Hadiah Suar Bahasa




HADIAH SUAR BAHASA 2015

1. NAMA PROGRAM
Hadiah Suar Bahasa 2015.

2. OBJEKTIF
i. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada jabatan atau agensi di sektor kerajaan dan swasta yang mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penerbitan buletin jabatan mereka.
ii. Memberikan pengiktirafan kepada jabatan atau agensi di sektor kerajaan dan swasta yang menekankan ciri-ciri penerbitan yang bermutu dalam penghasilan buletin jabatan mereka.
iii. Menggalakkan jabatan atau agensi di sektor kerajaan dan swasta mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam penerbitan majalah sekolah.
iv. Menggalakkan sektor kerajaan dan swasta menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan.

3. KETERANGAN UMUM DAN SYARAT PENYERTAAN
a. Peraduan ini terbuka kepada semua jabatan atau agensi di sektor kerajaan dan swasta di negeri Kelantan dan Terengganu.
b. Hanya satu (1) buletin jabatan terbitan tahun 2015 yang layak dipertimbangkan.
c. Bahasa: Jika buletin berkenaan diterbitkan menggunakan lebih daripada satu bahasa, salah satu daripada bahasa tersebut mestilah bahasa Melayu, dan kandungan bahasa Melayunya mestilah tidak kurang daripada 60%.
d. Jabatan atau agensi yang ingin mengambil bahagian hendaklah menghantar empat (4) naskhah buletin jabatan terbitan tahun 2015. Buletin berkenaan tidak akan dikembalikan.
e. Tarikh Tutup: Buletin berkenaan hendaklah sampai dan diterima oleh Urus Setia pada atau sebelum 15 Ogos 2015.
f. Biaya pengiriman adalah tanggungan pihak pengirim.
g. Bukti pos atau pengiriman tidak boleh dijadikan bukti penerimaan.
h. Borang Penyertaan: Pengiriman buletin hendaklah disertakan dengan borang rasmi yang disediakan, dan boleh didapati daripada pihak Urus Setia. Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap boleh menyebabkan penyertaan tidak dipertimbangkan. Borang ini boleh difotostat jika perlu.

4. KATEGORI PERTANDINGAN
A) HADIAH SUAR BAHASA 2015: KATEGORI BAHASA
Dalam kategori ini, semua aspek penggunaan bahasa (yakni bahasa Melayu baku) yang digunakan dalam seluruh buletin berkenaan akan dinilai, merangkumi aspek ejaan, tatabahasa, tanda baca dan seumpamanya.

B) HADIAH SUAR BAHASA 2015: KATEGORI PENERBITAN
Dalam kategori ini, aspek teknikal dan kreativiti penerbitan seperti yang berikut akan diberikan pertimbangan. Antaranya termasuklah:
(i) Konsep dan reka bentuk kulit
(ii) Reka letak (lay out) dalaman
(iii) Ilustrasi, gambar dan lain-lain.
(iv) Format dan kreativiti penyampaian/ persembahan secara keseluruhan.

C) HADIAH SUAR BAHASA 2015
Anugerah ini akan diberikan kepada buletin yang diakui oleh panel hakim sebagai buletin terbaik secara keseluruhan. Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih buletin mendapat markah yang sama, maka pertimbangan utama akan diberikan kepada buletin yang mendapat markah paling tinggi bagi aspek bahasa.

5. PENGHAKIMAN
a. Semua penyertaan yang diterima akan dihakimi oleh hakim yang dilantik oleh DBP Wilayah Timur.
b. Keputusan hakim adalah muktamad.

6. HADIAH
Pemenang Kategori Bahasa (Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga) akan mendapat hadiah:
• Wang tunai
• Piala iringan
• Sijil

Pemenang Kategori Penerbitan (Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga) akan mendapat hadiah:
• Wang tunai
• Piala iringan
• Sijil

Pemenang Hadiah Suar Bahasa 2015 (1 hadiah sahaja) akan mendapat hadiah:
• Wang tunai
• Piala iringan
• Sijil


7. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERADUAN
Keputusan peraduan hanya dimaklumkan kepada para pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah.

8. KEMUSYKILAN
Sebarang pertanyaan dan setiap penyertaan hendaklah ditujukan/ dialamatkan kepada:

9. BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.dbp.gov.my

ALAMAT PENGHANTARAN
Urus Setia,
Hadiah Suar Bahasa 2015,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur,
Lot 107-109, Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu,
KELANTAN DARUL NAIM.

Tel. : 09-7414903/7414905 /7414908
Faks. : 09-7475252
ariza@dbp.gov.my
ikhram@dbp.gov.my
basirah@dbp.gov.my

dbp

Comments