menunggu detik



Banyak waktu ditemui dalam hidup tetapi detik yang dinanti begitu mendebarkan. Hanya beberapa jam lagi segalanya akan terjawab. Satu perjuangan panjang dan lama menemui pengkalannya. Debar akan bertambah. Resah mengalir berputaran. Begitu antara yang dirasa. Tetapi ada yang lebih tenang dan  tabah.

Segala itu pengalaman yang mendewasakan kita. Pengalaman menghadapi peperiksaan. Satu cabaran getir dalam laluan hidup yang pernah dirasakan. Kini debaran menunggu keputusan. STPM 2 Mac manakala SPM 3 Mac nanti.

Terasa hari lambat pergi atau terasa masa begitu pantas berputar. Segala yang dibawa dalam renyah perjuangan  terasa meghampiri destinasi. Entah apa pedoman yang datang dalam mimpi-mimpi. Entah bagaimana menghadap detik yang semakin mendekat.

Sabarlah dan tenanglah. Segalanya telah dilalui hanya menunggu jawapannya untuk sekian banyak pertanyaan.

Apabila semuanya telah terjawab maka bermula pula perancangan untuk menempa alam baru sama ada belajar di universiti, kolej komuniti, kolej, maktab perguruan, matrikulasi atau meneruskan perjuangan di pra universiti. Rancanglah dengan bijaksana hala tuju baru itu. Jangan terlalu ambitious tetapi berpadan dengan kemampuan dan kebolehan. Rujuklah mereka yang tahu seperti kaunselor dan teman-teman yang pernah belajar di tempat baru itu. Fikirkanlah minat dan bakat, peluang dan masa depan bukan terlalu memilih dan akhirnya menemui kekecewaan.


Bagi yang tidak berjaya dengan cemerlang, usah berputus asa dan kecewa. Bukan semuanya sudah berakhir. Hanyalah detik hidup baru bermula dengan apa yang dimiliki berusaha untuk meneruskan lagi perjalanan ini. Sama ada belajar semula mengambil SPM atau mencari alternatif untuk bekerja dan belajar atau mencari mana-mana institusi yang menawarkan banyak peluang masa depan walau dengan keputusan yang minima. Rancang dan bedah masa depan dengan berani. usah terpuruk dalam  kegagalabn kecil kerana tidak bermakna gagal SPM atau STPM semuanya terpadam. Mulakan kembali langkah berani. Langkah menugar hidup dengan segala tanggungjawab dan keyakinan. Ramai yang berjaya sesudah melepasi peluang kedua.

Doa kejayaan untuk semua.
Syukurilah apa yang tertulis kerana ia menandakan perjuangan masih jauh dan panjang.
Jangan berduka dan panjang kecewa. Semua tak membantu alur perjalanan ini.
Yakinilah bahawa masa depan masih ada bersama fajar esok.


Comments

  1. Kehidupan akan selalu berputar. Memberikan waktu untuk memahami suka duka dalam setiap detiknya.
    Yang bisa kita lakukan hanya melakukan hal terbaik, berdoa dan menunggu apa yang akan terjadi ke depannya. Tidak ada yang pernah tau masa mendatang. :)

    Salam Blogwalking ^^,
    Sanz Yu (Sanzeda Fay Lupe)

    ReplyDelete

Post a Comment