Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru. Pada mulanya dikenali sebagai ”Balai Pustaka” . Dewan Bahasa dan Pustaka diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran bersama-sama dengan Pejabat Karang Mengarang. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 -21 september 1956. Pada 10 Julai 1957 , Dewan Bahasa dan Pustaka berpindah ke Kuala Lumpur. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 Dewan BP dinaikkan taraf sebagai badan berkanun dan diberi kuasa autonomi: i. menggubal dasarnya yang khusus, ii. menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan iii. menjalankan kegitan penerbitan dan perniagaan buku sebagaimana dengan sektor swasta.

Pada 31 Januari 1962 DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan terbang Lama(sekarang Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka) Pada tahun 1963 , DBP membuka pejabatnya di Brunei. Pada tahun 1977, DBP mengembanglan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabatnya di Kota Kinabalu , Sabah dan KuchingSarawak. Pada masa kini Dewan Bahasa dan Pustaka membuka 3 lagi pejabatnya : Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam Pulau Pinang(1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu Kelantan(1999), dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru(2003). DBP telah menyambut ulang tahun Jubli Emasnya dan Perasmian Menara DBP pada 22 Jun 2006.


Objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

Bertujuan untuk memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. Badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu yang menjadi ”bahasa rasmi” negara. Bahasa Melayu perlu dimajukan selaras dengan tarafnya di samping bahasa-bahasa lain.

Bertindak memajukan, mencungkil dan melahirkan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan. Badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memaju dan memperkembangkan bidang kesusasteraan tanah air dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai alat penyebarannya.

Mencetak atau menerbitkan buku, risalah dan bentuk persuratan. Badan kerajaan yang ditugaskan untuk mencetak atau menerbitkan buku, majalah, risalah dan lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan juga lain-lain bahasa.

Menyamakan sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan. Badan kerajaan yang ditugaskan menyelaras sistem ejaan dan bunyi sebutan untuk tujuan membaku atau menyeragamkan atau standard sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.


Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan peraduan mengarang karya sastera atau karya kreatif. Pengajuran peraduan mengarang karya sastera oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam berkarya. Contohnya Peraduan Mengarang Cerpen (1957), Peraduan Mengarang Novel (1958,1962)dan Peraduan Mengarang Drama (1963). Melalui peraduan tersebut lahirlah nama-nama seperti Hassan Muhammad Ali, A. Samad Said dan Arenawati.

Menerbitkan majalah. Selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam penerbitan majalah dan makalah DBP memuatkan karya cerpen, puisi drama serta esei/kritikan menyentuh bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Contoh majalah terbitan DBP adalah; majalah Dewan Bahasa (1957), Majalah Dewan Masyarakat (1963), majalah Dewan sastera (1971) dan Majalah Dewan Budaya.

Menerbitkan karya-karya kreatif dan karya sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan karya kreatif dengan hasil usaha pengarang meliputi pelbagai gerne. Penerbitan karya-karya kreatif ini telah menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan tanah air. Contoh penerbitan karya gernr novel adalah, ”Salina” karya A. Samad Said dan ”Srengenge” karya Shahnon Ahmad, gerne cerpen adalah, ”Segeluk Air” karyaKhadijah Hashim dan ”Dalam Diri” karya Ali Majod, gerne sajak seperti ”Salam Benua” karya Usman Awang dan ”Kembara Malam ” karya Latiff Mohidin dan gerne drama seperti ”Tamu di Bukit Kenny” karya Usman Awang dan ”Angin Kering” karya Johan Jaffar.

Menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah. Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah, menyentuh aspek teori dan pendekatan serta pemikiran khususnya dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi dunia kesusateraan tanah air. Contohnya, tulisan esei dan kritilan berjudul ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu” diselenggarakan oleh Anwar Ridhuan dan ”Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan” yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani.


Mengadakan kegiatan atau aktiviti sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka juga sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan kegiatan sastera tanah air telah menganjurkan majlis-majlis kegiatan sastera secara berkala mahupun tidak. Majlis kegiatan sastera itu dibuat dalam bentuk bengkel, seminar, ceramah, pembacaan puisi, pertemuan penulis dan sebagainya. Contohnya majlis-majlis kegiatan sastera anjuran DBP adalah, ”Majlis Pertemuan Sasterawan Nusantara”, Majlis ”Seminar Pengajaran Sastera” Bengkel ”Wilayah Penulisan Cerpen” dan Bengkel ”Penulisan Sastera Remaja”.

Menyediakan kemudahan bagi penulis atau pengarang untuk menghasilkan karya. Sebagai badan induk sastera dan bahasa negara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan kemudahan dan frasarana bagi penulis menghasilkan karya dan menyumbangkannya kepada masyarakat. DBP telah mengadakan program ”Penulis Tamu” dan program ”Derma Cipta” untuk memberi ruang dan peluang kepada penulis menghasilkan karya. Contoh, penulis tamu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka adalah Keris Mas, Adibah Amin dan Latiff Mohidin.


Menghasilkan dan memperkembangan sastera kanak-kanak dan remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan memperkembangkan bidang sastera kanak-kanak dan remaja melalui penghasilan karya, majalah, peraduan dan mengadakan Minggu Penulis Remaja. Usaha ini semata-mata untuk memperkembang dan merancakkan lagi kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.Contoh tokoh penulis remaja kelolaan DBP adalah, Sh. Hasanah Abdullah, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.

Melahirkan tokoh-tokoh sastera dan penulis-penulis baru. Dewan Bahasa dan Pustaka memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan tokoh-tokoh penulis baru dalam arena penulisan tanah air. Ini kerana DBP sebenarnya menjadi gelanggang atau arena utama penulis-penulis muda dan lama berkarya melalui program dan aktiviti penulisan anjuran DBP.Contoh penulis lama dan dan muda yang digarap DBP adalah, Fatimah Busu, Keris Mas, A. Samad Said, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.

 Catatan Kedua

 Dewan Bahasa dan Pustaka boleh dihubungi di alamat berikut :

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA IBU PEJABAT

Alamat:Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon:
03 - 2148 5656
03 - 2148 1011 (Talian Umum)
Faks:03 - 2141 4109

  
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR

Alamat:
Lot 107 - 109, Seksyen 26,
Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Telefon:
09 - 741 4900/09-741 4901
Faks:09 - 7475 252


 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA

Alamat:
No. 31, Lorong PERDA Selatan 2,
Bandar PERDA,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Telefon:04 - 5377 241
Faks:04 - 5377 245


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH SELATAN
Alamat:
No. 1 & 3,
Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman,
Larkin Perdana,
80350 Johor Bharu,
Johor.
Telefon:07 - 2365 588
Faks:
07 - 2358 686


 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK

Alamat:
Jalan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub,
Petra Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak.
Telefon: 082 - 444 711
Faks: 082 - 444 707


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH
Alamat:Kompleks DBP Sabah,
Telok Likas,
88873 Kota Kinabalu,
Sabah.
Telefon:
088 - 439 314
Faks:
088 - 439 732



Sila berkunjung ke Portal Dewan Bahasa dan Pustaka
Facebook DBP Wilayah Timur
Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka
Facebook DBP Cawangan Sarawak
Facebook Wacana Ilmu  DBP

Comments

Post a Comment