1 Feb 2016

sehelai daun di muka pintu


sehelai daun di muka pintu

sehelai daun di muka pintu
entah dari tangkai mana gugurnya
yang pasti begitu sepi ia
terbiar dan jauh
dari paut cinta
dari rangkul rindu

segalanya menjadi ketiadaan
begitu lama dalam mesra dan manja
kini sendiri menahan kekosongan
dan akan melayang lagi
diterbangkan angin petang

apakah lagi yang tersimpan
dalam kolam kenangan
selain rajah-rajah payah
selain guris-guris getir
melayang dan terbuang

biarlah cinta
jangan berkesudahan
dalam sepi panjang
dalam sunyi tak berhujung




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena