30 Jan 2014

Surat Luka Seorang Ayah

Siapapun yang membacanya, akan berkaca matanya. Akan terasa alir luka yang mengalir dalam diri sang ayah meresap ke jantung. Perlahan tetapi begitu menusuk. Begitu mengharukan.  Kita hanya membaca cebis rasa yang dikarang dengan kelukaan yang dalam. Entah bagaimana hati pemilik yang merasa segala berat dan sakit kehilangan.

Tidak kira siapa surat ini akan melukakan. Akan mengusik lubuk kalbu dan mengguriskan hati. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menangis mendengar isi surat ini. Surat kecil ini adalah sepucuk surat pemimpin Ikhwan Mohamad Beltagy kepada puterinya, Asmaa El Beltagy, 17 tahun.

Ketika surat ini ditulis puterinya telah kembali ke pengakuan Ilahi. Pada rabu 14 Ogos 2013 maut menjemput  Asmaa di Rabi'ah al-Adawiyah Square. Gadis ini mati akibat terkena tembakan seorang sniper.  Tembakan itu mengenai dada dan punggungnya.

Beltagy menerima khabar kematian puterinya, Asmaa, Rabu malam, bahkan pemimpin Ikhwan ini tak sempat lagi melihat puterinya, dan tidak dapat pula melihat jenazah puterinya saat terakhir ketika dikebumikan. Beltagy juga tak dapat mencium kening puterinya.

Atas segala kehilangan dan peluang yang tidak berpihak kepadanya, Beltagy menulis sepucuk surat khusus untuk puteri kesayangan. Ia langsung  tak menyebut perpisahan, tapi menyatakan bahawa suatu saat akan berkumpul di syurga Kausar.  Tulis Beltagy lagi  
Aku ditimpa kesengsaraan yang teramat sangat kerana aku tidak berada ketika perpisahan denganmu buat kali terakhir, mata aku tidak menjadi hitam (akibat menangis) dengan pandangan perpisahan terakhir ini, aku tidak memberi ciuman terakhir di dahimu, dan aku tidak diberi penghormatan untuk melakukan solat jenazah ke atasmu. Demi Allah wahai kesayanganku, tidak ada yang menghalang aku daripada melakukan ini semua. Bukan kerana takutkan kematian, dan tidak juga kerana takutkan penjara yang zalim tetapi sesungguhnya demi untuk menyempurnakan risalah ini, yang telah kamu tawarkan dirimu dan rohmu deminya, iaitu: menyempurnakan perjalanan revolusi ini sehingga mencapai kemenangan dan sehingga tujuan-tujuannya menjadi kenyataan

Begitu berat kepiluan seorang ayah yang tidak memiliki waktu bagi puterinya, dan bahkan kesempatan untuk berbicara pun sangat terbatas. Tidak banyak waktu yang dimiliki oleh Beltagy buat puterinya kerana waktunya yang lebih banyak dihabiskan untuk sebuah perjuangan. Tapi di Rabi'ah al-Adawiyah Square segalanya berakhir.

Perdana Menteri Erdogan mengatakan ia  mengalami hal yang serupa. Ia pernah menemukan catatan yang tergantung di pintu rumahnya berisi “Ayah hanya menghabiskan hanya satu malam saja dengan kami.”

Sambil berkaca-kaca, Erdogan mengakui bahawa ia benar-benar tidak punya waktu meskipun ia sudah sangat bergegas. Bagi Erdogen surat Beltagi kepada puterinya persis dia melihat kata-kata itu tertuju kepada anak-anaknya.

Ramai lagi yang membacanya akan merasa luka dan perih. Surat Beltagi adalah surat cinta ayah yang merasa betapa pedihnya kehilangan, hamparan cinta terhadap anak tersayang, kesakitan sebuah kehilangan dan rasa luka seorang ayah.

Ia bersama menyerap ke dalam jiwa kita. Kita tak berada di tempat Beltagi tetapi ramai yang bersetuju dan hiba sebagaimana Perdana Menteri Erdogan. Begitu bilah masa meninggalkan. Pedih atau pahit, harus ditelan dengan berani dengan tabah yang dalam.

Alfatihah buat Asmaa.

Dan marilah dengan tenang kita membaca surat luka seorang ayah ini.....


Anakku yang tercinta yang juga merupakan guruku yang mulia,

As-Syahidah Asmaa El-Beltagi, aku tidak katakan selamat tinggal, tetapi aku akan ucapkan esok kita akan bertemu.

Engkau hidup dengan penuh kehormatan, engkau enggan menerima kezaliman dan menolak segala perkara yang membelenggunya. Engkau juga menyintai kebebasan tanpa tolok bandingnya dan dalam diam engkau mencari ufuk-ufuk baru untuk kembali membina dan membangun ummah ini bagi menempatkannya dalam ketamadunan.

Engkau tidak disibukkan dengan perkara-perkara yang telah menyibukkan pemuda-pemudi yang sebaya denganmu. Meskipun engkau sentiasa mendapat tempat pertama di dalam pelajaranmu, pelajaran yang hanya ikut-ikutan itu tidak mampu untuk memenuhi harapan dan rasa ambil berat kamu (terhadap ummah).

Aku merasa tidak puas ditemanimu dalam kehidupan yang singkat ini lebih-lebih lagi waktu aku tidak begitu banyak untuk merasa bahagia dan menikmati dampingan ini. Ketika pertemuan terakhir kita, kita duduk bersama-sama di Medan Rabaah dan engkau telah menegurku dengan berkata: “sekalipun kamu (ayah) bersama-sama kami, namun kamu tetap tidak dapat memberi perhatian kepada kami”. Aku berkata kepadamu: “nampaknya kehidupan ini begitu singkat untuk kita menikmatinya bersama-sama. Aku berdoa agar Allah membantu kita untuk berteman di dalam syurga untuk menikmati (kebahagiaan) bersama-sama.”

Sebelum engkau mendapatkan syahid, aku melihatmu di dalam mimpi dua kali berturut-turut dalam pakaian pengantin dan dalam keadaan penuh cantik dan jelita, dan tidak ada yang seumpama itu di dunia ketika engkau tidur di sisi aku. Dalam diam aku telah bertanya kepadamu: “Adakah malam ini merupakan upacara majlis perkahwinanmu?” (majlis itu akan diadakan ketika waktu zohor dan bukannya pada waktu petang). Ketika aku dimaklumkan tentang kesyahidanmu pada waktu zohor hari rabu, aku faham kebimbanganku, dan aku telah dikhabarkan dengan berita gembira dengan penerimaan Allah terhadap kesyahidanmu dan engkau menambah keyakinanku bahawa sesungguhnya kita di atas kebenaran dan musuh kita berada di atas kebatilan.

Aku ditimpa kesengsaraan yang teramat sangat kerana aku tidak berada ketika perpisahan denganmu buat kali terakhir, mata aku tidak menjadi hitam (akibat menangis) dengan pandangan perpisahan terakhir ini, aku tidak memberi ciuman terakhir di dahimu, dan aku tidak diberi penghormatan untuk melakukan solat jenazah ke atasmu. Demi Allah wahai kesayanganku, tidak ada yang menghalang aku daripada melakukan ini semua. Bukan kerana takutkan kematian, dan tidak juga kerana takutkan penjara yang zalim tetapi sesungguhnya demi untuk menyempurnakan risalah ini, yang telah kamu tawarkan dirimu dan rohmu deminya, iaitu: menyempurnakan perjalanan revolusi ini sehingga mencapai kemenangan dan sehingga tujuan-tujuannya menjadi kenyataan.

Telah berangkat rohmu dan engkau hidup dalam kemuliaan. Engkau teguh menentang penjenayah yang telah menembakmu dengan peluru-peluru khianat dan kotor di dadamu, betapa indahnya cita-citamu dan betapa sucinya jiwamu. Aku yakin bahawasanya engkau telah membenarkan Allah maka Allah membenarkanmu, dan Allah telah memilihmu dan bukannya kami semua untuk memperoleh kemuliaan syahid.

Dan akhir sekali, wahai cinta hatiku, juga guruku yang mulia,

Aku tidak akan ucapkan selamat tinggal tetapi aku akan katakan semoga kita bertemu lagi. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di tepi telaga bersama nabi tercinta dan para sahabat. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di singgahsana kebenaran di sisi Yang Maha Kuasa. Pertemuan yang bakal merealisasikan cita-cita kita untuk minum sepuas-puasnya bersama-sama, dan juga bersama orang-orang yang kita cintai, dan kita tidak akan dahaga selama-lamanya selepas itu.





Asmaa el-Beltagi, syuhada Mesir


Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"
Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.


Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.
Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.
Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"
Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.
Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.
Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.
Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

sinar harian


Egypt: Grief of Muslim Brotherhood leader's family at death of teenage daughter

Seventeen-year-old Asma el-Beltagi should have had the brightest of futures. She was top of her class in school, had a reputation as a gentle and intelligent young woman, and was loved as the daughter of one of Egypt's first ever democratically elected leaders.



Ruth Sherlock and Magdy Samaan, Cairo
15 Aug 2013

All of this must have been running through the mind of her father, Mohammed al-Beltagi, the secretary general of the country's ousted Muslim Brotherhood party, as he learned the news of his daughter's death on Wednesday.

Standing in the makeshift field hospital, his protest camp of Rabaa al-Adawiya burning around him, he had stared down, frozen, his eyes brimming with tears, at the lifeless body of his daughter, one eyewitness recalled.

Asma el-Beltagi was one of at least 525 people who were killed on Wednesday when Egyptian security forces stormed two Muslim Brotherhood protest camps that, for the past six weeks, had been calling for a reversal of the military coup that ousted Mohammed Morsi and Mr Beltagi, among others, from power.

Her death certificate, seen by The Telegraph, said that Asma had been shot in the chest, that her skull was crushed and her left leg broken.

Speaking for the first time, her brother Anas el-Beltagi, described how she had been on her to way to help at a field hospital when she was caught up in the violence.
Related Articles

"She was shot on her way there," he said. "I was with her just after. We took her to hospital. She needed a blood transfer, but we couldn't operate. She died at 1pm."

Anas and another brother Malik el-Beltagi said they had been tasked with organising her funeral as their father Mohammed has been forced to go into hiding.

In the space of a few short weeks, the leaders of Egypt's Muslim Brotherhood went from being the country's rulers to being vilified and persecuted as criminals. The new army-installed government has declared them "wanted", and vowed to arrest them.

It is unclear whether Mohammed Beltagi will risk attending his daughter's funeral. One of his brothers, Asma's uncle, said Mr Beltagi had gone into hiding and that he had been unable to reach him.

Other relatives gathered on Thursday outside Al-Hussein morgue, where her body was being kept, to mourn her death.

"She was the best in school. She was calm, and had a good manner and a kind heart," said Hoda Mohammed, one of Asma's aunts. "She always participated in Muslim Brotherhood activities. Her father was her role model."

Her relatives said Asma completed the task of learning to recite the entire Koran, word for word, a month ago. She was popular in school, and had a good sense of humour.

As a young, modern woman, she also had many interests. Her Facebook page showed The Pianist as one of her favorite films and Woody Allen as a favourite actor.

When her father was ousted from power in June Asma had participated enthusiastically in the opposition sit-ins. She would stay overnight regularly, sleeping in makeshift tents alongside other women protestors.

On the night of the attack protest leaders started calling for demonstrators to come to the exposed main street and show their defiance against the security forces, said Hoda, who was with Asma at the time.

"We started chanting and praying to God because we felt we were going to be martyrs," said Hoda.

Minutes later she lost Asma in a volley of teargas.

"I found her later bleeding on the ground," she said.

"Every minute someone died around us. The floors of the hospital were covered in the dead and the wounded. We couldn't find a space for her.

"Then the army started shooting teargas into the hospital and we had to flee.

"After an officer stood in front of the hospital door gripping his gun, and allowed us back, only briefly enough to take our corpses." As Hoda spoke, another aunty of Asma broke down into tears. Her whole body shook as she sobbed in realization of everything that her family and Mohammed Beltagi had lost: first the country, and now their most precious relative. "She was an angel," she whispered through the tears.

the telegraph

Asma Al-Beltagi: the child who is an icon of Rabaa Al-Adawiyyah
Yassir al Zaatara
Sunday, 25 August 2013 20:47


Asmaa Mohammed Al-Beltagi was a child in the legal sense of the word. At just 17 years old, she was mature for her age in terms of outlook and actions; she was the only girl in her family. This child was shot and killed by Egyptian security forces on "Black Wednesday".

Coup leaders knew that her father, Mohamed Al-Beltagi, was the most important figure in Tahrir Square during the January 25 Revolution, while the Muslim Brotherhood's youth were the guardians of the square who ran everything. They resisted during the famous "Battle of the Camel" while many others fled. His daughter Asmaa was a passenger on the Freedom Flotilla which tried to break Israel's siege of Gaza in 2010; nine Turkish citizens were killed by Israeli commandos who attacked the ships. She was in Tahrir Square as part of the revolution, and she went to Rabaa Al-Adawiyya Square to defend it.


Asmaa Al-Beltagi was killed by a sniper's bullets while on her way to help people who had been wounded. Her courage in the face of adversity and the dignity of her father as he announced her murder have led to Asmaa becoming an icon of Rabaa Al-Adawiyya. In what she stood for and what she did, as well as the kind-hearted way in which she went about her tasks, she represents all of the martyrs killed in the square and others like it around Egypt. They include academics, professionals and activists, some of whom were murdered in cold blood while, it is alleged, "they tried to escape from a prison van".

As well as those killed by the security forces, many have been arrested, regardless of their age or position. Sheikh Mohammed Mahdi Akef is the former General Guide of the Muslim Brotherhood. He is 86 years old and has been arrested by every regime from the time of King Farouk Gamal Abdel Nasser, Sadat and Mubarak, and now Al-Sisi. Yet if we ask most liberals, leftists, nationalists and others who imposed themselves on the revolution who has sacrificed more for the freedom and dignity of the people of Egypt, they can't compare themselves with such giants.

The list of these great men and women is not limited to Brotherhood supporters. The Salafi Party and Al-Wasat Party have their martyrs too; men and women who have refused to bend before tyrants.

The struggle for justice has been long and is rooted in self-sacrifice, and in the conscience of the Egyptian people. The Islamist movement is known for its moral character and integrity. Yes, it has made mistakes, but there is a big difference between pursuing what is good and not quite achieving it, and going after falsehood and succeeding. That is why the coup leaders were planning to hijack the revolution from the moment that Mohamed Morsi won the election. It is a conspiracy that includes foreigners as well as Egyptians, but it will not succeed because the movement is backed by a legion of men and women who believe in its aims and objectives.

Rabaa Al-Adawiyya Square has become an icon of the revolution, and Asmaa Al-Beltagi has become an icon of Rabaa Al-Adawiyya. The four-fingered symbol of the square is going viral on social networks as the struggle for dignity and justice goes on. The blood of the martyrs like Asmaa inspired the nation and now inspires the world. Peace was their aim and peace they shall have.

Translated from the Arabic text which appeared in Ad Dustour, 24 August, 2013

middle east monito
r

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena