118,896 dipindahkan

Operasi perpindahan menyayat hati
Wartawan Sinar Harian
26 Disember 2014


 Mayat Yasin yang ditutup dengan tikar dan dipangku oleh anaknya, Ghani (memegang payung) ketika dibawa menaiki trak JPAM untuk ke Hospital Tumpat.


TUMPAT – Operasi pemindahan mangsa banjir di sekitar daerah ini diselubungi peristiwa menyayat hati apabila seorang warga emas menemui ajal dalam usaha pasukan keselamatan memindahkannya ke tempat selamat.

Peristiwa berkenaan berlaku pada jam 8.30 pagi semalam, selepas rumah mangsa, Yasin Salleh di Kampung Besut, di sini, dilanda banjir dan dia disahkan meninggal dunia akibat serangan penyakit asma.

Anak mangsa, Rozita memberitahu, ayahnya diserang asma secara tiba-tiba ketika dipapah masuk ke dalam bot penyelamat yang menunggu di halaman rumah mereka.

"Ayah sesak nafas secara tiba-tiba ketika itu dan bot penyelamat terus bergerak untuk membawanya ke tempat selamat.

"Bagaimanapun, kami terpaksa reda dengan ketentuan ALLAH SWT, apabila ayah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dalam bot berkenaan," katanya.

Akibat jalan perhubungan darat terputus, maka bot terpaksa digunakan untuk membawa keluar mayat mangsa sebelum dibawa menaiki trak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat.

Ketua Operasi Menyelamat JPAM Tumpat, Lans Koperal (Pertahanan Awam) Mohd Razman Mohd Nor memaklumkan, laluan ke rumah warga emas itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Trak JPAM menunggu mayat yang dibawa oleh pasukan penyelamat menaiki bot di cabang Kampung Besut. Trak JPAM tidak dapat masuk sehingga ke rumah mangsa kerana terhalang oleh ketinggian paras air," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Tumpat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelaboran.

sinar harian


Hampir 120,000 Mangsa Banjir Dipindahkan Setakat 3 Petang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 4:10 PM


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini, Jumaat.


KUALA LUMPUR: Berikut adalah jumlah terkini mangsa banjir di tujuh negeri yang dilanda bencana itu setakat pukul 3 petang ini.

KELANTAN: 45,467

TERENGGANU: 31,001

PAHANG: 35,736

PERAK: 6,119

JOHOR: 214

KEDAH: 96

PERLIS: 263

JUMLAH: 118,896



Sukarelawan sedang mengumpulkan barangan sumbangan untuk mangsa banjir yang berjaya dikumpulkan oleh 'Kumpulan Anak Nogori' yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, Jumaat.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (empat, kanan) ketika menunaikan solat hajat berikutan banjir yang melanda negara selepas solat Jumaat di Masjid Negeri Kem Batu 10 di Kuantan, Jumaat.

mstar online 


Muhyiddin tiba di Kuantan tinjau keadaan banjir

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, tengah hari tadi.

Beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid TUDM sebelum mendengar taklimat mengenai perkembangan banjir di negeri ini di Wisma Sri Pahang.

Selepas itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara akan meninjau keadaan pusat pemindahan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) dan depoh makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Indera Mahkota.

Sehingga jam 10 pagi tadi, mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada seramai 35,793 daripada 9,188 keluarga yang ditempatkan di 212 pusat pemindahan di lapan daerah.

Jumlah itu meningkat daripada 30,235 daripada 7,625 keluarga yang direkodkan sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Jumlah paling ramai adalah di Kuantan dengan 20,246 orang daripada 5,439 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir diikuti Jerantut (4,698 orang daripada 1,095 keluarga), Lipis (2,763 orang daripada 656 keluarga) dan Maran (2,751 orang daripada 705 keluarga).

Seramai 2,544 orang daripada 573 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Temerloh, Pekan (2,266 orang daripada 584, Rompin (411 orang daripada 102 keluarga) dan Bera (154 orang daripada 35 keluarga.


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbincang bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (tengah) berkenaan keadaan banjir sekitar negeri Pahang ketika melakukan lawatan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

bh online


 Dalam Foto



PEMANDANGAN dari udara Bandar Kota Bharu dipenuhi 
air akibat limpahan air Sungai Kelantan. - Foto Yazit Razali
 foto : bhonline

PEMANDANGAN dari Udara melalui Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
menunjukkan kira-kira 300 orang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kerilla, 
Tanah Merah, Kelantan. - Foto Azlan Hafeedz.
foto : bhonline 




 TPM meninjau penempatan sementara mangsa banjir di SMK Pengkalan Chepa.
foto friends of bn 





Penduduk Kuala Krai solat di atas bumbung masjid kerana kawasan digenangi air.
foto friends of bn


 Panglima Medan di Kuantan memastikan anggota 4 Bgd MEK 
yang bertugas sentiasa bersedia untuk membantu mangsa banjir.
foto friends of bn 



Pengumpulan sumbangan banjir oleh Group Conbat 4x4 Pilah, Negeri Sembilan. 
Terima kasih kepada yang menderma, hanya Allah saja yang boleh membalas jasamu
Suasana banjir sekitar Negeri Sembilan - MKN


KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, telah diaktifkan sebagai Pusat Pengumpulan Pembekalan Makanan mangsa banjir, yang beroperasi 24 jam.

Pengaktifan itu dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin setelah menerima amanat daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini, berkata mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak yang ingin membuat sumbangan boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Pertahanan di talian 03-26985414 dan 03-26945434.

"Atau kepada Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap di talian 019-2360513 atau Asistan Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan di talian 019-6648981," katanya.

fb bernama radio24


Comments