Bagai Hembusan Bayu Senja


 BAGAI HEMBUSAN BAYU SENJA
(JURI DURABI)

TEMA
Bertemakan percintaan yang terhalang disebabkan berlainan agama.
Contoh: Perhubungan Juliani dan Hardi terputus dihalang oleh ibu bapa Juliani kerana Juliani beragama kristian manakala Hardi beragama Islam.

PERSOALAN
Persoalan tentang ketaatan seorang anak kepada ibubapanya.
Contoh : Perhubungan Juliani dan Hardi terputus kerana dihalang oleh ibubapa Juliani yang tidak bersetuju dia berkahwin dengan Hardi yang berlainan agama dengannya. Juliani akur dengan permintaan ibu dan bapanya.

Persoalan tentang sikap menghormati ibu bapa.
Contoh : Juliani menghormati permintaan ibu dan bapanya untuk memutuskan perhubungan dengan Hardi dan sanggup dipindahkan tempat bekerja.

Persoalan tentang persahabatan.
Contoh : Aziah adik Hardi telah menjalinkan persahabatan dengan Juliani sejak dari zaman persekolahan hinggalah mereka bekerja.

Persoalan tentang kekecewaan.
Contoh : Hardi begitu kecewa dengan pemergian Juliani dan putusnya cinta antara merkeka.

Persoalan tentang kasih sayang.
Contoh : Ikatan kasih sayang antara Hardi dan Juliani telah berputik semenjak pertemuan pertama mereka. Walaupun telah berpisah dan berjauhan, Juliani masih menyayangi Hardi.

Persoalan tentang sikap yang tidak mahu membelakangkan keluarga.
Contoh : Juliani tidak bersetuju dengan cadangan Hardi untuk membawanya kahwin lari.

WATAK DAN PERWATAKAN

JULIANI
i. Seorang gadis berbangsa Kadazan.
ii. Beragama Kristian.
iii. Bersahabat dengan Aziah adik Hardi sejak zaman persekolahan sehinggalah mereka bekerja di tempat yang sama iaitu Jabatan Pendaftaran negara.
iv. Bermuka bujur sirih, kulit kuning langsat, lesung pipit di pipi, berambut panjang ke paras bahu.
v. Seorang yang tidak mahu membelakangkan ibu bapa. Contoh : Menolak cadangan Hardi untuk kahwin lari.
vi. Seorang yang mengagumi agama Islam. Contoh : Surat Juliani kepada Hardi menyatakan bahawa agama Islam boleh membawa insan ke arah kesejahteraan hidup.
vii. Seorang yang mentaati ibu bapa. Contoh : Juliani akur dengan permintaan ibu dan bapanya supaya memutuskan perhubungan dengan Hardi.

HARDI
• Pemuda Melayu.
• Beragama Islam.
• Mempunyai fizikal yang tinggi lampai.
• Mempunyai seorang adik bernama Aziah.
• Telahpun bekerja.
• Seorang yang sangat menyayangi Juliani.
• Seorang yang sanggup membelakangkan keluarga.
Contoh : Hardi mengajak Juliani kahwin lari.
• Terpaksa berhadapan dengan kekecewaan dalam hidupnya disebabkan percintaan yang terhalang.
• Seorang yang tabah.
Contoh: tabah dengan kehilangan Juliani.


PLOT

TEKNIK PLOT

Imbas Kembali
Contoh: Hardi mengingat kembali detik-detik pertemuannya dengan Juliani yang akhirnya membibitkan perasaan cinta. Bagaimanapun, percintaan mereka hanya separuh jalan disebabkan ibu bapa Juliani menghalang perhubungan mereka. Hardi terpaksa berhadapan dengan kekecewaan.

Monolog
Contoh : “Oh Julie, kau pergi jua rupanya! Sekarang aku sedar bahawa selama ini aku hanya membina istana di atas pasir. Aku hanya mengejar bebayangku sendiri,” keluh hardi dalam-dalam sambil menumpukan pandangan ke arah laut yang sentiasa terbentang luas.

Dialog
Contoh : “Sanggupkah Julie mengikutku?” Tiba-tiba Hardi memecah keheningan suasana yang sejak tadi sunyi tanpa suara.“Ke mana?” Juliani menjadi kaget.

Pemerian
Contoh : Dan, kini Hardi merasakan bahawa bayu tidak berpuput lagi. Laut kematian irama. Bulan di dada langit berlindung di balik mega, semacam ketawa mengiringi keretakan cinta antara Hardi dengan Juliani. Hardi juga merasakan bahawa cinta juliani terhadapnya hanya bagai hembusan bayu senja.

STRUKTUR PLOT

Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa Hardi berjalan-jalan di tepi pantai seorang diri. Pengarang menggunakan teknik imbas kembali dengan perisitiwa Hardi terkenang bermulanya perkenalan di antara dia dan Juliani. Aziah adiknya telah mengajak Juliani berkunjung ke rumahnya. Hasil dari pertemuan itu, hubungan mereka semakin intim dan membibitkan perasaan kasih sayang.

Perkembangan
Pengarang mengembangkan cerita dengan peristiwa perhubungan Hardi dan Juliani berjalan lancar pada mulanya.

Berputik kegusaran di hati Hardi kerana takut perhubungan mereka akan dihalang oleh keluarga Juliani disebabkan perbezaan agama.

Hardi telah mengajak Juliani kahwin lari. Bagaimanapun, Juliani tidak mahu mereka membelakangkan keluarga dan meminta Hardi bersabar.

Klimaks
Juliani telah menghilangkan diri tanpa khabar berita selama tiga hari. Hardi telah mencari Juliani, tetapi usahanya gagal. Kehilangan Juliani telah membuatkan Hardi berasa risau.

Peleraian
Hardi mengeluh seorang diri di tepi pantai mengenang kembali perhubungan separuh jalan antaranya dengan Juliani .


LATAR

LATAR MASA

Senja
semakin gelap dan kelihatan jalur merah di celah tompokan awan. Ketika itu, Hardi teringat perkenalannya dengan Juliani.

Malam
Contoh:Hardi bertemu dengan Juliani di tepi pantai dan mengajak Juliani kahwin lari. Juliani gementar dengar permintaan Hardi.

Tiga Bulan
Contoh:Hardi resah kerana sudah tiga bulan tidak bertemu dengan Juliani mahupun mendengar khabar berita daripadanya.

Zaman Moden
Contoh: Pengarang menggunakan latar zaman moden dengan kewujudan panggung wayang dan kehadiran para pelancong dari luar negara ke Pulau Singgah Mata.

LATAR TEMPAT

Tepi Pantai
Hardi berjalan mundar-mandi di tepi pantai dan teringat perkenalanya dengan Juliani.

Hardi dan Juliani bertemu di tepi pantai pada satu malam yang disinari bulan dan Hardi mengajak Juliani kahwin lari.

RuangTamu Rumah Hardi
Tempat bermulanya perkenalan antara Hardi dan Juliani ketika Aziah adiknya mengajak Juliani berkunjung ke rumah abangnya.

Pulau Singgah Mata
Pulau yang bertentangan dengan pantai yang selalu dikunjungi oleh Hardi dan Juliani. Pulau tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong luar negeri disebabkan kecantikan panoramanya.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang mentaati orang tua.
Contoh : Juliani akur dengan kehendak ibu dan bapanya supaya memutuskan perhubungan dengan Hardi.

Masyarakat yang menjalinkan persahabatan walaupun berlainan agama.
Contoh : Aziah dan Juliani bersahabat dan menjadi kawan rapat sejak dari bangku sekolah sehinggalah ketika mereka sudah bekerja walaupun mereka berlainan agama.

Masyarakat yang saling mencintai antara satu sama lain.
Contoh : Hardi dan Juliani telah menjalinkan hubungan cinta walaupun merekaberlainan agama dan kepercayaan.

Masyarakat yang tegas dengan pendirian.
Contoh : Juliani tegas dengan pendiriannya yang tidak mahu dia dan Hardi kahwin lari dan membelakangkan keluarga.


GAYA BAHASA
Kata ganda.
Contoh : tiba-tiba, mundar-mandir, berkobar-kobar

Simile.
Contoh : Bulan di dada langit berlindung di balik mega, semacam ketawa mengiringi keretakan cinta antara hardi dengan Juliani.

Sinkof.
Contoh : nak, ni, jua, ku

Simpulan bahasa.
Contoh : mati akal, menconteng arang di maua

Personifikasi.
Contoh : Rambut Juliani yang panjang hingga paras bahu itu menari-nari ditiup angin.

Repitisi / Pengulangan
Contoh : Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra, hingga akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang berlainan agama itu.

Hiperbola.
Contoh : Deruan ombak yang sesekali menghempas dan menghanyutkan pasir-pasir yang amat setia diperlakukan begitu kejam oleh sang ombak yang tidak mengenal belas kasihan itu.

Ayat pendek.
Contoh : Sekusut-kusutnya
Ayat panjang.
Contoh :Salam rinduku untukmu, sesungguhnya tiada apa-apa yang dapat aku persembahkan buatmu selain doa bersama airmata buat mengiringi sebuah perjalanan dan kembara cinta yang retak.

NILAI
Nilai kasih sayang.
Contoh : Perasaan kasih sayang telah terjalin antara Hardi dan Juliani walaupun berlainan agama.

Nilai hormat-menghormati.
Contoh : Aziah dan Juliani saling hormat menghormati walau pun berlainan agama sehingga persahabatan mereka berkekalan dari bangku sekolah hingga kea lam pekerjaan.

Nilai ketaatan.
Contoh: Juliani taat dengan permintaan ibu dan bapanya supaya berpisah dengan Hardi.

Nilai ketabahan.
Contoh : Hardi tabah dengan kehilangan Juliani.

PENGAJARAN

Kita hendaklah menanamkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan kepercayaan.
Contoh: Aziah dan Juliani saling hormat menghormati walau pun berlainan agama sehingga persahabatan mereka berkekalan dari bangku sekolah hingga kea lam pekerjaan.

Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan berhadaan dengan kekecewaan.
Contoh: Hardi tabah dengan kehilangan Juliani.

Kita mestilah menghormati keputusan ibu bapa dan mentaati mereka.
Contoh: Juliani taat dengan permintaan ibu dan bapanya supaya berpisah dengan Hardi.

Kita janganlah membelakangkan keluarga dalam membuat sesuatu keputusan.
Contoh: Juliani akur dengan keputusan ibubapanya memutuskan hubungan dengan Hardi.

Kita hendaklah mementingkan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Juliani memutuskan hubungan dengan Hardi kerana mementingkan keluarganya.

SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga dengan memfokuskan kepada watak Hardi. Pengarang dapat member gambaran fizikal dan perasaan Hardi. Pengarang turut memfokuskan watak Juliani dan Aziah dalam cerita ini.

Comments