Sisi positif Sultan Mahmud Shah
Oleh Latifah Arifin
DI sebalik sorotan dan penulisan negatif kalangan sejarawan, pengkaji serta pengarang terhadap Sultan Mahmud Shah, masih banyak sisi positif pemerintah terakhir Kesultanan Melayu Melaka yang 'terlepas pandang' oleh ahli akademik.
Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang memberikan perhatian terperinci kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah sehingga merangkumi 14 bab, berbanding Raja Melayu lain yang dikupas dalam beberapa bahagian saja.
Perhatian besar dalam Sulalatus Salatin itu sebenarnya memperlihatkan kepentingan era pemerintahan Sultan Mahmud Shah bermula tahun 1488 hingga 1511, di sebalik pelbagai kritikan terhadap kelemahan yang berlaku.
Sumbangan Sultan Mahmud Shah itu didedahkan pada Seminar Institusi Raja Ke-3 (SIRaj 3): Pemerintahan Diraja Dalam Manuskrip Melayu di Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), V Thilagavathi Gunalan melihat sisi berbeza Sultan Mahmud Shah dalam konteks masa pemerintahan baginda pada abad ke-15 yang dilanda pelbagai kekacauan terutama krisis politik dengan kedatangan kuasa Eropah.
Benarkah Sultan Mahmud Shah kejam?
"Makalah ini bertujuan untuk menjawab kenyataan ramai sarjana, ilmuwan dan sasterawan yang meletakkan Sultan Mahmud Shah sebagai pemerintah kejam, sekali gus menjadi punca kejatuhan empayar Melaka.
"Bagaimanapun, sejarawan perlu memberi tanggapan bersifat seimbang kerana kita tidak boleh melihat keadaan pemerintahan Melaka ini dari kaca mata masa kini semata-mata," katanya ketika membentangkan makalah Sultan Mahmud Shah 1488-1511 dalam teks Sejarah Melayu.
Beliau meminta sejarawan supaya tidak 'menghukum' Sultan Mahmud berdasarkan standard moral abad ke-21, sekali gus tidak menilai seseorang tokoh abad ke-15 dari kaca mata abad ini.
"Adalah salah untuk mengadili Sultan Mahmud sebagai kejam, lemah dan tidak cekap dalam menjalankan pentadbiran kerajaan kerana abad ke-15 ialah satu zaman yang merbahaya, ganas dan tidak dapat diramal.
"Sesungguhnya, apa yang lemah adalah bukan pada Sultan Mahmud Shah, sebaliknya pada bacaan kita pada masa kini terhadap Sejarah Melayu sehingga menggambarkan Baginda sebegitu," katanya pada seminar anjuran PKIRM dengan DBP.
Hadapi Portugis, asaskan kerajaan Johor-Riau
Beliau turut menyifatkan Sultan Mahmud Shah sebagai pemerintah yang sangat efisyen dan berwibawa jauh yang berbeza daripada pandangan umum sehingga meletakkan pemerintah itu sebagai tokoh yang lemah dan membawa malang kepada Melaka.
"Sultan Mahmud Shah sebenarnya berjaya menghalang kemaraan Portugis dengan hebat sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang singkat daripada memasuki perairan Indonesia.
"Baginda juga berjaya meletakkan batu asas kepada kewujudan Kesultanan Johor, iaitu kesinambungan daripada keagungan Melaka.
"Sultan Mahmud ialah pejuang kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka yang mengekalkan kedaulatan itu sehingga pengasasan kerajaan Johor-Riau.
"Sesungguhnya kewibawaan, wawasan dan perjuangan Sultan sehingga ke akhir hayatnya menjadi inspirasi bukan saja bagi jurai keturunan raja Johor-Riau, bahkan Nusantara," katanya.
Sebab pembunuhan Sri Maharaja
Thilagavathi turut menyorot tragedi pembunuhan Bendahara Melaka, Sri Maharaja dan keluarganya yang tercatat dalam Sulalatus Salatin sehingga memberikan bayangan perilaku Sultan Mahmud Shah sebagai Raja yang zalim.
"Sultan Mahmud Shah bertindak membunuh Bendahara Melaka dan keluarganya kerana anaknya, Tun Fatimah tidak ditunjukkan kepada Baginda terlebih dulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali, bahkan dendam itu berlarutan kerana dikatakan Bendahara cuba membolot kuasanya.
"Pada pandangan saya, pengarang Sulalatus Salatin amat pintar dalam memberi watak simbolik termasuk kepada nama dalam naskhah ini, terutama Bendahara yang diberi gelaran Sri Maharaja, sedangkan nama Maharaja hanya boleh digunakan oleh Raja saja.
"Ia seakan-akan memberitahu pembaca melalui gelaran itu, iaitu Sri Maharaja cuba mengambil-alih kuasa Sultan Mahmud Shah, manakala tindakan membunuh bertujuan melindungi dirinya daripada dijadikan boneka," katanya.
Thilagavathi turut mengingatkan tragedi pembunuhan membabitkan kuasa Raja tidak hanya berlaku pada era pemerintahan Melaka, sebaliknya sudah menjadi lumrah dalam sejarah kerajaan masa lampau di seluruh dunia.
Warisan kepimpinan, kerajaan baharu
Beliau turut menolak pandangan bahawa Sultan Mahmud Shah membawa malang kepada Melaka sehingga jatuh ke tangan Portugis, sebaliknya meminta khalayak untuk melihat warisan kepimpinan Baginda terus utuh dengan pembentukan kerajaan baharu, iaitu Kesultanan Johor-Riau.
"Pada pemerhatian saya, Melaka tidak pernah jatuh ke tangan sesiapa, sebaliknya muncul dalam bentuk baharu, iaitu kerajaan Johor-Riau.
"Sekiranya ada dakwaan mengatakan Sultan Mahmud Shah lemah dan zalim, bagaimana pula beliau kemudiannya boleh mengasaskan kesultanan baharu, sekali gus muncul kembali dengan empayar hebat," katanya.
Semasa Melaka dijajah Portugis, Thigalavathi berkata, beberapa serangan dilancarkan untuk membebaskan kota itu termasuk melalui beberapa percubaan yang dipimpin oleh anakandanya, Sultan Ahmad Shah tetapi gagal.
"Selepas kegagalan berkali-kali untuk menawan semula Melaka, dan kehilangan kubu Melayu di Muar, Sultan Mahmud Shah akhirnya menyedari bahawa dirinya saja dapat menyelamatkan empayar Melaka, lalu anakandanya dibunuh ke seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu.
"Selepas kematian Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah menyusun langkah strategik yang penting, iaitu mendapatkan kesetiaan orang laut dan pelbagai bangsa di kepulauan Riau untuk mengusir keluar Portugis di Melaka," katanya.
Beliau berkata, Sultan Mahmud melancarkan beberapa serangan dari Bentan bagi mengusir Portugis tetapi tidak berjaya sehingga akhirnya baginda melarikan diri ke Kampar dan seterusnya mangkat pada tahun 1528.
Siapakah pengarang Sulalatus Salatin
Sejarawan itu turut menyorot persoalan yang masih membelenggu teks Sulalatus Salatin terutama apabila ada yang tampil dengan tanggapan ia sekadar naskhah salinan, yakni bukan teks asal, selain meragui kesahihan Tun Seri Lanang sebagai pengarangnya.
"Terdapat dua pandangan berbeza, iaitu pertamanya, ramai sarjana bersetuju bahawa pengarang Sejarah Melayu adalah Bendahara dan namanya Tun Seri Lanang.
"Pendapat lain pula menganggap pengarang asal tidak diketahui, sekali gus mempunyai tanggapan ia sebagai naskhah salinan dari teks induk Sejarah Melayu.
"Persoalan yang menarik di sini ialah kebanyakan sarjana bersetuju bahawa Sejarah Melayu yang dikarang pada tahun 1612 oleh Bendahara iaitu Tun Seri Lanang, tetapi sama ada ia naskhah asal atau tidak masih menjadi pertikaian," katanya.
Beliau menambah, usaha menggali kebenaran di sebalik teks Sejarah Melayu sudah lama dijalankan sejak tahun 1938 oleh pengkaji Barat, Winstedt yang merujuk Pasir Raja, Johor sebagai tempat karangan teks berkenaan dan berlanjutan sehingga kini.
Kronologi pemerintahan Sultan Mahmud Shah dari 1511 hingga 1528:
1488 - Sultan Mahmud Shah menaiki takhta
1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 24 Ogos selepas 10 hari pengepungan dilakukan di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque dan berjaya bertahan selama 130 tahun.
1512 - Pada bulan Januari, Alfonso de Albuquerque kembali ke Goa selepas membina kota kubu, A Famosa, sebelum serangan dilancarkan oleh Sultan Mahmud Shah.
1513 - Melaka di bawah Portugis juga diserang oleh kerajaan Demak dari Sumatera pada tahun yang sama anakanda Sultan Mahmud Shah, iaitu Sultan Ahmad Shah mangkat.
1516 - Serangan terus dilancarkan untuk membebaskan Melaka yang kali ini dipimpin oleh Laksamana Hang Nadim.
1518/19 - Melaka dikepung oleh askar Sultan Mahmud Shah selama tiga bulan.
1523 - Serangan dilancarkan oleh Sultan Mahmud Shah.
1524 - Kepungan oleh Laksamana Hang Nadim berjaya memutuskan bekalan makanan di Melaka
1528 - Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Riau, Indonesia
Sumber: Makalah Sultan Mahmud Shah 1488-1511 dalam teks Sejarah Melayu dan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
bh online
Oleh Latifah Arifin
PERSEMBAHAN Kesultanan Melayu Melaka sempena Sambutan Hari Pekerja pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, tahun lalu. - Foto Rasul Azli Samad
DI sebalik sorotan dan penulisan negatif kalangan sejarawan, pengkaji serta pengarang terhadap Sultan Mahmud Shah, masih banyak sisi positif pemerintah terakhir Kesultanan Melayu Melaka yang 'terlepas pandang' oleh ahli akademik.
Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang memberikan perhatian terperinci kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah sehingga merangkumi 14 bab, berbanding Raja Melayu lain yang dikupas dalam beberapa bahagian saja.
Perhatian besar dalam Sulalatus Salatin itu sebenarnya memperlihatkan kepentingan era pemerintahan Sultan Mahmud Shah bermula tahun 1488 hingga 1511, di sebalik pelbagai kritikan terhadap kelemahan yang berlaku.
Sumbangan Sultan Mahmud Shah itu didedahkan pada Seminar Institusi Raja Ke-3 (SIRaj 3): Pemerintahan Diraja Dalam Manuskrip Melayu di Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), V Thilagavathi Gunalan melihat sisi berbeza Sultan Mahmud Shah dalam konteks masa pemerintahan baginda pada abad ke-15 yang dilanda pelbagai kekacauan terutama krisis politik dengan kedatangan kuasa Eropah.
PENSYARAH Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, V Thilagavathi Gunalan. - Foto Asyraf Hamzah
Benarkah Sultan Mahmud Shah kejam?
"Makalah ini bertujuan untuk menjawab kenyataan ramai sarjana, ilmuwan dan sasterawan yang meletakkan Sultan Mahmud Shah sebagai pemerintah kejam, sekali gus menjadi punca kejatuhan empayar Melaka.
"Bagaimanapun, sejarawan perlu memberi tanggapan bersifat seimbang kerana kita tidak boleh melihat keadaan pemerintahan Melaka ini dari kaca mata masa kini semata-mata," katanya ketika membentangkan makalah Sultan Mahmud Shah 1488-1511 dalam teks Sejarah Melayu.
Beliau meminta sejarawan supaya tidak 'menghukum' Sultan Mahmud berdasarkan standard moral abad ke-21, sekali gus tidak menilai seseorang tokoh abad ke-15 dari kaca mata abad ini.
"Adalah salah untuk mengadili Sultan Mahmud sebagai kejam, lemah dan tidak cekap dalam menjalankan pentadbiran kerajaan kerana abad ke-15 ialah satu zaman yang merbahaya, ganas dan tidak dapat diramal.
"Sesungguhnya, apa yang lemah adalah bukan pada Sultan Mahmud Shah, sebaliknya pada bacaan kita pada masa kini terhadap Sejarah Melayu sehingga menggambarkan Baginda sebegitu," katanya pada seminar anjuran PKIRM dengan DBP.
Hadapi Portugis, asaskan kerajaan Johor-Riau
Beliau turut menyifatkan Sultan Mahmud Shah sebagai pemerintah yang sangat efisyen dan berwibawa jauh yang berbeza daripada pandangan umum sehingga meletakkan pemerintah itu sebagai tokoh yang lemah dan membawa malang kepada Melaka.
"Sultan Mahmud Shah sebenarnya berjaya menghalang kemaraan Portugis dengan hebat sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang singkat daripada memasuki perairan Indonesia.
"Baginda juga berjaya meletakkan batu asas kepada kewujudan Kesultanan Johor, iaitu kesinambungan daripada keagungan Melaka.
"Sultan Mahmud ialah pejuang kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka yang mengekalkan kedaulatan itu sehingga pengasasan kerajaan Johor-Riau.
"Sesungguhnya kewibawaan, wawasan dan perjuangan Sultan sehingga ke akhir hayatnya menjadi inspirasi bukan saja bagi jurai keturunan raja Johor-Riau, bahkan Nusantara," katanya.
Sebab pembunuhan Sri Maharaja
Thilagavathi turut menyorot tragedi pembunuhan Bendahara Melaka, Sri Maharaja dan keluarganya yang tercatat dalam Sulalatus Salatin sehingga memberikan bayangan perilaku Sultan Mahmud Shah sebagai Raja yang zalim.
"Sultan Mahmud Shah bertindak membunuh Bendahara Melaka dan keluarganya kerana anaknya, Tun Fatimah tidak ditunjukkan kepada Baginda terlebih dulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali, bahkan dendam itu berlarutan kerana dikatakan Bendahara cuba membolot kuasanya.
"Pada pandangan saya, pengarang Sulalatus Salatin amat pintar dalam memberi watak simbolik termasuk kepada nama dalam naskhah ini, terutama Bendahara yang diberi gelaran Sri Maharaja, sedangkan nama Maharaja hanya boleh digunakan oleh Raja saja.
"Ia seakan-akan memberitahu pembaca melalui gelaran itu, iaitu Sri Maharaja cuba mengambil-alih kuasa Sultan Mahmud Shah, manakala tindakan membunuh bertujuan melindungi dirinya daripada dijadikan boneka," katanya.
Thilagavathi turut mengingatkan tragedi pembunuhan membabitkan kuasa Raja tidak hanya berlaku pada era pemerintahan Melaka, sebaliknya sudah menjadi lumrah dalam sejarah kerajaan masa lampau di seluruh dunia.
Warisan kepimpinan, kerajaan baharu
Beliau turut menolak pandangan bahawa Sultan Mahmud Shah membawa malang kepada Melaka sehingga jatuh ke tangan Portugis, sebaliknya meminta khalayak untuk melihat warisan kepimpinan Baginda terus utuh dengan pembentukan kerajaan baharu, iaitu Kesultanan Johor-Riau.
"Pada pemerhatian saya, Melaka tidak pernah jatuh ke tangan sesiapa, sebaliknya muncul dalam bentuk baharu, iaitu kerajaan Johor-Riau.
"Sekiranya ada dakwaan mengatakan Sultan Mahmud Shah lemah dan zalim, bagaimana pula beliau kemudiannya boleh mengasaskan kesultanan baharu, sekali gus muncul kembali dengan empayar hebat," katanya.
Semasa Melaka dijajah Portugis, Thigalavathi berkata, beberapa serangan dilancarkan untuk membebaskan kota itu termasuk melalui beberapa percubaan yang dipimpin oleh anakandanya, Sultan Ahmad Shah tetapi gagal.
"Selepas kegagalan berkali-kali untuk menawan semula Melaka, dan kehilangan kubu Melayu di Muar, Sultan Mahmud Shah akhirnya menyedari bahawa dirinya saja dapat menyelamatkan empayar Melaka, lalu anakandanya dibunuh ke seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu.
"Selepas kematian Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah menyusun langkah strategik yang penting, iaitu mendapatkan kesetiaan orang laut dan pelbagai bangsa di kepulauan Riau untuk mengusir keluar Portugis di Melaka," katanya.
Beliau berkata, Sultan Mahmud melancarkan beberapa serangan dari Bentan bagi mengusir Portugis tetapi tidak berjaya sehingga akhirnya baginda melarikan diri ke Kampar dan seterusnya mangkat pada tahun 1528.
KOTA A Famosa di Jalan Kota, Bandar Hilir adalah sebahagian mercu tanda yang menjadi daya tarikan pelancongan di Melaka. - Foto Mohd Jamah Nasri
Siapakah pengarang Sulalatus Salatin
Sejarawan itu turut menyorot persoalan yang masih membelenggu teks Sulalatus Salatin terutama apabila ada yang tampil dengan tanggapan ia sekadar naskhah salinan, yakni bukan teks asal, selain meragui kesahihan Tun Seri Lanang sebagai pengarangnya.
"Terdapat dua pandangan berbeza, iaitu pertamanya, ramai sarjana bersetuju bahawa pengarang Sejarah Melayu adalah Bendahara dan namanya Tun Seri Lanang.
"Pendapat lain pula menganggap pengarang asal tidak diketahui, sekali gus mempunyai tanggapan ia sebagai naskhah salinan dari teks induk Sejarah Melayu.
"Persoalan yang menarik di sini ialah kebanyakan sarjana bersetuju bahawa Sejarah Melayu yang dikarang pada tahun 1612 oleh Bendahara iaitu Tun Seri Lanang, tetapi sama ada ia naskhah asal atau tidak masih menjadi pertikaian," katanya.
Beliau menambah, usaha menggali kebenaran di sebalik teks Sejarah Melayu sudah lama dijalankan sejak tahun 1938 oleh pengkaji Barat, Winstedt yang merujuk Pasir Raja, Johor sebagai tempat karangan teks berkenaan dan berlanjutan sehingga kini.
BANGUNAN Stadhuys sebahagian mercu tanda yang menjadi daya tarikan pelancongan di Melaka. - Foto fail NSTP
Kronologi pemerintahan Sultan Mahmud Shah dari 1511 hingga 1528:
1488 - Sultan Mahmud Shah menaiki takhta
1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 24 Ogos selepas 10 hari pengepungan dilakukan di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque dan berjaya bertahan selama 130 tahun.
1512 - Pada bulan Januari, Alfonso de Albuquerque kembali ke Goa selepas membina kota kubu, A Famosa, sebelum serangan dilancarkan oleh Sultan Mahmud Shah.
1513 - Melaka di bawah Portugis juga diserang oleh kerajaan Demak dari Sumatera pada tahun yang sama anakanda Sultan Mahmud Shah, iaitu Sultan Ahmad Shah mangkat.
1516 - Serangan terus dilancarkan untuk membebaskan Melaka yang kali ini dipimpin oleh Laksamana Hang Nadim.
1518/19 - Melaka dikepung oleh askar Sultan Mahmud Shah selama tiga bulan.
1523 - Serangan dilancarkan oleh Sultan Mahmud Shah.
1524 - Kepungan oleh Laksamana Hang Nadim berjaya memutuskan bekalan makanan di Melaka
1528 - Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Riau, Indonesia
Sumber: Makalah Sultan Mahmud Shah 1488-1511 dalam teks Sejarah Melayu dan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
bh online
nice sharing
ReplyDelete