Petronas : Manisnya Kejayaan


Bahan Api Petronas Bantu Mercedes Juara Kategori Pengeluar F1
Selasa, 14 Oktober 2014

KUALA LUMPUR: Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas sekali lagi memberikan kelebihan saingan atas trek bagi Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One.


Pasukan itu menang Kejuaraan Pengeluar Formula One World FIA 2014 pada pusingan ke-16 musim Formula One di Sochi, Rusia, kata syarikat minyak negara itu menerusi satu kenyataan, Selasa.

Petronas dan Mercedes AMG Petronas Formula One Team mengambil masa lebih tiga tahun merangka formula bahan api dan pelincir yang membantu menyediakan kelebihan saingan atas trek, katanya.

Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas merupakan pendekatan bijak kepada keperluan bendalir yang memaksimumkan prestasi menerusi penawaran produk khusus serta perkhidmatan pakar.

Petronas berkata, bahan api Primax dan prestasinya semasa pembakaran merupakan kunci kepada operasi enjin yang cekap, bertenaga dan mantap, manakala pelincir Syntium memain peranan penting dalam memastikan prestasi yang boleh dipercayai.

"Ia merupakan kejayaan bersejarah bagi Petronas sebagai rakan teknikal dan pengeluar formula kemenangan untuk pasukan juara musim ini," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Ketua Pemotoran Mercedes-Benz Toto Wolff berkata: "Petronas telah memain peranan yang sangat penting dalam kejayaan Mercedes AMG Petronas atas trek tahun ini."

mstar


F1: Lewis Hamilton juara GP Russia


PRESIDEN Russia, Vladimir Putin menyerahkan trofi kepada Lewis Hamilton yang memenangi Grand Prix Russia di Sochi malam ini, mengetuai penamat 1-2 untuk Mercedes yang turut menyambar juara keseluruhan bagi kategori pengeluar Formula Satu. Nico Rosberg (kiri) di tempat kedua manakala pelumba Williams, Valtteri Bottas mendapat tempat ketiga. - Foto Reuters

SOCHI: Lewis Hamilton memenangi perlumbaan keempat berturut-turut apabila gah menjuarai Grand Prix Russia, hari ini dan sekali gus menghadiahkan gelaran pasukan buat julung kali kepada pasukannya, Mercedes.

Pemandu British itu memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) julung kali di sini di hadapan Presiden Russia, Vladimir Putin buat melebarkan jurang pendahuluan kejuaraan dunia kepada 17 mata.

"Kami melalui satu minggu yang menakjubkan, Russia satu destinasi cukup bagus," kata Hamilton ketika berada di podium.

"Ia sesuatu yang hebat untuk melihat presiden menyampaikan hadiah kepada pemenang."

Ini adalah kemenangan kesembilan, musim ini dan berjaya menyamai rekod 31 milik Nigel Mansell selaku pemandu British paling berjaya.


LEWIS Hamilton memenangi perlumbaan keempat berturut-turut apabila gah menjuarai Grand Prix Russia, hari ini. - Foto AFP

Rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg pula menyudahkan cabaran di tempat kedua dengan pemandu Williams, Valtteri Bottas ketiga dan Jenson Button (McLaren) di tempat keempat. - Agensi

INFO

Kedudukan pemandu (selepas 16 pelumbaan)

1 Lewis Hamilton, England, Mercedes, 291 mata
2 Nico Rosberg, Jerman, Mercedes, 274
3 Daniel Ricciardo, Australia, Red Bull, 199
4 Valtteri Bottas, Finland, Williams, 145
5 Sebastian Vettel, Jerman, Red Bull, 143
6 Fernando Alonso, Sepanyol, Ferrari, 141
7 Jenson Button, England, McLaren, 94
8 Nico Hulkenberg, Jerman, Force India, 76
9 Felipe Massa, Brazil, Williams, 71
10 Kevin Magnussen, Denmark, McLaren, 49
11 Sergio Perez, Mexico, Force India, 47
12 Kimi Raikkonen, Finland, Ferrari, 47
13 Jean-Eric Vergne, Perancis, Toro Rosso, 21
14 Romain Grosjean, France, Lotus, 8
15 Daniil Kvyat, Russia, Toro Rosso, 8
16 Jules Bianchi, Perancis, Marussia, 2

Kedudukan pasukan


1 Mercedes, 565 mata
2 Red Bull, 342
3 Williams, 216
4 Ferrari, 188
5 McLaren, 143
6 Force India, 123
7 Toro Rosso, 29
8 Lotus, 8
9 Marussia, 2

berita harian






Comments