ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

5 Jun 2013

Nafiri


NAFIRI, PUISI TENTANG KEMERDEKAAN


NAFIRI
AHMAD KAMAL ABDULLAH)

MAKSUD
Rangkap 1
Sebelum merdeka, keadaan air danau keruh, banyak sebarau dan lampam. Persoalan masa ini, adakah tetawak masih bergema dan sama ada petualang bangsa sudah pergi atau tidak.

Rangkap 2
Masyarakat perlu memadamkan fitnah penjajah dan menyeru semua lapisan terutama golongan pemimpin agar menyatukan semua warga bersama satu wawasan atau cita-cita bersama.

Rangkap 3
Penyajak mempersoalkan sama ada setiap warga menanamkan wawasan itu dalam hati masing-masing.

Rangkap 4
Kemerdekaan negara menggambarkan kegemilangan dan kejayaan yang diimpikan oleh setiap golongan/rakyat.

Rangkap 5
Penyajak mempersoalkan sama ada semua warga menghidupi wawasan dengan perasaan kasih atau sebaliknya.

Rangkap 6
Penyajak menyatakan kesungguhan dan semangatnya untuk menanam dan menyatukan semua cita-cita dan wawasan dalam hati dengan penuh kasih.

Rangkap 7
Penyajak menyatakan bahawa wawasannya itu telah mempengaruhi diri rakyat.

MAKSUD KESELURUHAN
Seruan kepada semua lapisan masyarakat khasnya masyarakat desa yang miskin semasa zaman penjajahan agar bersatu menangkis fitnah penjajah. Dalam masa yang sama penyajak menyeru agar masyarakat sedar dan bangkit membangunkan negara berpandukan wawasan bersama.

TEMA
Semangat cintakan negara. Masyarakat seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda penjajah, sebaliknya bersatu membina negara berlandaskan wawasan yang dikongsi bersama.
Contoh : Kita akan membikin nafiri, mencabut ranjau
fitnah kolonialis. Kita pengemudi
tanah air,

PERSOALAN
Persoalan kemiskinan
Contoh : Sebelum merdeka, danau kita keruh airnya
lampam dan sebarau dalam selut pekat (R1 : B1-2)

Persoalan menangkis propaganda penjajah memburukkan negara
Contoh : Kita akan membikin nafiri, mencabut ranjau
fitnah kolonialis (R2 : B1-2)

Persoalan wawasan negara
Contoh : Kita pengemudi
tanah air, mercu kalbu menyatu
pada tiang layar jiwa besar! (R2 : B2-4)


Persoalan kemajuan negara
Contoh : Purnama kemerdekaan memancar-mancar
cahaya gemilangnya, membayang di danau
berkilau, (R4 : B1-3)

Persoalan perpaduan rakyat
Contoh : Aku tautkan sejuta kibaran (R6 : B1)

BENTUK
Puisi ini mengandungi 7 rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama / sekata
Terdapat antara 1 hingga 4 baris serangkap.
Contoh : Rangkap 3, 5 dan 7 mempunyai 1 baris serangkap
Rangkap 4 dan 6 mempunyai 3 baris serangkap
Rangkap 1 dan 2 mempunyai 4 baris serangkap

Rima akhir setiap rangkap tidak sama / tidak sekata / bebas
Contoh : Rangkap 1 : abcc
Rangkap 2 : abcd
Rangkap 3 : a
Rangkap 4 : abc
Rangkap 5 : a
Rangkap 6 : abc
Rangkap 7 : a

Bilangan perkataan dalam sebaris tidak sama
Terdapat di antara 2 hingga 7 patah perkataan sebaris
Contoh : Nafiriku menjaringmu ( R7 : B1)
Satu demi satu – temanku ghaib di jalanan (R1 : B 4)

Bilangan suku kata dalam setiap baris tidak sekata
Terdapat di antara 8 hingga 15 suku kata dalam sebaris
Contoh : Na/fi/ri/ku men/ja/ring/mu (R7 : B1)
A/da/kah te/ta/wak ber/ge/ma ga/lak, pe/tua/lang/an ( R1 : B3)

Keseluruhan bentuk sajak ini adalah bebas.


GAYA BAHASA
Asonansi
Contoh : adakah tetawak bergema galak, petualangan (R1 : B3)

Aliterasi
Contoh : Purnama kemerdekaan memancar-mancar (R4 : B1)

Metafora
Contoh : Mercu kalbu / Nafiri hati / Nafiri kasih

Inversi
Contoh : danau kita keruh airnya ( R1 : B1)

Imej alam
Contoh : danau / selut / ranjau / lampam / sebarau

Sinkof
Contoh : ku / kau / mu

Kata ganda
Contoh : memancar-mancar

Hiperbola
Contoh : cahaya gemilangnya, membayang di danau berkilau (R4 : B2)

NADA
Puisi ini bernada patriotik atau semangat cinta akan tanah air.
Penyajak menyeru anak watan selepas merdeka untuk menentang fitnah yang disebarkan oleh pihak penjajah. Mereka disuruh bangkit dan berusaha menikmati kemakmuran negara hasil daripada kemerdekaan. Contoh:
Aku tautkan sejuta kibaran
Pada sebuah roh yang bergetar
Nafiri hati. Nafiri kasih



NILAI
Keberanian
Contoh : Kita akan membikin nafiri, mencabut ranjau
fitnah kolonialis (R2 : B1-2)

Perpaduan
Contoh : Aku tautkan sejuta kibaran (R6 : B1)
Mercu kalbu menyatu
Pada tiang layar jiwa besar! (R2 : B3-4)

Bertanggung jawab
Contoh : Kita pengemudi
tanah air (R2 : B2-3)

Kesyukuran
Contoh : cahaya gemilangnya, meambayang di danau
berkilau, kita menatah rindu

Pengorbanan
Contoh : satu demi satu temanku – ghaib di jalanan

SIKAP DAN PERASAAN
Sikap berani menentang fitnah penjajah
Contoh : Kita akan membikin nafiri, mencabut ranjau
fitnah kolonialis (R2 : B1-2)

Sikap bertanggung jawab
Contoh : Kita pengemudi
tanah air (R2 : B2-3)

Bekerjasama / Bersatu padu
Contoh : Aku tautkan sejuta kibaran (R6 : B1)
Mercu kalbu menyatu
Pada tiang layar jiwa besar! (R2 : B3-4)

Perasaan bangga akan tanahair
Contoh : cahaya gemilangnya, meambayang di danau
berkilau, kita menatah rindu

UNSUR BUNYI
Asonansi
Contoh : adakah kau miliki nafiri hati (R3 : B1)
Aliterasi
Contoh : cahaya gemilangnya, membayang di danau (R4 : B2)

Rima akhir setiap rangkap tidak sama / tidak sekata / bebas
Contoh : Rangkap 1 : abcc
Rangkap 2 : abcd
Rangkap 3 : a
Rangkap 4 : abc
Rangkap 5 : a
Rangkap 6 : abc
Rangkap 7 : a

PENGAJARAN
Kita hendaklah bekerjasama untuk mempertahankan tanahair.
Contoh : Aku tautkan sejuta kibaran (R6 : B1)
Mercu kalbu menyatu
Pada tiang layar jiwa besar! (R2 : B3-4)

Kita mestilah memiliki sikap bertanggung jawab mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara.
Contoh : Kita pengemudi
tanah air (R2 : B2-3)

Kita sewajarnya memiliki sikap berani untuk menentang fitnah yang dilemparkan oleh pihak penjajah.
Contoh : Kita akan membikin nafiri, mencabut ranjau
fitnah kolonialis (R2 : B1-2)

Semangat patriotik sewajarnya dimiliki oleh warga negara yang cintakan tanah airnya.
Contoh : Aku tautkan sejuta kibaran
pada sebuah roh yang bergetar
Nafiri hati. Nafiri Kasih. (R6 : B1-3)

Anjakan

Muat turun 'Anjakan' : Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu #2'

Ikuti perkembangan dunia pendidikan melalui buletin ANJAKAN
SILA KLIK BANNER DI ATAS UNTUK MUAT TURUN

terima kasih 



Kebaikan Yang Ranap

Apabila Kebaikan Tidak Lagi  Berharga


KEBAIKAN YANG RANAP 
(Arbak Othman)


MAKSUD

Rangkap 1
Seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita belum tentu akan menjadi teman yang baik dan setia.

Rangkap 2
Kebaikan yang dihulurkan itu mungkin dari sudut luaran sahaja bukannya lahir dari hati yang ikhlas

Rangkap 3
Kebaikan itu mungkin di bibir sahaja bukan dari ketulusan hati.

Rangkap 4
Kebaikan yang ditunjukan mencerminkan rahsia peribadi.

Rangkap 5
Kebaikan juga melambangkan ketulusan hati seseorang.

Rangkap 6
Kebaikan itu merupakan halangan kepada manusia yang melakukan kesilapan.

Rangkap 7
Kebaikan juga adalah sebagai alat kepada sesiapa yang pandai berpura-pura untuk kepentingan diri.

Rangkap 8
Kebaikan adakalanya tidak dipentingkan dalam kehidupan. Orang yang melakukan kebaikan belum tentu disanjung kerana kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk menutup rasa pransangka.

Rangkap 9
Seseorang yang melakukan kebaikan belum tentu disanjung malah ada yang dihina. Terdapat juga kebaikan yang dihulurkan adalah berpura-pura sehingga ada insan yang teraniaya. Ada yang berlandaskan nafsu dan dendam menyebabkan timbul persengketaan. Kesetiaan telah hancur dan hanya tinggal janji sahaja.

MAKSUD KESELURUHAN SAJAK
Penyajak menjelaskan tujuan seseorang melakukan kebaikan. Kebaikan yang dilakukan sama ada secara ikhlas atau berpura-pura untuk menutup syak wasangka dari orang lain semata-mata untuk kepentingan diri.



TEMA
Sajak ini bertemakan kepelbagaian sikap dalam melakukan kebaikan. Kebaikan itu adakalanya ikhlas dan ada yang menunjukkan sikap berpura-pura
contohnya
Kebaikan itu telus kata
Belum tentu jiwa raga

PERSOALAN
Persoalan kebaikan mencerminkan budi pekerti seseorang
contohnya
Kebaikan itu budi
Yang mencorak rupa nurani.

Persoalan kebaikan untuk kepentingan diri sendiri
contohnya
Kebaikan itu cenderahati
Buat pengipas peraga-diri
(R7 , B1 & B2)

Persoalan melakukan kebaikan untuk menutup keburukan peribadi seseorang,contohnya
Yang baik kerap terbalik
Menutup prisma wasangka
(R8, B3 & B4 )

Persoalan kebaikan adakalanya dicerca bukan mendapat pujian,
Contohnya :
Kebaikan orang belum tentu teman setia
Seranah cerca jua yang sering bersua.
(R9, B1 & B2)

BENTUK

Sajak ini mempunyai 9 rangkap semuanya.

Bilangan baris setiap tidak sama

Rangkap 1 hingga 7 dua baris serangkap. Rangkap 8 ada 6 baris manakala Rangkap 9 terdapat 14 baris.

Bilangan perkataan setiap baris tidak sama
Terdapat antara satu perkataan hingga enam perkataan.

Bilangan suku kata sebaris tidak sama
Terdapat di antara empat suku kata hingga empat belas suku kata.

Rima akhir setiap rangkap tidak sama
contohnya R1, R3, R5, R6 dan R7 rimanya aa, Rangkap 2 dan Rangkap 4 rimanya ab. Rangkap 8 rimanya aabbcd, Rangkap 9 rimanya aaaaaabcaaddba.

Kesimpulanya sajak ini berbentuk bebas.




GAYA BAHASA

Diksi yang indah dan sesuai dengan maksud
contohnya telus kata, rupa nurani, peraga diri dan cerca.

Asonansi
Contohnya : Kebaikan bagi kita (pengulangan vokal ‘a’)

Aliterasi
contohnya : Yang mencorak rupa nurani (pengulangan konsonan ‘n’)

Kata ganda
Contohnya ‘di cela-celah’ ‘ nafsu-nafsi’.

Anafora
contohnya
Yang baik belum tentu daya penarik
Yang baik kerap terbalik

Personifikasi
Contohnya Kebaikan itu sering tergelincir. (R8 B1)

Simpulan Bahasa
Contoh : bertalam dua muka
Metafora
contohnya prisma wasangka, landasan fikir, keranda aniaya.

Hiperbola
Contohnya Dalam satu keranda aniaya ( R9, B6)

Simbolik
contohnya Buaya jantan ( R9, B6)

NADA
Sajak ini bernada sinis kerana penyair tidak yakin dengan kebaikan seseorang. Contohnya,
Kebaikan itu telus kata
Belum tentu jiwa raga

SIKAP DAN PERASAAN PENYAIR

Kesal terhadap sikap manusia yang berpua-pura
Contohnya : berwajah dua cerita
bertalam dua muka

Kesal atas tindak tanduk manusia menggunakan kebaikan untuk tujuan yang lain
Contohnya : kebaikan itu cendera hati
buat pengipas peraga- diri


PENGAJARAN

Hendaklah berlaku jujur dalam hidup
Contoh : kebaikan orang belum tentu teman setia
seranah cerca jua yang sering bersua

Jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan seseorang
Contoh : kebaikan bagi kita
belum tentu teman setia

Elakkan diri dari besifat dendam dan bermusuhan
Contoh : berakar umbikan nafsu-nafsi
dari arus pertimbangan dendam

Hidup dalam kepura-puraan hanyalah menimbulkan pergolakan/ dendam
Contoh : buaya jantan kehilangan teman
Ranap di celah-celah kehidupan

Kebaikan adalah amalam yang mulia
Contoh : kebaikan itu budi
yang mencorak rupa nurani

NILAI

Kejujuran
Contoh : kebaikan itu budi
              yang membuka rahsia sendiri

Kesopanan
Contoh : seranah cerca jua yang sering bersua
              menyimpul, memintal timbang rasa

Suara Jiwa



Bunyi dan  irama yang bergetar dari taman jiwa
Berapungan menjadi muzik yang merentap sukma
Tidak ada batas sempadan 
Tidak ada bahasa yang menutup daerahnya
Tak ada kata-kata yang  membuka cerita
Begitu muzik bergema 
tanpa visa dan passport
menyerap ke akar kalbu
tanpa mengenal warna kulitmu, warna budayamu
tak perlu tahu apa bangsamu

Muzik mengetuk fikir menjamah tangkai emosi
menikmati dan merasa apa yang terpancar darinya
kerana ia suara jiwa

carilah makna darinya



GIOVANNI MARRADI - Renaissance(Album Romantico)



UMUT HOŞGÖR - KEMAN TAKSİMİ 


Ludovico Einaudi - Eyes Closed 





4 Jun 2013

Kalau Kita Menjadi Kayu

KALAU KITA MENJADI KAYU

(Abdul Rahim Idris)
 


Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyeru kepada pembaca agar menjadi orang yang berguna dan bermaruah/bernilai tinggi. Paling tidak, menjadi manusia biasa yang ada harga diri.

Rangkap 2
Penyajak mengharapkan agar manusia tidak diperalatkan oleh orang lain hingga boleh menghancurkan bangsa sendiri

Maksud Keseluruhan
Penyajak menyeru kepada pembaca agar menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara. Selain itu mampu mengangkat bangsa sendiri sebagai bangsa yang bermaruah dan tidak mudah diperkotak-katikkan. Manusia janganlah melakukan kejahatan semata-mata untuk kepentingan orang lain.

Tema
Tema yang terdapat dalam puisi ini ialah kepentingan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Contohnya:
Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu atau cendana
wangi dan bernilai tinggi


 


Persoalan
Persoalan kebijaksanaan memilih jalan hidup. Contohnya:
Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu atau cendana
wangi dan bernilai tinggi

Persoalan menjaga harga diri. Contohnya:
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu
asal punya harga diri

Persoalan kesetiaan kepada bangsa dan tanahair
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak
kaum sendiri

Persoalan berbuat bakti dan kebaikan semasa hidup
atau paling tidak
jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
asal punya harga diri

Persoalan tidak bertindak terburu-buru dan merugikan diri sendiri
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak

Bentuk
Terdapat dua rangkap.

Jumlah baris dalam rangkap tidak sama.
Contohnya;
R1 - 6 baris
R2 - 9 baris

Jumlah perkataan dalam baris tidak sama
Contoh : Terdapat antara 2 hingga 6 patah perkataan sebaris.
Kaum sendiri - 2 patah perkataan
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api - 6 patah perkataan

Jumlah sukukata dalam baris tidak seimbang
Contoh Terdapat di antra 5 hingga 14 suku kata sebaris.
Ka/um/ sen/di/ri - 5 suku kata
Ji/ka/ ter/pak/sa,/ cu/kup/lah/ ja/di/ ka/yu/ a/pi - 14 suku kata

Rima puisi ini bebas iaitu:
R1 - abcdcc
R2 - aababaccb

Kesimpulannya puisi ini berbentuk bebas

 


Nada
Sinis. Contohnya;
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga sanggup menetak
kaum sendiri.

Perasaan dan Sikap
Kesal dan marah. Contohnya:
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak

Berhati-hati. Contohnya:
seperti cengal, keruing atau meranti
itu juga pilihanmu
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu

Mengharapkan kejujuran dan keikhlasan serta jati diri yang tinggi
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak
kaum sendiri.

Bahasa
Pemilihan diksi yang mudah difahami.
Contohnya:
Kalau kita menjadi kayu

Unsur alam.
Contohnya kayu, cendana, gaharu

Simile.
Contohnya:
seperti cengal, keruing atau meranti

Personifikasi.
Contohnya:
yang rela diperkuda kapak

Sinkof.
Contohnya; itu juga pilihanmu
atau mu


 


Unsur Bunyi
Asonansi iaitu ulangan bunyi vokal ‘i’.
Contohnya:
wangi dan bernilai tinggi

Aliterasi iaitu ulangan bunyi konsonan ‘k’.
Contohnya:
Kalau kita menjadi kayu

Rima akhir tidak sama atau bebas.
Contohnya:
Rangkap 1 : abcdcc
Rangkap 2 : aababaccb

Terdapat jeda di tengah-tengah baris. Contohnya:
Kalau kita / menjadi kayu

Nilai
Harga diri. Contohnya:
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
asal punya harga diri.

Kebijaksanaan. Contohnya:
Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu atau cendana
wangi dan bernilai tinggi

Kesederhanaan
atau paling tidak
jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
asal punya harga diri

Kejujuran
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak
kaum sendiri

Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa menjaga harga diri agar dihormati oleh orang lain. Contohnya:
jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
asal punya harga diri.

Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang merosakkan
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak

Hendaklah berbakti kepada masyatakat dan tanahair
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
asal punya harga diri.

Kita hendaklah bijaksana dalam memilih jalan hidup agar tidak menjadi petualang kepada bangsa sendiri.
Contohnya:
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak
kaum sendiri.

Segmen Bloglist Percuma Di Blog 3 Dalam 1 (Sesi June 2013)

Salam 1 Malaysia! Harap korang sihat & happy selalu :)

Segmen Bloglist Percuma Di Blog 3 Dalam 1 (Sesi June 2013)
Perdana Menteri Malaysia

Terlebih dahulu, anda kena tahu:-

Kenapa nak jadi bloglist?

&

Apa itu backlinks?


Kenapa nak jadi bloglist?



Jawapan saya simple, setelah anda menjadi Bloglist Blog 3 Dalam 1..


Korang akan dapat Backlinks daripada Blog ini ---> Backlink yang bagus akan memberi anda traffic yang power ---> Traffic yang power akan meningkatkan jumlah % CTR / CPM / CPC dalam DASHBOARD iklan nuffnang / komli yang anda sertai. Means di sini anda akan jana lebih banyak wang! (Nanti kaya share-share la dengan saya ok? Hehehe!)




Apa itu backlinks?


Backlinks adalah URL sesebuah website / blog yang tersimpan di website / blog orang lain

Apa manfaat backlink?

Semakin banyak backlink semakin tinggi pageviews blog / website anda

Segmen Bloglist Percuma Di Blog 3 Dalam 1 (June 2013)

Cara dapat backlink yang paling mudah adalah dengan menggunakan Widget Bloglist yang tersedia dalam dashboard blogspot anda.

Segmen ini buang masa? Ko saja yang untung!!!

TIDAK SAMA SEKALI! Segmen ini adalah win win situation (sama-sama untung) kerana...


Saya akan letak link blog peserta dalam Bloglist saya 


So semua sudah jelas bukan?



Kalau korang nak sertai Segmen ini, cuma 1 sahaja yang saya harapkan iaitu:-


Berlaku jujur.

Maksudnya disini, saya letak URL blog korang dalam bloglist korang pun kena la jujur & letak kembali URL blog saya 




Apa yang korang kena buat sekarang adalah



Copy code di bawah ini dan letak dalam ruangan HTML post anda.

&

Letak url: http://blog3dalam1.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda


Simple + Fast bukan?


Setelah selesai 2 perkara di atas tolong letak link penyertaan anda di sini:-



Klik link ini --->

Senarai peserta Segmen Bloglist Percuma Di Blog 3 Dalam 1 (Sesi June 2013)


Pantun Sebelum Lenamu..

Pantun Sebelum Lenamu

Sinar bulan di muka kuala
Nampak bayang di pasir memutih
Aduhai intan pejamkan mata
Usah berbayang gundah  gelisah

Perahu berlabuh di kuala tenang
Awan berbayang meneduh purnama
Biarlah jauh di dalam kenang
Esok datang membawa gembira


Awan rendah di tiup bayu
Pohon berbalam  disinar purnama
Buangkan lelah di lembut peraduanmu
Bawakan tenteram ke dalam lena

Malam cerah bediri di pintu
Bintang bercahaya di puncak cemara
Selagi masa berbingkai waktu
Esok kan tiba membawa cerita


Malam larut  berhembus bayu
Pepohon tunduk tafakur pasrah
Panjatkan doa ke hadrat yang satu
Pohon petunjuk jalan yang  cerah

Pohon tumbuh di tepi danau
dahan berjuntai beradu sang merbah
Semoga Allah berikan restu
Esok terhurai  gundah dan payah

Hijab Kekasih - M Nasir

3 Jun 2013

Tanda Putera : 29 Ogos 2013

 Hanyalah Sebuah Filem...




 Tanda putera hanya sebuah filem. Hanya sebuah pemikiran dan karya seni yang digalurkan melalui medium filem. Tapi bagi mereka yang kecanduan fikir, segala tohmahan diberikan kepada Tanda Putera. Kencanduan inilah yang seringkali memberi bahaya kepada masyarakat bukannya filem itu sendiri. Kecanduan akal yang dilingkari oleh kemabukan sentimen,  kedangkalan prejudis dan kedangkalan sejarah  akan meleburkan segala apa yang murni dan harus menjadi petunjuk kepada rakyat negara ini.

Sebuah filem adalah ekspresi seni sang pangarah dan para aktor. Filem adalah wahana manusia menyampaikan cerita,  pengisahan dan peringatan dalam bauran dunia moden. Filem berada sebaris dengan karya sastera seperti novel, sajak, atau drama yang mempunyai implikasi yang sama iaitu hiburan dan nasihat kepada audiennya. Malah lebih awal dari wujudnya filem dan sastera, kita disuburkan oleh pengaruh fairytales, penglipurlara yang menjadi komunikasi seni masyatakat. Ia kemudian bercambah kepada kesenian seperti mak yong, wayang kulit, dan sebagainya sebagai hasil seni masyarakat. Di dalamnya terisi hiburan dan peringatan secara halus.


Tanda Putera adalah sebuah filem yang sebaris pula dengan produksi besar seperti Ghandi, Jurassic Park, dan The Godfather dari segi genrenya. Tanda Putera juga sama dengan produksi Seniman Agung Negara Tan Sri P Ramlee menerusi Anakku Sazali, Pendekar Bujang Lapok, dan lain-lainnya. Ia adalah filem adunan pemikiran, imaginasi, dan kemahiran produksi para karyawan filem tanahair. Sebagai sebuah filem ia pastinya akan menterjemahkan pengalaman menerusi penceritaannya. Pengalaman yang mungkin diambil dari sudut sejarah, moral, sosial, politik dan sebagainya. Pengalaman yang dibawa ke dalam bentuk filem untuk dinikmati oleh audiennya. Ia akan menjadi pengalaman baru audien yang membawa kepada pengalaman estetik filem itu. Ini jika kita melihat dari sudut estetik filem. Maka pengalaman estetik ini akan menunaskan pengalaman baru yang akan menjadi perenungn dan pemikiran audiens. Segala yang tersaji dilayar sudah pasti akan memberi kesan estetik kepada audien. Inilah tugas filem iaitu memberi rasa baru dan pengalaman baru untuk menjadi renungan dan fikiran masyarakat.

Kita pun sudah lama melihat bagaimana pengalaman estetik ini digarap oleh Seniman Agung Tan Sri P Ramlee. Dalam pengisahan Pendekar Bujang Lapok, kita bertemu dengan kritik budaya yang halus tetapi tajam berkaitan dengan masalah membaca dan buta huruf, kelas sosial yang melihat bagaimana golongan kaya mendominasi golongan miskin, serta kejujuran dan keserakahan manusia. Semua ini menjadi pengalaman estetik yang lama bermain dalam fikir masyarakat hingga ke hari ini. Apakah yang silapnya sebuah filem yang begini? Masyarakat menerimanya dan mula memahami soal pendidikan dan kelas manusia.
 

Jika kita kembali kepada Tanda Putera, ia sebuah filem yang membentangkan peristiwa sejarah. Sebagai sebuah filem mungkin perisitiwa itu ada kebenarannya atau sebagai imaginasi pengarang atau pengarahnya semata-mata.  Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba Suhaimi mengisahkan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Inilah inti filem itu. Bagaimana kesan dan pengaruh estetiknya kepada audien akan tersaksi apabila selesai audien menonton filem ini.  Kita harus menontonnya untuk melihat sejauhmana kejujuran, kesungguhan, dan keupayaan pengarah merakam peristiwa sejarah atau diambil dari sejarah ke filem.  Kita tidak harus menyekat ia ditayangkan kerana filem ini harus tiba kepada audien sebagai penilainya. Audien bertanggungjawab untuk menghukum atau mengangkat filem ini. Selagi ia tidak ditayangkan maka selagi itu ia hanya menjadi tomahan yang tak berkesudahan. Akhirnya Tanda Putera akan memasuki pawagam pada 29 Ogos 2013.

Tidak dapat disangkal bahawa sebuah filem akan membawa peristiwa yang tertentu dan melekat dalam fikir audien. Apakah kita bimbang filem ini akan mengaulkan semula kekeruhan 13 Mei? Apakah filem ini membawa dokumentasi ras dan etnik yang keterlaluan? Semua ini tak dapat dijawab selagi ia tidak ditayangkan kepada umum.  Kita pula tidak harus dicandukan dengan pemikiran sempit soal ras dan perkauman. Biarlah sebuah filem bercerita sebagai sebuah filem. Barangkali tidak disedari dalam  filem Ali Baba Bujang Lapok  pengarah telah memasukkan scene Apek yang ketagihan madat. Ia adalah gambaran masyarakat yang mahu dijelaskan oleh pengarah. Tidak ada niat atau tujuan untuk menghukum mana-mana ras atas tabiat buruk mereka. Begitu juga dalam filem The Blackhawk Down, banyak insiden yang dipaparkan bebeza dengan pengalaman pasukan keselamatan kita ketika berjuang di Mogadishu. Tapi sebagai filem kita harus menerimanya kerana ia adalah keperihalan manusia yang dilihat dari sudut pandang pengarahnya.


Kita sering menyebut tentang kemandulan intelektual dalam masyarakat. Jika kita mahu keintelektualan ini subur dan dinamis berkembang, sudah pastinya sebuah filem seperti Tanda Putera perlu dihayati bersama-sama. Segala kurangnya dibahas secara intelek dan segala fakta dan benarnya dibincang secara intelek. Inilah hamparan terbaik membawa kita kepada landas fikir, renung, dan memberi pandangan. Usah amalkan pemikiran yang disuburkan melalui fakta yang  tidak kukuh, mengutamakan persepsi dari fakta, dan menyangkal sesuatu tanpa hujah yang kritis dan intelek. Kita tidak mahu kemandulan intelek berlaku. Kita mahu menuju ke sebuah negara maju. Sampai ketika kita menolak sentimen dan dangkal fikir untuk menerima suatu yang lebih terbuka dan  berfakta. Kita tidak harus bermain fantasi dalam langkah menjadi sebuah masyarakat global.

Tahniah kepada Tanda Putera. Kesabaran adalah segalanya.
Semoga kita menjadi yang lebih waras dan lebih beristiqamah dalam membawa
segala yang terbaik untuk negara kita.

Kita menunggu tarikh tayangan itu.....

Trailer Tanda Putera



Penghargaan dan Terima Kasih : e-nota

Penghargaan dan Terima Kasih
E-NOTA PERCUMA DI SINI

Terima kasih atas sokongan terhadap laman ini
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
Sila dapatkan naskah e-nota
Pantas Sastera 
yang barangkali dapat dimanfaatkan bersama
Jika berwaktu, Sila beri komen terhadap projek ini
untuk tujuan penambahbaikkan



Klik ikon di atas untuk muat turun

Sudikanlah pula tekan butang di bawah
sebagai tanda sokongan projek ini. Atau follow blog ini
atau  tekan butang G+
Saya dahulukan dengan terima kasih



Terima kasih kerana berada di sini

Catatan : Pantas Sastera merupakan projek pengumpulan istilah sastera

2 Jun 2013

Rubiah



Rubiah Dari Teater Ke Drama Televisyen

Pertama kali Teater Muzikal Rubiah dipersembahkan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung ke-11 di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 26 hingga 30 Mei 1999. Rubiah kemudiannya dipentaskan sekali lagi  di Panggung Sari, Istana Budaya pada 27 Mei hingga 5 Jun 2005. Demikian sejarah pementasan Muzikal Rubiah di Istana Budaya.  Setelah pementasan kali pertama, naskhah teater ini telah dikaji dan kekurangan teater ini diperbaiki untuk dipentaskan kali keduaanya di tempat yang sama.


Mengikut kamus Dewan, perkataan Rubiah bermakna pertapaan wanita atau wanita yang solehah.
Justeru, watak Rubiah dalam teater ini disifatkan sebagai seorang gadis yang khatam Quran, mempelajari hukum hakam, mencintai keindahan alam dan bertugas sebagai guru al-Quran. Bahkan perwatakan ini di modifikasi serta dikembangkan bukan saja solehah, malah cantik jelita, bersuara merdu dan mempunyai kisah lahir yang tersendiri.

Rubiah bukan gadis biasa. Anak tunggal Pak Tuan dan Mak Tuan ini bukan saja disayangi kawan-kawan malah merupakan kebanggaan Desa. Mak Alang sudah lama berhasrat menjodohkan Rubiah dengan anaknya, Alang. Demi untuk menyunting Rubiah, Alang keluar mengembara mencari bekalan hidup. Malangnya ketika bermain di tasik, Rubiah didatangi lelaki misteri, Daeng bersama rakan-rakannya. Sesungguhnya kemunculan lelaki misteri itu adalah satu watak yang unik yang mengkagumkan dan menyenangkan Rubiah.Kemunculannya menggoda dan mempesonakan Rubiah.
Begitu juga dengan usikan Daeng telah memaksa Rubiah bersumpah, ``Walau sejuta gordang sembilan kau palu, aku bersumpah tak akan menari, sirna jasad ku di muka bumi.''

Sumpahan itu membuatkan Daeng tercabar dan utusan merisik segera dihantar. Pak Tuan menjadi serba salah tetapi Mak Tuan terus menerima dengan rasa bangga. Mak Alang terluka kerana hasrat untuk menjodohkan Alang dengan Rubiah tergendala. Namun tiba-tiba Alang pulang. Dengan bantuan kawan-kawan Alang, Mak Alang segera menghantar risikan sekali gus meminang Rubiah.
Sayangnya mereka terlambat. Rayuan dan desakan Mak Alang ditolak oleh Mak Tuan. Rubiah pula mengatakan belum sedia berumah tangga. Alang tidak memaksa. Namun begitu, Mak Alang tetap terluka. Pak Tuan terhimpit kerana sebagai jiran, Mak Alang amat dihormati, tetapi Paduka Daeng amat digeruni, bahkan pernah terhutang budi. Kerabat adat di kerah membuat keputusan yang berpihak kepada Daeng. Rubiah kesal dan kecewa kerana sumpah sudah terlepas. Rubiah pasrah dan berdoa. Ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari Rubiah, tiba-tiba angin menderu, kilat memancar, petir memanah, pelita terpadam dan dinding rumah runtuh. Apabila suasana tenang dan terang. Semua orang tercengang. Rubiah didapati hilang. Selendang dan cincin pertunangan tertinggal di atas sejadah. Mak Tuan menangis sedih manakala Pak Tuan gelabah. Daeng dan kerabat desa mencari Rubiah. Namun Rubiah ghaib entah ke mana.


Kedua-duaa pementasan Muzikal Rubiah mendapat sentuhan gubahan muzik oleh Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah).Pementasan kedua terisi dengan 17 buah  lagu manakala pementasan kali pertama hanya menampilkan 14 buah lagu, Dari aspek pemainnya, Muzikal Rubiah yang pertama watak-watak Rubiah, Pak Tuan, Mak Alang dan Lelaki Misteri dilakonkan oleh Fauziah Latif, Zaidi Omar, Fauziah Nawi dan Ramli Hasan. Manakala pementasan terbaru  watak-watak tersebut didukung oleh Maizurah Hamzah dan Safinaz Selamat, Yalal Chin dan Ali Osman, Azizah Mahzan dan Rahimah Rahim serta Saufi Yahya. Watak-watak Mak Tuan, Alang dan Daeng terus dihidupkan oleh Zuhaila Siregar, Ahmad Idham dan Razak Ahmad. Pementasan Muzikal Rubiah menyaksikan kemunculan Safinaz Selamat dan Saufi Yahya yang merupakan muka baru di pentas teater.


Muzikal Rubiah diarahkan oleh  Ahmad Tamimi Serigar. Selain naskah Muzikal Rubiah beliau pernah mengarahkan Kaba Kasih Menanti (1994) dan Itik Liar (1995). Ahmad Tamimi begitu kukuh berpegang  kepada cerita mitos atau anak dara keramat yang berlaku di Kuala Selangor yang bernama Rubiah. Bagaimanapun, cerita sebenar yang berlaku pada 1800 ini tidak jelas kerana tiada bahan kajian yang sahih. Oleh itu mitos ini dijalin secara halus menjadikan Muzikal Rubiah lebih berfokus kepada permasalahan manusia dan masyarakat. Bagi Ahmad Tamimi Muzikal Rubiah yang dipentaskan sebanyak dua kali di Istana Budaya ini merupakan sumbangan beliau dalam menyemarakkan warna-warani teater tanahair. Pementasan Muzikal Rubiah pada 27 Mei - 5 Jun 2005 diterbitkan oleh  Lay-Tas Communication.

Nasib Muzikal Rubiah tidak sekadar berakhir di pentas teater. Dato' Ahmad Tamimi Serigar sekali lagi membawa warna Rubiah ke alam baru iatu drama siri televixyen.  Rubiah diberi nafas dan warna baru dalam siri tv Rubiah yang sedang ditayangkan di Saluran 180 TVi. Lakon Layar dan Arahan Rubiah disempurnakan oleh Dato' Ahmad Tamimi Serigar. Pelakon yang mendokong watak dalam tele-movie ini terdiri daripada Datin Zulhaila Serigar, Elly Mazlin, Zaidi Omar, Shahrizal Mahmud. Turut dibantu oleh Meor Mohd, Ramli Hassan, Ray Redzuan, Jefrizal Jaafar, dan lain-lain. Drama ini diterbitkan oleh True Legacy Sdn Bhd di bawah penerbit Eksekutifnya Datin Zulhaila Serigar.

Kisah hidup Rubiah dipaparkan dalam drama tv yang pastinya memilki kekaguman yang lebih berbeza dengan drama pentas.  Selamat menonton di Salutan 180 TVi Astro


The Making Of Rubiah



Seuntai Kasih Secebis Harapan

Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan




Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini.

Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.

Mengapalah perang terus meletus,
Suara kedamaian sering diutus.

Memohon kasih mengharap sayang,
Aman bahagia sukar ditayang.

Hulurkan bantuan berilah harapan,
Demi kebahagian masa hadapan.

Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,
Susah derita hidup terseksa.

Seuntai kasih secebis harapan,
Berhati bersih berbudi sopan.

Kepada para pemimpin yang berkuasa,
Pastikan penghuni alam aman sentosa.

Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki)
Seuntai Kasih Secebis Harapan :


 

Maksud


Rangkap 1
Mengisahkan tentang luahan hati untuk keluar daripada seksaan azab penderitaan peperangan

Rangkap 2
Mengisahkan tentang penderitaan yang terpaksa dilalui oleh mangsa peperangan yang berada dalam kehausan dan juga kelaparan.

Rangkap 3
Rangkap ini menerangkan tentang luahan hati pengarang mengenai peperangan yang terus mecetus walaupun suara kedamaian terus berkumandang tetapi perang tetap juga terus berlaku.

Rangkap 4
Mengharapkan kedamaian negara mereka seperti negara lain supaya mereka seperti sebelum peperangan yang hidup dalam penuh
kedamaian dan kasih sayang.

Rangkap 5
Menyeru kepada masyarakat di seluruh dunia untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan untuk memberikan mangsa peperangan tersebut harapan untuk memulakan hidup baru.

Rangkap 6
Kanak-kanak yang tidak bersalah terpaksa hidup dalam penderitaan yang dicipta oleh orang dewasa. Segala masa depan kanak-kanak tersebut musnah akibat peperangan itu

Rangkap 7
Seseorang yang digambarkan mempunyai sifat yang baik iaitu mempunyai hati budi yang bersih daripada sifat-sifat terkeji serta i budi pekerti yang sopan santun.

Rangkap 8
Pemimpin harus memastikan bahawa rakyat yang dipimpin berada dalam keadaan baik serta sentiasa berada dalam hidup aman sentosa.

Maksud Keseluruhan

Perang membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada umat manusia. Perang menjadi punca kematian dan kehancuran. Kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan hidup dalam penderitaan. Perang perlu ditamatkan dan manusia harus hidup dalam kedamaian. Kasih sayang dapat menyelamatkan manusia dari berperang dengan ketulusan pemimpin untuk mengutus damai bagi umat manusia

 

Bentuk

Puisi jenis berangkap dan mempunyai lapan rangkap.

Setiap rangkap gurindam mempunyai dua baris.

Jumlah perkataan dalam sebaris adalah sekata
Jumlah patah perkataan dalam satu baris antara empat hingga lima patah perkataan.
Contoh: Seuntai kasih secebis harapan (4 patah kata)
Pastikan penghuni alam aman sentosa (5 patah kata)

Jumlah suku kata dalam sebaris adalah sekata
Jumlah suku kata dalam satu baris sepuluh hingga dua belas sukukata.
Contoh: Susah derita hidup terseksa (10 sukukata)
Hulurkan bantuan berilah harapan (12 sukukata)

Baris pertama gurindam ialah syarat dan kedua adalah jawapan

Rima akhir berbentuk terikat
Rima akhir gurindam ini adalah sama iaitu a,a

Puisi ini merupakan sebuah puisi berbentuk terikat

Tema

Tema gurindam ini keperitan hidup akibat peperangan.
Penderitaan mangsa peperangan yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan wanita bertarung nyawa demi meneruskan kehidupan, berada dalam kebuluran dan sebagainya. Oleh itu, mangsa peperangan ini mengharapkan belas kasihan daripada masyarakat dunia untuk membela nasib mereka dan mereka juga mengharapkan keamanan dan kedamaian.
Contoh : di medan perang mayat berkaparan
Susah derita hidup tersiksa

 

Persoalan


Persoalan kesengsaraan hidup yang dilalui mangsa peperangan akibat daripada kekejaman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Contoh: Kami kehausan kami kelaparan
di medan perang mayat berkaparan

Persoalan simpati kepada masyarakat yang hidup tertindas
Contoh:Hulurkan bantuan berilah harapan
demi kebahagian masa hadapan

Persoalan golongan yang tidak berdosa menjadi mangsa peperangan.
Contoh: Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa
Susah derita hidup terseksa.

Persoalan peranan pemimpin yang bertanggungjawab memastikan kedamaian dalam negara
Contoh: Kepada para pemimpin yang berkuasa
Pastikan penghuni alam aman sentosa

Persoalan usaha untuk menghentikan peperangan sering gagal walaupun pelbagai pihak bersuara
Contoh: Mengapalah perang terus meletus
Suara kedamaian sering diutus

Gaya Bahasa


Aliterasi
Contoh: Kami kehausan kami kelaparan
(Pengulangan bunyi huruf konsonan ‘k’)

Asonansi
Contoh: Hulurlah bantuan berilah harapan
(Pengulangan bunyi huruf vokal ‘a’)

Sinkof
Contoh: Kami tak mahu keadaan begini,

Kata ganda
Contoh:Kanak-kanak

Repitasi
Contoh: kami

 

Nilai


Tolong-menolong
Contoh: Hulurkan bantuan berilah harapan

Kasih sayang
Contoh: Memohon kasih mengharap sayang

Bertanggungjawab
Contoh:Kepada para pemimpin yang berkuasa
Pastikan penghuni alam aman sentosa

Baik hati
Contoh:Seuntai kasih secebis harapan
Berhati bersih berbudi sopan

Keprihatinan/Simpati
Contoh: Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa
Susah derita hidup terseksa.

 

Pengajaran/ Mesej


Kita hendaklah hidup saling membantu antara satu sama lain bagi memelihara keamanan dunia.
Contoh: Hulurkan bantuan berilah harapan
Demi kebahagian masa hadapan

Kita janganlah menindas antara satu lain supaya masyarakat dapat hidup dalam suasana yang harmoni.
Contoh: Mengapalah perang terus meletus
Suara kedamaian sering diutus

Kita hendaklah bersimpati dan prihatin dengan penderitaan orang lain
Contoh: Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa
Susah derita hidup terseksa.

1 Jun 2013

Negeriku Merdeka

NEGERIKU MERDEKA  (Marjan S)


MAKSUD


Rangkap 1

PARA pejuang yang telah gugur dalam perjuangan mempertahankan tanah air menentang komunis seperti dalam peristiwa Bukit Kepong dan perang Kebun Ubi telah dilupakan jasa dan bakti mereka. Pusara mereka terbiar dan dilupakan oleh masyarakat.

Rangkap 2

Dalam kesedihan para balu penuh reda merestui kehilangan suami mereka yang berjuang demi agama, bangsa dan negara. Mereka sendiri tidak pasti akan masa depan mereka. Anak-anak para pejuang pula bersumpah untuk menerusan perjuangan ayah mereka yang masih dianggap belum selesai.

Rangkap 3

Masyarakat masih belum berupaya menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya. Rakyat negara ini perlu ingat bahawa maruah negara sebenarnya masih terhukum kerana tanah air kita pernah tergadai kepada bangsa yang kononnya pernah berjasa dan memakmurkan negeri ini. Atas nama kemerdekaan kesilapan mereka dilupakan.

Rangkap 4

Sebenarnya kemerdekaan negara kita telah dicemari dengan anak watan yang berjiwa lemah, bahasa kita terpinggir, dan moral anak watan semakin runtuh . Siapakah yang bersalah sehingga anak-anak muda terpengaruh dengan budaya barat dan orang-orang tua masih bersikap tamak haloba. Sebagai sebuah negara merdeka, tindakan perlu dilakukan untuk menentukan nasib dan masa depan anak bangsa kita

MAKSUD KESELURUHAN


Penyajak kesal kerana pejuang-pejuang tanah air yang gugur telah dilupakan jasa mereka. Pusara mereka terbiar dan semangat keberanian mereka tiada dalam diri anak watan. Kehilangan mereka ditangisi oleh para isteri namun mereka reda atas pemergian suami demi agama, bangsa dan negara meskipun nasib masa depan mereka tidak terjamin. Anak-anak pejuang bersumpah untuk meneruskan perjuangan. Kita masih belum menghayati erti kemerdekaan kerana jiwa kita masih terbelenggu dengan bangsa penjajah. Kita tidak menyedari bahawa minda anak bangsa kita dijajah oeh anasir-anasir barat yang merosakkan bahasa dan meruntuhkan moral. Sebagai sebuah negara merdeka, kita sebenarnya berhak menentukan nasib dan masa depan anak bangsa kita sendiri.

TEMA


Semangat cinta akan tanah air. Para pejuang berjuang melawan musuh negara dan setelah kemerdekaan dikecapi jasa dan bakti mereka dilupakan. Namun para isteri merelakan pemergian mereka dan anak-anak mereka pula berjanji untuk meneruskan perjuangan tersebut. Cthnya; bersumpah penuh setia pertiwi
Berjanji menyambung perjuangan
Yang belum bertemu sudahnya

PERSOALAN-PERSOALAN


Persoalan pengorbanan. Para pejuang kemerdekaan sanggup berkorban nyawa mempertahankan tanah air dari kekejaman komunis

Persoalan kejujuran. Jasa dan bakti para pejuang tanah air perlu dikenang dengan penuh kejujuran kerana sumbangan mereka memerdekakan negara ini.

Persoalan kasih sayang. Para isteri merelakan pemergian suami mereka sebagai tanda cinta dan kasih sayang terhadap suami yang berjuang.

Persoalan kepincangan moral anak muda. Anak muda sebagai generasi pewaris merdeka mudah terpengaruh dengan budaya yang boleh meruntuhkan maruah generasi merdeka.

Persoalan mengenang jasa. Anak-anak para pejuang masih mengenang jasa dan bakti ayah mereka dan berjanji untuk meneruskan perjuangan yang masih dianggap belum selesai.

BENTUK


Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

Jumlah baris dalam setiap rangkap tidak sekata. Rangkap pertama dan kedua mempunyai 12 baris, rangkap ketiga 11 baris dan rangkap akhir terdiri daripada 14 baris.

Bilangan kata dalam setiap baris tidak tetap. Terdapat antara satu hingga enam patah perkataan dalam setiap baris

Bilangan suku kata dalam setiap baris adalah tidak sekata. Suku kata yang terdapat dalam setiap baris di antara 4 hingga 12 suku kata

Rima akhir sajak ini tidak terikat.

Sajak ini berbentuk bebas

GAYA BAHASA


Metafora
Contoh : di ribaan terang gelap masa depan
Perang saraf

Sinkof
Yang tak pernah subur

Kata Ganda
Contoh : hutang-piutang

Asonansi
Sewaktu gugurnya mereka dengan
(pengulangan bunyi huruf vokal a)

Merdeka dalam perang
(pengulangan bunyi huruf vokal e)

Aliterasi
Peradaban seorang hamba Tuhan
(pengulangan bunyi huruf konsonan n)

Menyebut makna merdeka
(pengulangan bunyi huruf vokal m)

Anafora
Tentang wangsa yang kuning minda-
Tentang yang berusia senja

Inversi
Contoh : Belum siapa pasti

Pengulangan
Contoh : semakin runtuh – semakin hancur

NADA SAJAK


Sajak ini bernada patriotik. Penyajak menyanjung jasa para pejuang yang terkorban demi memerdekakan tanah air dari musuh negara.Cthnya:
Ke mana hilangnya pusara wira
Bersemangat waja legenda

PERASAAN DAN SIKAP PENYAJAK


Penyajak merasa kecewa sikap tidak mengenang budi masyarakat. Kekecewaan penyajak terhadap masyarakat yang tidak prihatin terhadap pengorbanan para pejuang. Pusara mereka diabaikan dan keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan.

Penyajak terharu dengan nasib para isteri pejuang yang kehilangan para suami sedangkan mereka berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti.

Penyajak menegaskan bahawa nasib golongan muda perlu diberi perhatian. Nasib masa depan anak bangsa terletak di tangan kita dan langkah untuk memperbetulkan kesilapan anak muda perlu diambil segera.

Penyajak kesal terhadap golongan yang bertindak menjadi petualang negara tetapi atas dasar kemerdekaan kesalahan mereka diabaikan.

NILAI


Simpati. Penyajak bersimpati dengan nasib para pejuang bangsa yang dilupakan jasa dan sumbangan mereka dalam mempertahankan tanah air

Berani. Anak-anak para pejuang bangkit dengan berani untuk menyambung perjuangan ayah mereka yang telah terkorban


Rasional. Penyajak mengajak pembaca secara rasional bertindak untuk membela nasib generasi muda agar memahami makna kemerdekaan yang sebenarnya

PENGAJARAN


Kita mesti menghargai jasa pejuang tanah air yang telah berjuang menuntut kemerdekaan.

Kita haruslah berani mempertahankan tanah air daripada pihak yang ingin melihat negara ini hancur

Seseorang isteri mesti reda akan kematian suami demi mempertahankan tanah air

Seorang isteri harus tabah menghadapi dugan hidup selepas kehilangan suami yang berjuang.

Kita mesti mengekalkan kemerdekaan tanah air yang telah diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan

Anak-anak bangsa perlu menghayati erti kemerdekaan agar mereka mencintai negara ini.

Kita jangan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang boleh merosakkan minda.

Daulat Tuanku


DAULAT TUANKU


MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

KEPADA

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM 
MU'ADZAM  SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN RASMI
SERI PADUKA BANGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USIA PEMERINTAHAN TUANKU

DAULAT TUANKU

STATUS

Search This Blog

DAUN