18 Jul 2014

Catatan Duka MH17


MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi
18 Julai 2014

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

Berita Harian



Nahas MH17: Belajar bersungguh-sungguh untuk STPM - Ayah
18 Julai 2014

BINTULU: "Belajar bersungguh-sungguh untuk STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) nanti," demikian kata-kata yang sering diucapkan Meling Mula, 48, kepada anak sulungnya, Maryline Sindun yang bakal menduduki peperiksaan itu November nanti.

Meling, pekerja pemasang perancah sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan bertugas di Venuezula, disifatkan seorang ayah yang mementingkan pelajaran anak-anak.
"Ayah sentiasa membuat saya tersenyum dan gembira, dia sangat mengambil berat soal pelajaran saya," katanya dalam keadaan sebak tidak dapat menahan kesedihan di atas kehilangan ayahnya itu.

Meling seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari ini.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi kediamannya Flat Sungai Pelan, Tanjung Kidurong, dekat sini, isteri Meling, Simbut Kedit, 39, bersama tiga orang anaknya, Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15, dan Gabriel 8 tahun menanti perkembangan terkini dari pihak Malaysia Airlines (MAS) mengenai tragedi MH17 itu.

Bagi Simbut, dia tidak menyangka suaminya yang pulang ke kediaman mereka April lepas merupakan kepulangan terakhir untuk bersama keluarga.

"Meling sepatutnya pulang ke Bintulu hari ini selepas menaiki penerbangan pesawat MH17 itu.
Saya benar-benar tidak menyangka suami juga menjadi mangsa dalam tragedi itu. Dia suami dan bapa yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat mengenai keluarga," katanya.

Menurut Simbut, suaminya selalu menghubungi mereka sekeluarga, dan sejak awal bulan ini sudah memaklumkan rancangan untuk pulang ke Bintulu hari ini.
"Suami dah berjanji hendak membawa kami semua berjalan semasa cuti nanti," katanya. - BERNAMA

Berita Harian


Malaysia Airlines MH17: Photos of Boeing 777 Plane Crash in Ukraine
David Sim


Wreckage and bodies are scattered across the Ukrainian countryside after a Malaysian jetliner was shot from the sky.

Rescue workers, policemen and even off-duty coal miners are combing a sprawling area in eastern Ukraine near the Russian border where the Malaysian plane ended up in burning pieces, killing all 298 aboard.

Large chunks of the Boeing 777 bearing the airline's red, white and blue markings lie strewn over a field. The cockpit and one turbines lie a kilometre apart, and residents said the tail landed about 10 kilometres away, indicating the aircraft most likely broke up before hitting the ground.

About 70 coal miners have joined the rescue effort near the rebel-held village of Rozsypne. At least four bodies were seen in the streets of the village, and a journalist saw bodies and body parts strewn across a sunflower field outside Rozsypne.

An armed pro-Russian separatist stands on part of the wreckage of the Malaysia Airlines Boeing 777 plane after it crashed near the settlement of Grabovo in the Donetsk region.Reuters

Parts of of the Malaysia Airlines jet carrying 298 people from Amsterdam to Kuala Lumpur are seen near the town of Shaktarsk.AFP

A man wearing military fatigues stands next to the wreckage.AFP
 

A firefighter stands among the burning wreckage of the Malaysian airliner.AFP

Passengers' belongings are strewn at the site of the crash of the Malaysia Airlines jet near the town of Shaktarsk, in rebel-held east UkraineAFP




Nahas MH17: MAS sahkan identiti 16 lagi penumpang
18 Julai 2014

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan kewarganegaraan 16 lagi penumpang MH17 yang terhempas di Ukraine.

MAS dalam kenyataannya di sini berkata dengan pengesahan terkini itu, pecahan penumpang mengikut kewarganegaraan ialah Belanda (189), Malaysia (44), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).
"Baki empat penumpang belum lagi disahkan," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu susulan insiden tersebut, MAS kini tidak lagi terbang di ruang udara Ukraine, sebaliknya mengikuti laluan jauh ke selatan melintasi Turki.

Kenyataan berkenaan juga menyebut MH17 memohon untuk terbang pada ketinggian 35,000 kaki ketika melintasi ruang udara Ukraine dan ketinggian itu menghampiri ketinggian optimum.

"Bagaimanapun, ketinggian penerbangan sesebuah pesawat ditentukan oleh menara kawalan. Ketika memasuki ruang udara Ukraine, MH17 diarah oleh menara kawalan trafik udara Ukraine untuk terbang pada ketinggian 33,000 kaki," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelan penerbangan MH17 diluluskan oleh Eurocontrol yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengatur laluan penerbangan di ruang udara Eropah.
Eurocontrol merupakan penyedia perkhidmatan navigasi udara bagi Eropah dan ditadbir di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata kenyataan itu.

"Laluan di ruang udara Ukraine, lokasi berlaku nahas, merupakan laluan biasa untuk penerbangan Asia ke Eropah.

"Pesawat dari syarikat penerbangan lain juga sedang menggunakan laluan itu ketika insiden MH17 berlaku, dan beberapa lagi penerbangan oleh syarikat lain turut menggunakan laluan itu pada hari-hari dan minggu-minggu sebelum ini," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menyebut Eurocontrol menyimpan rekod semua penerbangan yang melintasi ruang udara Eropah termasuk Ukraine.

Menurut kenyataan itu lagi pada April lalu, ICAO mengenal pasti satu kawasan di semenanjung Crimea sebagai berisiko.

"MH17 tidak pernah terbang atau memohon untuk terbang memasuki kawasan itu. MH17 pada sepanjang masa terbang di ruang udara yang diluluskan oleh ICAO," kata kenyataan tersebut.

MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat milik Malaysia Airlines itu terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - BERNAMA

Berita Harian

Galeri Foto (Berita Harian)

HABIBAH Ismail, 65, ibu kepada kru kabin nahas MH17, Azrina Yakob, 41, (gambar kecil) tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui pesawat MH 17 yang dinaiki anaknya terhempas di Ukraine, tengah malam tadi ketika ditemui di Alor Setar hari ini. 
- Foto NSTP

IBU kandung, Maimon Sarpan, 74, (kanan) dan ibu angkat, Che Ani Yasin, 93, (kiri) kepada Ketua Pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, berpelukan sedih di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka selepas menerima berita nahas MH17. 
- Foto Muhammad Hatim Ab Manan 
 
SALAH seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH17, Datin Siti Dinar tidak dapat menahan kesedihan ketika ketika ditemubual media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA 
 
AHLI keluarga memeluk Jamilah Noriah Abang Anuar,72, (kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, di kediaman mereka di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA

SALAH seorang ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Akmar Mohd Noor yang hadir ke Anjung Tinjau tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui oleh pemberita di Sepang. - Foto BERNAMA 

 KRU kabin Pesawat Penerbangan MH17, Angeline Premila Rajandaran (kiri) dipercayai terkorban selepas pesawat berkenaan terhempas di sempadan Ukraine semalam. Malaysian Airlines (MAS) mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 
- Foto NSTP 

 ANTARA ahli keluarga yang hadir ke KLIA untuk mengikuti perkembangan terkini pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine. 
- Foto Ahmad Irham Mohd Noor 

 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima berita terkini mengenai pesawat MAS MH17 di Pusat Operasi Kecemasan Malaysia Airlines (MAS) di Sepang, hari ini. - Foto Twitter

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena