Hikayat Caya Langkara

HIKAYAT CAYA LANGKARA

Urutan Peristiwa

1. Kisah mengenai raja bernama Saiful Muluk pemerintahan negeri Ajam Saqat. Baginda sangat adil dan mengasihi rakyatnya. Mempunyai isteri bernama Tuan Puteri Sekandrum (TPS) namun tidak dikurniakan anak. Lalu baginda berkahwin seorang lagi iaitu Tuan Puteri Sekandah Bayang-bayang (TPSB) untuk mendapatkan zuriat.

2. Baginda dikurniakan dua anak hasil perkongsian dengan isteri kedua iaitu Muqaddam dan Muqaddim. Hal ini menyebabkan baginda amat mengasihi Tuan Puteri Sekandah Bayang-bayang tetapi kasih kepada Tuan Puteri Sekandrum makin berkurangan lalu Tuan Puteri Sekandrum memohon doa kepada Yang Esa agar dikurniakan seorang anak lelaki.

3. Dengan izin Allah SWT, Tuan Puteri Sekandrum dikurniakan seorang anak lelaki yang baik paras (ubun-ubun bercahaya) . Berkat kelahiran itu juga negeri Ajam bertambah maju . Hal ini disedari oleh baginda lalu dinamakan putera tersebut sebagai Caya Langkara (Gendang Besar).

4. Suatu hari atas cadangan nujum, baginda menghantar Muqaddam dan Muqaddim bertemu kadi untuk menanyakan maksud Caya Langkara (CL), kadi menerangkan Caya Langkara akan menjadi raja besar dan terlalu sakti dan sangat baik. Kesaktiannya amat kuat sehingga jin pun tidak mampu melawan malah Caya Langkara dapat berjalan di laut.

5. Apabila diketahui tentang hal itu, Muqaddam dan Muqaddim mula iri hati dan merancang sesuatu yang buruk untuk disampaikan kepada ayahanda mereka. Mereka berpakat untuk tidak menyatakan apa yang dinyatakan oleh kadi. Kedua-duanyaberpura-pura menangis dan memberitahu maksud Caya Langkara amat celaka dan akan membinasakan negeri Ajam kelak.

6. Baginda terus bertemu Caya Langkara dan pintaklah (pinta/minta ms 178)kepada bonda Caya Langkara agar izinkannya membunuh Caya Langkara kerana mempercayai kononnya pembawa musibah kelak. Lalu bondanya Caya Langkara memohon dia dijadikan ganti.

7. Lalu Muqaddam dan Muqaddim mencadangkan agar Caya Langkara dan bondanya dibuang negeri. Mangkabumi diarahkan membuang Caya Langkara dan bondanya ke hutan yang memakan masa selama tujuh hari perjalanan. Setelah ditinggalkan di hutan, bonda Caya Langkara berfikir dan takut baginda

8. Satu susunya kering lantas Caya Langkara berguling-guling di atas batu lalu tangannya terhempas batu, terkeluarlah air daripada celah jarinya . Bondanya minum dan memandikan Caya Langkara serta diberikan susu.

9. Apabila Caya Langkara besar dia selalu bermain-main di hutan dengan kijang, memanah , mencari makanan sehingga berumur tujuh tahun.


10. Semasa Caya Langkara dan bondanya meninggalkan negeri Ajam, ayahandanya sakit teruk dan gagal diubati kecuali menggunakan kembang kuma-kuma putih (benang sari bunga yangberbau harum ms 181 ) di puncak negeri Mesir. Di Madinah juga rajanya sakit teruk dan tidak mampu diubati namun melalui mimpi anakandanya Tuan Puteri Ra’na Kaseen (TPRK) seorang tua memberitahu penyakit ayahandanya mampu diubati dengan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir.

11. Lalu Tuan Puteri Ra’na Kaseen mengarahkan segala rakyatnya mencari ubat tersebut namun tidak ditemui . Akibatnya Tuan Puteri Ra’na Kaseen terlalu sedih lantas menyatakan kemahuannya mencari ubat tersebut dengan diiringi oleh mangkabumi dan kira-kira dua ribu orang. Akibat perjalanan terlalu jauh, ramai rakyat yang mati disebabkan kelaparan dan kepenatan. Namun Tuan Puteri Ra’na Kaseen tetap akan meneruskan pencarian tersebut dan menyuruh mangkabumi dan rakyat pulang.

12. Tuan Puteri Ra’na Kaseen meneruskan perjalanan dan bertemu dengan Caya Langkara memanah rusa dan kijang di hutan. Muqaddam dan Muqaddim juga turut melalui hutan tersebut dan meminta air daripada Caya Langkara. Caya Langkara membawa ke tempat tinggalnya (gua)untuk memberikan air. Muqaddam dan Muqaddim memberitahu hajat mereka kepada bonda Caya Langkara, bondanya menyatakan tentang Caya Langkara sebenarnya anak raja negeri Ajam Saqat.

13. Lalu Muqaddam dan Muqaddim sujud kepada Caya Langkara apabila mengetahui kebenarannya. Mereka bersetuju untuk sama-sama mencari ubat ayahanda mereka. Dalam perjalanan Muqaddam dan Muqaddim tertidur di bawah pokok beringin kerana terlalu dahaga, lalu Caya Langkara memanjat pokok tersebut, dipatahkan pucuknya dan terkeluarlah air melalui pucuk tersebut lalu Caya Langkara memberikannya kepada kedua saudaranya.

14. Setelah tiga hari tiga malam berjalan mereka bertemu dengan raksasa dan harimau, Muqaddam dan Muqaddim amat takut dan minta dilindungi oleh Caya Langkara. Caya Langkara cuba menghalau binatang tersebut tetapi binatang tersebut menyatakan hasrat mereka untuk menunjukkan jalan yang dituju Caya Langkara.

15. Seterusnya mereka bertemu dengan gua tempat tinggal naga kuna. Muqaddam dan Muqaddim tidak mahu masuk ke gua tersebut kerana takut lalu hanya Caya Langkara memasukinya dan dilihatnya ada seekor naga besar dan mulut ternganga bersama seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Ratna Kemala . Tuan puteri gembira melihat Caya Langkara kerana diketahuinya hanya Caya Langkara yang dapat mengambil kembang kuma-kuma putih.

16. Caya Langkara, Tuan Puteri Ratna Kemala bersama dua ekor kucing (putih dan hitam)sebagai pengawal tuan puteri untuk mencari penawar tersebut.

17. Setelah melihat Caya Langkara gagal menaiki bukit Mesir, naga kuna keluar dari gua untuk membantu dengan cara menyuruh ke empat-empat mereka naik ke atas kepalanya namn apabila sampai di puncuk gunung, kembang kuma-kuma tiada kerana air surut. Naga kuna pulang ke gua untuk tidur sementara menunggu air pasang.

18. Muqaddim dqn Muqaddqm tidak sabar menunggu naga kuna kerana tidurnya lama (4o hari), lalu menyuruh kedua-dua kucing memanggil naga tersebut tetapi naga masih tidur.apabila didesakoleh kedua saudaranya Caya Langkara meminta tuan puteri mengambil penawar tersebut. Apabila dletakkan ditapak tangan tuan puteri, kembang kuma-kuma tersebut bergerak-gerak dan mengeluarkan pelbagai warna.

19. Melihat keadaan itu, Muqaddam dqn Muqaddim cuba mengambilnya daripada tuan puteri tetapi gagal. Jadi mereka menyuruh Caya Langkara mengambilnya tetapi apabila Caya Langkara mengambil sehelai daun, Muqaddam dan Muqaddim menolak Caya Langkara ke dalam laut tetapi Caya Langkara sempat berpaut pada daun kembang kuma-kuma lalu dibawa arus. Apabila terjaga dari tidur, Naga Kuna mencari Caya Langkara dan menyuruh kedua-dua kucing mencari Caya Langkara tetapi gagal.

20. Puteri Raja Mesir iaitu Tuan Puteri Ratna Kemala (TPRK)telah bermimpi bertemu seorang perempuan tua yang menunjukkan satu kembang kuma-kuma putih di puncak bukit Mesir. Apabila terjaga tuan puteri meminta ayahandanya mendapatkan permainan tersebut. Lalu baginda menitahkan rakyat (hampir 700 orang) mencari kembang tersebut.


21. Tuan Puteri Ratna Dewi (TPRD) anak raja Peringgi juga bermimpi seorang perempuan tua menunjukkan permainan kembang kuma-kuma terletak di puncak bukit Mesir tetapi telah pun diambil oleh dua lelaki dan seorang perempuan. Lalu ayahandanya menitahkan tiga menteri iaitu Bangbang Sutama, Langlang Laut dan Langlang Samudera membawa persembahan (40 buah kapal) kepada Raja Mesir untuk mendapatkan kembang kuma-kuma tersebut.

22. Langlang Laut dan Langlang Samudera mempersembahkan hadiah kepada Raja Mesir manakala Bangbang Sutama ke bukit Mesir lalu ditangkap Muqaddam dan Muqaddim serta Tuan Puteri Ratna Kemala .

23. Kucing putih dan kucing hitam masih gagal menemui Caya Langkara lalu menyelinap mendengar perbualan mangkabumi yang dititahkan oleh Raja Mesir untuk menangkap utusan Peringgi yang menangkap orang orang yang membawa kembang kuma-kuma. Naga Kuna yang menyangka Caya Langkara telah dibawa ke Peringgi amat marah lalu terjun ke laut dan terjumpa dengan Caya Langkara. Naga Kuna menyuruh Caya Langkara menjilat gemala di kerongkong lelangitnya untuk menyembuhkan Caya Langkara seperti biasa.

24. Naga dan Caya Langkara meneruskan perjalanan ke Peringgi, apabila sampai Caya Langkara duduk di hujung karang dan diliht oleh Perputat dan Andang-andang. Caya Langkara memberitahu hajatnya untuk mengislamkan ajar-ajar (pendeta) di situ dengan cara menyuruh menyembahnya. Hal ini menimbulkan kemarahan ajar-ajar dan berlaku perlawanan antara mereka dengan penuh kesaktian masing-masing. Ajar-ajar yang meminta bantuan Raja jin kafir tetap kalah dan akhirnya sujud kepada Caya Langkara.

25. Di Peringgi Caya Langkara melepaskan kedua saudaranya yang menyebabkannya hampir ditangkap raja Peringgi tetapi hasrat tersebut dibatalkan atas nasihat tuan puterinya malah dilayan dengan baik. Muqaddim pula dikahwinkan dengan Tun Puteri Ratna Dewi.

26. Seterusnya mangkabumi Mesir sampai ke Peringgi untuk mendapatkan kembang kuma-kuma namun tidak mampu menewaskan Caya Langkara. Atas permintaan mangkabumi Caya Langkara akhirnya setuju membawakan kemang kuma-kuma kepada Raja Mesir untuk puterinya Tuan Puteri Ratna Kemala yang akhirnya dikahwinkan dengan Muqaddam.


27. Caya Langkara seterusnya kembali ke Ajam Saqat bersama Tuan Puteri Ratna Kemala bagi mengubati ayahandanya danbertemu bondanya di gua. Namun apabila Muqaddam dan Muqaddim kembali semula ke Ajam, mereka berpakat untuk membunuh Caya Langkara dengan cara menutup puntu gua dan memasukkan api. Namun Caya Langkara dapat mengetahuinya melalui mimpi, lantas meminta Naga Kuna menghantarnya ke Madinah untuk mengirngi Tuan Puteri Ratna Kemala kembali ke negerinya.

28. Caya Langkara dan Tuan Puteri Ratna Kemala bakal dikahwinkan manakala bondanya turut berkahwin dengan Raja Madinah. Akhirnya Caya Langkara menjadi pemerintah yang masyhur dan saudara-saudaranya menginsafi kesilapan mereka.

Comments