1 Apr 2013

Pelopor Puisi Melayu Moden




PELOPOR PUISI MELAYU MODEN
Oleh : Abdul Razak b Mohd Kassim

Dalam melihat perkembangan dunia puisi, elok rasanya ditoleh sebentar ke belakang menatap jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh genre puisi, terutamanya di peringkat awal perkembangan puisi. Sehingga hari ini penentuan tahun bermulanya puisi masih terns kabur. Ali Haji Ahmad dalam kajiannya mengatakan bahawa `puisi Melayu di Malaysia mengikut sepanjang pendidikan saya sehingga kini bermula dalam tahun 1934 (1970). Sebaliknya Abd. Manaf bin Jaafar pula dalam kajiannya menjelaskan bahawa besar kemungkinan tahun 1933 dianggap sebagai tahun permulaan puisi Melayu moden (1970).

Latar Belakang

Pungguk atau nama sebenarnya Muhammad Yassin bin Maamur telah dilahirkan 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur. Sewaktu berusia enam tahun, dia kehilangan ayah. Semenjak itu dia tinggal bersama ibu dan abang-abangnya. Pada peringkat awal pendidikannya, Pungguk sering bertukar sekolah kerana mengikut lbu clan abang-abangnya. Pada tahun 1928 beliau telah lulus darjah V dengan mem-peroleh kelulusan yang terbaik bagi seluruh negeri Selangor. Dari tahun 1929 hingga 1931 Pungguk telah menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Sewaktu berada di maktab inilah beliau telah berkenal rapat dengan penulis-penults yang sedang menuntut di MPSI pada waktu itu seperti Abdullah Sidek dan Ibrahim Haji Yaakob. Beliau gemar membaca akhbar, majalah serta buku-buku, baik di dalam negeri mahu pun dari Indonesia. Di maktab inilah juga muncul hasrat Pungguk untuk menjadi pengarang.

Sesudah lulus dari MPSI, Pungguk mengajar di beberapa buah sekolah seperti Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur, Sekolah Melayu Beranang, Sekolah Melayu Beranang Hill; Sekolah Melayu Banting, Kuala Langat dan Sekolah Melayu Tanjung Karang iaitu dari tahun 1932 hinggalah 1956. Mulai tahun 1958 hingga tahun 1965, Pungguk telah dilantik sebagai guru pelawat Sekolah-sekolah Melayu Da-erah Ulu Langat. Di samping menjadi guru, Pungguk juga menjadi pengarang Majalah Guru pada tahun 1932. Pada tahun 1934, beliau telah menjadi ketua pengarang Majalah Guru.

Minat Pungguk terhadap dunia penulisan telah bermula sejak menuntut di MPSI lagi. Penulisannya meliputi pelbagai genre seperti puisi, cerpen, rencana, clan cerita-cerita bersiri yang tersiar dalam Majalah Guru dan aklabar Majlis. Pembicaraan tema clan persoalan dalam karya-karya beliau, terutama dalam cerpen dan novel berkisar di sekitar cinta clan kahwin paksa, moral clan pengaruh moden, kisah biasa dalam masyarakat dan soal politik, ekonomi dan nasionalisme orang Melayu (1988: 493). Beliau telah menggunakan berbagai-bagai nama samaran selain daripada Pungguk dalam dalam dunia penulisan. Antaranya, Keris Melayu, Malim Deman, Pengarang, Pensel Biru, Pujangga, dan Tanah Emas.

Meskipun penulisannya meliputi pelbagai genre, namun signifikannya penulis ini ialah kerana beliau dimartabatkan sebagai pelopor puisi Melayu moden. Hampir semua peneliti berse¬tuju dengan hakikat itu. Menurut Usman Awang dan Ismail Ahmad :

"Majalah yang mempelopori penyairan sajak Melayu baru ini ialah Majalah Guru dan, penyair yang dianggap mempelopori penulisan puisi moden ini ialah Punggok. Ia bertindak sebagai penyambung di antara puisi lama dengan puisi baru. Ia tidak menolak bentuk lama. Ia sekadar menggunakan fungsi pembayang sebuah pantun dan dengan demikian Pungguklah yang merentangkan titian penyeberangan penulisan pantun ke tebing penulisan sajak" (1981: 2).


Pungguk dan Puisi

Jumlah Puisi

Sepanjang penglibatannya di dalam dunia puisi, Pungguk telah menghasilkan sebanyak dua puluh buah puisi. Walaupun secara relatif, jumlah ini tidaklah banyak sebagaimana yang hasilkan oleh penyair-penyair kemudian namun sumbangannya kepada dunia puisi khususnya dan dunia kesusasteraan Melayu umumnya amat bermakna dan berharga. Ini kerana beliaulah yang telah mempelopor tradisi penulisan puisi Melayu moden di Malaysia.

Sebanyak lima buah puisi terawal telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mac tahun 1934 iaitu, `Keluh-kesah',’Selalu Merayu’, `Tak Disangka-sangka', ‘Pujukan Hati', dan ‘Ibuku’ selain dari puisi pertamanya bertajuk "Di Tengah Segara" yang tersia pada tahun 1933. Ini diikuti dengan puisi-puisi beliau yang lain.

Tema dan Persoalan dalam Puisi

Sesuai dengan hakikat bahawa puisi tidak pernah lahir dari vacum maka puisi-puisi nukilannya juga merupakan rakaman pernyataan kehidupan penyairnya. Pungguk mengungkapkan segala perasaan, fikiran, sikap, pengalaman serta khayalan dalam puisi-puisi cipataannya. Sebagai salah seorang ahli dalam masyarakatnya, juga sebagai seorang guru, Pungguk merakamkan segala pengalaman yang dilihat dan dialami dalam kehidupan itu dalam puisi-puisi ciptaannya. Kepincangan dan penderitaan yang dialami oleh bangsanya mendapat perhatian besar daripada Pungguk melalui puisinya  Di Tengah Segara.
Persoalan kemanusiaan juga turut disentuh oleh penyair dalam puisi-puisinya. Latar belakang hidupnya yang kematian ayah telah mendekatkan penyair kepada ibunya.

Wahai ibuku wahai bondaku
Mengapa tak tidur mengapa dukacita?
Malam siang panas dan sejuk.

Ayuhai anakku, ayuhai puteraku!
Mendidik kau terang dan gelita
Puas dinyanyi jemu dipujuk.

Hai Azab bonda mengasuh beta
Makan minum sekalian dicega
Menyelamatkan anak ‘kan jadi manusia
Itulah ibu terus berkata:
Lindungan ibu sebagai mega
Lelahan ibu hilang upaya.

Ibu, ibu Makhota negeri
Besumpahlah anakanda dalam dunia
Membela pelihara akan bondaku.

Anakanda, anakanda mastika puri
Selamatlah engkau dalam bahagia
Siratkan niatmu sebagai biku.

Oh ibuku
(Majalah Guru, Mac 1934.)


Persoalan cinta kepada insan yang bukan sejenis dengannya juga turut terpancar dalam puisi-puisi ciptaannya pada waktu itu. Ini sesuai dengan umur penyair pada masa itu yang berada di dalam lingkungan 20-an. Perasaan cinta yang kian kuat menggugahnya itu cuba ditahan dan dipujuknya agar tidak menurut nafsu. Ini dinyatakan oleh penyair dalam sajaknya:

Tenang, hatiku tenang! Tahankan tangis ratapmu,
Istimewa keluh kesahmu,
Membuat akalku tenggelam berenang.

Bersih otakku bersih!
Usah dimimpi yang jauh masih,
Walau pun kata oh ... kasih!
Rosak jantungku pertemuan selisih.
(Majalah Guru, 1934)

Pungguk juga turut mengabadikan persoalan yang berkisar di sekitar peribadinya dalam puisi-puisi ciptaan beliau terutama tentang kehidupan rumah tangganya yang semakin goyah.

Oh Tuhan ..,!
Anugerahilah cintamu
Ke dalam sanubari segenap ronggaku
Sudah bertahun aku tersemu
Sesak nafas lidahku kelu

Oh Tuhan ...!
Siramlah rahmatmu
Ke liang jantung segala hatiku
Ku sambut dengan suka hati
Ku pelihara ... cinta berahi
( “Oh Tuhan”, Majalah Guru, Julai 1936)

Selain persoalan tentang cinta dan kasih sayang terhadap sesama manusia, penyair juga mengungkapkan rasa kekagumannya terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Keindahan alam ciptaan Tuhan itu dibandingkan pula dengan seorang gadis cantik :

Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah

Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmat.
(“Indahnya”, Majalah Guru. Ogos, 1936.)

Persoalan tentang nasionalisme digarap oleh penyair dalam puisinya

MERDEKA ... MERDEKA ... MERDEKA
Berkorban dengan harta dan kekayaan
Berkorban dengan hati dan perasaan
Berkorbanlah dengan jiwa dan kematian

446 tahun mendung hitam diangkara
matahari gelap disaput mega
mendayu-dayu ombak di Selat Melaka
tergendong Gunung Tahan walau tinggi
kekeringan muara air tak memenuhi
malang sial hamba Tanah Melayu diratapi
Oh ... jadi hamba ditindasi…
( “Merdeka ... Merdeka ... Merdeka Bingkisan Merdeka, 1957)


Gaya Perpuisian Pungguk

Kedua-dua pengaruh, tradisi dan moden sama-sama mewarnai puisi-puisi ciptaan Pungguk. Puisi-puisi Pungguk menjadi garis pemisah antara puisi Melayu lama dan puisi Melayu moden. Namun begitu pengaruh tradisi masih menjelma dalam puisi-puisi ciptaannya. Paduan antara warisan tradisi dengan pengaruh moden jelas menjadi citra puisi-puisi Pungguk.

Dari segi pengaruh tradisinya, puisi-puisi Pungguk masih memperlihatkan kesan pengaruh pantun dan syair. Ini antaranya dapat dilihat pada aspek rima dan bentuk serta bahasa.

Waktu senja burung terbang
Waktu adinda bersedih cita
Hancur dan lebur di kalbu abang
Sedihkan adik panah dewata

Waktu dinihari malam yang sunyi
Waktu kanak-kanak kehilangan ibu
Abang meratap berbagai bunyi
Merindukan adik bernyala di kalbu.
(“Waktu Senjakala”, Majalah Guru, Julai 1935.)

Berdasarkan petikan puisi di atas, jelas sekali rima hujung puisi tersebut menyamai rima hujung pantun iaitu abab. Dari segi struktur binaan atau bentuk pula dapat dilihat bahawa puisi di atas terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap dengan mempunyai 8-12 suku kata sebagaimana struktur pantun dan syair. Cuma bezanya dalam pantun, dua baris teratas sebagai pembayang dan dua baris berikut sebagai maksud, sedangkan dalam puisi di atas keseluruhan barisnya membawakan maksud. Struktur binaan yang sama juga turut terdapat dalam puisi berikut:

Termenung aku di pantai berida
Memandang ombak menderu-deru
Jantungku sedih mengenang adinda
Cintaku terkobar darahku terharu
(Adindaku Sayang, Majalah Guru, Julai 1936)

Unsur-unsur menonjol dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk.

Ternyata Pungguk cuba memberikan kelainan dalam puisi-puisinya dengan melarikan diri daripada pengaruh tradisi yang sekian lama membelenggu dirinya. Justeru itu dapatlah dilihat kelainan dalam puisipuisi Pungguk khususnya dan sudut rima hujung dan struktur binaannya. Ini misalnya dapat dilihat dalam petikan puisi berikut:

Ayuhai rindunya Wahai sedihnya
Beta tanggungkan
Hati yang sayu
Kalbu yang pilu
Dakutangisku... dakuangankan...!
“Selalu Merayu”, Majalah Guru, Mac 1934.

Berdasarkan puisi di atas, dapat dilihat bahwa rima hujnngnya tidak lagi sama seperti pantun dan syair sebaliknya bebas. Begitu juga dengan struktur binaannya yang tidak lagi tenikat kepada struktur binaan puisi-puisi Melayu tradisional. Demikian juga dengan puisi di bawah ini:

Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah
Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmati.
(“Indahnya”, Malalah Guru, Ogos 1936)


Puisi di atas jelas sudah lari daripada ikatan tradisi baik dan segi rimanya mahupun dan sudut bentuknya. Berhubung aspek bahasa dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk pula jelas terlihat bahawa kedua-dua pengaruh, tradisi dan moden mewarnai penciptaan puisi-puisinya. Penggunaan bahasa arkaik masih ditemui dalam puisi-puisi Pungguk. Antaranya ditemui perkataan seperti dewata (“Waktu Senjakala”), berida, berpuput, berperi, tertera, dan walang (“Adindaku Sayang”), Selain itu puisi-puisi Pungguk juga banyak menampilkan perkataan-perkataan dengan unsur alam sebagaimana yang ketara ditemui dalam pantun. Antaranya ialah ombak menderu-deru, waktu senja, bayu berpuput (“Adindaku Sayang”), mendung hitam di kaki langit dan sang suria di angkasa tinggi (“Merdeka ... Merdeka ... Merdeka”). Penampilan perkataan-perkataan berkaitan dengan unsur alam sedemikian menurut kelazimannya sering ditemui dalam pantun. Ternyata penyair masih terbawa-bawa dengan pengaruh puisi tradisi dalam proses penciptaan puisinya.

Mungkin kerana cintanya kepada pengaruh tradisi menyebabkan penyair seakan enggan mengasingkan diri dengannya. Namun begitu pada keseluruhannya pelaksanaan bahasa dalam puisi-puisi Pungguk ternyata memperlihatkan pengaruh moden dari segi pemilihan perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian di samping penggunaan bahasa yang baru, khususnya dan segi penerapan bahasa kiasan, perlambangan, bahasa perbandingan dan sebagainya sesuai dengan hakikat penyair sebagai pemakai bahasa yang sentiasa memperbaharuinya.

Selepas 67 tahun (dengan mengambil kira tahun 1933 sebagai tahun mula-mula puisi Melayu moden pertama dihasilkan), puisi Melayu moden telah mengalami perkembangan yang cukup pesat dan mengagumkan melewati pelbagai tahap dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu secara umumnya. Sepanjang tempoh itu juga, puisi telah mengalami peningkatan baik dari segi bilangan penyair mahu pun jumlah puisi itu sendiri. Begitu juga dengan mutu penghasilan puisi. Tambahan pula pengiktirafan kerajaan kepada genre puisi terlihat jelas melalui berbagai-bagai hadiah dan anugerah. Semoga alaf baru akan terus membeni sinar indah kepada genre puisi. Dan tentunya nama Pungguk atau Muhammad Yassin Maamur akan sentiasa terpahat kukuh dalam liparan sejarah dunia kesusasreraan Melayu sebagai pelopor puisi Melayu moden.
(Dewan Sastera, Mac 2000)

Puisi-Puisi Pungguk

Keluh Kesah
Pungguk

 Waktu senja burung terbang
waktu adinda bersedih cita
hancur dan lebur di kalbu abang
sedihkan adik panah dewata


Waktu dinihari malam yang sunyi
waktu kanak-kanak kehilangan ibu
abang meratap berbagai bunyi
merindukan adik bernyala di hati


Waktu subuh menyingsing di angkasa
waktu tabuh bersahut-sahutan
abang termimpi berbagai rasa
adik disangka hanyut di lautan


Waktu labut menyambut siang
waktu makhluk bangun bekerja
abang terlalai waktu sembahyang
asyikkan adinda intan durja

1934


4 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena