Hadiah Sastera Darul Ta'zim Kesembilan 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta’zim Kesembilan 2013

Bagi memastikan kelangsungan bidang sastera dalam masyarakat, sebuah pusat tamadun Melayu serantau dan penubuhan Galeri Persuratan Johor dicadang ditubuhkan di negeri ini bagi membolehkan pelbagai sejarah dikumpul, disimpan dan dipamerkan di galeri tersebut kelak terutama bagi rujukan masa depan.Rekod perkembangan dan kegiatan organisasi bahasa serta sastera, tokoh penulis bersama karya yang dihasilkan sejak abad ke-17 sehingga hari ini juga dapat dipamerkan di situ.

Umum mengetahui Johor merupakan sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya dan bangsa sama ada dari segi sistem politik, sosial, kesenian dan kebudayaan, malah bahasa dan sasteranya juga mempunyai keunikan tersendiri.Jadi, saya cadangkan supaya Yayasan Warisan Johor (YWJ) merangka satu pelan bagi menubuhkan pusat tamadun Melayu serantau dan Galeri Persuratan Johor dalam usaha memastikan kelangsungan bidang itu.

Khaled Nordin

Muafakat Johor





MENINJAU KETEKALAN HADIAH SASTERA DARUL TA'ZIM (HSDT)

Hadiah Sastera Darul Ta’zim (HSDT) merupakan salah satu anugerah di negeri Johor bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan para penulis dan karyawan sastera terutama anak Johor yang aktif bergiat memperjuangkan sastera dan bahasa di Johor. Pengiktirafan yang diberikan ini bertujuan menggalakkan anak-anak muda dan penggiat sastera negeri dan kebangsaan supaya terus aktif menulis dan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi selain dapat menghidupkan kegiatan seni sastera di negeri Hujung Tanah ini.

HSDT telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk pertama kalinya pada tahun 1996 di Batu Pahat. Penganjuran kali pertama itu telah mengiktiraf seorang anak Johor yang aktif menulis iaitu Adibah Amin sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pertama. Penganjuran HSDT telah dirancang secara dwitahunan pada tahun-tahun berikutnya iaitu 1999, 2001, 2003, 2005, 2007, 2009, dan 2012. Selama HSDT dianjurkan dan terus mendapat sokongan jitu Kerajaan Negeri Johor, HSDT telah mengiktiraf seramai lapan orang penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor setiap kali penganjurannya. Berikut ialah senarai penulis yang pernah dinobat sebagai penerima-penerima Hadiah Khas HSDT :


Hadiah Karyawan Sastera Johor

1. Adibah Amin (1996)

2. Zaharah Nawawi (1999)

3. Khadijah Hashim (2001)

4. Abdul Talib Hassan (2003)

5. Nora (Haji Ali Ahmad – 2005)

6. Shaharom Husain (2007)

7. Pak Matlob (Mokhtar Talib – 2009)

8. Amida @ Hamidah Abd. Hamid (2011)

Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor

1. Gunawan Mahmod (1996)

2. Talib Samat (1999)

3. Hasidah Disan (2001)

4. Mawar Shafei (2003)

5. Shamsudin Othman (2005)

6. Zaid Akhtar (Mohamad Yazid Abdul Majid – 2007)

7. Nazim Mohd. Subari (2009)

8. Serunai Fakir (Khairul Hafiz Abdul Rahman – 2011)

Hadiah Karyawan Bukan Melayu Johor

1. Yang Quee Yee (2003)

2. TH Lim (Lim Tiam Hion) (2007)

3. Lee Tan Luck (2009)

HSDT diwujudkan sebagai penghargaan kepada para penulis Johor kerana sumbangan yang telah diberikan dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera. Selain itu, adalah diaspirasikan agar HSDT ini dapat mendorong dan menjana iltizam serta kreativiti para penulis Johor untuk menghasilkan karya-karya besar dan bermutu.

Aspirasi HSDT

  • Meneliti dan menilai perkembangan kesusasteraan di negeri Johor.
  • Menjadi ukuran terpenting untuk memantau prestasi penulis-penulis Johor.
  • Menjadi pendorong kepada para penulis untuk menghasilkan karya-karya bermutu tinggi.
  • Menggalakkan pertumbuhan bakat penulis-penulis baru.
  • Mendapatkan hasil karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Menggalakkan para penerbit untuk menerbitkan lebih banyak karya sastera yang bermutu tinggi dalam bahasa Melayu.
  • Memberikan penghargaan kepada para penulis Johor yang telah mengharumkan nama negeri Johor melalui penghasilan karya-karya bermutu tinggi mereka.

Pelaksanaan HSDT

Penilaian meliputi karya-karya yang telah diterbitkan, dicetak dan disiarkan di media massa.
Karya-karya yang dinilai adalah hasil tulisan warga negara Malaysia rakyat negeri Johor yang berkarya di negeri Johor atau di luar Johor atau warga negara Malaysia yang telah menetap atau bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya dipilih dan dinilai.

Hadiah Karyawan Sastera Johor dianugerahkan kepada penulis yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat nasional atau antarabangsa. Penerima juga telah menghasilkan karya-karya yang mantap dan terkenal serta ciri-ciri lain yang difikirkan layak untuk menerima hadiah ini. Walau bagaimanapun, mereka yang pernah menerima anugerah Kerajaan Negeri Johor dikecualikan daripada pencalonan.

Hadiah Sastera Darul Ta’zim ini juga merupakan komitmen Kerajaan Negeri Johor terhadap usaha memartabat sejarah, seni dan budaya oleh para pendukung bahasa dan sastera negeri Johor.
Jawatankuasa Panel Penilai HSDT yang dilantik terdiri daripada para sarjana, penulis dan budayawan yang mahir dalam bidang-bidang yang diperlukan untuk tujuan menilai karya-karya terkumpul.


PANEL PENILAI


HAJI HAMZAH HAMDANI (Ketua Panel Penilai)
AJK GAPENA

PROF. MADYA DR. HASHIM ISMAIL
Pensyarah Universiti Malaya
Bendahari GAPENA

DR. MOHAMAD SALEEH RAHAMAD
Penyarah Kanan, Universiti Malaya
Presiden PENA

DR. MISRAN ROKIMIN
Mantan Profesor Madya Universiti Kebangsaan Malaysia

DR. MOHD. HANAFI IBRAHIM
Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka

DR. LIM SWEE TIN
Mantan Prof Madya, Universiti Putra Malaysia

ENCIK ABDUL WAHAB HAMZAH
Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka


KARYA-KARYA TERPILIH DAN PEMENANG HADIAH SASTERA DARUL TA’ZIM KESEMBILAN 2013

PANEL PENILAI HADIAH SASTERA DARUL TA’ZIM KESEMBILAN 2013 MEMPERAKUI KARYA-KARYA SASTERA BERIKUT TERPILIH UNTUK MENERIMA HADIAH BAGI KATEGORI-KATEGORI :

1. PUISI ECERAN

6 Hadiah (RM500.00 setiap satu)
MARAH
ASLAM BIN ABDULLAH

TANGAN YANG MEMAHAT SEJARAH
JOHARI BIN JONET

TAFAKUR DI MAKAM IMAM SYAFIE II
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

LELAKI BERSAYAP SYUHADAH
SHAMSUDIN OTHMAN

SEBELUM DAN SELEPAS
NAZIM BIN MOHD SUBARI

PERJALANAN
WAHYU BUDIWA RENDRA A. WAHID


2. CERPEN ECERAN

6 Hadiah (RM800.00 setiap satu)

DAN COKLAT MENGALIR DARI RUANG BUNCAH
MAWAR SAFEI

MEM BERCOKER EMAS
RAHIMAH MUDA

BUKAN YATIM GAZA
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

JALAN KELUAR UNTUK MANGSA
MUHAMMAD SYUKRI BIN SAPUAN

MENYULUH KEHIDUPAN
SHAPIAI MOHD RAMLY

SENANDUNGKAN GURINDAM ITU
NUR SUHADA BINTI SAYUTI


3. KUMPULAN PUISI

1 Hadiah (RM1,500.00 setiap satu)

AKU INGIN BERBEKA-BEKA DENGANMU
SHAPIAI MOHD RAMLY

4. KUMPULAN CERPEN

1 Hadiah (RM2,000.00 setiap satu)

LOCENG ANGIN DARI JOGJA
MASKIAH BINTI HAJI MASROM


5. KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
 1 Hadiah (RM1,500.00 setiap satu)

TIADA PENERIMA

6. KUMPULAN CERPEN REMAJA
1 Hadiah (RM1,500.00 setiap satu)

BAYU DINGIN MEDITERRANEAN
MOHAMMAD YAZID ABDUL MAJID


7. NOVEL KANAK-KANAK

1 Hadiah (RM2,000.00 setiap satu)

DUNIA COKLAT NADIA
RAFIZA AB. RAHMAN


8. NOVEL REMAJA

1 Hadiah (RM2,000.00 setiap satu)

 PETAKA BAKTERIA
MOHD KASIM MAHMUD

9. NOVEL DEWASA

1 Hadiah (RM2,500.00 setiap satu)

RATAP RABITAH
AMINAH MOKTAR


10. BUKU SASTERA

1 Hadiah (RM2,500.00 setiap satu)

TIADA PENERIMA


11. ESEI DAN KRITIKAN SASTERA

1 Hadiah (RM2,500.00 setiap satu)

KESEJAGATAN RASA TAKWA DAN TANGGUNGJAWAB PENYAIR DALAM PUISI-PUISI TIGA PENYAIR NUSANTARA : SATU RENUNGAN
SHAMSUDIN OTHMAN

MODEL R. LINA: KOMUNIKASI DUA HALA TERANCANG DALAM TRADISI LISAN
ROSLINA ABU BAKAR


12. DRAMA RADIO

1 Hadiah (RM1,000.00 setiap satu)

KE SERAMBI MURABBI
AMINAH MOKHTAR

13. DRAMA PENTAS

1 Hadiah (RM2,000.00 setiap satu)

PRIMADONA...PERAHU MIMPI
RAHIMAH MUDA


14. DRAMA TV

1 Hadiah (RM2,000.00 setiap satu)

TIADA PENERIMA

15. RENCANA PEMBANGUNAN JOHOR

2 Hadiah (RM800.00 setiap satu)

HARITHISYA SHAMSUDIN
MENGIMBAU LEMBARAN SILAM – KAMPUNG TAROM : RINDU DAN SAYANG


16. KARYA PENULIS REMAJA BAWAH 19 TAHUN

3 Hadiah Puisi(RM200.00 setiap satu)

LENTERA KEAMANAN
MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAMSUDDIN

DI LADANG PERTIWI
MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAMSUDDIN

PENDETA BANGSA, PENDEKAR TIADA BERKERIS
NOOR SYAZANA BIN MOHD ALI

3 Hadiah Cerpen(RM300.00 setiap satu)

WAADAT DARAH PAHLAWAN
SHAHIDAH NAJWA BINTI SHAHROM

MISTERI CARICA PAPAYA
NURFARAHANI BINTI ZAINAL

SIRIH JUNJUNG SELASIH
SHAHIDAH NADIA BINTI SHAHROM

HADIAH KARYAWAN SASTERA JOHOR

(Wang Tunai RM7,000.00)

OTHMAN HAJI ZAINUDIN


HADIAH CIPTA KARYAWAN MUDA JOHOR

(Wang Tunai RM3,000.00)

WAHYU BUDIWA RENDRA A. WAHID


HADIAH KARYAWAN BUKAN MELAYU JOHOR

(Wang Tunai RM2,000.00)

CHONG CHEE SEONG

Comments