang dia tuju.’” (HR. al-Bukhari & Muslim)

Apa niat Sholat Tahajud? Jika yang Anda maksud melafadzkan niat seperti ucapan “usholli…” atau “nawaitu” maka ini tidak ada contohnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mengajarkan kita melafadzkan niat untuk Sholat Tahajud, dan tidak pernah pula untuk sholat-sholat yang lainnya.

Sungguh indah perkataan Imam Ibnul Qoyyim dalam kitab Zaadul Ma’ad, I/201 yang dinukil oleh ustadz Muhammad Abduh Tuasikal ini:
“Jika seseorang menunjukkan pada kami satu hadis saja dari Rasul dan para sahabat tentang perkara mengucapkan niat ini, tentu kami akan menerimanya. Kami akan menerimanya dengan lapang dada. Kerana tidak ada petunjuk yang lebih sempurna dari petunjuk Nabi dan sahabatnya. Dan tidak ada petunjuk yang patut diikuti kecuali petunjuk yang disampaikan oleh pemilik syari’at yaitu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Lihat: https://rumaysho.com/934-hukum-melafadzkan-niat-usholli-nawaitu-2.html)

Perkataan Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah di atas semacam “tantangan” untuk siapa saja yang bisa menunjukkan satu Hadis saja di hadapan beliau tentang melafadzkan niat ini. Tentu saja tidak ada yang bisa karena memang tidak ada contohnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang melafadzkan niat ini.

Jadi, bagaimana niat Sholat Tahajud? cukup Anda berniat di dalam hati. Mudah, ya!
Ketika Anda berencana akan bangun malam untuk melaksanakan Sholat Tahajud maka saat itu pula Anda sudah memasang niat. Ketika Anda sudah bangun malam, lalu Anda bersiap-siap Sholat Tahajud. Ketika Anda sudah berdiri tegak menghadap kiblat untuk melaksanakan Sholat Tahajud maka Anda langsung bertakbir. Ucapkan “Allahu Akbar”, maka saat itu pula Sholat Tahajud sudah Anda mulai.

Agama Islam ini sungguh mudah, saudaraku…
Seandainya setiap ibadah dalam agama Islam ini harus menghafalkan niat, maka sungguh akan terasa sulit, bukan?
Namun, alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah, yang telah menetapkan syariat Islam yang sangat mudah dan indah sekali untuk kita, hamba-Nya.

Sholat Tahajud Berapa Rakaat? Bagaimana Cara Sholat Tahajud Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Jumlah rakaat Sholat Tahajud yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ada beberapa macam. Imam Ibnul Qoyyim menulis tentang cara Sholat Tahajud yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada kitab beliau Zaadul Ma’ad (I/329). Berikut ini beberapa cara Sholat Tahajud yang dicontohkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:



Cara Sholat Tahajud Nabi yang Pertama:

Cara Tahajud Nabi yang diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu:
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun pada malam hari.
Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu shalat 2 rakaat dengan memperlama berdiri, memperlama rukuk, dan memperlama sujud.

Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pergi tidur kembali hingga meniup-niup (maksudnya adalah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa terlebih dahulu sebelum tidur. Dan do’a sebelum tidur sebagaimana yang kita tahu adalah diakhiri dengan meniup-niup)

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan itu sebanyak 3 kali dengan 6 rakaat.
Pada setiap kalinya beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersiwak dan berwudhu.
Dalam bacaan sholat, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat Ali Imraan ayat 190 hingga akhir surat, yaitu mulai dari ayat:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Sholat Witir 3 rakaat.
(HR. Muslim no. 763)

Cara Sholat Tahajud Nabi yang Kedua:
Cara Sholat Tahajud Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang kedua ini diceritakan oleh ibunda Aisyah radhiallahu ‘anha:
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memulai Sholat Tahajud beliau dengan 2 rakaat yang pendek.
Beliau Sholat Tahajud setiap 2 rakaat langsung salam.
Kemudian beliau menyempurnakan Sholat Tahajud tersebut hingga 11 rakaat.
Kemudian terakhir beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Sholat Witir 1 rakaat.

Cara Sholat Tahajud Nabi yang Ketiga:
Sama dengan cara yang kedua di atas, namun beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan sebanyak 13 rakaat.

Cara Sholat Tahajud Nabi yang Keempat:

Cara ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qoshrihaa, bab Sholaatil Laili wa ‘Adadu Raka’aatin Nabiy shallallahu ‘alaihi wa sallam, no. 738:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Sholat Tahajud 8 rakaat, dengan salam setiap 2 rakaat.
Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam Sholat Witir sebanyak 5 rakaat sekaligus tanpa duduk, lalu salam pada rakaat terakhir.

Cara Sholat Tahajud Nabi yang Kelima:

Cara ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qoshrihaa, bab Sholaatil Laili wa ‘Adadu Raka’aatin Nabiy shallallahu ‘alaihi wa sallam, no. 746:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Sholat Tahajud 9 rakaat, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya secara bersambung pada 8 rakaat, beliau kemudian duduk (yaitu duduk tasyahud awal) pada rakaat yang ke-8. Pada rakaat ke-8 ini beliau duduk berda Allah, memuji Allah, dan berdoa kepada Allah.

Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun tanpa salam dan meneruskan rakaat yang ke-9. Pada rakaat yang ke-9 ini beliau duduk (yaitu duduk tasyahud akhir), membaca tasyahud dan salam.
Setelah salam beliau sholat kembali sebanyak 2 rakaat.

banghen
















30 Jun 2017

jalan terbaik

JALAN TERBAIK



jalan terbaik
itu pinta bersama pinta harapan
untuk bersama meneruskan langkah
mencari yang indah yang terbaik
yang meredakan sulit dan sakit
sepatutnya pula kita bersama
bergandingan meneruskan langkah
di jalan terbaik ini
menyaksi manis matahari dari gelap fajar
berbagi cerita bertukar kartu bahagia
untuk perlahan dibaca
menunggu fajar
siapa yang bisa meneruskan
atau terkunci
mati
sendiri



29 Jun 2017

Seni Mengarang Syair : Sumbangsih SN Zurinah Hassan




 Buku Puisi Melayu Tradisional, terbitan Pekan Ilmu 2012, dalam proses ulangcetak
 
 Disertakan dibawah ini sebuah esei berkaitan seni mengarang syair untuk rujukan bersama. Esei ini ditulis oleh Sasterawan Negara Zurinah Hassan

Esei ini merupakan sumbangsih berguna untuk rujukan bersama dalam memahami seni mengarang syair Melayu.




SENI MENGARANG SYAIR
BERPAKSI TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU
Oleh: ZURINAH HASSAN.

Pengenalan:
Syair dan Pantun adalah dua subgenre kesusasteraan Melayu tradisi yang terus akrab dengan masyarakat hingga ke zaman ini. Bentuk puisi Melayu tradisional ini mudah dikenali oleh khalayak, juga masih dikarang dan disebarkan melalui pelbagai media umpamanya dalam acara acara majlis dan dijadikan senikata lagu. Bentuk bentuk yang lain seperti gurindam, seloka, nazam, lebih lebih lagi kitaah, rubayat, mathnawi, semakin jarang ditulis malah kian sukar dikenali oleh generasi muda. Pantun diterima sebagai ciptaan asli masyarakat Melayu, manakala bentuk bentuk puisi yang lain ini dikatakan muncul daripada pengaruh kesusasteraan asing terutama Arab dan India. Hal ini terjadi apabila tanah leluhur Nusantara ini pada suatu masa dahulu menjadi tempat persinggahan para pedagang dan pengembara yang menunggu munsun beredar dan musim bertukar. Di samping membawa pelbagai barang dagangan mereka turut membawa adat resam dan bahasa pengucapan, ekspresi seni termasuk puisi. Tidaklah diketahui bagaimana bentuk gurindam, seloka, nazam dan syair yang mula sampai di Nusantara.

Dari segi pengistilahan dan teknis perkataan syair dipinjam daripada istilah Arab, syi,ir namun kata sepakat dikalangan sarjana telah tercapai bahawa istilah yang dipinjam ini telah dicorak dengan ragam tempatan dengan mengubah suku awal syi kepada sya , lalu menjadi syair. Syair telah menarik perhatian Sarjana dan pengkaji seperti A. Teeuw (1966), Winstedt (1967:186), Hooykaas (1965: 72) Syed Muhammad Naguib al-Attas (1969:178) yang telah mengulas dengan panjang lebar struktur dan asal usul syair Melayu. Tulisan ini juga tidak bertujuan mengulas perselisihan pendapat antara para sarjana tempatan dan sarjana barat tentang perkara tersebut.






Pada asalnya semua terminologi syair, seloka, gurindam, nazam dan sebagainya bermaksud puisi iaitu karangan yang berangkap, sama halnya dengan erti puisi dalam Bahasa Melayu atau poetry di dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu generasi ke generasi ia melalui perubahan dan istilah istilah tersebut merujuk kepada puisi2 tradisi Melayu yang mempunyai bentuk dan ciri-ciri tersendiri serta mengambil fungsi yang berlainan di dalam masyarakat Melayu. Perkataan syair di dalam Bahasa Melayu mendapat pengertian yang khusus iaitu:

· Mengandungi 4 baris dalam serangkap
· Dalam satu baris terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8-12 sukukata
· Rima akhir syair adalah a-a-a-a
· Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri sepertimana satu rangkap pantun.
· Syair tidak mengandungi pembayang maksud seperti pantun

Seni dan teknik mengarang syair memperlihatkan bahawa ianya berpaksi kepada prinsip-prinsip Teori Pengkaedahan Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis isi dan pemikiran serta gaya penulisan syair. Pada umumnya tradisi mengarang syair Melayu ditandai oleh beberapa ciri penting yang mendasari penciptaan pujangga-pujangga silam yang lahir di daerah Nusantara, iaitu:.
· Memulakan syair dengan kalimah bismillah, memuji mensyukuri rahmat Allah
· Menyatakan tujuan bersyair iaitu sebagai peringatan demi kebaikan
· Merendah diri dan menyebut diri sebagai dagang yang hina, miskin dan bermusafir
· Selalu menyebut nama Allah dan Rasul di dalam isi syair.
· Menggunakan unsur alam dalam menyampaikan isi sajak.


TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Teori Pengkaedahan Melayu merupakan sebuah teori yang di kemukakan pada tahun 1989 oleh seorang sarjana tempatan, iaitu Prof Datuk Dr. Hashim Awang. Menurut Hashim Awang (2002:2), teori ini mengandungi rumusan atau formula yang berupa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu di mana pembentukannya adalah bertunjangkan realiti kehidupan dan keagamaan panghasil sastera.

Pendekatan-Pendekatan Dalam Teori Pengkaedahan Melayu

Teori ini terbahagi kepada dua pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Agama yang saling berkait antara satu sama lain. Dua pendekatan ini dibahagikan pula kepada tiga pendekatan. Tiga pendekatan yang ada di dalam Pengkaedahan Alamiah adalah Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. Manakala tiga Pengkaedahan Agama pula ialah Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni.

Pengkaedahan Alamiah merujuk kepada pendekatan yang berteraskan corak hidup masyarakat Melayu yang biasanya boleh dianggap sebagai masyarakat yang ‘mesra alam’. Hal ini bermaksud, masyarakat Melayu sering menjadikan alam sebagai sebahagian daripada diri mereka. Hashim Awang menyatakan bahawa, masyarakat Melayu sering menjadikan alam sebagai faktor untuk memberikan mereka pekerjaan, pengalaman, pengajaran dan kebajikan. Manakala, pengkaedahan keagamaan pula menggunakan pendekatan yang berteraskan akidah agama Islam. Maka, corak kehidupan masyarakat saling berhubung dengan pegangan agama mereka yang majoritinya beragama Islam. Mereka menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan.

Pendekatan Firasat

Pendekatan firasat berasaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang dirakamkan dan dimanifestasikan dalam pengalaman hidup. Maka, dalam pendekatan ini, karya sastera di kaji untuk mencari dan menghuraikan pengalaman hidup, iaitu berhubung dengan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan seterusnya. pengalaman tersebut dapat disingkap untuk mengibarat atau memberi ikhtibar kepada pembaca atau khalayak. Pendekatan ini berasaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu kejadian alam semesta yang memberikan dan memperkayakan pengalaman hidup sama seperti yang ada dalam pendekatan moral. Kejadian alam yang difokuskan di adalah keinginan dan imaginasi yang melahirkan mimpi. Bagi masyarakat Melayu, mimpi merupakan pengalaman hidup yang menarik dan bermakna dalam kehidupan. Mimpi sering diberikan perhatian untuk mendapatkan pengertian atau makna di sebalik kelahirannya. Maka, sastera perlu dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat zahir dan batin atau yang disebut sebagai yang tersurat atau tersirat menjadi alamat untuk mendapatkan makna yang tersirat.



a) Pendekatan Gunaan

Pendekatan gunaan melihat sastera sebagai objek ciptaan yang sama dengan konsep penciptaan objek-objek lain ciptaan Allah. penciptaan yang dibuat mempunyai sebab, tujuan, dan fungsi yang tersendiri. Menurut Hashim Awang (2002), hasil karya yang dicipta akan diteliti dari sudut kegunaan atau manfaat penghasilannya kepada pembaca atau khalayak, dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Jenis atau bentuk kegunaan bergantung kepada pembaca yang menikmati atau mentafsirnya. Dalam hal ini, sastera Melayu, seperti pantun telah mengambil peranan sebagai media pendidikan, alat penawar jiwa, pengungkap perbilangan adat, serta panduan dan tatacara hidup bermasyarakat. Hal ini sama juga seperti objek ciptaan Tuhan, umpamanya sungai yang menjadi sumber air untuk menusia dan segala makhluk Allah.

b) Pendekatan Moral

Pendekatan Moral adalah ekoran daripada dasar yang terdapat di dalam pendekatan pertama. Namun, ia bukan sebagai kewujudan memberi kegunaan tetapi kejadian yang bersifat pengalaman hidup. Maka, dalam pendekatan ini, karya sastera dikaji untuk menyingkap dan menyatakan pengalaman hidup, iaitu berhubung dengan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia-manusia tertentu dan seterusnya. Pendekatan ini dapat dilihat untuk mengibarat atau memberi ikhtibar kepada pembaca tau khalayak.

c) Pendekatan Dakwah

Pendekatan ini melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Setiap karya yang sastera itu dianggap boleh menyampaikan persoalan-persoalan dan memaparkan sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian kekuasaan Allah. Sastera di sini dapat diibaratkan sebagai ‘kitab’ yang dapat membantu insan menganali dengan lebih dekat, sifat dan diri Tuhan sehingga timbulnya pertambahan dan peningkatan rasa kecintaan dan kehormatan insan terhadap-Nya. Maka, karja sastera dilihat sebagai mampu menjelaskan kemurnian dan kelebihan agama Islam. Di samping itu, karya sastera juga dikatakan boleh memaparkan kesucian agama Islam dan menjadi alat mengembang agama Islam.

d) Pendekatan Masyarakat

Pendekatan ini memberi perhatian kepada aspek isi dan persoalan yang menjadi kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh agama. Sastera boleh dijadikan objek untuk menguraikan punca kepincangan masyarakat dan permasalahan yang diihadapi oleh masyarakat. Maka, dapat dilihat bahawa kepincangan yang dihadapi dalam masyarakat yang dipaparkan mestilah bertujuan untuk mencapai kesejahteraan hidup bermasyarakat dan pengukuhan keimanan serta ketaqwaan. Antara isu-isu yang dilihat ialah ketidakadilan, kemungkaran, penipuan, rasuah dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa, segala aspek politik, ekonomi, moral, pemikiran menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat akan dijadikan subjek utama.

e) Pendekatan Seni

Pendekatan seni memberi tumpuan kepada unsur keindahan dalam sastera. Keindahan yang dimaksudkan ialah keindahan nilai etika yang sudah pasti pula tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam. Keindahan yang demikian sifat dan tuntutannya, menjadi objek penelitian untuk ditemukan dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaannya; bentuk harfiah dan dalamannya, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan, atau gaya bahasanya. Apa yang dipentingkan daripada penggunaan pendekatan ini dalam penelitian sastera ialah menemukan segala-galanya untuk kemudiaannya menghasilkan ‘keindahan’ itu kembali, bagi memperkukuhkan tapak-tapak asas yang murni lagi suci,iaitu keimanan, ketakwaan, dan kecintaan kepada Allah

Hashim Awang mengatakan bahawa, karya sastera diukur daripada isi dan penyampaiannya. Isi yang baik adalah isi yang membawa nilai yang baik dan positif yang dapat memberi teladan kepada orang Islam secara khusus dan juga kepada bukan Islam. Daripada perspektif Pendekatan Seni, penyampaian unsur pisitif di dalam sesebuah karya ini tidak semestinya bersifat langsung, ia dapat disampaikan secara halus.


Seni mengarang syair Melayu

Prinsip prinsip Teori Pengkaedahan Melayu yang bertunjangkan alam dan agama Islam, jelas terlihat di dalam syair-syair yang dikarang oleh pujangga Melayu. Tulisan ini berpandukan beberapa syair tersohor Nusantara. Pilihan ini adalah untuk mengimbangkan penulisan syair yang lama hingga ke penulisan terkini.
1. Syair Perahu, karangan Hamzah Fansuri, penyair tasawuf agung Melayu di Aceh abad ke 17,
2. Syair Rakis, karangan Pengiran Md Salleh ditulis sekitar 1840han, diterbitkan semula oleh Pusat Sejarah Brunei, tahun 1983.),
3. Syair Asli Rejang Hari,karangan Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adu Khairi Waddien , Sultan bagi Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan nama Muda Omar Ali Saifuddin
4. Syair Madah Permata karya Ibnu ‘Abdir- Raheem, 2001, ( edisi kedua 2014)., Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Memulakan dengan kalimah bismillah dan memuji Allah dan Rasul.

Pada umumnya Pengarang syair akan bermula dengan menyebut nama Allah dan berselawat ke atas RasulNya diikuti dengan pengarang menyatakan niat atau tujuannya menulis syair.

Bismillah itu mula karangan
gurindam bayu nama timangan
kisah rencana dagang buangan
nestapa lara di gunung larangan
(Syair Rakis rangkap pertama)

kumulakan syair dengan bismillah
sambil bertahmid Alhamdulillah
Mensyukuri rahmat kebesaran Allah.
Atas nikmatnya yang tidak terjumlah
(Madah Permata: 3)

Bermula bismillah syair dicipta.
Mensyukuri Allah maha pencipta
Tuhan pentadbir alam semesta.
Rahmatnya luas merata rata.
(Madah Permata :2)



Menyatakan tujuan bersyair:

Sesudah melafazkan Bismillah, seorang pengarang,akan menyatakan tujuan beliau mengarang syair itu. Pengarang akan mengatakan bahawa beliau sedang menulis syair dengan sesuatu tujuan yang biasanya adalah untuk menyampaikan pesan ke arah kebaikan untuk masyarakat, negara, bangsa dan agama. Ini adalah selaras dengan penciptaan sastera Melayu sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu sastera dikarang oleh pengarang dengan penuh kesedaran akan peranannya sebagai pengarang, sepertimana beliau sedar akan kewujudan dan tanggungjawabnya sebagai insan ciptaan Allah. menyatakan bahawa tujuan syair. Permulaan atau rangkap satu Syair Bidasari berbunyi:
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil-ibarat.

Syair Bidasari (Jamilah Haji Ahmad (ed.) 1989), ialah syair naratif atau syair cerita. Hal ini disedari oleh pengarangnya yang mengatakan bahawa syair tersebut ”dijadikan hikayat”, namun hikayat atau kisah yang terdapat di dalamnya bukanlah untuk hiburan semata-mata. Pengarang menyatakan bahawa beliau mengarang dengan tujuan menjadikannya ”tamsil ibarat”, menepati fungsi sastera sebagaimana diperjelaskan oleh Teori Pengkaedahan Melayu.

Mengarang hikayat dengan niat untuk menjadi teladan atau ibarat adalah selaras dengan prinsip teori yang melihat karya sastera sebagai sumber contoh teladan dan pengibaratan yang dapat membawa kebaikan kepada kehidupan manusia. Hal ini terbentuk oleh tujuan yang dinyatakan di dalam Al-Quran “Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh teladan (mengenai) kisah-kisah dan berita orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu)bertaqwa” (Surah An-Nur, ayat 34 ).

Hamzah Fansuri Pengarang Syair Perahu juga menyatakan bahawa tujuan menulis syair ialah untuk “membetuli jalan tempat berpindah”. Dengan ini pengarang memberi peringatan kepada pembaca yang mungkin tergelincir atau alpa, dalam kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini.
Inilah gerangan suatu madah
Mengarang syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah iktikad diperbetuli sudah.

Kesedaran ini turut dilihat pada Muda Omar Ali Saifuddien yang menyatakan bahawa tujuan mengarang syair adalah untuk menyampaikan pesanan kepada anakndanya supaya mengenang jasa orang orang yang telah berbuat kebajikan.
Anaknda tuan mahkota Hassan
Kepada anaknda ayahnda berpesan
Hendaknya dikenang jasa berkesan
Pada mengingatkannya janganlah bosan.
(Syair Asli Rajang Hari: rangkap 91).

Ibnu Abdir Raheem menyatakan bahawa tujuan menulis syair ialah untuk direnung dan difikirkan
Syair bernama madah permata.
Kukarang untuk anakku tercinta
Sebagai bingkisan mutiara kata.
Menjadi penyuluh di gelap gelita
(Madah Permata: 3).


Memulakan syair dengan lafaz Bismillah diikuti dengan menyatakan dengan jelas tujuan bersyair adalah teknik mengarang yang berpaksikan Teori Pengkaedahan Melayu. Melafazkan nama Allah menandakan bahawa penyair Melayu menulis dengan niat bahawa setiap sesuatu yang dibuat mestilah kerana Allah. Melafazkan tujuan menulis boleh disamakan dengan menzahirkan dan meneguhkan niat di dalam melakukan ibadat. Mengikut Hashim Awang, “lazimnya pengarang Melayu memulakan penulisan dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah, dikuti dengan ucapan salawat kepada Nabi Muhammad saw. dan kemudiannya dijelaskan niat dan tujuan murninya menghasilkan karya. Selepas itu barulah penulisan teks, atau penulisan karya sebenar terlaksana". (Hashim Awang,1993)
Hal ini juga membuktikan bahawa Pengarang Melayu sentiasa berpegang kepada pada hakikat bahawa Allah mencipta sesuatu dengan bertujuan, iaitu untuk memberi manfaat kepada manusia. Dan manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah menepati ayat yang bermaksud “Tidak kucipta jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”. Penciptaa syair membuktikan bahawa pemikiran pengarang dibentuk oleh ajaran Islam bahawa Manusia dicipta dengan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah dan menegakkan kalimah syahadah, iaitu menegakkan syariat Islam. Hal ini sangat lumrah dalam syair Ibnu Abdir Raheem.
Dengan kejadian sempurna dan indah.
Manusia diciptakan membawa risalah
Demi menegakkan kalimah syahadah.
Kalimah tayyibah lailahaillah
(Madah Permata:5)

Semuanya itu diciptakanAllah.
Yang maha pengasih lagi pemurah
Supaya manusia mengambil faedah.
Bagi mengukuhkan iman dan akidah.
( Madah Permata: 9).

Pengarang syair merendah diri.

Gaya penulisan syair seterusnya ialah Pengarang memperkenal dan menyebut dirinya sebagai miskin dan fakir. Dalam masa menulis itu pengarang menggambarkan diri sebagai sedang bermusafir, berdagang atau berkelana. Kata dagang membawa citra pengembara yang berada di tempat orang, justeru itu tidak berkuasa Ini adalah gaya merendah diri yang digunakan oleh pencipta pantun, sebagaimana yang digambarkan di dalam pantun berikut:
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya terbuang lalu

Pengenalan diri pengarang sebagai pengembara yang tidak berdaya itu tergambar di dalam Syair Rakis:
Namaku Misa Panji Larangan
dari kecil timang-timangan
sudah sekarang buang-buangan
di negeri orang keseorangan.

Di gunung larangan asmara guna
menyamar jadi papa kelana
segenap desa pantai saujana
membawa nasib tiada berguna


Gambaran rendah diri, berkelana atau bermusafir itu terdapat di dalam ungkapan buang buangan, membawa nasib tiada berguna, di negeri orang keseorangan, papa kelana,
Amalan merendah diri menjadi kelaziman pengarang syair tidak kira walaupun pada realitinya Pengarang adalah seorang Sultan yang memiliki kekayaan dan kuasa. Hal ini jelas dilihat dalam Syair Asli Rajang Hari karya Muda Omar Ali Saifuddein, iaitu nama yang digunakan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adu Khairi Waddien , Sultan bagi Negara Brunei Darussalam.
Kadar hanya menyusun sajak.
Dagang nin bukan yang pandai bijak
Hanya mengikutkan dakwat melajak.
Kalam berlari tiada berjejak.
(Syair Asli Rajang Hari: 495)

Rangkap ini memperlihatkan bagaimana seorang pengarang syair tetap menggambarkan keadaan dirinya sebagai tidak berkuasa dan tidak berdaya walaupun pada realiti kehidupannya adalah seorang yang memiliki kuasa. Citra ini dibawa oleh dua baris “Dagang nin bukan yang pandai bijak/Hanya mengikutkan dakwat melajak”. Pengarang mengaku dirinya bukan seorang yang bijak. dan hanya mengharapkan kuasa lain iaitu kuasa Allah untuk melajakkan kalam atau menggerakkan pemikirannya. Ini adalah suatu pengakuan terhadap kuasa Allah di dalam menggerakkan ilham yang menjadi pegangan dalam proses kreatif atau kepengarangan Islam.
Citra miskin dan dagang diteruskan oleh Ibnu Abdir Raheem.

Dengarlah anakanda muda jauhari.
Tiada harta yang dapat kuberi
Melalui syair ayahnda berperi.
Sebagai panduan di kemudian hari

PENGGUNAAN UNSUR ALAM SEBAGAI PERLAMBANGAN.

Citra alam menambah nilai estetika di dalam puisi Melayu khasnya puisi Melayu tradisi termasuk syair. Penggunaan unsur alam berkait rapat dengan Pendekatan Firasat, Teori Pengkaedahan Melayu, yang menggariskan bahawa penciptaan sastera adalah sebahagian daripada kejadian alam yang mempunyai makna atau maksud, atau berlaku dengan unsur kemisterian yang penemuannya itu hanya dapat dikerjakan melalui proses takbir atau tafsiran. Kemisteriannya itu terdapat dalam bentuk corak atau teknik penyampaiannya, seperti penggunaan bahasa yang berlapis dan pemakaian lambang terutama lambang dari unsur unsur dan objek objek alam dan alamiah, Kemisteriannya itu juga terdapat dalam corak persembahannya, maksudnya karya sastera itu mengandungi makna di sebalik apa yang berlaku. Ini bererti bahawa sastera itu mengandungi dua lapis makna, iaitu lapis makna yang tersurat dan lapis makna yang tersirat. Makna yang pertama adalah jelas, tetapi makna yang kedua memerlukan mata hati, atau pemikiran dan keintelektualan untuk memahaminya. Hal yang pertama itu dipenuhi dengan penanda atau alamat tertentu, yang terkandung dalam pemaparan pengisahan dan maklumat pada hasil karya sastera. Dari lapis yang tersurat ini akan dapat dicari makna yang tersembunyi. Makna yang tersembunyi itulah yang menjadikan sesuatu hasil karya sastera benar-benar bermutu (Hashim Awang, 2002:5).
Hal ini dianalisis melalui gaya pengucapan Syair Rakis.
Di gunung larangan asmara guna
menyamar jadi papa kelana
segenap desa pantai saujana
membawa nasib tiada berguna

Membawa nasib untung sendiri
meninggalkan rumah anak isteri
masuk segenap desa dan negeri
seperti orang hendak mencari

Seperti burung lepas tangkapan
terbangnya tiada lagi hinggap hinggapan
bunga dan buah tiada dimakan
daripada bagas kemasygulan

Sebut namaku dagang asmara
tiada tentu desa negara
bercerai dengan sanak saudara
membawa nasib untung ketara

namaku Misa Panji Larangan
dari kecil timang-timangan
sudah sekarang buang-buangan
di negeri orang keseorangan.

Setelah baris pembukaan “bismillah itu mula karangan”, pengarang Syair Rakis memperkenalkan dirinya dengan nama Gurindam Bayu dan Dagang Asmara tidak sebagai seorang Pengiran, keluarga diraja dan wakil pemerintah Brunei di Sarawak. Perkataan Bayu dan Dagang memberi gambaran kedudukan yang tidak tetap. Pengarang seterusnya menggambarkan keadaan dirinya yang nestapa, menjadi dagang buangan yang sedang membawa diri di segenap desa dan pantai yang saujana.
Syair ini diperindah dengan penggunaan imej alam seperti gunung, pantai, dan burung yang sedang terbang.. Terdapat unsur metafora gunung larangan yang membawa maksud suatu tempat yang terpencil dan penuh kesukaran ; pantai saujana memberi gambaran tempat yang sangat luas dan perjalanan panjang yang telah ditempuhi untuk mencari sesuatu. Penyair membuat misalan dirinya seperti burung yang sedang terbang tetapi tidak hinggap di mana-mana ranting dan tidak singgah untuk mematuk buah dan bunga. Pengarang syair menganggap dirinya sedang merana keseorangan. Gambaran ini adalah tepat untuk menimbulkan suasana cemas seorang yang sedang dalam pelarian atau sedang diburu. Pembaca tertanya-tanya adakah dia telah dianiaya dan disingkir daripada tempatnya yang hak. Adakah dia sedang diburu oleh musuh sehingga takut untuk berhenti atau berehat di mana-mana.

Terdapat unsur metafora gunung larangan yang membawa maksud suatu tempat yang terpencil dan penuh kesukaran ; pantai saujana memberi gambaran tempat yang sangat luas dan perjalanan panjang yang telah ditempuhi untuk mencari sesuatu. Penyair membuat misalan dirinya seperti burung yang sedang terbang dan oleh kerana berada di dalam kecemasan, tidak hinggap di mana-mana ranting dan tidak singgah untuk mematuk buah dan bunga.

Ibnu Abdir Raheem sebagai penerus tradisi kepenyairan Melayu turut menerapkan unsur alam di dalam syair syairnya. Terdapat citra alam yang diadun di dalam bentuk perlambangan, metafora, simile dan personifikasi sebagai perantara bagi membawa makna yang mahu disampaikan. Analisis penggunaan unsur alam dalam syair IAR dibuat berpandukan rangkap rangkap di bawah:
Allah ciptakan bulan dan bintang
siang dan malam pagi dan petang
Laut yang biru luas terbentang
bukan sekadar untuk dipandang
(Madah Permata: 24).

Allah ciptakan siang dan malam.
Yang satu terang yang satu kelam
Hikmatnya luas amat mendalam
Bukti keagungan khalikul alam.
(Madah Permata : 4).



Dua rangkap di atas merujuk kepada kejadian alam khasnya cakerawala, peredaran waktu dan hari, siang dan malam yang telah diatur oleh Maha Pencipta. IAR menyebut kejadian bulan dan bintang dan laut biru terbentang yang bukan semata-mata untuk dipandang tetapi mesti diperhati dan difikirkan. Kejadian bulan dan bintang juga dijelaskan di dalam ayat Al-Quran yang bermaksud; ”Dan Ia pula yang mencipta matahari dan bulan serta bintang-bintang semuanya tunduk kepada perintahNya” (Surah Al-A’raf, ayat 54). Mohd. Kamal Hassan, “Seni dan sastera yang dituntut oleh Islam mendapatkan visi hidupnya dan visi keindahannya daripada Al-Quran yang amat nyata memperlihatkan pertemuan yang sempurna antara kebenaran, kebaikan dan keindahan bahasa” (1981: 49).

Pertukaran malam dan siang adalah ketentuan Allah yang membuktikan kebijaksanaanNya. Pemikiran ini adalah selaras dengan maksud ayat “Bahawa sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Surah Ali-Imran, ayat 190). Peredaran waktu adalah bukti kesempurnaan ciptaan Allah SWT dan rahmat yang dikurniakanNya. Hal ini diterangkan melalui ayat yang bermaksud, “Dan sebahagian daripada rahmat Allah itu ialah dijadikanNya bagimu malam dan siang, agar kamu dapat beriistirahat dan bekerja mencari rezeki kurniaNya, dan akhirnya agar kamu sekelian suka bersyukur” (Surah al-Qasas, ayat 73).
Penggunaan unsur alam juga terdapat di dalam bait:
Ingatlah wahai anakanda tersayang.
Payung yang buruk jangan dibuang
Dibawa berjalan di hari benderang.
Kemungkinan hujan menjelang petang.
(Madah Permata:23).

Pada rangkap ini terdapat simbolisme yang menarik. IAR menggunakan unsur cuaca untuk menerangkan tentang kehidupan manusia yang tidak dapat ditentukan atau diramal kerana segalanya berada di bawah takdir Allah SWT. Cuaca terang dikaitkan dengan waktu senang sementara hujan menandakan kesukaran. Keadaan cuaca yang tidak menentu mengingatkan manusia supaya berhati-hati.

Suatu simbolisme yang lumrah di dalam puisi Melayu, ialah laut dan lautan. Simbol laut dan dan perjalanan laut telah digunakan oleh pemikir Melayu untuk memahami dan menjelaskan konsep-konsep metafizik. Antara pemikir Melayu-Islam yang terkenal dalam mempelopori kaedah pemikiran simbolik ini ialah Hamzah Fansuri, yang menggunakan perahu yang belayar di laut sebagai perjalanan hidup manusia menuju ke akhirat di dalam syair Perahu yang termasyhur itu.
Wahai muda kenal dirimu
ialah perahu tamsil tubuhmu
tiadalah berapa lama hidupmu
ke akhirat juga kekal diammu.

Hai muda arif budiman
hasilkan kemudi dengan pedoman
alat perahumu jua kerjakan
itulah jalan membetuli insan
(Syair Perahu , sumber: Harun Mat Piah, 1997:255)

Aplikasi Pendekatan Firasat terhadap syair syair ini memperlihatkan bahawa hidup manusia umpama perjalanan menuju ke suatu pelabuhan yang telah ditentukan. Ibnu Abdir Raheem meneruskan simbolisme ini
Hidup bagaikan suatu pelayaran
penuh ranjau serta cabaran
jika berani menghadapi kesukaran.
pasti selamat sampai di pangkalan.
(Madah Permata: 27)

Di sini pengarang menggunakan laut bagi mengibaratkan bahawa hidup di dunia diibaratkan satu pelayaran yang pasti menempuh ombak, gelombang dan badai. Manusia harus tabah dan sabar disamping meningkatkan ilmu bagi menempuh segala rupa kesukaran. Pada laras yang lebih tinggi laluan ini mengandungi makna tersirat, iaitu kehidupan dunia adalah laluan ke akhirat, iaitu yang dilambangkan oleh IAR sebagai “Sampai di pangkalan”. Aspek ini selaras dengan ayat Al-Quran yang bermaksud, , “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki dan juga supaya kamu bersyukur (Surah Al-Jaathiyah, ayat 12).

Pandangan yang diutarakan ini dapat dibandingkan dengan pemikir-pemikir Islam yang turut mengumpamakan kehidupan di dunia sebagai satu pelayaran di tengah lautan yang dalam. Syeikh Abdul Qadir Al Jailani berucap di Madrasah al-Ma’murah, 9 Zulkaedah 545 H. “Wahai anakku, dunia ini adalah samudera, dan iman adalah perahunya. Angin haluan adalah ketaatan, sementara pantai itu adalah ibarat akhirat” (2003: 157).Beliau juga mengucapkan:
Waspada dan hati-hatilah kamu terhadap gelombang samudera dunia, kerana tidak sedikit makhluk yang karam di dalamnya. Ia merupakan samudera yang sangat dalam, yang mampu menenggelamkan segala-galanya. Hanya sahaja Allah akan menyelamatkan daripada hempasan gelombang samudera itu (2003:44).

Beberapa rangkap syair IAR turut mengandungi perlambangan dari tumbuh tumbuhan. Antara bait yang paling berkesan dan memperlihatkan nilai estetika yang tinggi ialah:
Dunia ini ladangnya akhirat.
Benihnya iman serta syariat
Bunganya takwa serta ibadat.
Buahnya syurga di hari kiamat
(Madah Permata:26)

Rangkap ini mengumpamakan dunia sebagai ladang. Hasil tanaman adalah amalan yang akan diberi ganjaran di hari kemudian. Perlambangan ini memperlihatkan jalur pemikiran yang berakar umbi dan terbentuk oleh Islam. Menanam pokok atau berladang sering dijadikan simbol berusaha untuk mendapatkan ganjaran di akhirat. Ternyata pemikiran ini dipengaruhi oleh hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Dunia adalah ladang akhirat. Barang siapa menanam kebaikan, maka dia akan memetik hasil keuntungannya. Dan barang siapa menanam keburukan, maka penyesalan adalah hasil yang akan dipetiknya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis dipetik oleh Abdul Qadir Al-Jailani di dalam bukunya Al-Fath Ar-Rabbani yang diterjemahkan sebagai Wahyu Agung oleh Muhammad Qodirun Nur (2004:35).


KESIMPULAN:

Seni mengarang dan tradisi penulisan syair Melayu adalah selaras dengan penciptaan sastera yang digariskan di dalam Teori Pengkaedahan Melayu iaitu sastera yang menjalankan fungsi dedaktik dan menyampaikan pesan ke arah kebaikan. Mengarang syair Melayu adalah proses kreatif yang berpaksikan amalan dalam kehidupan Islam yang menggariskan bahawa setiap perbuatan harus dilakukan dengan tertib, mengikut aturan dan hukum-hukum yang sudah ditetapkan. Teknik penulisan ini mengukuhkan pandangan Hashim Awang bahawa Pengarang Melayu sentiasa berpegang kepada pada hakikat bahawa Allah mencipta sesuatu dengan bertujuan, iaitu untuk memberi manfaat kepada manusia. Dan manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah menepati ayat yang bermaksud “Tidak kucipta jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”. Dengan adanya teknik atau keteraturan itu timbullah keindahan seni, atau estetika, dalam penciptaan sastera tersebut. Hal ini adalah bertepatan dengan tuntutan Islam sebagai agama yang mengutamakan keteraturan dan keindahan. Tuntutan ini dijelaskan melalui dua buah hadis nabi yang masing-masing bermaksud bahawa "Tuhan itu indah dan Dia sukakan keindahan" dan " Dari sudut Pendekatan Gunaan sastera dilihat sebagai suatu objek atau benda ciptaan yang sama dengan konsep penciptaan objek-objek lain ciptaan Tuhan. Kejadiannya atau penciptaannya itu mempunyai sebab, hikmah, fungsi tujuan, serta ukuran dan imbangannya. Sastera/syair dicipta supaya boleh dimanfaatkan oleh manusia sama seperti objek alam yang lain, bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar" (Surah az-Zumar, ayat 5).
Syair juga berisi seruan untuk anggota masyarakat supaya mengerjakan kebaikan, memberi motivasi kepada masyarakat untuk mempertingkatkan kedudukan dan kemuliaan diri sendiri dan saudara-saudara sebangsa dan seagama.Mengarang syair dijadikan kegiatan berdakwah iaitu kegiatan yang dituntut oleh Islam mematuhi seruan yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan merekalah umat yang beruntung" (Surah Ali-Imran ayat 104).

RUJUKAN

Aminah Haji Momin, 2009, “Mencarukkan Syair Asli Rajang Hari dari perspektif sastera Islam, Pangsura, Jurnal Pengkajian Dan Penelitian Sastera Asia Tenggara , Januari- Jun 2009.
Ibnu ‘Abdir- Raheem, 2001, ( edisi kedua 2014)., Syair Madah Permata, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Pengiran Shahbandar Pengiran Md. Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda, Syair Rakis / kata pengantar Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama, Awang Haji Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang Haji Umar, Pusat Sejarah Brunei 1983.
Zurinah Hassan, 2010, Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden, Bangi, Penerbit Ukm,
Zurinah Hassan, 2012, Puisi Melayu Tradisional, Pantun, Syair, Gurindam, Seloka, Kuala Lumpur. Pekan Ilmu,

interpretasi

kenangan hentian putra

Hentian Putra tinggal kenangan


BANGUNAN Hentian Putra yang menyediakan perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Kelantan dan Terengganu kini sedang dirobohkan untuk tujuan pembangunan. - UTUSAN ONLINE

Fauzi Suhaimi

30 April 2017 2:02 PM

KUALA LUMPUR 30 April - Kenangan warga kota dari Kelantan dan Terengganu yang berebut untuk mendapatkan tiket bas pada musim perayaan, ditinggalkan bas dan ditipu ulat tiket serta banyak lagi bagai terpadam sekelip mata.

Ini kerana, sejarah dan kenangan yang dicoretkan di Hentian Putra, Jalan Putra, di sini ketika dahulu seakan-akan lenyap selepas isu pemindahan hentian tersebut yang dipusatkan di Terminal Bas Selatan (TBS) pada Disember 2014.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, kerja-kerja merobohkan bangunan itu giat dilaksanakan sejak dua hari lalu.

Menurut salah seorang bekas pengguna perkhidmatan itu, Mohd. Asyraf Mohamad Musa, sejarah itu kini hanya tinggal kenangan dan tiada lagi bunyi gema suara orang pantai timur khususnya pada musim cuti perayaan di hentian bas berkenaan.


“Saya pernah menggunakan perkhidmatan bas di hentian tersebut suatu ketika dahulu dan ia sudah pasti akan menggamit kenangan selapas melihat struktur bangunan itu sedang dirobohkan.” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Hentian Putra tutup, bas Pantai Timur ke TBS 1 Disember

21 November 2014

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perkhidmatan bas ekspres laluan Pantai Timur yang melibatkan perjalanan ke Pahang, Terengganu dan Kelantan di Hentian Bas Putra (HBP) dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), berkuat kuasa 1 Disember depan.

SPAD dalam kenyataannya berkata, tindakan tersebut diambil berdasarkan laporan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada awal Ogos lalu tentang keada­an bangunan HBP yang tidak lagi selamat kerana kerosakan pada struktur bangunan yang lama.

“Laporan itu dibuat berikutan beberapa siri mesyuarat yang membincangkan pelbagai isu seperti kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bagaimana membendung aktiviti ulat tiket.

“TBS yang terletak di Bandar Tasik Selatan mempunyai kapasiti yang cukup untuk menampung keperluan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan pantai timur dan operasi bas dapat dijalankan dengan lebih cekap serta teratur,” katanya.

Tambahnya, TBS menawarkan kemudahan yang selesa dan moden kepada penumpang serta memberi pelbagai pilihan ke pusat bandar seperti transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KLIA Transit, bas dan teksi.

“Skrin paparan jadual perjalanan bas juga digunakan di terminal ini yang menyenaraikan jadual ketibaan dan pelepasan setiap bas dan dilengkapi sistem tiket berpusat yang dilihat mampu membendung aktiviti ulat tiket,” katanya.

“Selain itu, terminal ini juga mempunyai 500 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipantau oleh polis bantuan, khidmat simpanan bagasi, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka dan medan selera,” katanya.

utusanonline


Tutup Hentian Putra Januari 2015
Isnin, 13 Oktober 2014 12:48 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK



KUALA LUMPUR: Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan ke lokasi baharu selewat-lewatnya Januari 2015.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J Loga Balan Mohan bagaimana berkata, lokasi baharu hentian bas bagi laluan pantai timur itu masih belum ditentukan.

Menurut beliau, pada masa ini perkhidmatan bas di Hentian Putra hanya beroperasi di luar terminal kecuali kaunter tiket.

"Hentian Putra yang digunakan sebagai hentian bas ekspres pantai timur mengalami kerosakan struktur paip air buat kali kedua. Oleh itu operasi bas dari terminal itu dihentikan mulai 8 Ogos lalu.

"Pada masa ini operasi bas adalah di luar terminal kecuali kaunter tiket dan ruang menunggu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat untuk menaik taraf kemudahan Hentian Putra yang sudah lama dan uzur.

"Memandangkan terminal akan dipindahkan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf kemudahan di terminal ini.

"Bagaimanapun penyelenggaraan biasa seperti tandas, penghawa dingin, lampu, surau dan kebersihan kawasan akan dilakukan seperti biasa sehingga tarikh pemindahan," katanya.

mstar




























STATUS

Search This Blog

DAUN