Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah mengisahkan mengenai kehidupan dan kepahlawanan Hang Tuah yang lebih kepada unsur mitos dan juga rekaan sahaja. Hikayat Hang Tuah mengemukakan pengalaman-pengalaman hidup yang tulin dan disuburkan unsur-unsur mitos, rekaan dan dengan membesar-besarkan peristiwa-peristiwa yang mengakibatkan Hang Tuah.

Hikayat Hang Tuah menceritakan mengenai latar belakang Hang Tuah mengenai asal usul misalnya pengenalan mengenai ahli keluarga. Dang Merdu merupakan ibu kepada Hang Tuah dan ayahnya pula bernama Hang Mahmud.Hang Tuah berasal daripada Sungai Duyung di sana. Namun terdapat beberapa fakta yang menyatakan bahawa Hang Tuah tinggal di pucuk hulu Sungai Perak dan menjadi raja. Hang Tuah hanyalah golongan rakyat jelata yang biasa sahaja, ayahnya Hang Mahmud menyara keluarganya dengan berkedai dan mencari kayu. Pada satu malam, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahaya memenuhi kepala anaknya Hang Tuah. Mimpi itu menandakan satu kebaikkan kepada Hang Mahmud sekeluarga. Hang Tuah berjaya menewaskan orang yang mengamuk di kampungnya, keberanian Hang Tuah amat dikagumi oleh penduduk kampung.

Hang Tuah bertemu dengan beberapa kawan baru iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi dan mereka berguru dengan Sang Aria Putra di Bukit Pancasula. Ilmu yang ada ini menyebolehkan mereka mempertahankan Bendahara Paduka Raja yang hampir menjadi mangsa amukan pengamuk-pengamuk. Keberanian lima bersahabat ini menyebabkan mereka dihadiahkan oleh Bendahara itu sepersalinan pakaian dan dilantik menjadi biduanda baginda.

Dalam Hikayat Hang Tuah juga turut menceritakan mengenai pembukaan Negeri Melaka oleh Raden Inu Wijaya Nantaja apabila anjing baginda telah ditendang oleh seekor pelanduk putih lalu jatuh ke dalam sungai. Penamaan Melaka adalah bersempena dengan nama pokok yang disandar oleh baginda semasa menyaksikan petarungan antara kedua binatang tersebut. Di sebabkan oleh negeri Melaka tidak mempunyai Raja Muda, maka Raja Melaka telah melantik Sang Jaya Nantaka setelah pemintaan daripada Raja Melaka itu direstui oleh Sang Sapurba.Walaubagaimanapun, setelah menjadi Raja Muda Melaka baginda telah difitnah yang dikatakan hendak merampas takhta Raja Melaka.


Keadaan ini menyebabkan Raja Melaka berasa murka akan Sang Jaya Nantaka dan baginda Raja Melaka telah melucutkan jawatan Sang Jaya Nantaka setelah hukum bunuh yang hendak dijatuhkan oleh baginda terhadap Sang Jaya Nantaka tidak dipersetujui oleh Hang Tuah dan Bendahara. Setelah pelucutan jawatan, Sang Jaya Nantaka menjadi pengail, dan bertemu dengan seorang saudagar kaya Parmadewan yang menjadikan beliau sebagai Raja Benua Keling, kerana semasa Parmadewan bertemu dengan Sang Jaya Nantaka hatinya kuat menyatakan bahawa Sang Jaya adalah seorang yang akan menjadi Raja Besar suatu hari kelak. Firasat itu tepat sama sekali apabila Parmadewan bertemu dengan Raja Melaka untuk mendapatkan restu baginda menjadikan Sang Jaya Nantaka sebagai Raja Benua Keling manakala Parmadewan tadi dilantik menjadi Bendahara Mangkabumi.

Khabar kecantikan Tun Teja menyebabkan hati Raja Melaka mula tertawan, sehinggakan baginda menghantar utusan ke Inderapura iaitu Tun Bija Sura bersama dengan Tun Utama untuk meminangnya. Walaubagaimanapun, pinangan Raja Melaka ditolak oleh Tun Teja kerana menganggap dirinya tidak setaraf dengan Raja Melaka. Raja Melaka berasa sangat kesal akan tindakan Tun Teja. Bagi menyenangkan hati baginda yang sedang terluka itu, maka Patih Kerma Wijaya mencadangkan kepada baginda untuk meminang anak kepada Betara Majapahit yang bernama Raden Mas Ayu . Lalu utusan dan pinangan dengan ghali “Mendam Berahi” pun dihantar ke Majapahit dan diterima dengan penuh suka.

Pinangan yang diterima oleh Puteri Majapahit itu, maka baginda Raja Melaka telah menitahkan untuk membina kapal yang diberi nama ‘ Kumbang Nuri’. Rombongan baginda bersama dengan pengikutnya ke Majapahit disambut dengan meriah, dan majlis tari menari telah diadakan pada malam itu, dalam majlis ini Patih Gajah Mada telah berniat besar untuk melakukan pembunuhan Hang Tuah. Namun, rancangan itu gagal kerana dapat dikesan awal oleh Hang Tuah, dan kehebatan Hang Tuah menyebabkan pengikut Patih Gajah Mada akur akan niat mereka. Dalam upacara majlis perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Mas Ayu, rancangan untuk membunuh Hang Tuah masih diteruskan oleh Patih Gajah Mada. Pemberian arak kepada Hang Tuah sememangnya tidak berkesan sama sekali kepadanya kerana Hang Tuah mempunyai ilmu yang menukarkan arak kepada air biasa. Namun yang demikan, keadaan majlis baginda kucar-kacir kerana belaku amukan oleh pengikut Patih Gajah Mada yang hendak membunuh Hang Tuah dan munculnya seorang penjurit yang bernama Taming Sari dan turut serta hendak membunuh orang Melaka dan Hang Tuah.Kehebatan Hang Tuah menyebabkan dia berjaya membunuh Taming Sari dan mengambil keris Taming Sari yang menjadi lambang kekuatan kepadanya.


Sang Bima Sina telah diupah oleh Patih Gajah Mada untuk merampas keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah. Keris Taming Sari berjaya diperolehi oleh Sang Bima Sina namun, keris Patih Gajah Mada telah dirampas oleh Hang Tuah. Keselamatan Hang Tuah yang sangat terancam menyebabkan Raja Melaka risau dan membawa rombongan mereka dari Majapahit kembali ke Melaka. Laksamana berlima masuk ka Taman Larangan baginda tetapi dimaafkan oleh baginda dan segala kesalahan yang dilakukan oleh Laksamana Hang Tuah diampuni oleh Raja Melaka yang sangat sayang akannya.

Kasih Sayang Raja Melaka kepada Hang Tuah menyebabkan pembesar-pembesar lain cemburu akannya, terutamanya Patih Kerma Wijaya. Sehinggakan Patih Kerma Wijaya telah membuat fitnah terhadap Hang Tuah dengan menyatakan bahawa Hang Tuah melakukan hubungan dengan dayang-dayang di istana. Bendahara Paduka Raja telah dititahkan untuk membunuh Hang Tuah namun, bendahara tidak melakukannya. Jasa baik bendahara ini menyebabkan Hang Tuah berniat untuk mendapatkan Tun Teja untuk Melaka. Semasa ke Inderapura, Hang Tuah tinggal di kampung Seri Bendahara Buana dan menjadi anak angkat kepada inang Tun Teja iaitu Dang Buana. Akhirnya, dalam diam Tun Teja telah menyimpan perasaan kepada Hang Tuah sehingga bermimpi dia akan dibawa ke Melaka oleh Hang Tuah.

Hang Tuah telah membawa lari Tun Teja di atas bantuan Inang Dang Buana. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Hang Tuah untuk menambat dan membawa Tun Teja pergi bersamanya sehinggakan Dang Buana sendiri telah digocoh mulutnya dengan tempurung berbulu kerana menyampaikan hasrat Hang Tuah dan usaha berjaya setelah Hang Tuah telah menggunakan “Jebat” iaitu cembul berisi bau-bauan. Kemujaraban ubat ini menukar hati Tun Teja memudahkannya untuk dibawa lari oleh Hang Tuah, pemergian Tun Teja ini tidak diketahui oleh kedua orang tuannya. Kebetulan Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja singgah di Inderapura, maka kapal itulah yang digunakan oleh Hang Tuanh untuk membawa lari Tun Teja.Raja Melaka sangat gembira melihat kedatangan Tun Teja, perasaan cinta Tun Teja terhadap Hang Tuah bertukar kepada benci keran perasaan itu telah ditukar kepada perasaan suka terhadap Raja Melaka.

Kemarahan Megat Panji Alam iaitu tunang kepada Tun Teja membuak-buak apabila baginda mendapat khabar bahawa tunangnya telah dibawa lari.Baginda Megat Panji Alam merancang untuk menyerang Melaka. Menyedari akan hal ini, bendahara paduka Raja memberitahu Sang Maniaka untuk menyampaikan kepada Hang Tuah bagi menentang Megat Panji Alam ini. Hang Telah bersama kawan-kawannya pergi ke Inderapura untuk menentang Megat Panji Alam dan akhirnya Megat Panji Alam terlebih awal telah ditewaskan oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi.

Perkahwinan antara Raja Melaka dengan Tun Teja menyebabkan baginda jarang berjumpa dengan para pembesar kecuali Hang Tuah, Raden Mas Ayu sendiri kurang berjumpa dengan baginda walaupun Raden Mas Ayu telah membawa kandungan selama 7 bulan. Disebabkan oleh telalu mengidam akan nyiur gading maka beberapa pembesar diperintah untuk mengambilnya namun tiada seorang pun yang berjaya melainkan Laksaman Hang Tuah sahaja yang berjaya mengambilnya dan ini menyebabkan Hang Tuah telah dikurniakan penghargaan oleh Raden Mas Ayu. Setelah genap bulan, Raden Mas Ayu telah melahirkan seorang putera yang diberin nama Raden Bahar. Berita Kelahiran putera baru ini telah dikhabarkan kepada ayahnda Raden Mas Ayu di Majapahit iaitu, Seri Betara. Setelah beberapa bulan Raden Mas Ayu telah berputera lagi dan puteranya diberi nama Raden Bajau.Setelah dewasa, Raden Bahar dan Raden Bajau telah bermain kuda tezi dan kuda tersebut berlari dengan pantas setelah belakangnya ditunggangi orang. Kuda tezi jatuh ke dalam telaga tahi dan berjaya diselamatkan oleh laksamana.

Kerinduan Raja Majapahit terhadap Raden Mas Ayu menyebabkan beberapa perutusan telah dihantar ke Melaka. Sekali lagi Patih Gajah Mada mengambil peluang untuk menewaskan Hang Tuah dengan membuat fitnah dan merancang untuk membunuh Hang Tuah semasa majlis makan malam rombongan dari Melaka. Namun, usaha Patih Gajah Mada hanyalah sia-sia sahaja kerana arak yang diberikan kepada Hang Tuah tidak sedikit pun memberi kesan kepadanya. Hang Tuah telah menyamar menjadi Sang Marga Paksi dan membunuh beberapa orang para perajurit upahan Patih Gajah Mada dan juga Hang Tuah telah membunuh ketujuh-tujuh kumpulan perompak yang hendak merompak Melaka pada ketika itu.

Semasa laksamana Hang Tuah menjadi Hulubalang di Istana, semua pembesar istana berasa iri hati tehadapnya dan menyebabkan para pembesar ini telah bermesyuarat dengan Patih Kerma Wijaya dengan menyatakan bahawa Hang Tuah telah melakukan cabul di dalam Istana. Fitnah dan alasan yang diutarakan oleh pembesar ini menyebabkan Patih Kerma Wijaya berasa sangat marah lalu menghadap Raja Melaka dan menceritakan hal tersebut. Raja Melaka tanpa usul periksa berasa sangat murka den mengarahkan Bendahara untuk membuang Hang Tuah. Hang Tuah telah berguru dengan Syeikh Mansur dan setelah pemergian Hang Tuah menyebabkan Hang Jebat menjadi laksamana yang baru dan dianugerahkan gelaran “Paduka Raja”. Keris Pandak yang dimiliki oleh Hang Tuah turut diserahkan kepada Hang Jebat.

Semasa Hang Jebat menduduki takhta, perlakuannya sememangnya tidak menyenangkan semua pembesar-pembesar termasuk Raja di istana. Hang Jebat bermaharajalela di istana akibat rasa geramnya terhadap Raja Melaka yang menjatuhkan hukum bunuh keatas sahabatnya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat yang sering berbuat malu dengan para dayang-dayang di istana dan sikapnya yang bermuka-muka bagaikan anak Raja menyebabkan hati Raja sungguh kesal membuang Hang Tuah yang penuh ketaatan berbanding Hang Jebat yang menderhaka kepada Raja. Raja telah menitahkan Patih Kerma Wijaya, Hang Kasturi, Hang Lekiu serta temenggung untuk membunuh Hang Jebat namun usaha mereka gagal . Menyedari akan hal ini, dengan segera Bendahara Paduka Raja memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup dan berada di Hulu Melaka. Raja Melaka berasa gembira mendengar khabar daripada Bendahara tersebut lalu menitahkan Tun Pekerma dan Tun Kasturi untuk menjemput Hang Tuah kembali.

Kepulangan Hang Tuah disambut dengan kegembiraan oleh Raja Melaka. Baginda memberi ayapan kepada Hang Tuah. Baginda menitahkan Hang Tuah agar beradu tenaga dengan Hang Jebat. Badan Hang Tuah yang masih oenat menyebabkan dia terpaksa berehat selama lima hari lima malam. Keris Taming Sari yang menjadi tanda kekuatan Hang Tuah dahulu masih berada di dalam tangan Hang Jebat. Keadaan ini menyebabkan Hang Kasturi terpaksa meminta keris daripada ayahandanya diatas titah baginda. Ketibaan Hang Tuah bersama dengan 40 orang para pengawal telah menyebabkan keadaan istana menjadi huru-hara kerana semua perempuan di istana tersebut berteriaka ketakutan. Bunyi bising tersebut menyebabkan Hang Jebat terbangun daripada tidurnya yang lena. Hang Jebat terkejut melihat Hang Tuah dihadapannya kerana dia beranggapan bahawa Hang Tuah sudah mati. Pergelutan antara Hang Tuah dan Hang Jebat telah belaku dan semua wanita di dalam istana tersebut telah dibunuh kecuali Dang Baru yang sedang sarat mengandung 7 bulan. Hang Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah untuk menjadikan anak yang dilahirkan Dang Baru sebagai pengawal dan diberi nama Tun Nadim jika ia laki-laki, tetapi jika dilahirkan anak perempuan maka semuanya terserah kepada Dang Baru. Kepenatan bertarung menyebabkan kedua sahabat ini berehat seketika, maka Hang Tuah mengambil kesempatan untuk merampas keris Taming Sari yang ada pada Hang Jebat. Hang Jebat telah berjaya ditikam oleh Hang Kasturi dengan mengguanakan keris tersebut.

Walaubagaimanapun, Hang Jebat masih hidup dan berjumpa dengan isterinya. Kemudian Hang Jebat melakukan amukan ke atas rakyat Melaka sehingga ramai yang terkorban olehnya. Hang Jebat telah dibawa pulang ke rumah oleh Hang Tuah dan semua balutan luka dibuka dan darah keluar dengan banyaknya. Hang Jebat pun mati di pangkuan saudaranya. Raja Melaka menitahkan agar mayat Hang Jebat digantung di tengah-tengah jalan besar untuk menjadi tontonan rakyat. Perintah Raja sentiasa dituruti oleh Hang Tuah dan menyebabkan Raja sangat kasih akannya. Keadaan ini menyebabkan ramai yang semakin cemburu terhadap Hang Tuah. Dang Baru pula melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Hang kadim. Raja menitahkan agar anak itu dibuang ke laut tetapi dihalang oleh Hang Tuah kerana dia ingin menunaikan wasiat yang diamanahkan oleh sahabatnya Hang Jebat untuk memeliharanya.  Hang Tuah telah meminta kasih akan Tun Teja untuk dipeliharakan anak tersebut dan Hang Kadim dihantar ke Inderapura di bawah jagaan ayahanda Tun Teja iaitu Bedahara Seri Buana.

Patih Gajah Mada masih berniat besar untuk membunuh Hang Tuah, oleh hal yang demikian Patih telah menggunakan Kertala Sari untuk membunuh laksamana sebagaimana laksamana telah membunuh ayahnya Marga Paksi. Kertala Sari telah pergi Melaka dan menyamar menjadi orang Jawa biasa. Kertala Sari telah mencuri segala harta penduduk Melaka dan disimpan di Bukit China. Ilmu yang dimiliki oleh Kertala Sari menyebabkan dia sukar untuk ditangkap oleh pengawal dan temenggung Istana. Menyedari akan hal Kertala Sari, Hang Tuah telah menyamar menjadi bangkai dan baring di pasar, semasa Kertala Sari lalu dekatnya lalu dibunuh dan memotong syahwat Kertala Sari. Harta yang dicuri oleh Kertala Sari diserahkan semula kepada pemiliknya dan berita kematian Kertala Sari sampai ke Majapahit dan Patih Gajah Mada bersama dengan Betara Maja Pahit tetap berusaha untuk membunuh Hang Tuah.

Hang Tuah telah diutus oleh Raja Melaka ke Benua Keling.Hang Tuah telah melakukan beberapa perkara yang mulia semasa dia berada di sana, iatu dia telah berjaya menaiki kuda tezi di hadapan Kisna iatu Raja Keling, dan kuda itu dikatakan tidak boleh dinaiki oleh sembarangan melainkan seorang hulubalang yang betul-betul hebat. Hang Tuah juga telah membantu keluarga angkatnya iaitu isteri Nala Sang Guna untuk mendapatkan anak dengan membuat ubat subur kepadanya. Hang Tuah juga telah bertemu dengan Nabi Khaidir dan menganugerahkan biji buah kayu kepadanya. Semasa Kisna Rayan hendak berkunjung ke rumah Nala Sang Guna, Nala Sang Guna telah meminta tolong kepada Hang Tuah untuk membantunya masak dan mencari idea hendak memasak nasi kerana, pada ketika itu penjualan kayu api adalah dilarang.Hang Tuah telah menggunakan idea dengan menyuruh Nala Sang Guna untuk membakar dengan kain sebagai bahan api.Laksamana juga telah berjaya melihat wajah Raja Cina semasa baginda makan sayur kangkung.Semasa pejalanan pulang pula Hang Tuah telah diserang oleh orang Feringgi namun berjaya di tewaskannya.

Anak raja Melaka iaitu Raden Bahar telah memegang takhta sebagai Ratu Majapahit mengantikan betara Majapahit. Adipati Solok telah datang ke Melaka untuk menguji kehandalan Hang Tuah namun dia telah berjaya ditewaskan dan dia ditinggalkan oleh laksamananya yang melarikan diri. Walaupun begitu, Adipati dilayan dengan baik oleh pembesar dan baginda Melaka sehinggakan dia dihantar pulang ke negeri Brunei dan rombongan yang menghantarnya juga di sambut dengan baik sekali.

Raja Melaka telah mengutuskan laksamana Hang Tuah ke Siam untuk membeli gajah. Semasa di Siam, laksamana telah diajar beberapa adat Siam seperti mengadap seorang diri dan merangkak. Semasa mengadap Phra Cau, laksamana telah mempertikaikan untuk tidak merangkak kerana mengatakan dia mempunyai penyakit dan menyebabkan dia tidak boleh merangkak. Phra cau telah menguji kehandalan laksamana Hang Tuah dan berjaya menewaskan Cin Cun beserta dengan lima orang pendekar Jepun. Semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka, laksamana Hang Tuah telah diserang oleh Jepun tetapi berjaya ditewaskan oleh Laksamana Hang Tuah. Raden Emas ayu telah melahirkan seorang puteri dan diberi nama Puteri Gunung Ledang manakala, Tun Teja pula melahirkan dua orang putera yang diberi nama Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.

Baginda menitahkan Tun Ratna Diraja dan Tun Maharaja Diaraja untuk pergi ke Sailan bagi membeli permata untuk dibuat baju kepada dua orang anak baginda iaitu Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad. Raja Culan iatu raja negeri Sailan telah datang ke Melaka untuk meminang anak Raden Mas Ayu iaitu Puteri Gunung Ledang, pelbagai peristiwa pelik yang telah berlaku semasa raja Culan ini bersabung ayam dengan Pak Si Molong sehinggakan bahteranya tenggelam dan juga istana Terengganu pula terbakar. Raja Melaka berasa sangat marah mendengar akan perihal ini lalu mengutus Laksamana Hang Tuah untuk menyerang negeri Melaka. Sultan Mahmud telah dikahwinkan dengan puteri Terengganu iaitu Puteri Sekanda Jaya Leka dan Sultan Ahmad pula dikahwinkan dengan Megat Maksum iatu anak bendahara Terengganu.

Inderapura telah diserang oleh ikan todak. Ramai rakyat di negeri itu telah mati dan anak Hang Jebat iaitu Hang Kadim telah memberitahu kepada baginda raja Melaka untuk berkotakan batang pisang. Semua ikan yang menyerang Inderapura itu terlekat pada batang pisang dan keadaan lebih selamat. Oleh hal yang demikian, baginda Raja Inderapura telah memuji akan kebijaksanaa Hang Kadim dan memberinya gelaran. Keadaan ini menyebabkan Hang Kadim telah amat didengki oleh beberapa pembesar dan menyebabkan para pembesar mencari idea untuk menfitnah Hang Kadim dengan menyatakan bahawa dia telah bermukah dengan dayang istana. Raja Melaka berasa sangat marah lalu dihukum mati oleh Raja Inderapura. Berita kematian Hang Kadim telah diketahui oleh Tun Teja dan Raja Melaka, Raja Melaka berasa sangat marah dan menitahkan agar membunuh mereka yang berkaitan membunuh Hang Kadim termasuklah raja Inderapura.

Hang Tuah telah jatuh sakit semenjak kerisnya jatuh ke dalam kolam semasa inigin menyelamatkan mahkota Raja Melaka yang turut jatuh ke dalam kolam tersebut.Raja Portugal telah menyerang Melaka, walaupun dalam keadaan sakit Hang Tuah turut membantu maharaja Setia dan juga maharaja Dewa untuk membantu mengalahkan orang Feringgi yang dikatakan hendak menawan Melaka. Hang Tuah hanya terkena bedilan orang Feringgi dan jatuh kedalam air,namun laksamana masih hidup dan tidak lama selepas itu laksamana pun sembuh.

Hang Tuah, Maharaja Setia dan Maharaja Dewa telah pergi ke Turki untuk membeli meriam untuk memperkukuhkan lagi pertahanan Kota Melaka.Hang Tuah beserta dengan rombongannya telah singgah ke Mekah dan bertemu dengan Nabi Khidir dan Hang Tuah telah diberikan cembul oleh Nabi Khidir. Hang Tuah juga telah dibawa melawat ke beberapa kubur Nabi-nabi. Setibanya di benua Rom rombongan ini telah dijemput oleh Syahbandar Rom dan tujuan rombongan ini datang adalah untuk membeli meriam dan bedil, semasa di Rom mereka tidak dapat melihat wajah Raja Rom kerana dilindungi oleh jala-jala emas.

Akhirnya, pemerintahan yang dipegang oleh Raja Melaka selama ini telah diturunkan kepada anaknya iaitu Puteri Gunung Ledang. Begitu juga dengan laksamana dan juga bendahara Melaka yang menyerahkan jawatan kepada anak-anak mereka. Melaka telah diserang oleh orang Feringgi yang pada asalnya hanya berdagang di negeri Melaka tetapi dalam diam mereka telah membeli sebidang tanah untuk dijadikan gedung menyimpan senjata .Keadaan ini menyebabkan ramai orang Melaka melarikan diri ke negeri Johor. Namun yang begitu, apabila orang Wolaanda telah datang dan hendak menyerang Melaka. Orang Wolanda telah meminta bantuan daripada orang Johor untuk menewaskan orang Feringgi yang bermaharajalela di negeri Melaka pada ketika itu. Akhirnya orang Feringgi berjaya ditewaskan.

The Epic Of Hang Tuah



Written between 1641 and 1739, this epic reflects the aspirations, ability, attitudes, culture and manner of the Malay people who were respected and acknowledge by foreigners long before the Portuguese invasion of Malacca. It was Hang Tuah who said, "The Malays will never vanish from this world."

The Epic of Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah

Institut Terjemahan Negara Malaysia
RM 250.00 / RM 255.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830683300
Tahun terbit: 2010
Jumlah muka surat: 662


Comments