23 Jul 2013

Soal Jawab KME

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1 Zahir peruntungan yang telah sejati,
 Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
(Dipetik daripada Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan)

(a) Apakah maksud rima? (1 markah)
(b) Nyatakan rima bagi rangkap di atas. (1 markah)
(c) Jelaskan maksud:
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati. (2 markah)

2. … “Wah, anakku tuan baik-baiklah berhambakan diri kepada Indera Nata dan tau-taulah engkau merendah diri kerana Indera Nata itu terlalu bijaksana dan budiman lagi arif dan dermawan lagi hartawan dan sukarlah engkau beroleh suami yang demikian itu dan jikalau engkau mencari yang lain tiadalah dapat….” (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata

Indera Nata merupakan watak protagonis yang mempunyai banyak keistimewaan.
Nyatakan dua keistimewaan yang ada pada Indera Nata. (4 markah)

3. Maka baginda itu pun telah berputera dua orang; dan yang tua itu lelaki bernama Maharaja Johan Syah, terlalu baik parasnya dan budi pekertinya pada segala raja-raja dan menteri hulubalang serta rakyat sekalian. Maka adalah dengan murahnya maka sekaliannya itu pun jadi kasih sayang kepadanya (Dipetik daripada Hikayat Nakhoda Muda)

Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas (4 markah)

4. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya:
Umur merampas kemudaanmu
menaburkan putih di kepala
bagai awan pasti yang mengambang ke laut
demikian aku melihatnya
menggugurkan rintik-rintik hujan
ke bumi
(Petikan sajak Ayah, karya Baha Zain)

Nyatakan empat ciri petikan sajak di atas (4 markah)

5. PUTERI : Maaf! Saya puteri , seperti Putera, bukan anak raja. Cucu nenek Kebayan ni. Saya pun macam Putera juga. Mendapat hasil kerja tangan. Di sini banyak masalah.
Kalau masalah gangguan orang-orang yang tidak suka kepada kita memang sudah
biasa. Saya tidak takut dan biasanya saya akan melawan. Kita hanya mahu mencari
rezeki halal. Saya tidak diculik secara keras, dibawa ke istana.
(Petikan drama Dongeng Sang Puteri oleh Wan Ahmad Ismail)

Nyatakan dua pengajaran yang boleh diambil daripada petikan di atas. (4 markah)

6. Norhayati: (Sebak) Abang, kerana abang suami Yati, ayah kepada anak
Yati.... dan jujur memberitahu apa yang sudah berlaku. Yati maafkan
abang. Yati faham semuanya itu bukan kehendak abang, tapi sudah takd
(Dipetik daripada Drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir)

Nyatakan dua perwatakan Norhayati dalam petikan di atas.(4 markah)

7. Warga kota tetap sibuk seperti tadi. Seperti selalunya. Malahan setiap detik dan ketika. Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah tangan dengan tin tuanya. Mencari nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan kehidupan. Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cuma menadah tangan. (Dipetik daripada cerpen Gersang, karya Masniah Kalyubi

Nyatakan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )

8. Pagi cerah. Suria mula menampakkan wajahnya dari celahan bambu. Sedikit demi sedikit kabus menghilangkan diri. Alam tersenyum. Aku tidak lagi mendengar suara ayah seperti awal tadi. Ayah sudah jauh pergi meninggalkan aku keseorangan. Ibu tiada. Aku bergegas keluar dari kamar hidup.
(Dipetik daripada cerpen Benar Kata Ayah karya Ria Asmira )

Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )

9. Adakalanya dia mundar mandir melihat anak- anak remaja bergembira bermain di taman air dan segala kemudahan yang disediakan. Kehidupannya kini diabadikan sepenuhnya di tanah kelahirannya.
( Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh )

a. Nyatakan latar tempat dalam petikan tersebut. (2 markah)
b. Di manakah tanah kelahirannya seperti tergambar dalam petikan di atas? (2 markah)

10. “Jalil meraba-raba di dalam begnya.Wang tunai berjumlah sepuluh ribu itu digenggamnya kemas.”Nampaknya usaha gigihnya dalam tempoh itu tidak akan mendatangkan hasil.
(Dipetik dari novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh)

a. Apakah tujuan Jalil mengumpul wang sejumlah sepuluh ribu ringgit itu ? (2 markah)
b. Mengapakah usaha gigihnya itu tidak mendatangkan hasil ? (2 markah)


Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya;

Pantun Empat Kerat – Cindai

Naik bukit membeli inai,
Inai tidak berbunga lagi;
Kain songket bertepi cindai,
Cindai tidak berguna lagi.

Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Tuan laksana cindai yang halus,
Sama padan maka dipakai.

Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Sudah jumpa songket yang bagus,
Kalah membeli menang memakai.

Dari Makasar pergi Palembang,
Lalu di Ambon ke Majapahit;
Sungguh kasar kainnya jarang,
Kalau ditenun menjadi baik.

Orang belayar ke Majapahit,
Sayang sekoci kapal Melayu;
Kalau sudah kain tak baik,
Sebab sehelai rosak sekayu.

Buah pinang kulit bergabus,
Bawa ke pantai berbilang ratus;
Kalau terkenang songket yang bagus,
Masuk gadai rasa nak tebus.

a. Huraikan tema dan satu persoalan dalam puisi ini. (6 markah)
b. Nyatakan tiga ciri bentuk puisi ini. (6 markah)
c. Jelaskan empat nasihat pengarang dalam puisi ini. (8 markah)

2. Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan;
a. Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita ini. (8 markah)
b. Ceritakan peristiwa-peristiwa yang membawa raja Siam dan tenteranya mendapatkan Tuan Puteri Sa’dung. (12 markah)

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MADU ILMU
Sepantun ilmu
setitik madu
rumusan zat alam
dari lembah gunungan
kuntum kembangan
kita yang asyik
adalah penghirup madu ilmu
pada piala akal
dari penerokaan ilmuan
peradaban temurun
terhimpun berkurun.

Madu ilmu
minuman ajaib
tiap tegukan menyalakan dahaga
bergandaan
tiap penemuan merasakan kehilangan
asyik pun berulangan
ketidakpuasan meneruskan penerokaan
demikian ialah pengangkat insan
di tengah jadian
paksi alam
khalifah Tuhan.

Madu ilmu
minuman asyik
nikmat yang kita kecapi
titis lautan tak bertepi
ditimba berulang bertambah gandaan
kita yang tergiring ke pantainya
kecil di pergigian
tunduk kekaguman
pengakuan dengan kealiman
melonjak diri pada kekosongan
kerana kita selamanya tidak tahu
cuma pengasyik madu ilmu.
Shafie Abu Bakar

a. Jelaskan nada sajak di atas. (4 markah)
b. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini. (6 markah)
c. Analisis lima unsur bahasa sajak ini. (10 markah)

4 Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Hussain

a. Huraikan lima perwatakan Bendahara Tepok (10 markah)
b. Bincangkan tiga kelemahan masyarakat yang menyebabkan kejatuhan Melaka (6 markah)
c. Jelaskan dua nilai murni dalam drama (4 markah)


Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof, jawab soalan-soalan berikutnya.

Malah, apa yang telah diberitakan kepada Jahara semua persiapan sudah selesai, hasil gotong-royong jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Tugas-tugas begitu memang tidak dipertanggungjawabkan kepada sesiapa. Setiap yang datang bukan saja menghulurkan derma sebagai simpati, malah mereka sama-sama menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.
Sebagai jiran, inilah masanya untuk membalas budi serta menunjuk kasih sayang terhadap jasa-jasa Datuk.
( Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin, karya Rahman Haji Yusof)

a. Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. (8 markah)
b. Berikan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. (8 markah)
c. Huraikan dua latar tempat cerpen tersebut. (4 markah)

6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid,

a. Huraikan lima aspek binaan novel ini. (10 markah)
b. Jelaskan lima unsur Islam yang terdapat dalam novel Jeriji Kasih. (10 markah)


KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

Soalan 1
a. Maksud rima ialah bunyi akhir dalam setiap baris puisi.
b. Rima bagi rangkap di atas ialah a,a,a,a./sama
c. Maksudnya ialah kelebihan mempunyai saudara dan sahabat sejati yang sentiasa
berbuat baik dan menunjukkan sifat setia serta amanah.
                                                                                          Mak: 4 markah

Soalan 2
Keistimewaan Indera Nata:
i. Seorang yang Bijaksana
ii. Seorang yang Budiman
iii. Seorang yang kaya/berharta
iv. Seorang yang Dermawan/pemurah                                   Mak : 4 markah

Soalan 3
Dua nilai murni:
i. Berbudi pekerti – Maharaja Johan Syah seorang berbudi pekerti.
ii. Murah hati – Maharaja Johan Syah seorang pemurah dan disayangi ramai.
iii. Kasih sayang – Semua orang menyayangi Maharaja Johan Syah.
                                                                                           Mak : 4 markah

Soalan 4
Empat ciri sajak
i. Terdiri daripada satu rangkap
ii. Mempunyai 6 baris
iii. Mempunyai dua hingga tujh baris dalam satu rangkap
iv. Rima akhir bebas/ abcdef
                                                                                          Mak : 4 markah

Soalan 5
Dua Pengajaran:
i. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran/mempertahankan hak.
ii. Kita perlulah mencari rezeki yang halal.
iii. Kita hendaklah mempunyai sifat merendah diri
                                                                                           Mak : 4 markah                

Soalan 6
Perwatakan:
i. Seorang yang pemaaf, contohnya Norhayati memaafkan suaminya.
ii. seorang yang reda, contohnya Norhayati reda dengan takdir yang berlaku ke atas suaminya.
iii. seorang yang Menghormati suami, contoh, Abang, kerana abang suami Yati
                                                                                           Mak : 4 markah

Soalan 7
Dua gambaran masyarakat.
i. Masyarakat kota
ii. Masyarakat yang sentiasa sibuk.
iii. Masyarakat yang hidup miskin/ dalam penderitaan
iv. Masyarakat peminta sedekah
                                                                                          Mak : 4 markah

8. Dua gaya bahasa.
i. Ayat pendek cth: pagi cerah / Ibu tiada.
ii. Personifikasi cth:Suria mula menampakkan wajahnya dari celahan bambu /Sedikit demi sedikit kabus menghilangkan diri/ Alam tersenyum.
iii. Metafora cth: kamar hidup
iv. Repitasi/pengulangan kata cth: Sedikit demi sedikit
                                                                                           Mak : 4 markah


Soalan 9
a. i. Taman air / Taman Tema Nibung Park.
ii. Tanah kelahiran
b.Kampung Bukit Nibung.
                                                                                             Mak : 4 markah

Soalan 10
a. Untuk membeli semula tanah pusaka arwah ayahnya yang telah dijual oleh ibunya.
b. Sebab usahanya gigihnya tidak mendatangkan hasil
i. Pak Amat tidak patuh pada janji
ii. Pak Mat menaikkan harga tanah tersebut kepada Rm 10,000 seterusnya, RM 50,000
                                                                                               Mak : 4 markah



Bahagian 2

Soalan 1
a. Tema dan persoalan:
Tema: Menghargai sesuatu yang bermutu/indah/bernilai
huraian: Pantun ini menyebut mutu/maruah diri perlu dijaga agar terus dipandang mulia dan berharga umpama cindai

Persoalan: sesuatu barang yang elok dan bernilai akan tetap dicari serta dibeli walaupun harganya mahal
contoh: sudah jumpa songket yang bagus
kalah membeli menang memakai Mak:6m
b. Tiga ciri bentuk puisi:

i. Mempunyai enam rangkap

ii. Mempunyai empat baris serangkap

iii. Rimanya abab

iv. Jumlah perkataan 4 hingga 5 perkataan sebaris

v. Jumlah suku kata antara 9 hingga 11 suku kata sebaris

vi. Terdapat pembayang dan maksud iaitu 2 baris pertama pembayang manakala 2 baris akhir ialah
maksud

vii. Berbentuk terikat

viii. Ada jeda ditengah baris
Mak:6m

c. Empat nasihat pengarang ialah:
i. Kita hendaklah meletakkan sesuatu yang baik atau bernilai pada tempat yang sesuai agar keindahannya lebih terserlah.

ii. Kita seharusnya menjaga penampilan diri dan berbudi bahasa agar disanjung oleh orang ramai.

iii. Kita haruslah membaiki ketrampilan diri agar menjadi manusia yang semakin baik dan berguna.

iv. Kita perlulah mempunyai peribadi yang baik kerana orang yang baik akan menjadi rebutan dan disukai oleh orang ramai.

v. Kita janganlah berbuat jahat kerana perbuatan itu akan terpalit pada orang dekat dengan kita
Mak : 8 Markah

Soalan 2
a. Empat Gambaran Masyarakat
i. Masyarakat yang berketurunan raja/masyarakat istana – Raja Abdullah/Puteri Sa’dung

ii. Masyarakat yang berbilang bangsa – Melayu dan Siam

iii. Masyarakat yang sanggup berperang untuk mendapatkan sesuatu – raja Siam menyerang Kota Jelasin untuk mendapatkan Tuan Puteri Sa’dung.

iv. Masyarakat yang percayakan ahli nujum – raja Siam percaya kepada Tuk Ca selaku ahli nujum.

v. Masyarakat yang mementingkan keselamatan negeri – Tuan Puteri Sa’dung/Sultan
Abdullah sanggup melepaskan isterinya ke Siam untuk elakkan negeri diserang oleh Siam

vi. Masyarakat pendendam. Tuan Puteri Sa’dung dendam dengan Sultan Abdullah/Raja
Pasir Emas bunuh Raja Kubang Labu yang bunuh adiknya.
Mak:8m

b. Peristiwa-peristiwa yang membawa Raja Siam mendapatkan Puteri Saadung
i. Raja Siam memanggil semua raja, menteri dan tentera di bawah pemerintahannya.

ii. Memberitahu mereka bahawa baginda terlalu inginkan Tuan Puteri Sa’dung.

iii. Memerintahkan tenteranya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga dan membawa balik Tuan Puteri Sa’dung ke Siam.

iv. Tentera menyediakan kelengkapan perang untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga.

v. Membawa seorang Tuk Ca yang tahu ilmu menujum.

vi. Utusan Siam mengadap Sultan Abdullah untuk meminta Tuan Puteri Sa’dung tetapi dihalau oleh Sultan Abdullah.

vii. Tentera Siam menyerang Kota Jelasin tempat tinggal Tuan Puteri Sa’dung tetapi tewas.

viii. Tentera Siam terus mengepung Kota Jelasin.

ix. Tuk Ca dapat mengesan Kota Jelasin yang dighaibkan oleh Tuan Puteri Sa’dung.

x. Tentera Siam mengepung mahligai Tuan Puteri Sa’dung di tengah-tengah hutan.

xi. Sultan Abdullah diberitahu oleh Tuk Ca tentang tujuan kedatangan mereka iaitu untuk mengambil Tuan Puteri Sa’dung sahaja atas arahan raja mereka.

xii. Tuan Puteri Sa’dung bersetuju menyerah kepada raja Siam untuk menyelamatkan negeri.

xiii. Tuan Puteri Sa’dung menyerah diri kepada Tuk Ca.

xiv. Tuk Ca mengarahkan kepungan ke atas mahligai Tuan Puteri Sa’dung dihentikan.

xv. Tentera Siam belayar balik ke benua Siam bersama-sama Tuan Puteri Sa’dung.

xvi. Raja Siam memujuk Tuan Puteri Sa’dung untuk mengahwininya tetapi ditolak.
Mak: 12 markah

Soalan 3

a. Nada patriotik
Contoh: tiap tegukan menyalakan dahaga/ketidakpuasan meneruskan penerokaan
Mak: 4 markah

b. Tiga Persoalan:
i. Sumber ilmu
Contoh: rumusan zat alam
dari lembah gunungan

ii. Kepentingan mencari ilmu
Contoh: kita yang asyik
adalah penghirup madu ilmu

iii. Ilmu telah berkembang sejak lama dahulu
Contoh: peradaban temurun
terhimpun berkurun

iv. Pencarian ilmu tiada penghujung/penyudah
Contoh: tiap penemuan merasakan kehilangan/ketidakpuasan meneruskan penerokaan

v. .Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang insan/manusia
Contoh: demikian ialah pengangkat insan
di tengah jadian
paksi alam

vi. Nikmat orang yang berilmu
Contoh: nikmat yang kita kecapi
Titis lautan tak bertepi

vii. Orang yang berilmu sentiasa merendah diri
Contoh: kecil di pergigian
tunduk kekaguman
pengakuan dengan kealiman
Mak : 6 markah

c. Lima unsur bahasa
i. Asonansi
Contoh: pada piala akal ( Pengulangan vokal a ) dan lain-lain

ii. Aliterasi
Contoh:titis lautan tak bertepi ( Pengulangan konsonan t ) dan lain-lain

iii. Sinkof
Contoh: ku/tak

iv. Metafora
Contoh: madu ilmu/piala akal/mimuman ajaib/kuntum kembangan dan lain-lain

v. Hiperbola
Contoh: tiap tegukan menyalakan dahaga

vi. Pengulangan perkataan
Contoh: madu ilmu/tiap/kita/asyik dan lain-lain

vii. Paradoks
Contoh: tiap penemuan merasakan kehilangan

viii. Diksi asing/bahasa Arab
Contoh: khalifah/nikmat

ix. Perbandingan langsung
Contoh: adalah penghirup madu ilmu/demikian ialah pengangkat insan
x. Diksi yang tepat/menarik/berkesan
Contoh: minuman ajaib/paksi alam/kecil di pergigian
xi. Inversi
Contoh: cuma pengasyik madu ilmu
Mak: 10 markah

Soalan 4

a. Lima perwatakan Bendahara Tepok :

i. Merupakan Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud

ii. Nama “Tepok” diperoleh kerana Datuk Bendahara menghidap penyakit tepok atau sakit lumpuh.

iii. Cintakan tanah air
Bendahara Tepok mahu Selamat Gagah membawanya kembali ke Melaka untuk melawan Feringgi

iv. Seorang yang berani berjuang
Bendahara Tepok merasa marah dengan tindakan orang muda yang meninggalkan

v. Mempunyai semangat juang yang tinggi
Bendahara Tepok tidak mahu meninggalkan Melaka kerana mahu berjuang untuk mempertahankan Melaka.

vi. Seorang yang prihatin/bertanggungjawab
Sentiasa bertanya khabar keadaan sultan/ para pejuang di Melaka
Mak: 10 markah

b. Tiga kelemahan masyarakat :
i. Masyarakat yang tidak adil/kejam
Contoh: Sultan Mahmud kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu
pemerintahannya.

ii. Masyarakat mementingkan diri sendiri
Contoh:Sultan Mahmud telah membunuh ramai orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri antaranya Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.

iii. Masyarakat tidak bersatu padu/ berpecah belah
Contoh: Seri Nara kesal dengan ketewasan Melaka akibat perpecahan masyarakat

iv. Masyarakat tidak bersemangat dalam mempertahankan negara
Contoh: Ramai orang/orang muda yang mengambil tindakan berundur dari Melaka/ Ramai pejuang berundur dari Melaka untuk berjuang di Bentayan dan Pagoh

v. Masyarakat kurang kelengkapan perang
Contoh: Orang-orang Melaka berjuang menggunakan lembing dan keris manakala Feringgi menggunakan meriam dan senjata api.
Mak: 6 markah

c. Dua nilai murni dalam drama :
i. Bertanggungjawab
Contoh: Bendahara Tepok yang tidak mahu Melaka runtuh dan jatuh ke tangan musuh.

ii. Keberanian
Contoh: Bendahara Tepok berani menentang musuh.

iii. Kesetiaan
Contoh: Seri Nara dan Hang Kadim setia kepada Bendahara Tepok
Mak: 4 markah

Soalan 5

a. Empat pengajaran
i. Kita hendaklah bekerjasama/ bergotong-royong dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
Contoh: Malah, apa yang telah diberitakan kepada Jahara semua persiapan sudah selesai, hasil gotong-royong jiran tetangga

ii. Kita hendaklah mengamalkan amalan suka bersedekah
Contoh: Setiap yang datang bukan saja menghulurkan derma sebagai simpati.

iii. Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang berada dalam kesusahan/kesedihan
Contoh: Setiap yang datang bukan saja menghulurkan derma sebagai simpati.

iv. Kita hendakalah menyegerakan urusan pengkebumian jenazah
Contoh: Malah mereka sama-sama menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.

v. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang.
Contoh: Sebagai jiran, inilah masanya untuk membalas budi serta kasih-sayang terhadap jasa- jasa Datuk

vi. Kita hendaklah saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Cth: Sebagai jiran, inilah masanya untuk membalas budi serta kasih-sayang terhadap jasa-jasa Datuk

vii. Kita hendaklah mengamalkan semangat kejiranan
Contoh: Malah, apa yang telah diberitakan kepada Jahara semua persiapan sudah selesai, hasil gotong-royong jiran tetangga
 Mak :  8 markah

b. Empat persoalan
i. Persoalan kasih sayang sesama manusia.
Contoh: Kematian Datuk ditangisi oleh isteri, anak-anak dan jiran-jirannya.

ii. Persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah.
Contoh: Datin menghubungi isteri/bekas isteri dan anak-anak Datuk seperti yang pernah diimpikan oleh Datuk setelah Datuk mati.

iii. Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang.
Contoh: Datok yang mengamalkan poligami, telah menyebabkan hubungannya dengan isteri dan anak-anak renggang.

iv. Persoalan tolong-menolong dalam masyarakat.
Contoh: Jenazah Datuk diuruskan oleh jiran-jiran dan keluarga.

v. Persoalan keinsafan daripada kesilapan.
Contoh: Datin insaf atas kesilapanya yang menjadikan hubungan Datuk dan anak-anak renggang.

vi. Persoalan jasa kepada masyarakat.
Contoh: Datuk banyak berjasa di kawasan perumahannya kerana telah berjaya menyatukan semua bangsa.
 Mak:  8 markah

c. Latar tempat
i. Rumah Datuk/Datin.
Contoh: Tempat tinggal Datuk, Datin dan anak-anaknya.

ii. Ruang tamu rumah Siti Halijah.
Contoh: Siti Halijah mengangkat gagang telefon menerima berita kematian Datuk.

iii. KLIA.
Contoh: Tempat ketibaan anak-anak Datuk untuk melawat. menziarahi jenazah Datuk.
Mak: 4 markah

Soalan 6

a. Lima aspek binaan novel:
i. Tema – kepentingan kasih sayang dalam sebuah keluarga yang mampu
menyelesaikan permasalahan dan mendorong kepada kejayaan dalam kehidupan.

ii. Persoalan - Ketabahan mengharungi cabaran-cabaran dalam kehidupan.

iii. Plot . Plot berbentuk kronologi / Binaan plot terdiri daripada pendedahan atau permulaan cerita, perkembangan dan peleraian.

iv. Watak , contoh Anuariza,

v. Latar ,masa - pagi, tempat-rumah soleha dan masyarakat kampung.

vi. Gaya bahasa, contoh penggunaan metafora/personifikasi dll

vii. Pengajaran, contoh kita jangan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak

viii. Nilai, rajin bekerja

ix. Sudut pandangan, sudut pandangan orang ketiga serba tahu
Mak: 10 markah

b. Lima unsur Islam
i. Mendirikan Solat/sembahyang berjemaah
Contoh: Anuariza menunaikan solat walaupun ketika berada di dalam
hutan paya mencari buah Kelubi/ Keluarga Syed Mustafa dan Anuariza melakukan ibadat sembahyang berjemaah.

ii. Perkahwinan mengikut Islam
Contoh: Perkahwinan Syed Mustafa dan Solehah demi kebahagian anak-anak mereka

iii. Majlis kenduri kesyukuran
Contoh:Majlis kenduri kesyukuran diadakan oleh Syed Mustafa dan Nek Siah selepas majlis perkahwinan Syed Mustapa dengan Solehah

iv. Berdoa kepada Tuhan
ontoh:Nek Siah berdoa kepada Allah agar cucu-cucunya dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak baik

v. Konsep memberi salam
Contoh: Solehah sentiasa member salam setiap kali berkunjung ke rumah Nek Siah

vi. Gelaran dlm Islam, haji contoh Hj Lokman

vii. Nama berunsur Islam, contoh Solehah

viii. Tempat ibadat, contoh masjid/Syed Faris hantar pinggan mangkuk selepas selesai kenduri
Mak: 10 markah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena