secebis

Blog Mimbar Kata

bahasa dalam puisi

blog mimbar kata

menatap kepayahan dalam denu

blog mimbar kata

kau ada

blog mimbar kata

25 Jul 2015

ranting


ranting

sekecil manapun ia
tak mudah menyerah
pada deras angin 
atau gegar taufan
tiada hukum tertewas baginya
kerana mempertahankan
hijau daun-daun
segar dan malar memuja awan
memanggil angin
menadah hujan
adalah kewajipan

ranting
kecil dan terbiar
 jiwanya
sebesar alam terbentang
amanahnya
bukit dan gunung menjulang

 


59 Tahun DBP


59 Tahun Mendaulatkan Bahasa Melayu

Oleh NORAZLINDA MISRAN

MAJLIS Perhimpunan dan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-59 dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan telah diadakan di Auditorium Menara DBP, Kuala Lumpur, pada 22 Jun 2015 yang lalu. Tetamu kehormat majlis tersebut ialah Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.
YBHG. Prof. Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP sedang menyampaikan ucapan perasmian majlis


YBHG. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam ucapan perasmian, Salleh menyatakan bahawa DBP, yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956, setahun sebelum negara mencapai kemerdekaan, ialah hasil perjuangan rakyat yang prihatin dan peduli akan kepentingan bahasa Melayu sebagai teras kehidupan berbangsa dan bernegara. Semangat dan roh perjuangan itu dimanifestasikan dengan desakan agar bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya yang merdeka.

Selain itu, menurutnya lagi, sebagai organisasi tunggal yang diberi amanah untuk memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, seluruh warga kerjanya telah berusaha membudayakan nilai kecemerlangan dan mengamalkan etika kerja yang tinggi dalam perkhidmatan.

Beliau juga menyeru semua karyawan DBP untuk sentiasa merenung wawasan dan hala tuju institusi ini, dan melaksanakan tanggungjawab dengan semangat yang lebih membara. Karyawan DBP juga perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan kemahiran dan keterampilan yang sesuai, memanfaatkan kecanggihan teknologi terkini selain bersedia mengubah budaya kerja agar sesuai dengan keperluan dan cabaran semasa.



YBHG. Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.

Sementara itu, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP, menyatakan bahawa sebagai institusi kerajaan yang diberi amanah untuk mengembangkan bahasa dan persuratan kebangsaan, DBP akan terus mengorak langkah untuk mencapai hasrat memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

Selain itu, kelangsungan perjuangan memartabatkan peradaban bangsa melalui bahasa Melayu perlu diperkukuh melalui pelbagai pendekatan. Oleh sebab itu, perjuangan DBP ini menuntut masyarakat untuk memahami hasrat dan cita-cita penubuhan DBP. Rakyat Malaysia perlu berpadu suara dan bersatu pernyataan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa negara yang akan terus dijunjung selagi negara berdiri tegak sebagai negara yang berdaulat.



Persembahan deklamasi puisi oleh En. Rasdi Daud.

DBP yang didukung oleh para ahli Lembaga Pengelolanya, pengurusan tertingginya dan seluruh warga kerjanya telah berjaya melunaskan tugas, tanggungjawab serta hasrat rakyat yang diamanahkan kepada mereka, khususnya dalam memartabatkan bahasa Melayu, baik sebagai bahasa kebangsaan mahupun sebagai bahasa rasmi negara.

Oleh itu, dengan semangat “Bahasa Jiwa Bangsa”, dan misi pemartabatan bahasa Melayu, DBP terus melangkah maju, melakarkan nama dan mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan juga dalam bidang penerbitan.

Penerima Anugerah Perkhidmatan 37 tahun, bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat

klikwebdbp

Catatan Ismail Dahaman

SEKALI PERISTIWA (14) 22 JUN 2015 – ULANG TAHUN DBP KE-59:

Dengan penuh takzim dan bangganya saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN DBP KE-59 pada 22 Jun 2015. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha DBP untuk terus mendaulatkan bahasa Melayu di bumi yang tercinta ini dan di peringkat antarabangsa. Selamat sejahtera kepada warga DBP dan mantan warga DBP.

Dalam setengah abad lebih, DBP sudah banyak berjasa kepada pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pendidikan, pengembangan kesusasteraan dan kebudayaan kebangsaan, penerbitan buku umum dan buku ilmu, dan fungsi-fungsi bahasa yang lain, di samping memelihara pustaka persuratan Melayu yang utama di Malaysia.

Pusat Dokumentasi Melayu banyak menyimpan khazanah yang tidak ternilai tentang sejarah DBP dan sejarah bahasa dan persuratan Melayu. Seandainya anda ingin melihat kemajuan DBP sehingga kini, layarilah laman sesawang DBP.

DBP-lah satu-satunya tempat hamba bertugas secara rasmi sebagai penjawat awam selama 30 tahun lebih sejak bulan September 1968. Sudah pasti banyak peristiwa pahit manis yang terakam dalam ujana kenangan hamba.

Pada kesempatan ini, hamba hanya akan menampilkan cebisan daripada sejarah DBP dalam bentuk imbasan setem keluaran khas oleh Biro Filateli Pos Malaysia, poskad dan dokumen tertentu perayaan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 DBP (2006). Selamat Maju Jaya DBP. BAHASA JIWA BANGSA.














fb ismail dahaman

Dialog Borneo-Kalimantan XII


Dialog Borneo-Kalimantan Ke-12

Oleh HJH. ASMIAH HJ. AJAMAIN

DIALOG Borneo-Kalimantan (DBK) ke-12 telah berlangsung dengan jayanya dari 4 Jun 2015 hingga 6 Jun 2015 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak. DBK yang diadakan secara dwitahunan ini berlangsung tanggungjawab sebagai tuan rumah diserahkan kepada negeri Sarawak. Tugas sebagai penganjur telah ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan dukungan Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP dan Kerajaan Negeri Sarawak. Program pertemuan serantau antara Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Negara Brunei Darussalam, Kalimantan, Indonesia, dan Semenanjung Malaysia pada kali ini telah memilih kearifan tempatan bagi skop setempat dan serantau sebagai tema dan penelitian pertemuan. Tema DBK ke-12 ialah “Kearifan Tempatan Penjana Peradaban Serantau”.



Ucapan perasmian Dialog Borneo-Kalimantan ke-12 oleh YB Datuk Hajah Fatimah, Menteri Kebajikan , Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Majlis perasmian DBK telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, yang mewakili YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Hajah Fatimah menyarankan agar kegiatan ilmu berkaitan dengan kebahasaan dan kesusasteraan haruslah turut memfokuskan pemerkukuhan kerjasama serantau dalam bidang sosiobudaya. Menurut beliau, keharmonian atau kerukunan sesebuah masyarakat dan kemajuan yang telah dicapai, sebahagiannya tentu sekali adalah hasil atau menjadi punca lahirnya kearifan tempatan yang bukan sahaja berguna kepada ahli masyarakat itu sendiri, tetapi amat bermakna untuk dikongsi dengan masyarakat lain, sama ada yang mempunyai latar belakang sosiobudaya yang sama ataupun berlainan. Beliau juga menjelaskan bahawa kearifan tempatan tentang pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak adalah antara ilmu, pengalaman, dan kepakaran yang boleh dan wajar disebar luas demi kelangsungan bersama di rantau ini. “Masyarakat yang berjaya memupuk nilai dan tradisi masyarakatnya, serta berjaya mewariskannya kepada generasi muda tentunya mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kemahiran serta kecekapan pengasuhan dan pendidikan,” tegasnya.

Dalam ucapannya juga, YB Datuk Hajah Fatimah menegaskan bahawa kepelbagaian budaya, kesenian etnik, bahasa, sastera lisan, dan kearifan tempatan yang kaya di Pulau Borneo wajar difahami, diketengahkan, dan dikongsi dengan rakan penulis, khalayak pemikir, dan budayawan yang berminat supaya persefahaman dapat dihargai dan perbezaan diterima dan dihormati. Beliau juga berkata bahawa kepelbagaian kearifan tempatan wajar dilihat sebagai kekayaan milik bersama yang mampu memperkukuh kewujudan ilmu, pengalaman serta nilai serantau. Dalam majlis tersebut juga beberapa buah buku penulis tempatan turut dilancarkan, iaitu Meniti Jalur Pelangi karya Jais Sahok, Igaukan Igau karya Abang Median Abang Said, Urip karya Abang Patdeli Abang Muhi, Sekuntum Cinta Seharum Mesra karya Jemat Gani dan Dialek Mekayu Sarawak karya Mohd. Ali Salim.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Dr. Hazami Jahari, dan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Profesor Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar, turut berucap dalam majlis pelancaran tersebut. Majlis pelancaran itu juga dihadiri Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Puan Hajah Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha, yang juga Ahli Lembaga Pengelola DBP, Konsulat Jeneral Indonesia, Bapak Jahar, dan Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah.

Sebanyak 15 buah kertas kerja telah dibentangkan oleh pemakalah dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Negara Brunei Darussalam, dan Kalimantan Tengah. Ucaptama telah dibentangkan oleh Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah dengan tajuk “Kearifan Tempatan Penjana Peradaban Serantau”. Antara pembentang kertas kerja dalam DBK ini termasuklah Haji Hamzah Hamdani dari GAPENA, Jasni Matlani dari BAHASA Sabah, Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah DBP Wilayah Tengah, Hajah Asmiah Haji Ajamain, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Deddy Setiawan dari Kalimantan Tengah, Othman Mahali dari PERWILA WP Labuan, Dr. Hazami Jahari, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr. Shahri Abdul Rahman dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad dari PENA, Poul Nanggang dari PUTERA, Dilah Tuah dari Persatuan Karyawan Sastera Sarawak, Awang Suip bin Haji Wahab, dan Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Tengah dari Negara Brunei Darussalam, Mohamad Puad bin Ebit dan Dr. Ismail Ibrahim dari Sabah, dan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail dari UMS Sabah.



Pengarah DBP Brunei (tengah) dan Pengarah DBP Cawangan Sabah (kanan) yang ikut serta dalam Kenduri Sastera Bersama Pemimpin.

DBK ke-12 diakhiri dengan acara Kenduri Sastera bersama Pemimpin yang berlangsung pada 6 Jun 2015 bertempat di Dewan Sri Buntal, Kampung Buntal. Tamu kehormat dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Ja’afar, Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Santubong. Turut hadir isteri YB Datuk Seri Dr. Wan Junaidi, Penghulu Kg. Buntal, Pengarah DBP Brunei, dan anggota masyarakat setempat. Antara acara yang dipersembahkan termasuklah bermukun.

Sesungguhnya DBK telah meninggalkan kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pembentang dan para peserta DBK. Melalui siri pertemuan DBK ini, dapat difikirkan strategi bersama bagi menghadapi cabaran dan merealisasikan impian yang telah dibina bersama-sama suku abad sejak DBK pertama di Miri pada tahun 1987.

Persembahan dalam Kenduri Sastera Bersama Pemimpin.

padang matahari


padang matahari

kau akan melihat terang
sinar yang jatuh dari langit
matahari menurunkan cahaya
di padang-padang terbuka
kau tak tertemu bayang berlindung
di atasmu matahari
di bawah hijau luas rumput dan ilalang

kita harus berani berhadapan
dengan panas kebenaran
dengan terang cahaya kejujuran
usah berselimut awan kebatilan
usah mencari bayang kepalsuan
kita di tengah padang kebenaran
sejauh mana kau ingin berlari
dari cahaya terang itu
dari padang luas itu

rumput dan ilalang
tak bisa menutupi
segala zarah kehanyiran


Usman Awang : Lingkar Warna Hidup Kita




Sasterawan Negara Dato' Dr Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001 pada usia 72 tahun.

Kepergian yang begitu lama namun karya dan jiwanya masih merayap dan tumbuh dalam alur jiwa dan fikir mereka yang menatap karya beliau. Pemikiran dan suaranya tetap melantun membelah nurani kita seperti apa yang pernah ditulis dan dirungkai sentiasa bergema dan berkisar di depan kita. Seperti apa yang digarap puluhan tahun dulu menyajikan harus hidup masa kini. Kita tidak akan merasa puisi, cerpen, drama dan novel suratan beliau berada jauh tetapi semakin dekat dan bertaut rapat dengan segala kejadian dan alam yang melingkari. Sasterawan Negara Usman Awang telah meletakkan penanya di sudut terbaik dalam hidup kita. Ia sentiasa memberi pandangan dan fikir yang meminta dan memanggil-manggil kita menafsir dan memahami saban masa. Sekali kalam diraut puluhan tahun tatahnya bermakna untuk kita.

Baca  sajak bunga popi, ia ditulis pada tahun 1955 tetapi apabila kita membedah dan meredah karya ini. Segalanya masih tersusun segar dan melatar hidup masa kini. Perang tidak pernah berhenti dan manusia menjadi mangsanya hingga ke detik ini.

"Bunga Popi"

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Usman Awang (1955)

Menjelang detik kemerdekaan negara ogos nanti, terasa bahawa karya-karya Sasterawan Negara semakin menjamah emosi kita. Ia semakin mengusik fikir dan akal sedar kita. Apa yang pernah ditulis puluhan tahun dulu tentang makna perpaduan dan kemanusiaan semakin menjalar dan menyentap kita. Apakah kita berupaya menterjemah segala yang termuat dalam karyanya seperti Anak Jiran Tionghua sebagai ramuan hidup dan langsir pergaulan antara kita? Segala yang diungkapkan menjadi suatu peringatan yang payah dan sukar tetapi sekiranya kejujuran dan kesungguhan membawa hikmah dari puisi itu, kemakmuran, kemerdekaan, kesejahteraan, dan kesepaduan akan berumah besar di negara ini.

Karya-karya Usman Awang masih menetas dan dihidupkan dengan segala bentuk seni. Kreativiti dan upaya penulis dan pengkarya berupaya melestarikan karya-karya beliau ke dalam bentuk baru yang lebih sesuai dengan alir masa. Kita masih perlu banyak lagi terjemahan dan adaptasi atau pembugaran kembali karya-karya Sasterawan Negara Usman Awang.  Kita tidak mahu karya-karya yang begitu dekat dan akrab dengan hidup dan warna alam kita terbiar begitu saja. Generasi muda perlu ditumbuhkan cinta dan minat terhadap karya-karya Usman Awang.  Ia melingkari segala warna dan segi hidup kita : cinta, kasih sayang, perjuangan, alam sekitar, persaudaraan, kemanusiaan, hubungan kaum, perjuangan, nasionalisme, nasib marhaen, suara jiwa rakyat, kemerdekaan dan banyak lagi sudah dirakam Sasterawan Negara Usman Awang ke dalam pelbagai genre karya sastera.

Kalaulah penderitaan dan keharuan  yang dinukilkan, kita akan selalu ingat tentang kepahitan yang dihirup oleh seorang gadois kecil  dalam sajaknya Gadis kecil.  Segalanya diungkapkan dalam bahasa yang lunak dan sederhana tetapi menggetarkan jiwa apabila tersua hidup dan kepayahan yang dilalui gadis kecil di usia mudanya itu.  Citra pohon dan sinar matahari semakin menjadikan puisi ini begitu mencengkam jiwa.

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Begitulah Sasterawan Negara Usman Awang dalam nukil dan kata kita terasa ada di tengah arus penceritaannya. Kita terasa berada dalam nadi dan urai jiwa manusia yang dibicarakan. Karya-karya Usman Awang tidak ubah sebagai lingkar warna yang mengitari hidup kita. Ia begitu dekat dan akrab kerana ditulis dari sudut pandang yang kita sendiri melihat dan mengalaminya.

Kita harus memperkasa kasrya-karya beliau kerana karya-karya itu tidak pernah berbeza dengan pengalaman hidup kita semalam atau hari ini....

 Di bawah ini beberapa catatan tentang karya-karya UIsman Awang serta penampilan semula karya beliau dalam dinamika baru karya seni.


Penghargaan Buat Usman Awang

Oleh DATUK DR. AWANG SARIYAN


IZINKAN saya memulakan penghargaan ini dengan membacakan petikan puisi beliau yang cukup terkenal, “Anak Gadis Tionghoa”:

Lihat mereka tertawa riang
Ah Chen tak punya gigi sebatang
Iskandar mengesat hingus ke baju
Sekarang mereka menunggu aiskrim lalu
Bumi tercinta resapkan wahyumu
Jantung mereka adalah langitmu
Darah mereka adalah sungaimu
Nafas mereka adalah udaramu.
(1962)

Bait-bait puisi ini berisi harapan pada erti kehidupan yang penuh pengertian dan saling memahami. Dengan keupayaan bahasanya yang lembut dan bersahaja tetapi sentiasa segar, Usman merakamkan zaman kanak-kanak yang tidak mengenal erti perbezaan kaum, berkawan tanpa batasan prasangka ras dan usikannya tanpa penghinaan tetapi selalunya mesra. Puisi ini memancarkan sikap, pendirian, harapan dan keyakinan Usman yang sebenar. Beliau tidak menyeru ke arah perpaduan dengan desakan dan slogan politik tetapi dengan kejujuran mengungkapkan perhubungan antara manusia tanpa membezakan kaum dan seringnya merakyatsecara luhur.

Demikianlah Usman atau mesra kita kenali sebagai Tongkat Warrant, simbol keunggulan kesusasteraan kita. Beliau menggunakan sastera dalam upaya memperjuangkan pendirian atau menyatakan sikapnya. Puisi Usman sering menyuarakan suara kemanusiaan, dengan perjuangan yang universal sifatnya. Beliau menentang sebarang penindasan dan ketidakadilan tanpa mengenal sempadan.

Usman penyair yang hidup subur sepanjang zaman. Beliau mula menulis kira-kira pada tahun 1948, dengan puisinya yang pertama “Korban Tanah Air”. Usman datang dengan bakat alam dan hati nuraninya. Alam beserta manusia sekeliling menjadi gurunya yang sebenar. Dalam berkarya, Usman memuliakan tradisi, rantaian sejarah dan urutan pengalaman bangsanya.

Usman selalu percaya akan kemerduan alam pantun dan syair, gaya tradisional yang indah serta gubahan bahasanya yang lembut dan halus tetapi kehalusan bahasany>Tamu Di Bukit Kenny, Uda dan Dara, Matinya Seorang Pahlawan, Menyerahnya Seorang Perempuan dan Degup Jantung. Bahasa dalam dramanya sentiasa terkawal, berhemah, indah dan sentiasa berwibawa dengan pemilihan perbendaharaan kata dan olahan yang kemas. Keindahan ungkapan yang tiada tandingnya dalam drama tempatan terlihat dalam drama Menyerahnya Seorang Perempuan.

Drama Usman mengambil kisah klasik untuk menentang amalan feudal dan menuntut keadilan serta kebenaran. Beliau menyeru dan membangkitkan semangat juang orang kecil yang tertindas. Dalam drama modennya Usman mengutarakan persoalan dan konflik masyarakat dengan komentar tajam tabiat masyarakat sezamannya. Hasilnya drama Usman bukan sahaja tidak jemu ditonton malah isu yang diangkatnya sentiasa relevan merentas zaman.

Usman hanya menghasilkan sebuah novel, iaitu Tulang-tulang Berserakan tetapi novel ini umpama menjenguk babak-babak kehidupan Usman sendiri. Watak Leman dikatakan mendekati watak Usman, seorang yang berperasaan halus, mudah terusik oleh keadaan yang tidak menyenangkan, kekerasan, peperangan, ketidakadilan, kepincangan, penipuan dan penindasan. Seperti Usman, watak Leman juga akhirnya meletakkan jawatan sebagai anggota polis. Sebagai anggota polis, Leman berhadapan dengan dilema tugasnya. Memburu dan membunuh pengganas komunis merupakan beban yang amat berat, yang mencabar rasa kemanusiaannya. Dia bersimpati dengan mereka yang tabah dan teguh untuk menegakkan ideologi yang dia sendiri tidak bersetuju.

Usman pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada ketika DBP berada di puncak perjuangan bahasa dan suara kebangkitan nasionalis Melayu. DBP ketika itu juga menghimpunkan sejumlah besar karyawan sastera dan bahasa terbaik ketika itu, antaranya Keris Mas, Wijayamala, Awam-il Sarkam, Abdullah Hussein, Baha Zain, Kemala, Anwar Ridhwan, Dinsman, Johan Jaaffar dan Sutung Umar RS. Usman bersama-sama Keris Mas merancang dan melancarkan penerbitan majalah Dewan Sastera, satu-satunya wadah karyawan sastera unggul dan terbaik hingga kini. Kemudian Usman dan Keris juga turut merencanakan penerbitan Dewan Budaya, majalah suara seni dan budaya yang masih unggul hingga kini. Dan legasi Usman terus hidup di DBP.

Usman seorang penulis yang cukup versatil. Beliau penyair, penulis novel, penulis cerpen dan penulis esei. Kekuatannya terletak pada puisi, tetapi beliau juga kuat sebagai penulis drama. Namun yang lebih kuat adalah bahasanya yang begitu istimewa, menyindir dengan sinis, mengkritik dengan tajam, marah dalam lembut, mesra tanpa prasangka dan kemanusiaan yang ikhlas melampaui ras.

Sesungguhnya anugerah ini datang tepat pada masanya, ketika negara bergolak dengan prasangka yang cuba mengoyakkan keharmonian perpaduan kaum yang sekian lama damai bersama. Besarnya sumbangan Usman bukan sahaja kepada dunia sastera Melayu, malah kesan harumnya kepada kemanusiaan sejagat. Yang diutamakan oleh Usman adalah nilai keikhlasannya.

Sebagai menutup penghargaan dan mengingati Usman, izinkan saya sekali lagi memetik kata-kata daripada buku Sikap dan Pemikiran Usman Awang:

“…Seorang penulis tidak melihat batas benua. Tidak terikat pada warna kulit dan keturunan bangsa kerana tangis seorang anak di Sungai Kelang adalah juga tangis seorang anak di Sungai Mekong. Air mata seorang ibu di Kuala Terengganu adalah juga air mata seorang ibu di belantara Afrika.”

Maka, sewajarnyalah anugerah ini dinamakan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang.

(Teks ini disampaikan di Majlis Penyampaian Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang, Hotel Berjaya Times Square, K. Lumpur, 14 Dis. 2014).

klikweb


Usma Awang, anak jiran Tionghua, dan Malaysia yang kita cintai

Meor Yusof Aziddin
8 Februari 2015

8 FEBRUARI — Datuk Dr Usman Awang adalah antara segelintir orang yang hebat dibidangnya yang pernah negara kita lahirkan . Beliau juga orang baik yang nawaitunya jelas mahu kita masyarakat berbilang bangsa selalu hidup dalam rukun dan harnoni.

Terlalu banyak pengiktirafan yang diterimanya dan yang paling besar apabila dianugerahkan gelaran Saterawan Negara yang ke 3 pada tahun 1983. Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001 pada usia 72 tahun.

Banyak sajak sajak dan novel beliau yang saya baca antara yang paling menarik ‘Tulang Tulang Berserakan, namun saya cukup tertarik dengan sajaknya, Anak Jiran Tionghua. Dulu sewaktu usia saya awal 20an, saya lebih sukakan karya yang bersifat rebel karangan Achmad K.Mihardja, Pramoedya Ananta Toer, Zaen Kasturi juga Rendra antaranya.

Bila usia mula menjangkau 30an saya mula menyelak semula karya karya yang lembut A.Samad Said, Usman Awang terutamanya. Saya rasa mereka berbicara dalam mood yang lembut tapi penuh dengan mesej yang jelas dan tidak berbelit.

Cuba kita baca dan fahamkan sajak Anak Jiran Tionghua ( AJT) yang saya sertakan di bawah ini,


ANAK JIRAN TIONGHUA

Begitu kecil ia berdiri di tepi pagar
Kilat matanya memanggil Iskandar
Siapa lalu siapa berkaca
Melihat keduanya bergurau senda


Anak Tionghua kelahirannya di sini
Di bumi hijau ladang-ladang getah dan padi
Ia bisa bercerita untuk siapa saja
Di sini tanahnya dan ibunya bersemadi

Lihat mereka sedang berebutan pistol mainan
He, jangan berkelahi
Ah, anak-anak dengan caranya murni
Berkelahi untuk nanti bermain kembali

Lihat mereka tertawa riang
Ah Chew tak punya gigi sebatang
Iskandar mengesat hingus ke baju
Sekarang mereka menunggu aiskrim lalu

Bumi tercinta resapkan wahyumu
Jantung mereka ialah langitmu
Darah mereka adalah sungai
Nafas mereka adalah udaramu.

Sajak AJT ini ditulis pada tahun 1962. Saya pun belum lahir lagi waktu itu. 7 tahun selepas itu berlaku peristiwa rusuhan kaum yang tarikhnya semua kita masih ingat, 13 Mei. Adakah kita mahu peristiwa yang tidak baik ini berlaku lagi di negara yang kita cintai ini ? Sudah tentu tidak kerana kita, masing masing telah faham betapa perlunya sebuah negara yang aman dan damai. Bukan untuk orang lain, melainkan untuk diri kita sendiri.

Memahami sajak ini ianya mudah menyerap ke dalam jiwa kita, rakyat Malaysia. Iskandar dan Ah Chew adalah sebahagian dari watak watak kita, inilah yang kita lalui dulu tak kira siapa kita, samada Melayu, India, Cina mahupun apa bangsa sekalipun selagi kita ini berstatus warganegara.

Saya pernah mencipta lagu berdasarkan lirik AJT ini dan mempersembahkan di beberapa majlis sastera yang berlangsung. Bahkan pernah saya hantar lagu yang saya cipta dalam sebuah pertandingan mencipta lagu puisi yang sering di anjurkan oleh badan sastera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tapi seperti biasa, formatnya kalau kita nak bikin lagu puisi, bunyinya mesti seperti Kopratasa. Lenggoknya pun perlu seperti Kopratasa juga, itu format dan formula yang mereka faham tentang lagu puisi. Kalau bikin melodi selain dari mood Kopratasa, memang payahlah nak menang.

Sebab yang menjadi juri biasanya di kalangan mereka yang kenal antara sesama mereka, jadi sampai sudah lagu dan formatnya akan seperti itulah.

Saya teringat sajak AJT ini kerana dalam keadaan masyarakat kita juga mereka yang di atas sana yang semakin sensitif dengan isu kaum dan agama hari ini, baru baru ini tatkala saya bernyanyi di KL Sentral, seorang lelaki mencatat sesuatu pada sehelai kertas dan diletakkan di beg gitar yang saya bentangkan di hadapan saya.

Catatannya, ‘Tolong nyanyikan lagu yang berbentuk perpaduan kaum’. Walaupun mesejnya ringkas, namun ia membuatkan saya berfikir sejenak. Mungkin lelaki itu juga risau dengan keadaan kita, rakyat yang berbilang kaum ini mula bertelagah antara sesama.

Lelaki yang menulis catatan tersebut adalah seorang lelaki Cina yang umurnya awal 20an saya kira. Saya percaya lelaki Cina itu mewakili semua kita tidak kira apa bangsa pun, yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Apa akan berlaku jika kita asyik bergaduh antara sesama sendiri? Kesannya negara akan menjadi huru hara, ekonomi merosot dan yang paling penting, rakyat susah nak cari makan, kecuali mereka yang berada di atas sana yang kebanyakannya kaya raya dan duit bagi mereka bukanlah satu masalah.

Kebanyakan kita, kalau ada kepentingan pun itulah seperti yang saya kata, kita mahu negara negara kita ini aman, rakyat boleh cari makan. Rezeki banyak atau sikit itu masing masing kita punya rezekilah.

Saya suka mood yang dulu, saya rasa negara kita ini sudah cukup aman dan selesa untuk kita diami. Saya mahu mood itu sentiasa ada dalam diri kita, keselesaan dan keharmonian, itu penting untuk kita faham dan praktikalkan bersama.

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwriter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

malaysianinsider


Matinya Seorang Perempuan

Kekasih


Mata Ayah

Tanahair

Prosa Air Mata






Fakta Ringkas Usman Awang

Nama Usman Awang bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. Dalam dunia sastera tanah air, Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang adalah nama tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman.

Karya seni beliau begitu indah, cukup bersemangat dan benar-benar bermakna sehingga diterima oleh pelbagai kaum di seluruh tanah air. Hasil kerja beliau berkisar tentang realiti kehidupan, prihatin terhadap golongan tertindas serta menentang kuat kolonialisme selain bersifat universal dan patriotik.

Sesungguhnya Usman Awang adalah ikon patriotik yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan. Beliau telah memenangi banyak anugerah kesusasteraan seperti Gelaran Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Gelaran Sasterawan Negara (1983), Zamalah Sastera untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran) (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995)

Lahir pada 12 Julai 1929 di Kota Tinggi, Johor
Seorang penyair, penulis dalam pelbagai genre termasuk cerpen dan drama terkenal di Malaysia
Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Berpendidikan sekolah rendah sahaja kerana kemiskinan keluarga
Pernah menjadi buruh paksa Jepun dan anggota polis pada zaman British
Kembali ke Rahmatullah pada 29 November 2001

Antara nama-nama pena beliau termasuk Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini.

Antara puisi-puisi termasyhur beliau adalah

Salam Benua
Kekasih
Pak Utih
Ke Makam Bonda
Nasib Buruh
Bunga Popi
Gadis di Kuburan
Duri dan Api
Anak Jiran Tionghua
Hadiah
Sahabatku
Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini

Drama-drama termasyhur beliau termasuk

Muzikal Uda dan Dara
Tamu Di Bukit Kenny
Matinya Seorangan Pahlawan (Jebat)
Malam Kemerdekaan
Serunai Malam

Cerpen-cerpen masyhur beliau:

Degup Jantung
Betisnya Bunting Padi
Matinya Seorang Perempuan
Sebuah Khemah Didirikan
Turunnya Sebuah Bendera

Satu-satunya novel beliau berjudul “Tulang-tulang Berserakan”

sumber  yayasan usman awang

24 Jul 2015

Sumur Puteri


Legenda Sumur Puteri


GADIS-GADIS Lampung membasahkan diri mereka sebagai sebahagian daripada ritual belangiran di Kali Akar Teluk Betung.

MENURUT cerita legenda, kewujudan Sumur Puteri yang terdapat di Lampung, Sumatera Indonesia bermula apabila seorang puteri raja bertindak terjun ke dalam sebuah telaga air panas selepas menolak permintaan untuk dijodohkan dengan seorang pemuda.

Bagaimanapun, kisah legenda dalam versi yang lain menceritakan tentang dua orang puteri jatuh cinta dengan seorang pemuda tampan yang bertindak mencuri pakaian mereka ketika mandi di telaga itu.

Namun, pemuda tersebut telah memilih hanya seorang puteri menyebabkan seorang lagi telah kecewa dan bertindak terjun ke dalam telaga tersebut.

Disebabkan peristiwa itu, telaga berkenaan terus mengeluarkan air ibarat air mata puteri yang tidak berhenti mengalir kerana kesedihan.

Malah, penduduk setempat mendakwa mereka sering terdengar puteri itu mandi pada setiap malam Jumaat.

Rentetan daripada kisah itu, sebahagian masyarakat setempat percaya telaga tersebut mempunyai keajaiban seperti mudah mendapat jodoh, awet muda dan mampu menyembuhkan penyakit.

Telaga yang mempunyai kedalaman tujuh meter itu berada dalam wilayah Teluk Betung, Lampung.

Selain Sumur Puteri, satu lagi lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ialah Kali Akar yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk mandi-manda terutama sebelum dan pada bulan Ramadan.

Tradisi belangiran

Tradisi itu dinamakan belangiran yang bermaksud mandi berendam atau membersihkan diri.

Kini, keunikan dan keindahan kolam itu terancam dan nyaris hilang ekoran pembangunan pesat dan perubahan pemikiran masyarakat.

Sekitar kawasan Kali Akar dan Telaga Puteri telah dibina sebuah empangan untuk kegunaan domestik oleh Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) Way Rilai dan sebuah kilang yang menghasilkan air mineral, PT Great Seri Begawan.

Pembangunan di sekeliling kawasan itu menyebabkan Kali Akar dan Sumur Puteri semakin kurang dikenali dan tidak lagi sesak dengan orang ramai dan pelancong asing seperti dahulu.

Menurut seorang penduduk yang sudah lama menetap di kawasan itu, Maska yang kini berusia 67 tahun, dia sering melihat pelangi muncul di situ.

“Suatu ketika dulu ada banyak tikus hidup sekitar kawasan ini, namun menurut warga setempat tikus-tikus itu sudah lama tidak kelihatan. Kami juga tidak tahu apa puncanya, pada tahun 1980-an tikus-tikus ini telah lenyap sepenuhnya dari lokasi ini.

“Walaupun suhu air telaga masih panas, tetapi dulu air dari Sumur Puteri boleh merebus telur hingga ia masak,” katanya.

Objek pelancongan


Orang ramai menyaksikan upacara belangiran di Kali Akar, Teluk Betung tahun lalu.

Jelasnya, terdapat beberapa sumber air panas di kawasan Telaga Puteri dan Kali Akar, iaitu di Daerah Teluk Betung Selatan, Teluk Betung Timur, Permatang Kedondong dan Batu Ceper.

Air dari Sumur Puteri dan Batu Ceper masih menjadi sumber air utama bagi penduduk setempat termasuk aktiviti seperti mandi dan mencuci pakaian.

Menurut Ketua RT 04 Kelurahan Sumur Puteri, Mursit, penduduk mengharapkan kawasan Sumur Puteri dan Kali Akar itu menjadi objek pelancongan yang diuruskan dengan baik.

“Penduduk mencadangkan pengelolaannya oleh Lembaga Masyarakat Desa (LMD) atau Lembaga Pembangunan Masyarakat Desa (LPM) setempat.

“Kami sedang menyiapkan kertas kerja sehingga kawasan tersebut boleh dikendalikan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat di sini,” jelasnya.

Bagi Ketua Kampung Sumur Puteri, Datarman, beliau mengakui hingga kini kawasan tersebut belum diuruskan dengan baik oleh pemerintah mahupun masyarakat setempat.

“Ketua setempat sudah meminta penduduk melalui LMD untuk mengemukakan cadangan pengurusan kawasan Telaga Puteri dan Kali Akar ini,” katanya.

Datarman berharap pihak berkuasa dapat menyokong usaha untuk menambah baik kemudahan di kawasan itu, termasuklah memastikan status pemilikan tanah serta pengurusan lebih cekap supaya Sumur Puteri kembali tersohor sebagai objek pelancongan di bandar Lampung.

“Sayang sekali kisah legenda serta keunikan anugerah Tuhan berupa sumber air panas dan pemandangan sekitarnya yang menghijau indah tidak diurus dan dikembangkan dengan baik,” ujarnya. – Antara

kosmo online


Sambut Ramadan, Tradisi Belangiran Digelar di Kali Akar


BANDAR LAMPUNG (Lampost.co): Ribuan orang dipastikan akan menghadiri Belangiran di Kali Akar, Telukbetung Utara, Bandarlampung, hari ini, Selasa (2-7). Belangiran adalah acara adat Lampung dalam menyambut bulan suci Ramadan. Belangiran ditujukan untuk menyucikan diri menyambut bulan Puasa.

Arus kendaraan yang melintasi Jalan Raden Imba Kesuma, sejak pukul 11.00 dialihkan kea rah Jalan Pangeran M. Noer. Menurut informasi, Gubernur Lampung Sjachroedin Z.P. akan hadir dalam Belangiran tersebut.

Rudi salah satu penduduk setempat mengatakan Plangiran adalah acara bersih diri di air mengalir atau bisa dikatakan mandi untuk membersihkan diri atas segala kotoran jiwa dan raga selama ini.
Pantauan Lampung Post di hingga pukul 12 siang di Kali Akar panitia telah siap dengan panggung acara dan berbagai pohon panjat pinang, masyarakat setempat pun mulai meramaikan lokasi menunggu rombongan Gubernur. (CR-5/L-1)

lampost


di tengah lautan


di tengah lautan

di tengah lautan
kalau pun ia tenteram
ia bukan ketenteraman
hanya ombak berhenti membuang gelombang

kalau segalanya hening
ia bukan keheningan
sekejap sebelum ribut melanda
sekejap sebelum laut bergelora

di tengah lautan
adalah kepasrahan 
berharap laut memberi waktu
 berdayung selamat ke daratan

begitu kerdil berdepan alam
diri hanya perahu kecil
alam dan cakerwala
begitu besarnya kekuasaan Ilahi






21 Jul 2015

Pantun Melayu III





Pantun Melayu III

Jikalau tuan mengangkat peti ,
Tolong masukkan segala barang;
Jikalau anak-anak bersatu hati .
Kerja yang susah menjadi senang .

Asam kandis mari dihiris ,
Manis sekali rasa isinya ;
Dilihat manis dipandang manis ,
Lebih manis hati budinya .

Selasih tumbuh di tepi telaga ,
Selasih dimakan si anak kuda;
Kasih ibu membaa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Masuk hutan pakai sepatu,
Takut kena gigitan pacat;
Kalau kita selalu bersatu,
Apa kerja mudah dibuat.

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
 Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali


Pantun Melayu II



Pantun Melayu II
Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.

Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan

Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah

Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun

Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.

Orang Jawa mencari benang,
Mencari benang di atas bukit;
Orang jauh jangan dikenang,
Lama-lama jadi penyakit.

Orang berkain corak berbelang,
Mengayuh rakit mencari duku,
Jangan bermain kekasih orang,
Nyawa tersangkut di hujung kuku.

Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.

Bawa mari ke kedai Cina,
Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
Kerana dunia ini adalah tumpangan.

Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian;
Tak ada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.

Bukan tidak saya katakan,
Merbuk biasa makan di papan;
Bukan tidak saya katakan,
Buah mabuk jangan dimakan.

Bukit Jertih berhutan buluh,
Tempat raja pergi memburu;
Minta selisih malaikat empat puluh,
Janganlah saya diberi malu.

Orang hulu memalu nobat,
Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
Kalau dibuat menyesal jangan.

Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi;
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.



20 Jul 2015

Pantun Melayu




 Pantun Melayu

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Berbaju batik bujang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.

Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.

Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.

Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.

Mengapa bising di tepi laut,
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.

Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.

Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.

Tuan ketam padi pulut,
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.

Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.

Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.

Buah cempedak buah nangka,
Ditanam orang dalam di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.


Villa Epecuen : 25 tahun tenggelam

Bandar timbul semula selepas tenggelam 25 tahun
18 Julai 2015


VILLA Epecuen adalah sebuah perkampungan pelancongan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai.

Berbeza dengan pusat pelancongan yang lain, Villa Epecuen yang terletak di sepanjang pantai Lago Epecuen iaitu sebuah tasik garam ini mempunyai tahap garam kedua tertinggi di dunia dan sepuluh kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan.

‘Hilangnya’ pusat pelancongan indah ini disebabkan oleh limpahan hujan luar biasa sekitar tahun 1985 sehingga menenggelamkan banyak bandar di situ.

Terletak 600 kilometer di bahagian barat daya Buenos Aires, Argentina, tasik ini menjadi tumpuan kerana dikatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi, penyakit kulit anemia, kencing manis dan kemurungan.

Kuasa terapeutik yang terdapat pada tasik ini menjadi terkenal selama beberapa abad.

Penempatan di Villa Epecuen bermula lewat abad ke-19. Penduduk dan pengunjung pertama dikatakan mula mendirikan khemah di sepanjang pantai untuk menikmati aktiviti di kawasan tersebut.

Bermula dari perkampungan gunung yang lengang, Villa Epecuen berubah kepada resort pelancongan yang sibuk.

Tidak lama kemudian, lokasi pelancongan ini berubah kepada tarikan pelancongan antarabangsa dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

Menjelang tahun 1960, bilangan pelancong yang berkunjung ke Villa Epecuen mencecah sehingga 25,000 orang, sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi pelancongan yang sangat popular manakala bilangan penduduk pula dicatatkan mencecah 5,000 orang pada tahun 1970-an.

Manakala kegiatan ekonomi melibatkan hotel, penginapan asrama, spa, kedai-kedai dan muzium melibatkan 300 perniagaan pula dikatakan berkembang dengan pesat.

Zaman kegemilangan Ville Epecuen ‘pudar’ apabila musim hujan berlangsung dalam jangka panjang melimpahkan hujan lebih banyak ke kawasan bukit-bukit di sekelilingnya; menyebabkan Ville Epecuen ditenggelamkan sedikit demi sedikit.

Pada 10 November 1985, air hujan yang turun di sekitar empangan dilaporkan menenggelamkan bandar tersebut hingga empat kaki, sekali gus memaksa penduduknya berpindah sedikit demi sedikit keluar dari pusat pelancongan terbabit.

Menjelang tahun 1993, banjir yang berlanjutan dikatakan menenggelamkan bandar tersebut sehingga 10 meter.

Villa Epecuen hanya ‘muncul’ semula ke permukaan hampir 25 tahun kemudiannya (tahun 2009) apabila banjir mulai reda; meninggalkan sisa-sisa bangunan dan tapak pusat pelancongan yang masih teguh berdiri.


sinar harian


Villa Epecuen

Villa Epecuén was a tourist village that was located in the Buenos Aires Province, Argentina. Now abandoned, its ruins are found on the eastern shore of the Laguna Epecuén, about 7 kilometres (4.3 mi) north of the city of Carhué.

Developed in the early 1920s, Epecuén was accessible from Buenos Aires by train. The Ferrocarril Sarmiento line served the Villa Epecuén station, while the Midland Railway and the Southern Railway carried passengers to nearby Carhué station.

Tourism was well developed in Epecuén, as vacationers from Buenos Aires would seek the therapeutic salty waters of Lago Epecuén. At its height, Villa Epecuén had the capacity to accommodate 5,000 visitors, while unofficial accommodations allowed for 2000 more.

On 6 November 1985, a seiche caused by a rare weather pattern broke a nearby dam first, then the dike protecting the town. Rapidly made uninhabitable, the town saw the waters rise progressively, reaching up to 10 metres (33 ft) at its maximum. The village was never rebuilt.

At the time of the catastrophe, there were up to 280 businesses in Epecuén, including lodges, guesthouses, hotels, and businesses that 25,000 tourists visited between November and March, from the 1950s to the 1970s.

The town reached a population of 1,500 inhabitants at its peak. The town now has a sole resident, Pablo Novak, who returned to his home when the waters receded after covering the town for 25 years.

Pablo's Villa, a 2013 documentary, chronicles the life of the town and of Pablo Novak.

The town was used as the setting for an advertisement featuring the street trials cyclist Danny MacAskill released by Red Bull Media House on 27 May 2014.


"Villa Epecuén" by Santiago matamoro - Own work. Licensed under CC BY 3.0 via Wikimedia 

kekuatan diri

Miliki jiwa besar bina kekuatan diri 
Oleh Mazlina Ismail
 20 Mac 2015


foto hiasan

Ajaran Islam membawa dan merubah diri daripada 'zero to hero', mentransformasikan manusia daripada individu biasa kepada luar biasa. Pada zaman jahiliah, masyarakatnya seperti belalang di padang pasir yang tiada matlamat hidup, namun kedatangan Islam menjadikan mereka masyarakat hebat seperti singa.

Ini digambarkan melalui ungkapan 'ahli ibadah di malam hari, singa di siang hari' dengan perjuangan mereka menyebarkan dakwah Islam pada siang dan tekun beribadah pada sebelah malam. Ia juga menyaksikan sejarah manusia melalui didikan dan tarbiah daripada Baginda Rasulullah SAW.

Hasilnya, mereka berjaya menguasai dua kerajaan besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi. Kerajaan Rom mula jatuh pada 14 Hijrah, manakala Parsi sekitar 17 Hijrah. Begitulah penjelasan Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dalam rancangan Pesona D'Zahra di IKIMfm, jam 10.00 pagi Isnin lalu ketika membicarakan tajuk 'Individu Hebat Dalam Rumah Tangga'.

Untuk menjadi orang yang hebat, Islam mengubah hati dan akal individu seseorang sehingga mereka mampu menguasai diri, akhirnya mengalahkan musuh mereka juga. Bagaimana mungkin menjadi manusia hebat jika diri belum mampu menghindari daripada melakukan perkara mungkar.

Muhammad mengajak mengimbau peristiwa berlaku sekitar 3000 tahun lalu ketika awal penemuan besi iaitu zaman peralihan antara gangsa dan besi. Ia adalah kisah Talut dan Jalut yang dirakamkan dalam al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 246 hingga 252).

Ketika itu, Palestin dikhabarkan mempunyai sumber besi yang banyak sehingga seorang raja bernama Raja Jalut berhasrat menawannya bagi menguasai sumber besinya untuk membuat banyak senjata. Lalu Allah SWT mengutus seorang bernama Talut untuk memimpin Bani Israel.

Talut telah berpesan kepada tenteranya seperti mana yang dirakamkan dalam al-Quran: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai. Maka sesiapa antara kamu meminum airnya, dia meminumnya, kecuali dengan seceduk tangan. Maka dia adalah pengikutku." (Surah al-Baqarah, ayat 249)

Ujian ketahanan diri 

 foto hiasan

Walau bagaimanapun, apabila tiba di sungai itu, ramai pengikut yang ingkar perintah dan tidak mengendahkan larangannya. Sebenarnya di sini bukan masalah minum air banyak atau sedikit, tetapi ujian daripada Allah SWT untuk melihat siapakah yang benar-benar mempunyai ketahanan diri yang kuat.

Sehinggalah apabila mereka bertemu tentera Jalut, kelompok tentera yang meminum air banyak tadi merasakan tidak mampu melawan tentera Jalut yang sebegitu ramai, tetapi tentera yang setia dengan Talut dan meminum hanya seceduk tangan mempunyai keyakinan tinggi mereka mampu mengalahkan musuh.

Apabila peperangan meletus, Nabi Daud yang pada ketika itu masih muda remaja yang turut berperang bersama tentera Talut berjaya membunuh Jalut.

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini ialah jika kita berjiwa besar, kita mampu mengalahkan musuh walaupun bilangan mereka lebih ramai. Peristiwa ini mengajar pentingnya kekuatan diri dan kawalan nafsu dalam hidup ini.

 Menjadi orang hebat perlu melakukan beberapa perkara termasuk mengehadkan kemahuan bagi melatih supaya berdisiplin, memiliki kekuatan akal dan hati yang kuat. Contohnya, mengehadkan diri daripada makan banyak.

Banyak amalan dalam Islam yang mendidik kita mendisiplinkan dari dengan bersifat sederhana. Contohnya, pada bulan Ramadan kita tidak dibenarkan makan pada siang hari. Itu had yang ditetapkan oleh Allah SWT bertujuan melatih kita untuk mengawal diri.

Walhal, jika kita makan ketika berseorangan, tiada siapa pun yang tahu tetapi kita tidak melakukannya kerana mampu mengawal diri. Begitu juga dalam rumah tangga, kita perlu mengehadkan kemahuan membeli-belah. Jangan membeli apa sahaja yang diinginkan tanpa ada keperluan.

Cara disiplinkan anak 


 foto hiasan

Sebaliknya, hadkan dan paksa diri menabung. Begitu juga dalam mendidik anak. Orang tua-tua dahulu mengehadkan anak mereka bermain supaya pulang sebelum Maghrib. Itu disiplin yang cuba dididik oleh orang dahulu terhadap anak supaya mereka menjadi orang yang berdisiplin dan mampu mengawal diri.

Membina kekuatan diri, hati perlu berjiwa besar mengambil tanggungjawab. Suami perlu berjiwa besar memberi nafkah untuk keluarga kerana tanggungjawab itu terletak kepada suami walaupun isterinya bekerja. Mengambil tanggungjawab dan menunaikan tanggungjawab adalah latihan menjadikan kita orang hebat.

Tanggungjawab suami menyediakan keperluan keluarga sementara tanggungjawab isteri menguruskan rumah tangga. Apabila masing-masing menunaikan tanggungjawab, rumah tangga akan rukun, damai dan ahlinya hidup harmoni.

Orang yang kuat ialah yang mampu menahan marah seperti mafhum hadis, orang yang kuat bukanlah orang yang menang kerana bergusti, tetapi orang itu mampu mengawal dirinya apabila dalam keadaan marah. Sementara sabar adalah sifat yang cantik dan sifat itu jika dimiliki menjadikan seorang itu hebat.

* Penulis ialah penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

bhonline

19 Jul 2015

apa ada

apa ada

apa ada di sebalik kata
tirai pujangga alur budi

apa ada di sebalik senyum
luhur hasrat ikhlas budi

apa ada di sebalik rias
suntingan peribadi ukiran diri

apa ada di sebalik nama
intipan jiwa serlahan raga

apa ada di sebalik tatap
hamparan sukma takungan peribadi

apa ada di sebalik janji
setia jiwa luhur sukma

apa ada di sebalik usap
cahaya cinta malar hasrat

apa ada di sebalik usik
kecindan raga tuaian mesra

apa ada di sebalik rayu
pujuk manja cinta berpacu






STATUS

Search This Blog

DAUN