Apakah Yang Akan Kau Katakan?

Apakah Yang Akan Kau Katakan?


Apakah yang akan kau katakan, kepada murid-muridmu, sekiranya esok hari terakhir kau akan bersama mereka. Kau akan pergi dan mereka masih kekal di kerusi dan meja yang sama. Mereka akan kehilanganmu dan kau pula ditempat baru meneruskan perjuanganmu.

Atau esok adalah hari terakhir persekolahan, inilah kali terakhir kau melihat mereka dan mereka melihatmu. Semua yang telah sekian lama terjalin - keakraban, kemesraaan, kasih sayang, cinta dan hubungan erat jiwa terputus ooleh raih masa. Ia bukan perkara kecil kerana yang terbina antara dirimu dan muridmu adalah soal hati, emosi, kepercayaan dan kasih-sayang, Esok akan ada airmata mengalir, akan ada hati yang direntap hiba. Ini bukan lumrah tetapi warna dan renda hidup sehabis kita saling mengenal, mengerti dan memahami. Ia akan berbekas. Malah ada ketika meninggalkan lubang besar di hati. Bagaimana akan kau hadapi hari-hari gementar dan payah itu?

Begitu besar kepercayaan yang mereka berikan buatmu sebagai guru, sahabat. ibu atau ayah. Ia bukan begitu mudah sesudah tamat persekoalahan semua akan pergi dan diam. Malah  yang berbekas dan berguris di jiwa masih ada dan perlu dibajai dengan segala yang terbaik. Bukankah belajar dan mengejar itu kebersamaan, perkongsian dan hubungan silaturahim yang amat akrab dan jujur.

Bagaimana akan kau hadapi segala itu?


Setiap tahun, sehabis penggal berlalu, ramai akan pergi dan meninggalkan sekolah. Akan berlaku perpisahan dan segala yang menghujan jiwa. Terlalu besar emosi bagai awan berat berapungan.

Kesan apakah yang akan kau tinggalkan untuk mereka agar dalam langkah pulang dan pergi mereka merasa dirimu amat berharga dan istimewa. Dalam langkah meninggalkan sekolah mereka masih merasakan hangat hadirmu dan kau bertakhta di hati mereka. Kau akan selalu dalam kenang dan ingatan. Akan menjadi tutur panjang dan bicara yang lama akan dirimu, seorang guru yang dikenang dengan pelbagai emosi mereka. Tapi mereka tetap meletak dirimu di sudut hati mereka. Bagaimana untuk kau tinggalkan kata-kata sebagai pesan penghabisan dan kau pun tak temui mereka lagi.

Apa yang kau sebutkan akan menjadi impak besar untuk mereka
Memang benar hari ini kau masih boleh menghubungi mereka melalui telefon, pesanan ringkas, sosial media atau e-mail. Tapi banyak berbeza dari sudut rasa dan jiwanya.


Kebiasaaanya akan berakhir dengan jamuan, muridmu akan menghulur hadiah. Kemudian mereka akan berbaris panjang mengucapkan selamat tinggal dan kau melangkah berat untuk pergi. Semuanya berakhir dengan linangan airmata. Cinta dan jiwa mereka teragut oleh pemergian itu. Ada yang begitu emosinal tak dapat menahan ratap dan tangis. Tiba-tiba mereka berhadapan dengan kehilangan ini. Sesudah begitu lama terjalin segala yang mereka rasa dan alami akhirnya berhujung dengan segala yang lenyap dan sirna.

Kau harus mencari kata terbaik untuk mereka. Barangkali ada yang tak memahami kata-kata itu sekarang. Tapi mereka semakin dewasa, dalam dewasa mereka mendapat makna akan segala kata-kata yang kausebutkan.

Barangkali kau gembira untuk pergi tapi buat murid-muridmu ia pedih yang tak tertahan. Kau harus sebutkan sesatu untuk hati dan jiwa mereka. Bertahun hatimu dan hati mereka bersalaman dan tiba waktu semua akan terputus. Kau harus mengambil perpisahan ini dengan jiwa seorang guru yang sentiasa memberi dan menjaga muridnya.

Apakah Yang Akan Kau Katakan?

Inilah antaranya yang bisa kau sebutkan sebelum perpisahan tiba sebelum masing-masing membawa arah berbeza. Kau tak akan melihat mereka lagi dan inilah yang ingin kau sebutkan :

1. Terima kasih

2. Lihatlah segalanya dengan perspektif tertentu. Fikiranmu memandu hidupmu.

3. Semuanya tentang dirimu. Tak ada yang lainnya.

4. Perbetulkan langkahmu untuk meraih kejayaan. Lakukan secepat kau mampu, usah menoleh lagi.

5. Carilah keberanianmu dalam segenap tujuan dan idea. Jelaskan hala tujumu. Tujuan membina keberanianmu meskipun kau amat takut.

6. Gunakan kebijaksanaan yang ada di sekitarmu. Belajar mencari hikmah hidup di mana saja, pada alam semulajadi, dalam muzik, pada kesilapanmu dan kesunyianmu.


7. Pilihlah perjuanganmu

8. Tidak ada orang benci membaca. Mungkin kamu amat cerewet memilih bacaan. Ramai orang berada di kedai buku, di kelilingi ribuan buku. Mereka hanya memilih sebahagian dari yang banyak itu. Kaupun carilah yang sebagaian itu.

9. Belajar untuk ketawa pada  dirimu sendiri

10. Biarkanlah dirimu dikelilingi oleh orang-orang yang memberi inspirasi dan idea

11. Jika kau tidak menyukai sesuatu tentang hidupmu, ubahkanlah semua itu. Tiada yang lebih buruk dari membiarkan  dirimu tertewas.



12. Carilah perkara yang lebih baik dari apa yang kau temui.

13. Jujur dengan dirimu sendiri.

14. Kau harus menyoal segala-galanya.

15. Lakukan perkara yang betul meskipun tiada siapa melihat.

16. Berfikir secara global, bertindak secara lokal

17. Hidupmu bukan milik dirimu, ia milik semua manusia

18. Amanah pada dirimu

19. Pekerjaanmu dan hidupmu usah kau asingkan . Pekerjaanmu adalah interaksi seharian hidupmy dengan luas dunia.

20.  Tahu siapa dalam hidupmu dan untuk apa.

21. Kurangkan bercakap, banyak mendengar


22. Kebahagiaan sebenarnya bukan apa yang kau fikirkan.  Kau sering diluahkan oleh hollywood dan media sosial  bahawa pekerjaan, wang, perkahwinan, dan hiburan adalah matlamat hidup. Tetapi kebahagiaan sebenarnya datang dari sumber-sumber yang lain - kebebasan, kesenian, ketukangan, dan rangkaian. Hidupkan apa yang kamu percaya. Ia mungkin berbeza dengn orang lain tapi itulah titik hidupmu.

23. Sesekala berfikirlah tentang apa yang jauh. Ubahsuai perspektif hidupmu. Mungkin kau tak mampu melakukannya, tetapi kau harus mencuba. Banyak yang telah kau lakukan dan mencubanya tanpa pengalaman. Ambil segala pengalaman dan lakukan dalam usia yang lebih dewasa ini.

24. Usah lakukan apa yang guru dan ibubapamu beritahu. Mereka menyanyangi dirimu tetapi mereka tidak memahami tentang kepayahan hidupmu, pemikiran dan pengalaman yang pernah kau alami. Jika kau terus berbuat sebagaimana suruhan mereka hidupmu sendiri akan penuh ketidakpastian. Ini hidupmu dan kau bertanggungjawab ke atasnya. 



25. Tetapkanlah apakah kerja terbaik bagi kamu. Tahanlah dirimu dari bersosial hanya untuk mendapatkan pujian dan penerimaan orang lain. Mungkin hasil kerja kamu akan menjadi awam, tapi kau harus memahami bahawa setiap detik kamu bersama pekerjaan itu adalah hidupmu. Sedarlah setiap malam apabila lampu padam kita akan sendirian, insan yang memberi perhatian dan menyayangimu  juga sedang berhadapan dengan bebanan tugas mereka sendiri. Mereka juga berhadapan dengan rasa tidak selamat, harapan,  kekecewaan dan mimpi sendiri,. Kamu dengan diri kamu.



26. Utamakanlah pengakhirannya, Bukan mudah suatu  yang kau lihat X akan menjadi Y. Semua benda berubah jadi jangan takut untuk melepaskan perkara yang tidak sesuai bagimu.

27. Akui kesilapanmu sekiranya kamu membuat kesilapan

28. Saya guru kamu sepanjang hayat, Carilah saya jika kamu memerlukan.

29. Jangan permudahkan apa yang sukar, dan usah terlalu berlebihan fikir pada perkara yang mudah.

30. Perbentulkan tingkahlakumu dengan apa yang kau percayai.


Barangkali ada lagi yang perlu kau sebutkan buat mereka.

Kaulah guru dan ketika mereka pergi sebenarnya mereka kehilangan pedoman dan kurang keyakinan untuk bertatih jauh. Berikanlah mereka keyakinan kerana tuturmu adalah benih keyakinan itu

Dan kau harus bersedia menjadi guru sepanjang hayat mereka.....

Comments

Post a Comment