masih

masih



kita masih tidak mahu mengakui kelemahan
masih mahu berdiri dengan hanya tiang sebatang
tidak menjadi rumah tanpa tiang seri dan peneguh
kita masih mewajarkan apa yang terpita dalam jiwa
tidak mencuba mengumpul segala tidak dan belajar dari
puluhan penolakan. belajar menerima kerendahan dan
turunlah dari takhta keangkuhan. biarlah benang basah itu begitu
dan usah mempertahankan

kita harus menerima ketiadaan
kerana di dalamnya kita mencari lagi
mengisi dengan wujud baru dan isi segar
bukan bermain bahasa kerana mempertahankan
apa yang bukan benar
yang pergi biarlah
tapi apa yang masih bersama syukurilah

Comments