ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

27 Apr 2014

Umar Khayyam : Saintis dan Penyair


Umar Khayyam penyair dan pakar matematik

UMAR Khayyam terkenal dengan namanya sebagai seorang penyair unggul Parsi dan ahli astronomi. Beliau juga dikenali sebagai ahli matematik Islam yang telah memperkenalkan sebuah persamaan parsiel antara algebra dengan geometri.

Nama penuh Umar Khayyam ialah Umar Ibnu Ibrahim al-Khayyami. Beliau dilahirkan di Nisyapur, Semenanjung Khurasan pada 433H/1040M dan meninggal dunia pada 517H/ 1123-1124M.

Sejak kecil beliau sudah memperoleh pendidikan yang baik dan teratur daripada orang tuanya yang memang termasuk dalam kategori orang berada.

Salah seorang gurunya ialah Imam Muwaffak, pendidik yang amat terkenal di Nisyapur. Kecemerlangannya, berjaya menarik perhatian Sultan Malik Syah sehingga ditawarkan untuk berkhidmat di istana.

Namun, Umar Khayyam tidak berminat. Beliau lebih tertarik kepada dunia keilmuan, sastera dan sains. Oleh itu, sultan telah mendirikan sebuah observatori astronomi yang menjadi tempat Umar Khayyam mengembangkan ilmunya. Di samping itu, beliau juga dilantik menjadi ketua kepada lapansarjana yang melakukan penelitian astronomi di Perguruan Tinggi Nizamiah, Baghdad, Iraq.

Para ilmuwan ini kemudian melakukan modifikasi terhadap perhitungan takwim Islam. Pembaharuan ini didasarkan pada pemikiran dan juga kenyataan bahawa manusia hanya mengenal tahun syamsiyah (yang mempunyai 365 hari) dan tahun qamariah (354 hari).

Pada dasarnya ini merupakan sebuah tugas mirip dengan revisi yang dilakukan oleh Paus Gregory XIII pada 1528M terhadap kalendar Kristian atau kalendar Julian (Julius Caesar) yang telah dipakai sejak 46M. Hasil kerja kelompok Umar Khayyam ternyata jauh lebih baik berbanding yang dilakukan oleh Paus Gregory XIII.

Sejak 1079M, Umar Khayyam telah mula menerbitkan hasil penelitiannya berupa gambar rajah astronomi yang dikenali sebagai Zij Malik Syah. Begitu juga karyanya dalam bidang matematik, khususnya mengenai algebra serta sebuah buku penyelidikan daripada buku The Difficullies of Euclid’s Definitions (Kesulitan Definis Fuclides). Semuanya sehingga kini masih tersimpan dengan baik.

Karyanya tentang Al-Jabr (Algebra) telah diterjemahkan dan disunting oleh F.Woepeke ke dalam bahasa Perancis (1857M). Ia merupakan sumbangan amat berharga bagi negerinya serta bagi pengajian bidang matematik pada umumnya.

Beliau merupakan orang pertama secara ilmiah mengklasifikasikan persamaan-persamaan tingkat satu (persamaan Linear) serta memikirkan kemungkinan dan mengutamakan masalah persamaan pangkat tiga (kubik) yang berpangkal daripada persamaan umum. Lain halnya dengan al-Khawarizmi yang lebih banyak mencurahkan perhatiannya kepada persamaan kuadrat.

Umar Khayyam turut menghasilkan Jawami al-Hisab yang mengandungi rujukan awal mengenai segi tiga Pascal dan menguji balik postulat V Euclides yang berkait dengan teori garis sejajar.

Dalam satu risalahnya, beliau membincangkan kesulitan definisi Euclides yang menggambarkan segi empat ABCD dengan sisi AB dan DC yang sama dengan yang lain.

Umar Khayyam dan al-Thusi juga menyedari bahawa ada kemungkinan jumlah sudut sebuah segi tiga kurang daripada 180 darjah.

Karya syair Umar Khayyam disusun dalam satu kumpulan rubaiyyat atau quatrain (syair empat baris). Kebanyakan karyanya menyingkap kerendahan hati dan sifatnya kepada Allah s.w.t.. Bahkan, hasil karya Umar Khayyam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Fitz Gerald pada 1859M.

Pada 1893, E.H. Whinfiel pernah menterjemahkan sebuah buku edisi Umar Khayyam, 500 Quatrains, A Scholarly Work. Kemudiannya pada 1902, Bjerregard telah menerbitkan buku Sufi Interpretations of the Quatrains of Omar Khayyam and Fitz Gerald.

utusan online



Umar Khayyam Penyair Saintis dari Parsi

''Dengan benih hikmah aku menabur, Dan dengan tanganku sendiri mengusahakannya agar tumbuh; Dan cuma inilah panen yang kupetik, Aku datang bagai air, dan bagaikan bayu aku pergi.''

Sejatinya dia adalah seorang ilmuwan yang menguasai matematik, astronomi dan falsafah. Kepiawaiannya dalam menulis syair dan puisi membuat namanya lebih kesohor sebagai seorang penyair. Konon, syair dan puisinya banyak dipengaruhi karya-karya Abu Nuwas. Penyair yang saintis itu bernama Umar Khayyam.

Penyair yang karya-karyanya diabadikan dalam Rubaiyat Umar Khayyam itu terlahir di Persia (Iran) pada 18 Mei 1048 M dengan nama lengkap Ghiyath A-Din Abu'l-Fath Umar ibnu Brahim Al-Nisaburi A-Khayyami. Secara bahasa, Khayyam berarti 'pembuat tenda'. Nama itu digunakan, karena sang ayah bernama Ibrahim adalah seorang pembuat tenda.

Kota kelahiran Khayyam bernama Nishapur. Ia hidup di era kekuasaan Dinasti Seljuk abad ke-11 M. Khayyam menghabiskan masa kecilnya di kota Balkh (sekarang utara Afghanistan). Di sana, dia menuntut ilmu kepada seorang ilmuwan kondang, Syekh Muhammad Mansuri.

Khayyam juga menimba ilmu pada seorang guru terkemuka di wilayah Khurasan bernama Imam Mowaffaq. Saat itu, Khurasan menjadi ibu kota kerajaan Seljuk. Tak heran, bila ketika itu Khurasan bersaing dengan Kairo dan Baghdad untuk menjadi pusat peradaban Islam dan dunia. Kekuasaan Seljuk Turki meliputi wilayah Mesopotamia, Suriah, Palestina, dan sebagian besar Iran.

Dalam situasi politik yang tak menentu, ketika itu, tak mudah bagi Khayyam untuk menuntut ilmu. Pada era itu, setiap dinasti berlumba-lumba untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Khayyam sempat belajar filsafat di Nishapur. Seorang temannya menuliskan sosok Umar Khayyam sebagai seorang pelajar yang dikarunia kecerdasan yang tajam dan kekuatan alam yang sangat tinggi.

Menurut sebuah legenda yang cukup termasyhur, sewaktu menuntut ilmu kepada Imam Mowaffaq, Khayyam sangat dekat dengan Nizam-ul-Mulk (lahir: 1018 M) yang menjadi pejabat di Kerajaan Seljuk dan Hassan-i-Sabah (lahir:1034 M) yang menjadi pemimpin aliran Hashshashin (Nizar Ismaili). Ketiganya kerap disebut 'Tiga Sahabat'.

Ketika Nizam-ul-Mulk menjadi penguasa, Hassan-i-Sabah dan Khayyam datang kepadanya. Jika Hassan-i-Sabah meminta jabatan di pemerintahan. Kepada sahabatnya itu, Khayyam hanya meminta disediakan tempat untuk hidup, mempelajari ilmu dan beribadah. Konon, Khayyam mendapat dana pensiun yang per tahunnya mencapai 1.200 mithkals emas.

Namun, keabsahan legenda itu diragukan sejumlah ilmuwan seperti Foroughi dan Aghaeipour. Menurut mereka, tak mungkin Khayyam dan Nizam-ul-Mulk boleh menjadi teman sekolah, kerana usia mereka berbeza 30 tahun. Terlebih, ketiga orang itu hidup di tiga tempat yang berbeza. Kemungkinan, kisah persahabatan ketiga orang itu muncul, kerana ketiga-tiganyanya sama-sama tokoh terkenal.

Khayyam terkenal lantaran keluhuran ilmu dan puisi-puisinya, sementara Hassan-i-Sabah termasyhur sebagai tentara pemberontak dan Nizam-ul-Mulk tersohor dengan kekuasaan dan aturan serta hukum yang dikendalikannya. Maka tidak hairan, jika pada saat itu muncul legenda tentang persahabatan tiga tokoh terkemuka itu.

Pada masa hidupnya, Khayyam dikenal sebagai seorang ahli matematik dan astronomi. Pada tahun 1070 M, Khayyam memutuskan untuk berhijrah ke Samarkand di Uzbekistan - sebuah kota tertua di Asia Tengah. Di tempat itu, dia mendapat dukungan dari seorang ahli hukum Samarkand bernama Abu Tahir. Dia berhasil menulis buku tentang aljabar berjudul Treatise on Demonstration of Problems of Algebra.

Salah satu sumbangannya yang lain dalam bidang matematik, dia menemukan kaedah memecahkan persamaan kubik dengan memotong sebuah parabola dengan sebuah lingkaran. Pada 1077 M, Khayyam menulis kitab Sharh ma ashkala min musadarat kitab Uqlidis (Penjelasan Kesulitan dari Postulat-postulat Euclid). Umar Khayyam juga berkontribusi dalam geometri, khususnya pada teori perbandingan.

Sebagai seorang astronomi, Khayyam sempat diundang pemerintah Isfahan, Malik Syah pada tahun 1073 M. Ia diminta untuk membangun dan bekerja pada sebuah observatorium, bersama-sama dengan sejumlah ilmuwan terkemuka lainnya. Akhirnya, Khayyam dengan sangat tepat (mengoreksi hingga enam desimal di belakang koma) mengukur panjang satu tahun sebagai 365,24219858156 hari.

Ia terkenal di dunia Parsi dan Islam kerana observasi astronominya. Khayyam pernah membuat sebuah peta bintang (yang kini lenyap) di angkasa. Salah satu prestasinya dalam bidang astronomi dan matematik adalah keberhasilannya membetulkaqn kalender Parsi.

Pada 15 Mac 1079 M, Sultan Jalaluddin Maliksyah Saljuqi (1072 M - 1092 M) memberlakukan kalender yang telah diperbaiki Khayyam, seperti yang dilakukan oleh Julius Caesar di Eropa pada tahun 46 SM dengan koreksi terhadap Sosigenes, dan yang dilakukan oleh Paus Gregorius XIII pada Februari 1552 dengan kalender yang telah diperbaiki Aloysius Lilius.

Ketenarannya dalam menulis syair dan puisi membuat Khayyam lebih popular sebagai sebagai seorang penyair. Khayyam diyakini telah menulis seribu bait syair dan puisi. Puisi-puisinya yang dikenal skeptik justru begitu berpengaruh di dunia Barat. Begitu banyak yang mengagumi syair dan puisi yang diciptakannya. Di Barat, Khayyam terkenal dengan The Rubqaia t of Omar Khayyam.

Seperti halnya Abu Nuwas - penyair termasyhur dari Baghdad - Umar Khayyam pun sempat diragukan akidahnya. Konon, dia menolak pemahaman bahawa setiap kejadian dan fenomena adalah akibat dari campur tangan Illahi. Sebaliknya, ia mendukung pandangan bahwa hukum-hukum alam menjelaskan semua fenomena dari kehidupan yang teramati.

Para pejabat keagamaan berulang kali meminta dia menjelaskan pandangan yang berbeza tentang Islam. Untuk menepis semua itu, Khayyam akhirnya menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah untuk membuktikan bahawa ia adalah seorang muslim. Khayyam meninggal dunia pada 4 Desember 1131 M di kota kelahirannya, Nishapur, Persia. Makamnya, berada di Iran.

Rubaiyat Umar Khayyam

Rubaiyat Umar Khayyam merupakan antologi puisi karya Umar Khayyam yang ditulis dalam bahasa Persia. Antologi puisi karya ahli matematika dan astronom itu berjumlah sekitar seribu. Setiap syair dan puisi Khayyam berjumlah empat baris.

Antologi puisi dan syair Khayyam itu telah diterjemahkan kedalam berbagai-bagai bahasa. Terjemahan Rubaiyat Umar Khayyam yang paling tersohor dalam bahasa Inggeris dialihbahasakan oleh Edward Fitzgerald (1809 M -1883 M). Rubaiyat Umar Kayam versi Inggeris itu diterbitkan dalam lima edisi. Masing-masing pada 1859, 1868, 1872, 1879 dan 1889.

Kelima-lima edisi itu diterbitkan oleh Fitzgerald. Selain itu, Fiizgerald juga menterjemahkan antologi puisi Umar Khayyam itu ke dalam bahasa Latin. Penterjemahan karya-karya Umar Khayyam itu sangat tergantung pada interpretasi penerjemah atas filsafat Umar Khayyam.

Rubaiyat Umar Khayyam juga diterjemahkan Friedrich von Bodenstedt (1819-1819) ke dalam bahasa Jerman. Terjemahan antologi puisi Khayyam itu diterbitkan pada 1881 dan terdiri dari 395 kuatrain.

Selain Futzgerald, Edward Henry Whinfield pun menerjemahkan karya Umar Khayyam itu ke dalam bahasa Inggris. Antologi syair dan puisi Khayyam itu diterbitkan dalam dua edisi terdiri dari 253 kuatrain pada 1882 dan 500 kuatrain pada 1883.

Puisi karya Umar Khayyam untuk pertama kalinya dialihbahasakan ke dalam bahasa Prancis oleh JB Nicolas. Alih bahasa Rubaiyat Umar Khayyam itu veris Prancis itu terdiri dari 464 kuatrain dalam prosa dan diterbitkan pada 1867. Nicolas merupakan kepala penerjemah Kedutaan Besar Prancis di Persia.

Namun, terjemahan Rubaiyat Umar Khayyam dalam bahasa Perancis yang paling popular adalah karya Franz Toussaint yang diterbitkan tahun 1924. Terkemahan ini terdiri dari 170 kuatrain yang berasal dari naskah asli berbahasa Persia. Penterjemahan Rubaiyat Umar Khayyam juga dilakukan Edward Heron-Allen (1861-1943).

Rubaiyat Umar Khayyam juga diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Ahmed Rami seorang penyair ternama dari Mesir. Terjemahan Rami itu tercatat sebagai hasil karya sastera Arab Modern. Laiknya, Shakespeare, karya-karya Umar Khayyam juga memiliki pengaruh yang luar biasa. Banyak penulis dan penyair yang mengikuti gayanya.

Abadi di Luar Angkasa

Umar Khayyam tetap dikenang sepanjang zaman. Mesti telah berpulang delapan abad lalu, dunia tak mungkin melupakannya. Kontribusi dan dedikasi Khayyam di bidang astronomi diabadikan sebagai salah satu nama kawah bulan. Pada tahun 1970, para astronomi sepakat untuk menggunakan nama Khayyam di salah satu kawah bulan.

Tak cuma itu, nama besarnya juga terpatri menjadi salah satu nama planet kecil di luar angkasa. Pada tahun 1980, astronom dari Uni Soviet bernama Lyudmila Zhuravlyova menemukan sebuah planet kecil. Zhuravlyova kemudia menamakan planet itu Umar Khayyam.

Aneka ragam cara dilakukan masyarakat dunia untuk mengenang Khayyam. Laiknya penyair legenda, Abu Nuwas yang muncul dalam kisah Negeri 1001 Malam, sosok Khayyam pun tampil dalam novel berjudul Samarkand karya Amin Maalouf. Pada 1997, Khayyam juga diangkat penulis Hooshang Mo"eenzadeh dalam Novel berbahasa Persia yang berjudul Khayyam and That Delightful Fabrication.

Kehidupan Umar pun digambarkan dalam film berjudul Omar Khayyam pada 1957. Filem itu dibintangi Cornel Wilde, Debra Page, Raymond Massey, Michael Rennie, dan John Derek. Tiga tahun lalu, kisah Umar Khayyam juga diangkat ke layar perak oleh Sutradara Iran-Amerika Kayvan Mashayekh. Film itu berjudul 'The Keeper: the Legend of Omar Khayyam'. Namanya tetap melegenda. Penulis : heri ruslan

REPUBLIKA - Selasa, 25 Maret 2008

republika online



KISAH UMAR KHAYYAM


Umar Khayyan dilahirkan di Nisyapur, Iran. [18 Mei 1048 - 4 Desember 1131]. Nama lengkapnya adalah Ghiyatsuddin Abdul Fatah Umar bin Ibrahim Khayyami an-Nisyaburi. Khayyam bererti ''Pembuat Tenda'' dalam bahasa Persia. Pada masa hidupnya, ia terkenal sebagai ahli matematika dan astronom yang memperhitungkan bagaimana memperbetulkan kalender Persia.

Pada 15 Mac 1079, Sultan Jalaluddin Malik Syah Seljuki [1072-1092 M] menggunakan kalender yang telah diperbaiki Umar, yakni kalender Jalali yang di pakai bangsa Iran sampai abad ke-20, seperti yang dilakukan oleh Julius Caesar di Eropah pada tahun 46 Sebelum Masehi dengan koreksi terhadap Sosigenes. Beliau juga terkenal karena menemukan metode memecahkan persamaan kubik dengan memotong sebuah parabola dengan sebuah lingkaran. Umar Khayyam wafat pada tahun 1131 Masehi dalam usia 83 tahun dan di makamkan di Nisyabur. Umar Khayyam mewariskan karya ilmiah dan sastra yang sangat berpengaruh di dunia. Beliau tidak hanya terkenal kerana keberhasilan ilmiahnya, tetapi kerana karya-karya sasteranya. Ia diyakini telah menulis sekitar seribu puisi 400 baris. Di Dunia Barat, beliau lebih di kenal lewat ''The Rubaiyat of Omar Khayyam'' dalam terjemahan bahasa Inggris oleh Edward Fitz Gerald, 1809-1883 M. Orang lain juga telah menerbitkan terjemahan-terjemahan sebagian dari rubaiyatnya [kuatrin], tetapi terjemahan Fitz Geraldlah yang paling terkenal. Banyak pula terjemahan karya ini dalam bahasa lain.

Khabar terakhir yang menarik mengenai Umar Khayyam adalah perasmian sebuah patung oleh Universidad Coplutense de Madrid guna memperingati Umar Khayyam. Salah satu Universiti tertua di Madrid, Spanyol. Universiti  ini telah menetapkan tarikh 8 Mei, setiap tahunnya diperingati sebagai Hari Umar Khayyam.


PEMIKIRAN UMAR KHAYYAM

Peristiwa politik abad ke-11 memainkan perana utama dalam perjalanan hidup Umar Khayyam. Orang-orang Turki Seljuk adalah suku yang menginvasi barat daya Asia di abad ke-11 dan akhirnya mendirikan sebuah kerajaan yang mencakup Mesopotamia, Suriah, Palestina dan sebagian dari Iran. Seljuk menduduki dasar penggembalaan Khorasan dan kemudian antara 1038 dan 1040 Masehi, mereka menaklukkan seluruh timur laut Iran. Penguasa Seljuk -Toghril Beg- menyatakan dirinya adalah Sultan Nisyapur di tahun 1038 Masehi dan telah memasuki Baghdad pada tahun 1055 Masehi. Saat itu, di kerajaan ini kondisi militernya sulit dan tidak stabil, yang juga memiliki masalah agama karena berusaha untuk mendirikan sebuah negara Muslim Ortodoks. Saat itulah Umar Khayyam berada dalam masa pertumbuhan. Umar Khayyam belajar filsafat di Nisyapur dan salah seorang teman-temannya menulis bahwa dia ''... diberkahi dengan ketajaman akal dan kekuatan alam tertinggi''.

UMAR KHAYYAM SANG TOKOH SUFI

Umar Khayyam adalah seorang filsuf, ilmuwan dan pelatih penting dalam sufisme. Namanya terkenal di dalam sastera Eropah, terutama kerana Edward Fitz Gerald, yang di zaman Victoria telah menerbitkan beberapa kuatrin Khayyam dalam bahasa Inggris. Edward Fitz Gerald -seperti banyak para sarjana Timur lain- telah membayangkan bahwa kerana Umar Khayyam pada masanya berbicara tentang pandangan-pandangan yang bertentangan secara luas. Ia sendiri adalah korban beberapa perubahan pemikiran. Karya-karya Umar Khayyam semakin dikenal, ketika syair-syair [kuatrin] Umar, putera Ibrahim Sang Pembuat Kemah ini, telah diterjemahkan hampir ke  dalam setiap bahasa dunia. Sukar dipercaya, apabila dalam kehidupannya ia dianggap sebagai penganut aliran Assassin [sekelompok pembunuh bermotif politik], teman Nizham sang Wazir Agung, sebagai anggota istana yang merupakan penggemar makanan serta minuman, oleh sebab berbagai-bagai terjemahan yang keliru. Sudah menjadi anggapan umum bahwa Rubaiyat terjemahan Fitz Gerald lebih menampilkan penyair IIceland dibandingkan Parsi.Namun ini sebenarnya merupakan penilaian dangkal, kerana Khayyam sebenarnya tidak merepresentasikan dirinya sendiri, sebagai sebuah mazhab filsuf sufi. Kita tidak hanya perlu mengetahui apa yang sebenarnya dikatakan Khayyam, namun kita juga perlu mengetahui apa maksud perkataannya. Dalam pembauran berbagai gagasan dari beberapa penyair sufi dan mengangkat nama Khayyam, Fitz Gerald tanpa disedari telah menggaris bawahi pengaruh Sufi dalam kesusteraan Ingegris.

Hal ini dapat diamati melalui terjemahan Fitz Gerald dalam syair. Ia memaksakan bahwa Umar secara khusus menentang para sufi:

Buah Anggur,
mengandung sebuah serat;
Laksana urat melekat di Tubuhku,
biarlah sang Sufi mencela;
Tentang Logam Dasarku yang mungkin menyimpan sebuah Kunci,
Kunci pembuka
Pintu yang diratanya dari luar.

Ini mengandung erti serta memberi kesan bahawa Khayyam menentang sang sufi. Dan bahawa apa yang dicari sang sufi dapat ditemukan dalam lz Khayyam, bukan [penemuan] dirinya sendiri.

Bagi pengamat biasa mana pun, puisi ini jelas menunjukkan ketidak mungkinan bahawa Khayyam adalah seorang sufi. Para sufi percaya bahawa dalam diri manusia ada suatu unsur yang disemangati cinta, yang membukakan makna pencapaian realitas sejati dan di sebut makna mistikal. Apabila kita kembali pada puisi orisinal dari terjemahan syair ini untuk mengamati tentang pencelaan sufi atau sebaliknya, maka maksud dari syair tersebut apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi, adalah:

Ketika Sebab Azali menentukan wujudku
Aku dianugerahi ajaran utama tentang Cinta.
Dan terbentuklah belahan hatiku
Kunci Perbendaharaan Mutiara dari makna mistikal.

Di sini tidak ada kata-kata sufi, pintu meratap, mencela. Namun kata-kata yang digunakan adalah istilah-istilah teknikal sufi.

Meskipun telah diakui secara umum bahwa Umar Khayyam adalah seorang penyair yang tidak mendapat penghargaan di negerinya sendiri sampai diperkenalkan kembali melalui apresiasi terjemahan Fitz Gerald di Barat, ini pun tidak sepenuhnya akurat. Adalah benar bahwa Khayyam tidak memperoleh penghargaan seuniversal Sana'i Aththar, Sa'di, Hafizh, Rumi dan penyair sufi lainnya. Pekerjaan mengumpulkan syair-syair yang disampaikan atas namanya memang berbeza. Masih diragukan bahawa orang meneliti apakah ada di antara para sufi yang memperhatikan Khayyam. Harus diakui, meskipun telah ada penyelidikan, hanya sebagian kecil di antara mereka yang telah peduli untuk membahas masalah ini sebagai pengkaji.

Tugas berat dengan seksama telah dicurahkan untuk meneliti originaliti dan kemurnian syair-syair dari berbagai koleksi karya Umar. Dari sudut padang sufi, kerana Khayyam bukanlah guru dari sebuah mazhab mistik melainkan ia adalah seorang guru mandiri, maka masalah itu kehilangan kaitan. Para peneliti telah menunjukkan minat terhadap kemungkinan pengaruh penyair buta Abu Ali al-Ma'ari atas diri Umar. Di dalam Luzum yang ditulis segenerasi sebelum Umar Khayyam, al-Ma'ari telah mempublikasikan berbagai puisi yang tampaknya mengingatkan pada karya puitis Khayyam.

Al-Ma'ari telah menulis puisi yang senada dengan puisi Khayyam, demikian sebaliknya, sebagaimana akan díkatakan seorang sufi, kerana mereka berdua menulis dari sudut pandang mazhab yang sama. Khayyam mungkin telah menyitir al-Ma'ari, laksana dua perenang saling meniru ketika mereka berenang bersama, mempelajari baik secara terpisah atau bersama-sama dari sumber yang sama. Hal ini menimbulkan kebuntuan ketika beberapa pengamat sastra meneliti satu segi karya, sementara pengamat mistik lain terlibat dan terpengaruh dalam konteks tertentu.

Khayyam adalah suara sang sufi dan bagi sufi, suara itu abadi. Puisi tidak akan terikat begitu saja pada teori pemusatan waktu. Memang benar bahwa Khayyam diperhatikan kembali di Persia karena popularitas terjemahan tersebut, jika kita setuju menafsirkan ''Khayyam tidak di kenal di kalangan non-sufi sampai akhir-akhir ini di Persia. Namun melalui berbagai upaya para Sarjana Barat, karyanya telah di kenal luas di luar kalangan sufi di Persia''.

Profesor Cowell yang telah memperkenalkan Khayyam kepada Fitz Gerald dan menganggapnya sebagai orang Persia, menemukan kandungan Sufistik dalam karya Khayyam setelah berdiskusinya dengan sarjana-sarjana India asal Persia. Beberapa sarjana menyimpulkan bahwa mereka ini telah menyesatkan si Profesor. Beberapa pakar Barat tidak mengungkapkan kandungan sufi dalam karya Khayyam. Sementara Pendeta Dr. T.H. Weir, seorang ahli sastra Arab [Khayyam menulis karyanya dalam bahasa Persia], menulis sebuah buku tentang Umar Khayyam yang didalamnya menyatakan dengan sangat jelas persoalan ini. ''Yang benar adalah,'' katanya [dalam Omar Khayyam the Poet] ''tidak mungkin seorang [sarjana] membaca enam baris syair Omar tanpa melihat bahwa tidak ada mistisme di dalamnya, apalagi dalam Burns''. Namun ia tidak menjelaskan: apa jenis mistisme yang diacunya, bagaimana ia mengidentifikasikannya.

Fitz Gerald sendiri merasa kebingungan terhadap pribadi Khayyam. Ia kadangkala menganggap Khayyam sebagai Sufi, namun terkadang bukan. Padahal ia sendiri telah memahami sebagian besar pemikiran sufi. Heron Allen, sarjana yang telah menganalisa secara sangat seksama, menunjukkan bahwa bahan-bahan yang oleh banyak orang dianggap hasil racikan Fitz Gerald, acapkali berasal dari penyair Persia lainnya. Para pengarang Persia ini, yaitu para Sufi: Aththar, Hafizh, Sa'di dan Jami, adalah para penyair yang sejak Chaucer sangat berpengaruh di kalangan penulis Inggris. Mungkin di sengaja atau kebetulan, apabila Fitz Gerald sebenarnya telah memahami berbagai ajaran sufi dari naskah-naskah asli bahasa Persia. Ajaran-ajaran ini begitu kuat dalam ingatannya sehingga sangat membantu dalam menyunting Rubaiyat dalam bahasa Inggris, meski kemudian dicampur adukkan dengan Khayyam. Andikata Fitz Gerald mengetahui teknik ajaran tertentu yang diterapkan Khayyam - dengan mengikuti suatu garis pemikiran sehingga mengesankan kedangkalannya - maka ia mungkin menguraikan pengaruh ajaran Khayyam secara lebih efektif.

Fitz Gerald juga telah keliru memahami tekanan yang diberikan Khayyam tentang kondisi sufi yang mengalami ''Kemabukan'', sebagaimana terkandung dalam bait berikut ini:

Aku tak bisa hidup tanpa anggur,
Tanpa cangkir penuh dengan anggur,
aku tak mampu membawa tubuhku

Aku hamba sang nafsu yang dikatakan Saki [Pemabuk]
"Minumlah secangkir lagi"
tapi aku tak bisa.

Bait ini jelas mengacu pada kondisi pencapaian di bawah bimbingan guru sufi ketika suatu pengalaman ekstase berkembang menjadi suatu persepsi nyata tentang dimensi rahasia di balik kemabukan metaforis itu.

Karya Khayyam versi Fitz Gerald [bahasa Inggris] tidak pernah diperbaiki lagi karena, agar berbagai gagasan sufi bisa di kenal generasi secara luas, harus ada kadar harmoni tertentu antara gagasan dan formulasi waktu.

Hal ini bukan berarti bahwa setiap orang bisa melihat kandungan mistik dalam karya Khayyam. Ia telah mengesankan Swinburne, Meredith dan banyak orang yang mencari pola pemikiran non konvensional. Namun yang lain merasa bahwa dalam beberapa hal, kandungan mistik itu adalah suatu ancaman bagi konvensi. Seorang pakar theologi ternama, Dr. Hastie, tidak berusaha memahami kedalaman makna mistikal itu dalam karya Khayyam.

Dalam versi Fitz Gerald, Dr. Hastie hanya menemukan, ''Sosok jenaka yang bersahaja, refleksi sangat dangkal dan syair-syair gersang serta kontras''. Fitz Gerald sendiri telah mengkaji suatu ''segi baru tentang Khayyam'', tentang kegelisahan ''yang menyedikan, penipuan diri, kultus tidak wajar atas dirinya oleh orang-orang fanatik''.
"Kultus" ini merupakan "suatu kegilaan retoris dan delusi, kegandrungan dan pemujaan semu".

Apakah pendeta yang terhormat itu merasa terancam oleh orang yang bagaimanapun hanyalah "sosok bijak yang agak gila, berandalan pengecut, pailit dan pembual buta yang suka menggertak?"

Umar Khayyam bisa jadi sering kali dipahami di Timur maupun Barat sedemikian rupa. Yang sangat mengkhawatirkan adalah begitu banyak mahasiswa Muslim yang berbahasa Inggris di India terlampau meminati Khayyam dari terjemahan Fitz Gerald itu. Namun setidaknya theolog Muslim telah mengedarkan suatu peringatan. Dalam The Explanation of Khayyam [Molvi Khanzada, Lahore, 1929], sebuah pamflet yang beredar luas, ia telah berusaha sebisa mungkin membawa masalah itu ke dalam perspektifnya sendiri:

Pertama ia membuktikan, dan bukan tanpa alasan bahwa Fitz Gerald sebenarnya tidak mengetahui bahasa Persia dengan baik.

Kedua, ia menegaskan bahwa Cowell juga tidak tahu bahasa Persia dengan baik.

Orang yang ingin mengkaji Khayyam, pertama kali seharusnya mempelajari bahasa Parsi, bukan bahasa Inggeris. Bahkan sebelum mengkaji Khayyam, ia harus mampu memahami dasar-dasar Islam secukupnya sebelum memasuki  subjek pelik seperti sufisme. Akhirnya, Khayyam merupakan sebuah istilah generik yang diterapkan para sufi sebagai suatu metode pengajaran, yang bila di kaji sendiri tanpa mengacu pada kitab-kitab lain dan tanpa bimbingan seorang guru pasti akan menyesatkan. Khayyam adalah sebuah kultus agung di Inggeris. Para pemujanya telah membentuk kelompok-kelompok, menaburi bunga Nisyabur di atas pusara Fitz Gerald, dan meniru syair-syair. Kultus ini sangat banyak, padahal kita tahu bahawa manuskrip tertua ditulis tiga ratus lima puluh tahun setelah kematian sang pengarang - hampir seperti kita tahu tentang St. John of the Cross berdasarkan sebuah dokumen yang ditulis akhir-akhir ini dan harus mendasarkan pemahaman kita dari dokumen itu serta sebahagian kecil dokumen lainnya.

Dari sudut pandang sufi, puisi Khayyam mempunyai pelbagai manfaat, entah dikaji untuk menjelaskan maknanya semata, entah dibacakan dengan syarat-syarat tertentu untuk meningkatkan taraf-taraf kesadaran, entah ''mengungkap rahsianya'' untuk digunakan sebagai bahan kajian sufi.
Itulah sebagian warisan sufi, dan sebagaimana telah memainkan peranan komprehensif, pemahamannya sendiri merupakan pola pemikiran khas sufi.

Konon ada seorang penyair melewati sebuah padepokan tua di Nisyabur beserta muridnya. Sekelompok keledai masuk ke dalamnya dengan membawa batu-bata untuk perbaiki bangunan itu. Namun salah satunya enggan melewati pintu gerbangnya. Khayyam melihat peristiwa ini pintu gerbangnya. Khayyam melihat peristiwa ini lalu tersenyum dan manaiki keledai itu sambil melantunkan sebuah syair secara spontan berikut ini:

Wahai orang yang telah pergi dari kembali,
Namamu telah hilang di antara nama-nama lain.
Kuku-kukumu telah berubah menjadi kuku keldai ini;
Janggutmu, ekormu,
kini sangat berbeza.
Keldai pandir itu kini bebas memasuki halaman padepokan.

Dengan kebingungan muridnya bertanya: "Wahai orang Bijak, apa maksudnya ini?''

"Jiwa yang kini ada di dalam keldai itu adalah jiwa dari tubuh seorang guru dipadepokan ini. Tentu saja ia enggan masuk ke dalamnya sebagai seekor keledai. Kemudian, dengan menunjukkan bahawa ia diakui sebagai seorang guru, maka ia pasti masuk ke lingkungan ini''. Namun Khayyam bukan sedang [sebagaimana dikira kalangan eksternalis] menunjukkan bahwa beberapa unsur entitas manusia dapat masuk ke dalam tubuh makhluk hidup yang lain, dan juga tidak untuk mengambil suatu kesempatan menandingi skolastisisme gersang dizamannya, ataupun sedang menunjukkan bahwa ia mempengaruhi keledai dengan syair itu. Jika ia tidak menunjukkan apa-apa dihadapan muridnya, tidak melontarkan sebuah gurauan, bukan melakukan suatu perbuatan misterius, tidak berkhotbah tentang suatu bentuk reinkarnasi dan menggubahnya secara esensial, lalu apa yang dilakukannya? Ia sedang melakukan apa yang bisa dilakukan oleh guru sufi - memberikan pengaruh kompleks demi kebaikan murid, membiarkan mereka melibatkan diri ketika menyertai seorang guru melalui sebuah pengalaman komprehensif. Ini adalah suatu bentuk komunikasi demonstratif yang hanya dikenal oleh mereka yang telah mengalami pahit getir latihan sebuah mazhab sufi. Proses itu diuraikan dengan pemahaman dalam suatu upaya menghubungkannya dengan peristiwa tunggal, bahkan peristiwa ganda, untuk tujuan rasional, namun arti tujuan rasional ini dilepaskan. Murid mempelajari melalui metode itu dan tidak mungkin disampaikan dengan metode lain manapun. Mereproduksinya dengan cara tertentu, kecuali menambah sebuah peringatan dengan mencuba menunjukkan watak khusus. Situasi ini setidaknya kelihatan kabur bagi kebanyakan pengamat serius.

Nama Khayyam yang dipilih untuk dirinya - Umar Khayyam - mengungkapkan beberapa jenis rahasia bagi Ghaqi - Sang Dermawan [Orang yang sangat suka berbuat baik], sebuah nama yang digunakan untuk orang yang tidak peduli pada hal-hal duniawi biasa. Hilangnya perhatian itu mencegah dirinya untuk mengembangkan persepsi dari dimensi lain.

Salah satu pembelaan para penyair terhadap Khayyam dalam melawan pemikir mekanis - akademis atau emosional - mungkin masih digunakan sebagai justifikasi untuk mencela pengkritiknya yang arogan dan para pengulas: Wahai orang yang tidak mengerti,
Jalan itu bukan ini dan itu!


UMAR KHAYYAM SANG MATEMATIKAWAN

Umar Khayyam dalam dunia matematik  dan astronomi menulis beberapa karya termasuk permasalahan aritmatika, sebuah buku tentang musik dan aljabar sebelum dia berumur 25 tahun. Pada tahun 1070 ia pindah ke Samarkand di Uzbekistan yang merupakan salah satu kota tertua di Asia Tengah. Umar Khayyam di dukung oleh Abu Tahir, seorang ahli hukum terkemuka dari Samarkand, dan dia diperbolehkan untuk menulis mengenai aljabar, risalah pada Demonstrasi Permasalahan dari aljabar.

Umar Khayyam awalnya menulis aljabar sebelum teks aljabar terkenal. Ia mempertimbangkan suatu masalah: Cari titik pada kuadran dari lingkaran dalam cara sedemikian rupa sehingga ketika yang normal dijatuhkan dari titik ke salah satu jari-jari berlari, rasio dari panjang normal dengan jari-jari sama dengan rasio dari segmen ditentukan oleh kaki normal.

Khayyam menunjukkan bahwa masalah ini setara untuk memecahkan masalah kedua: Cari segi tiga siku-siku memiliki properti yang miring sama dengan jumlah dari satu kaki di tambah dengan ketinggian di sisi miring.

Masalah ini membimbing Khayyam untuk memecahkannya sebagai persamaan kubik x 3 + 200 x = 20 x 2 + 2000 dan ia menemukan akar positif kubik dengan mempertimbangkan persimpangan empat persegi panjang hiperbola dan lingkaran. Sebuah solusi perkiraan numerik kemudian ditemukan oleh interpolasi dalam tabel trigonometri. Bahkan yang lebih luar bisa adalah pernyataan Khayyam mengenai solusi dari kubik ini, memerlukan penggunaan bagian berbentuk kerucut dan bahwa hal itu tidak dapat diselesaikan oleh penguasa dan metode kompas, hasil yang tidak terbukti selama 750 tahun. Khayyam juga menulis bahwa dia berharap untuk memberikan gambaran penuh solusi dari persamaan kubik di penelitian selanjutnya: Jika kesempatan muncul dan saya dapat berhasil, saya akan memberikan semua bentuk empat belas dengan semua cabang dan kasus, dan bagaimana untuk membedakan apa saja yang mungkin agar kertas, yang mengandung unsur yang sangat berguna dalam seni akan disiapkan.

Khayyam menghasilkan karya risalah pada Demonstrasi permasalahan dari aljabar yang berisi klasifikasi lengkap dari persamaan kubik dengan solusi geometris yang ditemukan dengan cara memotong bagian berbentuk kerucut. Bahkan Khayyam memberikan akun sejarah yang menarik di mana ia mengklaim bahwa orang-orang Yunani tidak meninggalkan apapun pada teori persamaan kubik, Khayyam juga menulis, kontribusi yang diberikan oleh penulis sebelumnya seperti al-Mahani dan al-Khazin adalah untuk menerjemahkan masalah geometris ke dalam persamaan aljabar [sesuatu yang pada dasarnya tidak mungkin sebelum karya al-Khawarizmi]. Namun, tampaknya Khayyam adalah orang pertama yang menyusun suatu teori umum dari persamaan kubik. Khayyam menulis: Dalam ilmu aljabar satu pertemuan masalah tergantung pada jenis tertentu teorema awal sangat sulit, yang solusinya tidak berhasil karena sebagian besar dari mereka yang berusaha itu. Ada pun Lama, tidak ada pekerjaan dari mereka berurusan dengan subjek telah turun kepada kita, mungkin setelah mencari solusi dan memiliki diperiksa mereka, mereka tidak mampu memahami kesulitan mereka, atau mungkin penyelidikan mereka tidak memerlukan pemeriksaan tersebut, atau akhirnya, karya mereka tentang hal ini, jika mereka ada, belum diterjemahkan ke dalam bahasa kita.

Prestasi lain dalam teks aljabar Khayyam adalah realisasi bahwa persamaan kubik dapat memiliki lebih dari satu solusi. Dia menunjukkan adanya persamaan memiliki dua solusi, tapi sayangnya dia tampaknya tidak menemukan bahwa kubik dapat memiliki tiga solusi. Dia berharap bahwa ''solusi aritmatika'' mungkin ditemukan satu hari ketika ia menulis: Mungkin orang lain yang datang setelah kami mungkin menemukan itu dalam kasus ini, bila ada tidaknya yang pertama tiga kelas kekuatan yang di kenal, yaitu jumlah, hal dan alun-alun.

Para "orang lain yang datang setelah kami" dalam kenyataannya Del Ferro, Tartaglia dan Ferrari di abad ke-16, juga dalam buku aljabarnya, Khayyam mengacu ke karya-nya sekarang hilang. Ketika kehilangan pekerjaannya itu, Khayyam membahas segitiga Pascal namun dia bukanlah orang pertama yang melakukannya sejak al-Karaji membahas segi tiga Pascal sebelum ini. Bahkan dapat diyakinkan bahwa Khayyam menggunakan metode untuk menemukan akar ke-n berdasarkan ekspansi binomial dalam koefisien binomial. Ini mengikuti dari bagian berikut dalam buku aljabarnya: Orang-orang Indian memiliki metode untuk menemukan sisi kotak dan cubes berdasarkan pengetahuan tersebut dari kotak dari sembilan angka, yang merupakan kuadrat dari 1, 2 3, dan lain-lain dan juga produk yang di bentuk dengan mengalihkan mereka dengan satu sama lain, yaitu produk dari 2, 3 dan lain-lain. Saya telah menyusun sebuah karya untuk menunjukkan keakuratan metode ini, dan telah membuktikan bahwa mereka mengarah pada tujuan yang di cari. Saya telah apalagi meningkatkan spesies, yang adalah saya telah menunjukkan bagaimana untuk menemukan sisi-sisi persegi-persegi, Quatro-kubus, kubus Cubo-, dan lain-lain untuk setiap panjang, yang belum dilakukan sebelum sekarang, bukti saya berikan pada kesempatan ini adalah bukti aritmatika hanya berdasarkan ilmu hitung bagian dari Euclid's "Elemen".

Dalam komentar mengenai dalil-dalil yang sulit dalam buku Euclid Khayyam membuat kontribusi untuk non-euclidean geometri, meskipun ini bukan niatnya. Dalam mencoba untuk membuktikan postulat kesejajaran dia sengaja membuktikan properti dari angka di non-euclidean geometri. Khayyam juga memberikan hasil penting pada rasio dalam buku ini, memperpanjang pekerjaan Eublid untuk memasukkan perkalian rasio. Pentingnya kontribusi Khayyam adalah bahwa dia memeriksa dengan baik definisi Euclid mengenai persamaan rasio [yang adalah bahwa pertama kali diusulkan oleh Eudoxus] dan definisi kesetaraan rasio seperti yang diusulkan sebelumnya matematikawan Islam seperti Al-Mahani yang didasarkan pada terus fraksi. Khayyam membuktikan bahwa dua definisi ini setara. Dia juga mengajukan pertanyaan apakah rasio dapat di anggap sebagai nomor? Tetapi meninggalkan pertanyaan yang belum terjawab.


UMAR KHAYYAM SANG ASTRONOM

Toghril Beg, pendiri dinasti Seljuk, telah membuat Esfahan ibukota wilayah kekuasaannya dan cucunya Malik Syah adalah penguasa kota yang dari tahun 1073. Undangan telah di kirim ke Khayyam dari Malik Syah dan dari-nya wazir Nizyam al-Mulk meminta Khayyam untuk pergi ke Esfahan untuk mendirikan Observatorium di sana. Astronom terkemuka lainnya juga dibawa ke Observatorium di Esfahan dan selama 18 tahun Khayyam memimpin para ilmuwan dan karya yang dihasilkan kualitas luar biasa. Itu adalah masa damai selama situasi politik memungkinkan Khayyam berkesempatan untuk mengabdikan dirinya sepenuhnya untuk bekerja ilmiah.

Selama masa kepemimpinannya, Khayyam bekerja pada kompilasi tabel astronomi dan juga memberikan kontribusi untuk reformasi kalender di tahun 1079 Masehi. Cowell mengutip Review Calcutta Nomor 59: - Ketika Syah Malik bertekad untuk reformasi kalender, Khayyam adalah salah satu dari delapan orang belajar bekerja untuk melakukannya, hasilnya adalah era Jalali [sehingga di sebut dari Jalal-ud-din, salah satu nama raja] - ''suatu perhitungan waktu," kata Gibbon, 'yang melampaui Julian, dan pendekatan akurasi gaya Gregorian'.

Khayyam mengukur panjang tahun sebagai 365,24219858156 hari. Terdapat dua komentar mengenai hasil yang ditemukan Umar Khayyam ini:

Pertama, itu menunjukkan kepercayaan diri yang luar biasa untuk mencoba memberikan hasil dengan tingkat akurasi yang teliti. Kita tahu sekarang bahwa panjang tahun berubah di tempat desimal keenam selama seumur hidup seseorang.

Kedua, itu adalah luar biasa akurat. Untuk perbandingan panjang tahun pada akhir abad ke-19 adalah 365,242196 hari, sementara hari ini adalah 365,2421990.

Sumber:
www.wikipedia.org

master hebat indonesia


Khayyam Di Antara Sajak dan Matematika
Sumber : Dian R. Basuki

Di Barat, nama Umar Khayyam-orang hebat dari abad ke-5 H/ke-11 M - selalu lekat dengan Rubaiyyat semata. Sajak-sajaknya yang tertuang dalam baris-baris kwatrin menemani para serdadu yang berangkat ke medan perang. Berkat FitzGerald (1859), Khayyam menembus dunia Eropa Barat oleh karena pesona anggurnya, sebuah pemujaan atas kenikmatan ala Epicurian—sebuah tafsir yang ditampik oleh Syed Hossein Nasr.

Tak ada pemikir Iran selain Khayyam, kata Nasr, yang dipandang dengan cara-cara yang sangat berbeda. Di ujung spektrum terdapat klab malam yang dinamai Khayyam, sebagai representasi watak hedonis agnostik yang dicitrakan padanya. Di ujung lain, ia dipandang sebagai penyair sufi mistis yang dipengaruhi tradisi platonik. Melihat hanya pada syair-syair Khayyam untuk menilai pemikir yang satu ini, kata Nasr, sungguh mereduksi pandangan personal Khayyam tentang Tuhan.

Jamil Ahmad, dalam Seratus Muslim Terkemuka, mengutip kwatrin terjemahan FitzGerald:

Ah, kekasihku, isilah seloki yang menjernihkan
Hari ini dan penyesalan lalu dan ketakutan masa depan
Hari esok! Wah, esok aku barangkali
Diriku sendiri dengan tujuh ribu tahun kemarin

Ada kesalahpahaman tentang watak pikiran Khayyam yang dibentuk oleh penafsiran bebas FitzGerald, tulis Mehdi Aminrazavi dalam The Wine of Wisdom. Kemashuran karya translasi sastrawan Inggris itumemang menjadikannya pintu paling popular untuk mengenal Khayyam, walau karya Khayyam tentang Aljabar sudah diterjemahkan di Eropa delapan tahun lebih awal. Sebagian orang, lantaran itu, menganggapnya sebagai pemikir bebas, seorang “Voltaire dari Timur”, yang menjadikannya hero di Eropa abad ke-19.

Ahmad menganggap Khayyam mengikuti garis filsafat Epicurus. Nasr punya penglihatan yang berbeda. Yang tampak bagaikan sikap kurang peduli atau agnostisisme dalam syairnya, tutur Nasr, hanyalah semacam bentuk pernyataan yang menggabungkan penyembuh-instan bagi kemunafikan agama dari seorang gnostik dengan upaya menjalin kontak kembali dengan realitas. Seperti juga Aenesidemus menggunakan cara skeptis yang sama untuk tujuan serupa.

Dalam waktu yang lama, sosok utuh Khayyam tersembunyikan oleh kilau Rubaiyyat-nya. “Umar Khayyam adalah nama yang lebih akrab di Inggris dan Amerika ketimbang di Persia (karena Rubaiyyat-nya),” tulis H.A.R. Gibb dalam Legacy of Islam. Padahal, lebih dari seorang yang memiliki minat besar terhadap sains dan puisi, Khayyam pantas dikenal sebagai pemikir orisinal di ranah sains. Ia penafsir penting matematika Yunani dan menyodorkan perbaikan besar atas postulat-postulat Euclidian.”Dia ahli matematikaterbesar Abad Pertengahan,” kata Minorsky.

Di balik syairnya yang mashur, Khayyam menjelajahi wilayah yang luas: matematika, filsafat, astronomi, kedokteran, sejarah, dan musik. Dua karya awalnya dalam matematika:Mushkilat al-Hisab yang masih tersimpan di Jerman, membahas aturan-aturan umum mengenai akar positif dari angka-angka.Lalu Sharh-l Mushkil min Kitab al-Musiqi berbicara ihwal musik dari sudut pandang matematika.


Dalam Aljabar, karya terpokoknya, Khayyam meletakkan prinsip-prinsip terkait dengan persamaan pangkat tiga. Dalam kitab ini, ia menulis tentang koefisien binomial yang kemudian dikenal sebagai segitiga Pascal-yang sudah selayaknya dinamai ulang sebagai segitiga Khayyam-Pascal. Tujuh tahun kemudian, Khayyam menulis Penjelasan tentang Kesukaran-Kesukaran dalam Postulat-Postulat Euclidus. Kritiknya terhadap geometri Euclides, yang menjadi rujukan selama 13 abad, membuka babak baru dalam telaah geometri.

Upaya Khayyam untuk mengatasi masalah ini membukakan jalan bagi pengembangan geometri non-Euclidean. Ini perombakan besar, oleh sebab ruang Euclidian datar dan absolut, sedangkan ruang non-Euclidian lengkung dan relatif. Albert Einstein membutuhkan pendekatan non-Euclidian untuk membuktikan bahwa cahaya bergerak bukan dalam garis lurus, melainkan sesuai kelengkungan ruang-waktu. Boleh jadi, Frederich Gauss menyadari keterbatasan ide-ide Euclidus sesudah membaca karya Khayyam.

Barangkali lantaran keyakinannya pada intuisi, yang menurut Khayyam merupakan petunjuk dari Tuhan sebagaimana keyakinan kaum Sufi, ia melakukan apa yang belum dikerjakan oleh ilmuwan sebelum dan sezamannya. Khayyam menyatukan dua dunia yang sebelumnya dipandang terpisah: aljabar dan geometri. Baginya, masalah geometri tertentu dapat dipecahkan dengan persamaan aljabar, dan sebaliknya persamaan aljabar dapat diselesaikan dengan geometri. Sebelum Khayyam, orang belum berpikir bahwa angka dapat digunakan untuk menyatakan suatu titik atau garis. Setelah Khayyam, Rene Descartes menyerap gagasan itu dan mengembangkan geometri analitik.

Kekuatan imajinasi, itulah yang melentingkan Khayyam hingga mampu melampaui sekat-sekat yang membatasi pikiran orang-orang sezaman maupun sebelum dirinya. Ia menyatukan puisi dan aljabar, astronomi, metafisika dalam dirinya. Khayyam itu universal, kata Nasr. Dalam astronomi, Khayyam menyumbangkan kalender Jalali yang dinilai oleh banyak ilmuwan lebih tepat ketimbang kalender Gregorian yang dipakai dunia internasional hingga kini.

Khayyam, pada 1079, menghitung satu tahun sebagai 365,24219858156 hari. Dari angka yang kita ketahui di masa sekarang, yaitu 365,242190, selisihnya hanya terdapat pada desimal keenam- sepersekian detik. Pengukuran kalendernya hanya memiliki 1 hari kesalahan untuk setiap 5.000 tahun, dan kalender Gregorian mempunyai 1 hari kesalahan untuk setiap 3.330 tahun.

Sebagaimana ia kerap disalahmengerti, namanya tenggelam pula oleh Copernicus, Kepler, Galileo walau ia telah lebih dulu membuktikan bahwa semesta ini tidak berputar mengelilingi Bumi sebagaimana diyakini orang-orang sebelumnya. Khayyam memang memiliki selera bersegi banyak, mencari kebenaran lewat pengetahuan dan menampik godaan kuasa meski untuk itu ia harus berpindah-pindah.

Bagi Khayyam, cara memperoleh pengetahuan merupakan soal yang utama. Dan orang yang begitu pintar dalam bidang seni dan sains pada zamannya ini memandang ‘cara pensucian’ sebagai cara terbaik dalam mencari pengetahuan. Khayyam meletakkan kaum Sufi pada tempat tertinggi dalam hierarki pengetahuan. “Mereka tidak mencari pengetahuan secara intelektual atau diskursif, melainkan dengan membersihkan batin dari ketidakmurnian alam dan tubuh jasmaniah,” tulisnya dalam Perihal Pengetahuan tentang Prinsip-prinsip Eksistensi.

Memahami Khayyam dengan membaca Rubaiyyat semata akan mengantarkan pada tafsir yang keliru tentang orang yang dikabarkan mati setelah bersujud di tengah malam dan berseru: “Oh, Yang Maha Kuasa, sesungguhnya aku telah berusaha menginsyafi Engkau sejauh kemampuanku. Aku memohon pengampunan-Mu.”

Dia yang dimakamkan di satu belukar teduh yang indah. ***
mizan.com

artikel disesuaikan dengan bahasa melayu

25 Apr 2014

semua

 

sebelum membaca puisi di bawah
mainkanlah video ini...



SEMUA

semua yang tertulis
akan terhapus melalui waktu
semua yang tergenggam
akan terlepas dan menghilang
semua yang tercinta
akan berpisah dan pergi
semua yang  terucap
akan  diam dan hening panjang
begitu sabda dalam kehidupan
kita akan menuju tangga-tangga masa
rapuh dan sirna

hari-hari yang ada
hanyalah untuk kita
bermohon dan meminta
jalan pulang itu biarlah terpenuhkan
dengan taufik dan perlindungan
tuhan yang satu

semua yang terguris dalam sukma
usah menjadi luka panjang
semua yang berdarah dalam luka
usah biarkan mengalir lagi
semua yang tersentuh dalam rasa
usah menjadi kenang panjang
semua yang terpatah dalam hati
usah menjadi sakit yang lama
semua yang beku dalam sanubari
usah menjadi kabur harap
kita akan menuju tangga-tangga masa
rapuh dan sirna

hari-hari yang ada
hanyalah untuk  memberi maaf
kita harus biarkan ia berlalu
segenap khilaf dan salah
usah berladung lagi

semua telah tiada
usah apa-apa lagi
berdoalah
hanya tuhan yang tahu pasti






PIBG Cemerlang

Tradisi ganding bahu lonjak SMK Kampung Selamat
MOHD. FIRDAUS ISMAIL


ZAINI Ahmad dan Wan Chik Ahmad melihat tiga pelajar menjalankan aktiviti 
penjagaan pokok pokok herba.

TASEK GELUGOR 24 April _ Tidak banyak sekolah yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ibu bapa untuk turut sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak mereka seperti yang diamalkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Namun, siapa menyangka tradisi itu yang diamalkan sejak sekian lama menyumbang kepada peningkatan prestasi sekolah berkenaan sehingga dipilih menerima Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

Pengiktirafan itu diberikan sempena Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012/2013 pada 19 April lalu.

Menerusi pendekatan itu, pihak pengurusan sekolah berkenaan membuka peluang kepada ibu bapa membantu guru-guru dalam aktiviti seperti menunjukkan cara mengawet serangga dan tumbuh-tumbuhan herba kepada para pelajar.

Pendekatan itu ternyata dapat mewujudkan hubungan erat antara guru dan PIBG sekolah berkenaan sekali gus memberi manfaat kepada pelajar sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Zaini Ahmad berkata, kerjasama sejak beberapa tahun lalu itu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar di sekolah berkenaan.

Menurutnya, pendekatan itu juga membolehkan sekolah berkenaan mencatat prestasi akademik membanggakan selain tidak menyaksikan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang serius.

“Lokasi sekolah ini terletak di kampung yang dikelilingi ladang kelapa sawit menyebabkan perlunya untuk kedua-dua pihak bekerjasama termasuk dalam aspek keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolah berkenaan hari ini.

Menurut Zaini, pihak sekolah bersama PIBG juga secara konsisten menganjurkan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti seperti program santai dan kenduri rakyat untuk mengenali masyarakat setempat.

Mereka juga, katanya, mengadakan kutipan derma untuk membantu beberapa keluarga miskin termasuk pelajar di sekolah berkenaan.

Tambahnya, pelaksanaan program berkenaan menghasilkan maklum balas positif apabila ibu bapa tidak lagi 'segan' untuk datang ke sekolah dan berkongsi pendapat.

Keadaan itu, ujarnya, berbeza berbanding sebelum ini yang mana kelibat ibu bapa di sekolah hanya boleh dilihat ketika mesyuarat PIBG atau ketika mengambil buku laporan anak masing-masing.

“Kini ibu bapa turut bekerjasama dan memberi sumbangan dalam mencantikkan kawasan sekolah dengan membina taman herba dan zoo mini untuk manfaat pelajar," katanya.

Dalam aspek pencapaian akademik pula, katanya, SMK Kampung Selamat yang baru berusia 11 tahun menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.

“Dengan kekuatan seramai 65 orang guru dan 16 kakitangan, sekolah ini berjaya berada pada kedudukan 347 daripada jumlah keseluruhan 2,215 buah sekolah menengah di seluruh negara.

“Pencapaian dalam subjek Bahasa Inggeris juga baik kerana mencatatkan kelulusan 86.29 peratus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas selain dua calon berjaya mendapat 9A dan enam calon berjaya mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Kampung Selamat, Wan Chik Ahmad berkata, pihaknya berusaha menjayakan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan.

“Antaranya kita bekerjasama erat dengan ibu bapa, komuniti, sektor swasta secara meluas.

“Masyarakat juga akan membantu melaporkan kepada pihak sekolah jika ada aktiviti pelajar yang mencurigakan," katanya.

Dalam pada itu, Wan Chik memberitahu, pihaknya turut merancang program santai, ceramah agama dan kelas motivasi membabitkan penyertaan masyarakat setempat sebelum Ramadan ini.

utusan online

Kerjasama erat dengan PIBG kunci kejayaan SK Muzaffar Syah


BIBI Sakinah Haron Khan (empat dari kiri) dan Talib A. Samat (tiga dari kiri) serta guru-guru bergambar bersama-sama piala dan replika cek RM30,000 apabila memenang Anugerah PIBG Cemerlang Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2012-2013 di SK Muzaffar Shah, Ayer Tawar 3, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI 24 April - Slogan 'Sekolah Berbudaya, Komited dan Berintegriti' yang diterapkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Muzaffar Syah, Bibi Sakinah Haron sejak setahun lalu berjaya melonjakkan imej sekolah, sekali gus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.

Anugerah berprestij yang diberikan Kementerian Pendidikan itu melayakkan SK Muzaffar Syah yang terletak di Felda Ayer Tawar 3 yang mempunyai 357 murid dan 31 guru itu melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Bibi Sakinah berkata, banyak faktor yang mendorong kejayaan tersebut, namun yang paling penting hasil kerjasama erat antara warga sekolah, murid-murid, masyarakat, ibu bapa serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi.

"Sejujurnya apabila saya ditugaskan ke sekolah ini pada 22 Februari tahun lalu, saya melihat dengan hati yang tulus ikhlas banyak peluang dan ruang untuk melonjakkan pencapaian sekolah dan sebagai langkah awal saya mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan komuniti termasuk pertubuhan dan agensi yang ada dalam masyarakat.

"Selain ibu bapa saya mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Felda Ayer Tawar 3, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan PIBG sedia ada," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Bibi Sakinah berkata, selama ini masyarakat setempat tidak ada sebarang keistimewaan atau kebanggaan tentang sekolah tersebut.

Berikutan itu, pihak sekolah bersama barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang diketuai Yang Dipertuanya, Talib A. Samad telah memperkenalkan enam elemen yang perlu dibangunkan di bawah sarana sekolah.

"Dalam tempoh setahun, kesemua elemen itu saya terjemahkan antaranya, mewujudkan suasana yang kondusif, kaedah komunikasi yang berkesan, mengambil keputusan bersama dan mengambil tanggungjawab bersama.

"Kesemua elemen itu kita adun, terjemah dan dilaksanakan secara menyeluruh dan hasilnya cukup membanggakan sehinggakan komuniti termasuk ibu bapa dan pertubuhan serta agensi yang ada di kawasan Felda Ayer Tawar 3 menjadikan SK Muzaffar Syah sebagai 'keluarga' yang harus ditatang bagaikan minyak yang penuh.

"Inilah kenangan yang cukup manis dan cukup besar ertinya bagi saya apabila masyarakat sudah kenal dan mengakui bahawa SK Muzaffar Syah merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Hakikat itu dapat dilihat mereka sanggup berkorban tenaga, wang ringgit dan idea demi kecemerlangan sekolah bertuah ini, " katanya yang mesra dipanggil bonda.

utusan online



Bicara Pengetua

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR..ke hadrat Ilahi di atas kejayaan SMKTTJ (Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar) Seremban menjulang Piala dan Hadiah Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Terbaik...di dalam Konvensyen & Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang di adakan di MAEPS, Serdang , Selangor pada 19 April , 2014 yang lalu..

Dengan kemenangan ini, SMKTTJ telah berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM30,000.00 , Piala utama dan Piala Iringan serta sijil.

Kegembiraan dan kepuasan yang tidak terhingga tergambar di setiap wajah para ibubapa, guru dan pelajar yang hadir memberikan sokongan dan hadir meraikan kejayaan ini.

Sesungguhnya kejayaan ini amat besar ertinya terhadap pengorbanan, komitmen dan kesungguhan serta kepuasan setelah segalanya dibalas oleh Allah dengan kejayaan yang hebat ini...!

Tidak hairanlah ramai diantara para ibubapa yang hadir pada majlis ini turut menitiskan airmata kegembiraan dan kepuasan dengan kejayaan ini. Inilah kejayaan yang bukan sedikit ertinya terhadap pengorbanan semua pihak terutamanya para ibubapa hebat sekolah ini yang sanggup mengorbankan waktu, tenaga, mwang ringgit dan perasaan di dalam membantu sekolah demi untuk melakarkan kecemerlangan yang hebat ini.

Mereka ini yang saban hari hadir ke sekolah memberikan khidmat dan sentiasa bersama sehingga malam hari dan sentiasa berlapang dada dan rela bekorban untuk bersama-sama menjayakan setiap program yang dianjurkan. Mereka berkorban tanpa mengira masa, dan tenaga serta wang ringgit demi untuk meringankan bebanan para guru di dalam memastikan anak-anak mereka dapat pendidikan yang terbaik .

Kegembiraan mereka ini juga turut dikongsi bersama oleh Yang Berbahagia Dato Pengarah JPNS , Dato Hjh. Kalsom Binti Khalid yang hadir sama pada majlis tersebut.


Saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga sekolah, guru-guru, para pelajar, SMKTTJ Partner's , swasta, NGO, Agensi awam, Komuniti dan terutama ibubapa SMKTTJ yang hebat ini...


Kejayaan ini adalah bukti kesungguhan kita dan keyakinan kita bahawa KITA MAMPU CEMERLANG... Terima kasih buat ibubapa hebat ini yang sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa yakin dan percaya terhadap segala perancangan sekolah di dalam mengejar kecemerlangan..semoga kita akan diberkati Allah dan semoga Allah membalkas segala kebaikan semuanya dengan kejayaan buat diri dan keluarga tuan-tuan..



Tahniah kepada YDP PIBG, Dato Hj. Mohamad Nordin yang sentiasa komited dengan usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dan senttiasa yakin akan hala tuju dan kaedah yang dilaksanakan oleh sekolah untuk mencipta kecemerlangan.

Ternyatalah...ANDA MEMANG HEBAT...

dan teruslah kita menCIPTA KEJAYAAN....

bicara seorang pengetua

Pesta Buku




Pesta buku: Kemeriahan hari pertama


KUALA LUMPUR – Penjualan pada hari pertama di Pavilion Karangkraf Pesta Buku Antarabangsa 2014 begitu memberangsangkan walaupun bermula pada hari bekerja.

Pengurus Jualan dan Operasi Grup Buku, Roziana Omar berkata, buku Cinta Amar, al-Quran, buku-buku baharu dan buku yang ditawarkan dengan harga murah mendapat sambutan menggalakkan.

“Pesta buku pada tahun ini agak berbeza kerana dimulakan pada hari Khamis berbanding hari Jumaat untuk tahun lalu, namun kehadiran pengunjung dan angka jualan tetap amat memberangsangkan.

“Kita tidak boleh membandingkan hari ini dengan hari cuti. Namun pengunjung tetap datang terutama daripada pelajar sekolah dan pelajar universiti.

Sebanyak 20 judul baharu buku dan novel pelbagai kategori dijual dengan potongan harga 20 peratus.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai pengunjung dapat hadir ke Pavilion Karangkraf kerana kesemua buku yang dijual adalah dengan harga promosi.

sinar harian




24 Apr 2014

alam dan manusia











alam dan manusia
akrab bergandingan
menghantar pesan
bersalaman dalam persahabatan
menyempurnakan amanah

warnakan pagimu



warnakan pagimu
dengan segala cahaya
yang tumbuh dari langit
resapkan kepanasan matahari
ke dalam akar semangatmu
ke permukaan teluk jiwamu
biarlah semalam meninggalkan
kita sedang mendaki hari
melangkah memenuhkan 
bingkai mimpi


bukan semuanya mudah
sebagaimana catatan yang kau ukir
pada kertas harapan
pada peta perjuangan
biarlah pagi ini memberi nafas baru
untuk kau perteguhkan tapak
membina kekuatan keyakinan
berdoalah segalanya dipermudahkan
kerana segenap harap dan harapan
mimpi dan impian
tuhanlah yang menetapkan
bagaimana berakhir semua itu


warnakan pagimu
dengan warna yang amat kauinginkan
berjanjilah untuk tidak mengalah
pada gelombang cabaran
biarlah pagi ini
tertebar warna-warna indah
dalam sejarah hidupmu
 


23 Apr 2014

hati emas


Pantang nampak orang susah
Oleh Kusyi Hirdan


Wanita ini mudah mesra dan tersenyum. Sekiranya bertemu tanpa mengenakan uniform, pasti kita tidak dapat meneka kerjayanya. Dia seorang jururawat.

Kerjaya Nor Hasni Falina Hassan Shukri, 28, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini antara kerjaya yang mulia. Bukan mudah membawa kerjaya itu malah tanpa minat mendalam, ia pasti menjadi lebih sukar.

Tetapi minat anak sulung daripada enam beradik itu muncul setelah dia mengikuti pengajian dalam bidang diploma kejururawatan di Kolej Kejururawatan Kuantan pada 2008. Selama tiga tahun itu cintanya umpama bersimpul rapi.

Setelah enam tahun sebagai jururawat terlatih di sebuah hospital kerajaan di Alor Setar, Hasni dan bidang kerjayanya umpama tidak boleh dipisahkan.
Foto



Anak seorang pegawai kerajaan itu mengaku dia tiada pendedahan awal mengenai kerjayanya melainkan setelah menghadiri kursus selama tiga tahun berkenaan. Cita-cita asalnya mahu menjadi tutor.



Minat yang bercambah itu kemudiannya disokong oleh ibu bapanya kerana bagi mereka, kerjaya sebagai jururawat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

“Apabila saya menjalani kursus selama tiga tahun di Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, saya melihat pelbagai manusia yang yang dalam kesakitan dan kesusahan. Hati saya rasa simpati dan mahu menolong mereka sedaya saya,” katanya.

Kerjaya ini tidak dinafikan memerlukan kesabaran tinggi dan penuh tekanan namun Hasni tidak menganggap ia sebagai masalah besar malah dia sentiasa berfikiran positif.

“Masalah dan tekanan sentiasa ada pada sebarang pekerjaan. Kita sendiri yang kena pandai mengatasinya. Sebagai jururawat, kami diajar supaya sentiasa bersabar. Kami harus berhadapan dengan pelbagai kerenah masyarakat bukan hanya pesakit dan keluarga mereka malah cabaran bidang kerja itu sendiri,” kata Hasni yang merancang untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat tertinggi.

Hasni mengambil langkah menangani cabaran dengan mengamalkan sikap bertolak ansur dan menghormati orang lain. Dari situ dia lebih mudah melalui setiap cabaran yang mendatang.

“Saya sentiasa percaya Allah bersama kita, bersama orang yang sabar,” katanya yang berasa bidang tugas sebagai jururawat sangat luas.

Bukan hanya menjaga pesakit atau memberi mereka ubat sebagaimana arahan doktor tetapi jururawat yang lebih banyak menghabiskan masa dengan pesakit.

“Ada masa mereka menangis dengan kami. Pada masa lain pula mereka gembira bercerita. Kami menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan perasaan mereka. Kami sekadar mendengar kerana sebagai jururawat, privasi pesakit harus dijaga,” katanya.

Saban hari, Hasni juga bertemu dengan kalangan pesakit yang hidup miskin dan susah. Dari situ dia melihat mereka dari sisi yang lain di luar ruang wad hospital.

“Saya bertemu dengan beberapa insan yang amat memerlukan bantuan. Tidak tergamak rasanya jika saya tidak mempedulikan mereka. Jadi selagi mampu dan terdaya, saya cuba membantu serba sedikit, yang penting seikhlas hati.

“Kebetulan saya mengikut kawan menyertai program amal menghantar makanan dan menceriakan pesakit dan petugas wad di hospital. Dari situ saya mengenali kumpulan yang menamakan diri mereka Superfrends,” katanya.

Walaupun Superfrends lebih fokus memberi bantuan di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur, Hasni mencuba menghubungi mereka dan memaklumkan mengenai sebuah keluarga yang sangat memerlukan bantuan di Kedah. Dari situ kumpulan itu melawat keluarga terbabit dan mendapati keadaan mereka sangat miskin dan memang memerlukan bantuan.

“Kini walaupun saya banyak menghabiskan masa dengan usaha amal, perjalanan hidup saya seperti biasa. Ini kerana segala kerja komuniti amal dibuat setelah urusan kerjaya dan peribadi selesai. Alhamdulillah, saya berasa suasana hidup saya semakin ceria dan lebih tenang,” katanya.

Barulah Hasni faham betapa nikmatnya dapat membantu orang. Paling puas hati apabila melihat mereka yang susah itu tersenyum gembira apabila menerima sumbangan.

“Alhamdulillah rakan sekerja turut menyokong saya dan ada antara mereka turut membantu saya ketika menghantar barangan dapur kepada orang susah. Keluarga terutama ibu saya (Asma Murni Rahim) menjadi penyokong utama apabila saya mula aktif membantu Superfrends dalam bidang amal ini. Begitu juga ketua jururawat dan penyelia jururawat yang turut menyokong dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengikhlaskan hati bukan perkara yang mudah. Hasni sendiri masih baru dan perlu sentiasa berazam melakukan yang terbaik dalam setiap apa yang diusahakannya.

“Hidup ini umpama roda. Kadangkala kita berada di atas, kadangkala pula bawah. Ajal maut semua di tangan Tuhan. Mati bila-bila masa saja. Sebagai jururawat saya sentiasa melihat kematian di depan mata. Jadi elok kita isikan masa muda dan singkat ini dengan kerja berfaedah untuk kegunaan kita di akhirat kelak,” katanya.

Hasni bersama rakannya bakal mengadakan majlis Ramadan bagi mereka yang susah dan memerlukan. Anda boleh menghulur bantuan untuk melancarkan majlis ini.

Antara barangan diperlukan termasuk 100 tuala, gel mandian, nasi himpit segera dan baju raya. Layari laman Facebook Superfrends untuk mendapatkan maklumat lanjut.

myMetro

https://www.facebook.com/misah.super?fref=ts



Warga wad tiga tak dipinggir

Kusyi Hirdan

Menghantar makanan ke wad tiga hospital kerajaan adalah aktiviti komuniti amal yang dimulakan oleh kumpulan Superfrends sejak tahun lalu. Dari situ, mereka menyedari betapa pesakit dewasa sangat memerlukan sedikit keceriaan.

“Memang ramai sukarelawan yang berkunjung ke wad kanak-kanak menghiburkan golongan kecil itu. Ia memang usaha yang sangat bagus dan murni jadi kami juga mahu membawa misi yang sama, tetapi ke wad tiga orang dewasa pula,” kata wakil Superfrends, Khamisah Mohd Nazri.

Tahun ini aktiviti itu diteruskan dengan tidak lagi menyasarkan hanya hospital di Kuala Lumpur, sebaliknya menuju utara tanah air, ke Alor Setar, Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah.

Setelah merancang, membuat persediaan dan dana mencukupi, kumpulan kecil itu pun bergerak ke Alor Setar.


SHAKIRAH bertanya khabar.


“Walaupun sudah mempunyai dana mencukupi dan sumbangan barangan daripada dermawan, kami sangat memerlukan bantuan sukarelawan Kedah. Bukan mudah mengajak sukarelawan dari Kuala Lumpur untuk ke sana kerana ia membabitkan masa dan kos yang tinggi,” katanya.

Dana dan barangan yang dibawa tidak bererti sekiranya tidak mendapat bantuan sukarelawan. Superfrends gusar kerana ziarah hospital mereka itu yang pertama di luar Kuala Lumpur.

“Walaupun ada beberapa orang yang sudah berjanji untuk membantu, kami memerlukan lebih bantuan sukarelawan kerana kali ini kami akan mengagihkan makanan ke dua wad sekali gus.”

Superfrends bersyukur kerana dalam masa terhad, mereka mendapat bantuan yang diharapkan.

“Ternyata ramai insan murni di Alor Setar yang mahu membantu, malah ada yang datang sendiri ke lobi hospital bersiap bersedia mahu membantu kami,” katanya.

Seperti pengagihan sebelum ini, ayam goreng, air kotak, bantal comel, kek cawan, gel mandian dan belon diagihkan. Kali ini ada tambahan bubur nasi yang dibawa khas oleh BigPot Porridge, pengusaha bubur di Alor Setar.

Kek cawan, bantal dan belon antara barang wajib yang mesti mereka agihkan. Kek cawan kerana rata-rata orang seronok menerimanya. Bantal dan belon pula mempunyai impak yang sangat besar pada mereka yang terlantar di katil ­hospital.

­Mereka seronok dan terus memeluk bantal yang diberi. Semua gembira apabila belon dilekatkan di meja mereka.

Superfrends terharu kerana golongan muda Alor Setar sukarela menawarkan diri mahu membantu usaha kecil itu walaupun kebanyakannya tidak saling mengenali.

Salwa Saad, 34, menulis status di laman sosialnya sebaik selesai membantu Superfrends betapa dia sangat gembira dapat menyertai program pengagihan makanan ke wad tiga hospital berkenaan bersama suaminya. Paling bermakna hari itu juga hari jadinya.

Sahabat Salwa, Nor Aziah Azmi, pengusaha BigPot Porridge, yang datang sendiri membawa buburnya untuk edaran kepada pesakit dan petugas di wad 3A dan 3C tersentuh hatinya melihat ada yang terus menikmati buburnya itu.

Shakirah Harris, 34, ibu dua anak yang juga pengusaha tudung, paling awal tiba di hospital terbabit kerana mahu menyertai program berkenaan. Berkereta dari rumahnya sejak awal pagi, Shakirah selain membantu mengedarkan bantal turut bersalam dan bertanya khabar dengan pesakit yang berbilang bangsa.

Sukarelawan Nor Aqilah Azahari, 26, tidak datang seorang diri, tetapi turut mengajak kakaknya, Nor Ezaida dan abang iparnya, Mohd Khairil Azli Akhairuddin untuk turut mengagihkan makanan dan cenderahati kepada pesakit dan petugas hospital.

Ini pengalaman pertama bagi ketiga-tiga bersaudara itu dan mereka berasa pengalaman beberapa jam bermesra dengan warga wad sangat bermakna.

Muhamad Syukur Ramli, 18, dan Mohd Faizi Saad, 18, sukarelawan paling muda membantu aktiviti pengagihan ini. Kedatangan mereka diatur kakak sulung Syukur, Syuhadah Ramli yang tidak dapat hadir kerana belajar di Pulau Pinang.

Dari jauh, walaupun tidak dapat hadir Syuhadah memastikan Superfrends mendapat bantuan dalam menjayakan program ziarah itu.

Dalam misi menceriakan warga wad, sekiranya pesakit mendapat bantal comel, petugas pula diberi bunga bergelang yang cantik. Senyum terukir di wajah jururawat, doktor dan pembantu apabila dipakaikan bunga bergelang ke tangan mereka.

“Alhamdulillah, misi kami menceriakan warga wad tiga, pesakit dan petugasnya terlaksana juga di utara ini. Superfrends banyak dibantu Norhasni Hassan Shukri dan Roslinda Muhamad Ashri, jururawat yang mengambil cuti hari itu bagi membantu program kami. Bantuan mereka mempermudahkan perjalanan program,” kata Khamisah.

Bagi hospital lain yang berminat dengan program sebegini bolehlah menjemput Superfrends dengan berhubung di Facebook mereka - Superfrends Sekadar Amal Kecil.

myMetro

DARI CATATAN SUPERFRIENDS SEKADAR AMAL KECIL

Program menceriakan warga wad 3 hospital kerajaan.

Selain KFC dan sumbangan2 lain, bantal peluk sebegini juga kami beri kpd setiap pesakit.

Kami dapat lihat impaknya pada kunjungan yang lepas, bagaimana penerimanya tidak kira bangsa dan usia sangat teruja mendapat bantal ini. Dapat sahaja bantal terus dipeluk erat. Wajah mereka berubah ceria.

Harga satu sekitar RM8.90 - RM9.90.
Bantu war2kan kpd orang terdekat kita, mungkin mereka mahu menyumbang untuk program amal kecil ini.

Terima kasih.






Bagi org yg berniaga atau bekerja sdri cukup bulan mesti sibuk buat bajet. Risau cukup tak duit nak bayar bil2 segala. Cukup ke untuk belanja itu dan ini. Cukup ke bagi mak dan ahli keluarga yg susah. Tak bg byk dpt bg sikit pun tak apalah.

Kumpulan kami pun sama. Kami ni ada yg berniaga. Cik Kham berniaga mcm2 bg menampung dirinya. Zul Haron pula bawak org pi melancong. Saya, saya menulis le kerjanya... Tp itulah cara saya mencari rezeki.

Semuanya demi kita menyara diri dan keluarga. Senang tu taklah. Tp dpt hidup serba sederhana.

Dalam segala kesibukan hal peribadi, setiap bulan kami cuba mengumpul dana bg agihan kpd program bantuan mereka yg memerlukan. Mereka yg susah, sakit atau terdesak.

Kumpulan kami ni kecil sahaja jadi agihan kami juga kecil. Collection lagilah kecil. Kami ni hanya membantu mereka yg berada di sekitar kami atau sekitar wakil kami. Yg boleh kami ziarah dan bertanya sendiri.

Saya buat bahagian Melaka, Cik Kham bahagian KL. Dan seorang lg wakil kami Hasni, membantu bahagian Kedah sana. Mmg shorthanded nak buat semua ni tp kami buat sedaya kami. ALhamdulillah, Allah sentiasa permudahkan.

Cuma skrg ni semakin ramai pulak pihak yg meminta bantuan Superfrends membuatkan kami serba salah. Yalah, tabung kami tak sebanyak mana.

Mereka ini ada dari org persendirian. Dari badan politik pun ada.

Kami selalunya terangkan dgn baik. Kami bukan kumpulan besar spt NGO2 di luar sana.

Tp permohonan ttp dtg juga. Dari sehari ke sehari kami berjumpa lagi pihak yg susah dan lebih susah lagi. Kesian. Rasa tak sampai hati menolak. Kalaulah aku kaya, lagu itu yg terlintas di kepala.
Tapi kami tak kaya masalahnya

Di hari Jumaat ini kami berharap dpt meningkatkan lagi jumlah penyumbang regular Superfrends. Setakat ini kami ada sekitar 5, 6 org yg menyumbang secara bulanan. Ia sgt membantu.

Kalau ada 200 org lagi yg mahu menyumbang rm10 sebulan kami dah ada RM2000 dlm tangan. Percayalah mcm2 yg boleh kami lakukan utk bantuan kpd yg memerlukan dgn jumlah itu. Dana brg dapur, pampers, belanja sekolah dll. Nilai RM10 langsung tak terkesan pd kita kalau diberikan pada orang. Bukan RM10, RM50 pun. Mmg eloklah kita ketepikan jumlah ini sedikit untuk membantu org.

Jadi marilah menjadi penyumbang bulanan Superfrends.
Hehe mcm iklan ajak main kutu pulak.

Anyway.... mohon bantu war2kan usaha kecil ini. Mungkin boleh ajak rakan sepejabat atau ahli keluarga bersama2 menjadi penyumbang bulanan Superfrends.

Tkasih.


Sumber : Facebook Superfriends Sekadar Amal Kecil

STATUS

Search This Blog

DAUN