ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

3 Aug 2014

Studio Jalan Ampas

 Studio Jalan Ampas tertulis sebagai legenda keagungan filem Melayu. Zaman emas yang melahirkan seniman besar Seniman Agung Tan Sri P Ramlee serta ramai lagi seniman dan seniwati yang mengelopakkan nama.

Studio Jalan Ampas dalam nostalgia dan kenangan kita bersama. Di situ pada satu ketika segala impian anak muda untuk menjadi ternama dan berjaya berapung dalam harapan dan mimpi masing-masing. Di situ mangkuk rezeki golongan seniman dan seniwati yang memperagakan bakat seni dan keupayaan diri dalam dunia lakon, nyanyi, tari, muzik, kamera dan sebagainya. Denyut baru dalam industri perfileman negara berputar bersama putaran filem yang dihasilkan.

Tetapi memandang kembali ke dalam akar sejarah terasa bahawa Studio Jalan Ampas mengimbau bahagia dan derita bersama. Kepayahan dan kesukaran untuk bergelar seniman dan rempuhan hidup dunia baru perfileman membawa harap, nostalgia. airmata, keharuan dan gembira.

Berjalan kembali menyusur Studio  Jalan Ampas. Ada nostalgia, ada luka bersama...

The Golden Age of Malay Cinema


"Actually this business has a lot of fun, a lot of excitement, All depends on whether your judgement is right or judgement is wrong. If judgement is right, you make the money. Judgement is wrong, you lose all the money"
- Tan Sri Runme Shaw, Pioneers of Singapore, Oral History

After the war, film production picked up again, not only all over Asia but also in Singapore where both Chinese and Malay films were made. In 1947, 'Seruan Medeka', an effort by Film Melayu Art Productions, proved to be mildly successful. This prompted the Shaws to reopen their pre-war studio at No.8, Jalan Ampas (above) to produce Malay movies. Under the banner of 'Malay Film Production Limited' (MFP), the Shaws aimed to dominate the Malay film market with quality productions. This move ushered in the period known as 'The Golden Age of Malay Cinema' during which over 300 films were produced.

At first, the Shaws used Chinese directors to make Malay movies. They were replaced by Indians because Malays tended to prefer Indian directorial style. Malays also favoured Indian films because they could relate to both plot and culture. The 'Bollywood' song and dance style in Malay movies were enjoyed not only by Malays but also many Singaporean Chinese. Shaws' stable of Indian directors for the next two decades read like a who's-who of Malay cinema - B.S. Rajhans, S.Ramanathan, L. Krishnan, KRS Shastry, Phani Majumdar, Kidar Sharma, Dhiresh Ghosh, K.M. Basker and B.N. Rao.

In 1947, MFP's first film 'Singapura Di-Waktu Malam' starring Siput Sarawak proved an instant success. It was directed by the same man who made Singapore's first feature hit in 1933 - B.S. Rajhans.

B.S. Rajhans quickly followed his success with a string of hits over the next four years. They included Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948) and Cinta (1948). In Cinta, he gave the part of the villain to a young unknown whom he discovered at a music festival in Bukit Mertajam. This 19-year old playback singer who provided the vocals for the lead actor Roomai Noor was to become a legend in his own time. He was P. Ramlee.


The Legendary Tan Sri P.Ramlee (1929-1973)


In his early years at Jalan Ampas, P.Ramlee was enthusiastic about mastering all aspects of film production. No task proved too menial for him, and he worked even as clapper boy and assistant cameraman. From the start, his remarkable talents were recognised by the Shaws.

In 1950, P.Ramlee graduated from playing 'villians' to 'hero' and became the first actor to sing in his own voice in the movie 'Bakti'. In this film, he acted opposite the beautiful Kasma Booty (right) and proved beyond doubt that he had all the qualities of a star who could not only act but sing.

By 1953, MFP faced competition from the newly formed Cathay-Keris, a studio formed by cinema owner Ho Ah Loke and Cathay Organisation's chairman Dato Loke Wan Tho. They offered lucrative financial contracts to attract experienced film crew and stars to their new studio on the East Coast. 'Buloh Perindu' (1953) was a Malay film made by them in colour.

In order to stay ahead, the Shaws made the 26-year-old P. Ramlee into director fresh from his hit starrer 'Hang Tuah' in 1955. By that time, P.Ramlee was already an accomplished songwriter and actor, but he was keen to prove that Malay directors were as capable as Indians in making high quality films.

The result was 'Penarik Beca' (right), an award-winning film which catapulted the Malay film industry to an international level. It won Best Picture and Best Song in a readers' poll of the prestigious "Utusan Filem and Sport" magazine.

For the next 20 years, the multi-talented Tan Sri P.Ramlee was to win multiple international awards (including film festivals in Hong Kong and Japan) for work which spanned over 70 films and 200 songs.

His films encompassed different genres, the reason for winning fans of all races and generations. Any P.Ramlee film was guaranteed to fill seats and he became king of the Malay box office. In 1963, Singapore became part of Malaysia. That same year, P.Ramlee made his last film at Jalan Ampas - Tiga Abdul (right) - and then he went to Merdeka studios in KL.

shaw online


Setiap kali hari raya, Pak Ajis terkenang Jalan Ampas
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

PENGHORMATAN. Pak Ajis menerima cenderahati daripada pemilik Saloma Bistro, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

SETIAP kali membuat persiapan Aidilfitri, pelakon dan pelawak veteran, Datuk Abdul Azez Aziz Satta atau dikenali sebagai Aziz Satar pastinya terkenangkan kisah 35 tahun dahulu ketika dia tinggal di Jalan Ampas, Singapura.

Mana tidaknya pada 15 September 1967, ketika semua bintang-bintang terkenal filem Melayu termasuk dirinya sendiri yang bernaung di bawah studio perfileman yang dikenali sebagai Studio Malay Filem Production (MFP) di Jalan Ampas, Singapura atau nama pendeknya, Studio Jalan Ampas terpaksa berdepan kenyataan bahawa studio tersebut terpaksa dirobohkan.

Mereka yang digelar bintang Hollywood Filem Melayu itu sebenarnya juga menetap di Studio Jalan Ampas tersebut.

Menurut rekod, Studio Jalan Ampas milik Shaw Brothers telah beroperasi selama 19 tahun sebelum ditutup pada 1967. Mengikut sejarah, ia dibangunkan dua beradik, Runme dan Run Run Shaw di kawasan seluas 40,000 meter persegi.

Studio itulah yang melahirkan bintang ternama seperti seniman agung, Tan Sri P. Ramlee dan rakan seangkatannya termasuk Aziz Satar sendiri, S. Shamsuddin, AR. Tompel, Datuk Sarimah, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Ahmad Mahmud, Datuk Jamil Sulong serta ramai lagi.

Ketika era itu, Jalan Ampas turut digelarkan sebagai ‘Hollywood Filem Melayu’ ketika zaman kegemilangan filem Melayu pada era 1950-an dan awal 1960-an. Difahamkan alasan studio itu ditutup kerana tidak ada lagi sambutan terhadap filem Melayu di Singapura, selain kekurangan bakat baharu.

Apa yang membuatkan figura yang lebih mesra dipanggil Pak Ajis ini menanggung emosi kesedihan yang amat sangat adalah kerana penutupan Studio Jalan Ampas bermula sehari sebelum sambutan Aidilfitri pada tahun tersebut.

“Pada tarikh itu, yang mana esoknya semua umat Islam akan menyambut hari raya tetapi saya dan rakan-rakan pelakon Studio Jalan Ampas terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa tempat tinggal kami itu terpaksa dirobohkan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Pak Ajis, suasana ketika itu terlalu sepi dan sedih apabila tempat tinggal semua pelakon di situ sudah tiada dan tiada tempat untuk mereka menyambut hari raya.

“Semua biskut raya dan baju raya bertaburan. Semua orang menangis walaupun esok hari raya. Justeru, setiap kali menyambut hari raya walaupun kejadian itu sudah berlalu 35 tahun, ia tetap dalam ingatan saya,” luahnya berbaur kesedihan yang mendalam.

Pak Ajis yang kini terpaksa berehat daripada berlakon selama dua bulan atas nasihat doktor selepas sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor selama 12 hari berharap akan kembali memeriahkan arena seni selepas tempoh berehatnya itu berakhir.

Tambahnya, kenangan di Studio Jalan Ampas tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila termasuk kejadian studio itu ditutup buat selama-lamanya.

“Bayangkan ketika itu suasana seolah-olah satu kampung dilanda banjir, habis jadi gelandangan, sedih betul kalau saya ingat balik,” ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan hari raya pada tahun ini pula, ungkap Pak Ajis, ia akan disambut secara sederhana sahaja dan makanan wajib yang mesti ada di pagi raya adalah lontong.

“Saya suka lontong sebab dalam satu hidangan itu sudah ada macam-macam lauk termasuk rendang, itu adalah makanan wajib saya sekeluarga,” ujarnya yang akan menyambut hari raya di rumahnya di Ampang, Selangor.

kosmo online

Bujang Lapok gambaran sebenar Jalan Ampas

BARANGKALI ada dalam kalangan kita menganggap segala apa yang dipertontonkan dalam filem Seniman Bujang Lapok hanyalah sebahagian daripada interpretasi seni atau sekadar fiksyen tanpa ada kena mengena dengan dunia nyata.

Namun menurut Datuk Aziz Sattar, segala apa yang dipertontonkan P. Ramlee selaku teraju utama di dalam filem berkenaan sebenarnya amat berkait rapat dengan kehidupan warga Studio Jalan Ampas.

Sebagai contoh katanya, bintang legenda itu cuba memaparkan sikap sebenar pekerja-pekerja di Jalan Ampas melalui filem berkenaan.

"Paling dikenang tentunya adegan 'Bai jaga' yang tidak sudah-sudah memerli orang. Sebenarnya sikap beliau memang begitu sampai kadang-kadang kita pun geram. Tapi apa yang dicakap semuanya betul. Sebab itu kita tak boleh marah.

"Kadang-kadang orang datang, walaupun berpakaian cantik tapi tidak beradab. Datang saja terus tanya 'P. Ramlee ada?'. Jika begitu, biasanya 'Bai Jaga' yang nama sebenarnya Pretam Singh itu akan terus bangun tanpa melayan pertanyaan itu.

"Tapi kalau yang datang itu berbudi bahasa, orang itu akan dilayan bersungguh-sungguh. Gambaran lain, adalah dalam adegan sebelum itu di mana A. Rahim tiba-tiba mendengus dan menendang kerusi. Memang itulah sikapnya yang selalu secara tiba-tiba saja 'kepala angin'," katanya.

Dalam pada ceria bercerita mengenai memori indahnya bersama kawan-kawan di Studio Jalan Ampas, nada Aziz bagaimanapun tiba-tiba berubah apabila ditanya mengenai keadaan ketika studio itu hampir ditutup.

"Saya sudah mengetahuinya lebih awal apabila seorang rakan meminta saya bersedia kerana katanya studio itu akan ditutup dalam tempoh enam bulan lagi. Apabila saya beritahu kawan-kawan lain, mereka tidak percaya tetapi saya tetap mengambil langkah berhati-hati dengan mula membayar hutang sedikit demi sedikit kepada lima kedai kopi yang berada di sekitar studio tersebut.

"Akhirnya perkara itu menjadi kenyataan. Dalam tempoh dua minggu sebelum studio itu ditutup, kami dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pengurus, Kwek Chip Jian. Keadaan menjadi suram dengan masing-masing bimbang mengenai masa depan sehingga sukar untuk kami melelapkan mata pada waktu malam," katanya.

Apabila tiba harinya, bermula pada pukul dua petang, para petugas di Studio Jalan Ampas daripada krew produksi sehinggalah kepada pelakon-pelakon terkenal mula mengambil gratuiti dan sebulan wang gaji sebelum pintu studio berkenaan tertutup rapat buat selama-lamanya.

"Keadaan ketika itu sukar digambarkan. Ada yang menangis, ada pula yang berpelukan. Paling kasihan melihat mereka yang banyak berhutang," katanya.

Dugaan dihadapi tidak terhenti di situ. Keesokan harinya iaitu pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, Jalan Boon Teck yang menjadi tempat tinggal artis dan krew studio berkenaan banjir.

"Habis segala ketupat dan kuih raya hanyut. Apabila banjir surut, kami beramai-ramai membersihkan rumah dalam keadaan bersedih. Memang saya tidak akan lupakan peristiwa itu," ujarnya.

Bagi menyara hidup kata Aziz, kebanyakan artis mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau kembali kepada pekerjaan lama mereka sebelum bergelar pelakon.

"Salleh Kamil bawa teksi, Kemat Hassan bekerja sebagai pemandu, Shariff Dol menjaga gudang bersama ayahnya sementara Omar Suwita membuka kedai gunting rambut," ujarnya

utusan online


studio jalan ampas



Nostalgia Studio Jalan Ampas
23 Ogos 2011
Oleh Hanisah Selamat Cetak Emel Kawan

Bintang veteran berhimpun di Saloma Bistro setiap Ramadan

SUDAH menjadi tradisi Ramadan sejak tujuh tahun lalu, sekali lagi Saloma Theatre Restaurant menjadi gelanggang perhimpunan seniman dan seniwati lagenda yang banyak berjasa kepada industri perfileman Melayu sekali gus mengenang kembali era kegemilangan lalu.

Berkonsepkan Nostalgia Studio Jalan Ampas, lebih 30 bintang veteran termasuk yang didatangkan khas dari Singapura diraikan dalam majlis berbuka puasa yang turut dimeriahkan kehadiran ramai artis muda.
Pencetus acara penuh bermakna merangkap pemilik premis terbabit, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, penganjuran majlis berkenaan direalisasikan sebagai penghargaan terhadap insan yang menabur jasa dalam membangunkan industri seni tanah air.

“Saban tahun kami berbesar hati apabila melihat wajah-wajah ceria bintang lagenda yang dipertemukan dengan teman seperjuangan apatah lagi ramai tidak tinggal di Kuala Lumpur dan majlis seumpama ini yang dapat menyemarakkan semula nostalgia lalu seterusnya mengukuhkan lagi ikatan persahabatan.

“Inilah antara usaha yang mampu kami lakukan untuk mereka. Ketika mereka masih sihatlah kita hargai sumbangan yang diberikan. Kegembiraan mereka dapat berkumpul semula dengan rakan lama sudah cukup bererti buat kami,” katanya selepas sesi penyerahan hamper serta duit raya yang mencecah RM20,000.

Hadir sama Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Victor Wee yang turut menyampaikan duit raya serta hamper kepada barisan seniman dan seniwati yang menjadi tetamu istimewa.

Antaranya Neng Yatimah, Zaiton, Kasim Masdor, Kuswadinata, Latifah Omar, Zaini Satar, Datuk Sarimah Ahmad, Mariam Ahmad, Karim Latiff, S Mariam, Mimi Loma, Salmah Ahmad, Datin Umi Kalsom, Datuk Aziz Satar, Ruminah Sidek , Datuk Maria Menado, Mariani, Sofea Ibrahim dan Momo Latif.
Tidak ketinggalan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Yusni Hamid, Datuk Yusof Haslam, Datuk Jeffryu Din, Aspalela Abdullah, Mat Sentul, Hail Amir, Uji Rashid, Norlia Ghani, Sofea Ibrahim serta Abbas Bakar.

Penyanyi muda juga memberikan penghargaan terhadap seniman dan seniwati menerusi segmen persembahan bersama medley istimewa, Irama Empat Bintang untuk mengenang kembali dendangan malar segar yang dipopularkan Nona Asiah, P Ramlee, Ahmad Daud dan Saloma selain lagu raya.

Sudah pasti tumpuan ramai terarah kepada pentas utama menerusi gabungan suara penyanyi yang muncul secara giliran seperti Ahmad Fauzi, Nassier Wahab, Mas Omar, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Zur Eda dan Siti Fairuz.

Melihat dari segi layanan serta atur cara majlis, sememangnya penganjur meletakkan insan yang dirai di tangga teratas apabila bukan hanya kakitangan Saloma, Syed Yusof juga sibuk bergerak dari meja ke meja berbual dan bertanya khabar.

Walau ada dikalangan mereka kurang cergas berbanding dulu semetelah usia yang melepasi 70-an, semangat mahu berhimpun membuatkan masing-masing sukar menolak pelawaan menghadiri majlis berkenaan.

Syed Yusof berkata, setiap tahun pihaknya memang mengadakan perancangan rapi bagi memastikan tiada yang tertinggal dalam senarai malah pengangkutan serta penginapan juga disediakan untuk mereka yang jauh khususnya dari Singapura dan Johor.

“Kebiasaannya mereka berada di ibu negara sehari lebih awal supaya dapat berehat di bilik penginapan di Hotel Concorde. Kita mahu memastikan mereka selesa sepanjang berada di Kuala Lumpur.

“Bukan hanya hadir untuk majlis ini, mereka juga tidak lupa mengunjungi pusara beberapa sahabat lama yang lebih dulu menyahut panggilan Ilahi termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma,” katanya lagi.

Pertemuan eratkan hubungan

Sementara itu, seniwati Zaiton yang didatangkan dari Singapura bersyukur diberikan kesihatan yang baik untuknya sekali lagi berpeluang berkumpul dalam majlis yang disifatkan mampu mengeratkan ukhwah.

“Dalam setahun saya kerap berkunjung ke sini kerana selain menghadiri majlis seumpama ini, saya turut melawat anak sulung yang tinggal di sini. Cuma majlis ini paling besar kerana begitu ramai rakan lama yang hadir. Seronok sebab dapat berkongsi banyak cerita.

“Sebenarnya saya sungguh terharu kerana masih banyak pihak yang mengingati seniman dan seniwati seperti kami dan tiada yang mampu saya ucapkan selain terima kasih yang tidak terhingga,” katanya yang sudah mencecah 73 tahun itu.

Kata pelakon yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Raja Bersiong itu, hari raya ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura membuatkannya terkenang memori mengunjungi rumah terbuka rakan yang tinggal di rumah pekerja.

“Saya tinggal di luar, tetapi ketika Syawal kami masih dapat pelepasan cuti. Biasanya kalau ada kesempatan saya masih akan mengunjungi rakan lain di kuaters. Mereka yang tinggal di situ meriah kerana setiap keluarga membawa juadah istimewa masing-masing.

“Bagi saya sendiri, hingga kini saya kenangan masa lalu masih tersimpan kemas di ingatan. Kenangan berpuasa dan menyambut lebaran tetap akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya lagi.

Bagi Kuswadinata yang mesra disapa Pak Kus, 73, sejak tujuh tahun lalu dirinya tidak pernah tertinggal satu pun majlis yang dianjurkan Saloma kerana beranggapan ia acara yang menghimpunkan ramai anak seni daripada semua zaman.

“Kita boleh nampak artis lama dari zaman P Ramlee hingga pelakon muda yang baru bertapak. Sebagai orang lama saya melihat semua transisi ini dari segala sudut yang menampakkan semangat seluruh warga seni.

“Apabila ada pihak berbesar hati anjurkan majlis yang begitu bererti ini, sudah pasti kami menerima undangan hadir ke majlis ini dengan hati terbuka. Inilah antara acara yang menemukan kami dengan sahabat lama dan baru,” katanya yang tinggal di ibu negara sejak 15 tahun lalu.

Sebagai antara pelakon terakhir yang meninggalkan kuaters berhampiran Studio Jalan Ampas, sememangnya Pak Kus masih mengenang kegemilangan lokasi bersejarah buat industri kerana ia adalah gelanggang terawal kegemilangan filem Melayu.

berita harian


Where legends of the silver screen had once set foot on: No. 8 Jalan Ampas


It may not be a surprise to some that the legendary Malaysian actor, singer, songwriter and director, P. Ramlee had actually plied his trade and made his mark on the silver screen from a studio that was located in Singapore, the Shaw Brothers’ Malay Film Productions (MFP). However, it may surprise some that a few of the buildings that were associated with the studio still stand, albeit somewhat obscurely and forgotten and dwarfed by the many commercial and residential developments that now surround its compound at No. 8 Jalan Ampas, off Balestier Road in Singapore.


Lying somewhat hidden amongst commercial and residential properties is the former Shaw Brothers' Studio at Jalan Ampas.

It was back in the late 1940s, the 1950s and the early 1960s, that the studios at No. 8 had its best days, rising to become the most successful Malay film production house of the time. It was also during that time when as a young and aspiring actor at the studios, P. Ramlee, not only made his mark as an actor and a singer and songwriter, but also very quickly as an award winning movie producer and director. P. Ramlee was responsible for over 70 films and 200 songs before his departure for the Merdeka Studios in Kuala Lumpur in 1963. P. Ramlee was of course, well known to me in my childhood, having been given many doses of his exploits in black and white whilst seated next to my maternal grandmother in front of the Setron console television.


A nondescript gate leads to hallowed grounds on which the legendary P. Ramlee had once ruled the studios.

Somehow 1963 had been a very eventful year in Singapore, not just because of P. Ramlee moving to Kuala Lumpur, but it was more importantly, the year in which Malaysia was formed, made by the merger of Singapore and the Borneo states of Sabah and Sarawak into what had been the Federation of Malayan States. More significantly for the MFP though, it was a year which saw the introduction of television in Singapore, and while it certainly benefited my grandmother who was able to obtain the diet she craved of P. Ramlee and Pontianak movies in the comfort and safety of the living room of our flat, it also led to competition for the Malay speaking audience for the film making industry in Singapore, which besides Shaw Brothers, also featured another prominent film studio, Cathay Keris. Ultimately, this, together with a ban imposed on Malaysian productions by Soekarno’s Indonesia during the Konfrontasi (Confrontation), led to a falling demand and the eventual demise of the hitherto very successful Malay film making industry. The MFP, unable to sustain itself in this climate, eventually closed its doors in 1967.


A peek through the gates into a world that might have once been where dreams were made ...

While many of the events had either been before my time, or had passed me by in the bliss of my childhood, I did have some of my own memories of the MFP after its closure. What I would remember most is the view I regularly got of it in passing-by, from the back seat of my father’s car on the many occasions through the late 1960s and during the 1970s that I passed it on my visits to my paternal grandfather (who lived in the area). I had by that time been very aware of the MFP’s role in providing my maternal grandmother with the endless hours of entertainment which probably kept her sane through some of the lonely moments she had living in the confines of our HDB flat. I would in passing-by often look at what I remember as a desolate looking whitewashed walled compound which had a sign that must have read “Malay Film Productions” for me to have been able to have identified it then. I had also, in passing-by, often tried to picture what it would have been like in the days when the career of the legendary P. Ramlee flourished in the studios, wishing sometimes to have an opportunity to see and explore the place, which I never did get to. In time, with the passing of my grandfather the late 1970s giving me no reason to pass by the studios, it had been somewhat forgotten by me.

The memories of the studios did come back to me only recently, when I, in recalling the comical antics of Mat Bond (which was produced by the rival Cathay Keris studios), also remembered our very own more Bond like Jefri Zain, played by Jins Shamsudin, which was made at MFP, and the MFP along with it. I had intended for some time, to take a walk of rediscovery in the area where the MFP was (I wasn’t even sure if it was still around), which I somehow never go to doing. It was by sheer coincidence, a group involved in this concept of Urban Exploration, which I was only very recently introduced to, the One° North Explorers, obtained permission to visit the former studios and were kind enough to extend an invitation to me (see One° North Explorers’ post about the exploration of the studios) – an invitation at which I was quick to jump at. It wasn’t for me, so much a walk down memory lane, as I am often inclined to do, as it was to satisfy that unfulfilled childhood desire to see and explore the hallowed grounds that my grandmother’s silver screen hero, P. Ramlee, had once trodden upon.


Where the more serious of the two local Bond like characters, not Mat Bond, but Jefri Zain, was created.

There isn’t really a lot to remind us of the past use of the abandoned buildings which stand silently and forgotten in the compound at No. 8 Jalan Ampas. For one, they are well hidden behind a nondescript gate that one might only notice because of the two misspelt signs that might convince vehicle owners not to park there. There is however, an easily missed marker that does stand just by the gates, which does tell of the forgotten past and of the fact that it wasn’t just local legends whose feet had once trodden on the grounds, but also the feet of hallowed legends of Hollywood, including John Wayne and Ava Gardner. Beyond this, there is perhaps only the faded Shaw Brothers (SB) logo at the top of one of the buildings that gives away a clue to its past.





Information on the Shaw MFP Studio on the marker at No. 8 Jalan Ampas.


I guess I would have been disappointed if I had expected to find much that would have connected the buildings with their glorious past, with most of what had equipped the rooms within the buildings disposed off in the 1970s. However, being there just for the opportunity to satisfy that desire to see and explore, I was quite happy to discover there were indeed some little reminders, this despite most of the equipment there having been moved out, and also the four decades of relative neglect. Within buildings that are still in relatively good condition, beyond the external walls that exhibit some of the ravages of weather and time, were rooms illuminated by the soft glow of light filtered through frosted and textured window panes which did hold a few things that connected the buildings with its past: contraptions that might have perhaps been old film dryers, old reels, posters and photographs that would have been used in promoting movies produced or distributed by the studios … Although that wasn’t really enough to go on to allow me to have a feel of what the buildings might had once been like when perhaps it was the Hollywood of South East Asia, it did not leave me the least disappointed, for at last, some three and a half decades since I last set my eyes on the old buildings behind the wall, I got the chance I had longed for – to have a look around the grounds where the great P. Ramlee had once trodden upon. And, for some reason beyond my comprehension, it felt as if I was home again.

 The visit to the former MFP offered me a chance to see and explore the hallowed grounds that I had previously only had a peek at ...

the long and winding road


Malay Film Productions Ltd

Malay Film Productions Ltd. (atau MFP) merupakan sebuah syarikat dan studio perfileman yang terletak di Jalan Ampas, Singapura. Runme Shaw dan Run Run Shaw telah bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhan studio ini. Syarikat ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem bermula daripada penubuhannya hinggalah tahun 1967.

Runme Shaw dan Run Run Shaw telah membuat studio filem mereka sendiri pada tahun 1937. Mereka juga telah menghasilkan sebanyak empat filem berbahasa Melayu. Antara filem yang sempat dibuat sebelum peperangan bermula ialah Ibu Tiri, Mutiara, Bermadu, Tiga Kekaseh, Hanchor Hati, Terang Bulan di Malaya dan Mata Hantu.

Pembikinan filem Toping Saitan telah terganggu berikutan Perang Dunia Kedua. Studio ini telah dirampas semasa pendudukan Jepun. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, mereka telah membelanjakan sebanyak $1,000,000 untuk membina semula kemudahan studio. Studio filem yang terbaru telah dinamakan sebagai Malay Film Productions. Tempatnya beralamat No. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura.


Mereka telah menghasilkan filem pertama selepas perang Singapura di Waktu Malam pada tahun 1947. Filem berunsur komedi dan drama ini diarahkan oleh B. S. Rajhans dan menampilkan Siput Sarawak dan Bakhtiar Affendi sebagai pelakon utama. Filem ini telah ditayangkan di pawangam Alhambra di Singpura pada 15 November 1947.

Pada mulanya, mereka menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah dalam pembuatan filem-filem Melayu. Kemudian, mereka menggantikan pengarah Cina dengan pengarah India kerana gaya pengarahan dari mereka cenderung kepada orang Melayu. Orang Melayu juga menggemari filem-filem India kerana kedua-dua bangsa tersebut boleh dihubung kaitkan dengan plot serta budaya masing-masing. Selain itu, lagu Bollywood dan gaya tarian dalam filem Melayu bukan hanya dinikmati oleh orang Melayu bahkan kepada kebanyakan orang Cina dari Singapura. Mereka juga mempunyai beberapa barisan pengarah India yang kukuh untuk dua dekad seterusnya seperti yang dikenali dalam pengarahan filem Melayu antaranya B. S. Rajhans, S. Ramanathan, L. Krishnan, KRS Shastry, Phani Majmudar, Kidar Sharma, Dhiresh Ghosh, K. M. Basker dan B.N. Rao.

B. S. Rajhans telah meneruskan kejayaannya dengan filem-filem hit untuk empat tahun seterusnya. Antara filem tersebut termasuklah Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948) dan Chinta (1948). Dalam filem Chinta, beliau telah memberikan watak penjahat kepada seorang pemuda yang tidak dikenali yang ditemui pada festival muzik di Bukit Mertajam. Seorang penyanyi latar belakang yang berusia 19 tahun ini telah menyediakan vokal untuk watak utama S. Roomai Noor yang pada akhirnya menjadi legenda pada zamannya. Pemuda tersebut adalah P. Ramlee.

Malay Film Productions Ltd. hanya bertahan untuk 20 tahun selepas penghasilan filemnya yang pertama pada tahun 1947. Faktor utama yang membawa kepada kegagalan industri filem Melayu bermula pada lewat 1960-an. Antaranya ialah kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif. Selain itu, kemasukan filem asing yang berwarna Indonesia, Hong Kong dan Hollywood juga telah menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan studio ini. Di samping itu, perpindahan P. Ramlee dari Jalan Ampas untuk menyertai Merdeka Film Productions telah mengurangkan peranan Singapura sebagai sebuah pusat perfileman.

Studio tersebut yang terletak di Jalan Ampas telah ditutup pada tahun 1967. Semasa zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem. Filem terakhir yang dikeluarkan oleh studio tersebut ialah Raja Bersiong yang dikeluarkan pada tahun 1968 hasil arahan Jamil Sulong.

wikipedia


Shaw the Malay film industry pioneer
Jan 9, 2014
By Yip Wai Yee


Filming in progress (above) at No. 8 Jalan Ampas where Malay Film Productions was located and the site is still an attraction for tourists today. -- PHOTO: ST FILE


Even as the late Sir Run Run Shaw is being hailed by movie lovers for his lasting legacy to Chinese cinema, there is a less well-known contribution the film-and-TV mogul should be remembered for - his impact on the Malay film industry.

As prominent Singaporean lyricist and film researcher Yusnor Ef, 76, says: "Without Run Run Shaw, there would not be a Malay film industry here today.

"If it were not for him, we would not be able to even dream about having a Malay film industry now."

The legendary Mr Shaw, who had built an entertainment empire through the Shaw studio and later broadcaster TVB over an eight-decade career, died on Tuesday morning. He was 106.

In 1947, he set up Malay Film Productions, a studio that would go on to produce more than 150 Malay films during the post-war period.

Most prominent were the films featuring legendary actor-director P.Ramlee, who starred in 42 films and directed 16, all done at the studio located at No. 8 Jalan Ampas.

Yusnor says: "Even today, tourists from Malaysia will go to the location and take pictures of it. Even though the studio no longer exists, the building is there and they want to see for themselves the birthplace of all these wonderful films."


Local film-maker Abdul Nizam Abdul Hamid, 47, says that Mr Shaw's biggest contribution to the Malay film industry was his faith and belief in the talents of Malay entertainment icon P. Ramlee.

"He agreed to let P. Ramlee direct his first movie, Penarik Beca, in 1955 because he could see that Ramlee was more than just an actor and singer. They became quite close, Run Run would take him along to film festivals overseas and he would pretty much approve whatever projects Ramlee wanted to work on."

Some of the most beloved P. Ramlee films include Huah Tuah (1956), Musang Berjanggut (The Bearded Fox, 1959) and Madu Tiga (The Three Wives, 1964). To this day, the actor is widely considered an icon of Malay arts and entertainment.

Yusnor says: "Run Run Shaw and his brother Runme had already been doing a lot with Chinese films, producing and distributing them.

"Then, they started with Malay films because they saw potential in Malay films. Run Run Shaw saw the potential."

Malay Film Productions shut down in 1967 as Kuala Lumpur became the new Malay film hub after Shaw Organisation set up Merdeka Film Productions studio there.

P.Ramlee also relocated there and made several more films with the studio in Kuala Lumpur before it closed shop in 1977.

Recalling the old days, Yusnor says that he still considers the movies produced during that era to be the best in Malay cinema.

"Today, a lot of Malay films rely on technology and there is a lot of 'boom' here and 'boom' there. But the Shaw Brothers' Malay films were done with real heart."

Still, it is probably the classic wuxia films that are synonymous with the Shaw name. During the 1960s, the Shaw studio made more than 40 titles a year and popularised the gongfu genre in the West with movies such as Five Fingers Of Death (1972) and The One-armed Swordsman (1967), which turned Wang Yu into a superstar.

Veteran getai performer Wang Lei, 52, estimates that he had watched "nine out of 10" Shaw Brothers' wuxia films.

Rattling off a string of titles including Five Shaolin Masters (1974) and Come Drink With Me (1966), he recalls fondly: "Every time the iconic Shaw Brothers' logo and theme music came on before the movie commenced, I would grab my siblings' hands in excitement because I knew that it'd be something good.

"These movies were talked about by audiences in the West as well. It was Run Run Shaw who made international audiences sit up and notice Chinese films. He was a great, great man."

Of course, Mr Shaw's impact goes well beyond film production. He also opened theatres around town as well as amusement parks such as Kim Seng Road's Great World.

Home-grown film-maker Kelvin Tong, 40, who made a movie about the Great World Amusement Park in his nostalgic film It's A Great Great World (2011), says of the now-defunct place: "A lot of stories, memories, experiences and romances happened there. Thus, it was a great setting for a Singapore film.

"In many ways, my tribute to the Great World Amusement Park is also a valentine to the Shaws' foresight in building an amusement park to which everybody from millionaires to trishaw cyclists flocked."

Veteran actor Chen Shucheng, 64, recalls with a chuckle how he used to skip school so that he could go to the Sky Theatre at Great World to catch a film.

"My friends and I would cycle there together secretly and watch Shaw Brothers' movies. We couldn't take a bus because we wanted to save money to buy a drink later on.

"But the bad thing was that because we were sweating so much from the cycling and then sitting in freezing air- conditioning during the movie, I ended up falling very sick one time. That was when my father discovered I was playing truant. I reformed after that. You could say that the Shaw Brothers also helped to make me a better person," he says with a laugh.

Tong adds that Mr Shaw's legacy is also the fact that he has influenced moviegoers' taste in film to this day.

He says: "His earliest instinct for ghost movies, musicals and gongfu flicks can be deeply felt in present-day mainstream Singaporean, Hong Kong and Malaysian cinema.

"This, I think, is his most enduring legacy - his Midas touch informing audience's taste in cinema even today."

This story was first published in The Straits Times on Jan 9, 2014

the straits times

Seniman dan Seniwati
Studio Jalan Ampas


Seniman

  1. A R Tompel / A R Iyer
  2. A Rahim
  3. Adi Teruna
  4. Ahmad C
  5. Ahmad CB
  6. Ahmad Chetti/Chetty
  7. Ahmad Jaafar
  8. Ahmad Nisfu
  9. Ahmad Shah ( Ho Ah Loke Film Company)
  10. Ahmad Shah ( United Malayan Film Company Lmtd)
  11. Ali Fiji
  12. Ali Rahman
  13. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee AMN
  14. Aman Belon
  15. Aziz Satar
  16. Bachtiar Affendi
  17. Bahar Said
  18. Baharudin
  19. Daeng Haris
  20. Daeng Idris
  21. Darasalam
  22. M. Babjan
  23. Shariff Dol
  24. Malek Sutan Muda
  25. Prani Prawat
  26. Kemat Hassan
  27. M. Rafee
  28. Rahman
  29. Eloni Hayat
  30. R. Samiadji Widjaja
  31. Malik Sutan Muda
  32. Said Zain
  33. Saidi
  34. H M Busra
  35. Haji Gong Manaf
  36. Haji Mahadi
  37. Haron Omar
  38. Harun Elyas
  39. Harun Omar
  40. Hashim Noor
  41. Hassan Temberang
  42. H M Rohaizad
  43. Hussein Abu Hassan
  44. Ibrahim Din
  45. Ibrahim Hassan (Ibrahim Pendek)
  46. Idris Hashim
  47. Ismail Kassim
  48. Jaafar Shah
  49. Jaafar Wiryo
  50. Jah Haji Mahadi
  51. Jamil Sulong
  52. Jins Shamsuddin
  53. Johar
  54. Johnny Tan
  55. Adik Rahman
  56. Kemat Hassan
  57. Kuswadinata
  58. M Amin
  59. M Nor Lambak
  60. M Shariff
  61. M Suki
  62. M Zain / Zain Wak Labu
  63. Mahmud June
  64. Malek Sutan Muda
  65. Shariff Medan
  66. Dollah Sarawak
  67. Adik Jaafar
  68. Sri A Unety
  69. Adik Johan
  70. Amran Alimin
  71. Abbas Rahmat
  72. Supatri
  73. Adik Rosli
  74. Mat Sentul
  75. Idrus
  76. Mohd Hamid
  77. Mohd Nor Lambak
  78. Mohd Yusof Banjar
  79. Mohd Yusuf
  80. Junaidi
  81. Mokhtar Wijaya
  82. Mustapha Maarof
  83. Mustarjo
  84. Nordin Ahmad
  85. Nyak Osman
  86. Omar Rojik
  87. Jaafar Shah
  88. Omar Suwita
  89. Osman Ahmad
  90. Osman B
  91. Osman Gumanti
  92. Pancho Magalona
  93. Putih Lawak
  94. R Azmi
  95. Shariff Dol
  96. Kemat Hassan
  97. Ali Fiji
  98. Mohd Rafee
  99. Babjan
  100. Hassan Kadir
  101. S. Ramanathan
  102. Wahid Satay
  103. Karim Latiff
  104. Raden Mokhtar
  105. Sukarseh
  106. Bakarudin ( Cathay Keris Film)
  107. S. Sudarmaji
  108. Omar Hitam
  109. Salleh Kamil
  110. Omar Suwita
  111. Jaafar
  112. Muhammad Hamid
  113. Malik Sutan Muda
  114. A. Rahim
  115. Mustapha Maarof
  116. S. Kadarisman
  117. Mahmud June
  118. S Alton
  119. S Kadarisman
  120. S Naning
  121. S Roomai Noor
  122. S Rosley
  123. S Shamsuddin
  124. S Sudarmaji
  125. S. Hassan Sahab
  126. SM Malek
  127. Hashim Hor
  128. Boy Salleh
  129. S. Hassan Sahab
  130. Sahara Efendi
  131. Salleh Abdullah
  132. Kamarudin
  133. A Bakarruddin ( Ong Kee Kuat / Nusantara Film Company)
  134. Salleh Ghani
  135. Salleh Kamil
  136. Salleh Melan
  137. J. Husny
  138. Suud Jr
  139. Salmah Ismail / Saloma
  140. Seniman Ahmad Mahmud
  141. Seniman Aziz Sattar
  142. Seniman Lagenda Aziz Jaafar
  143. Sharif Medan
  144. Sharifah Hanim
  145. Sharrif Dol
  146. Sri A Unety
  147. Dollah Sarawak
  148. Suki
  149. Sunatri
  150. Cheng Li Li
  151. Syed Ali Mansoor Al-Attas
  152. Tony Castello
  153. Udo Omar
  154. Mohd Hamid
  155. Kemat Hassan
  156. Shariff Dol
  157. Ulong Jawa
  158. Wan Hazim
  159. Yem
  160. Yusof Banjar
  161. Yusof Suria
  162. Yusoff B
  163. Yusoff Latif
  164. Zubir Said

Seniwati

  1. Aini Hayati
  2. Aini Jasmin / Annie Jasmin
  3. Alice Ma
  4. Baby Hamimah
  5. Baby Mardiana
  6. Baby Supatri
  7. Baby Zaiton
  8. Baby Zarinah
  9. Che Tina
  10. Mislia
  11. Nursiah K
  12. Dayang Sofia
  13. Rohayu Maaji
  14. Prani Prawat
  15. Nen Junainah
  16. Rokiah
  17. Bibah
  18. Nyong Ismail
  19. Eloni Hayat
  20. Fatimah A
  21. Fazlyaton
  22. Habibah
  23. Habsah Buang
  24. Hamidar
  25. Hashimah Yon
  26. Hasnah Rahman
  27. Nursiah Yem
  28. Rahimah Alias
  29. Junaidah
  30. Juriah
  31. Kasma Booty
  32. Latifah Omar
  33. Lelawati
  34. Mak Dara/Dara
  35. Mardiana
  36. Maria Menado
  37. Mariani
  38. Marion Willis
  39. Sri A Unety
  40. Supatri
  41. Marliah
  42. Marliah Ahmad
  43. Maroeti
  44. Marsita
  45. Minah Hashim
  46. Minah Jun
  47. Mis Tijah
  48. Mislia
  49. Saamah
  50. Musalmah
  51. Neng Yatimah
  52. Nety Herwaty
  53. Noly Lim
  54. Nona Asiah
  55. Noor Azizah
  56. Norani Moarti
  57. Normadiah
  58. Norsiah
  59. Nursiah K
  60. Zainab
  61. Hashimah Yon
  62. Zubaidah
  63. Saloma
  64. Tita Doran
  65. R Suriani
  66. R. Juminah
  67. Zainon
  68. Salmah Ahmad
  69. Rosini
  70. Sukarseh
  71. Rahmah Rahmat
  72. Raja Hamidah
  73. Ratina
  74. Ratna Si
  75. Rohaya ( Keris Film)
  76. Rokiah Hanafi
  77. Rokiah Jaafar
  78. Rosemawati
  79. Roseminah
  80. Roseyatimah
  81. Rosnani Jamil
  82. Rusini
  83. Zainon Ibrahim
  84. Saadiah
  85. Saamah
  86. Saemah
  87. Sahara Efendi
  88. Salbiah Harun
  89. Salmah
  90. Salmah
  91. Salmah Ibrahim
  92. Salmah Ismail / Saloma
  93. Seniwati Mariam
  94. Seniwati Sarimah
  95. Seniwati Zaiton
  96. Sharifah Hanim
  97. Siput Sarawak
  98. Siti Hanim
  99. Siti Rohani
  100. Siti Tanjung Perak
  101. Seri Dewi
  102. Sri A Unety
  103. Sunatri
  104. Suriani
  105. Tarminah
  106. Habibah
  107. Saamah
  108. Habsah
  109. Zainon
  110. Fatimah Osman
  111. Hashimah Yon
  112. Umi Kalthum
  113. Zeera Agus
  114. Zuriah
2x5blogspot


2 Aug 2014

Seniwati Legenda Zaiton



Zaiton, Zaini rindu keakraban rakan

SEMENJAK Studio Jalan Ampas ditutup sepenuhnya pada 1967, seniwati Zaiton Abdullah yang cukup dikenali menerusi gandingan mantapnya bersama S. Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok tidak pernah sekali pun kembali menjejakkan kaki ke situ.

Justeru, tidak hairanlah apabila penulis menemubualnya betul-betul di bilik beliau diuji bakat oleh P. Ramlee, Jamil Sulong, Phani Majumdar dan HM Rohaizad ketika mula-mula mahu menceburi bidang lakonan pada 1954, emosinya sedikit terganggu.

Dalam menahan sendu, Zaiton mengakui betapa beliau amat merindui suasana di studio itu yang mana kesemuanya adalah kawan tanpa ada sebarang permusuhan.

"Hubungan antara kami amat rapat. Daripada pelakon, jurukamera, 'wireman', pengawal sehinggalah peniaga kedai kopi di depan studio, semuanya saling mengenali.

"Bagai tiada rintangan antara kami. Saya selalu menumpang motor 'wireman' untuk ke kedai makan. Tiada siapa kata apa-apa pun kerana semuanya bagaikan keluarga," katanya.

Beliau menambah, keadaan studio itu dahulunya amat cantik sehingga membangkitkan semangat bekerja dalam kalangan warganya.

"Tetapi sekarang saya sedih melihatnya. Amat jauh berbeza sehingga saya bertanyakan kepada Zaini Sattar (adik Aziz Sattar) sewaktu hampir tiba tadi, sama ada betul ini Studio Jalan Ampas?" ujarnya.

Zaini yang awalnya berdiam, turut mengiyakan kata-kata Zaiton.

"Buktinya, satu malam saya membeli nasi bungkus berlaukkan sekeping daging dari kedai Wak Mustarjo (Pendekar Mustar). Apabila baru hendak menyuap makanan, datang Nordin Ahmad ke rumah dan saya mengajaknya makan.

"Nordin tidak menolak. Apabila beliau duduk saja, tiba-tiba A. Rahim pula datang. Lalu saya ajak pula Rahim makan sekali dan Rahim juga mengaku yang beliau sedang lapar.

"Kami kongsi bertiga nasi yang sebungkus itu. Nampak sedikit tetapi akhirnya ketiga-tiganya rasa kenyang. Mungkin disebabkan keakraban, keikhlasan dan seronok makan bersama, ketiga-tiganya mampu tidur lena malam itu," katanya yang merupakan bekas penari di Studio Jalan Ampas.

utusan online


Zaiton Promosikan Budaya Melayu pada Dunia
7 April 2013


ZAITON Abdullah lebih dikenali dengan Zaiton merupakan seorang seniwati film Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau seangkatan dengan dengan Hashimah Yon, Roseyatimah dan Sarimah.

Film Hang Tuah (1955) telah melambungkan nama belia dalam dunia perfilman Melayu zamannya. Namanya ramai disebut orang orang dan kerap pula menghiasi halaman-halaman media massa. Dia juga pernah meraih anugerah sebagai anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Film Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfilman Melayu saat sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai P Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada lewat 1960-an.

Satu hal yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu.

Sejak 1970-an, Zaiton diakui sebagai salah seorang primadona film terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfilman. Film-film yang pernah dimainkannya antara lain; Raja Bersiong (1968), Aksi Kuching (1966), Kacha Permata (1966), Budi dan Dosa (1963), Gerhana (1962), Ibu Mertuaku (1962), Seniman Bujang Lapok (1961), Ali Baba, Bujang Lapok (1960), Lela Manja (1960), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Taufan (1958), Doktor (1958), Bujang Lapok (1957), Anakku Sazali (1956), Hang Tuah (1955), Kipas Hikmat (1955), Abu Hassan Penchuri (1955) dan Jubah Hitam (1955).

Zaiton juga seorang penyanyi yang bersuara merdu dan albumnya bersama S Jibeng adalah EP RTC 1066. Lagu-lagunya antara lain; S Jibeng & Zaiton Abdullah- “Janji Palsu”, Zaiton Abdullah- “Azam dan Azabku”, S Jibengs - “Che Ainon Janda Muda” dan S Jibeng-”Mengapalah Hidupku”.(fed/berbagai sumber)

riau pos


BERMULA DARI "ABU HASSAN PENCHURI

Zaiton memulakan kerjaya filemnya secara kebetulan. Kejadian berlaku pada tahun 1955 semasa studio MFP Jalan Ampas sedang memilemkan filem 1001 Malam "Abu Hassan Penchuri."

Ketika itu Zaiton datang bersama ibunya, kerana kejelitaan dan keayuannya membuat pihak pengurusan tertarik dan telah mencadangkan supaya dia menjalankan ujian skrin (screen test).

Zaiton lulus ujian skrin, dengan itu dia telah diberi peranan sebagai dayang kepada Mariam yang berperanan sebagai Tengku Faridah dan P. RAMLEE sebagai heronya, Abu Hassan.

Di waktu yang sama, S. Ramanathan yang tertarik dengan Zaiton telah memberikannya peranan sedikit berat dalam filem "Kipas Hikmat" yang dibintangi oleh Yusof Latiff dan Mariam.

Bagaimanapun, dia hanya muncul di awal dan di penghujung filem saja kerana filem tersebut dibuat dalam bentuk flashback (sorotbalik).

Sungguhpun Zaiton bermula dengan "Abu Hassan Penchuri" tetapi "Kipas Hikmat" mendahului tayangan pada 26 Februari 1955 berbanding "Abu Hassan Penchuri" pada 2 Mei 1955.

Dalam tahun 1955 itu juga, tercatat dalam riwayat hidup Zaiton apabila buat pertama kalinya diserahkan berperanan sebagai heroine kepada Yusof Latiff dalam "Jubah Hitam" bercorak 1001 Malam yang diarahkan oleh S. Ramanathan.

Bertolak dari situlah, Zaiton tidak menoleh ke belakang apabila diserahkan peranan demi peranan (kebanyakannya sebagai heroine) berherokan P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Yusof Latiff, Jins Shamsudin dan Aziz Jaafar.

Selepas "Jubah Hitam," Zaiton digabungkan dengan bintang-bintang filem handalan studio MFP dalam filem epik berwarnawarni "Hang Tuah".

Peranannya sebagai Tun Tijah dan turut membintangi filem tersebut P. Ramlee, Sa'adiah, Ahmad Mahmud, S. Kadarisman, Noordin Ahmad, Yusof Latiff, Mariani, Aziz Sattar, Mustapha Maarof dan ramai lagi.

Sebelum melangkah masuk ke tahun 1960an, Zaiton telah membintangi 11 filem yang boleh dikatakan kesemuanya mendapat sambutan baik dan memuaskan.

1. Kipas Hikmat (S. Ramanathan 1955)
2. Abu Hassan Penchuri (B.N. Rau 1955)
3. Jubah Hitam (S. Ramanathan 1955)
4. Hang Tuah (Phani Majumdar 1956)
5. Anak-Ku Sazali (Phani Majumdar 1956)
6. Bujang Lapok (P. Ramlee 1957)
7. Taufan (T.C. Santos 1957)
8. Sri Menanti (Phani Majumdar 1958)
9. Doctor (Phani Majumdar 1958)
10. Batu Belah Batu Bertangkup (Jamil Sulong 1959)
11. Samseng (Ramon A. Estella 1959)

Di antara 11 filem, 4 di bawah arahan Phani Majumdar dan 2 diarahkan oleh pengarah Filipina - T.C. Santos dan Ramon A. Estella.

Sungguhpun orangnya lemah lembut, bersopan dan pemalu, namun Zaiton boleh juga berkomidi, berperanan jahat dan bergaya seksi.

Berkomidi diperlihatkannya dalam "Bujang Lapok" - baik, tidak kekok dan tidak kaku. Penonton boleh ketawa. Begitu juga "Siapa Besar?" dan "Aksi Kuching".

Berperanan jahat telah di bawanya dengan sempurna dalam "Putera Sangkar Maut" dan "Budi Dan Dosa". Penonton benci dan marah kepadanya.

Bergaya seksi pula, apabila dia berkemban dalam "Lela Manja" dan berseluar ketat dalam "Aksi Kuching". Penonton begitu terpesona dengan gelagatnya.

Ini memperlihatkan kemampuan Zaiton membawa apa saja peranan yang diberikan, tidak terhad kepada satu-satu karekter saja.

Sepanjang tahun 1960an Zaiton membintangi 16 filem.

12. Lela Manja (Jamil Sulong 1960)
13. Putera Sangkar Maut (Dhiresh Ghosh 1960)
14. Pertarongan (Omar Rojik 1960)
15. Ali Baba Bujang Lapok (P. Ramlee 1960)
16. Seniman Bujang Lapok (P. Ramlee 1961)
17. Si Tanggang (Jamil Sulong 1961)
18. Ibu Mertua Ku (P. Ramlee 1962)
19. Gerhana (Jamil Sulong 1962)
20. Korban (Dhiresh Ghosh 1963)
21. Budi Dan Dosa (Jamil Sulong 1963)
22. Siapa Besar? (Omar Rojik 1964)
23. Taqdir (Omar Rojik 1965)
24. Kacha Permata (Jamil Sulong 1966)
25. Aksi Kuching (Omar Rojik 1966)
26. Lampong Karam (S. Kadarisman 1967)
27. Raja Bersiong (Jamil Sulong 1967)


Filem "Ali Baba Bujang Lapok" dan "Seniman Bujang Lapok", peranannya hanya sebagai bintang undangan.

Zaiton sangat suka melihat lakonannya dalam filem "Anak-Ku Sazali," tetapi tidak suka dengan karekternya dalam "Putera Sangkar Maut".

Zaiton sendiri begitu terharu sampaikan menitis airmata ketika menyaksikan peranannya sebagai Mahani (isteri Hassan yang dipegang oleh P. Ramlee) dalam "Anak-Ku Sazali."

Mahani meninggal dunia sebaik saja melahirkan anaknya, Sazali.

Zaiton jijik menonton lakonannya dalam "Putera Sangkar Maut" kerana peranannya sebagai isteri Datuk Menteri (Shariff Dol) yang curang dan bersubahat dengan Jins Shamsudin yang berhasrat untuk menjatuhkan Aziz Jaafar yang berperanan sebagai Sultan.

Kata Zaiton, peranan tersebut sangat bertentangan dengan jiwa dan karekter semulajadinya. Tetapi apa boleh buat kerana perananya sudah ditetapkan begitu.

Ada beberapa perkara menarik mengenai Zaiton dan filem-filemnya.

* Hang Tuah menang muzik terbaik (P. Ramlee) di Hong Kong 1956.
* Anak-Ku Sazali menang pelakon lelaki terbaik (P. Ramlee) di Tokyo 1957.
* Anak-Ku Sazali menang pelakon kanak-kanak terbaik (Tony) di Tokyo 1957.
* Taufan satu-satunya filem diarahkan oleh T.C. Santos di Malaysia.
* Sri Menanti berherokan pelakon Hong Kong - Chan Chong.
* Batu Belah Batu Bertangkup filem pertama diarahkan oleh Jamil Sulong.
* Lela Manja menang pelakon kanak-kanak terbaik (Bat Latiff) di Tokyo 1960.
* Ibu Mertua Ku menang bakat serba boleh (P. Ramlee) di Tokyo 1963.
* Ibu Mertua Ku menang sinematografi terbaik (A. Bakar Ali) di Tokyo 1963.
* Korban filem terakhir diarahkan oleh Dhiresh Ghosh di Malay Film Productions.
* Gerhana menang pelakon kanak-kanak terbaik (Bat Latiff) di Taipei 1964.
* Ibu Mertua Ku menang anugerah khas (special mention) di Paris 1965.
* Raja Bersiong filem terakhir dikeluarkan oleh Malay Film Productions.

Sepanjang penglibatannya dalam filem di studio MFP, Zaiton tidak sebagai pekerja tetap. Pembayaran mengikut kontrak satu filem. Begitu pun juga, dia tidak pernah mengambil kesempatan berlakon di Cathay Keris Film atau pun Merdeka Studio.

Sebenarnya, hal-hal peribadi Zaiton ini tersingkap terlalu sedikit. Saya pernah berbual-bual dengannya beberapa kali dan terakhir di Festival Filem Malaysia Ke-22 (bulan Ogos 2009) di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, tidak terlintas langsung saya mahu bertanyakannya dengan lebih mendalam terutama mengenai sepanjang perjalanan hidupnya.

Bila terwujudnya idea menulis pasal Zaiton di blog ini, baru saya menyesal dan menyoal diri sendiri, "Kenapa saya tidak menemuramahnya habis-habisan pada masa itu."

filem klasik malaysia




Zaiton Abdullah (Born 1938)

During her heyday, Zaiton mainly played the quintessential Malay woman — shy, soft-spoken and lemah lembut (gentle and graceful), qualities highly-prized in the Malay culture.


People likened this Singapore-born beauty to Hollywood’s Kim Basinger. And it got her noticed for her first lead-actress role in Jubba Hitam (1955). After that, it was star status all the way, until she retired in 1967.

Zaiton was one of the pillars that propped up the Shaw Brothers’ Malay Film Productions in Singapore, together with film legends P. Ramlee, Aziz Sattar, AR Tompel and Saadiah, among others.

Her talent soared in another 1955 film, Hang Tuah, a blockbuster historical drama. Zaiton’s part as Princess Tun Teja won her the Best Supporting Actress Award at the 3rd Asia Pacific Film Festival. In 1958, she was the only Malay woman selected and sent as a cultural ambassador to San Francisco, California.

Family drama Anakku Sazali (1956) found her acting as a tragic wife opposite P. Ramlee. She also proved her versatility as a comedienne, a widow, and a romantic in other films.

But it was Ibu Mertuaku (1962) that shot her to the apex. A long-depressed young woman recovers when she finds love and happiness through caring for a blind musician. Zaiton essayed the role so well it brought her legendary status.

Her crowning glory came in 2009 when she won the Anugerah Bintang Lagenda (Legendary Star Award) for her impact on Malay Cinema.

seniwati zaiton



Terharu ingatan berterusan
Oleh Ridzuan Abdul Rahman

PELBAGAI kisah dapat dicungkil apabila mendekati pelakon terkenal era 50-an Jalan Ampas yang kini menetap di Singapura, Momo Latif, Neng Yatimah, Wahid Satay, S Shamsuddin, Omar Suwita, Kartina Dahari, Zaiton Abdullah dan Hashimah Yon.

Ada yang masih sihat seperti Wahid Satay dan Momo Latif dan ada juga uzur tetapi tetap datang menghormati penghargaan yang diberikan kepada mereka dan ada juga diwakili anak ketika majlis menyampaikan sumbangan RM10,000 setiap seorang daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Singapura, 20 Jun lalu.

Sumbangan menerusi dana Tabung Kebajikan Penggiat Seni ini diberikan bagi meringankan beban kewangan dan membela nasib mereka sempena Hari Seniman yang disambut pada 29 Mei setiap tahun.

Wahid Satay, 80, nampak masih gagah dan kekal dengan sifat kelakarnya. Dia mempu­nyai enam anak masing-masing tiga lelaki dan perempuan serta 14 cucu dan tiga cicit.


Pelakon yang menetap di Eunos Station ini meluahkan rasa terharu dan gembiranya atas ingatan berterusan rakan seperjuangan, kerajaan Malaysia dan peminat yang tidak jemu menonton filem lakonan mereka.


“Setiap kali kawan-kawan dari Malaysia dan menteri buat program untuk kami, saya pasti akan datang. Di mana saja ada jemputan, saya akan cuba hadir walaupun keadaan kami uzur. Majlis ini dibuat bagi mengenang kami, apa salahnya kami datang.

“Peminat pun masih sukakan kami. Jadi kami perlu menghargai mereka. Saya selalu juga turun ke Kuala Lumpur terutama setiap kali hari raya kerana pasti akan banyak jemputan untuk pelbagai program,” katanya.

Wahid juga tidak menafikan perasaan sedih setiap kali menonton semula filem era 50-an kerana teringatkan rakan yang sudah meninggal dunia.

Momo Latif juga masih berupaya bergerak meskipun berusia 89 tahun. Ingatannya juga masih kuat apabila mengingati lirik lagu Jali-Jali dan Merpati 2 Sejoli yang dinyanyikannya spontan pada hari itu.

“Ibu sangat berbesar hati kerana tahun ini Datuk Rais ingat juga kepada veteran seni Singapura. Jumlah kami yang tinggal pun sudah tak ramai seperti dulu. Insya-Allah jika kami diundang untuk apa-apa acara dan selagi kehadiran kami diperlukan, kami akan hadir memberi sokongan,” katanya.

Tiga lagi seniwati veteran, Neng Yatimah, 86, Zaiton Abdullah, 84, dan Hashimah Yon, 71, turut gembira dan berbesar hati diraikan kerana berpeluang bertemu semula rakan lama. Seperti Momo, mereka menjelaskan akan menyokong penganjuran acara membabitkan bintang veteran sekiranya kesihatan mengizinkan.

Berbeza pula dengan S Shamsuddin yang kini berusia 82 tahun, nampak ketara keuzurannya malah keberatan untuk ditemubual sehinggakan anak ketiganya, Noredah, 50, yang sering menemaninya ke mana-mana meminta maaf.

Pelakon yang terkenal menerusi gandingan dengan Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Sattar ini mempunyai tujuh anak iaitu empat perempuan dan tiga lelaki serta 14 cucu. Kata Noredah, biarpun uzur, bapanya yang menetap di Bukit Batok suka menonton program TV dari Malaysia.

“Dulu bapa ada turun juga Kuala Lumpur kerana adik saya, Anzariah (anak ke-6) tinggal di Kajang. Tapi dengan keadaannya sekarang, memang dia tak larat lagi nak berjalan jauh,” katanya.

Omar Suwita dan Kartina Dahari tidak hadir tetapi diwakili anak mereka. Omar yang menghidap penyakit kencing manis, alzheimer dan angin ahmar diwakili anak kelimanya, Malini, 48.

Kata Malini, ayahnya meminta maaf tidak dapat hadir kerana dia tak boleh duduk lama-lama akibat penyakitnya. Selalunya ayah suka menyepi dalam bilik. Kalau kita buka lagu lama, dia tak berapa suka dan menangis.

“Walaupun orang nampak dia ganas, ayah seorang yang baik dan penyayang terhadap anak-anak. Ayah ada tujuh anak, dua lelaki dan lima perempuan manakala cucu pula sembilan dan cicit empat orang.

“Kawan-kawan sentiasa bertanyakan khabar tapi ayah tak suka berbual. Ayah sekarang tinggal dengan abang, anak kedua. Sumbangan yang diberikan ini akan digunakan bagi menanggung dan meringankan kos rawatan penyakit ayah.

“Dalam sebulan dia kena jalani rawatan sekali ataupun dua kali di hospital. Disebab­kan keadaannya agak teruk, pihak hospital syorkan agar doktor merawatnya di rumah.

“Kadangkala ayah akan ingat kisah dulu-dulu. Malah dia teringin nak melawat kampung asalnya di Tengkera, Melaka tapi dengan keadaannya memang susah nak bawa dia. Lagipun keluarganya juga sudah tiada lagi di sana,” katanya yang menangis ketika bercerita mengenai ayahnya.

Kartina Dahari, 70, yang menetap di Toa Payoh dan mempunyai tiga anak, seorang perempuan dan dua lelaki, diwakili anak keduanya, Noor Indra, 48.

Kata Noor Indra, ibunya menghidap barah pangkal rahim seminggu sebelum hari raya tahun lalu. Selepas proses kimoterapi keadaannya beransur pulih dan turut menjalani rehabilitasi, pemindahan darah dan sekarang dalam proses rawatan lanjut.

“Doakan yang terbaik buat­nya. Ibu sudah bersara daripada dunia seni sejak 1999 lagi dan masih boleh bergerak tapi kena selalu berehat. Ini sumbangan pertama yang ibu terima dan dia sangat berterima kasih kepada Datuk Rais dan Finas. Insya-Allah jika dia pulih sepenuhnya, dia akan hadir pada majlis yang akan diadakan selepas ini,” jelasnya.

myMetro


Tak rasa Pak Sudin sudah tiada
11 Jun 2013

Zaiton (kiri) menyerahkan kepada Puteh trofi Anugerah Tokoh Lakon Melayu yang menghargai jasa Pak Sudin dalam bidang seni. Gambar kecil, Pak Sudin dan Puteh ketika muda.


Isteri seniman S Shamsuddin kongsi perasaan dengan rakan karib, seniwati Zaiton

Jumaat lalu, seniman S Shamsuddin diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Lakon Melayu pada Anugerah Tribute P Ramlee yang pertama, di Istana Budaya.
Selain pelakon komedi veteran yang baru saja meninggalkan kita seminggu lalu, ketika usianya 84 tahun, rakan karibnya, Datuk Aziz Satar turut diberikan penghargaan sama.

Tidak pernah juga dia meminta aku memandikan dirinya pada Subuh hari. Terpaksa aku mandikan dia pada jam 4.30 pagi. Lepas mandi, dia renung aku. Tak sangka pagi itu dia panggil nama aku: “Tih! Mari! Aku nak mi rebus”. Biasanya kalau dia nak apa-apa, dia goyang loceng yang disediakan. Rupa-rupanya itulah panggilan terakhir,” Puteh Ismoon, isteri S Shamsuddin


Pada majlis berkenaan, seniwati Zaiton menaiki pentas untuk mewakili keluarga S Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Sudin dalam kalangan orang seni.

Ahad lalu pula, seniwati terbabit mengunjungi isteri arwah, Puteh Ismoon, 77, di Singapura. Bukan sekadar mengunjungi wanita yang juga rakan baiknya sejak era Boon Teck Road lagi, malah pelakon veteran itu turut mengambil peluang terbabit untuk menyerahkan anugerah berkenaan kepada Puteh.

Puteh nyata tidak dapat menahan sebak sebaik saja Zaiton menyerahkan trofi buat arwah suaminya, yang sudah semestinya cukup dihargai itu. Peristiwa itu turut disaksikan tujuh anak Pak Sudin.

“Terima kasih banyak-banyak kepada pihak yang menganjurkan anugerah ini, dalam usaha mereka memartabatkan jasa insan seni. Begitu juga buat kerajaan Malaysia yang tidak pernah lupa artis veteran di Singapura,” kata Puteh yang juga menceritakan pengalaman mereka dikunjungi bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dua tahun lalu.
Tidak sempat jamah mi rebus

Ketika bersembang dengan seniwati itu, Puteh bercerita mengenai perasaannya yang seakan masih tidak dapat menerima hakikat pemergian Pak Sudin.

“Aku tak terasa yang Pak Sudin sudah mati. Aku rasa dia cuma pergi ke mana-mana dan tidak lama lagi dia pasti akan balik.

“Dia pergi dengan begitu cepat. Bertahun-tahun aku menjaganya sewaktu dia sakit. Dia pergi pun tanpa sempat memakan mi rebus yang dimintanya. Tiba-tiba dia sudah terkulai tanpa bersuara.

“Tidak pernah juga dia meminta aku memandikan dirinya pada Subuh hari. Terpaksa aku mandikan dia pada jam 4.30 pagi. Lepas mandi, dia renung aku. Tak sangka pagi itu dia panggil nama aku: “Tih! Mari! Aku nak mi rebus”. Biasanya kalau dia nak apa-apa, dia goyang loceng yang disediakan. Rupa-rupanya itulah panggilan terakhir,” cerita Putih dengan linangan air mata.

Hilang seorang lagi rakan seperjuangan

Zaiton pula berkata, dia hanya dapat mengunjungi teman baiknya itu kelmarin kerana pada hari kematian Pak Sudin, dia perlu menjaga suaminya, Syed Abdullah, yang sakit akibat terjatuh.

Menemani Zaiton pada petang itu ialah adik Aziz Satar, Zaini dan isterinya, Zainon.

Zaiton turut melahirkan kekesalannya kerana tidak sempat mengunjungi seorang lagi rakan seperjuangan, Latifah Omar, ketika seniwati itu dirawat di hospital. Pelakon terkenal era 50-an itu meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit, termasuk ulser, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

berita harian


Meraikan sang legenda



ENAM bintang legenda yang sempat meraih pengiktirafan selepas sekian lama menghambakan diri sebagai insan seni, (dari kiri) Tony Castillo, Latifah Omar, Aziz Sattar, Momo Latif dan Zaiton.

"JIKA bukan kita sendiri yang memberi, siapa lagi." Sebaris kata-kata itu cukup mengharukan bagi hati yang memahami.

Itu luahan rasa yang terlontar dari lubuk nurani seorang seniwati yang dikenali ramai sebagai Latifah Omar.

Terharu sungguh aktres yang pernah memberikan impak besar terhadap filem seperti Lanchang Kuning, Hang Jebat dan Bawang Putih Bawang Merah itu apabila meraih pengiktirafan buat julung-julung kali sepanjang karier lakonannya.

Paling menjentik emosi, anugerah yang diraih Latifah ini adalah 30 tahun selepas dia bersara daripada dunia lakonan.

Latifah dinobatkan sebagai Bintang Legenda Wanita pada malam Anugerah Bintang Legenda, sempena Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM 22), dua hari sebelum malam kemuncak festival filem pada 8 Ogos.

Majlis yang berlangsung di Hotel Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah ini, biar ada yang mempersoalkan relevannya hanya untuk memenuhi agenda kecil FFM 22, ironinya ia memberi seribu pengertian buat lebih 20 artis veteran yang rata-rata cukup terkenal sekitar tahun 1940-an hingga 60-an.


PAK AZIZ (tengah) sememangnya layak menerima Anugerah Bintang Versatil.

Jika tidak masakan seniwati ternama seperti Latifah Omar sehingga menuturkan: "Saya sangat terharu dengan anugerah yang diberi. Tak sangka bila saya sudah antik, baru diberi pengiktirafan."

Biar kata-katanya dituturkan dalam tawa, namun bicara Latifah itu sememangnya mencuit emosi.

Tidak rindu untuk kembali berlakon, Latifah yang kini mempunyai empat anak serta sembilan cucu hasil perkahwinannya sejak tahun 70-an melahirkan harapan yang menggunung.

"Biarlah pengiktirafan seperti ini akan terus diberikan pada tahun-tahun mendatang sebagai lambang apresiasi terhadap karyawan filem tempatan," tuturnya.

Jelas sekali malam Anugerah Bintang Legenda yang berlangsung itu mencapai matlamat dalam mengenang pengorbanan dan kegemilangan penggiat filem Melayu lama era Cathay Keris dan Shaw Brothers sebelum kedua-dua syarikat itu ditutup sekitar 30 tahun lalu.

Ini kerana siapa yang tidak kenal dengan Zaiton Abdullah atau lebih dikenali hanya sebagai Zaiton, pemain karakter Chombi dalam filem Ibu Mertuaku atau watak cilik, Sazali lakonan Tony Castillo dalam Anakku Sazali, atau lakonan Datuk Dr. Aziz Sattar atau Pak Aziz yang karakternya selalu membangkit gelora lucu seperti dalam siri Bujang Lapok.

Lalu pada malam Anugerah Bintang Legenda itu, pemain-pemain karakter tersebut dan rakan seperjuangan seperti Tony Castillo, Latifah Omar, Zaiton, Senator Jins Shamsuddin, Hasyimah Yon, Momo Latif, Kasim Masdor, Wahid Satay, Datuk Maria Menado, Mariani, Datin Rosnani Jamil, Kusdawinata, Seri Dewi, Neng Yatimah, selain Pak Aziz diraikan tanpa batas.

Selain Latifah Omar, karyawan seni bernama Tony Castillo atau lebih dikenali sebagai Sazali diangkat sebagai Bintang Legenda Lelaki.


LATIFAH, Momo dan Zaiton merupakan tiga seniwati yang banyak memberikan impak efektif terhadap dunia filem Melayu lama.

Bintang Legenda Komedi pula diberikan kepada Momo Latif dan Kassim Masdor meraih penghargaan sebagai Bintang Legenda Belakang Tabir.

Tepat sekali apabila Pak Aziz diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Versatil, suatu anugerah khusus buatnya, sementara gelaran Bintang Legenda Hadiah Juri menjadi milik Zaiton.

Penganugerahan tersebut yang diiringi trofi dan wang tunai RM5,000 setiap seorang adalah lambang mereka terus dihargai dan jasa yang terus dikenang biar dunia perfileman tempatan sudah bersilih revolusi.

Selaras dengan apresiasi tersebut, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Masidi Manjun berkata, majlis tersebut diadakan sebagai lambang hormat dan kasih sayang kerajaan Negeri Di Bawah Bayu itu kepada artis veteran.

"Kami amat menyayangi dan menghormati barisan anak seni pelopor ini dan kami amat berharap, majlis ini boleh menjadi simbol ikatan rakyat Sabah dengan karyawan filem kita," kata Masidi saat merasmikan majlis yang dihadiri lebih seribu tetamu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Majlis yang dibuka dengan pelbagai persembahan tarian daripada suku kaum etnik rakyat Sabah, sekitar pukul 8.30 malam, bertukar wajah sekitar pukul 10 malam apabila sedutan filem-filem lama seperti daripada filem Ibu Mertuaku, Pendekar Bujang Lapok, Seri Mersing, Nujum Pak Belalang dan Sumpah Semerah Padi ditayangkan.

Majlis kemudian diambil alih Pak Aziz bagi memulakan majlis bintang legenda selaku wakil pelopor filem Jalan Ampas sekitar pukul 10.30 malam.

Dengan aksi spontannya yang masih pekat mengundang geli hati, Pak Aziz naik ke pentas bagi menghiburkan tetamu dengan ditemani Wahid Satay.

Majlis turut disulam dengan medley lagu-lagu Melayu lama seperti Tunggu Sekejap, Istana Cinta, Bila Larut Malam dan Getaran Jiwa.

kosmo online

1 Aug 2014

zaihasra

 
catatan
zaihasra

dinding kaca mengalirkan  retaknya
embun menampar muka
di bawah hari yang kelam dalam sinar
dan diri dimamah angin
lewat mimpi manis
semuanya melewati garis
kemanusiaan yang menuntut.

kitakah yang berani berdepan
dengan kenytaan yang perih
tetapi amat memberikan erti
atau kitakah yang takut
pada angin dan bayang-bayang

kalau demikian garis takdir
atau tuntutan diri
apakah yang lebih bererti
untuk mengisi kebebasan dan kemerdekaan
seseorang kita yang bernama manusia

kuala lumpur
24 mac 1979



doa
zaihasra

waktu bulan pucat di tengah langit
dalam kelam kulihat bayang sendiri
tanpa suara dan segalanya
kecuali doa

Tuhanku yang pengasih
andaikata malam kabut begini
memberi pengertian untukku
seorang pencari cintamu
maka, kutadahkan setulus harap
dari kamar sempit ini
dari jendekala kaca yang kaku

Tuhanku yang pengasih
berikanlah aku beberapa harapan lagi
untuk esok yang pasti tiba
demi segala kekuatan dan keagungan-Mu
aku merasa semakin kecil.
dan katakanlah mati memberikan pengertian
 buat seorang yang bernama manusia
maka, kupinta kepada-Mu
suatu penangguhan

Tuhanku yang pengasih
demi kebesaran-Mu
aku tetap memohon
matari masih bersinar esok dan esoknya

ii
malam yang dikaburi kabut
dan bulan bersabit
akulah menyakini sesuatu
biarlah embun kaar tidak turun
membasahi sedikit ketenangan

 


ZAIHASRA
Zaiton binti Ketot @ Abdullah, Noor Zaitun)

LAHIR : 28 Februari 1951, di Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka.
MENINGGAL : 22 November 1989.

NAMA Zaihasra menyerlah dalam dunia penulisan tanah air sejak dua dekad yang lalu dengan kelahiran puisi-puisinya yang merakamkan peristiwa dan rasa yang menyentuh diri, cinta, kesepian, putus asa dan harapan.

Zaihasra lahir dari satu keluarga tani yang hidup dalam kesederhanaan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan pernah bekerja sebagai kerani di salah sebuah kilang getah di Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka. Kemudian beliau bertugas pula di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama tujuh tahun sebagai penerbit rancangan sastera. Beberapa tahun kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka syarikat pembekal keperluan pejabat secara kecil-kecilan. Atas dorongan kecintaan kepada keindahan alam, Zaihasra meneroka bidang seni taman dan lanskap dengan menubuhkan Syarikat Jitu Sdn. Bhd. bersama-sama seorang rakan kongsi. Antara beberapa projek lanskap yang diusahakan oleh syarikatnya ialah di Bulatan Semarak dan Projek Lembaga Letrik Negara di Pekan, Pahang.

Tahun 1970-an merupakan detik awal bermulanya kegiatan beliau dalam dunia penulisan puisi, ditambah pula dengan penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 1972. Puisi awal beliau yang berjudul “Mama” disiarkan dalam Dewan Sastera pada tahun 1971.

Dalam penghasilan puisi, Zaihasra lebih suka menarik perhatian pembaca kepada realiti hidup. Beliau mendekatkan diri kepada alam, membandingkan kehidupan flora dan fauna dengan dirinya sendiri dan mencari kebenaran kata-kata, bertunjangkan keimanan dan harga diri. Kekuatan puisi Zaihasra terletak pada kematangan fikiran dan perasaannya yang disatukan dengan fenomena alam seperti hukum kewujudan yang sepatutnya. Tema cinta, setia, rindu, sepi dan konflik diri menjadi pilihan Zaihasra.

Kehadiran beliau dalam dunia penulisan puisi telah menyerlah bakat serta potensinya, terutama apabila dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, beliau telah memenangi Hadiah Karya Sastera dengan puisi-puisinya berjudul “Lautan di Waktu Subuh” pada tahun 1973, “Di Sini Waktu yang Luka”, “Sebuah Cinta Semakin Ungu” dan “Satu Detik yang Teruji”. Ketiga-tiga buah puisinya termuat dalam kumpulan puisi Dalam Pelarian Satu.

Beliau juga pernah mendapat hadiah penghargaan dalam sayembara puisi anjuran Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA). Selain itu, puisi beliau yang berjudul “Penghayatan” telah memenangi Hadiah Khas Puisi Berita Minggu yang mengungkapkan satu pengalaman rohaniah dan akaliah, iaitu memperlihatkan satu fasa hidup bara dalam keresahan hidup dan ketenangan yang diperoleh melalui kebesaran Ilahi.

Dalam Pelarian Satu mengandungi 40 buah puisi pilihan yang ditulis antara tahun 1972-1976. Dalam Pelarian Tiga pula, terdapat 30 buah puisi yang tidak mempunyai tajuk tetapi hanya dicatatkan angka bilangan 1–30. Puisi-puisi dalam kumpulan ini menggambarkan kehidupan penyair yang romantis serta peristiwa yang pernah beliau alami.

Zaihasra pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Penulis Malaysia (PENA) untuk tempoh dua penggal iaitu 1984/85 dan 1986/87. Bersama-sama Siti Zainon Ismail, beliau menghasilkan sebuah antologi puisi yang berjudul “Akuarium Kota”. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan “Cindai Cinta”, iaitu kumpulan yang mempersembahkan lagu-lagu puisi bersama penyanyi Junainah M. Amin dan Maisara.

Zaihasra bersama-sama beberapa orang penyair lain sempat merakamkan deklamasi puisi mereka dalam kaset “Puisi-puisi Malaysia” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Puisi beliau berjudul “Suatu Senja Aku Berlari di Sini Menanti Keretapi Tiba tapi Dia Telah Pergi” turut dirakamkan.
Kebanyakan puisi Zaihasra disiarkan dalam Dewan Sastera, Mastika, Dewan Masyarakat, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain.

Dalam Pelarian Empat ialah novel sulung yang begitu menarik pengolahannya. Novel ini menonjolkan satu falsafah yang amat berguna, iaitu kelembutan hari yang lalu dan rakusnya kejadian yang serba berkemungkinan sering menjadikan manusia dewasa.

Nama Zaihasra adalah hasil gabungan beberapa singkatan nama seperti “Zai” untuk Zaiton, “Has” untuk Hasnah, iaitu nama timang-timangan yang diberikan oleh kedua-dua orang tuanya dan “Ra” adalah rahsia bagi dirinya. Selama penglibatannya dalam dunia kesusasteraan, Zaihasra memilih ungkapan “pelarian” sebagai identiti dirinya. Menerusi ungkapan ini, beliau telah menghasilkan tiga buah karya, iaitu Dalam Pelarian Satu, Dalam Pelarian Tiga dan Dalam Pelarian Empat. Menurutnya, Dalam Pelarian Kedua itu adalah gambaran tentang dirinya sendiri.

Pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, Zaihasra telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak beberapa lama dulu. Jenazah beliau disemadikan di Taman Greenwood, Gombak. Pemergian Zaihasra adalah suatu kehilangan yang besar dalam dunia kesusasteraan Melayu tanah air.

KARYA

Novel
Dalam Pelarian Empat. Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1982

Puisi
Dalam Pelarian I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977
Dalam Pelarian Tiga. Melaka: Abbas Bandung, 1987
Balada Tun Fatimah. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 1987
Laut, Pohon dan Kota. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988


TEKS PELANCARAN ANTOLOGI BUKU "AKUARIUM KOTA" 
KARYA PUAN ZAIHASRA DAN PUAN SITI ZAINON ISMAIL
OLEH DATIN SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI DI FOYER DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
PADA 12 FEBRUARI 1988

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Bunga selasih bunga kasturi Pucuk kundang tidak berduri Terima kasih kerana sudi Mengundang saya ke pertemuan ini Kalau tidak kelapa puan Tidak puan kelapa bali Kalau tidak kerana tuan puan Tidaklah saya datang ke mari Pertama kali datang ke sini Berserta tuan dengan puisi Bangga saya wanita masa kini Khususnya penyair Zaihasra dan Siti Cindai Cinta nama diberi Mengangkatkan puisi untuk dinikmati Masyarakat harus menghormati Puisi adalah jantung budaya abadi Yang Berhormat Menteri-Menteri Tuan-Tuan Yang Terutama Sasterawan-Sasterawan Negara Penyair-Penyair Undangan Puan-puan dan Tuan-tuan Sebagai penduduk kota kita selalunya seperti tidak mempunyai masa bagi menghayati keriuhan dan keresahan rasa manusia tetapi selalu juga diusik perasaan sebak, marah dan terkejut. Namun bagi dunia penyair hal inilah yang menggugahnya sehingga muncul dan terbena dalam karya-karya seni. Barangkali ini jugalah bakal kita temui di dalam AKUARIUM KOTA dari rasa gugahan penyair wanita kita ini.

2. Wanita Malaysia mempunyai sejarah yang gemilang. Di alam Melayu kita pernah mengenali nama-nama seperti Tun Fatimah, Tun Kudu, Siti Zubaidah, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong atau Puteri Sentubung.

Wanita masa kini turut memainkan peranan penting khususnya dari zaman rakyat memperjuangkan kemerdekaan hinggalah wanita menceburi diri dalam bidang kewartawanan sampailah ke bidang politik. Kita menyedari kegemilangan perjuangan Ibu Zain, (sekarang ini Tan Sri) Ibu Khatijah, Tan Sri Fatimah Hashim, Tan Sri Datin Paduka Hajah Aishah Ghani dan lain-lain yang tercatit dalam sejarah wanita Malaysia. Di peringkat antarabangsa pula nama-nama seperti Indira Gandhi, Corazon Aquino dan Margaret Thatcher adalah tokoh-tokoh wanita terkenal dalam bidang politik.

3. Puisi bukanlah sekadar memperkatakan dunia realiti itu sahaja, namun lebihmenyorot kepada inti masalah itu sendiri. Sebagai karya sastera, puisi adalah cabang ilmu, gabungan sukma dan rakaman pemikiran manusia. Dalam Islam sendiri Tuhan juga menyenangi pada keindahan. (Al-Jamal)" Tuhan itu indah, dan sememangnya sukakan keindahan."

4. Lahirnya penyair wanita terkenal di Andalusia (kini Sepanyol Selatan) iaitu Walladah, puteri istana yang merindui Ibnu Zaidon; atau Laila Abdullah di daerah Tanah Arab (Jazirah Arab), yang merindui Tauba bin Hamir, sehingga sejarah sastera Arab terkenal dengan kisah "Laila Majnun" telah mengangkat syair-syair itu ke tingkatan yang istimewa!

5. Di Nusantara sendiri, Tengku Puteri dari Istana Penyengat Riau, anakanda Raja Ali Haji, terus menghasilkan puisi di abad ke 19. Di Malaysia penulis-penulis terkenal seperti Azah Aziz, Adibah Amin, Khatijah Hashim, Zaharah Nawawi, Salmah Mohsin, Salmi Manja dan lain-lain telah turut mewarnakan dunia kesusasteraan kita.

Puan-puan dan Tuan-tuan

6. Penulis boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentukan pemikiran masyarakat. Dengan demikian saya menyeru kepada penulis-penulis wanita khususnya dan sasterawan-sasterawan yang lainsupaya membantu mewujudkan masyarakat Melayu yang mampu menghadapi persaingan ekonomi dan sosial dewasa ini. Untuk tujuan tersebut kita perlulah mendidik kanak-kanak dari awal lagi dengan semangat membaca. Saya berharap mereka boleh menulis puisi untuk kanak-kanak (nursery rhymes), dan lain-lain bahan bacaan untuk menarik minat mereka. Tahun ini ialah "Tahun Membaca" dan dengan itu kita perlulah menanam semangat membaca di kalangan kanak-kanak. Karya untuk kanak-kanak perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka dan disemai dengan nilai-nilai yang murni, positif, dinamis dan kreatif kerana nilai-nilai itu keseluruhannya akan membentuk watak yang kita cita-citakan.

7. Satu lagi usaha yang patut dijalankan ialah untuk mempopularkan puisi dikalangan orang ramai. Pertandingan puisi, cerpen dan skrip drama, deklamasi sajak, berbalas pantun, pertandingan kuiz, perbahasan dan pementasan drama boleh digalakkan dikalangan murid-murid sekolah, persatuan-persatuan belia dan wanita dan juga kakitangan Kerajaan. Dengan pelancaran gerakan "Cintailah Bahasa Kita" saya yakin acara-acara yang saya sebutkan tadi boleh menggalakkan kegunaan Bahasa Malaysia oleh orang ramai.

Puan-puan dan Tuan-tuan

8. Saya berharap agar usaha yang dilakukan oleh Cindai Cinta dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menerbitkan antologi AKUARIUM KOTA karya Puan Zaihasra dan Puan Siti Zainon, akan mendapat sambutan dari pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali pada peminat sastera, pengkritik dan pemerhati sastera dalam usaha mengangkatkan karya puisi itu ke peringkat yang tinggi dalam masyarakat. Saya juga berharap semoga pertubuhan-pertubuhan seperti PERTAMA dapat memberi sokongan terhadap karya-karya wanita dan meletakkan puisi ke tempat yang sewajarnya untuk dinikmati semua.

9. Dengan ini saya melancarkan antologi puisi AKUARIUM KOTA oleh penyair Zaihasra dan Siti Zainon Ismail.

(gamelan akan berbunyi sebentar) O suara yang mengetuk-ngetuk dinding sukma redup dan lampai rindu pun terapung penuh menggumpal Mengenang-Mu selalu Dalam Doa Ku genggam cinta-Mu Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


koleksi arkib ucapan


SISI LAIN ZAIHASRA

Berpulangnya Zaihasra pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, adalah pemergian dan kehilangan yang sangat dirasai oleh sebilangan besar pecinta sastra di Malaysia. Kelunakan dan kemahirannya berpuisi, menyebabkan Zaihasra dikelaskan dalam kelompoknya sendiri. Sebagai deklamator, beliau sangat mementingkan perasaan. Hingga setiap butir kata yang lungsur dari tenggorokannya sangat menghiris dan meresap ke dalam batin pendengarnya. Sebagai penulis, puisi-puisinya telah mendapat pelbagai hadiah. Pada tahun 1973, 1974, 1975, beliau telah memenangi Hadiah Karya Sastra sementara 1984/85 dan 1986/87 memenangi Hadiah Karya Sastra Malaysia.

Dilahirkan pada 28 Februari 1951 di Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka, Malaysia dengan nama Zaiton @ Noor Zaiton binti Ketot @ Abdullah. Pendidikannya sehingga Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan mulai menulis pada tahun 1970an lagi. Puisi pertamanya, Mama tersiar di Dewan Sastra ( 1971 ) yang kemudiannya diikut muat dalam akhbar dan majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Berita Minggu, Mastika dan Mingguan Malaysia. Beliau berhasil membuat tiga kumpulan puisi iaitu Dalam Perjalanan Satu ( DBP,1977 ) Dalam Perjalanan Dua ( stenselan, 1977 ) Dalam Perjalanan Tiga ( Abbas Bandung, 1987 ) dan Balada Tun Fatimah ( Syarikat Jingga, 1987 ) serta Laut, Pohon dan Kota ( 1988 ) Akuarium Kota ( bersama Siti Zainon Ismail, 1988 ) Gema Membelah Gema, Titian Zaman dan Bacaan Puisi-Puisi Dari Malaysia dalam bentuk tali pita ( kaset ) ( DBP. 1980 ) Dalam kaset tersebut, Zaihasra membacakan puisi Suatu Senja Aku Berlari Di Sini, Menanti Keretapi Tiba, Tetapi Dia Telah Pergi. Puisi tersebut tersenarai sebagai ' puisi berhantu ' hingga menjadi kegemaran peminat-peminat puisi tanahair.

Zaihasra pernah bertugas sebagai penerbit Rancangan Sastra di Radio Malaysia suatu ketika dulu dan merupakan ruangan yang dinanti-nantikan oleh para pendengarnya. Rancangan ini ke udara setiap hari Rabu malam jam 8.30 ini akan dikumandangkan dengan suara beliau yang serak-serak basah, menarik ribuan pendengar menunggu di corong-corong radio. Dengan berita dan kegiatan sastra di selang seli dengan bacaan puisi oleh beliau, sastra menjadi medium paling berkembang dan diminati. Radio Malaysia harus mengembalikan rancangan tersebut ketika ini dengan mempertimbangkan hostnya Mariamah Tijo, istri kepada sasterawan dan dramawan Othman Haji Zainuddin. Puisi-puisi Zaihasra pernah digubah oleh kompuser terkenal, Johari Salleh, Bob Khalil dan A.R. Ismail. Bersama temannya Maisara, beliau mengusahakan Syarikat Jitu Sdn. Bhd. yang mengusahakan lanskaping. Beliau pernah menjadi istri sasterawan dan penyair terkenal Jaafar Husin @ Jaafa H.S. pegawai bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sebelum bercerai.

Topik yang dipaparkan oleh Zaihasra adalah berkaitan dengan perasaan wanita seperti pengalaman, kerinduan, harapan, kekecewaan dan kesabaran dari dalam diri penyair tersebut sembari penghayatannya sangat mendalam. Dalam period 1972-1982, Zaihasra seakan berada dalam dunia escapisme di mana pelarian menjadi tema utamanya. Kemudian beliau menuju kepada keabadian sejarah bila mana menampilkan puisi panjang Balada Tun Fatimah ( 1987 ) sebuah kumpulan puisi yang diajukan untuk Hadiah Puisi Putra 1984. Menjelang hari-hari terakhirnya, puisi-puisi beliau mengarah kepada ketuhanan. Dalam rangkap terakhir sajak Perjalanan, beliau menulis begini;

Aku berdiri di tengahnya
melihat keindahan yang tersembunyi
bagai mutiara yang hidup dalam lokannya
melontarkan suara buat kekasih
mendekat, dan semakin mendekat
bila didekati

Dan tidaklah aku pelarian lagi
- ketika telah kudekati kau
menyatu tanpa ragu dan alpa
Kekasihku

( Mastika, Januari 1990. hal. 38 )

Puisi ini tersiar selepas kematiannya. Sebelumnya, dalam kebanyakkan puisinya disentuh tentang Pelarian, Zaihasra mengumpulkannya dalam Pelarian Satu, Pelarian Dua, Pelarian Tiga, Pelarian Empat ( sebuah novel terbitan Tra-Tra Publishing ) Beliau dilihat mencari sesuatu dalam pelarian tersebut. Dalam satu kata pengantarnya, beliau menulis, " sebagai manusia yang amat perasa terhadap pengaruh alam di sekelilingnya malah kehidupannya sendiri, seniman adalah manusia yang tidak lupa untuk mencatatkan apa yang dirasai dan dilihatnya. Dan di dalam usaha untuk mendewasakan diri serta pengalamannya, manusia harus berani memberi erti pada hidupnya sendiri ( Dalam Pelarian Satu, DBP, 1971 )

Dalam pencariannya, Zaihasra memercikkan representif dunia wanitanya yang rata-rata mengeksploitasi masalah cinta, kesetiaan, keindahan dan kesepian serta konflik antara pemikiran dan perasaan ( Darwis Harahap, Berita Minggu, 12 Januari 1993 ) rata-rata puisinya ke arah itu seperti Lautan Waktu Subuh, Di Sini Waktu Yang Luka, Sebuah Cinta Semakin Ungu ( DSWYLSCSU ) dan sajak panjang Suatu Senja Aku Berlari di Sini, Menanti Keretapi Tiba, Tetapi Dia Telah Pergi.

Dalam bait-baitnya Zaihasra merayu;

Lewat usia kini menemukan
alam dalam bentuk seginya
bersuara
Aku kian jauh
melampui beku masa lalu
di sini sarat-sarat keyakinan
menyatakan kewujudan
( DSWYLSCSU )

Dalam Perjalanan, Zaihasra menulis;

Kutatap bulan pagi
dan kupeluk cahayanya
ada rindu yang terbakar
di celah bukit pasir ini

Mengenang Zaihasra adalah menganyam bilah-bilah sembilu yang menghiris-hiris hati dan perasaan. Jasad yang disemadikan di tanah perkuburan Taman Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur kerana sakit buah pinggang ini, selamanya abadi dalam kenangan.

dikir orang timur

Mahmoud Darwish


Those Who Pass Between Fleeting Words
Mahmoud Darwish

O those who pass between fleeting words
Carry your names, and be gone
Rid our time of your hours, and be gone
Steal what you will from the blueness of the sea and the sand of memory
Take what pictures you will, so that you understand
That which you never will:
How a stone from our land builds the ceiling of our sky.

O those who pass between fleeting words
From you the sword—from us the blood
From you steel and fire—from us our flesh
From you yet another tank—from us stones
From you tear gas—from us rain
Above us, as above you, are sky and air
So take your share of our blood—and be gone
Go to a dancing party—and be gone
As for us, we have to water the martyrs’ flowers
As for us, we have to live as we see fit.

O those who pass between fleeting words
As bitter dust, go where you wish, but
Do not pass between us like flying insects
For we have work to do in our land:
We have wheat to grow which we water with our bodies’ dew
We have that which does not please you here:
Stones or partridges
So take the past, if you wish, to the antiquities market
And return the skeleton to the hoopoe, if you wish,
On a clay platter
We have that which does not please you: we have the future
And we have things to do in our land.

O those who pass between fleeting words
Pile your illusions in a deserted pit, and be gone
Return the hand of time to the law of the golden calf
Or to the time of the revolver’s music!
For we have that which does not please you here, so be gone
And we have what you lack: a bleeding homeland of a bleeding people
A homeland fit for oblivion or memory

O those who pass between fleeting words
It is time for you to be gone
Live wherever you like, but do not live among us
It is time for you to be gone
Die wherever you like, but do not die among us
For we have work to do in our land
We have the past here
We have the first cry of life
We have the present, the present and the future
We have this world here, and the hereafter
So leave our country
Our land, our sea
Our wheat, our salt, our wounds
Everything, and leave
The memories of memory
O those who pass between fleeting words!




To A Young Poet
 Mahmoud Darwish

Don’t believe our outlines, forget them
and begin from your own words.
As if you are the first to write poetry
or the last poet.

If you read our work, let it not be an extension of our airs,
but to correct our errs
in the book of agony.

Don’t ask anyone: Who am I?
You know who your mother is.
As for your father, be your own.

Truth is white, write over it
with a crow’s ink.
Truth is black, write over it
with a mirage’s light.

If you want to duel with a falcon
soar with the falcon.

If you fall in love with a woman,
be the one, not she,
who desires his end.

Life is less alive than we think but we don’t think
of the matter too much lest we hurt emotions’ health.

If you ponder a rose for too long
you won’t budge in a storm.

You are like me, but my abyss is clear.
And you have roads whose secrets never end.
They descend and ascend, descend and ascend.

You might call the end of youth
the maturity of talent
or wisdom. No doubt, it is wisdom,
the wisdom of a cool non-lyric.

One thousand birds in the hand
don’t equal one bird that wears a tree.

A poem in a difficult time
is beautiful flowers in a cemetery.

Example is not easy to attain
so be yourself and other than yourself
behind the borders of echo.

Ardor has an expiration date with extended range.
So fill up with fervor for your heart’s sake,
follow it before you reach your path.

Don’t tell the beloved, you are I
and I am you, say
the opposite of that: we are two guests
of an excess, fugitive cloud.

Deviate, with all your might, deviate from the rule.

Don’t place two stars in one utterance
and place the marginal next to the essential
to complete the rising rapture.

Don’t believe the accuracy of our instructions.
Believe only the caravan’s trace.

A moral is as a bullet in its poet’s heart
a deadly wisdom.
Be strong as a bull when you’re angry
weak as an almond blossom
when you love, and nothing, nothing
when you serenade yourself in a closed room.

The road is long like an ancient poet’s night:
plains and hills, rivers and valleys.
Walk according to your dream’s measure: either a lily
follows you or the gallows.

Your tasks are not what worry me about you.
I worry about you from those who dance
over their children’s graves,
and from the hidden cameras
in the singers’ navels.

You won’t disappoint me,
if you distance yourself from others, and from me.
What doesn’t resemble me is more beautiful.

From now on, your only guardian is a neglected future.

Don’t think, when you melt in sorrow
like candle tears, of who will see you
or follow your intuition’s light.
Think of yourself: is this all of myself?

The poem is always incomplete, the butterflies make it whole.

No advice in love. It’s experience.
No advice in poetry. It’s talent.

And last but not least, Salaam.


“I am not mine”

Mahmoud Darwish: The Expropriated Poet

To a reader: Do not trust the poem –
The daughter of absence
It is neither intuition nor is it
Thought
But rather, the sense of the abyss…

(State of Siege)

Born on 13 March 1941 in Al Birweh, a quaint village in the Galilee, Mahmoud Darwish went on to live a life that is a poignant example of how far talent and determination, combined with a precarious life, can carry an individual from a simple background into the international halls of fame. At the early age of seven, Darwish and his family were forced to flee to Lebanon to escape the ongoing massacres by the Israeli Army as it occupied Palestine and, in the process, destroyed the poet’s village (in addition to over 400 other Palestinian villages). Returning “illegally” to their country the following year, he and his family were subjected to military rule and emergency regulations of the State of Israel established over expropriated Palestinian land. They were given the status of “present-absent alien,” a status that will mark the poet from that point onwards, preventing him from ever finding his homeland, except in his language and his ever-loving audience.

It was as early as 1950 that the poet first realized how the poem can be “a threat to the sword” as he was harassed by the Israeli military governor for writing and reciting poetry that expressed his strong sense of Arab and Palestinian identity. These “harassments” were to continue until 1970 when he left to Moscow and then to Egypt, to finally settle for a while in Beirut until the Israeli invasion in 1982. After Beirut he became a “wondering exile” in Arab capitals, settling in Paris for a while, then Amman, and finally Ramallah, moving a step closer to the home which he still cannot reach. The circle is not yet complete….
“There is no age sufficient for me
to pull my end to my beginning.”
(Mural)

His life in the exodus somehow helped to ignite the poetic flame within him and exile became one of the sources of his literary creation. However, despite his geographic separation from his homeland, Darwish continued over the years to disrupt the status quo in Israel through the medium of poetry. In 1988, his widely circulated militant poem “Passers by in Passing Words,” a poem that he does not think highly of in literary terms but that nevertheless was met with great acclaim amongst the Arab public, was cause for a great uproar in Israeli circles, both the right and left wing alike. A book in French entitled “Palestine Mon Pays: L’affaire du Poeme,” published by Les Editions de Minuit in 1988, documents some of the articles that were written in defence of Darwish and his poem. In a similar manner, but this time in March 2000, Yossi Sarid, then the minister of education in Israel, suggested the inclusion of Darwish’s poetry in the Israeli high school curriculum. This suggestion resulted in a very close no-confidence vote for the Barak government.

The year 2000 witnessed the publication of Darwish’s twentieth book of poetry, Mural, a masterpiece epic poem which synthesizes his experience and poetry spanning 36 years as he contemplated impending “eternity” in a hospital bed after having undergone life-threatening surgery in 1998. In addition, he has five books of prose, and his work has been translated into more than 22 languages.

His most recent translations in English, “Mahmoud Darwish: Adam of Two Edens” (Jusoor and Syracuse University Press, 2000) and “The Raven’s Ink: A Chapbook” (Lannan Foundation, 2001) include a host of Darwish’s most acclaimed poems written between 1984 and 1999. Even though “he is known the world over as the poet of Palestine,” as Margaret Obank says in her review of “The Adam of Two Edens,” Darwish’s poetry “has been published only sparingly in English.” These two volumes are an excellent introduction, in English, to this poet who is considered to be “indisputably among the greatest of our century’s poets.” (Carolyne Forche)

It is perhaps Darwish’s very special relationship to the Arabic language that has set him apart from other Arab poets of his time. Putting the political cause aside, a double-edged sword in the case of the poet’s literary career, Darwish has created a new zone in the Arabic language that he can call his own: he constructs his kingdom – homeland in language. Considered by one prominent Arab literary critics as “the saviour of the Arabic language,” Darwish manages to describe mundane events and uncover his (and his people’s) innermost feelings through words juxtaposed in the most idiosyncratic of contexts, creating fascinating new images. The symbols, metaphors, and style in his poetry are carefully chosen; yet at the same time they reflect an integrity and clairvoyance that are a unique characteristic of this writer. A number of his poems have even been called “prophetic.” With his artistic intuition and acute political common sense, he manages to see and read what very few people can. When that understanding finds its way into a poem, it gains a totally new significance to the readers, because it usually is an expression of what they fear most but are unable to utter.

This is true of his character even in politics. In 1993, when Darwish resigned from the PLO executive committee to protest the Oslo Accords, he could see at the time, as very few people within the PLO could, that there was a structural problem with the accord itself that would only pave the way for escalation. “I hoped I was wrong. I’m very sad that I was right.” (New York Times interview)

His relationship to language remains unsurpassed by any relationship he has with anyone or anything. Having a special talent for uncovering and creating the music in language, his poetry has been a fertile ground for musicians all over the Arab world to compose the most beautiful and popular of songs. The fact that his words translate so easily and splendidly into musical lyrics resulted in a wide array of beautiful songs that are as much a credit to the poet as they are to the musicians.

Choosing to spend most of his time during the recent Palestinian Intifada in Ramallah, under siege, Darwish wrote three extraordinary poems of resistance slightly reminiscent of his early poetry. “Mohammad,” “ The Sacrifice” and “A State of Siege” were published in newspapers in Palestine and the Arab world during 2001 – 2002. The last one, “A State of Siege,” is currently being published in a book in Arabic, to become Darwish’s 21st book of poetry. In this last poem, he describes the siege of Ramallah and the Palestinian land in profound images that invoke daily life in a vivid and multi-layered way:

A woman asked the cloud: please enfold my loved one
My clothes are soaked with his blood
If you shall not be rain, my love
Be trees
Saturated with fertility, be trees
And if you shall not be trees, my love
Be a stone
Saturated with humidity, be a stone
And if you shall not be a stone, my love
Be a moon
In the loved one’s dream, be a moon
So said a woman to her son
In his funeral
He goes on to add:
During the siege, time becomes a space
That has hardened in its eternity
During the siege, space becomes a time
That is late for its yesterday and tomorrow
(A State of Siege)

Often called “the poet of the resistance,” and sometimes accused of writing in defence of Palestinian mainstream politics, Darwish still manages to constantly defy any strict definition of who and what he is or wants to be. He wrote the Palestinian declaration of independence in1988 and many poems of resistance that are an integral part of every Arab’s consciousness. But he also wrote a lot about love and death; he wrote poems that can be easily understood, and others that are so mystifying that many critics could not begin to decipher. In all this, he remains confident in his open and honest relationship to his readers. “When I move closer to pure poetry, Palestinians say go back to what you were. But I have learned from experience that I can take my reader with me if he trusts me. I can make my modernity, and I can play my games if I am sincere.” (New York Times interview) This intricate relationship with his ever-increasing audience is best described in this excerpt:
Whenever I search for myself I find the others
And when I search for them
I only find my alien self
So am I the individual- crowd?
(Mural)

Darwish is the recipient of many international literary awards including the Lotus prize in 1969, the Lenin prize in 1983, France’s highest medal as Knight of Arts and Belles Lettres in 1997, and the Moroccan Wissam of intellectual merit handed to him by King Mohammad VI of Morocco. In 2001, he won the Lannan prize for cultural freedom. This prize recognizes people whose extraordinary and courageous work celebrates the human right to freedom of imagination, inquiry, and expression. As defined by the foundation, cultural freedom is the right of individuals and communities to define and protect valued and diverse ways of life currently threatened by globalisation.

His reputation all over the world as a highly esteemed poet and individual is partly due to the fact that Mahmoud Darwish affirms an open conception of what being an Arab is. Arab, to him, is not an identity closed unto itself, but a pluralism totally open unto others. In his oeuvres, he dialogues with a group of cultures (Canaanite, Hebrew, Greek, Roman, Persian, Egyptian, Arab, French, English, Ottoman, Native American) as well as with myths of the three monotheistic religions. These dialogues create multiple layers within the poem that may be difficult to appreciate unless the reader can develop a full understanding of the “I”s and the “others” of the text.

When Darwish gives a poetry reading anywhere in the Arab world, a rare event, he easily draws thousands of people from all walks of life and social classes. It is as if he has become a personal possession, a national treasure, for every Arab, regardless of age, education, background, nationality, or religion. Now in translation perhaps he will also be embraced elsewhere in the world. No poet has been expropriated as Mahmoud Darwish has been over the past thirty years. No one realizes this more than him:

And history makes fun of its victims
And its heroes
Takes a look at them and passes by
This sea is mine
This moist air is mine
And my name-
Even if I spell it wrong on the coffin –
Is mine
As for me,
Now that I am filled with all the possible
Reasons for departure –
I am not mine.
I am not
mine

I am not mine…
(Mural)

Serene Huleileh.

mahmoud darwish


the dice player - Mahmoud Darwish



she and he - Mahmoud Darwish




STATUS

Search This Blog

DAUN