ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

16 May 2014

Hidayah

Segalanya terselit hikmahNya
MOHD AZLI MOHD ALI
16 Mei 2014


Van Doorn berazam untuk menghasilkan filem yang mengangkat martabat Muslimin.



ADAKAH anda pernah menonton filem Fitna. Filem pendek berdurasi 15 minit ini satu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila filem ini dilihat sebagai menghina agama Islam, menghina Rasulullah SAW dan umatnya.

Ramai pemerhati berpendapat kelahiran filem ini sebagai manifestasi sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001.

Karya ini dapat dihasilkan kerana orang yang menjadi tulang belakang pembikinan filem ini adalah seorang ahli politik Party for Freedom (PPV) yang terkenal dengan anti Islam, Arnoud Van Doorn.

Sesungguhnya hidayah ALLAH tidak mengenal siapa. Orang yang dahulunya beriya-iya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam kini memeluk Islam!

Van Doorn menjelaskan antara faktor utama pengislamannya adalah apabila hati kecilnya terusik melihat penghasilan filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam.

Perasaan itu membuatkan Van Doorn mencari terjemahan al-Quran, hadis, dan buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya dilalui dengan membaca dan mengkaji buku satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam daripada mulut orang yang membenci agama ALLAH ini.

“Saya mempelajari al-Quran kerana rasa ingin tahu yang menebal. Saya mula mempelajarinya setelah keluar daripada Parti PVV. Sebelum itu saya hanya mendengar cerita yang buruk mengenai Islam. Semakin banyak saya membaca semakin saya yakin Islam sesungguhnya agama yang indah dan penuh kebijaksanaan.

“Sebenarnya, sebagai penganut Kristian, banyak nilai baik yang saya pelajari daripadanya. Keadaan ini memudahkan saya untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup. Lebih mudah untuk beralih daripada seorang penganut agama Kristian menjadi Muslim daripada seorang atheis (tidak percaya agama), kerana sebelumnya saya telah mengenal konsep kenabian, adanya malaikat dan disiplin yang selalu ada dalam mana-mana ajaran agama mana pun,” katanya.

Temui jalan hidayah

Kenalan dan individu terdekat Van Doorn tahu yang dia membaca rujukan Islam, langsung tidak terlintas di benak mereka sikapnya itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu fahaman tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, ramai yang mempelajari Islam kemudian menyerangnya.

Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji al-Quran, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh perihal agama yang kini menarik hatinya.

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Meskipun sebelum ini dia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn berasakan Islam itu istimewa.
Apa yang selama ini ada dalam kepalanya, Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleransi, membabi buta memusuhi Barat, perlahan-lahan hilang daripada fikirannya.
Ternyata Islam sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka. Islam adalah agama yang cintakan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai pengganas.

Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag.
Selain menjelaskan Islam dengan lebih jauh lagi, beliau juga menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.

Dianggap pengkhianat

Tidak ada manusia yang tidak pernah diuji ALLAH SWT. Begitu juga dengan empunya diri Van Doorn.

Tidak semua yang suka dan menerima baik pengislamannya lebih-lebih lagi rakan sejawatnya dalam Parti PPV. Kebanyakan daripada mereka marah dengan perubahannya itu bahkan menganggap Van Doorn sebagai pengkhianat.

"Saya jelaskan kepada mereka keputusan ini adalah keputusan peribadi dan terpulang kepada diri ini untuk menganut mana-mana agama memandangkan setiap orang mempunyai hak untuk memilih agama dan kepercayaan.

“Walaupun ramai yang menganggap saya sebagai pengkhianat, tetapi sebahagian daripada masyarakat yang lain memberi reaksi positif. Saya juga menerima sokongan daripada masyarakat lain yang menghantar reaksi melalui Twitter.

“Saya berasa bahagia dan gembira melihat orang yang tidak mengenal saya secara peribadi menyokong dan memahami dengan pilihan yang saya lakukan,” jelasnya yang mengakui ada hikmahnya beliau pernah menjadi sebahagian daripada ahli parti PPV.

Ajak kenali Islam

Van Doorn kini berasakan telah menemui pedoman hidupnya dan beliau ingin mengajak mereka yang bukan Islam memahami Islam dan mempelajarinya dengan lebih mendalam agar mereka dapat membuang segala prasangka buruk terhadap Islam.

“Pelajarilah Islam, buangkan segala prasangka buruk, Insya-ALLAH kamu akan lihat bahawa Islam itu agama yang sangat indah dan murni, agama Islam yang memiliki sejarah yang begitu agung. Umat Islamnya pula saling mengambil berat antara satu sama yang lain, baik dalam senang mahupun susah.

“Di Barat, Islam umumnya dituding sebagai agama yang melahirkan dan mewujudkan pengganas dan menindas perempuan. Bagaimanakah tanggapan anda terhadap segala tuduhan semacam ini? Semuanya berlaku kerana prasangka yang buruk dan kurangnya wawasan.

Kumpulan fanatik sememangnya wujud dalam mana-mana agama pun di dunia ini. Tapi sayangnya golongan fanatik yang cuma satu peratus itu dipertunjukkan di televisyen dan media-media yang lain, sekali gus pengaruh mereka diperbesar-besarkan.

Sedangkan 99 peratus umat Islam yang lain terus bekerja keras dan hidup dengan aman damai.

Jika semakin ramai orang mempelajari Islam yang sebenarnya, kian bertambahlah yang melihat keindahan Islam,” ujarnya.

Beliau menyedari pengislamannya juga adalah permulaan baru dan banyak lagi yang perlu dilakukan dirinya mengenali Islam.

Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.

“Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang dilakukan pada masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar dan ingin mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali daripada ibadah haji,” katanya pada akhir bicara.

sinar harian

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

http://www.hasrulhassan.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html
tekan banner untuk sertai giveaway

garis

yang pertama kauajarkan adalah garis dan titik

berbekas pada kertas kecil hidup  muridmu

ia membesar menjadi aksara dan warna

kaulah yang menajamkan kalam kebijakan

membuka peta harapan dan melukis garis mimpi

saban hari mereka akan tiba di hadapanmu

menatapmu dengan segala kepercayaan segala harapan

bahawa kau akan mengisi relung jiwa mereka dengan keyakinan

bahawa kau akan membimbing tangan-tangan mereka 

mendaki puncak tinggi menatap pulau-pulau jauh



kaulah yang membajak akal menjadi ladang kebijaksanaan

kaulah yang menabur benih berani membajai gigih perjuangan

pesan-pesanmulah obor hikmah cahaya pada gelap yang datang 

kaulah dupa wangi memberi harum setanggi perjuangan



datanglah dengan hatimu dengan cinta dan kasih sayang

semua itu adalah hujan yang menghijaukan padang sukma

jadilah bening embun membuka kesegaran kelopak hidup

siapa lagi yang harus menjadi kekasih yang mengerti

atau sahabat yang budiman

kala mereka meraba dalam khilaf  tertinggal denai perjuangan

siapa lagi yang harus memberi petunjuk kala mereka melihat kekosongan

siapa lagi yang harus mengesat airmata kala kehibaan merempuh panjang

tataplah hati mereka suara jiwa yang sering mereka lafazkan

mereka masih kerdil mamahami kasar hidup dan ganas gelora cabaran

 ukirkanlah garis senyum di bibir mereka

biar hati  mereka berbunga cinta

biar jiwa mereka berbingkai ketulusan 

biar jantung mereka berukir indah kasih sayang



terima kasih cikgu

cermin pujangga kitab bestari rujukan insan

lorong terbuka denai manusiawi pemandu insan

pohon pelindung akar kasih sayang hubungan insan

segalanya bermula dari garis bakti dan tuai jasamu

nyala bintang gemerlap di langit zaman

terima kasih cikgu

Tutup penyertaan adalah pada 21 Mei 2014.

Puisi Hari Guru : Garis



garis

yang pertama kauajarkan adalah garis dan titik
berbekas pada kertas kecil hidup  muridmu
ia membesar menjadi aksara dan warna
kaulah yang menajamkan kalam kebijakan
membuka peta harapan dan melukis garis mimpi
saban hari mereka akan tiba di hadapanmu
menatapmu dengan segala kepercayaan segala harapan
bahawa kau akan mengisi relung jiwa mereka dengan keyakinan
bahawa kau akan membimbing tangan-tangan mereka 
mendaki puncak tinggi menatap pulau-pulau jauh

kaulah yang membajak akal menjadi ladang kebijaksanaan
kaulah yang menabur benih berani membajai gigih perjuangan
pesan-pesanmulah obor hikmah cahaya pada gelap yang datang 
kaulah dupa wangi memberi harum setanggi perjuangan

datanglah dengan hatimu dengan cinta dan kasih sayang
semua itu adalah hujan yang menghijaukan padang sukma
jadilah bening embun membuka kesegaran kelopak hidup
siapa lagi yang harus menjadi kekasih yang mengerti
atau sahabat yang budiman
kala mereka meraba dalam khilaf  tertinggal denai perjuangan
siapa lagi yang harus memberi petunjuk kala mereka melihat kekosongan
siapa lagi yang harus mengesat airmata kala kehibaan merempuh panjang
tataplah hati mereka suara jiwa yang sering mereka lafazkan
mereka masih kerdil mamahami kasar hidup dan ganas gelora cabaran
 ukirkanlah garis senyum di bibir mereka
biar hati  mereka berbunga cinta
biar jiwa mereka berbingkai ketulusan 
biar jantung mereka berukir indah kasih sayang

terima kasih cikgu
cermin pujangga kitab bestari rujukan insan
lorong terbuka denai manusiawi pemandu insan
pohon pelindung akar kasih sayang hubungan insan
segalanya bermula dari garis bakti dan tuai jasamu
nyala bintang gemerlap di langit zaman
terima kasih cikgu








 

14 May 2014

Perutusan Sambutan Hari Guru 2014



PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan
dan Salam 1Malaysia

Saudara dan saudari warga pendidik
dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

1. Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu yang bergelar guru atau lebih sinonim dengan gelaran „cikgu‟, kerana hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai hari guru. Seperti biasa, tarikh keramat 16 Mei disambut dengan meriah bagi meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita tidak kira di ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna. Pada hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah dicurahkan.

2. Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat Hari Guru dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan sempadan malah mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dan boleh memacu pembangunan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

3. Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan meneruskan amanah yang diberikan untuk terus memastikan PPPM ini berada pada landasannya. Ini bertujuan untuk memastikan transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mencapai matlamatnya. Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.

4. Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi pelan tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan diberi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan profesion ini sebagai profesion pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat meneruskan peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa.

5. Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang.

6. Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan negara.

7. Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar.
Hal ini kerana, saya berpandangan bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di tangan guru.

8. Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas “memanusiakan manusia” bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk murid.


Saudara dan saudari yang dikasihi,

9. Tema Hari Guru tahun ini “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

10. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.

11. Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran, dan persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara.

12. Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insyaallah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think across and think ahead.

13. Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


Saudara dan saudari yang dikasihi,

14. Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan elemen kreativiti dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu, membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi.

15. Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Oleh itu, pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah memastikan komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

16. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Guru juga disaran meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Menurut Sternberg (2004), “minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.”

17. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Guru juga perlu sentiasa menggunakan kemahiran dan pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

18. Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid.Daya usaha murid sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional akan membuahkan kejayaan.


Saudara dan saudari yang dikasihi,

19. Pembangunan modal insan merupakan unsur penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa penting untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan daya kreativiti agar mereka dapat menyelesaikan tugasan yang semakin kompleks.
20. Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan generasi muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri keperibadian agar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu yang dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan pendidikan negara.

21. Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global. Guru perlu mencanai perancangan strategik serta menyatukan aspirasi bagi memastikan sekolah mampu melahirkan murid cemerlang. Di samping itu, para guru perlu ketelusan minda dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus gigih, berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab.

22. Di samping para guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar ini, saya juga amat memahami akan keluhan perasaan saudara dan saudari. Untuk itu, saya akan pastikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa berupaya mendengar, prihatin dan serius, sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan dan pandangan daripada saudara dan saudari.

23. Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan termasuk kritikan membina perlulah dilakukan secara tertib, berhemah serta mengikut peraturan dan saluran yang betul. Ini bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara dan dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita sebagai guru di samping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak ke arah perpaduan negara.

24. Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh saudara dan saudari para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikit pun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para guru yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang penyayang. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara”.


Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian,

25. Guru merupakan ibu dan ayah kepada anak-anak didik semua, kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk menjadi pengganti mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.

Saudara dan saudari yang dikasihi,

26. Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.

27. Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru yang prihatin serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama, bangsa dan negara tercinta.

“SELAMAT HARI GURU”
“TERIMA KASIH CIKGU”

DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
16 Mei 2014

sumber 










13 May 2014

Inspirasi










Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’
Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya.

Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?”

Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!”

Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).”

Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?”

Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)

11 May 2014

Tragedi Afghanistan

2,100 maut di kampung Afghanistan


KABUL - Beberapa pegawai Afghanistan semalam putus harapan untuk menemui mangsa-mangsa tanah runtuh yang masih hidup di Kampung Aab Bareek, wilayah Badakhshan, timur laut negara ini yang berlaku akibat hujan lebat kelmarin.

Menurut pegawai-pegawai itu, lebih 2,100 orang terbunuh manakala 4,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kejadian tersebut.

"Lebih 2,100 orang dari 300 buah keluarga terbunuh," kata seorang jurucakap wilayah itu, Naweed Forotan kepada agensi berita Reuters.

Sejumlah penduduk kampung dan anggota-anggota polis yang dilengkapi peralatan menggali menyambung kerja-kerja untuk mencari mangsa-mangsa tanah runtuh itu.

Namun, mereka kemudian menyedari, tiada harapan untuk menemui mangsa-mangsa yang selamat yang tertimbus di dalam tanah berlumpur sedalam 100 meter.

"Tujuh anggota keluarga saya berada di kampung itu, Emapat atau lebih daripada mereka terbunuh. Saya juga nyaris terkorban," kata seorang wanita tua.

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, fokus utama kini adalah untuk membantu 4,000 penduduk yang hilang tempat tinggal.

menurut jurucakap PBB Ari Gaitanis, keperluan yang diperlukan penduduk itu ialah air, ubat-ubatan, makanan dan tempat perlindungan. - Agensi

kosmo

Afghanistan landslide


An aerial view shows the site of Friday's landslide that buried Abi Barak village in Badakhshan province, northeastern Afghanistan, Monday, May 5, 2014. (Rahmat Gul/AP)

 An Afghan villager cries as she sits on top of a mud field at the scene in Argo district of Badakhshan Province on May 3, 2014. Rescuers searched in vain for survivors after a landslide buried an Afghan village. Local people made desperate efforts to find victims trapped under a massive river of mud that engulfed Abi Barak village in Badakhshan Province, where little sign remained of hundreds of destroyed homes. (Farshad Usyan/AFP/Getty Images) 

Afghan villagers pray over the site of a landslide in the Argo district of Badakhshan province on May 3, 2014. Farshad Usyan/AFP/Getty Images

 Villagers gather near tents in this aerial photograph ofAbi Barak village at Argo district of Badakhshan on May 5, 2014. Afghan officials said they plan to build new houses for hundreds of families made homeless by a landslide that entombed a northeastern village and killed at least 300 people. (Wakil Kohsar/AFP/Getty 



 The mud and rocks of the landslide are seenin this aerial view of Abi Barak village at Argo district in Badakhshan Province on May 5, 2014. (Wakil Kohsar/Getty Images

Afghan survivors mourn their relatives at the site of a landslide at the Argo district in Badakhshan Province May 5, 2014. (Mohammad Ismail/Reuters)




Tragedi tanah runtuh di Afghanistan

4 Mei 2014

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 2,100 orang dikhuatiri maut manakala kira-kira 4,000 lagi kehilangan tempat tinggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan di timur laut Afghanistan.

Jurucakap Gabenor wilayah Badakhshan, Naweed Forotan mengesahkan seramai 300 keluarga yang tinggal di kampung Hargu, daerah Argo telah tertimbus dalam kejadian terbabit.
Susulan daripada tragedi menggemparkan itu, Presiden Hamid Karzai turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan tindakan segera akan diambil untuk mencari penduduk yang mungkin terselamat.

Timbalan Ketua Polis Badakhshan, Abdul Qadeer Sayad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan pihak berkuasa dengan hanya menggunakan peralatan asas menggali.

"Insiden runtuhan itu dipercayai berlaku sebanyak dua kali dan ia berpunca daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan itu sejak lebih seminggu lalu.

"Penduduk di sekitar daerah terbabit termasuk dari Takhar turut sama membantu dalam operasi tersebut, namun ia sukar dilakukan kerana lumpur setebal 100 meter," jelasnya dipetik Reuters.

Menurutnya lagi, masalah itu mungkin boleh diatasi dengan penggunaan peralatan menggali yang lebih canggih.

Difahamkan, tentera juga terpaksa menggunakan helikopter untuk menghantar pasukan penyelamat mereka di kawasan bencana terbabit berikutan kebanyakan jalan utama telah rosak akibat cuaca tidak menentu.

Sementara itu, tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dilaporkan sudah bersiap sedia untuk membantu operasi tersebut, namun kerajaan Afghanistan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Misi PBB di Kabul, Ari Gaitanis memaklumkan fokus utama mereka adalah untuk membantu kira-kira 4,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang.

"Mereka amat memerlukan bantuan makanan, bekalan air bersih, ubat-ubatan dan tempat tinggal sementara," katanya.

sinar harian

catatan kecil buat ibu


i.
menyebut nama ibu, adalah menyebut kalimat cinta indah.
ia begitu bening, begitu hening
begitu memintal jiwa
kerana darinya bermula segenap cinta, harapan.
kasih sayang, pengorbanan, dan segala apa lagi perihal hidup manusia ini.
darinya kita belajar memahami cinta, kemanjaan dan kasih sayang
ibulah yang memulakan segala perjalanan panjang ini.
ibulah yang meletakkan segala warna pada diri
membentang peta kejujuran, ketulusan, keprihatinan
dengan gelora lembut dari hatinya
gelora cinta

banyak lagu tercipta dari kreativiti dan landas cinta ini
ada yang begitu menusuk jiwa begitu mengguris rasa
antaranya marilah kita dengarkan bersama


Lagu Untuk Ibu
Sebening titisan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bilaku tatap wajahmu oh ibu
Ada kehangatan di dalam hatiku

Air wudhuk selalu membasahimu
Ayat suci selalu dikumandangkan
Suara lembut penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putra putrinya

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang ku cinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa belas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayangilah seperti menyayangiku
Berilah ia kebahagiaan
Di dunia juga di akhirat

lagu untuk ibu



Ayah dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Ayah dan Ibu



Buatmu Ibu
Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Buatmu Ibu



Lagu Ibu
Lembut ku kenang kasihmu ibu
Di dalam hati ku ingin menanggung rindu
Engkau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh di dalam nadiku

Sembilan bulan ku dalam rahimmu
Bersusah payah oh ibu jaga diriku
Sakit dan lemah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti ku harapkan doamu
Oh ibu tak henti ku harapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku
Mengalir di setiap nafasku
Oh ibu, ibu, ibu

Lembut ku kenang kasihmu ibu
Di dalam hati ku ingin menanggung rindu
Engkau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh di dalam nadiku

Indah bercanda denganmu ibu
Di dalam hatiku kini selalu merindu
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu
Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti ku harapkan doamu
Oh ibu tak henti ku harapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku
Mengalir di setiap nafasku
Oh ibu, ibu, ibu

Allahummaghfirlii waliwaa lidayya
Warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa

Lembut ku kenang kasihmu ibu

Lagu Ibu



ii. 
cinta ibu terakam indah dalam relung hidup manusia.
ia bukan cinta biasa tetapi
persada perjuangan kasih sayang manusia
namun tidak semuanya mampu membalas segala cinta
yang pernah terjamah oleh hati

hargai cinta yang tumbuh dan subur
dalam sanubarimu
terutama cinta terhadap ibumu
tak ada pengasingan baginya
tak ada penyesalan akibat kau memiliki cinta itu

selamat hari ibu
segalanya terindah
hanya dari hatimu...


iv.
Bacalah catatan ini, banyak yang dapat kita renungkan bersama



Santa Cruz (Miyagi) - Ini adalah satu kisah dari sekian banyak kisah nyata tentang pengorbanan seorang Ibu, cerita ini terjadi di Jepun beberapa waktu lalu, ketika gempa bumi serta tsunami menyerang negara itu

Ketika gempa bumi semakin red, pasukan SAR telah mencapai puing-puing di berdekatan rumah ibu muda, mereka melihat sesosok tubuh seorang perempuan di antara puing-puing tersebut, tetapi posisi tubuhnya sangat aneh.

Dia bersimpuh layaknya orang bersujud, tubuhnya condong ke depan dan kedua tangannya seperti disangga oleh sebuah benda. Rumah yang roboh itu telah menimpa kepala dan juga punggungnya.

Dengan penuh kesulitan, ketua pasukan SAR berusaha memasukkan tangannya melalui celah lubang kecil dinding untuk menyentuh tubuh wanita tersebut. Dia berharap wanita tersebut masih hidup. Tapi tubuh yang telah dingin serta kaku. Dia telah meninggal.

Dia, dan juga pasukannya yang lain, meninggalkan rumah tersebut untuk  mencari korban dari puing-puing bangunan yang lain, tetapi disebabkan oleh beberapa alasan dan dorongan batin entah dari mana, ketua pasukan SAR tersebut tergerak untuk kembali menggeledah sisa rumah wanita tersebut.


Lagi-lagi, dia berlutut dan meletakkan tangannya di ruangan kecil dibawah mayat wanita malang tersebut, tiba-tiba dia berteriak kegirangan. "Ada anak! Lihat! Ada anak dibawah sini!" teriak seorang petugas SAR. Keseluruhan pasukan SAR bergegas membantu, dengan hati-hati mereka membersihkan puing-puing di sekitar wanita tersebut, ada seorang bayi (kurang lebih berumur 3 bulan) terbungkus disebuah selimut bercorak bunga-bunga di bawah mayat ibu tersebut.


Tentu saja, wanita tersebut telah melakukan pengorbanan luar biasa untuk menyelamatkan anaknya. Bayi comel tersebut masih tertidur ketika ditemukan ketua pasukan SAR yang menemukannya.  Pasukan medikal  segera memeriksa bayi yang baru  diselamatkan, setelah mereka membuka lembaran selimut tersebut mereka melihat sebuah handphone di dalamnya, terdapat sebuah pesan teks yang terpapar di layarnya yang bertuliskan, "Jika kamu selamat, ingatlah, Ibu mencintaimu."

Handphone tersebut beredar dari satu orang ke yang lainnya, semua yang membaca pesan tersebut bersimpuh dan menitikkan air matanya, "Jika kamu selamat, ingatlah, Ibu mencintaimu." 

Begitu besarnya cinta seorang ibu kepada anaknya.

10 May 2014

surat cinta buat seorang ibu



surat cinta buat seorang ibu




aku tidak selalu tiba pada ketika kau sangat perlu
tidak sebagaimana kau selalu ada
memerhati dan memberi peduli
pada segenap ruang dan waktu
membetulkan apa yang tak sempurna pada matamu
begitu kauperbuatkan padaku
memberikan seluruh waktumu
hanya untuk menjagaku
memberi peduli tanpa lelah dan berbagi
kauletakkan aku pada puncak hidupmu
mengisinya dengan kasih sayang dan cinta
yang tak pernah longgar dan lupus

kaumemberikan apa yang terbaik dari hidupmu
kepadaku

aku tidak selau bertanya pada ketika kau sangat ingin mendengar
tak sebagaimana kau selalu berbicara dan bertanya
ketika aku diam dan kusam
apa lagi dalam dodoi dan dendangmu
ada nyanyian cinta dan harapan 
yang sering kauungkapkan
memberi ingat dan kata semangat
agar aku menjadi berani menghadapi kedewasaan
semua itu kaubungakan menjadi selendang cinta
menutup tubuhku saban ketika
aku diriuhkan oleh tugas dan impian
mengusung pinta hatiku
dan perlahan melepaskan ingatan
pada seraut kasih sayangmu

kau memberikan apa yang terbaik dari hatimu
kepadaku

aku tidak selalu berdoa ketika kau saban waktu memohon restu
dan lindungan Ilahi
dari kejauhan doamu sentiasa ada meniti bibir
merantaikan cintamu ke dalam hatiku
kebahagiaanmu tertulis pada kebahagiaanku
aku dikepung oleh kesibukan dan pasungan masa
doa untukmu semakin mengecil
semakin terbiar engkau dari kalbuku
aku telah menjarakkan cinta
yang begitu akrab kau bina
sebaris namamu sering tenggelam
oleh kepungan ekonomi dan kebisingan jentera kota
sedang kau dari sudut kecil rumah tua itu
selalu menatap wajahku
dalam baris doamu
dalam garis rindumu

kau menyerahkan apa yang terbaik untuk diriku
kepada Allah maha penentu
dengan doa dan cinta seorang ibu

aku amat pasti
sekeping surat ini tak terbalas
akan segala peduli dan ikhtiar
harap dan doa 
yang sering kau perbuatkan untukku
tapi aduhai ibu
maafkanlah kealpaanku kepada hatimu
kuutuskan ini sebagai janji dan harap
bahawa dalam segenap waktuku
aku selalu ingin kau ada
sebagaimana kau sering menatap aku
dari sepi sunyi hidupmu

maafkanlah aku aduhai ibu
menjadi anak yang alpa
bahawa dalam hidupku ini 
ada seberkas cinta indah
datangnya dari sinar hatimu
dari relung jiwamu
kepadaku
tak berbagi



STATUS

Search This Blog

DAUN