ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

29 Aug 2013

Selamat Hari Kemerdekaan


Selamat Hari Kemerdekaan  ke 56
Malaysiaku Berdaulat
Tanah Tumpahnya Darahku






Ambang Merdeka : Anak Emas Malaysia

Tan Sri P Ramlee

Kita berada di ambang merdeka. Ambang kemerdekaan negara untuk kali ke 56. Dirgahayu Tanahairku.

SEJARAH yang dilalui dan dirintis oleh negara dalam mengusung puncak merdeka begitu panjang. Kita merasa bertuah dan bangga dengan kejayaan diraih sebuah negara. Kejayaan paling harum adalah kemakmuran, keamanan, perpaduan dan toleransi yang menyubur di negara ini. Kita berupaya meminum air lazat keharmonian dari segala pancaran itu.

Sejarah panjang negara menyaksikan jatuh bangun, suka duka, hiba nestapa atau senyum dan tawa rakyat dan warga. Kita melihat pelbagai yang terjadi menetas dalam buku sejarah kemerdekaan negara. Antaranya ada yang terpapar panjang dalam riwayat dan sanjungan warganegara. Ia menjadi lipat indah dalam ingatan dan kenangan pada setiap jiwa dan hati warganegera. Seorang yang pergi dengan jasa dan bakti tak terbandingkan. Seorang yang benar-benar sesuai dianggap anak emas negara. Kepergian beliau bermakna kita kehilangan sebutir permata yang gemerlap di langit zaman. Biarlah kemerdekaan kali ini dalam jerit semangat dan kibar jalur gemilang kita mengenang seorang manusia emas negara ini. Kenangan yang membanggakan warganegara kerana negara pernah memiliki manusia emas dan ternama ini sebagai warganegara. Beliau adalah Seniman Agung Tan Sri P Ramlee : Anak Emas Malaysia



Tapi pernah kita terdengar cerita bangga dan gembira tidak sebenarnya sebegitu. Ada luka dan pedih yang berbalut yang tak pernah didengar dan dirasa. Sehingga munculnya Dokumentari P Ramlee terbitan Pesona Pictures dan tersiar di History Channel pada beberapa tahun dulu, ramai yang mengesat airmata yang mengalir tanpa sedar. Paparan yang mengusik jiwa sedar setiap warganegara. Tidak pernah terfikir dalam sejarah manis Seniman Agung Negara ini ada ruang luka yang begitu dalam...

Kita menangis menahan sebak.

Seniman Agung Tan Sri P Ramlee sudah meninggalkan kita. Marilah kita mengenang kembali beliau dalam hangat merdeka 2013 ini.

Banyak yang dapat kita pelajari sebagai teladan dan sempadan.

Alfatihah buat arwah.

Antara bibit pahit dan mengharukan dari Kisah P Ramlee




Khazanah bernama P. Ramlee
Siti Ruqaiyah Hashim*
Utusan Malaysia, November 11hb, 2010

Beberapa tahun lalu dalam ulasan Muzikal P. Ramlee (dalam majalah Pentas) saya merakam rasa terkilan kerana walaupun P. Ramlee seorang bintang tersohor dalam industri filem kita, tetapi belum ada sekerat pun penghargaan kepada beliau di layar perak.

Selepas menonton dokumentari P. Ramlee terbitan Pesona Pictures di History Channel Astro, sambil menitiskan air mata saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Shuhaimi Baba menyatakan terima kasih dan tahniah saya kerana beliau telah melakukan keadilan kepada P. Ramlee dan ini sesuatu yang amat bermakna dan bersejarah dalam industri filem (lebih kepada industri seni sebenarnya) kita.

Selepas program Soal & Jawab di TV3, saya juga menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Datuk Ahmad A.Talib mengucapkan terima kasih kerana melakukan keadilan kepada Shuhaimi Baba dengan membawa pengarah wanita berwibawa dengan kredibiliti yang tidak sedikit dan bukan pengejar glamor ini ke kaca televisyen untuk bercakap dengan jujur tanpa merasa takut tentang dokumentari beliau mengenai khazanah Malaysia yang bernama P. Ramlee.

Semenjak tahun 1998 sewaktu Saloma masih hidup, Shuhaimi telah menyimpan keinginan untuk membuat filem tentang P. Ramlee. Kata Shuhaimi kepada saya, beliau merasa cukup lega selepas selesai membuat dokumentari ini kerana pernah berjanji kepada Allahyarham Nasir anak P. Ramlee untuk membuat filem atau dokumentari tentang seniman agung ini semenjak tahun 2000.

Kekurangan dana menyebabkan Shuhaimi tidak dapat memfilemkan kisah P. Ramlee lebih awal, walaupun ada hikmahnya saya kira kerana dokumentari ini mendapat slot di History Channel yang memastikan lebih ramai manusia di seluruh dunia menontonnya.

Cuma sayang, Nasir juga telah tiada untuk menonton filem tentang bapanya. Begitu rupanya hati budi orang-orang tertentu dalam menjaga khazanah berharga kita! Beberapa bulan yang lalu semasa Shuhaimi Baba dalam proses membuat dokumentari ini saya dijemput ke majlis makan malam di Saloma Bistro untuk mengutip dana untuk waris-waris P. Ramlee.

Ekoran daripada itu, beberapa minggu kemudian ada berita bahawa Universiti Lim Kok Wing telah menganugerahkan biasiswa kepada dua orang cucu P. Ramlee yang menuntut di situ.

Alhamdullilah, ada insan yang terasa, ada hati nurani yang terketuk, ada conscience yang cukup berasa perlu melakukan sesuatu untuk waris-waris yang masih hidup.

Belum ada seorang insan seni Melayu yang begitu hebat dominasinya dalam seni yang bukan saja terkenal di Singapura dan Malaysia, tetapi juga di Nusantara.

Idris Sardi penggesek biola tersohor Indonesia pernah mengakui kepada saya, beliau cukup senang bila memainkan lagu-lagu P. Ramlee dan tidak pernah merasakan keasingannya sebagai seorang komposer Melayu.

Mas Idris merasakan 'kesebatian' lagu-lagu ciptaan P. Ramlee dengan dirinya di mana juga beliau menggesek biola sama ada di New York, London, Paris, Prague atau lain-lain lokasi.

Hubungan emosi dan psikologi antara Idris Sardi dengan P. Ramlee ini cukup dalam malah sesiapa juga yang menonton beliau menggesek biola akan merasakan keistimewaan serta kuasa 'elektrik' yang terkandung di dalamnya.

Ramai yang berkata Idris Sardi akan menitiskan air mata P. Ramlee kalau beliau masih hidup dan mendengar lagunya Getaran Jiwa dimainkan dengan begitu kyusuk dan bertenaga sekali oleh Idris Sardi. Ia satu fenomena sebenarnya.

Saya sependapat dengan Shuhaimi bahawa kita menanggung beban rasa bersalah yang amat sangat terhadap P. Ramlee hingga ke hari ini kerana di akhir-akhir hayatnya, beliau terlantar, terbiar, 'dikhianati' dalam kemiskinan dan kekecewaan oleh orang-orang yang mahu 'mengecilkan' dirinya yang menjadi terlalu popular dan terlalu 'besar' kerana bakat seni yang dipunyainya.

Suatu ironi kehidupan yang sering dilalui oleh sesiapa juga yang merupakan figure larger than life seperti P. Ramlee. Dan hanya mereka yang pernah melalui perkara sebegini yang tahu bagaimana rasanya.

Lebih ironis, Shaw Brothers yang menaikkannya, menatang bagai minyak yang penuh dan memerah segala keringat dan kreativiti beliau tetapi menjatuhkannya sehingga kehilangan keyakinan, harga diri, depresif dan serangan penyakit jantung di umur 44 tahun.

Dan seperti kata Datuk Dr. Ahmad Nawab, ramai orang yang boleh membantu P. Ramlee untuk beliau terus berkarya, tetapi tidak siapa pun yang mahu menolongnya walaupun Sarimah dan HM Shah teman-teman rapatnya berusaha mengeluarkan modal tetapi segalanya telah terlambat.

Mungkin bukan saya seorang yang terkilan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang turut merasakannya, tetapi keterkilanan saya adalah kerana jauh di sudut hati apa yang berlaku kepada P. Ramlee sebenarnya tidak lebih daripada manifestasi situasi 'bumi dipijak milik orang!'

Dan betapa pun besar P. Ramlee itu, dominasi komersialisme dan ekonomi meletakkan orang seperti beliau di akhir hayatnya makan nasi berlaukkan telur goreng dan hanya Saloma yang mendapat tempat di RTM dan diberikan slot program hiburan bagi menampung kehidupan mereka.

Kisah hidup dan kemelaratan P. Ramlee serta keluarganya bukanlah kes terpencil dan satu-satunya berlaku di kalangan aktivis seni kita.

R. Azmi serta beberapa orang lain juga melalui perkara yang sama dan segalanya hanya menunjukkan fakta bahawa kita belum cukup pandai menghargai karyawan seni dan artis kita.

Mungkin kerana hampir semua orang memikirkan bahawa filem, lagu, teater itu hanya untuk hiburan dan tidak lebih daripada itu. Kesedaran kita tentang memanfaatkan seni untuk pembinaan jati-diri, pemikiran dan pengisian minda, emosi dan spiritual yang cukup perlu dalam pengembangan diri manusia masih belum cukup tinggi dan diyakini.

Pun begitu kitalah yang terus ketawa terbahak-bahak melihat parodi, metafora dan kesinisan P. Ramlee dalam Bujang Lapuk, Tiga Abdul dan Madu Tiga.

Lebih sepuluh tahun lalu Shuhaimi Baba membentangkan kertas kerja untuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan meletakkan anggaran RM100 juta untuk pengembangan industri filem kita. Sejak tiga tahun lalu, dana serta bajet untuk kegiatan seni telah berlipat ganda diberikan.

Pada tahun 2009, RM100 juta diperuntukan, diikuti RM200 juta bagi tahun 2010 dan tahun hadapan juga diperuntukan RM200 juta. Jumlah yang cukup besar dan pasti penggiat seni negara ini berpuas hati dengan komitmen kerajaan terhadap mereka.

Pun begitu, tidak bolehkah kita ikhtiarkan sesuatu yang lebih terjamin, berjangka panjang, sistematik dan khusus untuk menjaga kebajikan artis? Ketepikanlah RM10 juta untuk apa juga skim yang sesuai untuk menjaga kebajikan mereka. Biarlah tragedi yang menimpa P. Ramlee menjadi yang terakhir dan diingati sampai bila-bila bersama kemashyuran serta kesenimanannya.

Malah masih banyak yang boleh dilakukan untuk waris dan keluarga beliau yang tinggal. Kita mungkin tidak akan dapat berbuat apa-apa tentang hak cipta filem-filem beliau yang masih menjadi harta Shaw Brothers, tetapi lain-lain bentuk bantuan dan kemudahan untuk menyenangkan kehidupan ahli keluarga beliau serta artis-artis lain pasti lebih bermakna.

Walaupun skim bantuan untuk artis yang memerlukan ada tetapi apakah RM10,000 mencukupi untuk meringankan beban artis dan karyawan seni yang dalam keadaan daif, ditimpa bencana dan keuzuran. Saya mencadangkan satu yayasan dibentuk untuk tujuan ini dan tidak keterlaluan kalau ia dinamakan Yayasan P. Ramlee.

* Penulis ialah ahli Persatuan Penulis Selangor - kerabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).

dipetik dari another brick in the wall


Seulas Riwayat

Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P.Ramlee telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 di pagi Hari Raya Aidilfitri. P.Ramlee telah dilahirkan di rumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang, Malaya.

P.Ramlee memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya ke Francis Light School. Sebelum perang meletus, P.Ramlee sempat menyambung pelajarannya ke Penang Free School tetapi tidak sempat menamatkannya. Semasa Perang Dunia Ke 2, P.Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.


Pada tahun berikutnya, P.Ramlee bersama sahabatnya Mohd Yusop telah menubuhkan sebuah pancaragam bernama Pancharagam Mustika. Beliau telah mendapat undangan menyanyi di atas pentas di Agricultural Show di Bukit Mertajam. B.S Rahjans kebetulan berada di situ untuk mencari bakat baru. Setelah menyaksikan persembahan P.Ramlee, beliau menawarkan P.Ramlee untuk datang ke Singapura.


Dalam tahun itu juga P.Ramlee telah pergi ke sana. Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan penyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

P.Ramlee buat pertama kalinya mendirikan rumah tangga dengan anak salah seorang seniman ketika itu. Isterinya yang dimaksudkan ialah Junaidah Daeng Haris. Melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 1953. Kemudian mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Iaitu, Mohd Nasir dan Arfan.

Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955. Namun begitu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961.

Pada tahun yang sama, P.Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijab kabulkan pada 21 November 1961. Saloma telah menemani P.Ramlee dalam suka mahupun duka sehingga ke akhir hayat P.Ramlee.


Sepanjang perkahwinan, P.Ramlee cuma mempunyai 2 orang anak. Iaitu Nasir dan Arfan. Oleh kerana itu, P.Ramlee telah pun mengambil beberapa orang anak angkat. Diantaranya ialah Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan akhir sekali Dian.

Di dalam dunia perfileman tempatan, P.Ramlee telah berlakon dalam 66 filem. Bermula dengan filem pertama 'Chinta' sehinggalah filem terakhirnya 'Laksamana Do Re Mi'. Di dalam dunia seni suara pula, P.Ramlee telah mendendangkan 359 buah lagu.

P.Ramlee juga telah memenangi beberapa buah anugerah di Festival Filem Asia di Hang Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura, Taipe dan Tokyo. Tidak ketinggalan juga, Festival Filem Antarabangsa di Berlin.

Hayat P.Ramlee tidak lama. Beliau meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah swt.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya tidak ternilai, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.


Jasa Dalam Kenangan

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".


Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.
Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi.


Anugerah Dari Kejayaan

Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.

1945  Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3" - P. Ramlee

1946 Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-2" - P.Ramlee

1947 Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat pertama" - P.Ramlee

1951 Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee

1952 Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita

1953 Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee

1956 Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah
Majalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi
Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca

1957 Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali

1958 Festival Filem Asia ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak

1959 Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok

1960 Majalah Gelanggang Singapura
"Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
Majalah Bintang Singapura
"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut
Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang

1962 Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail
"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.

1963 Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee

1964 Festival Filem Asia ke-11 Taipei
"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga

1965 Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku


Lagu-Lagu Ciptaan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee

Achi Achi Buka Pintu
Ada Ubi Ada Batas
Aduh Sayang
Aduhai Sayang
Ahmad Albab
Ai Ai Twist
Air Mata Di Kuala Lumpur
Aku Bermimpi
Aku Debok
Aku Menangis
Aku Tak Berdaya
Aku Terpesona
Ala Payong
Alam
Alam Di Tiup Bayu
Alam Maya
Alangkah Indah Di Waktu Pagi
Alhamdulillah
Ali Baba Rock
Alunan Biola
Anak Bapak
Anak-ku Sazali
Aneka Ragam
Angin Malam
Apa Guna Berjanji
Apabila Kau Tersenyum
Apek Dan Marjina
Asmara Bergelora
Asmara Datang Bersama Sang Bulan
Asmara Murni
Assalamualaikum
Autumn Leaves
Awan Mendong Telah Tiba
Awas-awas Jangan Tertawan
Ayam Ayam
Ayer Mata
Ayo-yo Ramasamy
Azizah
Bahagia
Bahtera Karam
Baidah
Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang
Bawah Rumpun Bambu
Bayangan Wajahmu
Beginilah Nasib
Belantara
Bengawan Solo
Berdendang Ria
Berhati Lara
Berhutang Jiwa Di Bayar Jiwa
(Budi Di Bawa Mati)
Berkorban Apa Saja
Bermandi-manda
Berpedati
Bersama
Bertamasha
Betapa Riangnya
Biarlah Aku Pergi
Bila
Bila Larut Malam
Bila Mama Pakai Chelana
Bila Tiba Masa
Bintang Hati
Bintang Sore
Bubor Sagu
Bujang Merempat
Bulan Dan Juga Angin
Bulan Jatuh Ke Riba
Bulan Mengambang
Bumi Ku Ini
Bunga Mekar
Bunga Melor
Bunga Rose
Bunyi Gitar
Burong Berkichau
Burong Punggok
Chelorong Cheloreng
Chemara Jingga
Chemburu
Chinta
Chinta Abadi
Choraknya Dunia
Cik Cik Keboom
Dalam Ayer Terbayang Wajah
Damaq
Dari Hati Ke Hati
Dari Masa Hingga Masa
Debaran Jiwa
Dendang Perantau
Dengar Ini Cherita
Dengarlah Gemala Hati
Dengarlah Rayuan Ku
Dengarlah Sang Ombak Berdesir
Derita
Dewi Ilham Ku
Dewi Puspita Ku
Di Bibir Mu Terlukis Kata
Di Mana Kan Ku Chari Ganti
Di Mana Suara Burong Kenari
Di Pinggiran
Di Pulau
Di Renjis Baru
Di Renjis-renjis
Di Renjis-renjis Di Pilis
Di Telan Pahit Di Buang Sayang
Di Waktu Bulan Purnama
Dia Dan Aku
Diam Diam
Do Re Mi
Duka Berganti Suka
Dunia Hanya Pinjaman
Embun Menitik
Engkau Laksana Bulan
Enjit Enjit Semut
Entah Di Mana
Epok Epok
Gadis Dan Terona
Gambus Jodoh
Gara Asmara
Gelang Suasa
Gelora
Gelora Asmara
Gelora Jiwa
Gerimis
Getaran Jiwa
Gitar Berbunyi
Gunung Payong
Haiyo Kezambo
Hamidah
Hanchur Badan Kandung Tanah
Hanya Angan Angan
Hanya Dikau
Harapan Bonda
Harapan Jiwa
Hari Feista
Hati Gelisah
Hati Muda
Hidup Berdua
Hidup Melarat
Hilang Terang Timbul Gelap
Hoi Hoi Ya Hoi
Hore-hore
Hujan Di Tengah Hari
Ibu
Ilham Tiba
Impian Kalbu
Inang Baru
Indahnya Sang Suria
Ingin Tahu
Inikah Suratan Hidup
Intan Menjadi Kacha
Irama Lagu
Istana Chinta
Isteri Yang Di Rindu
Itulah Sayang
Jangan Adek Angan Angan
Jangan Chemburu
Jangan Masam Muka
Jangan Suka Berjanji
Jangan Tinggal Daku
Jari-jari Ku Sakit Semua
Jasa Perwira
Jeritan Batin Ku
Jikalau Abang Merindu
Jikalau Ku Tahu
Jodoh Ta' Ke Mana
Joget Istana
Joget Malaysia
Joget Pong Ketipang Pong
Joget Pura Chendana
Joget Si Pinang Muda
Joget Tari Lenggang (Joget Pahang)
Juwita
Juwita Ku Sayang
Kachang Goreng
Kalau Kacha Menjadi Intan
Kalau Ku Tahu
Kami Penyamun
Kampung Nelayan
Kasehnya Ibu
Kata Dari Kalbu
Kau Turun Dari Kayangan
Kejamnya Manusia
Kelasi
Kelohan Ku
Kelohan Saloma
Keluarga 69
Kembara
Kenangan Abadi
Kenek Kenek Udang
Kerana Budi
Keronchong Kuala Lumpur
Keronchong Orang Seletar
(Keronchong Kemayuran)
Kesah Mahjong
Kesah Rumah Tangga
Ketipang Payong
Kita Berdayong (Dayong Sampan)
Kolam Mandi
Ku Jejak Bekas Kaki Mu
Ku Kehilangan Kanda
Ku Kejar Bayangan
Ku Rela Ampun
Ku Rindu Pada Mu
Kuala Lumpur
Kumbang Dan Rama-rama
Kumbang Dengan Bunga
Kwek Mambo
Lagu Anak Rantau
Lama Aku Merana
Lanang Tunang Tak Jadi
Langit Biru Blues
Lenggang Kangkong Baru
Lukisan Purnama
Maafkan Kami
Mabok Kepayang
Madah Ku
Madu Tiga
Makan Sireh Di Semerah Padi
Malam Bulan Di Pagar Bintang
Malam Ini Kita Berpisah
Malam Ku Bermimpi
Malam Minggu
Malam Tak Bergema
Malam Tak Berguna
Malaya Ku
Manusia
Manusia Miskin Kaya
Mari Menari
Mari Panching Ikan
Masa Yang Bahagia
Mastura
Mawar Ku
Melaka
Melodi Asmara
Memikat Hati
Menceceh Bujang Lapok
Mengapa
Mengapa Abang Merajok
Mengapa Bintang Sembunyi
Mengapa Derita
Mengapa Membisu
Mengapa Pilu Saja
Mengapa Riang Ria
Mengapa Tak Berkawan
Mengapakah Lagu Ku
Merak Kayangan
Merana
Merayu Asmara
Merayu Hati
Merpati Dua Sejoli
Mesra Ibu
Mutiara Permai
Nak Dara Rindu
Nasi Goreng
Nasib
Nasib Diri Ku
Nasib Malang
Nasib Si Miskin
Nasibnya Manusia
Nenek Nenek
Nilai Bangsa
Nujum Pa' Blalang
Nyanyian Asmara
Obat
Oh Bulan
Oh Manis Ku

Oh Teratai Ku
Pabila Malam Tiba
Padang Kota
Pahlawanku
Panah Asmara
Pancha Delima Hilang
Pantai Gurauan
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Pelangi Hati
Penawar Hati
Penghidupan Baru
Permata Bonda
Perwira
Pesta Muda Mudi
Pok Pok Bujang Lapok
Pujaan Ku, Pujaan Mu
Pukul Tiga Pagi
Puteri Bersiram
Putus Harapan
Putus Kaseh Di Semerah Padi
Putus Sudah Kaseh Sayang
Qadaan Tuhan
Raga Musnah
Rambang Petang
Rantai Terlepas
Rantau Selamat
Rela Hamba Rela
Resam Dunia (Dunia Ini Hanya Palsu)
Rindu Asmara
Rindu Hati Ku Rindu
Rindu Hati Ku Tidak Terkira
Rintehan Di Jiwa Ku
Rukun Islam
Saat Yang Bahagia
Sabar
Sabarudin Tukang Kasut
Saling Kaseh
Sam Pek Eng Tai
Sampah Hanyut Terapung
(Sampah Terbuang)
Sang Rang Bulan
Sapu Tangan Tanda Kaseh
Satay
Saya Suka Berkawan
(Gelora Chinta)
Sayu Pilu Kalbu Merana
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Sejak Ku Bertemu Pada Mu
Sejoli
Sekapor Sireh Seulas Pinang
Seksa
Sekuntum Mawar
Selamat Berbahagia Wahai Kekaseh
Selamat Berjumpa Lagi
Selamat Hari Raya
Selamat Panjang Umor
Selamat Pengantin Baru
Semarak Hati
Semenjak Mata Bertentang
Semerah Padi
Senandong Kaseh
Senandong Malam
(Senandong Anak Dara)
Senjakala
Senyap Dan Sunyi
Senyum
Sepanjang Riwayat Ku
Serampang Laut
Seri Bulan
Seri Bunian
Seribu Satu Malam
Sesudah Suboh
Si Burong Punggok
Siapa Kanda?
Sikit Kasi Banyak Minta
Simpulan Kaseh (Sungguh Girangnya)
Sindir Oh Sindir
Sua Sue Kemuning
Suara Takbir
Sukma Rindu
Sungai Nil
Sungguh Malangnya Nasib Ku
Sunyi Dan Senyap
Surat Chinta
Suria
Tak Guna
Tak Puas Mata Memandang
Tak Sabar Menanti
Tak Seindah Bunga
Taman Asmara
Taman Bunga
Taman Firdausi
Taman Puspawarna
Tangkap Ikan
Tari Panglima
Tari Silat Melayu
Tari Tualang Tiga
Tasek Madu
Telaga Hati
Temukanlah
Terbang Burong Terbang
Terbuku Di Kalbu
Terima Kaseh Banyak-banyak
Teruskan Lah
Tiada Kata Sechantek Bahasa
Tidur Ku Di Rumput Yang Basah
Tidurlah Pemaisuri
Tidurlah Wahai Sayang
Tiga Abdul
Tiga Sahabat
Timang Timang Anak
Ting Tara Tilala
Tinggal Impian
Tiru Macham Saya
Tolong Kami
Tudong Periok
Tunas Harapan
Tunggu Sekejap
Twist Malaysia
Uda Dan Dara
Udara Nyaman
Wahai Nenek, Nenek Kebayan
Wal Hasil Balik Asal
Ya Habibi Ali Baba
Yang Mana Satu Idaman Kalbu
Zapin Budaya
Zapin Malaysia
Zuraidah


Filem Lakonan dan Arahan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee

Abu Hassan Penchuri (1955)
Ahmad Albab (1968)
Ali Baba Bujang Lapok  (1961)
Aloha (1950)
Anak Bapak  (1968)
Anakku Sazali  ( 1956 )
Anjoran Nasib (1952)
Antara Dua Darjat (1960)
Antara Senyum Dan Tangis  (1952)
Bakti (1950)
Bujang Lapok  (1957)
Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
Cinta  (1948)
Dajal Suci (1965)
Di Belakang Tabir (1969)
Do Re Mi (1966)
Dr Rushdi (1970)
Enam Jahanam  (1969)
Gelora (1970)
Gerimis (1968)
Hang Tuah  (1956)
Hujan Panas (1953)
Ibu  (1953)
Ibu Mertua Ku  (1962)
Jangan Tinggal Daku (1971)
Juwita (1951)
Kancan Tirana (1969)
Keluarga 69  (1967)
Labu Dan Labi  (1962)
Laksemana Do Re Mi  (1972)
Love Parade (1963)
Madu Tiga (1964)
Masam Masam Manis  (1965)
Melancong Ke Tokyo (1963)
Merana  (1954)
Miskin (1952)
Musang Berjanggut (1959)
Nasib (1949)
Nasib Do Re Mi  (1966)
Nasib Si Labu Labi  (1963)
Nilam (1949)
Noor Asmara (1949)
Nujum Pak Belalang  (1959)
Panca Delima (1957)
Panggilan Pulau (1954)
Patah Hati (1952)
Penarik Beca (1955)
Pendekar Bujang Lapuk  (1959)
Penghidupan (1951)
Perjodohan (1954)
Putus Harapan  (1953)
Putus Sudah Kaseh Sayang  (1971)
Rachun Dunia (1950)
Ragam P Ramlee  (1965)
Sabarudin Tukang Kasut  (1966)
Se Merah Padi (1956)
Sedarah (1952)
Sejoli (1951)
Seniman Bujang Lapuk (1961)
Sarjan Hassan (1958)
Sesudah Subuh (1967)
Siapa Salah (1953)
Sitora Harimau Jadian  (1964)
Sumpah Orang Minyak  (1958)
Takdir Illahi (1950)
Tiga Abdul (1964)

Beberapa Catatan Yang Tinggal


SENIMAN bantu baiki pusara

Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) memohon badan korporat tampil membantu memperbaiki pusara seniman dan seniwati agung, Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, yang rosak teruk akibat ribut, dua minggu lalu.

Selain itu, dua lagi pusara yang turut terjejas ialah Allahyarham A R Tompel dan anak P Ramlee, Nasir Ramlee. Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata pihaknya juga memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyegerakan kerja pembersihan di kawasan pusara berkenaan.

Baiki kubur rosak

“Ini pusara seniman agung dan tindakan harus dilakukan dengan cepat. SENIMAN juga akan bekerjasama dengan Saloma Bistro, Arkib Negara dan DBKL bagi membincangkan mengenai pokok besar ini kerana ia sudah terjadi.

“Jika tiada bantuan segera, SENIMAN sendiri akan mengeluarkan duit untuk memperbaiki kubur yang sudah rosak ini,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, semalam.

Pada kunjungan itu, SENIMAN turut mengambil inisiatif membersihkan pusara berkenaan yang turut disertai Pengurus Saloma Bistro & Theatre Restaurant Sdn Bhd, Mohd Yazid Aziz dan sahabat P Ramlee, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin.
Buat majlis tahlil

Dalam kejadian Rabu lalu, sebatang pokok berhampiran pusara berkenaan tumbang dan merosakkan binaannya termasuk batu nesan.

Sementara itu, Yazid berkata, sekian lama pihaknya sentiasa menjaga kubur Saloma dan apabila berlaku kejadian seperti ini, pihaknya turut akan bertanggungjawab memperbaiki kubur itu.

“Kita akan berbincang dengan semua pihak untuk tujuan ini dan kami juga akan melakukan majlis tahlil bagi Saloma juga,” katanya.

P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada 29 Mei 1973, manakala Saloma atau nama sebenarnya Saloma Ismail, dilahirkan pada 22 Januari 1935 dan meninggalkan dunia pada 25 April 1983.

Berita Harian

Kabinet luluskan penubuhan Kursi P. Ramlee

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kabinet meluluskan penubuhan Pusat Penyelidikan, Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik atau dikenali sebagai Kursi P. Ramlee dalam usaha menggalakkan penghasilan karya berkualiti dalam kalangan penggiat seni industri kreatif di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penubuhan kursi itu juga bakal melaksanakan penyelidikan mengenai kehidupan P. Ramlee, termasuk jasa beliau supaya ia boleh dijadikan bahan kecemerlangan industri kreatif.

Menurutnya, input yang dipelajari melalui kecemerlangan penyelidikan itu perlu dijadikan sumber ilmu dan amalan penggiat seni.

"Penubuhan kursi ini merupakan satu penghormatan terhadap jasa dan sumbangan seniman agung negara itu selain dilihat sebagai ikon yang mewakili semangat juang serta kegigihan anak seni dalam pembangunan bangsa dan negara menerusi bidang seni.

"Kursi P. Ramlee ini akan diberikan dana berjumlah RM3.5 juta bagi menyediakan penyelidikan terancang, berkesan dan mengikuti jadual atau program yang teratur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kursi P. Ramlee di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), di sini hari ini.

Penubuhan Kursi P. Ramlee itu akan menempatkan dan memulakan Program Pengajian Pasca Siswazah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Aswara.

Tambah Rais, penubuhan Kursi P. Ramlee itu bukan hanya mengambil kira kepentingan satu kaum sebaliknya ia melibatkan semua kaum di negara ini.

Katanya, bagi merealisasikan usaha itu, pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti Pesta P. Ramlee bagi melibatkan semua kaum di Malaysia.

"Ini bermakna kita akan menyajikan pertandingan berkaitan dengan lagu olahan P. Ramlee dan seni suara di samping menjelmakan jiwa kreativiti beliau menerusi pementasan lakonan, layar perak dan seni gubahan lagu," katanya.

Ditanya mengenai Pesta P. Ramlee yang bakal diadakan itu, Rais menambah, huraian mengenai tarikh dan maklumat terperinci akan diumumkan minggu hadapan.

Jelasnya, beberapa badan berkaitan seperti Istana Budaya, Aswara dan Jabatan, Kebudayaan dan Kesenian terlibat dalam pesta tersebut.

Dalam pada itu, Rais turut mengumumkan Zamallah P. Ramlee yang merupakan bantuan kewangan kepada pelajar pasca siswazah yang mendaftar sebagai calon sarjana dan PhD yang membuat penyelidikan khusus mengenai P. Ramlee.

Utusan Online

28 Aug 2013

Kerana Kau Ada


kerana kau ada
aku tidak begitu sepi
tanganmu menyentuhku
hatimu berbicara
sebaris terima kasih
dari lubuk sanubari
datang ke ruang dirimu


terima kasih atas setiap sokongan 
dan kunjungan
ia begitu berharga
sehingga blog ini tiba ke detik ini

semoga kau akan selalu ada
menemani

terima kasih
Mimbar Kata

Imbas Merdeka


Dirgahayu tanahairku Tanah Tumpah Darahku
Setiap rasa setiap inci jiwa terpatri pada sebuah kata
MERDEKA

Bagaimana merdeka diungkap dan lafaz
tanda terima kasih dan setia tak terbatas
barangkali apa yang berada dalam lipat masa
mengembalikan kenangan
serta mengukuh tanda
setia cinta buat negera tersayang

Semuanya tiada lain
tanda bahagia syukur dan gembira
atas segala yang diinjak dan diterima
dalam  MERDEKA

PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2013


Iklan Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk

Iklan Merdeka Petronas 2008 -Buah Cempedak

Iklan Merdeka Maybank

Iklan Merdeka Finas 2010

selamat Hari Merdeka
kepada seluruh warganegara Malaysia

Tonton Dulu Tanda Putera



Tanda Putera semakin mendekati tarikh tayangnya
Sesudah tertangguh begitu lama sebuah karya atas raih dan usaha
karyawan dan seniman 
atas pengorbanan dan lelah 
menghasilkan sebuah karya seni
Tanda Putera akan menemui penontonnya
dan semakin banyak pula desas-desus dan segala usaha
barangkali untuk menghalang lagi Tanda Putera
menemui khalayaknya

Tonton dulu Tanda Putera
kemudian kita menilai 
kehadirannnya





Elak Provokasi Tanda Putera
FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba berharap wakil media pihak pembangkang yang menonton filem arahannya, Tanda Putera tidak melakukan provokasi filem itu menerusi tulisan mereka.

Shuhaimi atau lebih mesra dipanggil Shumi berkata, dia gembira melihat ramai media hadir pada majlis pra-tonton buat kali kedua filem tersebut dan berharap mereka tidak melihat karya itu dari sudut negatif.

"Alhamdulillah, selepas setahun tayangan Tanda Putera tertangguh gara-gara isu politik, akhirnya ia dapat dipertontonkan kepada masyarakat.

"Semua pihak kena tahu sejarah dan latar belakang negara sendiri dan rasanya filem ini tidak patut dikontroversikan lagi untuk dijadikan bahan politik.

"Melihatkan kehadiran ramai media berbanding tayangan perdana pertama yang berlangsung pertengahan tahun lalu, ini menunjukkan sambutan yang diberi amat menggalakkan, tetapi jangan pula ada pihak lain yang sengaja mahu mencari isu dalam menimbulkan provokasi," katanya.

Shuhaimi ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tanda Putera yang diadakan di Golden Screen Cinema (GSC) The Gardens di sini malam Selasa.

Barisan pelakon filem tersebut antaranya seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Linda Hashim, Faezah Elai, Norman Hakim dan Kavita Sidhu turut hadir.

Bagaimanapun tambah Shuhaimi, dia hanya mampu berdoa agar Tanda Putera mendapat respons baik daripada penonton walaupun secara dasarnya moral dalam dirinya semakin kurang gara-gara kontroversi penundaan filem itu.

Dalam pada itu, beliau turut membuat penapisan semula buat kali kedua sebelum ditayangkan kepada umum bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

"Walaupun sebelum ini pihak LPFM (Lembaga Penapisan Filem Malaysia) telah meluluskan Tanda Putera untuk ditayangkan pada tahun lalu, tetapi saya mengambil inisiatif untuk menyunting semula sebanyak lima peratus agar tiada siapa yang boleh memprovokasi filem ini," ujarnya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein (Rusdi) dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan) berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tanda Putera yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Sumber MStar Online



Tanda Putera: Shuhaimi Baba gementar tunggu reaksi rakyat

KEMAMAN 23 Ogos - Pengarah filem Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mengakui agak gementar menunggu reaksi dan sambutan rakyat sempena tayangan filem itu di pawagam-pawagam seluruh negara pada 29 Ogos ini.

Beliau yang juga penulis skrip dan penerbit filem itu berharap naskhah tersebut dapat diterima rakyat negara ini dan dinilai daripada sudut positif, bukan seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak sebelum ini.

Katanya, filem melibatkan kos kira-kira RM4.7 juta itu tidak dihasilkan berikutan desakan mana-mana atau bertujuan memecah-belahkan perpaduan kaum tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai 'orang filem' kepada negara.

"Saya bukan sahaja gementar kerana banyak filem yang kita jangka box-office tidak mendapat sambutan apatah lagi filem kenegaraan seperti ini, namun saya berharap masyarakat dapat ubah persepsi tentang filem ini dengan keluar menonton Tanda Putera kerana ia tidak seperti yang digambarkan sebelum ini.

"Tanda Putera satu filem sejarah yang rakyat Malaysia perlu tahu dan lihat kerana menceritakan sejarah negara kita ketika itu, bagaimana pemimpin bangkit untuk menjaga negara dalam apa situasi sekali pun dan disebabkan itulah kita dapat nikmati perpaduan pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tayangan pratonton dan dialog filem Tanda Putera bersama 242 peserta kursus Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Timur, di sini semalam.

Pada majlis itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam turut hadir.

Shuhaimi juga meminta masyarakat melihat filem tersebut sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan dan bukan menjadikannya filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni.

Jelasnya, jika filem kenegaraan yang dihasilkan sering mendapat kritikan serta halangan untuk disiarkan, sejarah negara akan terkubur dan golongan muda lambat-laun akan melupakan 'hero' yang pernah berjasa kepada negara.


Utusan Online


Shuhaimi Baba says she’s demoralised over Tanda Putera
By Noorsila Abd Majid

As much as Datin Paduka Shuhaimi Baba is grateful that the Communication and Multimedia minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek has finally set August 29 as the official release date for Tanda Putera, the famed Malaysian director can’t hide her frustration over the controversies surrounding her movie.

“I’m happy and relieved. But I’m not going to do anything about the movie until I get the black and white from the ministry,” Shuhaimi says. “The screening date has been delayed for too long. I’m still asking myself ‘Betul ke ni (Is is true)?. I dare not plan any promotional activities for the movie until I see it in black and white.”

Describing Tanda Putera as a nightmare for her and her Pesona Pictures crew, the movie veteran adds, “It’s been a demoralising journey for all of us involved in the movie. It’s supposed to be a showcase of our talents. But all of our hard work has gone to the drain.”

She admits to suffering from a huge loss – in the millions – because of the long delay in releasing the RM4.8mil historical epic, but declines to reveal the exact figure.

Essentially a buddy film, “Tanda Putera” – set against a volatile Malaysia in the late 1960s and 1970s, revolves around second Malaysian Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein (played by Rusdi Ramli) and his best friend, Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan Nin), who eventually became his deputy prime minister.

But there were calls for “Tanda Putera” to be banned, for allegedly portraying the Malaysian Chinese in a bad light.

Its screening was put off twice – with Nov 15 as the last official date.

The controversy surrounding the movie got more serious when DAP leader Lim Kit Siang filing a lawsuit against her for defamation.

The mess started when an old photo of the veteran opposition leader – allegedly taken after he had urinated at the flagpole in the house of the then Selangor Menteri Besar Datuk Harun Idris during the May 13 racial riot in 1969, accidentally made its way to the offical Facebook page of “Tanda Putera”.

“I consider that case settled,” Shuhaimi reveals. “My Facebook administrator overlooked the matter. But we’ve given him (Lim Kit Siang) all the necessary explanations that he’s never part of the story.”

Redcarpet

27 Aug 2013

Dari Daun-Daun


dari daun-daun
kita memerhati lingkar masa gerak zaman
bermula dari kelopak kecil membesarkan pohon
menjaring matahari mengepung udara
tabah dalam diam 
mengikat pintal cinta tak terleraikan tak terpisahkan
hanya tangkai kecil berpaut kukuh
pada dahan dan ranting
setiamu teruji oleh deras angin 
tulus menadah hujan mengait embun
demikian cinta yang kau ukir
sepanjang waktumu


dari daun-daun
bahagia itu tumbuh berpayung bayang
melambai menanti angin 
menari dalam rentak kalbu guris jiwa
datanglah burung-burung bersarang
hinggaplah unggas berterbangan
berkampunglah serangga bebas dan merdeka
menumpang di  rimbun daun 
kaulah negeri tercantik
tanah harapan nusa perjuangan
segenap yang datang


dari daun-daun
sabar dan relamu tak terbanding
melindung dahan membungkus kulit pohon
begitu pengorbanan sucimu
membesarkan pohon-pohon


dari daun-daun
belajarlah mengunyah derita memikul  gundah
pada detik yang  selalu tiba
ketika cinta berhujung dalam pamitan
pasrah dan redha mendaki putaran takdir
dengan perlahan dan diam
daun itu meninggalkan tangkai
tanpa tangis tanpa gundah jiwa
kerana ia tahu dan amat menerima
segenap yang tertulis pada urat nasib
begitu diam di banir pohon 
atau dilarikan angin jauh dan jauh
tertanggal dari segenap yang menjadi miliknya
menunggu waktu 
masa mereputkan kenangan meleraikan mimpi
bagimu segala itu bukan perpisahan
tetapi memenuhi gilir  masa pinta detik
kerana esok akan tumbuh
tunas-tunas kecil 
menumbuhkan daun-daun baru
yang amat kautunggu
dari pusaramu di dingin tanah


dari daun-daun
tataplah bagaimana cinta dan kasih sayang
bahagia dan pengorbanan
mengalir dalam diam
dalam pasrah yang dalam







26 Aug 2013

Warna Kata



Dunia ini hanya kanvas bagi imaginasi
 - Henry David Thoreau


Apa yang kini sudah menjadi nyata dulu sekadar imaginasi
  - William Blake




Kesusasteraan Melayu SPM 2013




KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2013

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
Jawab semua soalan Bahagian Satu.
Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1. Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan]

Berikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
[4 markah]

2. Maka titah baginda, “ Wah, anakku mengapatah anakku berkata yang demikian kerana yang salah itu ayahanda juga ini melainkan ayahanda minta ampun banyak-banyak kepada anakku kerana aku juga yang berbuat aniayakepada anakku dari sebab taksir ayahanda kurang periksa kerana anak sendiri pun disangkakan orang lain.” (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata hal. 38)

Berikan dua pengajaran dalam petikan di atas. [4 markah]

3. Setelah datang seraya menyembah, “Ya tuanku, sekarang ada hamba memegang pencuri waktu hamba pergi ke sungai mengambil air akan masak nasi itu. Ketika itulah dia mencuri, patik punya juadah dan terlalu banyak dimakannya. Inilah orangnya hamba ikat apa juga perintah tuanku kerana itu ia juadah hamba mengambil upahan menjualkan juadah orang di dalam satu rupiah lakunya sepuluh sen upahnya.”
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan, hal. 67 – 68)

(a) Siapakan ‘tuanku’ dalam petikan? [2 markah]
(b) Apakah alasan pencuri itu memakan juadah penjual tersebut?
[2 markah]

4. Bahasaku,
kau ialah pengelana
yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang
yang menyuburkan rindu pada segara ilmu
yang mencambah benih kasih pada pohonan kering dan daunan layu
( Dipetik daripada sajak Pengelana Waktu, Ruzaini Yahya )

Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh berdasarkan sajak di atas. [4markah ]

5. GULAM RUSSEL : Masjid untuk umat Islam semua bangsa dan keturunan dibina di tengah-tengah. Khutbahnya bergilir-gilir dalam bahasa Melayu, Inggeris, Urdu, Tamil dan Mandarin.

TULUS : Bulan Ramadan aka nada bazaar Ramadan dan majlis berbuka puasa yang boleh disertai semua kaum. Semua kedai makan kecuali restoran tertutup di hotel dibuka waktu siang. Semua bentuk persembahan ditiadakan selama sebulan, kecuali lagu-lagu nasyid dan bacaan al-Quran.
(Dipetik daripada drama “Muzikal Kampung Baru”, oleh Hatta Azad Khan)
hal 209

Nyatakan empat unsur Islam dalam petikan di atas. [4 Markah]

6. ZAHID: (Terperanjat) Aik... setahu aku rumah tangga kau tidak ada masalah. Selama ini bukankah kau hidup bahagia? Isteri kau Norhayati kan seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula. Masalah apa pula lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swasta, jika ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas. Apa kata kita bincang sedikit. Engkau tu kawan aku, tapi dalam kerja, kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kau faham maksud aku.
( Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi”, oleh Taha Abd Kadir hal. 313)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan empat perwatakan Norhayati. [4 Markah]

7. Suara ayah bergema memecah keheningan pagi. Jelas dan nyata kata-kata itu diucapkan kepadaku. Aku bergerak malas menuju ke tingkap. Kubuka tingkap yang sekian lama tertutup rapat. Terpelohong. Kicauan burung-burung pagi seperti menyampaikan salam kepadaku. Angin pagi menerpa masuk bagaikan manusia kebuluran menjamah makanan.
( Dipetik daripada cerpen “Benar Kata Ayah” oleh Ria Asmira, hal. 81)

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya bahasa simile dan beri satu contoh gaya bahasa simile dalam petikan di atas. [4 markah]
8. Petikan tali gambus memukau tanah Malaya. Lenggok lagu-lagu yang menyentuh hati pautan terluah jari seni Sarjan Seman. Lelaki itu tidak pernah menunjukkan keresahan sewaktu berjuang mempertahankan Negara. Ketika peluru musuh himpang himpit di telinganya, dia terus menentang petualang tanpa rimbunan resah di hulu hati.
“ Kau pejuang tanah air, Seman.”
Seremaia Vakarusa menyapu peluhnya.
“ Pahlawan melayu sebenarnya berani.”
( Dipetik daripada cerpen “Rindu Tanah Malaya” karya Hashim Latiff, hal. 132-133)

Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas beserta contohnya
[4 markah]

9. “Semua orang kata Fariz salah! Nenek kata Fariz nakal, kakak cakap Fariz jahat dan polis-polis di lokap sana kata Fariz tak guna! Sekarang abang pun nak cakap macam tu?” Syed Fariz memandang Anuariza. Marah
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Wahab)

Nyatakan dua perwatakan Syed Fariz sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di atas. [4 markah ]

10. Hari itu Jalil berkonflik besar dengan ibunya. Ibunya berkeras untuk berpindah. Jalil pula berkeras tidak mahu berpindah. Konflik dua beranak itu berlarutan. Akhirnya Mak Teh membuat keputusan meninggalkan Jalil seorang diri. Harapannya Jalil akan mengalah dan mengikutinya kemudian.
( Petikan novel Dari Lembah Ke Puncak, halaman 27/28)

Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Puisi A

Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga ke luar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya-raya,
Ingin berkahwin dengan puteri.

Puisi B

Jatuh ketumbar menimpa dahan,
Kembang cempaka di tepi halaman,
Turun ke lembah menanam kandis,
Cuaca redup singgah di paya,
Jika sabar menerima dugaan,
Itulah tanda orang beriman,
Tidak mudah digoda iblis,
Akhirnya hidup di puncak jaya.

(a) Bandingkan bentuk puisi di atas. [8 markah ]
(b) Nyatakan dua gambaran sifat orang beriman yang terdapat dalam Puisi B [8 markah ]
(c) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam Puisi B [4 markah ]

2. Berdasarkan Hikayat Indera Nata dalam teks Seuntai Kasih Secebis Harapan.
a) Jelaskan tiga perwatakan Indera Nata. [12 markah ]
b) Huraikan dua nilai murni dalam hikayat ini. [8 markah ]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.

DI DADA MEREKA ADA KHALID

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan

Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.

Di dada mereka ada khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.

Shahrunizam Abdul Talib
(Bera, Pahang)

a. Huraikan tiga ciri bentuk sajak di atas. [ 6 markah ]
b. Semangat patriotik merupakan tema sajak di atas, nyatakan tiga bukti semangat tersebut yang digambarkan oleh penyajak. [ 6 markah ]
c. Bincangkan empat keindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.[ 8 markah ]

4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail:

(a) Nyatakan pemikiran drama tersebut. [4 Markah]
(b) Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelewati Ayu [8 Markah]
(c) Berdasarkan kreativiti anda, ciptakan empat dialog bagi menyambung petikan di bawah. [8 Markah]
PUTERA : Saya ingat, itu yang ingin nenek tanyakan, kerana kebanyakan orang singgah ke tempat saya sering bertanya perkara itu. Mereka sangkakan saya ini anak bangsawan apabila melihat hasil kerja seni saya. Habis apa nek?

KEBAYAN : Ramai yang lain pun menyangka nenek daripada golongan atasan. Eeemmm, dengar cerita, ada seorang lelaki sering berkunjung ke tempat Putera. Siapa dia?

PUTERA : Lelaki? Berkunjung ke tempat saya? Ramai yang datang. Tiga empat orang setiap hari, membeli barangan seni saya. Yang mana satu? Eeemmm, mungkin yang itu agaknya...
( Dipetik daripada drama “Dongeng Sang Puteri”, oleh Wan Ahmad Ismail
hal 249 )

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi :

a) Bincangkan tema cerpen di atas. [4 markah]
b) Huraikan dua persoalan dalam cerpen di atas. [8 markah]
c) Jelaskan empat perwatakan Mat Seman. [8 markah]

6. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh,

Huraikan lima sifat gigih yang ada pada watak utama beserta contoh.
[20 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

Bahagian Satu

1. (i) Anafora [2+2 m]
Contoh: Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
(ii) Sinkof [2+2 m]
Contoh: nak
(iii) Responsif [2+2 m]
Contoh: Jual kelapa nak beli ayam
Jual ayam nak beli itik
[Maksimum: 4 markah]

2. Pengajaran :

i Kita mestilah meminta maaf jika telah melakukan kesalahan. [2m]
ii Kita janganlah menganiayai orang lain apatah lagi anak atau ahli keluarga kita sendiri. [2m]
iii Sebelum mengambil sesuatu sesuatu tindakan, kita perlu menyisat terlebih dahulu. [2m]

[Maksimum: 4 markah ]

3 (a) Tuanku dalam petikan ialah Raden Kesuma Ningrat [ 2m]
(b) Alasan pencuri itu memakan juadah penjual kerana lapar akibat tidak

[Maksimum: 4 markah ]

4. Gaya bahasa :
Sinkof ,
cth: ku, kau [2m]

Anafora,
cth : yang menitiskan….
Yang menyuburkan….
Yang mencambah…. [2m]

Asonansi
cth;bahasaku ( vokal a ) [2m]

Aliterasi
cth ;yang menitiskan madu cinta pada tanah yang kontang . ( konsonan n ) [ 2m]
Frasa menarik cth:menyubur rindu/mencambah benih kasih/menitiskan madu cinta. [2m]

[Maksimum:4 markah]

5. Unsur Islam
i Masjid (1m)
ii Khutbah (1m)
iii Bulan Ramadan (1m)
iv Puasa (1m)
v Lagu-lagu nasyid (1m)
vi Al-Quran (1m)

[Maksimum: 4 markah]

6 a Perwatakan Hayati
i seorang yang baik hati [1m]
ii seorang yang penyayang [1m]
iii seorang yang warak [1m]
iv seorang yang cantik [1m]

[ Maksimum 4 markah]

7. Gaya bahasa simile ialah gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata banding contohnya seperti, bak, bagai, macam dan sebagainya.
[2m]
Contoh simile:
i. Kicauan burung-burung pagi seperti menyamapaikan salam kepadaku.
[ 2m]
ii. Angina pagi menerpa masuk bagaikan manusia kebuluran menjamah makanan. [ 2m]
[ Maksimum 4 markah]

8. Nilai murni:
i. Nilai keberanian
contohnya “pahlawan melayu sebenarnya berani”.
[ 2m]
ii. Nilai keyakinan
contohnya “lelaki itu tidak pernah menunjukkan keresahan
Sewaktu berjuang mempertahankan negara”
[2m]
iii. Nilai patriotisme
contonya “kau pejuang tanah air, Seman.
[ 2m]
[ Maksimum 4 markah]


9. Perwatakan Syed Fariz
i. nakal 2 m
ii. jahat 2 m
iii. tidak berguna 2 m

[ Maksimum 4 markah]

10 . i. Konflik dalam keluarga 2 m
ii. Tegas dalam menyatakan pendirian 2 m
[Maksimum 4 markah]

Bahagian Dua

Jawapan Soalan 1

Soalan 1 (a) Perbandingan bentuk Puisi A dan Puisi B.
Puisi A merupakan seloka
manakala puisi B ialah pantun lapan kerat. [2 m]

Puisi A terdiri daripada empat baris serangkap
manakala puisi B terdiri daripada lapan baris serangkap. [2 m]

Dalam puisi A, semua baris adalah maksud
tetapi dalam puisi B pula terdiri empat baris pembayang dan empat baris maksud. [2 m]

Rima akhir dalam puisi A dan puisi B adalah seimbang.
Rima akhir puisi A ialah abab, manakala rima akhir puisi B ialah aabcaabc.
[1 + 1 m]

Jumlah patah perkataan sebaris dalam puisi A dan puisi B adalah seimbang
iaitu antara empat hingga lima patah perkataan. [1+1 m]
cth. Ingin berkahwin dengan puteri – empat patah perkataan
cth. Jual lembu nak beli bahtera – lima patah perkataan

Jumlah suku kata sebaris dalam puisi A dan puisi B juga seimbang,
iaitu antara sembilan hingga sebelas suku kata. [1+1 m]
cth. Cua/ca re/dup sing/gah di/ pa/ya – sembilan suku kata
cth. Kem/bang cem/pa/ka di/ te/pi ha/la/man – sebelas suku kata

Kedua-dua puisi berbentuk terikat dengan ciri puisi Melayu lama. [2 m]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 1(b) Gambaran sifat orang beriman.

Seorang yang sabar dalam menerima dugaan/cabaran hidup.
cth. Jika sabar menerima dugaan . [ 2+2 m ]

Seorang yang beriman / taat pada agama.
cth. Itulah tanda orang beriman [ 2 + 2 m ]

Tidak mudah digoda syaitan. [ 2 + 2 m ]
cth. Tidak mudah digoda iblis
Memperolehi kejayaan dalam hidup.
cth. Akhir hidup di puncak jaya [ 2 + 2 m ]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 1c Pengajaran

(i) Kita hendaklah sabar/tabah dalam menghadapi dugaan hidup. [2 m ]

(ii) Kita hendaklah patuh/taat pada ajaran agama. [2 m]

(iii) Kita jangan mudah terpengaruh dengan godaan iblis. [2 m]

[Maksimum: 4 markah]

Jawapan Soalan 2

Soalan 2a Perwatakan indera Nata

(i) Seorang yang menghormati orang yang lebih tua. [2m]
Cth: Dia tunduk memberi hormat kepada raja-raja dari tujuh buah negeri yang datang untuk mengambil puteri mereka setelah berjaya diselamatkan oleh Indera Nata dan menjamu mereka. [2m]

(ii) Seorang yang pemaaf. [2m]
Cth: Dia telah meminta isterinya Tuan Puteri Cendera Kesuma menghidupkan semula ayandanya Raja Rom yang telah dibakarnya dan sanggup memaafkan kesalahan ayahandanya itu yang menyesali perbuatannya selama ini. [2m]

(iii) Seorang yang berani. [2m]
Cth: Dia melawan raksasa seorang diri setelah anak-anak raja yang mengiringinya lari bersembunyi apabila melihat raksasa yang besar lagi gagah perkasa. [2m]

(iv) Seorang yang gagah. [2m]
Cth: Raksasa tidak berjaya membunuh Indera Nata walaupun tubuhnya telah dimamah dan dihempas ke batu oleh raksasa. Malahan keluar api menyala-nyala dari tubuh Indera Nata. [2m]

[Maksimum: 10 markah]

Soalan 2b Nilai murni
i. Nilai keberanian [2m]
Cth: Indera Nata berani melawan raksasa yang begitu besardan gagah perkasa seorang diri. [2m]

ii. Nilai kesetiaan [2m]
Cth: Tujuh puteri yang diselamatkan oleh Indera Nata tidak mahu pulang ke negara mereka semula dan sanggup menghambakan dirinya kepada Indera Nata. [2m]

iii. Nilai kemaafan [2m]
Cth: Tuan Puteri Cenderawati sanggup memaafkan kesalahan suaminya Raja Rom kepadanya dahulu kerana dia tahu Si Batu Kembar yang telah meracuni fikiran suaminya dan menganggap setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. [2m]

iv. Nilai kekesalan [2m]
Cth: Raja Rom amat menyesal dengan perbuatannya selama ini kepada isteri dan anaknya, Indera Nata sehingga tidak dapat membezakan antara ahli keluarga sendiri dengan orang lain. [2m]

[ Maksimum:10 markah]

Jawapan Soalan 3

Soalan 3a.

i. Berjuang secara ikhlas tidak akan cepat mengalah/takut/cepat serah diri [1 m]

ii. Tidak takut dengan kematian/tidak gentar tentang mati/maut. [1 m]

iii. Kematian dapat menewaskan/mengalahkan golongan/orang pengecut. [1m]

iv. Kehidupan/hidup beerti kepada yang berani/orang yang berani. [1 m]

v. Biar hidup seribu tahun/lama lagi [1 m]

vi. Mereka akan terus berjuang / meneruskan perjuangan/pertahan Negara.[1 m]

[ Maksimum : 6 markah]

Soalan 3b.
i. Semangat tak pernah luntur/ di tangan mereka pedang keberanian/di hati mereka berkubu keyakinan. [ 2 m]

ii. Seorang mati seribu yang yang bangkit meneruskan perjuangan/ramai pejuang yang menunggu untuk berjuang/seorang mati seribu lagi bangkis. [ 2 m]

iii. Tidak takut pada kematiaan/tak pernah tunduk pada igau kematiaan. [ 2 m]

iv. Semangat perjuangan tidak pernah luntur/singa garang di padang juang. [2 m]

v. Sentiasa bersedia untuk berjuang/setiap hari akan mereka nantikan. [2 m]

[ Maksimum: 6 markah ]

Soalan 3c
i. Asonansi
pengulangan bunyi vokal a
baris 1 rangkap 3( di dada mereka ada khalid ) [2 m]

ii. Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan
- baris 1 rangkap 3(di dada mereka ada khlaid ) [2 m]

iii. sinkof
cth; tak [2 m]

iv. Responsif
cth; di dada mereka ada khalid
di tangan mereka pedang keberanian [2 m]

v. Anafora
cth; musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman [ 2 m]

vi. Metafora
cth ; pedang keberanian,bara perjuangan [2 m]
vii. Personifikasi
cth; mengipas bara perjuangan/ Perjuangan suci tak pernah tunduk [ 2 m]

[ Maksimum :8 markah]

Jawapan Soalan 4

Soalan 4a Pemikiran drama
i Dram a Dongeng Sang Puteri membawa pemikiran perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa.
Contohnya, konflik kehidupan berlaku apabilaTengku Mahmud golongan
istana berkahwin dengan seorang perempuan joget tanpa restu pihak istana.
[4 m]

[Maksimum: 4 markah ]

Soalan 4b Perwatakan Puteri Lelawati Ayu
i Seorang yang penyayang [1m]
Contohnya, dia amat menyayangi Nenek Kebayan. [1m]

ii Seorang yang suka merendah diri [1m]
Contohnya, Puteri selalu merendah diri dengan mengatakan dirinya hodoh, walhal dia seorang yang cantik. [1m]

iii Seorang yang setia [1m]
Contohnya, Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya mempelawa untuk tinggal di istana. [1m]

iv Seorang yang tidak suka meminta-minta [1m]
Contohnya, Puteri berpendapat orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka. [1m]

v Seorang yang tabah [1m]
Contohnya, Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dan kotor. [1m]

vi Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain. [1m]
Contohnya, Puteri tidak cepat mempercayai kata-kataTengku Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kata-kata Tengku Mahmud tersebut. [1m]

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 4c : Rekacipta (empat) dialog drama
i Isi [2m]
ii Teknik [2m]
iii Bahasa [2m]
iv Kreativiti [2m]
[Maksimum : 8 markah]

Jawapan Soalan 5

Soalan 5(a)
Tema cerpen Anak Gembala ialah kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri. [2m]

Contohnya Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarah Penghulu Isa supaya berpindah. [2m]

Mat Seaman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang bibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut. [ 2m]

[Maksimum: 4 markah]

Soalan 5(b) Persolan yang terdapat dalam cerpen.

Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga. [1m]
Contoh: Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara enam puluh ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti menjadi askar. [1m]

Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau. [1m]
Contoh: Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. [1m]

Persoalan terhadap kecintaan terhadap ilmu. [1m]
Contah: Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak-anaknya ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah tempat untuk mendapatkan ilmu. Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan kerja. [1m]

Persoalan keberanian seorang lelaki. [1m]
Contoh: Mat Seman tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong dan berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut. [1m]

Persoalan pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. [ 1m]
Contoh: Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mengancam kesucian akhlak muda mudi di desa. [1m]

[Maksimum 8 markah]

Soalan 5(c) Perwatakan Mat Seman:

Seorang yang mencintai ilmu. [1m]
Contoh; Mat Seman bercita-cita supaya supaya semua anaknya belajar hingga ke universiti. [1m]

Seorang yang berpandangan jauh. [1m]
Contoh: Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat dan Australia. [1m]

Seorang yang tabah. [1m]
Contoh: Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah mengasuh Mat Seman menjadi kuat. [1m]

Seorang yang berani.
Contoh: Mat Seman berani menentang pemodenan dan pembangunan yang akan mengancam budaya hidup di desa walaupun kakinya kudung. [1m]

Seorang yang pemurah. [1m]
Contoh: Mat Seman akan memberi baja tahi kerbau kepada orang kampung sebagai baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada Hari Raya Haji [1m]

[Maksimum 8 markah]

Jawapan Soalan 6
Sifat gigih watak utama :
. i. Gigih bekerja 1m
-Jalil gigih mengerjakan sawah untuk menyara kehidupannya 1m

ii. Gigih menuntut ilmu 1m
-Jalil gigih sehingga berjaya menjadi pelajar terbaik sekolahnya 1m

iii. Gigih menuntut hak 1m
-Jalil gigih berjuang untuk menuntut semula tanah arwah Pak Teh 1m

iv. Gigih menjayakan impian 1m
-Jalil gigih merealisasikan Taman Tema Nibung Park 1m

v. Gigih mencapai cita-cita 1m
-Jalil gigih berusaha mencapai cita-citanya menjadi usahawan
berjaya 1m

vi. Gigih mempertahankan pendiriannya 1m
-Jalil tetap dengan pendiriannya tidak mahu berpindah dari
kg Bukit Nibung walau pun terpaksa tinggal di dangau 1m

vii. Gigih melawan kemiskinan 1m
-Walaupun miskin Jalil masih berjaya menjadi anak kampung
berjaya 1m

viii. Gigih menghadapi orang kampung yang memulaukannya 1m
-Orang Kampung memulaukan Jalil dan keluarganya

ix. Gigih menunaikan wasiat arwah ayahnya 1m
-Jalil gigih mengumpul duit bagi menunaikan wasiat ayahnya
untuk memastikan tanah tersebut menjadi hak milik keluarganya 1m

x. Gigih menghadapi fitnah dan tuduhan orang kampung 1m
-Jalil gigih dan tenang menghadapi fitnah orang kampung yang
mengatakan abangnya Muhsin yang melarikan Biah 1m

[Maksimum: 20 markah]


25 Aug 2013

Aku Harus Mencintai Negeri Ini


aku harus mencintai negeri ini
mendirikan rumah setia dan bahtera semangat
dengan apa diriku dengan segala ukir sayangku
aku tak pernah berada pada tangga sejarah
di mana kita membina tugu dan mendirikan menara bahagia
aku tak pernah berada di pintu nestapa
nanar mengusung harapan getir mengunyah payah
jalan yang dipenuhi belulang ketakutan
sungai yang mengalir darah pengorbanan
huma yang tumbuh padi kemiskinan
dada yang basah oleh air mata


aku harus bertanya lagi
bagaimana segala yang tertatap ini terjadi
jalan terbentang, bangunan menggapai langit, ladang dan jentera
makmur, sentosa, dan hidup bersama
komputer dan ilmu baru
sehingga aku meraih kebijakan sedang ibu ayahku
hanyalah seorang petani kerdil dengan sebidang sawah
apakah semua ini terhasil dari raih usahaku
atau gigih tekadku, atau segalanya memang surat takdir
atau ia datang dari keadilan tadbir, kebijakan memilih tindakan
atau keikhlasan para pemimpin mengatur warna bangsa


mengapa pula nenek dan datukku tak menerima semua itu
dan ayah ibuku mewarisi genggam kesulitan
tapi aku mampu keluar dari lumpur kejahilan, meraih kejayaan
dan hidup dalam danau bahagia limpah sentosa
apakah segalanya hanya kebetulan
atau negeri ini telah memberi anugerah kepadaku
berbahagia dan berbangga dengan nilam sejahtera


aku harus mencintai negeri ini
kerana aku tahu, hidup dan matiku adalah di sini
setia relaku tak ada lain untuk kupersembahkan
selain menapak sebagai warga menghulur bakti dan setia
untuk nusa negara dan tanahair tercinta
aku harus mencintai negeri ini
bahawa bahagia ini tak ternilai bandingan
 biarlah aku merajakan setia
menugukan cinta
kerana tak ada lain dari tanah ini
yang dapat kupanggil negeri

aku harus mencintai negeri ini
kerana nafasku bermula dan berakhir
dalam rangkul bumi dan  langit
negeri ini




STATUS

Search This Blog

DAUN