Melakar Impian



CERPEN MELAKAR IMPIAN
Mohd Kasim Mahmud


TEMA

Bertemakan kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan.
Contoh: Rosli yang bercita-cita untuk mengusahakan projek membela burung ruak-ruak. Pada mulanya idea Rosli dipertikaikan oleh rakan-rakannya tetapi dengan usaha gigih Rosli meneruskan rancangannya. Projeknya mendapat bantuan daripada pelbagai pihak dan berjalan dengan lancar.

PERSOALAN

Persoalan tentang sikap yang tidak mematuhi peraturan.
Contoh: Fuad mencampakkan tin minuman yang telah kosong ke dalam longkang di hadapannya.

Persoalan tentang sikap yang tidak mudah berputus asa.
Contoh: Rosli tidak berputusasa memujuk rakan-rakannya untuk turut sama dalam projek menternak burung ruak-ruak

Persoalan tentang keberanian membuat pembaharuan.
Contoh: Rosli berani membuat pembaharuan menternak burung ruak-ruak yang belum pernah dilakukan oleh orang lain.

Persoalan tentang semangat yang gigih.
Contoh: Rosli sangat bersemangat untuk memulakan projek ternakan burung ruak-ruak.

Persoalan tentang pegangan yang kuat terhadap agama.
Contoh: Rosli berhasrat untuk membayar zakat sekiranya projek ternakan burung ruak-ruaknya berjaya.

Persoalan tentang kebaikan hati.
Contoh: Rosli bersikap baik hati dengan menjamin rakan-rakannya yang ditangkap polis.


WATAK DAN PERWATAKAN

ROSLI
Watak utama.
Rajin berusaha

Berkawan rapat dengan Azwan, Fuad, dan Lamin dan mereka digelar pemuda kacang hantu oleh penduduk kampung.

Seorang yang berani membuat pembaharuan.
Contoh : Rosli berani membuat projek penternakan burung ruak-ruak.

Seorang yang berfikiran positif.
Contoh: Rosli yakin projek penternakan burung ruak-ruak akan mendatangkan pulangan.

Seorang yang penyabar.
Contoh: Rosli bersabar dengan sikap Azwan, Fuad dan Lamin yang mempersendakan rancangannya untuk memulakan penternakan burung ruak-ruak.

Seorang yang setiakawan.
Contoh: Walaupun Fuad, Lamin dan Azwan pernah mempersendakan rancangannya sebelum ini, namun atas dasar setiakawan, Rosli telah menjamin kawan-kawannya dib alai polis.

FUAD/ AZWAN/ LAMIN
Rakan baik Rosli.

Pemuda kacang hantu

Berfikiran negatif kerana tidak bersetuju dengan cadangan Rosli untuk menternak
burung ruak-ruak.

Suka memperkecilkan kebolehan orang lain.

Ditangkap oleh penduduk kampung kerana memecah masuk rumah Haji Sameon untuk mencuri wang tunai dan barang berharga.

TEKNIK PLOT

Pemerian.
Rosli menerangkan rancangan penternakan burung ruak-ruak kepada ibubapanya.
Contoh: Rosli membentangkan rancangannya itu kepada kedua-dua ibubapanya. Walaupun terkejut dan dibuai keraguan, mereka merestui serta memberi perangsang.

Dialog.
Perbualan di antara Rosli, Fuad, Lamin dan Azwan. Rosli menerangkan tentang rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak.
Contoh: “Jadi?” Fuad memotong tidak sabar.

Kejutan.
Rakan-rakan Rosli telah ditangkap kerana mencuri.
Contoh: Tiba-tiba pada suatu pagi, tersebar berita yang menggemparkan seluruh penduduk Beringin Tunggal. Azwan, Fuad dan Lamin telah ditangkap oleh beberapa orang penduduk kampung sewaktu sedang memecah masuk ke rumah Haji Sameon. Mereka cuba mengambil wang tunai dan barang-barang berharga di rumah itu. Ketiga-tiga mereka diserahkan kepada pihak polis.

Imbas Muka
Gambaran tentang kejayaan yang bakal dicapai oleh Rosli.
Contoh: Kita boleh dapat duit yang banyak. Siapa tau, dengan izin Allah, kita boleh menjadi jutawan!

Konflik.
Konflik di antara Rosli dengan tiga rakannya.
Contoh: Rosli berusaha memberikan penjelasan kepada rakan-rakannya. Bagaimanapun, rakan-rakanya masih mempersendakan dan mentertawakan rancangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak.

STRUKTUR PLOT

Permulaan
Contoh: Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa perbualan antara Rosli, Fuad, Lamin dan Azwan. Rosli mengajak rakan-rakannya untuk menyertai rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak. Rakan-rakan Rosli telah mentertawakan rancangan Rosli.

Perkembangan.
Contoh: Pengarang mengembangkan cerita dengan peristiwa Rosli berusaha memujuk rakan-rakannya untuk menyertai rancangan penternakan burung ruak-ruak. Rakan-rakan masih mempersendakan rancangan Rosli.

Rosli mendapat sokongan daripada ibu dan bapanya untuk memulakan projek ternakan burung ruak-ruak. Ibu bapanya turut membantu Rosli dengan memberi sumbangan sebanyak RM2000 untuk membolehkannya membina sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah.

Cerita semakin berkembang dengan peristiwa Rosli berusaha bersungguh-sungguh memajukan perniagaan burung ruak-ruak. Hasil jualannya mendapat pulangan yang lumayan. Rosli menambah sangkar baru untuk menampung burung ruak-ruak yang membiak dengan cepat.

Puncak/ Klimaks.
Contoh: Cerita ini mencapai klimaks apabila rakan-rakan Rosli yang telah mempersendakan cadangannya sebelum ini ditangkap oleh penduduk kampung ketika memecah masuk rumah Haji Sameon.

Peleraian.
Contoh: Rosli bersama-sama dengan ketua kampung dan ibubapa Lamin, Fuad dan Azwan pergi ke balai polis. Rosli telah menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah dan rakan-rakanya boleh dibebaskan dangan ikat jamin sebanyak RM1000 seorang sementara menunggu hari pembicaraan.

LATAR MASA

Waktu Petang.
Contoh: Perbualan dia antara Rosli dengan rakan-rakanya. Rosli ditertawakan oleh Lamin, Fuad dan Azwan kerana rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak.

Waktu Pagi.
Peristiwa: Berita gempar tersebar di seluruh kampung tentang penangkapan Fuad, Lamin dan Azwan keran cuba memecah masuk ke rumah Haji Sameon.

Satu Tahun.
Contoh: Setelah satu tahun berlalu, usaha gigih Rosli telah menampakkan hasilnya. Burung ruak-ruak yang diternaknya membiak dengan banyak dan dia mendapat pulangan wang yang banyak hasil jualan burung ruak-ruak itu.

LATAR TEMPAT

Kampung Beringin Tunggal.
Contoh: Hampir keseluruhan cerita berkisar di Kampung Beringin Tunggal. Kampung ini merupakan kampong Rosli, Lamin, Azwan dan Fuad. Mereka digelar pemuda kacang hantu disebabkan sikap mereka yang suka berpeleseran menaiki motosikal. Kampung ini juga menyaksikan kejayaan Rosli menternak burung ruak-ruak.

Di Bawah Pokok Rambutan Gading
Contoh; Rosli mengemukakan rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak kepada tiga orang rakannya. Bagaimana pun, Lamin, Azwan dan Fuad mempersendakan rancangan Rosli dan tidak yakin Rosli akan berjaya.

Rumah Haji Sameon.
Contoh: Azwan, Lamin dan Fuad telah memecah masuk rumah Haji Sameon untuk mencuri wang tunai dan barang- barang berharga tetapi telah ditangkap oleh penduduk kampung.

Balai Polis.
Contoh: Rosli bersama-sama ketua kampung dan ibu bapa Lamin, Azwan da Fuad telah datang ke balai polis dengan segera setelah penengkapan mereka. Rosli telah menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah. Akhirnya ketiga-tiga pemuda itu dibebaskan setelah Rosli membayar ikat jamin RM1000 seorang sementara menunggu hari pembicaraan.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang suka mempersendakan orang lain.
Contoh: Lamin, Azwan dan Fuad mempersendakan cadangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak.

Masyarakat yang berusaha untuk melakukan pembaharuan.
Contoh: Rosli lambang pemuda yang cuba untuk membuat pembaharuan dalam hidup.

Masyarakat yang berfikiran positif.
Contoh: Rosli yakin rancangannya akan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Masyarakat yang tidak mendendami orang lain.
Contoh: Rosli tidak pernah mendendami Fuad, Lamin dan Azwan yang pernah mempersendakannya sebelum ini.

Masyarakat yang berfikiran negatif.
Contoh: Rakan-rakan Rosli tidak yakin dengan rancangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak, malah mentertawakan rancangannya.


GAYA BAHASA

Ayat pendek
Contoh: Hati Rosli tetap tabah.

Ayat panjang
Contoh: Dia berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi rakan-rakannya agar menyertai projek yang telah bermain-main di ruang fikirannya sejak seminggu lalu.

Metafora.
Contoh: hamparan kejayaan/ taman sanubari

Personifikasi
Contoh : Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang…/ Matanya menikam tajam ke dalam mata sahabatnya itu.

Repitisi
Contoh : “Ah sudah, cukup, cukup!”

Inversi
Contoh: Boleh kami sembelih dan buat goreng berlada.

Sinkof.
Contoh: Rancangan kau ini tak masuk akal, tau!

Peribahasa.
Contoh: Bermimpi di siang hari.

Simpulan bahasa.
Contoh: Kacang hantu.

NILAI

Nilai ketabahan.
Contoh: Rosli tabah menghadapi segala ejekan rakan-rakannya.

Nilai baik hati.
Contoh: Rosli menjamin rakan-rakannya yang ditangkap polis.

Nilai menghormati ibu bapa.
Contoh: Rosli memberitahu kepada ibu bapanya tentang cadangannya untuk
menternak burung ruak-ruak.

Nilai ketaatan kepada agama.
Contoh: Rosli berhasrat untuk membayar zakat sekiranya berjaya menternak burung ruak-ruak.

Nilai keberanian.
Contoh: Rosli berani membuat perubahan untuk mengubah dirinya agar menjadi insan
yang berguna.

PENGAJARAN

Kita hendaklah tabah menghadapi setiap dugaan.
Contoh: Rosli tabah menghadapi dugaan untuk menjawakan projek menternak buruh ruak-ruak.

Kita perlulah bersikap baik hati sesama insan.
Contoh: Rosli menjamin rakan-rakannya yang ditangkap polis.

Kita mestilah menghormati ibu bapa.
Contoh: Rosli memberitahu kepada ibu bapanya tentang cadangannya untuk
menternak burung ruak-ruak.

Kita hendaklah taat kepada agama.
Contoh: Rosli berhasrat untuk membayar zakat sekiranya berjaya menternak burung
ruak-ruak.

Kita haruslah berani membuat pembaharuan.
Contoh: Rosli berani membuat perubahan untuk mengubah dirinya agar menjadi insan
yang berguna.

SUDUT PANDANGAN

Sudut Pandangan Orang Ketiga.
Pengarang dapat menggambarkan keadaan fikiran dan perasaan watak utama iaitu utama berbanding dengan watak lain iaitu Rosli. Pengarang dapat memperincikan gambaran watak utama berbanding dengan watak yang lain. Pengarang juga mengalihkan fokus kepada beberapa watak sampingan lain seperti Lamin, Azwan dan Fuad.

Comments

  1. byk yg kena kaji..lyeen skrg stdy pasla kritikan sastera..mmg sntiasa jumpa bnda mcm ni..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      kalau berwaktu saya akan buat posting
      tentang kritikan sastera

      tq

      Delete

Post a Comment