Akar



Kajian Puisi Melayu Moden

AKAR(Hilmi Rindu)

MAKSUD

Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa ibu bapa merupakan orang yang sangat penting dalam hidup bukan sekadar bergantung ketika senang mahupun susah malahan lebih daripad itudan tanpa mereka seseorang itu tidak akan lahir di dunia.

Rangkap 2
Ibu bapa merupakan penentu dalam kehidupan seseorang walaupun jasa mereka sering dilupakan tetapi merekalah yang mendidik seseorang itu dengan sempurna.

Rangkap 3
Penyajak berharap anak-anak sentiasa mencurahkan kasih dan sayang seperti mana ibu bapa mencurakan kasih sayang terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa tidak akan pernah lupa untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka.

Rangkap 4
Ibu bapa merupakan orang yang sangat penting dalam kehidupan setiap anak,tanpa mereka sudah pasti kehidupan anak-anak tidak akan sempurna.Ibu bapa bukan sekadar tempat kita bergantung walaupun mereka tidak pernah mengharap sebarang balasan daripada anak-anak mereka.

MAKSUD KESELURUHAN
Penyajak menyatakan tanggungjawab dan peranan ibu bapa menjaga dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa ibarat akar pokok. Tanpa ibu bapa, kita tidak akan wujud di dunia ini. Mereka bertanggungjawab memberikan kesempurnaan dalam hidup anak-anak.

TEMA

Tanggungjawab/peranan  ibu bapa dalam kehidupan anak-anak.
Contoh: Ibu bapa bukan sekadar melahirkan zuriat, malahan mereka bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan sempurna dan memberikan kasih sayang sebaiknya/ Rangkap
  ibu bapa bagi kita adalah penentu kewujudan
  meskipun tidak dikenang
  merekalah yang menyempurnakan jalan.

PERSOALAN

Persoalan tentang peranan ibu bapa dalam hidup seorang anak.
Contoh : ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam

Persoalan tentang ibu bapa yang tidak pernah mengharap sebarang balasan daripada anak-anak.
Contoh :          meskipun tidak dikenang
merekalah yang menyempurnakan jalan

Persoalan tentang kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa.
Contoh :          anak-anak yang dikasihi
Kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
Mengasihi

Persoalan tentang nasihat kepada anak-anak
Contoh:           anak-anak yang dikasihi
kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
mengasihi

BENTUK

Terdiri daripada 4 rangkap

Bilangan baris dalam rangkap tidak sama.
R1 : 4 baris
R2 : 6 baris
R3 : 8 baris
R4 : 7 baris

Bilangan Perkataan dalam setiap baris tidak sama – antara 1 hingga 7 perkataan.
Contoh : mengasihi (1 perkataan)
                Ibu bapa bagi kita dalah penentu kewujudan (7 perkataan)

Bilangan suku kata dalam sebaris tidak sama – antara 4 hingga 18 suku kata.
Contoh : me/nga/si/hi (4 suku kata)
                 I/bu/ ba/pa ba/gi ki/ta a/da/lah pe/nen/tu ke/wu/ju/dan (18 suku kata)

Rima akhir bagi setiap rangkap tidak sama.
R1 abcc
R2 abbaca
R3 ababacbb
R4 aabcada

Kesimpulannya sajak ini berbentuk bebas

GAYA BAHASA

Asonansi
Contoh : ibu bapa adalah akar hidup kita (pengulangan vocal ‘a’)

Aliterasi
Contoh :meskipun tidak dikenang (pengulangan konsonan ‘k’)

Metafora. Contoh : akar hidup

Diksi : perkataan berganda : contoh – anak-anak

Anafora
Contoh :          mereka bukanlah sekadar tangga atau titian
mereka malah member tanpa mengharap

Imejan. Contoh : akar / pohon

NADA

Melankolik Contoh :  anak-anak yang dikasihi
kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka
mengasihi

PERASAAN/SIKAP PENYAIR

Perasaan kasih
contoh : kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak tidak terbatas.

Perasaan simpati
contoh :          mereka tidak meninggalkan sedikitpun
kecuali rasa kasih dan saying mereka

Sikap bertanggungjawab. Ibu bapa bertanggungjawab membesarkan anak-anak dengan
kesempurnaan.

Sikap penyayang. Ibu bapa menyayangi anak-anak tanpa mengharap balasan.

Sikap baik hati. Ibu bapa membesarkan anak-anak tanpa mengharap sebarang balasan.

NILAI

Kasih sayang
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.

Tanggungjawab
Tanggungjawab ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak-anak  dengan sempurna.

Mengenang jasa
Anak-anak seharusnya mengenang jasa ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan mereka.

PENGAJARAN

Kita mestilah menghormati ibu bapa
Kita mestilah menyayangi ibu bapa
Kita mestilah menghargai pengorbanan ibu bapa
Kita janganlah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa

Comments