Warna Hati Seorang Datin



WARNA HATI SEORANG DATIN
(Rahman Haji Yusof)

Tema
Bertemakan tentang hubungan kekeluargaan yang renggang. Kebencian Datin terhadap madu dan anak-anak tirinya menyebabkan hubungan antara mereka renggang dan tidak mesra. Walau bagaimanapun, kematian Datuk menyebabkan rasa kekosongan dalam diri Datin dan dia mengharapkan kematian Datuk akan meninggalkan rasa insaf dalam setiap keluarga. Baginya, kematian itu seharusnya dapat mengeratkan kasih sayang yang terputus. Oleh yang demikian, Datin merasakan bahawa dia merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil peranan besar dalam menyatukan semula madu dan anak-anak tirinya sebagaimana harapan arwah suaminya semasa masih hidup. Akhirnya, impian Datin tertunai apabila berlaku sejarah pertemuan keluarga yang amat berharga di rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.

Persoalan
Persoalan kasih sayang.
Contoh: Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul.

Persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran rumah tangga.
Contoh: Siti Halijah sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup walaupun madu dan anak-anak tiri sangat membencinya kerana dikatakan telah merampas suami orang.

Persoalan amalan poligami dan cerai dalam perkahwinan.
Contoh: Semasa hidup, Datuk pernah berkahwin dengan empat orang isteri. Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan isteri keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga telah diceraikannya.

Persoalan kerjasama dan tolong menolong dalam masyarakat
Contoh: semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.

Persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah.
Datin menghubungi isteri/bekas isteri dan anak-anak Datuk seperti yang pernah diimpikan oleh Datuk setelah Datuk mati.

Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang.
Datuk yang mengamalkan poligami, telah menyebabkan hubungannya dengan isteri dan anak-anak renggang.

Persoalan keinsafan daripada kesilapan.
Contoh: Datin insaf atas kesilapanya yang menjadikan hubungan Datuk dan anak-anak renggang.


Watak dan Perwatakan

Datin
Watak utama dalam cerita.
Isteri pertama Datuk.
Mempunyai tiga orang madu
Dikurniai 9 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu antaranya Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir.
Seorang anaknya iaitu Basir mengalami cacat anggota.

Seorang yang sangat membenci madunya.
Datin menganggap Siti Halijah sebagai perampas suami.

Seorang yang insaf akan kesilapan diri. Contoh: Datin yang membenci madu-madunya termasuk anak-anak tirinya menaruh insaf yang mendalam di dalam diri dengan cuba untuk memperbaiki hubungan antara mereka supaya kasih sayang yang terputus kembali terjalin.

Seorang yang pemaaf.
Contoh: Datin memaafkan semua perbuatan Datuk yang melukakan hatinya setelah Datuk mati.

Seorang yang ikhlas.
Contoh: Datin menerima kehadiran Siti Halijah dan mempelawa Siti Halijah dan anak-anaknya tinggal bersamanya.

Datuk
Watak sampingan dalam cerita.
Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan.
Seorang pemimpin yang dikasihi, dihormati dan disegani.

Seorang yang mempunyai isteri lebih dari seorang
Datuk berkahwin sebanyak empat kali.Isteri pertama-Datin, isteri kedua-Cikgu Jalilah, isteri ketiga-Syarifah Aminah dan Isteri keempat-Siti Halijah. Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga diceraikan.

Seorang yang mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Contoh: Datuk lebih senang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana tetapi dihuni oleh pelbagai kaum.

Seorang yang mempunyai bilangan anak yang ramai.
Mempunyai 14 orang anak hasil perkongsian hidup daripada keempat-empat orang isterinya iaitu 9 orang anak daripada isteri pertama, 2 orang anak daripada isteri kedua, seorang anak daripada isteri ketiga dan 2 orang anak daripada isteri keempat.


Seorang yang banyak berjasa kepada masyarakat.
Datuk mempunyai jasa yang besar terhadap kawasan perumahan dengan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum yang ada di kawasan tersebut.

Seorang yang kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya: Setelah bercerai dengan cikgu Jalilah, Datuk telah mengabaikan tanggungjawab dengan membiarkan anak-anak hasil perkongsian hidup mereka hidup sendiri iaitu Amri dan Zaleha.

Seorang pemimpin yang berwibawa.
Contoh: Datuk berjaya menyatupadukan rakyat/penduduk di kawasan perumahannya.

Seorang yang tidak bertanggungjawab.
Contoh: Datuk tidak mengambil tahu perihal anak-anaknya bersama jalilah dan Aminah.

Siti Halijah
Watak sampingan dalam cerita.
Isteri keempat Datukdan madu Datin yang paling muda.
Dikurniai dua orang anak. Anak-anaknya masih kecil iaitu Zety berumur 4 tahun dan Zul berumur 18 tahun.

Seorang yang sangat menyayangi suaminya.
Contoh: Siti Halijah sangat mengasihi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.

Seorang yang dianggap perampas suami oleh Datin dan anak-anak Datin.
Tidak dianggap sebagai ibu tiri oleh anak-anak Datuk yang sudah berumah tangga tetapi dianggap sebagai madu.

Seorang yang sabar dan boleh mengawal diri.
Contoh: Siti Halijah menerima dengan sabar tuduhan atau kata-kata kesat daripada Datin dan anak-anak tirinya yang menentang perkahwinannya dengan Datuk.

Jahara
Watak Sampingan
Anak sulung Datuk dan Datin.
Suaminya bernama Iskandar.
Sangat membenci ibu tirinya iaitu Siti Halijah termasuk anak-anaknya.

Cikgu Jalilah
Isteri kedua Datuk.
Sudah hampir 25 tahun berpisah dengan Datuk.
Mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Amri dan Zaleha.
Mempunyai rumah di Singapura.


Syarifah Aminah
Isteri ketiga Datuk.
Dikurniai seorang anak sahaja hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Taufik.

Suhada
Anak Datuk dan Datin.
Sangat membenci Siti Halijah.
Seorang yang kasar. Contoh: Suhada menuturkan kata-kata yang kesat kepada Siti Halizah sebagai sebuah tentang terhadap perkahwinan Siti Halijah dengan ayahnya.

Atifah
Anak Datuk dan Datin.
Tidak menyukai ibu tirinya iaitu Siti Halijah.
Anak sulungnya berumur dua tahun.

Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir.
Anak-anak Datuk dan Datin.

Amri dan Zaleha
Anak Datuk dan Cikgu Jalilah.
Amri tinggal di Sabah manakala Zaleha pula tinggal di Sarawak.
Mempunyai hubungan yang renggang dengan ayah mereka.


Latar

Latar Tempat

KLIA
Tempat Amri, Zaleha dan Taufik bertemu sebelum berangkat ke rumah Datin.

Sabah
Tempat Amri menetap.

Sarawak
Tempat Zaleha menetap.

Singapura
Rumah cikgu Jalilah.

Kelantan
Tempat Taufik menetap.

Rumah Datuk.
Tempat tinggal Datuk, Datin dan anak-anaknya.
Dapur Rumah Datuk.
Tempat Datin mendapat berita kedatangan anak-anak tirinya yang baru sahaja tiba dari KLIA.

Bilik Rumah Datuk.
Contoh: Tempat Jahara dan suaminya , Iskandar mengira wang untuk digunakan bagi urusan pengebumian datok.

Ruang tamu rumah Datuk.
Tempat para tetamu dan sank-saudara yang hadir berhimpun untuk membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah Datuk.


Latar Masa
Berlaku dalam satu hari iaitu bermula pada waktu subuh sehinggalah malam.

Awal pagi.
Contoh: Berita kematian Datuk tersebar.

Waktu malam.
Contoh: Datin menghimpunkan sank-saudara untuk mengadakan kenduri arwah.

Waktu petang.
Contoh: Jenazah Datok dikebumikan

Latar Masyarakat
Masyarakat yang mementingkan permaufakatan dan kerjasama
Contoh: Semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contoh : Datin menganggap Siti Halijah sebagai perampas suaminya.

Masyarakat yang tabah.
Masyarakat yang penyayang. Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul. Begitu juga, Siti Halijah sangat menyayangi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.

Masyarakat yang murah hati.
Contoh: Setiap yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menghulurkan derma sebagai simpati.

Masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.
Contoh: Datin berusaha untuk mengumpulkan isteri/bekas isteri dan anak-anak Datok seperti yang dimpikan oleh Datok semasa hidupnya.

Masyarakat yang ikhlas.
Contoh: Datin menerima kehadiran Siti Halijah dan mempelawa Siti Halijah dan anak-anaknya tinggal bersama-samanya.

Masyarakat yang prihatin.
Contoh: Jiran-jiran dan keluarga Datok telah datang menziarahi dan menguruskan jenazah Datok.

Masyarakat yang beragama Islam.
Contoh: Amalan membaca Al-Quran, menziarahi orang mati.

Masyarakat pemaaf.
Contoh: Datin memaafkan semua perbuatan Datuk yang melukakan hatinya setelah Datuk meninggal.


Gaya Bahasa

Personifikasi.
Dingin pagi terasa menggigit tulang (ms 58)

Similie
dadanya berdebar seperti dikejutkan oleh guruh pagi (ms 61)
malah kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang diperhatikan Hal. (62)

Repitisi
“Tunggu apa lagi, mak?”
“Tunggu apa lagi, Datin?”
“Tunggu apa dan siapa?” (ms 70)

Hiperbola
Terasa sayu membelah hati. (ms 75)

Peribahasa.
“Wajah suaminya ditenung. Datuk sedah menutup matanya selama-lamanya.

Kata ganda.
“Rundinglah dengan anak-anak saya. Saya mengikut saja”

Sinkof.
“Tak mengapalah”


Plot
Permulaan
Berita kematian Datok tersebar luas. Kebanyakkan ahli keluarganya telah pulang untuk memberi penghormatan terakhir.

Perkembangan.
Datin berhasrat untuk mengenali semua madu dan anak-anak tirinya.Namun, Datin tertunggu-tunggu kedatangan madu dan anak-anak tirinya.

Puncak.
Kedatangan anak-anak tirinya iaitu Zaleha, Taufik dan Amri ke rumah Datin

Peleraian.
Datin berhasrat untuk membina perhubungan yang lebih erat dan kukuh dengan madu dan anak-anak tirinya sebaik sahaja selesai kenduri arwah dalam pertemuan keluarga

Teknik Plot
Imbas Kembali.
Contoh: Siti Halijah mengingatkan peristiwa dia dimaki hamun dalam telefon oleh Suhada anak Datok sebaik sahaja dia berkahwin dengan Datok.

Pemerian.
Contoh:Dingin pagi terasa mengigit tulang, namun begitu berita, kematian seorang Datuk telah tersebar luas bukan sahaja di kawasan perumahan yang didiami oleh pelbagai kaum dan agama.

Monolog Dalaman.
Contoh: Siti Halijah bermonolog tentang kematian Datok. “ Pergilah wahai kekasihku, suamiku walaupun aku berat untuk melepaskan namun itu takdir Ilahi. Sampai masanya aku akan pergi juga.
Dialog.
Contoh: Dialog antara Jahara dengan Datin. “Jahara ambil adik ini”

Kejutan.
Contoh: Siti Halijah terkejut menerima berita kematian Datok yang disampaikan oleh Datin melalui telefon.

Nilai

Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Datin bertanggungjawab menunaikan impian datok dan berusaha mengumpul isteri serta anak-anak Datuk.

Nilai keikhlasan.
Contoh: Datin menerima kehadiran Siti Halijah dan mempelawa Siti Halijah dan anaknya untuk tinggal bersama-samanya.

Nilai kasih sayang.
Contoh: Datin menyayangi anak-anak tirinya.

Nilai keinsafan.
Contoh: Datin insaf atas segala perbuatannya yang menyebabkan hubungan Datok dan anak-anaknya renggang denngan cara menyatukan kembali anak-anak datok selepas kematian Datuk .

Nilai hormat-menghormati.
Contoh: Siti Halijah dan Datin saling hormat-menghormati dan hidup aman selepas kematian Datuk.

Pengajaran
Kita hendaklah belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan agar tidak berulang kembali.

Kita hendaklah memaafkan orang lain dengan ikhlas.
Contoh : Datin menerima kehadiran Siti Halijah dan mempelawa Siti Halijah dan anaknya untuk tinggal bersama-samanya.

Kita hendaklah menyayangi seluruh ahli keluarga.
Contoh: Datin menyayangi anak-anak tirinya.

Kita haruslah hormat-menghormati antara satu sama lain.
Contoh: Siti Halijah dan Datin saling hormat-menghormati dan hidup aman selepas kematian Datuk.

Kita hendaklah bertangungjawab.
Contoh : Datin bertanggungjawab menunaikan impian datok dan berusaha mengumpul isteri serta anak-anak Datuk.

Sudut Pandangan
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas.

Comments