Gelungnya Terpokah



GELUNGNYA TERPOKAH ( SN DATO’ SHAHNON AHMAD)

TEMA

Bertemakan tentang pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi.
Jusoh dan Berahim hidup berjiran dan sawah mereka masing-masing bersebelahan antara satu sama lain.Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering air. Akibatnya Jusoh berdendam dan melakukan niat jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim .Akibatnya Berahim mengalami kerugian kerana kematian kerbaunya.

PERSOALAN:

Persoalan kegigihan pesawah membanting tulang mencari rezeki.
Contoh: Jusoh merupakan seorang pesawah yang gigih membanting tulang empat kerat dengan mengusahakan sawah padi semata-mata untuk memastikan isteri dan tujuh anaknya tidak kebuluran.

Persoalan hasad dengki.
Contoh: Jusoh dengki dengan Berahim sehinga sanggup menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering airnya.

Persoalan dendam.
Contohnya: Jusoh berdendam sehingga sanggup mengkhianati jirannya itu dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim mengalami kerugian kerana kerbaunya mati.

Persoalan Kemiskinan  Hidup.
Contoh: Jusoh sekeluarga hidup miskin dan hanya bergantung kepada tanaman padi sawahnya.

Persoalan fitnah atau tuduh menuduh tanpa bukti.
contoh : Jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak sawah Berahim bersebelahan dengan petak sawah Jusoh. Akibatnya Jusoh mendendami Berahim dan mencurahkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan kerbau tersebut mati.

WATAK DAN PERWATAKAN

Jusoh
1.           Seorang petani yang bergantung hidup dengan menanam padi.
2.           Seorang yang hidup bahagia walaupun miskin.
3.           Mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
4.          Anak bongsunya bernama Sahak.
5.          Mempunyai seekor kerbau yang membantunya di bendang.
6.          Hampir 20 tahun hidup bersama - sama isterinya.
7.          Merupakan watak utama dalam cerpen.
8.         Seorang pendendam. Contoh: Jusoh berdendam dengan Berahim sehingga sanggup
mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga kerbau Berahim mati.
9.         Seorang yang dituduh gila. Contoh: Jusoh pernah dituduh sebagai gila oleh penduduk kampung kerana mengamuk untuk membunuh berahim.
10.       Seorang yang suka bergurau dengan isteri.
Contoh: Jusoh bergurau dengan mencucuk pinggang bininya dengan ranting buluh penggaru belakang sewaktu balik dari sawah.

Isteri Jusoh
1.             Watak sampingan.
2.            Isteri Kepada Jusoh.
3.            Ibu beranak tujuh.
4.            Anak bongsunya bernama Sahak.
5.            Hampir 20 tahun hidup dengan Jusoh
6.            Seorang yang berfikiran jauh. Contoh: Isteri Jusoh mencadangkan supaya suaminya   mencurah cuka   getah ke belakang kerbau Berahim.
7.            Seorang yang penyayang.
Contoh: Dia menghalang Jusoh daripada menyerang Berahim kerana bimbang Jusoh ditangkap polis.

Berahim
1.            Jiran Jusoh.
2.            Mempunyai petak sawah yang bersebelahan dengan petak sawah Jusoh.
3.            Bekerja sebagai petani.
4.            Seorang yang  dituduh oleh Jusoh yang menyebabkan gelung padinya dipokah.
5.            Mempunyai seekor kerbau yang                membantunya disawah tetapi kerbaunya mati kerana terkena cuka getah yang dicurah oleh Jusoh.

STRUKTUR PLOT

Permulaan.
Contoh: Jusoh selesai membajak petak sawahnya dan bercadang menakung air pada petak sawahnya pada malam tersebut. Jusoh telah menarik gelung air yang telah dikambus dengan kejap ke dalam petak sawahnya.

Perkambangan.
Contoh: Setelah Jusoh bangun pada waktu pagi, Jusoh mendapati gelung air petak sawahnya telah terpokah. Jusoh menuduh perbuatan tersebut dilakukan oleh Berahim memandangkan petak sawahnya terletak bersebelahan dengan petak sawah Berahim.

Puncak/ Klimaks.
Contoh: atas cadangan isterinya untuk menghalang Jusoh daripada menyerang Berahim dengan menggunakan lading, Jusoh nekad menuangkan cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim sehingga menyebabkan kematian karbau tersebut. Kerbau itu merupakan nadi utama keluarga Berahim untuk mengerjakan petak sawahnya

Peleraian.
Contoh: Jusoh akhirnya telah dikepung oleh penduduk yang menudunya gila kerana menerangi Berahim dengan lembing setelah gagal menahan kemarahan terhadap Berahim yang membuat onar terhadap isterinya.

TEKNIK PLOT 

Pemerian / Deskriptif.
Contoh: Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras  nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya.

Dialog.
Contoh: “Dah habeh?” .... “Dah habeh apo?”...
Imbas kembali / Flashback
Contoh: Isteri Jusoh teringat akan Lebai Karim yang ditangkap dan dikurung dalam jel kerana menetak Penghulu Sudin.

Imbas muka / Flashfoward.
Contoh: Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh, petaknya kali ini akan menjadi petak yang paling subur.

Saspens.Contoh: “Aku...aku...aku dipaksa Berahim.” Dan suara itu tidak mampu disambung lagi.
Pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada isteri Jusoh.


LATAR

Latar Masa
1.             Dua hari sahaja.
2.            Pada waktu petang. Contoh: Ketika Jusoh membajak sawah sehingga senja.
3.            Pada waktu malam. Contoh: Ketika Jusoh berehat dirumahnya.
4.            Pada waktu subuh.  Contoh: Berita tentang kerbau disimbah cuka getah tersebar kepada orang kampung.

Latar Tempat
1.             Kampung Banggol Derdap Kampung asal Jusoh.
2.            Di Sawah Padi. Tempat Jusoh membanting tulang mengerjakan sawah padi.
3.            Di Rumah Jusoh. Tempat Jusoh berlingdung bersama-sama keluarganya.
4.            Di Rumah Berahim. Tempat  tinggal Berahim sekeluarga.
5.            Di kandang Kerbau Berahim. Tempat kerbau Berahim disambah cuka getah

Latar Masyarakat

Masyarakat petani.
Contoh: Jusoh dan Berahim merupakan contoh penduduk kampung yang bekerja sebagai petani dengan menjadikan tanaman padi sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Masyarakat yang gigih berusaha.
Contoh: Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.

 Masyarakat yang bersikap pendendam,
Contoh;  Jusoh berdendam dengan Berahim kerana menganggap Berahim punca gelung  padinya pokah.  Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga menyebabkan Berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya.

Masyarakat yang suka menuduh tanpa bukti nyata.
Contoh: Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah    sehingga kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusoh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa. Akibatnya Jusoh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim.

Masyarakat petani yang  bergantung kepada haiwan.
Contoh:  Jusoh menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawahnya.

Masyarakat yang tidak mengamalkan nilai toleransi.
Contoh: Jusoh tidak bertoleransi dan berbincang dengan Berahim untuk mengetahui peristiwa yang sebenar sebaliknya menggunakan pertimbangan sendiri dengan cara mencurah cuka di belakang kerbau Berahim.

Masyarakat yang belum mencapai kemajuan.
Contoh: Penggunaan kerbau dalam aktiviti membajak oleh Berahim.

NILAI

Nilai Kegigihan.
Contoh: Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.

Nilai Kemesraan.
Contoh: Hubungan Jusoh dengan isterinya sangat mesra buktinya Jusoh sempat mengusik isterinya di dapur sehinggakan anak-anak mereka tertawa melihat telatah ibubapa mereka.

Nilai Keprihatinan.
Contoh: Penduduk kampung berbondong-bondong ke rumah Berahim semata-mata untuk melihat kerbau Berahim yang dicurah cuka getah oleh Jusoh.

Nilai Kasih Sayang.
Contoh:  Jusoh sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya sehingga dia sanggup bekerja di petak sawah pagi dan petang.

Nilai Bertanggungjawab.
Contoh: Jusoh sanggup membanting tulang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga.

PENGAJARAN

Kita hendaklah gigih bekerja untuk mencari rezeki.
Contoh: Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .

Kita janganlah suka menuduh seseorang tanpa sebarang bukti.
Contoh: Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak sawah Jusoh dan Berahim adalah bersebelahan.

 Kita janganlah mengkhianati atau berdendam sesama manusia.Contoh:  
Jusoh berdendam dengan Berahim kerana menganggap Berahim punca gelung  padinya pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim  sehingga menyebabkan Berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya.

Kita janganlah menganiayai binatang ternakan.
Contoh: Jusoh menganiayai binatang ternakan Berahaim iaitu seekor kerbau yang digunakan oleh Berahim di bendang. Jusoh menganiayai binatang tersebut dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau tersebut walaupun kerbau tersebut tidak bermusuhan dengan Jusoh.

Kita hendaklahlah menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan kepada orang lain.
Contoh: Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusuh adalah secara membabi buta tanpa usul periksa, akibatnya Jusuh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim.

Kita hendaklah bersabar
Contoh: Jusuh tidak sabar dan hilang kewarasannya apabila gelung padinya pokah sehingga menuduh Berahim menjadi puncanya

SUDUT PANDANGAN

Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas.

Pengarang tidak terlibat sama ada dengan persoalan-persoalan mahupun dengan watak, tetapi pengarang masih meresap ke dalam cerita bagi mengetahui maklumat tentang diri watak dengan menggambarkan aspek-aspek penting sahaja.


Comments