Cinta Negara Sudirman
Disedari atau tidak, sudah 22 tahun Sudirman meninggalkan kita. Pada tahun ini sebahagian dari lirik lagu Sudirman, Warisan menjadi tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Nostalgia dan kenangan terhadap Sudirman kembali berbingkai.
Disedari atau tidak, ada khazanah besar yang ditinggalkan Sudirman untuk tatapan, renungan dan santapan seluruh rakyat Malaysia. Ia menjadi warisan yang amat berharga dan perlu dikenang dan dijadikan pedoman dan iktibar untuk rakyat negara ini. Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 marilah bersama kita menghayati kembali warisan yang ditinggalkan Sudirman.
Warisan yang berharga itu adalah lagu-lagu cinta negara yang dinyanyikan Sudirman dan menjadi khazanah negara. Cinta kasih, penghormatan, dan patriotisme Sudirman tercatatat jelas dalam lagu-lagu yang dinyanyikan. Rasanya sesuai benar dengan sambutan Hari Kemerdekaan ini kita kembali meletakkan kalungan penghargaan yang tingga serta kembali menghayati secara mendalam akan Cinta Negara Sudirman.
Tercatat pada album Abadi (1982) terbitan EMI (M) Sdn Bhd nota Sudirman tentang kehadiran album berkenaan :
"KEHADIRANKU ditulis atas rasa kesedaran yang kita pernah dijajahi dan dibelenggui. DI BUMI BERTUAH adalah sebuah cerita kebanyakan anak kampung yang bertanggungjawab atas pencapaian mereka sendiri. Tetapi disebalik kejayaan itu terdapat ibu tua miskin yang rela berkorban apa saja untuk anak-anak mereka. UNTUKMU merakamkan rindu mereka yang jauh, terhadap tanah air yang dicintai; dan SABARLAH MENANTI bagi mereka yang ditinggalkan yang jauh.
8 KE 4¼ diilhamkan dari dikir barat hanya menggunakan satu 'note'. Ini melambangkan satu pergerakan ke arah satu matlamat berlandaskan keharmonian. 31 OGOS, sebuah lagu lama yang tetap membawa erti yang mendalam dari tahun ke tahun.
Sejak kecil saya suka membaca sajak-sajak patriotik. DI SUATU PAGI diilhamkan dari sajak-sajak sedemikian. Sering kita nyanyikan jasa perwira kita, tetapi ingatkah kita akan ibu dan isteri yang dengan rela hati melepaskan mereka pergi. PERTEMUAN ABADI, WARISAN, INDAHNYA ALAM dan TEGAKKAN BENDERA KITA adalah lagu-lagu yang jelas menggambarkan cinta ini" (Sudirman, Februari 1982)
Lagu-lgu yang terisi dalam album Abadi yang diterbitkan oleh S. Atan ini antaranya :
1. Warisan (Syed Haron)
2. 8 Ke 4¼ (Punch Card) (Tradisional / Habsah Hassan)
3. Kehadiranku (Omar Taib / Sudirman)
4. Untukmu (Syed Haron)
5. Di Suatu Pagi (Sudirman)
6. Indahnya Alam (R. Maroeti)
7. Pertemuan Abadi (S. Atan / Habsah Hassan)
8. Sabarlah Menanti (Khairil Johari Johar)
9. Di Bumi Bertuah (Aimen Sharif / Sudirman)
10. 31 Ogos (Copyright controlled dari nyanyian Ahmaad C.B.)
11. Tegakkan Bendera Kita (S.Atan / Sudirman)
Album ini jelas menzahirkan warna jiwa Sudirman akan penghargaan dan penghormatan Sudirman terhadap tanahair. Jarang kita temui seorang penghibur yang begitu bersungguh-sungguh merakamkan penghargaan akan tanahairnya sehebat Sudirman. Lagu-lagu yang termuat adalah seruan keramat Sudirman untuk rakyat negara ini menghargai dan menyanjung tinggi akan tanahair sendiri. Begitu besar harga kemerdekaan dan begitu bermakna hidup dalam makmur dan tenteram dalam sebuah negara yang pesat berkembang.
Bagi Sudirman setiap dari kita harus menghargai negara ini dan berbakti untuk negara. Segenap bakti dan kasih sayang itu diperjelaskan dengan cara sendiri. Setiap dari kita berhak untuk memberi bakti dan menghargai sebuah negara bebas merdeka dengan keadah yang terbaik mampu mereka lakukan.
Ia dijelaskan oleh Sudirman dalam lagu Warisan :
Penghargaan sebuah kemerdekaan disebatikan dalam lagu Tanggal 31 yang dinyanyikan semua oleh Sudirman dengan tenaga, ekspresi serta emosi yang lebih bergetar dan menghargai kebangkitan negara dari jaring penjajahan.
Begitu berbeza Sudirman menzahirkan lafaz kasih dan cinta akan negaranya. Ia dibawakan dalam nada romantis secara halus dan santun memujuk setiap rakyat negara ini melafazkan rasa cinta dan kasih akan tanahair sendiri. Ia diterjemahkan dalam nada, irama dan bahasa yang sederhana tetapi amat memikat dalam Kehadiranku :
Pada mulanya terasa lagu ini adalah bahasa cinta biasa anak muda tetapi setelah dihalusi kiuta mula menemui akan ungkapan penghargaan dan sumpah setia Sudirman akan negaranya. Tiada lain tugas seorang warganegara adalah untuk berbakti demi negara dengan sedaya yang mampu. Sesudah segala itu ditunaikan tinggal doa dan harapan agar kemerdekaan dan kemakmuran ini terus bertunas untuk negara tercinta ini. Ia begitu mengharukan. Secara halus dan penuh romantis Sudirman berjaya memujuk jiwa kita untuk bermuhasabah akan hidup sebagai rakyat di bumi tercinta ini. Tidak mudah kemerdekaan ini kita gapai dan bukan mudah untuk melupakan getir dan sengsara perjuangan mencapai sebuah kemerdekaan:
Imbauan cinta akan tanahair dibawakan dengan cukup menarik oleh Sudirman menerusi lagu Indahnya Alam. Imej-imej alam tanahair dipaparkan secara romantis dan mampu melahirkan kerinduan dan cinta kepada mereka yang berada jauh dari tanahair. Begitu juga rindu kampung halaman dibangkitkan dalam lagu ini. Demikianlah Sudirman mengajak kita cinta dan kasih akan kampung halaman dan tanahair dalam lagu-lagunya
Bagi mereka yang berada di perantauan, imbauan tanahair disenandungkan oleh Sudirman untuk membangkitkan kasih sayang dan rindu akan tanahair. Ia begitu mencengkam jiwa dan begitu menusuk kalbu :
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri.
Jaga tutur kata jaga cermat
Peri bahasa selalu berbudi tinggi
Biar merendah kata orang jangan dibantah 2x
Fikir dahulu sebelum berkata.
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggi kan diri
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggi kan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya engkau mendapat keji
Peribahasa manis jangan terus ditelan 2x
Pahit jangan terus dibuang
teriring doa - sudirman
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.