22 May 2016

kau dan aku xi


kau harus menyakini
kegelapan bukan penutup cahaya
tetapi memulakan
fajar baru


segala yang tersembunyi
di sebalik redup kabus
dan awan melintang
bukanlah kehilangan
tetapi memujukmu
untuk memahami
ketiadaan



kesudahan uintuk sebuah perjalanan
apabila kau tiba di penghujungnya
tetapi tahukah engkau
di mana segala itu berhujung
atau kau hanya baru memulakan




aku selalu menunggu untuk bertamu
bukakanlah pintumu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena