3 Jan 2015

Abdullah Hussain 1920-2014


Abdullah Hussain meninggal
01 Januari 2015


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain (gambar) meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di No. 840, Seksyen 17/22, Petaling Jaya malam ini.

Menurut Setiausaha Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Abdul Aziz Mohd. Ali, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Saroja Basri dan anak-anaknya pada pukul 9 malam.

“Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya pukul 11 pagi esok dan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Abdullah dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah menghasilkan 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan buah terjemahan, sebuah autobiografi dan enam buah biografi.

Selain menggunakan nama pena Zamroed, beliau juga dikenali sebagai Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta.

Allahyarham pernah menerima anugerah S.E.A Write Award di Bangkok pada tahun 1981 (pemenang pertama hadiah Sayembara Novel Nasional-mengenang Pak Sako), Hadiah Pertama Novel Nasional anjuran Utusan Malaysia dan Public Bank (1992/94) menerusi novel Imam dan Anugerah Sasterawan Negara (1996).

utusan online

Abdullah Hussain a loving father and husband
By FAIRUZ MOHD SHAHAR
1 January 2015

PETALING JAYA: The body of national poet laureate Datuk Abdullah Hussain was laid to rest at Bukit Kiara Muslim Cemetery after Zohor prayers, today.

Abdullah, 94, died of old age at his house in Section 17, here, at 8.40pm yesterday.

About 100 people, comprised of family members, relatives and friends, gathered at his house this morning to pay their last respect. Also present were Agricultural and Agro-based Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and novelist Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan.

His remains were brought to Masjid Tun Abdul Aziz in Section 14 for “solat jenazah” (funeral prayers).

Abdullah's son Ahmad Patria Abdullah, 47, thanked those who had contributed and visited his father when he was ill.

"Dad was a loving father, grandfather and husband. He was also known as a religious man and a fighter.

"He had always believed that the pen is mightier than the sword. I hope the readers will continue to read and support his books," he said.

Abdullah, born on 25 March, 1920, was the 8th recipient of Malaysian National Laureate Award in 1996.

The Kedah-born novelist had written 25 novels, three short stories, nine translations, six biographies and an autobiography.

Among his popular novels were Interlok and Konserto Terakhir, which were used in the syllabus for Malay Literature subject for Form 5 students.


The body of national poet laureate Datuk Abdullah Hussain was brought to Masjid Tun Abdul Aziz in Section 14, Petaling Jaya for “solat jenazah”. Pix by Abdullah Yusof




 


 Al-Fatihah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena