5 May 2018

begitu lama

BEGITU LAMA


begitu lama kau di rantau
laman sendiri hanyalah
teratak singgah
kemesraan dan kesepakatan
bergulung tepi tepian kelarai
kau banyak mendengar cerita
dan sejarah bumi persantauan
mengenal budaya baru
kehidupan dan gelunsur masa

seketika di sini
mendengar denyut nasib kami
barangkali banyak yang tak kau fahami
harga sekerap getah dan tuai padi
kita hanya berbisik tentang nasib
tak pernah kaudengari
di hujung kota yang gemilang

di sini beginilah
rasa dan jiwa
seusiamu di rantau
dengan ilmu dan kebijakan
kami di sini seperti mana kau mula pandai berjalan
bersekolah dan meninggalkan
tak pernah bertambah pengalaman baru
hidup disuakan
oleh matahari dan rendah awan
dan kau tak mendengarkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena