ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

12 May 2013

Mega GiveAway By Adam Faiz


Mega GiveAway By Adam Faiz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Actually dah lama nak buat GiveAway,cuma masa dan waktu sahaja yang tidak mengizinkan,So, hari,ni 5 Mei,bersamaan,hari mengundi ,aku nak hold satu GiveAway,haha,actually,This is my first giveAway huhu..Hope ramai yang support kayh? Sebanyak 59 HADIAH ditawarkan!! suka tak,sukatak haha.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1.Follow blog penganjur
2.Buat entri yang bertajuk "Mega GiveAway By Adam Faiz"
3.Copy,banner kat atas tu,dan backlinkan ke entri ini
4.Tinggalkan Link penyertaan korang kat kotak komen  di  entri ini SAHAJA
4.Wajib FOLLOW ,LIKE,KLIK sponsor.
FOLLOW BLOG, ADD FACEBOOK DAH SHARE GAMBAR SPONSOR:
p/s: Banyak ke kena follow sponsor? sebelum cakap macam tu.Tolong julinkan mata anda ke bawah dan tengok berapa bnyak hadiah yang mereka sponsor ^_^  berbaloi,so,please jujur. ^^
KLIK IKLAN SPONSOR:
[Klik] [Klik] [Klik] [Klik]
p/s: tolong jujur,KLIK sampai habis loading,duit pos hadiah korang jugak nanti :3
FOLLOW TWITTER,INSTAGRAM KALAU ADA:
Follow @syafiqashahrul
LIKE FANPAGE SPONSOR:

HADIAH:


SENARAI HADIAH:
1. 1x Handmade Keychain By Lolly Shoppe
2. 1x Moustache Watch By MW
3. 1x Top Dress By PKSKPT
4. 1x Perfume lelaki By PKSKPT
5. 1x Mug Putih By KCC
6. 5x Bookmark Korean Cartoon By HSO
7. 1x Domain By Saidatul Qifayah
8. 2x Tudung Bawal By 4 UM
9. 2x Tribal Shawl By LTC
10. 10x Coklat By CB
11. 1x Aksesori subang telinga By NS
12. 5x Black Shisheido Mask By Wana
13. 1x  Rainbow Al-quran By AQR
14. 1x Candy lens By IKLS
15. 1x Kardigen By EzBuydiaz
16. 1x Legging By  EzBuydiaz
17. 1x Lip Tint Odbo By wilma  
18. 3x Keychain felt Craft By Eymasu
19. 1x Moustache Ring By lolita
20. 3x Mini bar coklat By LPCW
21. 1x Keychain Felt By CCS
22. 1x Handbag By BSS
23. 1x Kurung Peplum By  BSS
24. 3x Perfume Miniature By KTTT
25. 5x Corsor by Fiqa
26. 2x Keychain nama sendiri By SnA's
27. 1x Daiso chorcoal mask By SnA's
28. 1x Pure Marine colaggen gred AAA By  SnA's
29. 1x Cheesy Powder By SnA's
30. 1x Butang baju melayu
JUMLAH HADIAH: 60 HADIAH!

PEMBAHAGIAN HADIAH:
1. 1x TOP REFFERAL: Moustache Watch ,Top Dress ,shawl tribal dan 1x Mini bar coklat
2. 56x RANDOM.ORG
NOTA KAKI:
Kalau TOP REFFERAL Lelaki, Hadiah akan bertukar:
1. 1x Perfume lelaki
2. 1x Domain
3. 1x Mug
4. 1x Mini bar coklat
Pesanan Ringkas:
1.Peserta yang tidak ikut salah satu syarat di atas,automatik PENYERTAANNYA TERBATAL!
TARIKH TAMAT:
25 MEI 2013
UPDATE:
1.[Senarai peserta] belum updte
2. Penyertaan mencecah 100,hadiah akan  bertambah ^_^
*SPONSOR boleh join^^

Segmen Bloglist by WanMuna

 
Sertai segmen bloglist ini...


  • Follow blog muna ( kalau ada G+, boleh follow ) *akan disemak
  • Buat entry bertajuk " Segmen Bloglist by WanMuna "
  • Copy banner dan backlink kan ... *new
  • Copy/paste kan link dekat ruangan komen sahaja..

The First 'G' Giveaway by Miss Lulla

Klik banner untuk bersama

Saya mempersilakan teman-teman ini bersama juga :
Blog CCK



Mega giveaway : Santai banyak banyak


Tekan banner untuk sertai bersama

syarat-syarat :

1. Malaysian .
2. must be a blogger . 
cara-2 nak menang :
1. follow blog Elsa Mayra .
2. follow semua benda yang ada dekat jom kita jadi jujur kat belah bawah .
3. buat entry bertajuk mega giveaway : santai banyak banyak by EM . copy dan tampal banner simple kat atas tu di entry anda and backlink-kan ke entry ini .
4. invite kawan-2 by tagging their names dekat entry korang :) *depends nak buat ke tak*
5. letak link entry korang di kotak komen entry ini sahaja .
JOM KITA JADI JUJUR . senarai sponsur : KLIK SINI .
follow blog and like semua page sponsur okay :) jangan tipu tipu .

SENARAI HADIAH YANG MANTAP HABIS . KLIK SINI .
senarai peserta *updated 11 may
sebarang update akan dipost di entry baru okay :)
TARIKH GA BERLANGSUNG : 3 MEI 2013 sehingga 15 MEI 2013 .

11 May 2013

Bonda, tiada terindah cintamu

Bonda, tiada terindah cintamu

apa yang kauperbuatkan
adalah cinta 
lurah kasih padang sayang
luas terbuka tak terbatas jarak
tak terkurung waktu 
relung hatimu  adalah sudut terindah
bertahun-tahun kauukirkan cinta
kalaupun aku jauh doa dan mohonmu tak pernah henti
bahagia dan senyum terukir di bibir
anakmu
kalaupun aku dekat jemarimu menyentuh mesra
mengalirkan ziarah cinta
dari taman hati ke sudut jantungku
mengharap selalu aku bahagia
meski ada luka terdampar di pantai sukmamu

yang selau tiba padaku 
adalah keajaiban cintamu
begitu indah begitu pesona
mengitari hidupku

mimbar kata


 jasa bonda - warisan




airmata ibu - siti norhaliza


muara kasih bonda -erie suzan




begitu cinta bonda
tak pernah tiada tak pernah berhenti












bonda, tiada terindah cintamu
mengepung waktu dengan kasih terindah
menyusun jarak dengan setia teragung
begitu kau pentaskan cinta
demi seludang hidupku


10 May 2013

Sekeping Cinta Di Hatimu

 

Sekeping Cinta D Hatimu

Sekeping cinta di hatimu
begitu indah begitu berkilau terang
memayung ragaku  mengurung jiwaku
 tak kunjung berhenti
tak pula berkurang meski seinci
cinta itulah mendewasakan 
membuka tirai harap mengepung buih bahagia
menjadi penguat kala luka mengguris hati
menjadi pelindung kala hiba menyambar sukma
menjadi penawar kala raga berbalut nestapa

kalaulah engkau sungai begitu dingin begitu jauh alirmu
meredah tandus tanah mengapung zat mendinginkan  datar
kalaulah engkau hujan sering berjatuhan 
membawa kesejukan membawa tenteram 
pada panas alam dan kering bumi
engkau adalah sekeping cinta
tersemat kukuh di bangku jiwaku
guru yang mengajar padaku makna harapan
sahabat yang mendorongku makna perjuangan
kekasih yang mengutip buih cinta di muara hidupku

terlalu banyak terlontar dari hatimu
yang kukutip sepanjang usiaku
tak terhitung darinya kasih sayang 
yang kaucambahkan saban waktu 
apakah yang dapat kukembalikan pada hatimu
selain haya kata-kata
terima kasih ibuku
atas segala indah cintamu

mimbar kata

Pensel dan Cinta



Lagu Untuk Ibuku



Doa Untuk Ibu


Buatmu Ibu..



Cintailah Ibu
Tak tergantikan





Terima Kasih Bahagian 2

Terima Kasih
Setiap orang berhak menyatakan terima kasih buat negara ini
Terima kasih atas kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecap bersama
Terima kasih atas segala yang kita perolehi dan nikmati.
Negara ini milik kita dan kecintaanlah yang harus subur
dalam jiwa dan nurani kita.
Kita jangan tersilap langkah mengambil cara mudah
mengorbankan segenap yang teguh terbina.
Kedamaian dan kemakmuran bukan tiba sekelip mata.
Kejayaan dan kemenangan bukan datang seimbas cahaya
Ia diperolehi dengan pengorbanan dan perjuangan

Negaraku Malaysia
Cintaku hanya padamu
Terima Kasih Malaysia





Terlalu banyak yang kudapat darimu Malaysia
terlalu sedikit yang mampu kuberikan buatmu....

Terima Kasih

Terima Kasih

Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan

Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu
Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna







Inilah lagu Malaysia. Bicara tentang cinta dan kesayangan akan tanahair
Tanah tumpah darah kita. Ini bumi kita bernaung ini langit kita junjung.
Negara ini nenek moyang kita kesayangan kita yang tak dapat ditukar ganti.

Bersyukur kita atas segala limpah nikmat dan makmur anugerah AllahYang Maha Esa.
Setiap kita dapat merasa segala nikmat dan makmur negara tanpa ada yang terpinggir
Kita hirup udara segar, langit indah dengan cahaya pagi. Hujan yang menitis dan
teluk dan tanjung yang mengepung ombak. Matahari selalu bangtkit menghantar cahaya ke segenap lurah dan desa tanah air. Semuanya berpeluang untuk mencari rezeki, menuntut ilmu.
mengembangkan bakat, bersuara dan menyatakan pandang dalam serba yang terizin.
Kita mahukan perpaduan, kemajuan, kemakmuran, kedamaian dan kehidupan 
yang penuh cinta dan kasih sayang mengisi segenap inci tanah negara ini.
Kita benci keganasan, menolak kejahatan dan penipuan serta kita mahu
hidup yang makmur.

Terima kasih segala kemudahan untuk kita bergerak di atas jalan raya, terbang ke tempat jauh atau
ke pulau-pulau sunyi, semuanya tersedia. Komunikasi kita yang mudah
secara jaringan maya dan kebebasan untuk kita bersosial dan berkongsi cerita di laman maya
Inilah negara kesayangan

Banyak lagi cetera bahagia dan indah sebuah negara
Ia terbentuk dan tercanai dari mereka yang mengerti dan memahami
akan  negara dan rakyatnya
Ia tercipta dari tanggungjawab dan didikan mereka yang berjiwa besar
yang menghabiskan usia dan masa demi makmur negara ini
Ia dari pengorbanan, keringat dan usaha mereka yang berbakti
buat negara ini. 

Negara tercinta ini tak ke mana cinta kita
Terbaik buat kita sememangnya bandingnya tiada

Negaraku Malaysia
Aku berterima kasih kepadamu
Ya Allah, berkatilah negara kami. amin






8 May 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani


Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .


Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani & Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Like page INI dan like INI jugak!
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana


Hadiah yang bakal dimenangi ialah :





  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !

Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Segmen : Review Sampai Lobam


Klik banner di atas untuk bersama
Terima kasih.

Bertinta sastera berdakwat bahasa
Demikan tag line blog ini.
Apa yang mahu saya sajikan adalah bilah-bilah warna
dunia sastera terutama kepada mereka yang masih berada
di bangku perjuangan  SPM dan STPM
Blog ini ingin memberi ruang bacaan kepada mereka
untuk lebih mengenali sastera lebih dekat dan akrab
sesuai dengan perubahan masa dan kemunculan media baru

Semoga manfaat itu dapat diterima
meskipun sekecil hama

Mimbar Kata

Penghayatan Karya : Kesusasteraan Melayu Komunikatif




Kesusasteraan Melayu Komunikatif 

Matlamat
Sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang Kesusasteraan Melayu Komunikatif melalui penghayatan karya, bina insan, dan pembangunan kreativiti berasaskan teks sastera terpilih. Fokus terasnya adalah untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani; kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; patriotisme, kenegaraan, nilai murni, estetik, budi bahasa, ketahanan diri serta keutuhan pendidikan berasaskan teks sastera terpilih di samping menerokai disiplin, mengkomunikasikan ilmu, penulisan kreatif, prinsip pengurusan, dan elemen multimedia dalam sastera.

Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar
(a) mengapresiasi karya kesusasteraan;
(b) mengkaji dan menelusur ilmu kesusasteraan serta penerapan ilmu bantu;
(c) menghuraikan konsep sastera dan pembangunan meliputi pembangunan insan, masyarakat, dan negara berasaskan teks sastera terpilih;
(d) menghasilkan karya kreatif;
(e) menyunting karya kreatif;
(f) menguasai dan menghuraikan prinsip pengurusan dalam organisasi sastera;
(g) mengkaji dan memahami ilmu pengurusan dalam karya; dan
(h) menguasai dan mengaplikasikan elemen multimedia dalam teks sastera terpilih.

Kandungan
Kandungan sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu:
(a) Penghayatan Karya;
(b) Sastera dan Pembangunan;
(c) Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia.

Untuk aspek penghayatan, pembelajaran berfokus kepada analisis teks prosa dan puisi Melayu. Aspek sastera dan pembangunan pula ditelusuri melalui teks karya agung dan novel terpilih. Aspek kreativiti memberi fokus kepada penulisan kreatif, pengurusan, dan multimedia dalam sastera.
Bilangan waktu pembelajaran untuk sukatan pelajaran ini diagihkan berdasarkan tiga penggal persekolahan, iaitu 120 waktu pengajaran bagi setiap penggal.

Penggal 1
PENGHAYATAN KARYA
Puisi
Puisi tradisional
Pantun Syair Seloka Talibun Gurindam Teromba Mantera
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional;
(f) menganalisis karya.

Puisi moden
Sajak
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional;
(f) menganalisis karya.

Prosa Tradisional
Epik
Cerita Rakyat
Keagamaan
Ketatanegaraan
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan;
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(e) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(f) menghuraikan kandungan karya;
(g) menganalisis karya.

Prosa Moden
Cerpen
Drama
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam prosa moden terpilih;
(b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(c) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(d) menghuraikan kandungan karya;
(e) menganalisis karya.


Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif

922/1 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1
Bahagian A: Puisi
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Bahagian B: Prosa Tradisional
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Bahagian C: Prosa Moden
Soalan esei
2 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 2 soalan

Teks Kajian
Majlis Peperiksaan Malaysia (Penyelenggara), 2012. Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PraUniversiti : Tingkatan Enam

Selamat Mendaftar Sebagai Pelajar Semester 1
Tingkatan Enam Seluruh Negara

Semoga perjuangan beroleh jaya
Selamat belajar untuk semua

Mimbar Kata

5 May 2013

Pilih Malaysia

Alhamdulillah.
Tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia telah dapat disempurnakan
pada jam 8.35 pagi tadi....
Jari tertera warna, kertas tertulis pilihan
Selamat memilih rakyat Malaysia
Negara kita tanggungjawab kita

Buatlah pilihan. Gunakan kebijaksanaan
Negara ini milik kita
Warna dan  garisnya kita yang memilihnya

SELAMAT MEMILIH
ikhlas : mimbar kata

STATUS

Search This Blog

DAUN