ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

17 Nov 2015

malam terang bulan

Malam Terang Bulan kembali ke DFP
Oleh MOHD. HAIKAL ISA
Foto FAIRUZ ILYANA AYUB


PENGARAH Malam Terang Bulan, Saidah Rastam (tengah) bersama para artis yang terlibat dalam pementasan yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 November nanti. Dari kiri: Mei Lin Hii, Ahmad Muriz Che Rose, Dayang Nurfaizah, Datuk Rahim Albakri, Zamzuriah Zuhairi dan Chacko Vadaketh.

SELEPAS kejayaan membanggakan dengan persembahan konsert orkestra pada tahun lalu, Malam Terang Bulan kembali buat kali kedua di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada 20 sehingga 22 November ini.

Menjanjikan sebuah persembahan bertatahkan penceritaan tentang asal usul lagu kebangsaan Negaraku, persembahan selama 70 minit itu bakal menyaksikan lagu-lagu klasik ciptaan komposer-komposer legenda tanah air seperti Gus Styen, Saiful Bahri, Alfonso Soliano, A. Rahman, Tan Sri P. Ramlee, Zubir Said dan Benjamin Britten berkumandang dengan penuh nilai patriotisme kepada khalayak.

Kali pertama dipersembahkan pada tahun lalu, ia membuatkan penonton melangkah keluar dewan kagum dan bangga dengan keberkesanan persembahan yang berakarkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya.

Pengarah pementasan, Saidah Rastam berkata, tiada lain diharapkan selain melihat kebersamaan dan keakraban penonton pada malam persembahan tanpa mengira kaum, warna kulit dan agama.

“Ada hubungan istimewa antara rakyat dengan negara tercinta. Barangkali, sesetengah individu merasakan mereka sudah cukup kenal dan sebati dengan salasilah tanah air walhal sebenarnya tidak begitu.

“Jadi, menerusi pementasan kali kedua ini, saya yakin ramai di luar sana berminat untuk dihiburkan dengan alunan muzik orkestra klasik yang mampu membuatkan penonton terpaku dan lebih menghargai sejarah negara terutama tentang penciptaan lagu Negaraku,” katanya pada sidang akhbar Malam Terang Bulan 2015 di Restoran Rebung, Bangsar baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai kelainan pementasan kali ini, Saidah mengharapkan suatu energi luar biasa daripada penonton yang hadir.

“Sebanyak 17 lagu klasik bakal dipersembahkan. Lagu-lagu tersebut semestinya bakal mengimbau memori, terutama bagi orang lama, tidak kurang juga golongan muda yang ingin mengetahui tentang sejarah lagu Negaraku.

Antara penyanyi yang bakal beraksi menjelang persembahan Malam Terang Bulan 2015 termasuklah Datuk Zahim Albakri, Chacko Vadaketh, Dayang Nurfaizah, Musly Ramly, Zamzuriah Zahari, Mei Lin Hii, Faizal Uzir dan Evelyn Feroza. Mereka akan diiringi barisan pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.

Kali kedua terlibat dalam sebuah konsep persembahan yang sama, Dayang melahirkan rasa bangga kerana diberi peluang untuk mempersembahkan lagu-lagu klasik yang menjadi sumber inspirasinya selama ini.

“Menjadi kebanggaan buat saya sebagai anak seni kerana dapat menyumbangkan sesuatu atas nama muzik kepada penonton yang hadir nanti. Usaha ini juga merupakan satu cabang pendidikan kepada peminat muzik untuk lebih menghargai lagu kebangsaan,” tuturnya.

Pada malam persembahan nanti, Dayang akan menyanyikan dua buah lagu klasik iaitu Jauh-Jauh ciptaan Ahmad Marican dan Wan Ahmad Kamal serta Tanah Pusaka (Jimmy Boyle).

“Menyanyikan lagu klasik memerlukan cara nyanyian dan penghayatan yang berbeza.

“Semoga saya dapat melakukan persembahan yang terbaik pada malam persembahan nanti, sekali gus meninggalkan kesan patriotisme mendalam terutama kepada generasi muda,” ujar Dayang.

kosmo

akok jalan salor

Aroma akok dibakar dengan arang


Kedai akok Pak Weil menggunakan 18 acuan bagi menghasilkan 1,000 kuih akok sehari.

Kelantan dengan nama jolokan Serambi Mekah bukan hanya terkenal sebagai antara lokasi pelancongan terbaik negara, malah menawarkan kepelbagaian makanan warisan masyarakat setempat.

Menyebut tentang hidangan Pantai Timur, estetika rasanya pasti membuatkan ramai kecur air liur.

Kepada pencinta tegar makanan, tidak sah kunjungan ke Kelantan tanpa memanjakan selera dengan kenikmatan rasa kuih tradisional iaitu akok. Malah, keenakan pemanis mulut berbentuk bujur dan sedikit kedut itu sering menjadi buah mulut para pelancong termasuk masyarakat setempat.

Di Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan, pastinya deria bau anda akan disapa dengan aroma memikat akok yang datangnya dari sebuah kedai lama iaitu Akok Pak Weil yang menjadi satu-satunya kedai menjual kuih itu di kawasan tersebut.

Memasuki ruangan kedai berkenaan, anda akan dihidangkan dengan barisan rapi acuan tembaga bujur tujuh di atas para besi separas pinggang. Tembaga yang sudah berusia 35 tahun itu menjadi ‘rumah’ setia dalam menghasilkan akok bujur bersaiz separuh tapak tangan.

“Kami masih mengamalkan penghasilan kuih akok secara tradisional yang dibakar dengan acuan tembaga bujur tujuh yang diperoleh dari Terengganu. Ia merupakan cara lama dalam menghasilkan kuih ini, sekali gus dapat menawarkan rasa asli kepada pelanggan.

“Selain itu, kami menggunakan arang sebagai bahan bakar. Meskipun ia kelihatan agak konservatif, estetika keaslian itu yang kami ingin kekalkan,” ujar Sarina Ismail, 44, yang meneruskan legasi arwah bapanya, Ismail Che Had yang dipanggil Pak Weil di lokasi yang sama sejak lebih tiga dekad lalu.

Namun, ayahnya sudah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.

Akok Pak Weil ini sudah beroperasi hampir empat dekad dan diadun menggunakan resipi keluarga secara turun-temurun. Bagi menjaga kualiti keenakannya, bahan-bahan asas akok dihasilkan dengan teliti.

“Pada zaman serba moden ini, kita lihat pembakar atau peralatan moden digunakan bagi memudahkan penghasilan kuih dalam kuantiti yang banyak. Meskipun ia membantu dalam mempercepatkan kerja, kualiti rasanya sangat berbeza.

“Misalnya, rasa akok yang dibakar menggunakan arang kayu sangat lembut dan harum berbanding menggunakan perkakas elektronik,” katanya yang memberitahu bahawa dia sebolehnya akan meneruskan kaedah lama dalam pembuatan akok.


Menurut Sarina yang mesra disapa Kak Na, dia mempunyai 40 buah acuan tembaga untuk memenuhi keperluan perniagaannya terutama pada musim perayaan. Namun, pada hari biasa, dia hanya menggunakan 18 buah acuan bagi menghasilkan kira-kira 1,000 biji akok sehari.



Ketahanan

Antara keunikan Akok Pak Weil ialah kepanasan akok itu mampu bertahan kira-kira empat jam pada suhu bilik. Jika dibungkus dan dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia boleh bertahan selama lima hari.

Jelas Kak Na, jumlah 1,000 biji kuih akok untuk sehari itu adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan dan semuanya habis terjual. Namun, jumlah tersebut akan bertambah sekiranya mereka mendapat tempahan bagi majlis-majlis perkahwinan.

Dia turut dibantu oleh empat orang pekerja yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat.

Tiga daripadanya bertugas untuk membakar kuih akok, seorang lagi melakukan kerja-kerja pembungkusan, manakala dia membancuh adunan.

Bahan-bahan acuan yang digunakan adalah sama seperti yang lain, mungkin nilai sukatan yang memberi keunikan kepada rasa enak Akok Pak Weil.

Menurut Kak Na, dia tidak kedekut untuk melebihkan kuantiti telur dalam adunan selain penggunaan nisan atau air gula Melaka dan ekstrak daun pandan sebagai tambahan.

“Bahan asasnya sama iaitu telur, santan dan gula tetapi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Bagi menghilangkan bau hanyir, adunan boleh dicampur dengan sedikit nisan serta perahan daun pandan.

“Air nisan itu sendiri yang menyebabkan warna akok menjadi sedikit keperangan dan hitam namun, ia tidak hangit, sebaliknya menandakan kuih sudah masak sempurna,” ujarnya yang menggunakan 600 biji telur ayam sehari.

Menurut Kak Na, jika salah satu bahan utama kurang, ia akan mengurangkan keenakan akok.

Akok Pak Weil dijual mengikut bungkusan, dalam setiap satu bungkusan mempunyai 10 biji dan dijual pada harga RM5.

Penelitian

Walaupun beroperasi di kawasan berkeluasan kecil, sajian kuih akok Pak Weil sudah merentas sempadan iaitu ke Brunei selepas mendapat tempahan penyediaan sebanyak 2,000 biji bagi majlis istiadat perkahwinan diraja Kelantan dan Brunei.


Kedai Akok Pak Weil menjadi pilihan penduduk setempat dan pelancong.

Istiadat tersebut adalah majlis antara Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra dan pasangan, Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Pengiran Muda Mohamed Bolkiah yang berlangsung pada Jun 2013.

Sementara itu, sudah lima tahun bekerja sebagai pembakar kuih akok, Noridah Husin, 56, menjelaskan, proses tersebut memerlukan penelitian yang rapi selain tidak boleh leka. Sekiranya bara tidak dijaga dengan baik ia menyebabkan kuih akok hangit.

“Uniknya kuih akok ini, ia dibakar menggunakan bara arang pada bahagian atas dan bawah acuan bagi memastikannya betul-betul masak sempurna. Namun, haba yang kuat selalunya akan dibekalkan pada bahagian atas bagi memudahkan proses pengawalan.

“Kami perlu memastikan ia sentiasa mempunyai bara supaya kuih akok masak dengan cepat dan pengawalan api ini bergantung pada kemahiran individu itu sendiri, ia mungkin rumit bagi orang baharu,” ujarnya sambil mengangkat tangkai penutup tembaga yang berisi bara arang.

Akok dibiarkan dibakar dalam acuan tembaga dalam tempoh kurang daripada lima minit, namun kesempurnaan tersebut bergantung pada kualiti arang yang digunakan.

“Sekiranya arang tersebut tidak elok atau sudah masuk angin, ia akan memberi kesan kepada proses pembakaran selain menyebabkan akok tidak masak dengan cantik. Kami tidak perlu bersusah payah untuk mengipas arang sebaliknya menggunakan pam angin.

“Selain kemahiran pengawalan yang baik, tukang bakar juga perlu tahan panas daripada haba yang terhasil oleh bara arang ini. Ia bukan satu kerja yang mudah selepas melihat pada hasil keenakan akok itu sendiri,” katanya yang merupakan ibu saudara kepada Kak Na.

Dalam pada itu, pelanggan tetap, Rohizan Ahamed, 37, berkata, Akok Pak Weil amat menggamit rasa dan setiap gigitan mampu menaikkan selera.

“Tidak seperti peniaga lain yang menggunakan tepung untuk mengurangkan kos, sebaliknya Akok Pak Weil tetap melebihkan telur bagi menawarkan rasa terbaik kepada pelanggan.

“Saya selalunya membuat tempahan awal kerana jualannya terlalu laris, masyarakat setempat turut menggilainya selain menjadi kegemaran saudara saya dari Kuala Lumpur,” katanya yang sering menempah akok bagi sajian majlis di pejabatnya di Lembaga Hasil Dalam Negeri, cawangan Kelantan.

Pada bulan Ramadan dan musim perayaan, tempahan Akok Pak Weil meningkat sekali ganda.

kosmo

bila hutan terbakar

Pembakaran hutan undang kepupusan


SABAN tahun negara berdepan dengan satu fenomena pencemaran yang berlaku akibat sifat tamak dan kerakusan manusia.

Jerebu yang terhasil akibat pembakaran hutan di Kepulauan Sumatera, Indonesia dan Borneo telah membawa ancaman kesihatan kepada negara di sekitarnya. Sepanjang tempoh pencemaran itu, respon masyarakat sangat radikal, malah kerajaan juga telah bangkit dengan bantahan supaya aktiviti haram itu dihentikan.

Dalam kekecohan manusia menegakkan hak mereka untuk memiliki ruang udara bersih dan menggalas tanggungjawab bagi memastikan kesihatan diri serta keluarga terjaga, nasib yang menimpa hidupan liar khususnya orang utan seperti dilupakan.

Pembakaran lebih daripada 10,000 hutan kecil di negara jiran itu turut memberi kesan kepada hidupan tersebut tatkala habitat mereka telah diceroboh dengan rakus oleh tangan manusia.

Kebanyakan insiden kebakaran difahamkan telah dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bertujuan mengosongkan tanah untuk meraih keuntungan.

Pengarah Eksekutif Orang utan Outreach yang berpejabat di New York, Amerika Syarikat, Richard Zimmers berkata, keadaan yang berlaku merupakan satu ancaman besar buat spesies seperti orang utan berikutan kebanyakan lokasi yang dibakar merupakan habitat penting haiwan tersebut.

“Gejala ini merupakan satu bencana yang dahsyat buat populasi orang utan. Kebakaran tersebut menyebabkan tempat tinggal mereka musnah.

“Antara habitat yang terjejas ialah Taman Negara Sabangau, Kalimantan, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan berkenaan ancaman jerebu terhadap orang utan.

Tambahnya, pihak Orang utan Outreach turut melahirkan rasa bimbang terhadap jumlah orang utan yang telah mati akibat bencana itu.

Seperti manusia, orang utan dan hidupan liar terancam lain juga memerlukan udara dan tempat tinggal untuk memastikan kelangsungan hidup.

Pelepasan gas karbon dioksida antara 15 hingga 20 tan sehari dari rantau Indonesia itu telah mencipta kepulan awan asap yang menjadi punca kepada jerebu.

Selain bertarung nyawa berhadapan dengan kemaraan api, kelangsungan hidup orang utan turut tergugat apabila habitat yang dimamah memaksa mereka untuk keluar ke kawasan penempatan manusia.

Hampir keseluruhan orang utan dewasa yang menyelamatkan diri dari kebakaran hutan telah dibunuh oleh pemburu haram dan hanya sebahagian sahaja yang berjaya menyelamatkan diri.

Pengurus Komunikasi Ibu Pejabat Organisasi Penyelamat Haiwan Antarabangsa di Britain, Lis Key memberitahu, api dan asap antara ancaman kepada orang utan.

“Orang utan liar dan yang dilindungi telah terjejas akibat aktiviti pembakaran hutan yang melanda habitat mereka.


ORANG utan bukan saja terdedah dengan kepupusan bahkan habitat mereka juga tergugat.

“Sebahagian daripada mereka menderita akibat masalah saluran pernafasan yang boleh membawa maut manakala terdapat anak-anak orang utan yang ditemui mengalami penyahhidratan dan kekurangan zat kerana kekurangan sumber makanan serta udara bersih,” ujarnya yang kini membuka pusat rehabilitasi untuk lebih 125 orang utan yang cedera di Ketapang, Kalimantan.

Bahaya

Pihaknya juga telah menempatkan 10 ekor orang utan liar yang dijumpai terkandas berdekatan kawasan pertanian ladang kelapa sawit dan tapak pembasmian hutan.

Hal ini lebih mendatangkan bahaya kepada spesies terancam itu yang sering diburu oleh pemburu haram dan dijual di pasaran gelap.

Baru-baru ini, Pasukan Penyelamat Haiwan Antarabangsa, menemui seekor anak orang utan, Gito, di dalam sebuah kotak setelah dibiakkan di bawah terik matahari.

Laporan penyeludupan Orang utan turut mengisi laman berita di Malaysia pada Julai lalu selepas sepasang anak Orang utan telah diselamatkan dalam operasi Ops Taring III. Mamalia itu telah dihantar pulang ke Indonesia pada Oktober baru-baru ini.

Tahun lalu, Great Apes Survival Partnership juga telah mengeluarkan satu laporan berkaitan penemuan orang utan dan beberapa ekor mawas yang dijual sebagai haiwan pameran sebuah zoo serta beberapa pusat pameran haiwan di China.

Keprihatinan terhadap ancaman pembakaran hutan terhadap hidupan liar khususnya Orang utan turut dikongsi oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr. Dionysius Sharma, kesan yang dihadapi oleh hidupan liar amat meruncing, malah ia juga menjejaskan perkembangan populasi haiwan.

Terjejas

“Keperluan manusia dan haiwan terhadap alam adalah seiring dari segi keperluan persekitaran sihat, namun hidupan liar bergantung pada hutan sebagai habitat mereka.

“Faktor kesihatan merupakan perkara utama yang terjejas tetapi hakikatnya ia lebih daripada itu dan masalah lain bagi hidupan liar ialah kegagalan pembiakan serta kecacatan kelahiran,” katanya.


MALANG. Ada orang utan yang mengalami cedera parah dan mati akibat kebakaran hutan.

Selain orang utan, hidupan liar lain seperti lebah hutan, kelip-kelip, kumbang, kelawar, rama-rama dan hidupan laut antara haiwan yang turut terjejas dengan masalah pembakaran hutan dan jerebu.

Ini berikutan kebanyakan haiwan tersebut merupakan agen pendebungaan kepada tumbuhan hutan dalam penghasilan makanan dan pendebungaan.

Secara saintifik, pendebungaan silang membantu sekurang-kurangnya 30 peratus tumbuhan dunia dan 90 peratus tumbuhan liar untuk hidup subur dan tanpanya tumbuhan makanan buat hidupan liar akan mati.

Selain itu, tumbuhan turut terhalang daripada menerima cahaya matahari berikutan penembusan yang terhalang dek kepulan asap di permukaan langit. Keadaan ini menjejaskan pertumbuhan tumbuhan makanan sekali gus memberi kesan kepada mamalia pemakan buah dan burung memandangkan sumber makanan mereka mengambil masa lebih lama untuk matang, berbunga dan menghasilkan buah.

Seperti orang utan, burung enggang juga tergolong dalam kategori burung pemakan buah dan kesan daripada itu akan meningkatkan potensi kepupusan hidupan itu.

Dengan pembasmian yang telah memusnahkan tumbuhan hutan dan kesan kualiti udara yang membahayakan, secara keseluruhan hidupan di luar lingkaran bermasalah turut menerima tempias yang buruk.

Keseimbangan ekosistem dan produktiviti turut terjejas apabila jerebu juga mengganggu komunikasi antara haiwan di darat. Hidupan laut pula berisiko terhadap pengasidan laut yang mengganggu kitaran rantaian makanan.

Selagi isu jerebu dan pembakaran hutan berterusan, kesan ini semakin berkembang kepada tahap lebih serius. Malah, perbezaan tahap trofik memberi kesan kepada rantaian makanan yang berkaitan dengan ekologi pemakan hidupan liar dalam jangka masa panjang.

Sharma memberitahu, pihak WWF Malaysia turut menggesa pihak bertanggungjawab di Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk membendung ancaman utama bukan sahaja buat warisan alam semula jadi tetapi untuk kepentingan manusia sejagat.

Usaha juga perlu dipanjangkan dalam mengurangkan aktiviti pembakaran hutan yang menjadi punca utama kepada fenomena tahunan pencemaran jerebu.

kosmo

14 Nov 2015

gugur


gugur

gugur itu kepergian
atau pamitan 
terpisah dari lingkungan dan bendungan waktu
terambil dari ruang dan petak hidup
terjarak kini antara nafas dan gerak
batin tak lagi mengemudi jiwa
raga tak lagi mengendali anggota 
segala menjadi diam dan amat sunyi
sekejap lagi akan meronta imbau dan kenang
berbalam mengikut denai masa 
mengintai segala yang tertinggal

segala yang menjadi masa lalu
akan lebih indah dan tertulis manis
akan terurai segala yang pernah  ada
akan menjadi puja dan sebut-sebutan

sedang sewaktu masih ada suara dan bicara
senyum dan tatap
segala terasa kosong dan terbuang
malah terlahir nista dan kasar bahasa
ternampak salah dan kurang digunungkan 
dan apabila daun tak lagi bermain angin
dan pohon hanya terbiar ranting
sepantas itu segalanya termaafkan?

gugur itu kepergian
puja atau nista
tak memberi apa-apa



13 Nov 2015

Anak Yatim : Sebuah Renungan


Anak Yatim karya Rafli

Lirik Versi Bahasa Melayu

Anak Yatim
Rafly

Kini kuceritakan sebuah riwayat
Kisah yang baru terjadi di Aceh Raya
Dalam kekisruhan Aceh.. Aceh, Timur dan Barat
Disuatu tempat..begini ceritanya

Ada seorang anak yang menangis terus
Terus menagis dipangkuan ibunya
Ditanya pada ibunya, di mana ayah sekarang
Aku sangat rindu, rindu sekali
ingin melihat wajahnya

Kalau masih hidup, dimana tinggalnya
kan ku datangi, datangi waktu lebaran
Jika meninggal..meninggal
Mana kuburan kuburannya
Aku kan datang... kan datang membaca doa

Hidup si ibu tanpa sang ayah
Kucari kerja ya kerja
Untuk kehidupan bonda
Sudah nasib kita, kehendak Allah ya Allah
Walaupun susah oh susah tetap bersabar
Dijawab ibunya , wahai anakku
Kehendak Allah ya Allah, kita bersabar
Jangan putus asa hai asa, cubaan Allah ya Allah
Sabar dan Tabah dan tabah, akhirnya bahagia

Kita berdoa, Niatkan pada Allah
Semua musibah..musibah, jangan lagi datang
Aceh harus aman, jangan lagi tumpah darah
Serambi Mekah, Kuatkan agama

lirik Versi Bahasa Aceh


Aneuk Yatim
Rafly

Jino lon kisah saboh riwayat
Kisah baro that...baro that di Aceh Raya
Lam karu Aceh..Aceh Timu ngon Barat ngon Barat
Di saboh tempat...tempat meuno calitra

Na sidro aneuk jimo siat at
Lam jiep jiep saat saat dua ngon poma
Ditanyong bak ma bak ma ayah jino pat..jino pat?
Ilon rindu that...rindu that
keuneuk eu rupa

Nyo mantong hudep meupat alamat
Uloun jak seutot ..jak seutot oh watee raya
Nyo ka meuninggai..meuninggai
Meupat keuh jirat ..keuh jirat
Loun keuneuk jak siat ...jak siat loun baca do'a

Udeep di poma oh tan lee Ayah
Loun jak tueng upah tueng upah
Loun bri bu gata
Ka naseb tanyo geutanyo Kehendak bak Allah..bak Allah
Adak pih susah... susah tetap loun saba

Se eu't lee poma...aneuk meutuah
Kehendak bak Allah..bak Allah geutanyo saba
Bek putouh asa ..hai asa cobaan Allah..Ya Allah
Saba ngon tabah ..ngon tabah dudo bahgia..

Talakee do`a ..taniet bak Allah
Ubee musibah..musibah bek lee trok teuka
Aceh beu aman..beu aman bek lee ro darah..ro darah
Seuramo mekkah..mekkah beu kong agama.
Anak Yatim Versi Bahasa Indonesia


Rafli, lagu Anak Yatim dan rintihan Aceh di masa konflik
Heyder Affan Wartawan BBC Indonesia

10 Mac 2015


Sebahagian karya penting Rafli mampu menyuarakan kegetiran Aceh saat wilayah itu dikoyak konflik bersenjata.

Dibesarkan dalam keluarga seniman yang mendalami musik tradisional, Rafli menggali khazanah musik tradisional Aceh dan kemudian memadukannya dengan muzik moden.

Sebagian karya legendarisnya juga mewakili kegetiran Aceh saat wilayah itu dilanda konflik bersenjata yang berpanjangan.

Ketika tsunami meluluhlantakkan Aceh sepuluh tahun silam, lagu berjudul Anak Yatim -yang mirip rintihan itu- mampu menyihir dan memeras emosi sebagian masyarakat Indonesia.

Berulang-ulang diputar oleh sebuah televisi swasta, lagu ini saat itu sekaligus membuat pencipta dan pelantunnya, yaitu Rafli, semakin dikenal oleh masyarakat banyak -- tidak semata di Aceh.

Pria kelahiran tahun 1967 di Samadua, Aceh ini menciptakan lagu tersebut ketika konflik bersenjata mendera Aceh yaitu tepatnya pada 1999.

"Ini syair yang merespon persoalan gejolak politik di Aceh. Ada pesan perdamaian yang saya sampaikan melalui lagu ini," kata Rafli, Jumat (27/02) kepada wartawan BBC Indonesia, Heyder Affan, melalui sambungan telepon.


Nama Rafli makin dikenal masyarakat melalui lagu "Anak Yatim" yang mampu menyedot emosi masyarakat saat tsunami melanda Aceh.

Mampu menyedot perhatian masyarakat dua tahun kemudian, tetapi lagu sendu ini mencapai puncaknya saat tsunami melanda Aceh dan kelak selalu diputar dalam setiap peringatan bencana itu.

Selain muatan liriknya, Rafli mengaku lagu ini memiliki kekuatan pada irama yang dia warisi secara turun-temurun dari musik tradisional Aceh.

"Ada melodi, ada irama lokal pada lagu ini yang sangat kuat membumi pada masyarakat Aceh," kata mantan guru sekolah agama setingkat sekolah dasar ini.
Irama batin

Saat peringatan 10 tahun tsunami pada Desember 2014 lalu, lagu Anak Yatim ini diputar kembali dalam acara rasmi di Banda Aceh.

Dan seperti sepuluh tahun silam, lagu ini tetap mampu menyedot emosi sebagian pendengarnya -sampai sekarang.

"Ini memang benar-benar irama batin. Kerana saat itu kita hidup dalam konflik yang menggelisahkan. Ada kegelisahan yang harus dituangkan dalam senandung-senandung itu," ungkap pendiri grup musik Kande ini.

Namun demikian, ungkap Rafli, tidaklah gampang menuangkan senandung seperti itu dalam suasana konflik di Aceh di masa itu.

 Rafli menggali inspirasi dari peninggalan syair-syair kuno Aceh untuk sebagian besar lirik dan irama lagunya.

"Apalagi dengan syair yang gamblang. Iramanya saja sampai dicurigai. Saya merasakan itu (dicurigai oleh aparat)," ungkap Rafli yang kini menjadi anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) asal Aceh.

Ditanya apa yang ada di benaknya ketika mengetahui lagunya seperti mampu mewakili kegetiran masyarakat Aceh saat dilanda tsunami dan konflik bersenjata yang berkepanjangan, Rafli berkata:

"Saya rasa, ini ada semacam sinergi alam, sinergi kondisi, sinergi rasa, yang sudah berproses lama."

Dia kemudian menambahkan: "Apakah orang luar tidak pernah mendengar rintihan ini. Ini suatu penyampaian universal bahwa persoalan kemanusiaan akhirnya tersampaikan juga dengan melodi ini."

Mewarisi musik tradisional Aceh

Diawali kegelisahan terhadap nasib musik tradisional Aceh, Rafli menggali inspirasi dari peninggalan syair-syair kuno Aceh untuk sebagian besar lirik dan irama lagunya.

Ayahnya, Muhammad Isa, dan ibunya, Masniar adalah seniman musik tradisional Aceh sangat mewarnai karakteknya dalam bermusik.

Dan dibesarkan dalam keluarga seniman yang mendalami musik tradisional Aceh, Rafli kemudian menggali khazanah musik tradisional itu dan memadukannya dengan musik modern.

"Saya merasa punya tugas penting untuk bisa menampilkan kandungan tradisional Aceh yang harus ditampilkan dalam bentuk modern dan dinamis," kata Rafli yang di masa mudanya pernah menggeluri musik rock ini.

Sikap Rafli yang tidak menolak sentuhan musik modern, rupanya, sesuai dengan pandangannya yang mendukung agar Aceh membuka diri terhadap nilai-nilai dari luar.

"Kita harus menawarkan Aceh terbuka akan hal-hal yang baru," kata Rafli yang pernah meraih penghargaan "Duta Perdamaian Aceh" dari sejumlah organisasi internasional.


Sikap Rafli yang tidak menolak sentuhan musik modern, rupanya, sesuai dengan pandangannya yang mendukung agar Aceh membuka diri terhadap nilai-nilai dari luar.

Namun demikian, lanjutnya, "kita tetap selektif dalam penyerapan dan penerapannya sesuai etika dan estetika Aceh."

"Contoh, syairnya berisi pesan pentingnya menjaga kebersamaan. Terus komposisinya lebih ke jazz tapi tetap ada instrumen tradisi. Nah, kalangan anak muda akan melihat ini sebagai sesuatu yang berkarakter bagi mereka: 'Kok terasa saya di Aceh'," ungkapnya.

"Kalangan muda yang sangat mudah terbawa arus dengan persoalan 'kemodernan', nah, mereka bisa masuk ke dimensi esensi apa yang ingin saya sampaikan," jelas Rafli yang pernah kuliah di Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh ini.

Lagu 'Seulanga'

Selain lagu Anak Yatim yang melejitkan namanya, ada satu lagu lainnya yang dianggapnya sebagai "karya terbaiknya" sejauh ini, yaitu Seulanga.

Seulanga adalah nama bunga dalam bahasa Aceh. Seperti lagu Anak Yatim, melalui perumpamaan bunga itu tadi, Rafli secara simbolis menggambarkan apa yang disebutnya sebagai kepiluan Aceh saat dilanda konflik.

"Membuat lagu Seulanga ini, ada semacam kepiluan yang sangat luar biasa saya pada Aceh," ungkap suami Dewi Lisnaida dan ayah empat anak ini, mulai bercerita.

"Aceh ini seperti bunga. Kami ini bunga yang harum, yang bersedia menebarkan semerbak kepada dunia, yaitu dalam konteks antara Aceh dan pemerintah pusat yaitu Indonesia. Tapi saya fikir kok disewenang-sewenangkan. Ada sedikit kepiluan ya, bukan keputusasaan."

Karena itulah, saat ini, Rafli mengaku sangat bersyukur setelah ada kesepakatan perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan Indonesia.


Sepuluh tahun setelah perdamaian, banyak hal yang dicapai oleh Aceh, yaitu pertama adalah rasa aman yang luar biasa. Ini yang menjadi muara kerinduan karya-karya saya," kata Rafli.

"Sepuluh tahun setelah perdamaian, banyak hal yang dicapai oleh Aceh, yaitu pertama adalah rasa aman yang luar biasa. Ini yang menjadi muara kerinduan karya-karya saya," kata pemimpin grup musik Kande.

Dunia politik dan seni

Dan ditanya apakah pilihannya menjadi anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dari Aceh tidak akan menggangu "proses kreasi" dalam dunia seni, Rafli menjawab secara diplomatis: "Saya punya jadwal konser seperti dulu."

"Kalau saya kunjungan kerja (sebagai anggota DPD), saya suruh menyiapkan panggung satu malam," ungkapnya.

Mengapa Anda tidak mendalami saja dunia muzik saja? Tanya saya.

"Selama saya berkarya (dalam dunia muzik), tidak mungkin (saya) tidak berpolitik. Semua karya saya bermuatan politik," tegasnya, masih dengan nada diplomatis.

"Dunia politik yang saya masuki sekarang, malah menjadi semakin tersampaikan apa yang ingin saya utarakan dalam karya-karya saya," kata Rafli.

bbc indonesia

hilang



hilang

apa peduli pada pohon
yang hilang daun-daun
pada akar yang hilang tunjang
pada wajah yang hilang seri
pada cahaya yang hilang warna
pada segala yang hilang
apa peduli

biarlah rakit hilang tambat
perahu hilang pendayung
jambatan hilang tiang
bukit hilang tangga
biarlah

sesudah patah dahan bertahan
semangat hilang jiwa
bibir hilang senyum
apa lagi yang akan kaukatakan
segala biar dan peduli
usah lewat kautambatkan





12 Nov 2015

derita svay rolum

Hidup terlalu daif
Sebanyak 129 keluarga Islam perlukan perhatian
Oleh MOHD HASRIQ AMIRUDDIN
12 November 2015



SELAIN sebagai tempat berteduh, penduduk Islam Svay Rolum juga menjadikan perahu mereka sebagai tempat memasak dan tidur.


DI sebalik deretan rumah yang agak mewah, terdapat sebuah lorong sempit yang berbau busuk dan ‘dihiasi’ bangkai-bangkai tikus serta sampah-sarap yang bertaburan.

Di lorong itu juga, saya bersama rombongan Program Kembara Kemanusiaan 2015 anjuran Bank Rakyat meniti laluan menuju ke sebuah perkampungan penduduk Islam Kemboja yang dikhabarkan tersangat daif kehidupan mereka.

Setibanya di hujung lorong, terbentang Sungai Mekong berwarna perang yang sangat luas. Di tebingnya tersusun berpuluh-puluh perahu kecil yang merupakan tempat berteduh bagi 129 keluarga Islam.

Saiz perahu tersebut tidaklah besar dengan anggaran ukuran panjang lima meter dan selebar kurang dua meter. Manakala bahagian berbumbung sekadar cukup untuk melindungi dua orang dewasa daripada panas atau hujan.

Sukar untuk dibayangkan bagaimana sebuah keluarga secara puratanya terdiri daripada tiga hingga lima orang, berhimpit di dalam perahu kecil itu yang menjadi rumah mereka sejak puluhan tahun lalu.

Sehari sebelumnya, saya hanya mendengar kisah tentang penderitaan keluarga Islam di Svay Rolum yang hidup di dalam perahu kerana tidak mempunyai tanah untuk mendirikan rumah atau sekurang-kurangnya menumpang ihsan orang lain bagi mendapatkan taraf kehidupan yang lebih baik.

Kini segala yang diceritakan Naib Presiden Pematuhan Syariah Bank Rakyat, Zamerey Abdul Razak terpampang di depan mata saya sendiri sehingga mencuit rasa sebak di hati apabila melihat kehidupan daif saudara seislam di Svay Rolum.



BERMULA 35 TAHUN LALU

Menurutnya, perkampungan Islam di Svay Rolum mula wujud sekitar tahun 1980-an dan telah diwarisi daripada generasi ke generasi selama 35 tahun.

Beliau menjelaskan kemelut tersebut mula timbul apabila penduduk Islam yang berhijrah dari Kampuchea, wilayah paling ramai didiami penganut Islam, ke Phnom Penh, terpinggir daripada pembelaan kerajaan atau pihak berwajib, sekali gus memaksa mereka berlindung di tepi sungai.

Terkenal dengan gelaran perkampungan nelayan Islam Svay Rolum, penduduk di sini menjadikan perahu sebagai tempat tinggal bersama seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil yang langsung tidak mengenal erti kedaifan atau kesusahan.

Saya berasa pilu melihat puluhan anak kecil, kebanyakannya tidak memiliki selipar dan ada yang tidak memakai baju berlari ke arah rombongan sambil menghulurkan tangan dengan harapan diberikan wang atau sebarang bantuan.

Mujur rombongan kami bersedia awal dengan menyediakan bantuan beras untuk diberikan bagi setiap keluarga di Svay Rolum. Setidak-tidaknya bekalan sekampit beras itu mampu memberi kegembiraan kepada mereka.

Apabila saya menjengah ke kawasan tebing sungai, saya dapat melihat seorang lelaki tua sedang tidur di dalam perahu, mungkin letih setelah bekerja seharian.

SEGALANYA ATAS PERAHU

Di sebuah perahu lain pula, ada wanita sedang sibuk memotong daging korban yang diagihkan-agihkan pada sebelah paginya.

Namun, babak paling menyedihkan apabila melihat seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an, mandi di sungai itu bersebelahan perahu bersama anaknya bagi bersiap untuk menunaikan solat Zuhur.

Saya difahamkan, di sungai itu juga, mereka mencari rezeki pada siang harinya apabila kaum lelaki akan membawa seluruh ahli keluarga menangkap ikan di Sungai Mekong sebelum pulang ke tebing pada lewat petang.

Apabila malam berlabuh, keluarga terbabit akan berhimpit tidur di dalam perahu yang sangat sempit bersama anak-anak kecil mereka.

Lebih menyedihkan, sungai yang diragui kebersihannya, dijadikan sebagai tempat mandi, mengambil wuduk dan berhadas, selain kaum wanita memasak di atas perahu.

Pengalaman melihat sendiri penderitaan yang dialami penduduk Islam di Svay Rolum benar-benar mengajar saya dan ahli rombongan tentang erti bersyukur memandangkan sumbangan dan usaha baik kerajaan Malaysia untuk membela nasib umat Islam dan rakyat negara itu.

Jika ada pun keluarga yang masih daif di Malaysia, ramai pihak terutamanya syarikat-syarikat besar, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan kebajikan bersedia menghulurkan bantuan dengan segera, tambahan lagi peranan pihak media melaksanakan tugas untuk mendedahkan keluarga yang kurang bernasib baik.

utusan online

sains mikrograviti

Kajian bidang sains mikrograviti
UPM-Universiti Zurich jalankan eksperimen mikrograviti di Pusat Graviti Sifar Dunia
09 November 2015


DR. Mohd Fauzi Ramlan (tengah) berberjabat tangan dengan Pengarah Anatomi Universiti Zurich Switzerland, Oliver Ullrich semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UPM dan Universiti Zurich di Serdang baru-baru ini sambil di saksikan oleh Pengerusi Aerocosmas Sdn. Bhd., Zainuddin Mad. Zain.



Mikrograviti adalah satu keadaan apabila pengaruh graviti hampir sifar atau dalam kata lain tidak berlaku tarikan graviti. Keadaan ini dapat dilihat misalnya angkasawan yang terapung-apung di dalam pesawat angkasa atau ISS.

Selain itu juga, keadaan mikrograviti berlaku apabila kesan terhadap sesuatu objek menjadi ringan atau kehilangan berat. Secara ringkas, ia bermaksud graviti hampir sifar (mikro-G).

Hasil penyelidikan sains graviti, saintis telah berjaya mencipta pelbagai bahan dan memperkenalkan teknik-teknik baharu demi kesejahteraan masyarakat dan dalam masa yang sama untuk meningkatkan kualiti hidup.

Antara hasil daripada eksperimen sains mikrograviti dapat digunakan dalam beberapa bidang utama adalah seperti sains biologi atau bioteknologi, perubatan angkasa lepas, sains bahan dan teknologi nano, teknologi pembakaran dan fizik bendalir.

Pelbagai kerjasama antarabangsa dalam bidang itu juga telah dilaksanakan dan terbaharu, universiti penyelidikan terulung di Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama bersama Universiti Zurich, Switzerland untuk menjalankan eksperimen mikrograviti di Pusat Graviti Sifar Dunia.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Azmi Mohd. Lila, kerjasama penyelidikan ini merupakan eksperimen dan pembangunan penyelidikan dalam bidang sains mikrograviti yang akan dijalankan dengan mengunakan pesawat Airbus A310 dari Eropah.

“Pendedahan kepada mikrograviti mungkin akan menghasilkan perubahan yang sesuai dengan mereka yang terlibat dalam penyakit-penyakit berkaitan penuaan seperti kemerosotan kardiovaskular, osteoperosis, atrofi oto dan kemerosostan tindak balas imun.

“Dua orang penyelidik daripada UPM, Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis dan Dr. Che Azurahanim Che Abdullah telah diterbangkan menggunakan pesawat khas yang akan terbang secara parabolik bagi menghasilkan graviti sifar untuk menjalankan penyelidikan tersebut pada September lalu di Zurich.

“Antara objektif program ini adalah untuk penjanaan pengetahuan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika majlis menandatangani MoU persefahaman antara UPM, Universiti Zurich dan Aerocosmos Sdn. Bhd., Serdang baru-baru ini.

Aerocosmos Sdn. Bhd. ialah syarikat tempatan yang berperanan untuk menyediakan peralatan ujikaji selain turut menyediakan pesawat bagi tujuan ujikaji tersebut.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, kerjasama itu dapat memberi pendedahan mikrograviti kepada masyarajata memandangkan ia merupakan satu kajian baharu dalam bidang sains mikrograviti.

“Uji kaji ini hanyalah permulaan sahaja kerana selepas ini Malaysia akan menjadi hub bagi mikrograviti ini bagi rantau Asean.

“Peluang ini kelaka akan menjadi satu wahana dalam melahirkan sekumpulan pakar penyelididk yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan sains angkasa yang berkualiti dan berjaya mematuhi piawaian antarabangsa,” jelasnya.

Antara skop utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan disfungsi endothelial dan analisis mikroarry. Kajian terhadap kesan disfungsi endothelial perlu dilakukan pada keadaan mikrograviti dan menggunakan sel kultur daripada tali pusat manusia vena endothelia (HUVECs).

Sel tersebut dipilih kerana ia memainkan peranan utama sebagai sistem model bagi mengkaji peraturan fungsi sel endothelia dan peranan endothelium dalam dinding saluran darah untuk meregangkan, pembangunan plak anterosklerosi, angiogenesis dan daya ricih.

Dalam memahami mekanisme asas tersebut secara mendalam, analisis mikroarray akan digunakan untuk mengkaji kesan mikrograviti ke atas gen yang terlibat dalam proses penuaan.

Analisis mikroarray adalah pendekatan genomik meluas yang dijalankan menggunakan cip gen yang direka khusus untuk penyakit berkaitan dengan penuaan.

Dalam bidang kejuruteraan biobahan untuk aplikasi bidang kejuruteraan tisu dan penemuan ubat-ubatan yang merangkumi penyelidikan biobahan, reka bentuk dan fabrikasi bahan sokongan adalah sangat meluas.

Banyak kajian telah dilakukan dalam membangunkan bahan-bahan sokongan berpotensi untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan tisu.

Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM, yang juga merupakan salah seorang penyelidik dalam penyelidikan mikrograviti tersebut, Dr. Che Azurahanim Che Abdullah berkata, cadangan penyelidikannya yang telah dikemukakan menerusi kerjasama UPM dan Universiti Zurich tersebut adalah berkaitan morfologi sel haiwan yang dikultur pada kerangka atau sokongan bahan 2D dan 3D.

“Tujuan utama adalah untuk menkaji bagaimana sel dapat mengesan dan bertindak balas terhadap tekanan rendah ricih dan perubahan dalam daya graviti.

“Banyak kajian lepas menunjukkan bahawa semua jenis sel akan berkelakuan berbeza di persekitaran yang berbeza, misalnya di angkasa dan bumi. Disebabkan kepelbagaian sel (sel normal dan kanser), maka kesan perubahan daya graviti terhadap sel adalah pelbagai dan sangat kompleks,” katanya.

Jelas Dr. Che Azurahanim, dalam persekitaran mikrograviti, sel-sel akan berada di bawah tekanan hidrostatik dan mengalami jisim mereka sendiri sebagai berat badan.

Perubahan daya graviti boleh memberi kesan yang penting kepada struktur dalam sel-sel (actin, microfilament dan icrotubule sito-skeleton) serta fungsi sel. Oleh itu, dalam keadaan mikrograviti, mampatan akibat tekanan hidrostatik akan menyebabkan berkurangnya keperluan sitoskeleton pada sel dalam menyokong struktur dalaman sel.

“Kesan lain yang akan dikaji ialah bagaimana perubahan mikrograviti akan memberi kesan terhadapa interaksi sel dengan sel lain serta sel dengan kerangka atau sokongan.

“Biasanya dalam bidang biologi, lekatan sel (cell adhesion) berlaku di bawah graviti normal. Molekul pelekat yang terlibat dalam lekatan sel dikenali sebagai integrins. Sel haiwan yang ringkas mengandungi gentian cytoskeletal, actin yang berpenghujung pada molekul pelekat dan pelekatan fokus,” katanya.

Tambahnya, pelekatan fokus tersebut bertindak sebagai pemegang kepada bahan kerangka atau sokongan. Penghasilan pelekatan fokus mungkin berkurangan bilangannya dalam persekitaran mikrograviti kerana dari proses pengemparan, semakin besar daya graviti, semakin banyak pelekatan fokus terbentuk.

Justeru, dalam penyelidikan tersebut, Dr. Che Azurahanim mahu memperluaskan penggunaan kerangka atau sokongan 3D dalam kajian berasaskan sel kerana yakin ia bukan sahaja penting dalam kejuruteraan tisu, amlah mampu mempercepatkan proses penemuan ubat-ubatan.

Lebih menarik lagi, proses penemuan ubat-ubatan iaitu ubat antikanser tersebut boleh dilakukan tanpa perlu membunuh binatang. Kaedah itu juga akan menyebabkan harga ubat-ubatan seperti ubat anti kanser lebih murah.

utusan online

cinta automobil

Berhenti sekolah demi minat baiki kereta
Oleh MOHD. SHAZWAN YUSOP
Foto SHIDDIEQIIN ZON


Shamsuri (dua dari kiri) memberi tunjuk ajar kepada para pekerjanya mengenai kaedah membuka enjin kereta.

SEBAIK pulang dari sekolah, kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun itu terus bergegas ke belakang rumah yang menempatkan sebuah kereta lama jenis Ford Escort 940.

Berbekalkan beberapa peralatan membaiki kenderaan seperti sepana dan pemutar skru, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Shamsuri Rahman itu gigih membuka satu persatu komponen kereta milik bapanya, Allahyarham Rahman Awang Mat.

Komponen-komponen itu tidak hanya dibuka dan dibiarkan begitu sahaja tetapi anak kelahiran Grik, Perak itu akan membelek setiap item untuk mengetahui fungsi dan peranannya.

Rutin harian itu berlangsung selama lebih lima tahun sehingga tidak ada satu pun komponen yang boleh dileraikan dan dikaji daripada kereta tersebut.

Dunia mekanikal


Bengkel milik Shamsuri menjadi pilihan pemilik kereta mewah di sekitar Lembah Klang.

“Saya ambil masa selama lima tahun untuk buka semua komponen kereta itu. Selepas itu, barulah arwah bapa beritahu bahawa kerosakan pada kereta itu hanya berkaitan dengan bateri. Dia sengaja membiarkannya di belakang rumah.

“Walaupun saya telah merosakkan kereta bapa, peristiwa itu banyak membantu saya mengenali secara lebih dekat setiap komponen di dalam kereta,” imbaunya sambil ketawa.

Sejak peristiwa itu, minat Shamsuri terhadap kerja-kerja membaiki kereta terus bersemarak terutamanya terhadap kenderaan mewah sehingga memasang impian untuk mendalami kemahiran tersebut dengan lebih serius.

Perasaan cinta terhadap dunia mekanikal turut mendorong Shamsuri mengambil pendirian untuk berhenti sekolah pada usia 15 tahun iaitu selepas tamat peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan pada tahun 1986.

Tindakan tersebut mendapat tentangan keras daripada bapanya yang mahu dia meneruskan pembelajaran, namun Shamsuri tetap dengan keputusan tersebut.

“Ketika itu, saya hanya fikir mahu belajar baiki kereta dan kerja sebagai pomen. Saya tidak pernah mengimpikan sebarang kerjaya profesional lain,” terangnya.

Risiko yang diambil oleh anak kelapan daripada 13 adik-beradik itu ternyata berbaloi kerana dia berjaya memiliki tiga buah bengkel membaiki kereta yang dikenali sebagai Haraz Auto Service pada usia 45 tahun.

Lebih membanggakan, ketiga-tiga bengkel milik Shamsuri yang terletak di Taman Sri Gombak, Batu 17 dan Batu 18, Rawang, Selangor itu adalah khusus untuk membaiki kereta mewah seperti Mercedes Benz, BMW, Volvo, Audi dan Volkswagen.

Menerusi perniagaan yang sering dimonopoli oleh kaum Cina itu, dia berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Kini, dia mempunyai pekerja seramai 14 orang.

Kejayaan yang diraih oleh Shamsuri tidak datang bergolek sebaliknya, dia melalui pelbagai onak dan duri untuk mencapai kedudukan ketika ini.

Cerita bapa kepada 13 orang cahaya mata itu, perjalanan kerjaya membaiki kereta bermula selepas dia menjalani kursus jangka pendek anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sebuah bengkel di ibu negara ketika berumur 17 tahun.

Sebaik menamatkan kursus, dia memilih untuk bekerja di sebuah bengkel khusus membaiki kenderaan jenis Volvo di Cheras, Kuala Lumpur kerana terlalu minat dengan kereta-kereta mewah.

Cabaran

Dia ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM2,000. Jumlah itu sudah dianggap tinggi pada masa itu bagi seorang mekanik biasa.

“Saya mula bekerja sebagai pekerja bawahan di bengkel khas Volvo selama tiga tahun. Selepas itu, saya beralih ke bengkel membaiki kenderaan Mercedes Benz dan BMW yang terletak tidak jauh dari bengkel lama selama tiga tahun.

“Bekerja di bengkel seperti ini mempunyai cabaran tersendiri. Ia memerlukan ketabahan dan kecekalan terutamanya ketika melakukan kesilapan. Jika berlaku sedikit kesilapan majikan perlu menanggung kerugian besar.

“Bagi memahirkan diri dan mengurangkan kesilapan, saya sanggup bekerja lebih masa setiap hari selama lima jam tanpa mengharapkan sebarang bayaran daripada majikan. Selalunya, selagi kereta tidak siap, saya tidak akan pulang,” jelasnya.

Kegigihan Shamsuri itu melayakkannya memegang jawatan sebagai penyelia di sebuah syarikat membaiki kereta Mercedes dan BMW di Selayang, Selangor pada tahun 1999.

Selepas setahun berkhidmat di syarikat itu, lelaki berketinggian 155 sentimeter itu mengambil keputusan berhenti dan membuka bengkel pertama di Taman Sri Gombak dengan modal permulaan sebanyak RM8,000.

Perhatian


Shamsuri turut mengeluarkan rangkaian cecair untuk melindungi komponen-komponen penting dalam kenderaan.

Jelas Shamsuri, pada peringkat awal, kebanyakan pemilik kenderaan mewah kurang yakin dengan kemampuannya. Namun, berkat sifat ikhlas dan jujur dalam perniagaan, kurang setahun bengkel itu dibuka, dia mula mendapat perhatian daripada rakan taulan dan pelanggan bengkel-bengkel sebelum ini.

“Tanpa modal tersebut, rasanya sukar bagi saya memperoleh keyakinan pelanggan baharu. Ia merupakan asas dan resipi dalam mana-mana perniagaan.

“Saya juga sentiasa menggunakan alat ganti tulen berbanding tiruan. Walaupun harganya agak mahal, ia lebih selamat dan tahan lebih lama,” terangnya sambil maklumkan kebanyakan pelanggan tinggal di sekitar Lembah Klang.

Hasil keuntungan dan bantuan kewangan daripada Mara, Shamsuri berjaya membuka cawangan kedua yang terletak di Batu 17, Rawang pada tahun 2004.

Disebabkan sambutan memberangsangkan dan peningkatan jumlah penggunaan kenderaan mewah, Shamsuri telah menyewa sebuah gudang berkeluasan 90x70 meter persegi yang mampu memuatkan 14 buah kereta dalam satu-satu masa.

Gudang terletak di Batu 18, Rawang dan beroperasi sejak Julai lalu itu merupakan cawangan ketiga Haraz Auto Service.

“Alhamdulillah, saya berjaya membuka cawangan ketiga dan ia merupakan anugerah Allah SWT.

“Menerusi ketiga-tiga bengkel ini juga, saya mahu menurunkan kemahiran membaiki kereta mewah kepada remaja Melayu yang berminat,” terangnya.

Bak kata pepatah Melayu, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu jugalah dalam dunia perniagaan, pasti ada waktu jatuhnya.

Sepanjang hampir dua dekad aktif dalam perniagaan itu, Shamsuri pernah mengalami kerugian besar disebabkan pembekal alat ganti yang memberi barangan tiruan.

“Saya pernah rugi banyak apabila semua kereta yang dipasang alat ganti tiruan itu terpaksa dipulangkan oleh pemilik. Saya terpaksa tukar balik kepada alat tulen.

“Ia kerana susah hendak bezakan antara alat tulen dan tiruan. Selepas didesak, baru pembekal maklumkan ia merupakan barang tiruan,” ceritanya sambil memaklumkan, dia mengambil masa selama sedekad untuk mahir diri membaiki kereta mewah.

Mengulas mengenai perancangan masa depan dalam perniagaan, Shamsuri memaklumkan, dia bakal bekerjasama dengan sebuah syarikat di Jerman bagi membawa masuk secara terus cecair pelindung enjin dan kotak gear pada tahun depan.

Ia sekali gus menjadikan dia usahawan bumiputera pertama di negara ini yang mempunyai lesen membawa masuk cecair-cecair berkenaan.

“Kini, saya memiliki beberapa cecair pelindung yang diperoleh daripada pengedar di negara ini dan dipek semula dengan menggunakan jenama Haraz Oil.

“Saya memperkenalkan cecair-cecair itu kepada para pelanggan saya bagi melindungi kenderaan mereka.

“Kebanyakan pelanggan berpuas hati selepas menggunakan cecair ini,” katanya sambil menunjukkan deretan cecair pelindung lengkap untuk kegunaan kereta.

kosmo

10 Nov 2015

sejarah penerbangan

Lubuk sejarah penerbangan negara
Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN



Perasaan teruja mula menyusup ke dalam diri Azriez Shah Anizam, 12, sebaik sahaja memasuki pekarangan Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

Suasana kelihatan klasik meskipun kawasan itu hanya tanah lapang yang dipenuhi rumput dan pesawat-pesawat yang sebelum ini sekadar nampak di langit biru, tersergam indah di depan mata.

Azriez Shah dan 59 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Langkap, Perak enggan melepaskan peluang untuk mengabdikan kenangan dengan bergambar dan menyentuh pesawat itu.

Rombongan lawatan sambil belajar yang melibatkan pelajar tahun empat hingga enam itu memberi pendedahan dan pengalaman berbeza kepada Azriez Shah.

Katanya, selain terpesona melihat kira-kira 30 pesawat dan jet pejuang yang mendarat elok di atas tapak muzium, dia juga boleh menyentuh, memperoleh maklumat dan masuk ke ruang pesawat.

Aset

“Pengalaman seumpama itu adalah yang pertama dalam hidup saya. Saya dan rakan-rakan diberikan taklimat tentang kewujudan dan peranan TUDM.

“Selain melihat aset TUDM, kami juga disajikan dengan tayangan video korporat yang memaparkan anggota pasukan beruniform itu,” kongsi ketua pengawas sekolah itu.

Azriez Shah memberitahu, sesi lawatan ke muzium itu memberi pengalaman yang menarik buat dirinya.

Selepas sesi itu, Azriez Shah memberitahu, cita-citanya semakin menggunung untuk menganggotai pasukan beruniform tersebut kerana dia tertarik melihat jet pejuang, senjata dan uniform yang kelihatan segak apabila disarung.

Mencadangkan supaya lokasi itu dijadikan sebagai kawasan wajib dilawati apabila bertandang ke Kuala Lumpur, pelajar tahun enam itu memberitahu, banyak ilmu dan sejarah diperoleh hasil lawatan tersebut.

Sementara itu, guru pengiring lawatan tersebut, Sazlina Mat Dan, 42, berkata, pihaknya sering menjadikan Muzium TUDM sebagai lokasi yang wajib dilawati setiap kali mengadakan program lawatan sambil belajar ke ibu kota.

Ini kerana pelbagai manfaat dan maklumat boleh diperoleh di lokasi itu.

“Murid-murid begitu seronok apabila melihat pesawat di depan mata selain dihidangkan dengan pelbagai maklumat dan sejarah. Situasi itu mampu menarik minat mereka untuk menyertai TUDM apabila dewasa kelak.

“Sekiranya kemudahan dan persekitaran muzium ditambah baik, pasti bilangan pengunjung akan bertambah,” saran Sazlina.

Muzium TUDM yang diwujudkan sejak tiga dekad lalu itu bertujuan untuk memulihara sejarah pasukan beruniform tersebut.

TUDM secara rasminya ditubuhkan pada 2 Jun 1958. Bagaimanapun, kewujudan pasukan udara di negara ini telah bermula sejak tahun 1930-an di bawah pentadbiran British bagi membantu benteng pertahanan Tanah Melayu.

Keseluruhan kawasan itu dijadikan sebagai lapangan terbang sejak tahun 1930-an iaitu ketika pemerintahan British tetapi kini, sebahagian daripada lokasi tersebut menjadi arkib TUDM.

Pengarah Muzium TUDM, Leftenan Kolonel Roslan Manan memberitahu, tapak muzium yang terletak berhampiran Lebuh Raya Sungai Besi itu sangat signifikan dengan peristiwa bersejarah untuk mendapatkan kemerdekaan negara selain menjadi lapangan terbang komersial pertama di Malaysia sebelum wujudnya Lapangan Terbang Subang, Selangor.


MURID-MURID dari Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Perak mengabadikan kenangan bersama pesawat jenis Albatross yang dipamerkan di Muzium TUDM.

“Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama Malaysia) menaiki pesawat Rajawali untuk berlepas ke London bagi membincangkan perkara besar itu pada 1956.

“Selain itu, tapak muzium ini juga menjadi saksi pelepasan Tunku Abdul Rahman ke destinasi sama untuk membincangkan tentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

“Pesawat itu dipamerkan di sini untuk rujukan para pengunjung yang mahu menggali sejarah kemerdekaan Malaysia.

“Selain Rajawali dan Cessna, pelbagai jenis pesawat yang telah ‘tamat perkhidmatan’ diletakkan di muzium ini untuk dilihat, dipegang dan dimasuki pengunjung,” terang Roslan ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, muzium itu sering dipenuhi pengunjung ketika musim cuti persekolahan.

Meskipun peranan sebagai lapangan terbang tidak aktif seperti dahulu, Pangkalan Udara TUDM masih beroperasi dan menjadi tempat mendarat untuk pesawat bersaiz sederhana.

Menariknya, pihak muzium juga menggunakan Sistem Kapsyen Eletronik (ECS) untuk menerangkan maklumat berkait aset yang dipamerkan kepada pengunjung.

“Pengunjung hanya perlu mengimbas kod bar yang tertera menggunakan telefon pintar dan segala maklumat akan tertera dengan pantas.

“Ia lebih bersifat mesra pengunjung khususnya mereka yang perlu mengingati atau menyimpan maklumat itu.

“Usaha itu juga bertujuan meremajakan muzium seiring dengan peredaran zaman,” kongsi Roslan sambil memberitahu muzium itu sering menjadi rujukan pelajar jurusan kejuruteraan dan penerbangan.

Tidak menafikan infrastruktur muzium yang agak lama, Roslan menegaskan, pihaknya cuba untuk memperbaiki sedikit demi sedikit kemudahan selain menjadikan perkhidmatan canggih sistem ECS yang bersifat mesra pengguna sebagai tarikan.

Simulator

Selain itu, muzium yang dikendalikan oleh 14 orang kakitangan terdiri daripada anggota TUDM tersebut turut menyediakan dua buah simulator untuk dicuba oleh pengunjung.

Simulator yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman seakan-akan menerbangkan sendiri pesawat adalah hasil ciptaan staf muzium dan telah memenangi Anugerah Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2012.

Muzium yang dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Sabtu hingga Khamis itu secara purata menerima kira-kira 3,000 orang sebulan.

Selain itu, ia turut tersenarai sebagai lokasi pilihan pelancongan selain menjadi lokasi penggambaran filem dan penyiaran, akhbar serta majalah.

kosmo

9 Nov 2015

Danau Maninjau : Asal Usul

Asal Usul Danau Maninjau 


Danau Maninjau adalah sebuah danau vulkanik yang terletak di Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Provinsi Sumatra Barat, Indonesia. Danau dengan luas sekitar 99,5 km2 dengan kedalaman mencapai 495 meter ini merupakan danau terluas kesebelas di Indonesia, dan terluas kedua di Sumatra Barat. Menurut cerita, Danau Maninjau pada awalnya merupakan gunung berapi yang di puncaknya terdapat sebuah kawah yang luas. Oleh karena ulah manusia, gunung berapi itu meletus dan membentuk sebuah danau yang luas. Apa gerangan yang menyebabkan gunung berapi itu meletus dan berubah menjadi danau? Kisahnya dapat Anda ikuti dalam cerita Asal Usul Danau Maninjau berikut ini!

Alkisah, di sebuah daerah di Sumatra Barat ada sebuah gunung berapi yang amat tinggi bernama Gunung Tinjau. Di puncaknya terdapat sebuah kawah yang luas, dan di kakinya terdapat beberapa perkampungan. Penduduknya hidup makmur dan sejahtera, karena mereka sangat rajin bertani. Di samping itu, tanah yang ada di sekitar Gunung Tinjau amat subur, karena sering mendapat pupuk alami berupa abu gunung.

Di salah satu perkampungan di kaki Gunung Tinjau itu tinggal sepuluh orang bersaudara yang terdiri dari sembilan lelaki dan seorang perempuan. Penduduk sekitar biasa memanggil mereka Bujang Sembilan. Kesepuluh orang bersaudara tersebut adalah Kukuban, Kudun, Bayua, Malintang, Galapuang, Balok, Batang, Bayang, dan lelaki termuda bernama Kaciak. Sementara adik mereka yang paling bungsu adalah seorang perempuan bernama Siti Rasani, akrab dipanggil Sani. Kedua orangtua mereka sudah lama meninggal, sehingga Kukuban sebagai anak sulung menjadi kepala rumah tangga. Semua keputusan ada di tangannya.

Kesepuluh bersaudara tersebut tinggal di sebuah rumah peninggalan kedua orangtua mereka. Untuk memenuhi kebutuhannya, mereka menggarap lahan pertanian yang cukup luas warisan kedua orangtua mereka. Mereka sangat terampil bertani, karena mereka rajin membantu ayah dan ibunya ketika keduanya masih hidup. Di samping itu, mereka juga dibimbing oleh paman mereka yang bernama Datuk Limbatang, yang akrab mereka panggil Engku.

Datuk Limbatang adalah seorang mamak di kampung itu dan mempunyai seorang putra yang bernama Giran. Sebagai mamak, Datuk Limbatang memiliki tanggungjawab besar untuk mendidik dan memerhatikan kehidupan warganya, termasuk kesepuluh orang kemenakannya tersebut. Untuk itu, setiap dua hari sekali, ia berkunjung ke rumah Kukuban bersaudara untuk mengajari mereka keterampilan bertani dan berbagai tata cara adat daerah itu. Tak jarang pula Datuk Limbatang mengajak istri dan putranya ikut serta bersamanya.
Pada suatu hari, ketika Datuk Limbatang bersama istri dan Giran berkunjung ke rumah Bujang Sembilan, secara tidak sengaja Sani saling berpandangan dengan Giran. Rupanya, kedua pemuda dan gadis itu sama-sama menaruh hati. Giran pun mengajak Sani untuk bertemu di sebuah ladang di pinggir sungai. Dengan hati berdebar, Giran pun mengungkapkan perasaannya kepada Sani.


“Sudah lama merendam selasih
Barulah kini mau mengembang
Sudah lama kupendam kasih
Barulah kini bertemu pandang”

“Telah lama orang menekat
Membuat baju kebaya lebar
Sudah lama abang terpikat
Hendak bertemu dada berdebar”

“Rupa elok perangaipun cantik
Hidupnya suka berbuat baik
Orang memuji hilir dan mudik
Siapa melihat hati tertarik”

“Dik, Sani! Wajahmu cantik nan elok, perangai baik nan berhati lembut. Maukah engkau menjadi kekasih Abang?” tanya Giran.
Pertanyaan itu membuat jantung Sani berdetak kencang. Dalam hatinya, ia juga suka kepada Giran.

Maka ia pun membalasnya dengan untaian pantun.
“Buah nangka dari seberang
Sedap sekali dibuat sayur
Sudah lama ku nanti abang
Barulah kini dapat menegur”

“Jika roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya tegakkan
Jika sungguh Kanda berkata
Badan dan nyawa saya serahkan”

Alangkah senang hati Giran mendengar jawaban dari Sani. Ia benar-benar merasa bahagia karena cintahnya bersambut.
Maka sejak itu, Giran dan Sani menjalin hubungan kasih. Pada mulanya, keduanya berniat untuk menyembunyikan hubungan mereka. Namun karena khawatir akan menimbulkan fitnah, akhirnya keduanya pun berterus terang kepada keluarga mereka masing-masing. Mengetahui hal itu, keluarga Giran dan Sani pun merasa senang dan bahagia, karenahal tersebut dapat mempererat hubungan kekeluargaan mereka. Sejak menjalin hubungan dengan Sani, Giran seringkali berkunjung ke rumah Bujang Sembilan. Bahkan, ia sering membantu Bujang Sembilan bekerja di sawah.


Ketika musim panen tiba, semua penduduk kampung memperoleh hasil yang melimpah. Untuk merayakan keberhasilan tersebut, para pemuka adat dan seluruh penduduk bersepakat untuk mengadakan gelanggang perhelatan, yaitu adu ketangkasan bermain silat. Para pemuda kampung menyambut gembira acara tersebut. Dengan semangat berapi-api, mereka segera mendaftarkan diri kepada panitia acara. Tidak ketinggalan pula Kukuban dan Giran turut ambil bagian dalam acara tersebut.

Pada hari yang telah ditentukan, seluruh peserta berkumpul di sebuah tanah lapang. Sorak sorai penonton pun terdengar mendukung jagoannya masing-masing. Beberapa saat kemudian, panitia segera memukul gong pertanda acara dimulai. Rupanya, Kukuban mendapat giliran pertama tampil bersama seorang lawannya dari dusun tetangga. Tampak keduanya saling berhadap-hadapan di tengah arena untuk saling adu ketangkasan. Siapa pun yang menang dalam pertarungan itu, maka dia akan melawan peserta berikutnya. Ternyata, Kukuban berhasil mengalahkan lawannya. Setelah itu, peserta berikutnya satu per satu masuk ke arena gelanggang perhelatan untuk melawan Kukuban, namun belum seorang pun yang mampu mengalahkannya. Masih tersisa satu peserta lagi yang belum maju, yakni si Giran. Kini, Kukuban menghadapi lawan yang seimbang.
“Hai, Giran! Majulah kalau berani!” tantang Kukuban.
“Baiklah, Bang! Bersiap-siaplah menerima seranganku!” jawab Giran dan langsung menyerang Kukuban.

Maka terjadilah pertarungan sengit antara Giran dan Kukuban. Mulanya, Giran melakukan serangan secara bertubi-tubi ke arah Kububan, namun semua serangannya mampu dielakkan oleh Kukubun. Beberapa saat kemudian, keadaan jadi terbalik. Kukuban yang balik menyerang. Ia terus menyerang Giran dengan jurus-jurus andalannya secara bertubi-tubi. Giran pun terdesak dan kesulitan menghindari serangannya. Pada saat yang tepat, Kukuban melayangkan sebuah tendangan keras kaki kirinya ke arah Giran. Giran yang tidak mampu lagi menghindar, terpaksa menangkisnya dengan kedua tangannya.


“Aduh, sakit…! Kakiku patah!” pekik Kukuban dan langsung berguling di tanah sambil menjerit kesakitan.

Rupanya, tangkisan Giran itu membuat kaki kirinya patah. Ia pun tidak mampu lagi melanjutkan pertandingan dan dinyatakan kalah dalam gelanggang tersebut. Sejak itu, Kukuban merasa kesal dan dendam terhadap Giran karena merasa telah dipermalukan di depan umum. Namun, dendam tersebut dipendamnya dalam hati.

Beberapa bulan kemudian, dendam Kukuban yang dipendam dalam hati itu akhirnya terungkap juga. Hal itu bermula ketika suatu malam, yakni ketika cahaya purnama menerangi perkampungan sekitar Gunung Tinjau, Datuk Limbatang bersama istrinya berkunjung ke rumah Bujang Sembilan.

Kedatangan orangtua Giran tersebut bukan untuk mengajari mereka cara bercocok tanam atau tata cara adat, melainkan ingin menyampaikan pinangan Giran kepada Sani.
“Maaf, Bujang Sembilan! Maksud kedatangan kami kemari ingin lebih mempererat hubungan kekeluargaan kita,” ungkap Datuk Limbatang.
“Apa maksud, Engku?” tanya si Kudun bingung.
“Iya, Engku! Bukankah hubungan kekeluargaan kita selama ini baik-baik saja?” sambung Kaciak.
“Memang benar yang kamu katakan itu, Anakku,” jawab Datuk Limbatang yang sudah menganggap Bujang Sembilan seperti anaknya sendiri.

“Begini, Anak-anakku! Untuk semakin mengeratkan hubungan keluarga kita, kami bermaksud menikahkan Giran dengan adik bungsu kalian, Siti Rasani,” ungkap Datuk Limbatang.
“Pada dasarnya, kami juga merasakan hal yang sama, Engku! Kami merasa senang jika Giran menikah dengan adik kami. Giran adalah pemuda yang baik dan rajin,” sambut si Kudun.
Namun, baru saja kalimat itu lepas dari mulut si Kudun, tiba-tiba terdengar suara bentakan yang sangat keras dari Kukuban.
“Tidak! Aku tidak setuju dengan pernikahan mereka! Aku tahu siapa Giran,” seru Kukuban dengan wajah memerah.
“Dia pemuda sombong, tidak tahu sopan santun dan kurang ajar. Dia tidak pantas menjadi suami Sani,” tambahnya.
“Mengapa kamu berkata begitu, Anakku? Adakah perkataan atau perilakunya yang pernah menyinggung perasaanmu?” tanya Datuk Limbatang dengan tenang.

“Ada, Engku! Masih ingatkah tindakan Giran terhadapku di gelanggang perhelatan beberapa bulan yang lalu? Dia telah mematahkan kaki kiriku dan sampai sekarang masih ada bekasnya,” jawab Kukuban sambil menyingsingkan celana panjangnya untuk memperlihatkan bekas kakinya yang patah.
“Oooh, itu!” jawab Datuk Limbatang singkat sambil tersenyum.
“Soal kaki terkilir dan kaki patah, kalah ataupun menang dalam gelanggan itu hal biasa. Memang begitu kalau bertarung,” ujar Datuk Limbatang.

“Tapi, Engku! Anak Engku telah mempermalukanku di depan orang banyak,” sambut Kukuban.
“Aku kira Giran tidak bermaksud mempermalukan saudaranya sendiri,” kata Datuk Limbatang.
“Ah, itu kata Engku, karena ingin membela anak sendiri! Di mana keadilan Engku sebagai pemimpin adat?” bantah Kukuban sambil menghempaskan tangannya ke lantai.

Semua yang ada dalam pertemuan itu terdiam. Kedelapan saudaranya tak satu pun yang berani angkat bicara. Suasana pun menjadi hening dan tegang. Kecuali Datuk Limbatang, yang terlihat tenang.
“Maaf, Anakku! Aku tidak membela siapa pun. Aku hanya mengatakan kebenaran. Keadilan harus didasarkan pada kebenaran,” ujar Datuk Limbatang.
“Kebenaran apalagi yang Engku maksud. Bukankah Giran telah nyata-nyata mencoreng mukaku di tengah keramaian?”


“Ketahuilah, Anakku! Menurut kesaksian banyak orang yang melihat peristiwa itu, kamu sendiri yang menyerang Giran yang terdesak dengan sebuah tendangan keras, lalu ditangkis oleh Giran. Tangkisan itulah yang membuat kakimu patah. Apakah menurutmu menangkis serangan itu perbuatan curang dan salah?” tanya Datuk Limbatang.

Kukuban hanya terdiam mendengar pertanyaan itu. Walaupun dalam hatinya mengakui bahwa apa yang dikatakan Datuk Limbatang adalah benar, tetapi karena hatinya sudah diselimuti perasaan dendam, ia tetap tidak mau menerimanya.

“Terserah Engku kalau tetap mau membela anak sendiri. Tapi, Sani adalah adik kami. Aku tidak akan menikahkan Sani dengan anak Engku,” kata Kukuban dengan ketus.
“Baiklah, Anakku! Aku juga tidak akan memaksamu. Tapi, kami berharap semoga suatu hari nanti keputusan ini dapat berubah,” kata Datuk Limbatang seraya berpamitan pulang ke rumah bersama istrinya.

Rupanya, Siti Rasani yang berada di dalam kamar mendengar semua pembicaraan mereka. Ia sangat bersedih mendengar putusan kakak sulungnya itu. Baginya, Giran adalah calon suami yang ia idam-idamkan selama ini. Sejak kejadian itu, Sani selalu terlihat murung. Hampir setiap hari ia duduk termenung memikirkan jalah keluar bagi masalah yang dihadapinya. Begitupula si Giran, memikirkan hal yang sama. Berhari-hari kedua pasangan kekasih itu berpikir, namun belum juga menemukan jalan keluar. Akhirnya, keduanya pun sepakat bertemu di tempat biasanya, yakni di sebuah ladang di tepi sungai, untuk merundingkan masalah yang sedang mereka hadapi.

“Apa yang harus kita lakukan, Dik?” tanya Giran.
“Entahlah, Bang! Adik juga tidak tahu harus berbuat apa. Semua keputusan dalam keluarga Adik ada di tangan Bang Kukuban. Sementara dia sangat benci dan dendam kepada Abang,” jawab Sani sambil menghela nafas panjang.
Beberapa lama mereka berunding di tepi sungai itu, namun belum juga menemukan jalan keluar. Dengan perasaan kalut, Sani beranjak dari tempat duduknya. Tiba-tiba sepotong ranting berduri tersangkut pada sarungnya.

“Aduh, sarungku sobek!” teriak Sani kaget.
“Wah, sepertinya pahamu tergores duri. Duduklah Adik, Abang akan mengobati lukamu itu!” ujar Giran.

Giran pun segera mencari daun obat-obatan di sekitarnya dan meramunya. Setelah itu, ia membersihkan darah yang keluar dari paha Sani, lalu mengobati lukanya. Pada saat itulah, tiba-tiba puluhan orang keluar dari balik pepohonan dan segera mengurung keduanya. Mereka adalah Bujang Sembilan bersama beberapa warga lainnya.
“Hei, rupanya kalian di sini!” seru Kukuban.

Giran dan Sani pun tidak tahu harus berbuat apa. Keduanya benar-benar tidak menyangka jika ada puluhan orang sedang mengintai gerak-gerik mereka.
“Tangkap mereka! Kita bawa mereka ke sidang adat!” perintah Kukuban.
“Ampun, Bang! Kami tidak melakukan apa-apa. Saya hanya mengobati luka Sani yang terkena duri,” kata Giran.
“Dasar pembohong! Aku melihat sendiri kamu mengusap-usap paha adikku!” bentak Kukuban.
“Iya benar! Kalian telah melakukan perbuatan terlarang. Kalian harus dibawa ke sidang adat untuk dihukum,” sambung seorang warga.
Akhirnya, Giran dan Sani digiring ke kampung menuju ke ruang persidangan. Kukuban bersama kedelapan saudaranya dan beberapa warga lainnya memberi kesaksian bahwa mereka melihat sendiri perbuatan terlarang yang dilakukan oleh Giran dan Sani. Meskipun Giran dan Sani telah melakukan pembelaan dan dibantu oleh Datuk Limbatang, namun persidangan memutuskan bahwa keduanya bersalah telah melanggar adat yang berlaku di kampung itu. Perbuatan mereka sangat memalukan dan dapat membawa sial. Maka sebagai hukumannya, keduanya harus dibuang ke kawah Gunung Tinjau agar kampung tersebut terhindar dari malapetaka.


Keputusan itu pun diumumkan ke seluruh penjuru kampung di sekitar Gunung Tinjau. Setelah itu, Giran dan Sani diarak menuju ke puncak Gunung Tinjau dengan tangan terikat di belakang. Sesampainya di pinggir kawah, mata mereka ditutup dengan kain hitam. Sebelum hukuman dilaksanakan, mereka diberi kesempatan untuk berbicara.
“Wahai kalian semua, ketahuilah! Kami tidak melakukan perbuatan terlarang apa pun. Karena itu, kami yakin tidak bersalah,” ucap Giran.
Setelah itu, Giran menengadahkan kedua tanganya ke langit sambil berdoa.
“Ya Tuhan! Mohon dengar dan kabulkan doa kami. Jika kami memang benar-benar bersalah, hancurkanlah tubuh kami di dalam air kawah gunung yang panas ini. Akan tetapi, jika kami tidak bersalah, letuskanlah gunung ini dan kutuk Bujang Sembilan menjadi ikan!”

Usai memanjatkan doa, Giran dan Sani segera melompat ke dalam kawah. Keduanya pun tenggelam di dalam air kawah. Sebagian orang yang menyaksikan peristiwa itu diliputi oleh rasa tegang dan cemas. Jika Giran benar-benar tidak bersalah dan doanya dikabulkan, maka mereka semua akan binasa. Ternyata benar. Permohonan Giran dikabulkan oleh Tuhan. Beberapa saat berselang, gunung itu tiba-tiba bergetar dan diikuti letusan yang sangat keras. Lahar panas pun menyembur keluar dari dalam kawah, mengalir menuju ke perkampungan dan menghancurkan semua yang dilewatinya. Semua orang berusaha untuk menyelamatkan diri. Namun, naas nasib mereka. Letusan Gunung Tinjau semakin dahsyat hingga gunung itu luluh lantak. Tak seorang pun yang selamat. Bujang Sembilan pun menjelma menjadi ikan.

Demikian cerita Asal Usul Danau Maninjau dari Agam, Sumatra Barat, Indonesia. Konon, letusan Gunung Tinjau itu menyisakan kawah yang luas dan lama-kelamaan berubah menjadi danau. Oleh masyarakat sekitar, nama gunung itu kemudian diabadikan menjadi nama danau, yakni Danau Maninjau. Sementara nama-nama tokoh yang terlibat dalam peristiwa itu diabadikan menjadi nama nagari di sekitar Danau Maninjau, seperti Tanjung Sani, Sikudun, Bayua, Koto Malintang, Koto Kaciak, Sigalapuang, Balok, Kukuban, dan Sungai Batang.


Cerita di atas termasuk kategori legenda yang mengandung pesan-pesan moral yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan sehari-hari. Salah satu pesan moral yang dapat dipetik, yaitu akibat buruk yang ditimbulkan oleh sifat dendam. Dendam telah menjadikan Kukuban tega menfitnah Giran dan Sani telah melakukan perbuatan terlarang. Dari hal ini dapat dipetik sebuah pelajaran bahwa sifat dendam dapat mendorong seseorang berbuat aniaya terhadap orang lain, demi membalaskan dendamnya. Dalam kehidupan orang Melayu, sifat dendam ini sangat dipantangkan. Dikatakan dalam tunjuk ajar Melayu:

siapa tak tahu kesalahan sendiri,
lambat laun hidupnya keji
kalau suka berdendam kesumat,
alamat hidup akan melarat

orange temasya tour

5 Nov 2015

aku hanya menatap


aku hanya menatap

aku hanya menatap
jejak yang kautinggal di pasir
tanda-tanda kepergian dan kejauhanmu
ia masih berbekas dan memberi ngilu
pada segala yang berada dalam pusar masa
bukan mudah mengabaikan apa lagi melepaskan
tak tertanda ikatan sebagaimana tali mengikat
tapi begitulah tambatan yang kukuh menghubung
antara apa yang ada dan segala tiada
ini bukan lagu pilu menghambat lara
tapi segala jejak  dan bekas injak
berbisik dalam bahasa igau dan imbau yang lama
bukan tak pernah pula membiarkan
bukan ingin bertakhta dalam masa sudah
tapi akrab dan  mesra yang mendekatkan
manalah bisa terbiar 
meski kerelaan dalam menerima
sebenarnya terpaksa dalam jiwa
begitu mudah dalam kata-kata
tetapi sukar dalam denai jiwa
untuk menjamah perpisahan




khabar


khabar

jarak jasmani dan asing ruang
perjalanan jauh dan masa terambil
bukan semua itu menyulitkan 
untuk berutus khabar
atau berkisah tentang diri dan alun rasa
tidak pula kita berada dalam pengasingan
terpisah dalam segala rupa dan tanda

tapi masih tak bisa
sebaris khabar untuk tiba dan terkirim
apakah yang sedang membadai 
dalam kejauhan apakah terpinga oleh sanggah suasana
kelangsungan hidup berbeza oleh cuaca dan budaya
atau jarak sedang memutus akrab
dan kita belajar menjadi asing dan sendiri
segala yang mesra dan manis manja
bergaris pergi dari belai jiwa
atau sedang bagimu
dalam asyik dan bahagia
yang terlalu mengurungmu dalam kejauhan

khabar
kecil bagimu
terlalu besar buat yang menunggu

STATUS

Search This Blog

DAUN